• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi pelajar terhadap aspek-apek penempatan di asrama dan hubungan dengan pencapaian akademik pelajar: satu tinjauan ke atas Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Persepsi pelajar terhadap aspek-apek penempatan di asrama dan hubungan dengan pencapaian akademik pelajar: satu tinjauan ke atas Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

ASKANT S)A« HIJBUKFAWA DF.BGAJI PENCAPAIAN AKADEMIK

: M V M KE ATAS SEKOLAH MEMENOAH TEKNIK

S A L M A B Siiffi HySAIN

i! i; i: i >!'• 1 "i" i-' !-'iJ [•/ «': i \V • 1 "!' J i

(2)

PERPUSTAKAAN KUITTHO

l l l l l l l l l l l l l l l

(3)

JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK-ASPEK PENEMPATAN DI ASRAMA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR : SATU TINJAUAN KE ATAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PASIR MAS. KELANTAN

SESI PENGAJIAN: 2002/2003

Saya SALMIAH BINTI HUSAIN (750610-03-5482) (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis I

syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

ini disimpan di Perpustakaan dengan

1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Perpustakan dibenarkan membuat salina tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

4. **Sila tandakan (V)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: LOT 3297 KG HUTAN CHENGAL Tarikh: 11 MAC 2003

(TAND A^AN^Xfj] PENYELIA)

EN. ATAN BIN HJ. HUSSIEN

17030 PASIR MAS KELANTAN.

Tarikh:

Nama Penyelia

• • JLV

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Saijana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara keija kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Saijana Muda (PSM)

(4)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK-ASPEK PENEMPATAN DI ASRAMA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR : SATU TINJAUAN KE ATAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

PASIR MAS

SALMIAH BINTI HUSAIN

(5)

Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional"

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

(6)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK-ASPEK PENEMPATAN DI ASRAMA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR : SATU

TINJAUAN KE ATAS SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PASIR MAS

SALMIAH BINTI HUSAIN

Laporan Projek Saijana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn

(7)

"Saya akui karya ini adalah hasil ketja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

SALMIAH BINTI HUSAIN

(8)

iii DEDIKASI

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,

Projek Sarjana ini dapat dilaksanakan dan disiapkan dengan jayanya. Untuk ayahanda dan bonda yangdikasihi

Segala doa, dorongan dan nasihat kalian tetap anakanda hargai Khas untuk suami tercinta Noriman

Segala kesabaran, kesetiaan, sokongan dan pengorbananmu menjadi inspirasi perjuanganku

Tidak lupa buat anakku tersayang Day ana anakanda pembakar semangat bonda

Untuk keluarga dan rakan-rakan

Segala bantuan dan sokongan akan dikenang selama-lamanya Sehingga Allah memberi rahmatNya dari dunia hingga akhirat

(9)

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya

menyempurnakan projek sarjana ini dengan jayanya. Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia projek, En Atan Haji Hussien di atas segala bimbingan, perbincangan, tunjuk ajar, nasihat serta dorongan yang diberikan sehingga saya dapat menyiapkan Projek Sarjana ini.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Dr. Noraini binti Kaprawi dan Encik Mohd Najib bin Mohd Salleh selaku ahli panel VIVA yang telah memberikan cadangan-cadangan yang bernas dalam memantapkan lagi Projek Saijana ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada Pengetua, Penolong Kanan, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas kerana telah memberikan

keijasama dalam menjayakan Projek Sarjana ini.

Juga tidak dilupakan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya kepada rakan-rakan sepeijuangan di atas segala bentuk bantuan yang diberikan. Semoga Projek Sarjana ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Insya Allah....

(10)

V

ABSTRAK

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap aspek-aspek penempatan di asrama dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar, bagi pelajar-pelajar Ting. 5 Sek. Men. Teknik Pasir Mas, Kelantan. Seramai 82 orang responden terlibat di dalam kajian ini di mana ia mewakili 30% daripada jumlah keseluruhan pelajar Ting. 5 tahun 2002 yang tinggal di asrama sekolah terbabit. Di antara tumpuan kajian ini adalah untuk meninjau pendapat dan persepsi pelajar terhadap beberapa aspek utama penempatan asrama terutamanya dari segi

kemudahan-kemudahan fizikal, peraturan dan disiplin, pengalaman sosial serta psikologi pelajar, serta juga keadaan persekitaran pembelajaran asrama dan sejauhmanakah hubungkait di antara aspek-aspek tersebut dengan pencapaian akademik pelajar.

Data-data yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan, skor min, sisihan piawai dan juga korelasi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packege For The Social Science). Kajian mendapati kebanyakan pelajar bersetuju dan berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan dan peraturan sedia ada di asrama mereka. Kebanyakan daripada mereka juga tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di asrama dan mengambil sikap positif terhadap jadual belajar yang ditetapkan.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, aspek psikologi dan sosial pelajar mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian akademik pelajar manakala aspek kemudahan fizikal dan persekitaran pembelajaran pula mempunyai hubungan yang sederhana kuat sementara aspek peraturan dan disiplin pula menunjukkan hubungan yang lemah dengan pencapaian akademik pelajar.

Walaubagaimanapun, dengan nilai pekali yang positif bagi keempat-empat aspek ini, menunjukkan bahawa memang terdapat hubungan di antara aspek-aspek penempatan di asrama dengan pencapaian akademik pelajar

(11)

ABSTRACT

This study aims to investigate student's perception towards a few aspects

concerning the hostel accormodation, and their relationship to the academic performance of the Form 5 students of Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan. 82 students were involved in this study which represent about 30% of the school's Form 5

population during the year 2002 who live in the hostel. Among the focus of the study is to identify students opinions and perceptions on a few aspects of the hostel system including the facilities provided, the rules and regulations, students psycology and social experiences, and also the environment within the school compound. This study also examine the academic performance of the student and how that performance can be related to the aspects studied.

Data collected was analyzed using the percentage, mean, standard deviation, and correlation test through 'SPSS' (Statistical Packege For The Social Science) software. The study reveals that most of the students generally satisfy with the existing hostel's facilities provided. Most of them also did not face any major problems regarding the rules and regulations implemented upon them. They seem to be independent, able to adapt to the environment, and have a positive atitude toward study. The study also show that most studenst who live in school hostel gain a relatively notable improvement in their academic achivement.

Based on the results of the study that has been conducted, it shows that there is strong relationship between the aspect of students psychology and social experiences with their academic performance. While, physical facilities and learning environment aspects show average relationship. In the aspects of the rules and regulations, study shows that there is a weak relationship with the academic performance of the students.

Nevertheless, based on the positive coeficient value for all these four aspects, it shows that relationship do exist between the aspects of hostel accomodation and the students' academic performance.

(12)

v i i

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PERAKUAN PELAJAR

HALAMAN DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKAT AN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

(13)

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan 1 1.2 Latarbelakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Persoalan Kajian 8 1.5 Objektif Kajian 9 1.5.1 Objektif Umum 9 1.5.2 Obj ektif Khusus 9

1.6 Kerangka Teori 10 1.7 Rasional Kajian 12

1.7.1 Responden/Pelaj ar 12 1.7.2 Pihak Pengurusan Sekolah 12

1.7.3 Pengkaji 13 1.7.4 Ibu Bapa 13 1.8 Skop Kajian 13 1.9 Definasi Istilah 14 1.9.1 Persepsi 14 1.9.2 Pelajar 14 1.9.3 Penempatan Pelajar Di asrama 15

(14)

i x

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 16 2.2 Pencapaian Akademik 17

2.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian 19 Akademik

2.3.1 Persekitaran 19 2.3.2 Minat Dan Sikap 19 2.3.3 Teknik Belajar 20 2.3.4 Pengaruh Rakan Sebaya 21

2.3.5 Latar Belakang Keluarga Dan Baka 21 2.3.6 Penglibatan Dalam Ko-kurikulum 23

2.3.7 Pemakanan 23 2.4 Suasana dan Kemudahan-kemudahan Di Sekolah 24

2.5 Tempat Tinggal Pelajar (Asrama) 25 2.5.1 Kemudahan-kemudahan Di Asrama 26

2.5.2 Peraturan dan jadual Kehidupan Di 27 Asrama

2.5.3 Disiplin Pelajar Asrama 28 2.5.4 Psikologi Dan Pengalaman Sosial Pelajar 28

Asrama

2.5.5 Penyesuaian Pelajar Tinggal Di Asrama 29 2.7 Hubungan Di Antara Tempat Tinggal Pelajar 31

Dengan Pencapaian Akademik

(15)

4.5.1 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap kemudahan-kemudahan yang disediakan di asrama dengan keputusan pep. akhir ting. 4 4.5.2 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap

peraturan-peraturan yang di tetapkan di asrama dengan keputusan pep. akhir ting. 4 4.5.3 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap

psikologi dan pengalaman sosial pelajar asrama dengan keputusan pep. akhir ting. 4 4.5.4 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap

persekitaran pembelajaran asrama dengan keputusan pep. akhir ting. 4

4.6 Rumusan

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Perbincangan Dan Rumusan

5.2.1 Persepsi Pelajar terhadap Kemudahan Asrama

5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Peraturan Dan Disiplin Asrama

5.2.3 Psikologi Dan Pengalaman Sosial Palajar 5.2. Persepsi Pelajar Terhadap Persekitaran

Pembelajaran

5.3 Pengaruh Apek-aspek Penempatan Pelajar Di Asrama Terhadap pencapaian Akademik Mereka 5.4 Rumusan

(16)

x i i i

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Keupayaan Seseorang Individu Untuk Beijaya 2 Dalam pelajaran

3.1 Pemberatan Skala Likert 35 3.2 Rumusan Mengikut Skor Julat Bagi Tahap 41

Kecenderungan Pelajar

3.3 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 42

4.1 Skala Likert 45 4.2 Rumusan Mengikut Skor Julat bagi Tahap 46

Kecenderungan Pelajar

4.3 Klasifikasi kekuatan Korelasi 46 4.4 Keputusan Kajian Rintis Bagi Setiap Aspek 48

4.5 Latar Belakang Responden 49 4.6 Peratusan Persepsi Pelajar Terhadap Kemudahan 51

Asas Yang Disediakan

4.7 Skor Min Dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi 51 Pelajar Terhadap Kemudahan Asas Yang

Disediakan

4.8 Peratusan Persepsi Pelajar Terhadap Peraturan 53 Dan Disiplin Asrama

4.9 Skor Min Dan Sisihan Piawai Peraturan Dan 54 Disiplin Asrama

4.10 Peratusan Psikologi Dan Pengalaman Sosial 55 Pelajar

4.11 Skor Min Dan Sisihan Piawai Bagi Psikologi Dan 56 Pengalaman Sosial Pelajar

(17)

4.12 Paratusan Persepsi Pelajar Terhadap Persekitaran 58 Asrama

4.13 Skor Min Dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi 58 Pelajar Terhadap Persekitaran Asrama

4.14 Skor Min Dan Sisihan Piawai Bagi Keputusan 59 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

4.15 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap 60 kemudahan-kemudahan yang disediakan di

asrama dengan keputusan pep. akhir ting. 4

4.16 Nilai korelasi bagi persepsi pelaj ar terhadap 61 peraturan-peraturan yang di tetapkan di asrama

dengan keputusan pep. akhir ting. 4

4.17 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap 62 psikologi dan pengalaman sosial pelajar asrama

dengan keputusan pep. akhir ting. 4

4.18 Nilai korelasi bagi persepsi pelajar terhadap 63 persekitaran pembelajaran asrama dengan

(18)

SENARAI SINGKATAN

PMR : Penilaian Menengah Rendah

SMTPM : Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

(19)

LAMPIRAN TAJUK

A BORANG SOAL SELIDIK

B NILAI ALPHA (KAJIAN RINTIS) C ANALISIS UJIAN KORELASI

PEARSON

D NILAI SKOR MIN DAN SISIHAN PIAWAI

E GARIS PANDUAN PERATURAN ASRAMA MUKA SURAT 93 99 107 111 113

(20)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kecemerlangan akedemik seseorang pelajar pada asasnya tidak boleh ditentukan oleh satu atau dua sebab semata-mata. Mencari formula untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar akan mengheret penganalisis ke dalam pelbagai punca dan faktor-faktor yang berangkai dan saling berkait di antara satu sama lain.

Secara umumnya, tahap kecemerlangan seseorang pelajar selalunya diukur melalui tahap pencapaian mereka dalam peperiksaan. Namun hakikatnya, tahap kebolehan dan kepandaian seseorang individu pelajar itu sebenarnya sangat abstrak dan subjektif untuk ditentukan secara nyata. Penentu kecemerlangan pelajar boleh disebabkan oleh pelbagai faktor; daripada kebolehan semulajadi seseorang individu itu sendiri, sehinggalah kepada faktor apakah diet pemakanan mereka. Lebih

daripada itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan faktor nasib juga kadang-kadang mengiringi kecemerlangan akademik seseorang pelajar.

(21)

Maddox (1990), secara ringkasnya menyatakan keupayaan seseorang individu itu untuk beijaya dalam pelajarannya biasanya boleh dipecahkan kepada 3 sebab utama iaitu seperti dalam jadual 1.1 dibawah:

Jadual 1.1 : keupayaan seseorang individu itu untuk berjaya dalam

pelajarannya

i. Kebijaksanaan dan kepandaian semulajadi

50% - 60%

ii. Daya usaha dan teknik belajar yang berkesan

30% - 40%

iii. Faktor nasib dan keadaan sekeliling

10%- 15%

Persoalannya, apakah setiap faktor yang telah disebutkan di atas boleh dipakai (applicable) dan sesuai untuk setiap individu pelajar?. Jika ianya sesuai, seterusnya, apakah mesti strategi yang berkesan pada satu kelompok pelajar akan turut berkesan kepada kelompok pelajar yang lain?

Jika dalam usaha untuk meningkatkan prestasi akademik seseorang pelajar, satu atau dua faktor tertentu berpotensi untuk membantu secara berkesan, maka faktor itulah yang harus dituju dan dieksploitasikan semaksimanya. Secara

praktikalnya, tidak semua peluang untuk cemerlang mampu disediakan sepenuhnya oleh sesebuah institusi pengajian, terutamanya diperingkat persekolahan menengah. Namun apa saja kemudahan yang tersedia harus dimanfaatkan sepenuhnya.

Mengimbas secara sepintas lalu tentang subjek utama dalam penulisan tesis ini, iaitu penempatan asrama bagi sebuah sekolah menengah beraliran teknik, banyak perkara harus disoroti dan difahami terlebih dulu, ia terutamanya berkenaan dengan sejarah perkembangan dan hala tuju sekolah menengah Teknik dan Vokasional itu sendiri. Menurut Yahya Emat (1993), Secara ringkasnya, susur galur perkembangan

(22)

3

sekolah Teknik dan Vokasional sebenarnya bermula sejak era sebelum merdeka lagi. Pada waktu itu, tujuan utama penjajah menubuhkan sekolah beraliran ini hanyalah demi kepentingan ekonomi mereka semata-mata dalam mencari guna tenaga mahir dan separa mahir, serta juga untuk penyediaan pegawai-pegawai peringkat rendah dan pembantu teknik di jabatan-jabatan kerajaan.

Namun, selepas mengalami perubahan demi perubahan, samaada daripada segi pentadbiran mahupun dari segi modul pelajaran yang ditawarkan, sekolah aliran Teknik dan Vokasional kini sudah berkembang pesat serta mampu bersaing dengan sebarang bentuk aliran persekolahan yang terdapat di Malaysia kini. Sesuai dengan hasrat kerajaan dengan wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara

perindustrian, sekolah beraliran Teknik dan Vokasional ini begitu penting dalam menyumbang dan melahirkan pasaran sumber manusia aliran teknikal yang mencukupi, berkualiti, dan cekap dalam usaha untuk mencapai tujuan tersebut.

Perkembangan yang pesat, biasanya dengan sendiri membawa bersama -samanya cabaran-cabaran dan tuntutan-tuntutan yang turut bertambah. Ini tidak terkecuali bagi sekolah beraliran Teknik dan Vokasional ini. Sebagai contoh, kos untuk menyediakan sebuah sekolah beraliran Teknik dan Vokasional adalah jauh lebih tinggi daripada sekolah beraliran biasa (Yahya Emat, 1993). Ini antara lain disebabkan sekolah teknik perlu menyediakan kelengkapan makmal dan pertukangan yang lengkap untuk pelaj ar-pelajarnya. Manakala status persekolahan teknik yang sentiasa dinaiktaraf, menjadikannya lebih terhad dan kompetetif dalam aspek

pengambilan pelajar. Ditambah lagi dengan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kini terbuka luas bagi pelajar aliran ini, permintaan untuk memasuki sekolah aliran ini kini semakin bertambah dan seterusnya memaksa pengambilan dibuat berdasarkan merit keputusan peperiksaan pelajar-pelajar itu.

Jadi, pelajar-pelajar yang beijaya memasuki sekolah menengah beraliran Teknik dan Vokasional ini, secara keseluruhannya adalah terdiri daripada kalangan yang berpotensi untuk cemerlang dalam akademiknya. Mereka adalah pelajar yang

(23)

sedia berkebolehan dan hanya perlu didedahkan dengan teknik pembelajaran yang betul, dan juga disediakan kemudahan-kemudahan yang boleh mewujudkan suasana yang kondusif untuk mereka belajar. Salah satu bentuk kemudahan yang sangat penting dalam budaya persekolahan zaman kini dan menjadi subjek tesis ini adalah kemudahan asrama pelajar.

Penyediaan asrama untuk pelajar tidak harus dilihat hanya sekadar untuk 'menyediakan' tempat tinggal sementara bagi pelajar-pelajar semata-mata, tetapi ia berperanan lebih jauh daripada itu. Ia memberi peluang terbaik untuk pentadbir dan guru-guru dalam membentuk disiplin pelajar dan mewujudkan budaya belajar yang tersusun, komprehensif dan berkesan.

1.2 Latarbelakang Masalah

Tujuan asrama dibina di dalam sesebuah sekolah adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dengan lebih baik lagi bagi mencapai kejayaan di dalam pelajaran. Jika suatu masa dahulu, hanya di sekolah

'berasrama penuh' seseorang pelajar itu dapat merasai 'kehidupan' di asrama, kini senario itu sudah tidak lagi begitu. Hampir keseluruhan sekolah menengah tanpa mengira aliran, sama ada aliran biasa mahupun aliran teknik dan vokasional kini sudah menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajarnya.

Walaupun pada hakikatnya bagi sekolah-sekolah ini, ia hanyalah dengan tujuan utama untuk menyediakan tempat tinggal kepada pelajar-pelajar yang tinggal jauh daripada sekolah, namun ia tetap penting sebagai pemankin kepada

pembentukan pelajar yang lebih berdisiplin dan seterusnya mampu meningkatkan prestasi akademik mereka.

(24)

5

Namun, penyediaan asrama semata-mata tanpa program pengisian (seperti peraturan, aktiviti, progaram seharian) dan pengurusan yang baik tidak akan

membantu dalam melahirkan pelajar yang lebih cemerlang dalam akademik mereka. Untuk memperolehi hasil pencapaian yang baik daripada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, banyak aspek-aspek yang harus diselidiki dan diambilkira bermula dari keselesaan penginapan, hinggalah kepada pelajar itu sendiri untuk tinggal di asrama.

Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang tinggal di asrama ketika memasuki Tingkatan 5, akan berhadapan dengan 2 situasi yang mendesak (demanding) pada satu masa yang sama iaitu bertungkus lumus untuk menghadapi peperiksaan

SPM/SPMV, serta perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di asrama yang mungkin begitu asing bagi sesetengah daripada mereka.

Aspek ini adalah penting untuk diselidiki memandangkan pada peringkat usia remaja (17-18 tahun) ini, sesuatu pengalaman baru akan cepat merombak perspektif pemikiran dan psikologi mereka terhadap suasana persekitaran disekeliling mereka, ini seterusnya akan turut mempengaruhi tingkahlaku dan gaya hidup mereka. Bagi kebanyakan pelajar, persekitaran yang baru akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada budaya pembelajaran yang sudah biasa mereka amalkan sebelumnya. Persoalannya, apakah kesan itu ke arah yang lebih baik, atau adakah ia sebaliknya? Di sinilah penempatan di asrama itu ingin dikupas peranan serta kesannya terhadap pelajar.

Dalam konteks asrama Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas khususnya, persoalan-persoalan sebegini tidak terkecuali daripada timbul di minda banyak pihak termasuklah para ibubapa yang meletakkan harapan yang tinggi bagi anak-anak mereka yang tinggal di asrama. Menurut Bilangan Murid Mengikut Jenis Dan Jajahan Bagi Negeri Kelantan (Sumber internet) Dengan pertambahan bilangan pelajar yang mendadak daripada setahun ke setahun, iaitu daripada 392 orang pelajar pada tahun 1998, kepada 696 (2000), dan kini seramai 1073 orang (2002), jelas

Referensi

Dokumen terkait

Analisa Hidrolika Kapasitas KBT Berdasarkan Simulasi Software HEC RAS Dari hasil analisa HEC RAS pada Gambar 5 diatas, menunjukkan bahwa penampang eksisting Kanal

Artikel ini menyajikan hasil penelitian yang menghasilkan model simulasi dinamika sistem yang terdiri dari enam sektor dan tiga belas modul yang mampu digunakan

Dalam pembentukan kota m adani tersebut , beliau meminta kepada tim penyusun Rencana Pe mbangunan Jangka Menengah Kota (RPJMK ) Banda Aceh 2012-2 01 7 aga r meniru konsep Ras

Dalam penelitian ini, peneliti mengambil lokasi di kantor Unit Pengembangan Karir dan Kewirausahaan (UPKK) Universitas Brawijaya Malang. Alasan penelitian dilakukan di lokasi

Kegiatan pengabdian kepada masyarakat melalui metode pelatihan keterampilan berbahasa Inggris ini diharapkan bisa diselenggarakan dengan durasi yang lebih lama agar

pengumpulan data di lapangan sampai peneliti mendapatkan seluruh data. 13 Dengan penelitian kualitatif deskriptif ini, peneliti berusaha mengungkap manajemen

2 Hasil implementasi strategi guru PAI dalam membentuk karakter religius siswa Madrasah Ibtidaiyah Arrahmah telah berhasil dengan menumbuhkan karakter religius siswa yaitu nilai

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan didapatkan kesimpulan yaitu: tidak terdapat hubungan yang signifikan antara risiko postur kerja terhadap indeks