• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISLAM PATRIARKI DAN TRANSGENDER SATU A

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ISLAM PATRIARKI DAN TRANSGENDER SATU A"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

School of Communication

ISLAM, PATRIARKI DAN TRANSGENDER:

SATU ANALISA FILEM ... DALAM BOTOL 2011

NAMA : MUHAMMAD SU’UD ZHARIFF BIN ZAHARIN MATRIK NO. : P-KOM 0104/14

KURSUS : FILM THEORY AND METHODS KOD KURSUS : YSF514/4

PROGRAM : SARJANA KOMUNIKASI – PENGAJIAN SKRIN MOD KURSUS : KERJA KURSUS

(2)

Abstrak

Islam, Patriarki dan Transgender Satu Analisis Filem …. Dalam Botol (2011)

Oleh

Muhammad Su’ud Zhariff Bin Zaharin Pusat Pengajian Komunikasi

Universti Sains Malaysia

Kursus

YSF 514, Filem Teori Dan Kaedah

Transgender ialah suatu keadaan seseorang itu lebih cenderung kepada homoseksual. Istilah transgender mula dibincangkan dalam tahun-tahun 1970-1980-an. Lipatan sejarah 1800

sebelum Masihi -. Umat Nabi Lut, pada mereka lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita

untuk wanita. Menurut Clements Nolle - transgender terus berkembang dengan istilah

Transwoman (lelaki) dan Transman (perempuan). Istilah Transgender turut merangkumi

penampilan songsang, lesbian, gay, bisexual dan transgender (homoseksual). Filem Thai The

Beautiful Boxer, 2004 adaptasi kisah sebenar pernah ditayangkan di Malaysia arahan Ekachai

Uekrongtham dan dua pengarah muda tempatan Zarith Lokman dan Hairie Othman filem 2

Alam, 2010 yang bertemakan drama keagamaan. Akhir ini, watak songsang lelaki atau

perempuan menjadi perhatian kepada pembinaan naratif dalam filem dan drama di Malaysia. Pemaparan transgender pada filem juga dilihat cuba merendahkan fungsi sistem patriarki. Menurut Penim, dalam sistem patriarki masyarakat menempatkan kedudukan dan posisi lelaki lebih tinggi daripada perempuan dalam segala aspek kehidupan. Jesteru itu, Artikel ini cuba meneliti pemaparan watak transgender dan bagaimana ia dipaparkan di dalam filem. Kajian turut menganalisa bentuk-bentuk format dan naratif yang dibina di dalam filem. Kajian cuba mempersoalkan sistem patriarki apabila seorang lelaki itu menjadi transgender. Serta artikel ini cuba membincangkan pendekatan islam secara berhikmah terhadap representasi transgender.

(3)

PENDAHULUAN

Bermula pada tahun 1970-an, pengiktirafan diberika kepada beberapa penulis yang berstatus

‘authors’, seperti G.Hocquenghem,(1972) telah menjelaskan pandangan beliau terhadap

pendekatan kritikal ‘deconstructionist’ mengenai isu-isu identiti seksual, fokus wacana

discource melihat kepada pembinaan normatif sesuatu ideologi tentang konsep

heternormative. Beberapa kritikan dilontarkan oleh sarjana teori queer, suatu usaha bagi mencabar kesahihan dan konsistensi terhadap wacana heteronormative, serta memberi tumpuan yang lebih kritikal kepada status seksualiti non-heteronormative dan praktis seksualiti individu. Manakala, G.Miller,(2006) menerusi tulisan beliau bertajuk ... Male

Gaze... menyatakan pandangan berbeza, situasi penonton lelaki atau wanita akan berada

dalam posisi non-heteroseksual queer - usaha mereka menilai imej persembahan sinema. Perbahasan dan wacana terhadap persoalan-persoalan teori queer telah membuka bentuk atau format baru terhadap sexual orientation di dalam naratif persembahan filem. Pemikir teorist seperti A.Rich,(1980) cuba mempersoalkan adakah bentuk orientasi seksual merupakan perkara semula jadi atau mengapakah ia sangat penting kepada seseorang individu, atau ia hanya sekadar satu tanggapan, atau adakah seksualiti merupakan pembinaan sosial social construction dan apakah subjek itu sentiasa tertakluk kepada perubahan. Malahan, pemikir teori queer turut memberi tumpuan kepada masalah terhadap mengklasifikasikan individu itu sama ada lelaki atau perempuan, atau melakukan proses secara biologi biological basis bagi menentukan status seksual individu tersebut. Usaha-usaha pemikir teori menganalisa teks dan mencabar tanggapan budaya heteroseksualiti, iaitu jika ia bertentangan dengan normatif heteroseksualiti, adakah memungkinkan individu itu berpontensi kepada gay? Sebagaimana Ryan dan Futterman,(1997) menyatakan pandangan mereka dalam artikel Transgender Youth, terdapat usaha yang bersungguh-sunguh cuba meletakan potensi diri mereka kepada normatif heteroseksualiti dan menjadikan heteroseksualiti itu sebagai format seksual kelelakian.

Setelah lebih 10 tahun pergerakan teori queer ini bergerak aktif di seluruh dunia menerusi wacana-wacana dan penerbitan filem queer (transgender). Pada tahun 1997,

Anugerah Festival Filem Transgender (AFFT) pertama kali dianjurkan bagi memberi

penghormatan yang setaraf dengan anugerah festival filem yang lain. Acara ini dijadikan

annual event sejak ia mula diperkenalkan sehingga kini, malah menurut Joe.Ippolito,(2014) ia

(4)

terhadap filem bergenre tansgender dan anugerah festival yang dianjurkan. Malahan transgender kini telah mendapat perhatian dan kedudukan tersendiri dibeberapa buah negara yang meluluskan perkahwinan sivil sesama jenis. Undang-undang yang diluluskan itu memberikan hak, perlindungan, dan manfaat yang sama kepada pasangan sejenis yang terlibat, sebagaimana yang diberikan kepada perkahwinan heteroseksual, termasuklah hak pengambilan anak angkat. - Institut Kefahaman Islam Malaysia,(2012).

. Adapun topik-topik wacana berkaitan transgender amat kurang diperkatakan secara positif, adil dan bermaruah. Proses identifikasi golongan transgender sering diberikan gambaran negatif oleh media arus perdana, serta pemaparan transgender di dalam filem. Pihak autoriti, seperti Lembaga Penapisan Filem (LPF) berperanan meneliti seetiap sudut pemaparan naratif malahan penumpuan aspek-aspek persembahan visual, bahasa, kostume, lokasi dan perwatakan yang dipersembahkan di dalam filem menjadi perhatian serius kepada status kelayakan tayangan. Dalam pada itu, menerusi penulisan ‘konsep gender’ - Mohd Anuar Ramli,(2012) menyatakan klise umum kepada golongan trasngender sering dikaitkan dengan aktiviti negatif (seks songsang). Oleh itu, keadaan ini mencetuskan pandangan dan kritikal yang pelbagai terhadap motif penerbitan filem dan drama yang mempersembahkan bergenre transgender ini kepada tontonan umum.

Dari sudut syariah islamiah, Islam telah memperjelaskan dengan jelas ciptaan jantina lelaki dan wanita menerusi muzakarah ulama tempatan serta fatwa dari ulama dunia. Menyingkap sejarah, menjadi pedoman terhadap kisah nabi Lut A.S dan umatnya yang terkenal dengan homoseksual dan transgender ini haruslah diambil iktibar sebaiknya. Malahan, agama yahudi turut sama menceritakan peristiwa ini melalui alkitab, “dikarenakan

oleh dosa-dosa penduduknya, Sodom, Gomorrah, Admah dan Zeboim dihancurkan oleh

sulfur dan api dari Tuhan” (Genesis - 19:24-25). Peristiwa dan sejarah telah menceritakan

kepada kita bagaimana kehidupan penduduk kota sodom dihancurkan, serta penghasilan filem-filem sejarah dan peristiwa kota sodom dan gommrah itu turut diterbitkan agar ia menjadi iktibar besar kepada umat manusia hari ini

.

PERSOALAN: REPRESENTASI TRANSGENDER

(5)

kelamin (trasnsexual). Menurut hujahan Green,(2011) beliau menjelaskan maksud transgender itu merangkumi individu daripada pelbagai peringkat umur atau jantina yang menampilkan karekter berbeza atau sikap yang berbeza daripada stereotype umum terhadap identiti seorang lelaki dan seorang perempuan pada kebiasaanya.

Walaubagaimanapun, SusanStryker,(2004) sarjana teori queer, menyatakan pandangan positif mereka hasil daripada kajian terhadap seksualiti dan teori feminisme, dengan menyatakan teori queer tampil dengan menawarkan kedua-duanya bidang kajian dan hasilnya lebih dikenali sebagai transgender identiti. Manakala A.Devor,(2006) cuba menggambarkan kepentingan kajian transgender untuk mengandaikan problematics tentang tubuh dan identiti serta kepada keperluan semulajadi hubungan seks dikategori dengan status gender. Beberapa persoalan kritikan mula wujud terhadap konsep heteronormativiti, berdasarkan pemikiran semulajadi konseptualisasi gender yang dikenali sebagai lelaki atau perempuan, dan kajian transgender ini memungkin penciptaan bentuk-bentuk baru kepada pengenalan trans dan

identiti. - SusanStryker.(2006).

Wacana-wacana teori feminisme dan queer yang diperbincangkan lebih cenderung kepada isu dan pemaparan gologan LGBT di dalam naratif sebuah cinema. Persoalan terhadap pemaparan golongan lesbian, gay, bisexual dan tranvertile (transgender) yang sering disalah ertikan dan didiskriminasi terhadap realiti sebenar kehidupan mereka di dalam filem. Persoalan stereotype transgender yang dipersembahkan menerusi naratif sebagaimana ia dilabel sebagai ‘sex service’, serta‘abnormal’ kepada mereka yang tidak menepati norma-norma heteroseksual mengikut apa yang dihujahkan oleh Kauth,(2006). Jesteru itu, persoalan pemaparan transgender yang cuba dibincangkan di dalam penulisan ini berpandukan satu analisa terhadap sebuah filem pilihan.

Penulisan ini cuba melakukan penelitian terhadap pemaparan watak transgender dan bagaimana ia dipaparkan di dalam filem tersebut. Serta usaha bagi menganalisa bentuk-bentuk format dan naratif yang dibina berdasarkan filem pilihan. Teknik pemaparan dan cara ia dipaparkan merupakan usaha yang baik dan kreatif. Pelbagai teknik digunakan bagi menganalisa teks, penulisan memilih kaedah membahagian teks kepada kepada pembahagian

(sub-sub). Penulis telah mengenal pasti terdapat 6 bahagian (sub-sub) akan cuba

(6)

Kajian (sub-pertama) melihat kepada permulaan naratif dibina, pemaparan watak seorang lelaki (maskulin) cuba melarikan diri dari sebuah kampung ke kuala lumpur, dengan menaiki sebuah teksi, memaparkan ekspresi diri dalam keadaan gelisah, menyesali,menangis dan murung. Opening plot memperkenalkan watak, memaparkan suasana tepi pantai diwaktu malam dengan dua orang lelaki sedang bermesra (pada kebiasaanya terjadi kepada heteroseksual) dan berseronok dengan hanya memakai seluar pendek. Klise umum merasakan ia sebagai adegan yang menjurus kepada aktiviti homoseksual. Menurut Paisley,(2000) beliau menyatakan apabila suatu keadaan dimana ‘mereka’ sedar bahawa mencintai seseorang daripada jantina yang sama merupakan satu cabaran kepada norma jantina yang dominan, jesteru itu, naratif memaparkan aksi berbaring di atas pasir sambil dialog mereka menjelaskan status hubungan seksual dan identiti gender menjadi pembuka kepada naratif. “ ruby .. i nak

panggil you ruby,bukan robbert lagi.” Dialog salah seorang watak lelaki kepada rakannya

juga sebagai watak lelaki. Jelas, dialog tersebut pembuka kepada turning point naratif dengan terucapnya dialog tersebut penonton dapat mengidentifikasikan ‘mereka’ adalah pasangan homoseksual.

Pada bahagian penceritaan (sub-kedua), kajian cuba meneliti plot yang memaparkan seorang lelaki berpakaian seperti wanita. Naratif memperlihatkan perwatakan ini dipersembahkan sebagaimana seorang wanita berpakaian, memakai kasut tumit tinggi, skirt, baju wanita yang menampakan bahagian atas dada, solekan dan berambut panjang. Pemaparan identiti sebegini dapat diidentifikasi sebagai transgender menurut apa yang diperbahaskan oleh Green,(2000) dalam tulisan beliau bertajuk - Introduction to Transgender

Issues.

Berdasarkan pembinaan naratif, konflik (sub-ketiga) merupakan suatu keadaan pembuka kepada isu, cabaran, atau persengketaan. penelitian kepada naratif mendapati, konflik awal antara pasangan homoseksual berlaku apabila menyedari pasangan mereka telah melakukan pertukaran kelamin. Menurut perbahasan Green,(2000) individu yang menjalani pembedahan menukar jantina transsexual, prosedur yang mereka perlu lalui antaranya menjalani rawatan hormone therapy dan sex reassignment surgeries. Berdasarkan maklumat perubatan antarabangsa, bagi menjalani proses pertukaran kelamin memakan kos yang sangat tinggi. Menurut pendokong kepada kumpulan transgender, Sharan,(2013) menjelaskan bahawa golongan transgender tidak semestinya menjurus kepada transeksual dan ia dianggap sebagai pilihan. Berdasarkan pemaparan naratif, dari segi gerak tubuh ghaus (pasangan Ruby) lebih cenderung kepada orientasi seksual seorang lelaki. Perkara ini mengidentifikasikan

(7)

sebagai gay, ia dikukuhkan lagi dengan pertembungan ruby melihat ghaus sedang melayani kehendak nafsu seks bersama seorang lelaki rakan sekerjanya.

Penambahan kepada konflik yang dibina berdasarkan naratif diteruskan keatas Ruby, dengan beliau bakal di saman oleh Mr.Wong. walaubagaimana pun, naratif tidak menceritakan dengan jelas apakah hubungan dan perkaitan saman itu dengan perwatakan Ruby. Jika ia melibatkan kedudukan pekerjaan seorang trasngender/transeksual ia telah diperjelaskan oleh Mulvey,(2006) berlaku diskriminasi paksaan terhadap golongan trans, malahan kebebasan aktiviti, kebolehan juga terbatas dengan memaksa golongan trasn melakukan aktiviti yang bertentangan illigel activities. Juga terdapat hujahan berkaitan hubungan intim transgender yang menyatakan walaupun sambungan ini kuat, ada juga sebab-sebab sejarah berasaskan salah faham dan ketidakpercayaan antara gay dan orang transgender. Shannon,(2000)

Seterusnya, penelitian kepada proses pembinaan naratif plot - luahan (sub-keempat) yang memaparkan situasi untuk meluahkan tekanan dan masalah yang dihadapi. Plot luahan ini dilihat memperkenalkan sikap dan hubungan Ruby dengan rakannya yang membawa perwatakan lelaki lembut. Walaupun begitu, rakan Ruby dikenali sebagai Jem dipersembahkan dengan personaliti lelaki maskulin tetapi bersifat lelaki lembut. Perkaitan pemaparan identiti lelaki lembut juga terdapat dalam perbincangan sarjana, seperti yang dinyatakan oleh Maesarah,(2004) menerusi tulisanya berkaitan lelaki lembut juga boleh digambarkan kepada suatu kedudukan identiti individu berkenaan yang berada pada persimpangan antara identiti seks (tubuh dan alat kelamin) dan identiti gender.

(8)

kehidupan di kampung. Kajian turut mendapati kesukaran ruby mengadaptasi peranan dan identiti sebagai lelaki sejati. Keadaan ini turut dikongsikan oleh Miller.(2006) sebagaimana ia menjadi kesukaran (transgender) menjalani hubungan sosial dalam komuniti yang berbeza.

Pada bahagian terakhir, kajian melihat kepada cabaran yang dihadapi oleh Ruby selepas berlakunya proses penyesalan itu. Kewujudan watak Dina sebagai pendorong besar kepada masalah identiti terbesar yang bakal dihadapi oleh Ruby. Perkenalan mereka membawa kepada pembinaan naratif cuba menghuraikan konfrontasi emosi dan perasaan (transgender) untuk kembali menjadi lelaki yang lebih dikenali dengan ideologi patriarki. Disini naratif dipersoalan adakah pemaparan konfrantasi emosi dan perasaan mewakili semua (transgender). Diketuahui umum, sangat sukar unutk memahami emosi dan perasaan seseorang. Disimpulkan, perkenalan mereka membawa kepada persetujuan untuk berkhawin. Kehadiran Ghaus dan Jem dihari perkhawinan Ruby menjadikan keadaan lebih dramatik, kehadiran ghaus bersama sebotol yang mengandungi benda (anu) – tidak dipersembahkan. Menjawab segala persoalan kepada keadaan sebenar identiti Ruby. Ruby mengambil keputusan melarikan diri serta majlis perkhawinan tidak dapat dilangsungkan. Kajian mendapati antara masalah atau isu yang dihadapi secara realiti oleh golongan transgender ini, mereka terikat dengan isu identiti mereka sendiri. Personal kepada status polisi, legal, dan

medical issues. Perkara ini dibangkitkan dalam tulisan Transgender Equality oleh Genny

Beemyn (2014). Persoalan dan hujahan berkaitan isu hak transgender akan dibincangkan pada

sub-topic lain.

Dapat dijadikan rumusan, pemaparan transgender menerusi filem ... dalam botol (2011) adalah suatu usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat terhadap kewujudan golongan transgender serta proses pengingsafan juga berlaku dikalangan mereka. Persoalan seterusnya adakah masyarakat bersedia menerima kembali golongan ini didalam sistem kehidupan heteronormatif.

PERSOALAN: ‘RIGHTS’ DAN TRANSGENDER

(9)

biseksual, lesbian, transgender atau sebagainya. Istilah binari yang biasa digunakan apabila merujuk kepada gender adalah “lelaki” (male) dan “perempuan/wanita” (female). G.Miller,(2013). Dalam keadaan ini, masyarakat lupa bahawa gender bukan berciri binari (dua) kerana sudah terbukti secara saintifik bahawa gender tidak hanya terikat kepada “lelaki” dan “perempuan”. Atas sebab itulah mana-mana individu yang tidak termasuk – atau tidak memenuhi sepenuhnya kriteria konvensional dalam masyarakat – bagi kategori “lelaki” atau “wanita” diletakkan di bawah label “transgender”.

Istilah-istilah homoseksual, heteroseksual, biseksual dan sebagainya hanyalah label yang digunakan orang. Identiti gender tidak ada apa-apa kaitan dengan orientasi seks seseorang. Sudah terbukti secara saintifik bahawa setiap lelaki, pada salah satu peringkat hidupnya (khususnya pada usia remaja), dia akan tertarik kepada sebilangan wanita dan sebilangan lelaki. Hujahan Sharan,(2013) adalah sebagai memperkuatkan dakwaan yang menyatakan individu lelaki itu tidak semestinya tertarik secara seksual kepada lelaki lain. Tambahannya lagi, cuma hubungannya dengan individu yang dia tertarik (attracted) itu lebih intim berbanding dengan individu atau jantina lain.

Bagaimanapun, norma kehidupan masyarakat yang menjadi penghalang dan membuatkan remaja heteroseksual berkenaan terpaksa memendamkan terus perasaan tertarik itu, walaupun dia bukannya tertarik secara seksual kepada rakannya itu. Norma dalam masyarakat menetapkan bahawa seorang lelaki hanya boleh tertarik kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya. Kononnya kasih-sayang hanya boleh dikongsikan dengan orang yang kita cintai dan tertarik secara seksual – iaitu individu daripada jantina yang berlainan. Pandangan seperti ini sebenarnya berasaskan pendirian yang dikenali sebagai the big other, suatu tanggapan dominan yang distruktur oleh masyarakat.

(10)

bertajuk Transgender dan Agama. Beliau menyatakan pendirian “ transgender are born,not

made..” yang membuka perbahasan dari sudut agama. Menurut beliau lagi, perkataan

“mukhannathun” atau “mukhannas” dari hadis, ia mewakili seorang individu (lelaki) yang menyerupai wanita. Beliau menghuraikan hujahannya berdasarkan tulisan beliau yang lain;

“... Ada dua jenis “mukhannathun” dirujuk di mana salah satu

adalah lelaki (identiti seks) yang benar-benar memiliki identiti

gender wanita dan mempunyai adab serta tingkah-laku yang sama

seperti wanita secara semula jadi (bukan dibuat-buat)...”

(Sharan Suresh, transgender dan agama; 2013) Beliau menambah hukum terhadap zina, dosa dan maksiat itu sama juga bagi golongan heteroseksual. Menurut pandangan beliau lagi, apa yang ditegah dalam agama Islam, Quran dan Hadis adalah apabila seorang individu dengan identiti gender lelaki dan identiti seks lelaki – iaitu “lelaki sejati” – mahu mengubah keadaan itu. Di sinilah muncul kelompok lelaki yang suka berpakaian seperti wanita cross-dressing walaupun mereka bukannya transgender. Malangnya, akibat kejahilan dan kerana tidak cukup maklumat serta pengetahuan, pihak tertentu menganggap transgender sama dengan cross-dresser. Akibatnya, golongan transgender yang tidak berdosa selalu menjadi mangsa.

PERSOALAN: KEDUDUKAN SISTEM PATRIARKI

(11)

Islam. Di antara ayat al-quran yang dijadikan dasar dalam pemisahan tugas lelaki dan perempuan adalah sebagai berikut:

Maksudnya: “… dan kaum laki-laki mempunyai satu tingkat lebih tinggi dari

mereka (kaum perempuan). dan Allah Maha Perkasa lagi Maha

Bijaksana”

(Surah Al-Baqarah ayat 228). Budaya masyarakat melayu juga terkenal dengan sistem patriarki yang diamalkan. Sistem ini sekian lama telah dipraktiskan dan menjadi amalan dominan bagi masyarakat melayu sehingga kini. Secara dasarnya kedudukan lelaki dan perempuan telah ditentukan dan dipengaruhi oleh ideologi budaya dan agama, ia telah diserap dan dihadam sejak wujudnya praktis kepada ideologi ini. Patriarchy order muncul sebagai bentuk kepercayaan atau ideologi bahawa lelaki lebih tinggi kedudukannya dibandingkan perempuan dan perempuan harus dikuasai bahkan dianggap sebagai harta milik lelaki. Sistem patriarki meletakkan kedudukan lelaki adalah sebagai ketua keluarga dapat diterima oleh semua masyarakat. Namun dominasi ini dicabar, menerusi sistem politik, ekonomi, sosiologi-budaya melayu dilihat telah melakukan toleransi terhadap kedudukan kaum wanita sejak ideologi feminisme menyerap masuk.

Menyingkap kepada gerakan pembaharuan intelektual “Renaissance” di barat telah memberi pengaruh yang kuat terhadap gerakan feminisme dan kesamaan gender. Kesinambungan dari itu, feminisme telah menyusup masuk malahan mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat, golongan yang tertindas menurut keterangan Ariffin,(2013). Gerakan ini membawa ideologi golongan wanita yang sering kali didiskriminasi. Oelh itu, beberapa usaha dilakukan bagi menghentikan diskriminasi tersebut. Ideologi feminisme tegas mempersoal dan memperjuang hak sama taraf, status dan kuasa turut diberi peluang dan kepercayaan kepada kaum wanita untuk seiring dengan kaum lelaki. Pengaruh dan dominasi dari sistem ekonomi sosialis dan kapitalis di barat memberikan kesedaran baru terhadap kedudukan dan hak wanita. Oleh demikian, kaum wanita merasakan kedudukan dan hak-hak mereka haruslah sama taraf seperti kedudukan lelaki. Mereka menolak anggapan wanita berstatus lemah berbanding lelaki.

(12)

transgender. Menerusi kajian filem ini, pemaparan hubungan antara pasangan homoseksual masih memegang teguh kepada sistem patriarki. Terdapat plot-plot satu hubungan yang mengharap, dipimpin dan yang memimpin. Sekalipun watak transgender itu cenderung kepada homoseksual namun ia masih mempunyai phallus maka ia masih dianggap sebagai pendukung sistem patriarki seperti hujahan freud berkenaan phallocentrism.

Realitinya, feminisme sedar akan kekuatan sistem patriarki yang wujud di dalam budaya dan masyarakat. Mulvey,(1999) menerusi artikel beliau, memetik berkenaan kajian ‘Freudian philosophy on phallocentrism’ – beliau berusaha mengumpul kajian bagaimana untuk memecahkan penindasan kepada femininiti. Berpandukan apa yang dijelaskan oleh Freud tentang ‘phallus’ itu adalah lambang semula jadi lelaki bermaksud kepada ‘power’ dan

‘patriachy order’ terus kekal sebagai sistem keatas golongan lelaki. Berdasarkan naratif filem

ini menceritakan watak transgender telah melakukan pembedahan ganti kelamin sexual

orientation dengan itu menjadikan ia tergolong sebagai transexual. Ini secara langsung

menafikan phallus yang dimaksud oleh freud terhadap kelelakian.

Dalam pada itu, sarjana-sarjana feminisme terus berhujah terhadap kajian freudian bagaimana untuk mengelak dan melemahkan phallus yang menjadi lambang power jesteru mengembalikan nilai kehormatan kewanitaan kepada tahap yang lebih baik. Berbalik kepada teks, melihat kepada konflik yang dihadapi oleh watak tersebut apabila beliau (trasngender) akan berkahwin dengan seorang gadis. Telah berlaku konfrantasi dalam diri tentang status

phallus beliau, ini kerana transexual telah menafikan hak asal gender mereka untuk seumur

hidup. Penyusunan naratif turut memaparkan penyesalan oleh watak. Perasaan itu terus meruntun naratif sehingga membawa kepada tanggapan klise penonton bahawa perkahwinan itu tidak akan berlaku, ia disebabkan naratif dimulakan dengan penyesalan dan flash back kisah kehidupan watak protagonis.

(13)

PERSOALAN: ISLAM DAN TRANSGENDER

Berpandukan penulisan berkaitan maksud trasngender, mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan dan naluri sebagai wanita Wan Halim Othman, (1987). Kewujudan pelbagai istilah kepada transgender ini kerana kepelbagaian persepsi yang negatif yang diberikan oleh masyarakat khususnya dalam membuat penilaian kepada golongan minoriti ini. Sebahagian masyarakat melihat golongan transgender lazimnya terjebak dalam gejala negatif seperti homoseksual, skandal dan masalah sosial.(Najibah,2003).

Fenomena ini dapat diimbas semula dalam sejarah kenabian, khususnya di dalam alquran yang menunjukkan masalah dan keadaan ini telah berlaku sejak 1800 sebelom masihi -zaman Nabi Lut a.s. ketika masyarakatnya menjalani kehidupan yang menyimpang dan melanggar batasan-batasan fitrah kehidupan yang sebenar. Mereka melakukan hubungan sejenis dan akhirnya mereka dimurkai oleh Allah S.W.T. dengan azab yang dahsyat. Keadaan ini dinukilkan dalam firman Allah S.W.T. dalam surah al-a’raf: 81.

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu mendatangai lelaki untuk memuaskan

nafsu syahwat kamu dengan meniggalkan perempuan,

bahkan ini adalah kaum yang melampaui batas.”

(Surah Al-A’raf: 81)

Dalam surah Hud, telah diceritakan azab yang ditimpakan kepada kaum yang mendustakan perintahan Allah. Allah berfirman didalam surah hud: 82

Maksudnya: “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu (terjungkir-balik sehingga) yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi.”

(Surah Hud ayat 82)

(14)

sexual desire sesama jantina bukan terjadi secara azali, tetapi ia terjadi disebabkan manusia

hilangnya petunjuk dan bisikan hawa nafsu yang keterlaluan. Huraian peristiwa itu diperjelaskan lagi berkaitan balasan dan azab yang Allah turunkan kepada kaum yang ingkar. Peristiwa yang terkandung di dalam al-quran, turut telah disahkan oleh saintis-saintis dan sejarawan antarabangsa berkaitan peristiwa yang menimpa kota soddom.

Pelbagai kerangka teori dan wacana telah diperbincangkan berkenaan golongan transgender ini. Usaha-usaha mengenalpasti identiti, naluri dan keinginan seks golongan trasngender ini turut diberi perhatian serius. Penglibatan aktif baik dari industri filem, akademik, pendakwah, pihak kerajaan dan majlis fatwa kebangsaan membincangkan isu yang menjadi pendebatan masyarakat umum. Pendekatan berhikmah menjadi integrasi islam dalam membincangkan sesuatu isu. Kesepakatan mufti-mufti dan ulama mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan isu transgender ini sangat memberi kesan kepada institusi-institusi yang terlibat. Setiap kemaslahatan itu perlu diurus dengan cermat dan kesepakatan kepada penyelesaian dicapai berasaskan al-quran, as-sunah dan ijma’ yang menjadi rujukan utama

Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 2012, memandang berat terhadap isu seks songsang seperti Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) yang hebat dipromosi dan disokong oleh beberapa pihak di negara ini. Malahan ia turut di jadikan genre sesebuah filem yang memaparkan tentang golongan trasngender. Oleh demikian, muzakarah menegaskan bahawa isu LGBT ini secara qat’ie dan jelas telah diharamkan oleh Islam dan tidak memerlukan sebarang fatwa dikeluarkan. Oleh itu, sebagai sebuah negara yang berpaksikan Islam, adalah wajib bagi umat Islam menentang dan menghapuskan amalan seksual songsang yang telah jelas diharamkan oleh Islam.

Perbahasan trasngender ini turut mendapat perhatian ulama’ luar dan dalam negara. Ramai ulama’ menghasilkan bahan bacaan, diskusi, wacana dan sebagainya dalam usaha menerangkan peranan islam bag menghadapi golongan transgender ini di seluruh dunia. Jesteru itu, majoriti ulama bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, karangan Dr. Wahbah al-Zuhaili,(2008) menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Menerusi hadis daripada Ibn Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda :

ﻦﻣ ﻦﻴﺜﻨﺨﻤﻟﺍ ﻢﻠﺳﻭ ﻪﻴﻠﻋ ﷲ ﻰﻠﺻ ﻲﺒﻨﻟﺍ ﻦﻌﻟ : ﻝﺎﻗ ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲ ﻲﺿﺭ ﺱﺎﺒﻋ ﻦﺑﺍ ﻦﻋ

(15)

Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata ‘Rasulullah SAW melaknat

mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki

dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan

wanita’.

(Hadis Riwayat al Bukhari)

Huraian hadis, maksud ‘menyerupai’ dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. Manakala Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin,(2005) menerusi bukunya Fatawa wa

Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita. Beliau

menghuraikan persamaan itu samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki.

Sabda Rasulullah S.A.W:

ﺲﺒﻠﻳ ﻞﺟﺮﻟﺍ ﻢﻠﺳﻭ ﻪﻴﻠﻋ ﷲ ﻰﻠﺻ ﷲ ﻝﻮﺳﺭ ﻦﻌﻟ : ﻝﺎﻗ ﻪﺘﻋ ﷲ ﻲﺿﺭ ﺓﺮﻳﺮﻫ ﻲﺑﺃ ﻦﻋ

ﻞﺟﺮﻟﺍ ﺔﺴﺒﻟ ﺲﺒﻠﺗ ﺓﺃﺮﻤﻟﺍﻭ ، ﺓﺃﺮﻤﻟﺍ ﺔﺴﺒﻟ

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.a berkata : ‘Rasulullah SAW

telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian

perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.’

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Menurut Najibah Hassan,(2013) beliau meminta masyarakat membezakan antara lelaki yang dilahirkan lemah lembut dan mengekalkan gaya hidup seorang lelaki sejati dengan golongan lelaki lembut yang melanggar norma-norma masyarakat atau perlakuan mereka yang menyinggung masyarakat. Isu lelaki lembut ini sesuatu yang sensitif dan memerlukan kefahaman masyarakat. Beliau menegaskan:

“... Yang menjadi isu sekarang ini adalah kewujudan identiti baru sebagai

transgender yang menyerupai perempuan. Mereka mula mempamerkan

penampilan yang laru daripada norma seorang lelaki dengan mengukuhkan

kelembutannya dengan memakai pakaian menyerupai perempuan, memakai

gincu dan mencabur bulu kening serta dikuatkan lagi dengan lenggang

(16)

(Najibah Hassan, Utusan Malaysia: 20 Julai 2003)

Konsep dakwah cuba meneliti dan menasihatkan mana-mana individu dan pengamal media supaya menghentikan sikap suka mendedahkan perkara-perkara keji yang didakwa atau menyampaikan sesuatu isu yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara terbuka kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah oleh agama Islam. Sehubungan itu, Allah berfirman di dalam al quran surah al hujaraat ayat 6:

Maksudnya:“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu

orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah

dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah

kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang

menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

(Al Quran, Surah Al Hujuraat; ayat 6) Dengan ini, syariat menyatakan tiada istilah lelaki lembut (transgender) dalam Islam. Islam menekankan manusia merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang dikurniakan akal sebagai suatu kelebihan berbanding makhluk yang lain. Allah S.W.T. membincangkan tentang kejadian lelaki mahupun perempuan dalam perbahasan berkaitan kejadian manusia. Sebagaimana firman-Nya dalam surah al-hujuraat: 13.

Maksudnya:“Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah

menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami

telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku

puak, supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra

dengan yang lain). sesungguhnya semulia-mulia kamu di ..

.. sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara

kamu, (bukan keturunan atau bangsa). Sesungguhnya

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalan

Pengetahuannya.”

(17)

Namum begitu, Islam tidak terus menghukum sesuatu keadaan itu secara direct. Terdapat beberapa keadaan yang islam telah perbincangkan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi berkenaan dengan status gender. Islam sedia maklum terhadap status gender dan identiti manusia ialah seperti lelaki, wanita dan khunsa. Persoalan terhadap misrecognition identity telah diperbincangankan dengan jelas bagaimana harus dihadapi dan di tangani terutama oleh umat islam.

KESIMPULAN

(18)

ISLAM, PATRIARKI DAN TRANSGENDER

BIBLIOGRAPHY

Mulvey, Laura. (1999). Visual Pleasure and Narrative Cinema. Film Theory and Criticism. Eds. Leo Braudy and Marshall Cohen. New York: Introductory Readings.

Joe. Ippolito, (2014). San Francisco Transgender Film Festival, Roxie Theater, San Francisco, 7.9.2014. Dipetik dari: http://www.sftff.org/.

Bell Hooks, ( ... ), Understanding Patriarchy. Louisville Anarchist Federation Federation. Dipetik dari: http://ImagineNoBorders.org.

Jamison Green, (2011), Transgender Activis, Stories of LGBT History. Dipetik dari: www.adl.org/education.

Jamison Green, (2000), Introduction to transgender Issues. Stories of LGBT History.

Genny Beemyn.(2014), Transgender Terminology, National center for transgender equality. 20005 (202) 903-0112. Washington, DC. Dipetik dari:

www.nctequality.org

Mohd Anuar Ramli, (2012), Konsep Gender: Satu Pentakrifan; Jabatan Fiqh & Usul. Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Paisley Currah,Shannon Minter, (2000), Winning Civil Rights for Transgendered

People, National Center for Lesbian Rights, and the National Gay and

Lesbian: Task Force Policy Institute.

Califia, Pat. (1997). Sex Changes: The Politics of Transgenderism. San Francisco: Cleis Press.

John Money,(1990), Gay, Straight and in-Between: The Sexology of Erotic Orientation. New York: Oxford University Press.

Mohd Anuar Ramli, (2012), Gender Analysis in Islamic Jurisprudence ; Jabatan Fiqh & Usul. Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Yuenmei Wong, (2012), Journal of Lesbian Studies, Islam, Sexuality, and the

Marginal Positioning of Pengkids and Their Girlfriends. USA:

(19)

Clements-Nolle, (2006), Transgender, Gender Identity, and Gender Expression; GLBT Health. Access Project 2000, Dipetik dari:

www.apa.org/about/policy/transgender.pdf.

Charles McDaniel, (2003). Islam and the Global Society: A Religious Approach to

Modernity, Vol 2003 BYU L. Rev. 507. Dipetik dari: http://digitalcommons.law.byu.edu/lawreview/vol2003/iss2/4

Hocquenghem, Guy. (1972). Homosexual Desire. Trans. Daniella Dangoor. 2nd ed. Series Q Ser. Durham: Duke UP,1993.

Ryan & Futterman, (1997), Transgender Youth: Invisible and Vulnerable - by Grossman - 2006. California: page: 199

Uthaya. (2013). Transgender dan agama, Kuala Lumpur: Human rights. Michael R. Kauth (2006), Sexual Orientation and Identity. Page; 11

Lerner, Gerda. (1988). Women and history: the creation of patriarchy. United Kingdom: Oxford University Press.

Susan A. Basow. (1992). Gender Stereotype and roles. [3rd edition]. California: Publication Pasific Grove.

Institut Kefahaman Islam Malaysia. (2012). Mahu LGBT diiktiraf: Apabila

manusia hilang kewarasan. Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan

Politik (IKIM), Kuala Lumpur: terbitan Utusan Online.

Matthew, Ambrose and Lisa Ladewski (2005). Lesbian, Gay, Bisexual and

Transgender Health Awareness. Medical School: University of

Michigan.

Seth T. Pardom, (2008). Growing Up Transgender. Research and Theory. New

York: Cornell University.

Gina.Miller. (2006). The Consequences of the “Male Gaze” and Sexual

Objectification. Rhetorical Theories and Professional Communication.

Susan Stryker. (2008). Transgender History. Fourth Streest Berkeley C.A: Seal Press.

(20)

David Wilkerson (2012). Deliverance from Sodom. 260 Lindale : World Challange Inc:.

Genesis - 19:24-25.

Al-Quran, Surah Hud versus 82. Surah Al-Araf versus 83, Surah Al Hujuraat verus 6&13.

Dr. Wahbah al-Zuhaili, (2008). Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 8 juz, Damsyik: Darul Fikr.

Al Bukhari,Abu Daud, ‘larangan menyerupai jantina lain’. Hadis daripada Ibn Anas r.a. & Abi Hurairah r.a, : Hadis Riwayat al Bukhari & Hadis Riwayat Abu Daud.

Al-Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin, (2005), Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa". Riyadh: Darul Syiria.

Najibah Hassan, (2003), Lelaki Lembut, Petikan Akhbar, Kuala Lumpur: Utusan Muhammad Ariffin Bin Ismail, (2013), Gerakan Feminisme, Persamaan Gender

Dan Pemahaman Agama. Panel Jawatankuasa Pemikir. Kuala Lumpur:

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Maesarah, (2004). Psikologi lelaki lembut beragama Islam di Universiti Malaya. Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Asmungi Mohd Sidek, (2001). Kecenderungan Gender Dari Perspektif Agama

(21)

APPENDIX

... dalam botol 2011

SINOPSIS

Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby. Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby itu telah salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkirkan Ruby dari hidupnya. Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi. Namun Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu.

Referensi

Dokumen terkait

Surat Edaran ini dimaksudkan sebagai acuan bagi Pemerintah Daerah dalam pelaksanaan Program Kota Tanpa Kumuh (KOTAKU) melalui revitalisasi peran BKM sebagai

Berbeda dengan penelitian tentang dendang sebelumnya pada objek yang berbeda yang lebih cenderung fokus pada syair, penelitian ini menguraikan secara lengkap

Penulis menggunakan bentuk tes objektif dalam penelitian ini yang diberikan dengan ragam pilihan ganda dengan empat alternatif jawaban. Tiap nomor dengan jawaban yang

Menyatakan bahwa skripsi yang berjudul: “ANALISIS PERAN BUPATI DALAM PERLINDUNGAN PEREMPUAN DAN ANAK KORBAN KEKERASAN DI KABUPATEN BANTUL (Studi Kasus Pada Bupati Hj. Sri

Untuk menentukan jarak fokus lensa negatif buatlah bayangan yang jelas dari benda pada layar dengan bantuan lensa positif.. Letakkan lensa negatif antara lensa positif

Lingkungan Ibu Endang (Kepala Sub Bag Pengembangan kepegawaian beserta staf pengelola kepegawaian jabatan fungsional). Syafri,MM) selaku koordinator UPT Kementerian LHK

Telinga merupakan alat penerima gelombang suara atau udara kemudian diubah menjadi sinyal listrik dan diteruskan ke korteks pendengaran melalui saraf

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan, maka dapat disimpulkan bahwa media tanam yang terbaik untuk proses perkecambahan dan pertumbuhan biji palem merah pada