• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SEMESTER III SESI 2009/2010 ZZZT 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT TAJUK: KOMPONEN-KOMPONEN DALAM KOMPUTER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SEMESTER III SESI 2009/2010 ZZZT 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT TAJUK: KOMPONEN-KOMPONEN DALAM KOMPUTER"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEMESTER III SESI 2009/2010

ZZZT 2273

APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

TAJUK:

KOMPONEN-KOMPONEN DALAM KOMPUTER

DISEDIAKAN OLEH:

HARTINI SU-IP (A121986)

NORSYAHIRAH MD. YAZID (A122786)

NORLIZA AWANG (A125024)

NURSAZELLA SAJALI (A126293)

SYAZIELA SADIRON (A126388)

DISEDIAKAN UNTUK:

EN. AHMAD RAFIZI SALLEH

▸ Baca selengkapnya: contoh tajuk tesis sains sosial

(2)

1.0 PENGENALAN

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melalui rangkaian setempat (LAN) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet). Komputer adalah satu alat elektronik yang beroperasi di bawah kawalan arahan yang disimpan dalam memorinya sendiri yang boleh menerima data, memproses data mengikut peraturan yang telah ditetapkan, menghasilkan keputusan dan menyimpan hasil untuk kegunaan pada masa hadapan. Komputer juga dikenali sebagai peranti atau alat elektronik yang boleh menurut suruhan untuk menerima input, memproses input tersebut dan akhirnya ia akan menghasilkan maklumat. Komputer banyak mengandungi komponen elektrik, elektronik dan mekanikal komponen yang dikenali senagai peranti keras (hardware). Komponen-komponen ini termasuk peranti input (input devices), peranti output (output

devices), unit system (system unit), peranti storan (storage devices) dan peranti komunikasi

(communication devices).

2.0 SEJARAH KOMPUTER

Komputer dicipta dan berkembang teknologinya sejak 6 dekad yang lepas. Sejarah perkembangan komputer telah lama bermula iaitu sejak tahun 1940 dan dapat dibahagikan kepada 4 generasi daripada menggunakan elektronik sepenuhnya sehinggalah kepada penggunaan mikro komputer. Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya:

i. Generasi Pertama (1940-1959) ii. Generasi Kedua (1959-1964) iii. Generasi Ketiga (1964-1980)

(3)

GENERASI PERTAMA (1940-1959)

Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah bilik tidur) dan dikategorikan kepada Kerangka Utama (Mainframe), la menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. la juga menggunakan tenaga elektrik dengan banyak. Pada tahun 1946, menyaksikan komputer elektronik sepenuhnya direka oleh Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Calculator). ENIAC mengambil ruang sebanyak 140 meter persegi, berat 30 ton, menggunakan 130 kilowatt tenaga dan 1800 tiub vakum. Ingatannya disimpan diluar dengan menggunakan suiz dan wayar. la berupaya melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat. la dikendalikan oleh hanya jurutera terlatih. John Von Neumann akhirnya mencadangkan penggunaan Konsep Aturcara Tersimpan iaitu komputer menyimpan ingatan di dalam storan utama. la menggunakan nombor binari. Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert sekali lagi mencipta EDVAC (Electronic Discrete

Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub vakum. la lebih cekap

dari ENIAC dan menggunakan Konsep Aturcara Tersimpan. EDSAC (Electronic Delay

Storage Automatic Calculator) yang menggunakan raksa dan tiub vakum untuk menyimpan

ingatan telah dicipta. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) ciptaan Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert mula dikeluarkan pada tahun 1951 adalah komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. la juga menggunakan raksa untuk storan.

GENERASI KEDUA (1959-1964)

Transistor dan diod digunakan bagi menggantikan tiub vakum walaupun ia mudah terbakar. Cara baru untuk menyimpan ingatan iaitu Teras Magnetik diperkenalkan. la menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar elektrik. Keupayaannya memproses lebih besar. la mula menggunakan bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi iaitu FOTRAN(1954) dan COBOL(1959) bagi menggantikan bahasa mesin. Minikomputer dihasilkan. la lebih murah dan lebih kecil berbanding dengan Kerangka Utama. la digunakan bagi tujuan memproses data perniagaan, universiti selain di bidang ketenteraan.

(4)

GENERASI KETIGA (1964-1980)

la bermula apabila IBM (Internatinal Business Machine) memperkenalkan Sistem/360 iaitu Kerangka Utama yang mengandungi alatan-alatan yang lengkap bagi memenuhi semua keperluan pengaturcaraan pada masa tersebut.Sistem/360 memperkenalkan ciri baru Sistem Pengoperasian iaitu Konsep Perkongsian Masa. Sistem ini adalah satu kumpulan aturcara yang mengurus dan menyelaras keseluruhan operasi komputer, la memudahkan penggunaan komputer. Disimpan secara kekal dalam Ingatan Utama (ROM) komputer atau storan sekunder. Konsep ini membenarkan penggunaan banyak stesen secara berasaingan dan dikawal oleh Sistem Induk dimana pemprosesan boleh dilakukan serentak pada sesuatu masa walaupun stesen yang lain digunakan. Supercomputer seperti Cray-1 diperkenalkan bagi mengkaji cuaca dan alam semulajadi.

GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)

Penyelidikan microelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip dimana beribu transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. MicroKomputer merupakan yang terkecil didalam keluarga komputer digital mula dinasilkan seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Bahasa pengaturcaraan BASIC, Pascal, PL/1 C dan Logo mula digunakan. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan bahasa secara "bina-dalam" di dalam ROM untuk bahasa BASIC. Bahasa ini merupakan bahasa yang paling popular untuk microkompuler. Perisian tambahan juga diperkenalkan bagi membantu penyelesaian masalah. Laptop, Notebook, Handheld dan Palmtop diperkenalkan. la lebih kecil dari Microkomputer serta mudah dibawa ke mana-mana. Internet iaitu Sistem Rangkaian yang luas menggunakan protokol TCP/IP diperkenalkan sebagai rangkaian perkongsian maklumat secara global.

(5)

3.0 KOMPONEN-KOMPONEN KOMPUTER

3.1 PERANTI INPUT

Pengenalan

Sebuah sistem komputer secara asasnya terdiri daripada penerima input dan pemberi output. Secara ringkas dan mudah difahami, apa yang kita taip dan masukkan ke dalam komputer dikenali sebagai input. Ia berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer. Maklumat yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses akan melalui peranti input boleh berbentuk teks, data, grafik, imej dan bunyi.

Kaedah input

Input terbahagi kepada dua kaedah iaitu melalui cara kemasukan data secara langsung dan tidak langsung. Kemasukan data secara langsung merupakan data yang boleh dibaca mesin (komputer) dan boleh diinputkan terus ke komputer. Manakala kaedah input melalui kemasukan data secara tidak langsung adalah memerlukan pelbagai perantaraan dan beberapa pemprosesan ke atas data sebelum diproses.

Terdapat tiga jenis pendekatan kemasukan data iaitu:

i) Kemasukan data luar-talian

Selepas semua data diinput, data tersebut akan ditukar kepada bentuk yang sesuai, kemudian disemak. Data akan diperbetulkan dahulu jika terdapat ralat. Semua data yang telah disahkan betul akan diproses. Kurang digunakan sekarang, juga dikenali sebagai kaedah kelompok.

ii) Kemasukan data atas-talian

Sama seperti kemasukan data luar-talian, tetapi bezanya ialah data yang diinput terus disemak dan diperbaiki. Setelah data dimasukkan, barulah pemprosesan ke atas data tersebut akan dibuat.

(6)

iii) Kemasukan data interaktif

Sama seperti kemasukan data atas-talian. Bezanya ialah data disemak setiap kali ia dimasukkan dan proses ke atas data terus dijalankan dan tidak perlu menunggu sehingga semua data dimasukkan.

Jenis-jenis peranti Input

i) Papan kekunci (keyboard)

Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa yang terdapat pada mesin taip dan digunakan untuk memasukkan teks ke dalam komputer. Bilangan kekunci biasanya ialah 101 bergantung kepada jenis komputer. Komputer bimbit menyediakan bilangan kekunci yang lebih kecil.

ii) Tetikus (mouse)

Mouse menerima input pengguna berasaskan sentuhan pada dua butang yang

terdapat di atasnya. Butang tersebut biasanya digunakan untuk interaksi pengguna di atas skrin seperti mengklik butang tindakan, tutup/buka program dan yang seumpamanya. Terdapat tiga jenis tetikus yang boleh dikenalpasti:

a. Tetikus mekanikal

menggunakan dua roda berlainan arah di bahagian bawah tetikus. b. Tetikus optik

Menggunakan cahaya sebagai pengesan. c. Tetikus optomekanikal

Menggunakan roda dan cahaya (cahaya pada roda). Tiga bait data dihantar secara bersiri (selang 100 milisaat). Satu bait gerakan arah x, satu bait gerakan arah y dan satu bait kedudukan semasa.

iii) Terminal (mesin ATM)

Peranti input (dan output) yang menghubungkan anda dengan sebuah kerangka utama. Terdapat tiga jenis terminal iaitu:

a. Terminal Dungu; digunakan untuk menginput dan menerima data namun tidak boleh memproses data secara bersendirian.

(7)

b. Terminal Cerdas; mempunyai unit pemprosesan, ingatan dan storan sekunder. Mikrokomputer beserta perisian komunikasi dan sambungan telefon (modem) atau sambungan komunikasi lain.

c. Terminal Rangkaian; tidak mempunyai pemacu cakera keras. Terminal jenis ini mesti bergantung pada komputer hos atau pelayan untuk perisian aplikasi dan sistem.

iv) Peranti sentuhan-nada (phone banking)

v) Peranti penuding (joystick)

Merupakan peranti input yang sangat digemari ramai terutama golongan muda iaitu untuk bermain permainan computer. Joystick merupakan sebatang besi yang boleh digenggam dan mempunyai sekurang-kurangnya dua bebutang yang dinamakan

trigger. Ia juga digunakan dalam bidang Computer Aided Design (CAD).

vi) Skrin Sentuh (touch screen)

Peranti input yang menggunakan konsep pengesanan di mana ia bertindak bukan sahaja sebagai peranti output tetapi juga sebagai peranti input. Ia menggunakan jari untuk membuat pilihan pada skrin, sekiranya lokasi pada skrin mengesan suhu lebih kurang 98.6 F (suhu badan) ia akan membuat anggapan bahawa pilihan telah dilakukan.

vii) Pad Sentuh (touch pad)

Ianya kecil dan peka kepada cahaya. Digunakan terutama pada komputer

notebook dan laptop. Ia juga berfungsi dengan menggunakan sentuhan jari

terhadap pad yang peka terhadap sentuhan.

viii) Pengimbas (scanner)

Merupakan alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, aksara, atau nombor, lukisan, dan gambar dalam bentuk tradisional ke dalam bentuk digital yang difahami oleh komputer. Terdapat beberapa jenis peranti pengimbas yang utama iaitu:

a. Pengimbas Imej (scanner)

(8)

b. Peranti Pengenal Tanda dan Aksara – MICR/OMR/OCR c. Bar Code Reader

d. Modem/Network Card e. Sistem Pengenal Suara

ix) Pen cahaya

Menyerupai pen yang mempunyai cahaya. Ia dihubungkan menggunakan kabel ke komputer. Pen cahaya sering digunakan untuk melukis imej dan juga membuat pilihan menu.

x) Peranti imbasan

Alat ini digunakan untuk menterjemah imej teks, lukisan dan lain-lain kepada bentuk digital ke dalam komputer. Terdapat dua teknologi imbasan iaitu:

a. Pengecaman optik yang menggunakan cahaya untuk mengimbas imej. Contohnya seperti pembaca kod-palang, pembaca tanda optik (OMR), pembaca aksara optik (OCR), pembaca tulisan tangan optik, mesin faks, sistem pengimejan.

b. Pengecaman magnetik yang menggunakan kaedah magnetik untuk mengimbas tulisan yang bermagnetik. Contohnya seperti pembaca aksara dakwat magnetik.

xi) Peranti pengecam suara

Menukarkan suara/pertuturan manusia kepada kod digital. Ia juga merupakan input suara melalui mikrofon.

xii) Kad pintar

Penggunaan kad optik masih terhad walaupun boleh mengandungi sehingga 2000 halaman berbanding kad pintar (30 halaman)

xiii) Peranti input audio

Merekod atau memainkan muzik analog kepada bentuk digital yang terdiri daripada papan audioa, papan MIDI dan sebagainya.

(9)

Peranti jenis ini membolehkan gambar video ditukar kepada bentuk digital melalui kad khusus. Terdapat dua jenis kad video iaitu penangkap bingkai dan pergerakan penuh.

xv) Kamera elektronik/digital

3.2 PERANTI OUTPUT

Pengenalan

Output merupakan sebuah data yang diproses menjadi satu bentuk yang berguna, output juga adalah komponen-komponen simpanan yang boleh menyampaikan kepada seorang atau lebih manusia. alat output merupakan alat untuk menampilkan hasil pengolahan data yang dilakukan oleh CPU, output Devices pula merupakan perangkat komputer yang berguna untuk menghasilkan keluaran, mengenai apakah itu ke kertas (hard copy) atau ke layar monitor atau keluaran berupa suara.

Jenis-jenis peranti output

i) Paparan Peranti (Display Devices)

Paparan peranti merupakan sebuah output yang menyampaikan teks visual, grafik dan video maklumat. Selain itu maklumat mengenai paparan peranti atau display devices ini juga kadang-kadang disebut sebagai Soft Copy, rumah monitor bagi skrin peranti yang dikemaskini sebagai sebuah peranti yang berasingan.

Terdapat 3 jenis papan peranti iaitu: Monokrom, monitor warna, skrin rata. Ketiga-tiga monitor ini memerlukan kad adapter yang disambungkan pada unit sistem sebelum ia dapat berfungsi sebagai unit paparan. Berikut adalah beberapa jenis monitor warna yang terdapat di pasaran:

a. CGA (Color Graphic Adapter) b. EGA (Enhanced Graphic Adapter) c. VGA (Video Graphic Array)

(10)

Paparan peranti pula terdiri daripada:

a. Skrin LCD

Skrin LCD merupakan sebahagian daripada paparan peranti yang menggunakan paparan cecair kristal, komponen ini mempunyai tapak yang kecil dibawahnya untuk menyokong alat ini. Selain itu peralatan peranti Skrin LCD ini juga boleh dikaitkan dengan Notebook, Tablet PC, komputer ultra peribadi, alat pemain media mudah alih, Smart phone dan PDA.

b. Penggunaan Paparan Peranti dan Card Video

Penggunaan paparan peranti dilihat apabila plug monitor akan memantau kepada Digital Video Interface (DVI) atau ke HDMI port pada komputer.

c. Skrin Plasma (Plasma Monitor)

Skrin plasma atau plasma monitor adalah sebuah paparan peranti yang menampilkan visual dan gambar dengan menggunakan tegangan atau voltage ke lapisan gas, biasanya Skrin Plasma ataupun Plasma Monitor ini mempunyai bentuk layar dan saiz yang lebih besar dan visual warna yang lebih baik daripada LCD biasa, Skrin Plasma dijual dengan harga yang lebih mahal daripada Skrin LCD yang biasa.

d. Skrin CRT/ CRT Monitor (Contains Cathode- Ray Tube)

Skrin CRT merupakan skrin yang dilapisi dengan layar titik kecil daripada bahan fosforus, sebahagian daripada titik-titik tersebut meliputi fosforus yang berwarna merah, biru dan hijau. Saiz biasa skrin ini terdiri daripada 15, 17, 19, 21 dan 22 inci persegi. Saiz yang dapat dilihat melalui skrin CRT ini adalah dalam bentuk pengukuran yang menyerong daripada pandangan kawasan biasa. Skrin CRT merupakan skrin biasa yang digunakan kebanyakan syarikat-syarikat, ia merupakan skrin terawal yang digunakan sebelum penggunaan Skrin LCD dan Skrin plasma.

ii) Pencetak (Printer)

Printer atau pencetak merupakan sebuah peranti output yang menghasilkan teks dan grafik diatas medium fizikal iaitu kertas. Ia memberikan keputusan dalam bentuk hard

(11)

copy atau cetakan yang boleh di bentuk dan mempunyai orientasi dalam bentuk

landskap dan potret, printer atau pencetak harus dilihat daripada beberapa faktor sebelum ianya dibeli, faktor-faktor yang diambil kira sebelum menggunakan sebuah pencetak atau printer ialah bajet atau perbelanjaan, kelajuan cetakannya, faktor warna hitan atau putih, kos kertas, cetakan yang pelbagai, grafik dan cetakan gambar, jenis dan saiz kertas yang boleh diterima oleh printer, sistem sokongan, keperluan masa depan, dan keupayaan jalur lebar atau Wireless.

a. Non-Impact Printer (Ink-Jet Printer)

Printer ini membentuk sebuah aksara dan grafik tanpa merosakan kertas yang digunakan, dimana Non impact Printer ini juga dikenali sebagai Ink-Jet Printer dimana cetakan pada sesuatu kertas akan terjadi apabila terdapat titsan semburan kecil cecair dakwat keatas kertas. Bahan pencetak ini boleh mencetak dalam bentuk warna hitan dan putih atau cetakan berwarna keatas pelbagai jenis kertas.

b. Resolusi Pencetak

Kebiasaannya resolusi printer adalah dalam bentuk ketajaman dan kejelasan, ianya diukur oleh angka atau nombor Dots Per Inch bagi pencetak output.

c. Pencetak Gambar (Photo Printer)

Merupakan pencetak warna yang menghasilkan sesebuah gambar yang berkualiti tinggi seperti di dalam makmal gambar. Selain itu, kebanyakan daripada pencetak gambar dibina serta mengandungi Kad Slot. PictBridge pula merupakan sebuah teknologi standard yang membolehkan manusia mencetak gambar secara langsung daripada kamera digital.

d. Printer Laser (Laser Printer)

Printer ini mempunyai kualiti cetakan yang berkelajuan tinggi, ianya berupaya mencetak grafik dan teks yang mempunyai bentuk resolusi yang berkualiti tinggi bermula daripada 1.200 hingga ke 2,400 Dpi. Sebahagian daripada printer laser jet ini mempunyai bentuk yang mirip dengan mesin fotokopi, daya cetakannya juga cukup banyak sehingga boleh mencapai

(12)

lebih daripada 10 lembar seminit, kualiti cetakannya sangat bagus seperti yang sebenar dan hasil cetakan daripada printer ini cepat kering. Printer ini dapat mencetak teks dan grafik dengan lebih cepat dan pantas namun ianya menelan kos yang lebih daripada printer ink-jet biasa.

e. Pencetak Thermal (Thermal Printer)

Printer ini menghasilkan cetakan gambar apabila apabila ianya didorong untuk dipanaskan dengan pin elektrik yang sensitif terhadap kertas apabila ia panas.ia juga disebut sebagai Dye Sublimation Printer (foto digital printer) yang menggunakan kepanasan untuk pemindahan warna yang khusus dilapisi kertas.

f. Alat Printer (Mobile Printer)

Merupakan sebuah printer yang kecil dan ringan, dimana ianya menggunakan tenaga bateri yang akan membolehkan penggunaan printer ini untuk mencatat perkara-perkara penting daripada komputer ke notebook, tablet PC, telefon pintar (smart telephone), atau alat peranti yang lain secara peribadi atau melalui sesuatu perjalanan.

g. Label Printer dan Postage Printers

Pencetak yang kecil yang digunakan untuk mencetak pada bahan yang berbentuk pelekat, printer ini juga digunakan untuk mencetak kod bar, ia telah dibina dalam bentuk digital dan dalam bentuk percetakan skala setem.

iii) Plotter

Plotter merupakan sebuah printer yang canggih yang dapat menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi, pencetak ini mempunyai format yang besar untuk mencetak gambar realistik yang tinggi.

iv) Dot Matrix Printer (Pencetak Dot Matrix)

Printer Dot-Matrix adalah pencetak yang resolusi cetaknya masih sangat rendah. Selain itu ketika sedang mencetak, printer jenis ini suaranya cenderung keras serta kualitas untuk mencetak gambar kurang baik karena gambar yang tercetak akan

(13)

terlihat seperti titik-titik yang saling berhubungan. Umumnya, printer jenis dot-matrix juga hanya mempunyai satu warna, iaitu warna hitam.

v) Line Printer

Printer ini mempunyai kelajuan cetakan yang tinggi yang mencetak semua baris secara langsung, kelajuan cetakan printer ini diukur dengan menggunakan (LPM) per minit. Band printer pula akan mencetak sepenuhnya sehingga membentuk imej dengan menggunakan mekanisme tukul. (Hammer Mechanism), ia juga dikenali sebagai Shuttle Dot Matrix yang berkelajuan tinggi dimana printer ini merupakan sebuah printer yang befungsi seperti pencetak dot matrix.

vi) Speaker, Headphones dan Earphones

a. Speaker

Merupakan alat output suara, sistem yang ada pada speaker adalah satu komponen yang membawa isyarat atau signal electronik, ia boleh disimpan di dalam CD, pita, dan DVD dan kemudiannya ia boleh dikembalikan ke dalam bentuk suara yang kebiasaannya di dengar, ia merupakan sebuah teknologi yang menakjubkan yang memberikan kesan dan impak yang sangat besar terhadap manusia. namun alat ini merupakan sebuah alat yang sederhana sahaja.

b. Headphone dan Earphone

Alat ini dikenali sebagai fon kepala ataupun output suara untuk diletakkan di kepala, ia merupakan sebuah alat yang terdiri daripada sepasang pengeras suara yang kecil yang digunakan sangat dekat dengan telinga. Apabila seseorang memakainya, ia akan berhubung dengan frekuensi audio stereofonik, monofonik, atau binaural, sumber signal dan isyaratnya pula kemungkinan datang daripada penguat suara, radio atau pemutar CD. Dalam konteks telekomunikasi, istilah headset atau headphone ini digunakan untuk merujuk kepada keadaan komunikasi dua arah seperti penggunaan telefon dimana seseorang akan dapat merasakan tindak balas dan bukan hanya setakat mengirim dan menerima. Selain itu earphone adalah alat yang dapat mengubah tenaga listrik menjadi gelombang suara.

(14)

Ianya dipakai dengan cara memasangkannya ke telinga. Manakala headphones merupakan sepasang pembesar suara kecil yang dilengkapkan pada telinga pengguna serta disambungkan ke punca isyarat audio sepeti penguat radio, radio ataupun pemain CD, ia dikenali sebagai Fon telinga atau Set kepala.

3.3 SISTEM UNIT

i) Papan Induk (Motherboard)

Papan ibu ialah papan litar bercetak utama yang mempunyai semua komponen elektronik dan papan litar lain dipasang. Komponen tersebut temasuk unit pemprosesan pusat(CPU), ingatan utama(memory) dan litar sokongan yang lain (Zulikha Jamaludin : 2001 : 266). Terdapat dua jeis papan ibu yang menampung mikropemprosesan Pentium. Papan ibu di sebelah kiri adalah papan ibu daripada computer klon manakala papan ibu disebelah kanan ialah daripada computer berjenama. Jika dilihat disebalik dalam computer tersebut, terdapat satu papan plastic atau papan gentian kaca rata yang paling besar dipasang padanya yang dikenali sebagai papan ibu. Papan ibu mempunyai litar-litar metalik yang dicetak padanya. Melalui lirat itu cip-cip dan komponen-komponen pada papan ibu bertukar-tukar maklumat dalam bentuk denyutan elektronik.

ii) Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit/CPU)

Unit Pemprosesan Pusat atau dikenali sebagai CPU merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam sistem unit. Tugas utama CPU adalah memproses maklumat yang telah diterima serta bertanggungjawab mengendalikan keseluruhan perjalankan sistem komputer (Abdullah Mohd Zain : 1991 : 113-114). Menurut Abd Samad Hanif (2005) menyatakan bahawa CPU merupakan satu kompomen utama iaitu diibaratkan otak komputer. CPU membantu dalam kerja melibatkan kawalan perkakasan dan pemindahan data. Pemproses ini berupa cip yang terdiri daripada ribuan hingga jutaan IC yang diberi nama mengikut pembuatnya. Sebagai contohnya Intel 80486 DX2-400, Intel Pentium 100, Intel Pentium II-350, Intel Pentium Iv-2.2GH Intel Celeron, AMD K-II dan Atlon.

(15)

Terdapat tiga lagi komponen yang lebih kecil bagi CPU iaitu unit aritmetik dan logik, unit kawalan dan unit ingatan untuk menjalankan pemprosesan tersebut. Bagi unit aritmetik dan logik (ALU) berfungsi sebagai pemproses bagi operasi aritmetik dan logik. Operasi Aritmetik merupakan operasi asas iaitu menambah, menolak dan mendarab. Berdasarkan gabungan operasi asas tersebut maka operasi yang lebih komplek dapat dilakukan. Manakala operasi logik berfungsi membuat keputusan hasil daripada operasi logik yang diaktifkan melalui arahan aturcara seperti sama dengan (=), tidak sma dengan (≠). Kurang daripada (<), kurang atau sama dengan (≤), lebih besar daripada (>) dan lebih besar atau sama besar dengan (≥). Malah operasi logic berfungsi melakukan kerja menganjak data ke kiri, ke kanan, memutar data ke kiri, ke kanan dan memutar data menjadi lengkap. Data tersebut akan disimpan ke dalam Accumulator sebelum dipindahkan ke dalam memori.

Unit kawalan pula berfungsi mengatur dan mengendalikan peralatan yang terdapat dalam komputer serta menyelaras aktiviti dan kendalian litar-litar lain dalam komputer. Tugas unit kawalan terdiri daripada beberapa perkara iaitu mengatur dan mengendalikan alat-alat input dan output, mengambil arahan-arahan dan memproses dari memori utama, menghantar arahan ALU dan menyimpan hasil proses ALU ke ingatan utama. Unit memori pula merupakan salah satu proses yang beroperasi untuk tujuan memori atau juga dikenali sebagai tempat ingatan di simpan. Perkara tersebut akan dibincangan dalam tajuk yang lebih khas.

iii) Memori (Memory)

Sememanganya CPU mempunyai hubung kait dengan memori kerana mempunyai berkaitan yang rapat dalam pemprosesan data. Memori digunakan untuk menyimpan aturcara, arahan dan data. Terdapat dua memori yang digunakan iaitu memori utama dan memori sekunder (storan sekunder). Namun kedua-dua memori tersebut mempunyai keupayaan dan kecekapan yang berbeza. Hal ini kerana memori utama berfungsi untuk menyimpan aturcara dan data sama ada kekal atau sementara. Kendalian dan capaian ke memori ini dikawal oleh arahan yang disimpan dalam CPU. CPU tidak mampu untuk menyimpan kesemua data yang diperlukan memmandangkan ukuran simpanan darter yang terhad.

(16)

Oleh itu, memori yang utama digunakan untuk tujuan menyimpan kesenua data untuk menampung kesemua data. Memori utama yang biasa digunakan ialah Ingatan Capaian rawak (Random Acces Memory, RAM) dan Ingatan baca sahaja (Read Only Memory, ROM) (Abd Samad Hanif : 2005). RAM bertujuan mencapai data aturcara yang kerap digunakan samada untuk ditulis, dibaca, diambil atau dihapuskan oleh pengguna. Struktur RAM terbahagi kepada empat iaitu storan yang digunakan menyimpan input yang dimasukan melaui peranti input, storan aturcara digunakan untuk menyimpan semua arahan aturcara yang dicapai, storan kerja digunakan untuk menyimpan data yang dioleh dan hasil daripada pengolahan dan storan output digunakan untuk menampung hasil akhir daripada pengolahan data yang akan dipaparkan ke dalam peranti output.

ROM pula hanya berfungsi sebagai membaca aturcara yang disimpan dalam ROM. ROM bersifat tidak akan hilang walaupun bekalan elektrik komputer diputuskan. Antara jenis-jenis ROM ialah Programmable Read Only Memory

(PROM), Erasable Programmable Read Only Memory (EPROM) dan Electrically Erasable Programmable Read Only Memory (EEPROM) (Abd Samad Hanif: 2005).

Berikut merupakan beberapa sifat-sifat yang berbeza bagi setiap jenis-jenis ROM:

PROM: Pemindah di buat sekali sahaja dan program tidak boleh diubah kembali.

EPROM: Boleh diubah berkali-kali dan perlu dihapuskan memalui sinaran lembayung ungu

EEPROM: Berupaya menghapuskan aturcara atau data yang tersimpan di dalam ICnya secara elektronik dan boleh deprogram semula berkali-kali.

iv) Memori Sekunder (Storan Sekunder)

Storan sekunder didefinisikan sebagai ingatan yang berapda diluar sisten unit pemprosesan pusat(CPU) iaitu tidak disambung secara terus dengan CPU (Abd Samad Hanif : 2005 : 168) Memori ini juga dikenali sebgai memori sekunder atau ingatan luar. Kadar storannya bopeh menjangkau Gigabite malah kini terdapat dalam terabite. Storan jenis ini lebih murah kosnya berbanding dengan memori utama.

(17)

Memori mempunyai keistimewaan untuk dijadikan sebgai simpanan kekal data, aturcara, perisian atau maklumat yang besar.

Antara jenis-jenis memori senkunder ialah cakera megnet (Megnetic Disk), cakera padat (CD), cakera padar (CD-ROM), cakera tulis sekali baca banyak (WORM), cakera tulis baca (CD-R/W), cakera video digital (DVD) dan pita magnet (magnetic Tape). Setiap memori tersebut mempunyai perbezaan dari aspek cara menyimpan datanya. Keadaan ini dapat dilihat seperti rajah dibawah :

Jenis Memori sekunder Ciri-ciri/perbezaan

Cakera magnetic (Magnetic Disk)

Cakera tersebut diperkenalkan pada tahun 1970-an yang dibina daripada kepingan logam atau plastic nipis yang disadurkan dengan bahan bermagnet. Antara cakera tersebut adalah seperti cakera liut (floppy disk), cakera keras (hard disk) dan cakera keras mudah alih (Removable hard disk). Antara bahagian yang terpenting dalam cakera magnet ialah motor yang memutarkan cakera, kepala baca dan menulis dipasang atas dan bawahkepingan cakera dan lengan penggerak kehadapan dan kebelakang/sikat(comb).

Cakera Padat (CD) Selain itu, memori ini juga menjadi salah satu memori yang digunakan dalam menyimpan maklumat atau data hasil daripada perkembangan teknologi dan permintaan terhadap simpan data yang semakin membesar. Cakera ini menggunakan kendalian optic (cahaya) sebagai medium menyimpan maklumat. Data yang tersimpan tidak boleh dipadamkan dan menyimpan sebanyak 650 Mbite sahaja.

Cakera Padat

(CD-ROM)

Cakera ini diperbuat daripada Polikarbonat dan permukaannya ditutupi dengan lapisan kertas, cat dan sebarang lapisan yang tidak lutsinar sementara satu permukaan lagi dilapiskn dengan bahan yang mempunyai pantulan cahaya yang tinggi yang lazimnya teriri daripada aluminium. Cakera ini biasanya digunakan untuk menyimpan data yang berupa fail-fail gambar, teks, video atau perisian aplikasi. Kemampuan simpanannya sebayak 640MB ke 850 MB. Kelebihan cakera ini ialah tahan lasak dan mempunyai kos per data yang murah untuk menyimpan data yang besar.

(18)

Cakera Tulis Sekali Baca Banyak (WORM)

Cakera ini boleh ditulis sekali sahaja tetapi boleh dibaca berkali-kali Pemacu ini mempunyai kepala laser tenaga tinggi yang boleh membakar permukaan cakera untuk membentuk pit dan dataran bagi mewakili maklumat lebih perlahan berbanding semasa CD dibaca dengan kelajuan CD tulis 4x, 8x atau 10x dan 52x pemacu.

Cakera Tulis Baca

(CD-R/W)

Cakera ini hanya boleh ditulis sekali sahaja tetai boleh ditulis dan dibaca berkali-kali sama dengan cakera megnet. Pemacuny terdapat laser dan magnet. Antara kelebihannya ialah boleh menulis dan menghapus data pada anggaran 500,000 hingga ke 1000000 kali, tahan lasak, mudah alih dan harga yang lebih murah. Kelemahannya masa carian dan pemindahan data perlahan berbanding cakera magnet. Cakera Video Digital

(DVD)

Cakera jenis ini digunakan untuk menyimpan fail yang berupa gambar bergerak, filem, muzik dan video. DVD mempunyai kedua-dua permukaan cakera, lesernya menggunakan gelombang cahaya yang pendek, setiap lapisan boleh menyimpan sehingga 4.7Gb dan keseluruhannya DVD boleh menyimpan sehingga ke 17 Gb pada kadar pemindahan data 1.321 MB/s.

Pita Magnet (Magnetic

Tape)

Pita megnet digunakan untuk menyimpan isyarat audio dan kemudian menyimpan data computer peribadi. Pita ini diperbuat daripada plastic nipis. Kepadatan biasa bagi pita megnet ialah 6250 bit per kili. Pita ini diputar selaju 75 inci sesaat dan boleh memindahkan data 470 bit sesaat. Pita ini mempunyai 9 jejak, satu aksara akan mewakili 8 bit, setiap bit diletakkan dalam satu jejak. Lazimnya jejak ke 9 digunakan untuk memastikan bit yang dibawa bebas dari sebarang ralat.

v) Bas (Bus)

Bas atau bus merupakan satu komponen yang menghubungkan semua komponen secara langsung. Keadaan ini bermaksud bas merupakan komponen yang merupakan satu laluan data yang menghubungkan pemproses dengan ingatan dan komponen-komponen yang lain termasuk monitor, input serta output. Terdapat beberapa jenis bas yang digunakan seperti ISA, EISA, SCSI, PCI dan USB. Setiap bas mempunyai ciri yang berbeza walaupun fungsinya sama. Antara berbezaan tersebut dapat dilihat seperti rajah dibawah :

(19)

Jenis Bas/Bus Ciri/perbezaan

Industry Standard Architecture (ISA)

ISA diperkenalkan setelah Mikro pemprosesan 8088 (8 bit) tidak mampu menyimpan data yang lebih banyak. Maka ISA dicipta untuk tujuan tersebut. ISA mampu membawa 16 bit pada kelajuan 8.33MHz.

Extented Industry Architecture (EISA)

Bas jenis ni mampu membawa 32 bit talian alamat dan talian data. EISA masih boleh digunakan bersama ISA

Small Computer System Ibterface (SCSI)

SCSI mampu memindahkan data ke beberapa perisian tanpa melibatkan CPU dan dapat mengurangkan pengendalian CPU. SCIS disambungkan ke perisian melibatkan konfigurasi perkakasan dengan itu teknologi perkakasan tidak mengubah konfigurasi computer dan kadar pemindahan data sehingga 5 Mbite sesaat.

Peripheral Component Interconnect (PCI)

PCI memindahkan 64 talian data pada kelajuan 66 Mhz dengan kadar secara kasar kira-kira 64 Mbite/saat. Versi terbaru PCI mampu membawa pemindahan 528 Mbite/saat pada kelajuan 66 MHz.

Universal Serial Bus (USB) USB dilihat merupakan bas pelbagai kegunaan kerana berbagai peranti boleh disambungkan ke USB seperti tetikus, kamera digital, pencetak dan lain-lain. Data yang dipindahkan dalam bus USB secara berpaket. Setiap paket mempunyai pengenalan diri. Data yang mewakili keseluruhan data dihantar bergantung kepada saiz data dan kemampuan simpanan data. Malah USM boleh menampung sehingga 127 peranti bagi satu hub.

3.4 PERANTI STORAN SEKUNDER

Pengenalan

Storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan suruhan dalam bentuk kekal. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dalam bentuk

(20)

magnetik, optik atau magneto-optik sepertimana ditunjukkan di dalam. Ia juga satu kaedah penyimpanan data, maklumat dan suruhan di luar komputer. Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 1.2GB, 6.0GB atau 10TB. Dalam perkembangan teknologi terkini, storan utama menuju kepada muatan besar dengan menggunakan litar mikro elektrik yang kecil dan storan sekunder menuju kepada muatan besar dengan menggunakan media magnet dan optik. Muatan data dalam peranti storan, utama atau sekunder, disukat dengan menggunakan sukatan bait iaitu KB (kilobait), MB (megabait), GB (gigabait) dan TB (terabait).

Jenis-jenis Peranti Storan Sekunder

i) Storan Magnetik

Terdapat dua jenis storan sekunder yang banyak digunakan iaitu magnetik dan optik. Terdapat tiga jenis storan magnetik yang biasa digunakan iaitu pita magnetik, cakera liut dan cakera keras.

a. Pita Magnetik

Pita magnetik adalah media storan sekunder yang datanya disimpan pada segulung pita. Khususnya, pita magnetik adalah pita plastik nipis yang disadur dengan bahan yang boleh dimagnetikkan. Data di atas pita ini diwakilkan dengan bintik magnetik, iaitu data digital yang berbentuk diskret “sifar” dan “satu”. Pita mengandungi beberapa jejak (track) atau juga disebut saluran (channel) yang kebiasaannya untuk simpanan data. Biasanya, terdapat 7 atau 9 jejak. Data pada pita akan dipadam dahulu sebelum data baru ditulis padanya. Bilangan jejak pada pita bergantung kepada bilangan pemacu tulis atau baca yang ada pada unit pemacu pita.

Oleh kerana pita itu bergulung, data akan disimpan secara bersiri. Setiap rentasan pita (7 atau 9 jejak) akan mewakili satu aksara. Bagi data yang disimpan secara bersiri, kaedah storan yang digunakan ialah serpentine, iaitu data akan disimpan satu demi satu sepanjang satu atau dua jejak pada satu masa. Data akan ditulis dari mula hingga akhir jejak berkenaan dan seterusnya disambung kepada jejak yang masih belum digunakan lagi. Walau bagaimanapun, ada juga data yang disimpan secara selari. Bagi menyimpan data secara selari, data akan ditulis blok demi blok ataupun rekod demi rekod. Setiap blok data akan dipisahkan oleh satu ruang yang

(21)

disebut sebagai ruang antara blok. Jika untuk rekod, ruang ini disebut ruang antara rekod. Ruang ini perlu kerana pita tidak boleh berhenti serta-merta selepas diputarkan. Kebiasaannya penggunaan pita hanya 35-70% , bergantung kepada faktor pemblokan.

Pemacu pita magnetik disukat dengan beberapa banyak data yang boleh disimpan pada pita magentik dan juga kelajuan pita melalui kepala baca atau tulis. Kedua gabungan ini menentukan kadar permindahan atau bilangan aksara per saat yang boleh dihantar ke storan utama. Ketumpatan pita disukat dengan aksara per inci atau bit per inci. Ketumpatan data berubah dari 800-7000 bpi. Panjang pita biasanya 600, 1200 atau 2400 kaki. Oleh itu, pita 2400 kaki dengan 6250 bpi boleh menyimpan sehingga 180MB data. Biasanya saiz data yang boleh disimpan antara 40MB hingga 5GB. Pemacu yang boleh meningkatkan muatan tertinggi ialah DAT (Digital Audio Tape). Pemacu DAT terdiri dari dua kepala baca dan dua kepala tulis yang hanya membaca atau menulis satu jenis kutub magnet sahaja. Data pada pita akan dicapai dan ditulis secara jujukan.

Terdapat dua jenis pita magnetik iaitu unit pita magnetik untuk komputer besar dan unit pita katrij untuk komputer peribadi. Pada masa ini, kebanyakan pita digunakan untuk storan simpanan dan storan salinan kerana ia mudah alih dan murah. Saiz storan untuk pita magnetik biasanya adalah antara 20GB - 40GB.

b. Cakera Liut

Cakera liut atau disket adalah kepingan bulat plastik Mylar yang bulat serta rata dan boleh berputar dalam jaket. Data disimpan dalam bentuk caj elektromagnet di atas lapisan metal oxide yang menyaluti plastik Mylar. Data dan aturcara diwakilkan dengan ada atau tiada caj dan menggunakan kod perwakilan data ASCII atau EBCDIC. Cakera liut turut dipanggil cakera fleksibel kerana cakera plastik yan berada dalam sarung disket yang fleksibel.

Cakera liut yang paling banyak digunakan hari ini ialah cakera 1.44 MB bersaiz 3 ½ inci. Cakera ini biasanya dilabelkan 2HD yang bermaksud “dua permukaan, ketumpatan tinggi”. Cakera ini boleh menyimpan 1.44 MB yang bersamaan dengan 400 muka surat bertaip. Bila cakera dimasukkan ke dalam pemacu cakera, penutup gelungsur dibuka untuk mendedahkan cakera fleksibel 3 ½ inci.

(22)

Kepala baca/tulis dari pemacu cakera bergerak melintasi bahagian cakera yang terbuka untuk menyimpan dan membaca cakera. Cakera ini mempunyai takuk lindung tulis. Bila takuk ini dibuka, data tidak boleh ditulis atau ditambah ke dalam cakera. Ia merupakan perlindungan daripada berlakunya penulisan tidak sengaja ke atas maklumat yang disimpan di dalam cakera.

Data disimpan dalam cakera dalam bentuk bulatan dipanggil trek. Trek ini bukan satu spiral seperti pada piring hitam. Trek mempunyai alur yang tidak kelihatan yang jika dilihat pada cakera liut yang terbuka kelihatan satu permukaan yang licin. Setiap trek dibahagikan kepada beberapa sektor. Terdapat juga cakera yang tidak mempunyai trek dan sektor. Ia mestilah disesuaikan dengan jenis mikrokomputer dan pemacu cakera yang digunakan.

c. Cakera Keras

Cakera keras menggunakan plat metalik yang tebal dan kukuh. Cakera keras mampu menyimpan dan mencapai data dengan lebih cepat dan mempunyai kapasiti yang tinggi. Cakera keras merupakan peralatan yang sensitif. Kepala tulis atau baca terapung di permukaan cakera pada jarak sekitar ketebalan 0.000001 inci. Jaraknya yang terlalu rapat membuatkan sebarang habuk, zarah asap, rambut manusia dan bekas cap jari boleh menyebabkan kerosakan pada kepala baca/tulis. Kerosakan ini boleh mengakibatkan sebahagian atau semua data pada cakera keras ini akan musnah.

Terdapat tiga jenis cakera keras:

 Cakera Keras Dalaman: turut dipanggil cakera tetap kerana ia diletakkan dalam unit sistem. Ia digunakan untuk menyimpan aturcara dan plat metalik yang disimpan dalam satu bekas. Bekas tersebut mempunyai motor yang mampu memusingkan cakera. Terdapat lengan capaian dan kepala baca/tulis supaya data boleh dibaca dari dan ditulis ke atas cakera. Cakera keras berkapasiti 10 gigabait dan capaiannya lebih cepat.

 Katrij Cakera Keras: mudah dipindahkan seperti mengeluarkan kaset dari perakam video kaset. Jumlah storan yang ada pada sistem komputer terhad kepada bilangan katrij. Pada asalnya katrij cakera keras ini digunakan sebagai pelengkap cakera keras dalaman. Ia amat berguna untuk melindungi dan

(23)

menjamin keselamatan maklumat yang sensitif. Kapasiti biasa bagi katrij cakera keras adalah 2 gigabait.

 Pak Cakera Keras: peranti storan boleh alih yang digunakan untuk menyimpan sejumlah maklumat yang besar. Kapasitinya jauh melebihi cakera keras jenis lain. Mikrokomputer yang mempunyai capaian ke Internet, minikomputer atau kerangka utama biasanya mempunyai capaian ke pak cakera keras luaran melalui talian komunikasi.

ii) Storan Optik

Peranti storan optik memberikan satu alternatif untuk keperluan menyimpan data yang banyak. Peranti ini menggunakan prinsip cahaya, dan bukan prinsip magnet untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya laser yang digunakan menentukan data yang ditulis atau dibaca. Semasa penulisan data ke atas permukaan peranti optik, cahaya laser berkuasa tinggi digunakan untuk membentuk lekukan (pit) pada cakera. Setiap lekukan mewakili data 0 dan tanpa lekukan mewakili data 1. Semasa pembacaan pada cakera optik, cahaya laser berkuasa rendah disuluh kepada permukaan cakera. Pembalikan cahaya laser bergantung kepada lekukan yang ada pada permukaan. Jika terdapat lekukan, pembalikan cahaya tersebar dan tidak dapat dikesan oleh pengesan cahaya. Ini menggambarkan keadaan 0. Jika tidak terdapat lekukan atau permukaan rata (land), pembalikan cahaya terfokus dan dapat dikesan oleh pengesan cahaya.

Terdapat berbagai teknologi cakera optik yang digunakan dengan komputer iaitu: a. Cakera CD-ROM: bermaksud cakera padat ingatan baca sahaja sama seperti

CD muzik di pasaran. Baca sahaja bermaksud ia tidak boleh ditulis atau dipadam oleh pengguna. Pengguna hanya boleh mencapai data yang telah ditulis oleh pencetak. CD-ROM juga diguna untuk mengagih pangkalan data, pakej perisian aplikasi dan rujukan yang besar.

b. CD-R: bermaksud cakera padat boleh rakam atau dipanggil WORM (tulis sekali, baca banyak). CD-R (CD-Recordable) bermaksud cakera padat boleh rekod, iaitu cakera yang membolehkan kita merekod data atau maklumat padanya. Kita hanya boleh menulis sekali sahaja kepada cakera. Ia sesuai digunakan sebagai storan multimedia dan arkib. Pemacu khas diperlukan untuk merekodkan data kepada CD-R.

(24)

c. CD-RW: bermaksud cakera padat boleh tulis semula. Ia juga dikenali sebagai cakera optik boleh padam. Cakera ini sama seperti CD-R yang lain kecuali permukaan cakera ini berubah bila data direkodkan. Oleh kerana ia boleh diubah, CD-RW biasanya digunakan untuk membina dan mengedit persembahan multimedia.

d. DVD (Digital Video Disk): cakera serba digital adalah satu jenis storan yang hampir sama dengan CD-ROM. Ia berkemampuan untuk menyimpan 135 minit data video dalam bentuk digital. Ia juga boleh digunakan sebagai storan untuk komputer. Pemacu DVD boleh membaca ROM, tetapi pemacu CD-ROM tidak boleh membaca DVD. Setiap DVD mampu menyimpan sebanyak 17GB data.

3.5 PERANTI KOMUNIKASI

Pengenalan

Peranti komunikasi dikenali sebagai sistem komputer yang menghantar dan menerima data dan aturcara dari satu komputer atau peranti storan sekunder yang lain. Kebanyakan mikrokomputer menggunakan modem untuk menukar isyarat elektronik dari komputer ke isyarat yang boleh disalurkan melalui talian telefon atau kabel dan terus ke internet. Peranti komunikasi digunakan dan direka untuk memudahkan serta meningkatkan tahap penggunaan komunikasi di antara pengguna-pengguna komputer. Komponen asas kepada sistem data komunikasi yang digunakan untuk menghantar sesuatu mesej ada tiga iaitu peranti penghantar, laluan komunikasi dan peranti penerima.

Sebahagian besar komunikasi komputer beroperasi melalui talian telefon. Maka dengan ini talian telefon telah direka untuk penghantaran suara. Ia menerima dan menghantar isyarat secara analog. Komputer pula menerima dan menghantar isyarat secara digital untuk membolehkan isyarat digital dari komputer dihantar melalui talian telefon. Sebuah modem diperlukan yang akan menukar isyarat digital ke analog. Hal ini akan menyebabkan apabila komputer menerima isyarat dari talian telefon, modem akan menukarkan isyarat analog ke digital.

(25)

Jenis-jenis Peranti Komunikasi

i) Modem

Modem ialah singkatan bagi modulator-demodulator. Modulasi ialah proses menukar isyarat dari digital ke analog. Demodulasi pula menukar isyarat dari analog ke digital. Dengan adanya modem, komunikasi komputer melalui talian telefon boleh dijalankan. Komunikasi suara dan komunikasi data juga menggunakan talian telefon yang sama. Kepantasan modem menghantar data adalah berbeza-beza. Kepantasan tersebut diukur dengan bit dalam satu saat (bps). Kepantasan modem adalah antara 33.6 kbps dan 56 kbps (Azizi Ngah Tasir 2001: 52). Jika sesebuah modem itu lebih pantas, lebih cepat maklumat dihantar dan diterima.

Terdapat empat jenis modem iaitu modem luaran, modem dalaman, modem kad PC dan modem faks. Modem luaran diletak di luar komputer. Satu kabel dari modem ini disambung ke port bersiri komputer dan satu lagi disambung ke talian telefon. Manakala modem dalaman pula terdiri dari papan litar pemalam dalam unit sistem. Modem kad PC adalah modem yang dimuatkan dalam kad PC yang dimasukkan melalui slot kad PC. Modem kad PC selalu digunakan untuk komputer riba atau komputer nota. Modem faks ialah modem yang digabungkan dengan faks dan selalunya dipasang secara dalaman ataupun luaran. Modem faks berfungsi sebagai modem dan mesin faks di mana faks yang diterima akan disimpan dalam bentuk elektronik (dalam cakera).

ii) Kad Internet

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Hal ini menyebabkan rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melalui rangkaian setempat (LAN) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).

Terdapat tiga jenis rangkaian iaitu rangkaian setempat (LAN), rangkaian metropolitan (MAN) dan rangkaian luas (WAN). Perbezaan di antara LAN, MAN dan WAN ini adalah berdasarkan dari segi liputan keluasan kawasan.

(26)

Bil. Sistem Rangkaian Komputer Saiz Kawasan Contoh 1 Local Area Network (LAN) Kawasan Kecil

(10km)

Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.

2 Metropolitan Area Network (MAN)

Kawasan lebih besar (10-50km)

Bandar, negeri.

3 Wide Area Network (WAN) Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)

Seluruh dunia, negara, Internet

Rangkaian setempat (LAN) ialah rangkaian komputer dan peralatan persisian dalam lingkungan yang berdekatan seperti dalam sebuah bangunan. LAN disambung dengan kabel telefon, kabel sepaksi atau kabel gentian optik. Selalunya ia menggunakan konfigurasi bas. Dalam konfigurasi bas, beberapa buah komputer dalam sesuatu rangkaian boleh berkongsi menggunakan peralatan yang mahal seperti pencetak laser atau pelayan fail. Peralatan lain boleh juga ditambah pada LAN seperti minikomputer, komputer kerangka utama atau storan optik. LAN juga menggunakan pintu rangkaian (network gateway). Sesuatu LAN akan disambungkan ke LAN lain atau sebuah rangkaian yang lebih besar melalui pintu rangkaian. Contohnya untuk menyambungkan LAN dalam sebuah pejabat dengan LAN di pejabat lain.

Rangkaian metropolitan (MAN) satu lagi jenis rangkaian yang lebih besar daripada LAN. Rangkaian ini digunakan untuk menyambung rangkaian di antara sebuah bangunan dengan bangunan lain dalam sebuah bandar. Sistem telefon selular telah menambahkan fleksibiliti MAN dengan membolehkan perhubungan ke telefon di kereta dan telefon bimbit. Bagi rangkaian luas atau dipanggil WAN ialah rangkaian yang paling luas liputannya iaitu keseluruh negara dan dunia. Saluran komunikasi perhubungan WAN ialah pemancar mikrogelombang dan satelit untuk persambungan pada jarak yang jauh. Liputan WAN yang paling luas tidak tidak lain adalah internet.

iii) Rangkaian Setempat Tanpa Wayar

Rangkaian setempat tanpa wayar atau wireless local area network (WLAN) yang merupakan teknologi wayarles berasaskan rangkaian komputer menggunakan standard IEEE 802.11. Sebagai contohnya seperti 3G, WiFi dan WiMax. 3G merupakan teknologi untuk rangkaian data berkelajuan tinggi berasaskan telefon

(27)

bimbit. 3G merupakan singkatan kepada teknologi komunikasi bergerak berkelajuan tinggi generasi ketiga yang muncul selepas IG (1980) dan 2G (1990). 3G membolehkan pengguna menikmati kelebihan multimedia dan menawarkan capaian kepada internet pada kelajuan sehingga 2 megabait sesaat (2Mbps).

3G merupakan kesinambungan teknologi telefon bimbit bermula dari GSM dipertimbangkan kepada GPRS, EDGE dan seterusnya 3G. Bagaimanapun, ia adalah satu platform dengan teknologi baru berbanding GSM sedia ada. Memandangkan perlaksanaannya juga agak perlahan di negara ini dan terhad, maka 3G juga suatu yang belum pasti mampu menyelesaikan masalah jurang digital jalur lebar di negara ini. Selain itu, teknologi wayarles pengkomputeran seperti WiFi (wireless fidelity) mendapat perhatian daripada masyarakat setempat. Misalnya, walaupun telah mempunyai lesen 3G, syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom telah menunjukkan minat yang tinggi dengan teknologi WiFi apabila dengan satu demi satu memperkenalkan perkhidmatan hotspot (pusat akses WiFi untuk orang ramai) di seluruh negara.

WiMax pula merupakan teknologi wayarles terkini yang dikatakan akan menggugat kehebatan 3G kerana kemampuan liputan dan kelajuan rangkaiannya. WiMax dikatakan boleh mengadakan liputan bagi kawasan sehingga 50 kilometer dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding 3G. WiMax mempunyai kemampuan untuk menampung transmisi kelajuan data antara 15 hingga 75 Mbps akan menjadikan ia sebagai pilihan teknologi masa hadapan. Seperti WiFi yang digunakan untuk menghubungkan peranti atau komputer di kawasan rumah atau pejabat, WiMax pula akan digunakan untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian WiFi di suatu kawasan yang luas. Manakala, 3G pula menjadi penghubung WiMax ke seluruh negara dan dunia.

WiMax sebenarnya teknologi wayarles untuk sambungan akhir (last mile) yang berada dalam kategori Rangkaian Kawasan Metro (WAN) kerana mempunyai kemampuannya menghubungi sehingga jarak 50 kilometer berbanding WiFi (sehingga 90 meter). Sudah tentu dengan gandingan 3G yang merupakan teknologi telefon bimbit dengan kemampuan rangkaian kawasan luas wayarles (WWAN), WiFi

(28)

dan WiMax akan mampu memainkan peranan yang lebih penting dalam meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara.

4.0 KOMPUTER DI MASA HADAPAN

Komputer generasi pertama ditempatkan dalam bilik besar atau gimnasium dan dijalankan dengan tiub hampa gas. Biasanya, dua orang atau lebih dutugaskan berlari di celah dan dikeliling sistem dengan kereta sorong yang mengandungi tiub. Namun, pada masa kini, kita telah lama meninggalkan masa tersebut. Sejak sejarah awal komputer, arah alirannya adalah terhadap keupayaan yang lebih dengan wang yang sedikit. Komputer di masa hadapan dijangka akan menjadi bertambah murah, lebih kecil dan lebih berupaya.

i) Mikrocip

Permintaan untuk komputer yang lebih kecil, lebih laju dan lebih canggih menyebabkan syarikat-syarikat memasukkan lebih banyak bahagian dalam cip silikon. Proses mengecilkan litar elektronik dikenali sebagai pengamilan skala sagat besar atau VLSI yang merupakan nadi utama resolusi komputer masa kini. Teknik reka bentuk dan pengilangan yang digunakan dalam proses ini sangat kompleks sehinggakan komputer diperlukan untuk mereka bentuk mikrocip atau supercip ini. Sekarang ini, satu mikrocip boleh menyamai kuasa pengkomputeran komputer kerangka utama generasi ketiga. Komputer generasi akan datang akan memerlukan cip yang lebih rumit dan lebih laju daripada yang ada pada hari ini. Berdasarakan perkara yang berlaku kini, tidak ada sebab untuk menjangka teknologi baru tidak akan muncul. Yang agak pasti tidak lama lagi komputer peribadi yang biasa akan mengandungi 16 hingga 32 megabait ingatan dan harganya kurang daripada yang ada pada hari ini.

ii) Biocip

Sesetengah penyelidik telah mereka bentuk suis seperti diod yang mengandungi rentetan atom karbon yang panjang. Oleh kerana setiap satu komponen bersaiz molekul, ianya boleh dipadatkan kepada ketumpatan yang di luar impian pereka bentuk silikon. Sistem ingatan optik kini, iaitu cakera laser menghadkan bilangan data yang disimpan kepada kawasan yang boleh ditanda oleh laser, yang dikenali sebagai

(29)

“bintik laser”. Pada ruang satu bintik laser, satu biocip boleh menyimpan 10,000 bit maklumat.

iii) Cakera Optik

Daripada semua petunjuk, peranti storan massa yang mempunyai masa hadapan yang cerah adalag cakera optik (juga dikenali sebagai cakera video). Kini cakera optik digunakan sebagai bahantara untuk merekod filem, gambar dan data tampak lain, tetapi kebolehannya untuk menyimpan maklumat yang banyak telah mula menarik perhatian industri komputer. Data dirakam di atas cakera optik menggunakan pancaran laser keamatan tinggi yang membakar lubang-lubang kecil pada permukaan cakera. Oleh kerana lubang-lubang tersebut boleh dibuat dengan lebih rapat berbanding dengan bintik magnet, data boleh lebih dipadatkan atas cakera optik berbanding dengan cakera magnet.

Satu kekangan utama pada sistem cakera optik kini adalah, ianya tidak mudah dipadam dan sistem ini tidak boleh digunakan untuk merakam semula data. Oleh yang demikian, kini cakera optik digunakan untuk penyimpanan maklumat jangka panjang yang tidak perlu ianya ditukar selalu. Misalnya seperti katalog-katalog yang besar ataupun pelbagai jenis maklumat arkib. Satu cakera optik boleh menyimpan hampir 100,000 buku saiz biasa. Cakera optik termomagnet yang akan membawa perubahan sedang diuji menggunakan teknik storan optik kini. Ia menggabungkan teknologi magnet dan optik terbaru untuk menghasilkan bahantara yang boleh dirakam semula. Data direkod dengan cara memanas permukaan tanpa mengemukakan medan magnet. Data dipadam dengan memanas permukaan tanpa mengemukakan medan magnet. Beberapa buah syarikat telah mengeluarkan beberapa versi cakera optik boleh padam menggunakan teknologi ini. Hanya masa yang dapat menentukan keberkesanan kaedah ini.

iv) Cakera Liut dan Liat

Beberapa inovasi yang akan meningkatkan muatan storan kedua-dua cakera liut dan liat sedang diuji. IBM, NEC dan syarikat-syarikat lain sedang membuat cakera liut 3½ inci dengan muatan storan antara 2.9 megabait hingga melebihi 20 megabait, malah peranti muatan lebih besar, menunggu di hadapan. Walau bagaimanapun, pemacu

(30)

cakera liut muatan lebih besar ini lebih perlahan berbanding dengan cakera liat muatan yang sama. Sesetengahnya meramalkan cakera liut yang menggunakan teknologi ini pada hakikatnya akan menggantikan cakera liat dalam pasaran komputer riba.

5.0 KESIMPULAN

Cabaran teknologi maklumat pada masa akan datang memerlukan manusia yang bersedia dan berpelajaran untuk berhadapan dengan kemajuan yang pesat dan berterusan. Oleh itu, penggunaan komputer di kalangan rakyat Malaysia termasuklah kanak-kanak, remaja, golongan dewasa, dan golongan tua amat penting. Komputer merupakan alat elektronik yang dapat menyimpan maklumat, menganalisis maklumat, dan mengeluarkannya apabila diperlukan. Kepentingan komputer dalam kehidupan harian memang tidak dapat dinafikan lagi. Misalnya komputer digunakan sebagai alat pembelajaran kepada kanak-kanak kerana mereka dapat melakukan tugasan pembelajaran dengan cepat dan mudah.

Di samping itu, kempen kerajaan 'Satu Rumah, Satu Komputer' memberikan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer di rumah untuk memudahkan pembelajaran mereka. Penggunaan komputer sebagai sumber rujukan oleh kanak-kanak ataupun murid sekolah amat penting untuk membantu mereka mencari maklumat yang berkaitan dengan ilmu pendidikan. Kesimpulannya, kini penggunaan komputer amat penting kerana penggunaan komputer dapat membantu manusia dalam menguruskan maklumat secara tepat, dan mudah. Rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu teknologi maklumat agar mereka menjadi generasi yang celik komputer.

(31)

RUJUKAN

Abd Samad Hanif. 2005. Sistem Komputer. Tanjung Malim : UPSI.

Abdullah Mohd Zin. 1991. Pengajian Komputer: Satu Pendekatan Menyeluruh. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Ngah Tasir, Zainab Abu Bakar, Rose Hafsah Abd Rauf, Mohd Zaki Ghazali, Muthukkaruppan Annamalai, Rosmah Abdul Latif, Kalsom Nasir & Nurazzah Abdul Rahman. 2001. Asas Pengkomputeran. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Mara.

Ghazali Daimin dan Azizul Halim Yahya. 2006. Istilah dan Takrifan Komputer. Paul Mc Fedries. 2007. Computer Simplified 7th Edition.

Willian M. Fuori and Louis V. Gioia. 1993. Computer and Information Processing.

Zulikha Jamaludin dan Muhammad Shakirin Shaari. 2001. Terminologi Lengkap:

Referensi

Dokumen terkait

Selanjutnya, apabila Majelis Hakim Yang Mulia yang memeriksa dan mengadili perkara a quo berpendapat lain, Turut Tergugat III menyampaikan Jawaban/Pembelaan dalam Pokok

(1) Pegawai kontrak sebagaimana dimaksud dalam Pasal 2 ayat (2) huruf b merupakan Pegawai dengan perjanjian Kerja yang memenuhi syarat tertentu, dan diangkat

yang dilakukan oleh kolaborator dan peneliti yang menemukan berbagai hal sehingga dapat menghambat proses pembelajaran. Permasalahan yang ditemukan bahwasanya siswa

Oleh karena garis singgung dari suatu titik di luar hiperbola tidak tegak lurus terhadap latus rectum hiperbola dan tidak selalu tegak lurus terhadap sumbu simetri maka

Selanjutnya, semua tikus diberi sediaan per oral, untuk kelompok perlakuan kontrol negatif diberi CMC 0,5%, kelompok perlakuan kontrol positif diberi Glibenklamid dosis

Memberi penjelasan tentang pengaruh magnesium terhadap proses pengecoran besi cor nodular sehingga dapat memberikan hasil besi cor yang lebih berkualitas..

Analisis data kuntitatif akan dilakukan dengan penilaian tes hasil belajar berupa soal-soal yang diberikan pada siswa dalam pembelajaran melalui penerapan media KCS Komik Cerita

Jumlah jam mesin yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk pada jam lembur pada suatu periode harus lebih kecil atau sama dengan kapasitas jam mesin lembur yang