• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK TINJAUAN SIKAP PELAJAR DALAM PENGH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAJUK TINJAUAN SIKAP PELAJAR DALAM PENGH"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK : TINJAUAN SIKAP PELAJAR DALAM PENGHASILAN KARYA SENI HALUS KAJIAN REKAAN SENI VISUAL, BAGI SUBJEK PENDIDIKAN SENI VISUAL DI PERINGKAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA.

1.1 Bidang penyelidikan : Program HLM – Sarjana Sesi 2012

1.2 Latar belakang kajian

Abu Talib Putih (2000) menyatakan subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) seolah-olah “tersisih” dari memperolehi pengiktirafan yang lebih wajar. PSV dianggap subjek frivolous

(main-main), malah superfluous (subjek tambahan yang tidak penting) dan hanya memenuhkan jadual waktu. Young (1971) dalam Sharifah Md Nor (2000) terdapat unsur stratifikasi dalam ilmu pengetahuan iaitu secara tradisi, ilmu pengetahuan yang berstatus tinggi tinggi dan rendah. Subjek berstatus tinggi ialah subjek yang abstrak, mementingkan penulisan,

individualistik dan tidak berkaitan dengan pengetahuan luar sekolah. Subjek yang berstatus rendah pula ialah yang berbentuk lisan, praktikal dan mementingkan kerja kumpulan. Subjek matematik dianggap berstatus tinggi berbanding subjek pendidikan seni visual, vokasional dan pendidikan jasmani.

Biasanya di sekolah, PSV dimasukkan sebagai pakej untuk kelas yang agak

terbelakang (lemah) dalam susunan kelas. PSV dianggap subjek yang mudah dan guru-guru yang bukan opsyen diberi mengajar sekadar memenuhi jadual waktu terutama bagi tingkatan menengah rendah (1 – 3). Akibatnya subjek ini akan terus dianggap subjek kelas dua apabila terdapat sebilangan guru yang tidak mengajar langsung subjek ini sebaliknya diganti subjek yang dianggap lebih penting seperti Matematik, Sains dan lain-lain lagi terutama bagi pelajar- pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan tahun enam apabila mereka akan menduduki UPSR. Pamela (dalam Safranski, 1994)

▸ Baca selengkapnya: tajuk research yang sesuai untuk pelajar

(2)

Kajian Iberahim Hassan (2000) mendapati sesetengah pelajar mempunyai tanggapan bahawa PSV adalah satu subjek yang kurang memberi faedah. PSV agak membosankan apabila belajar benda yang sama dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.

Mengikut Roskang Jailani dan Abu Bakar Sabran (2004), PSV tidak terlepas daripada kritikan masyarakat yang meletakkan PSV sebagai subjek kelas kedua. Hal ini menyebabkan ramai ibu bapa tidak menggalakkan anak-anaknya mempelajari subjek ini.

Dalam sistem peperiksaan, subjek PSV di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semua pelajar yang mengambil subjek PSV diwajibkan untuk menduduki kertas 3 iaitu Kajian Rekaan seni Visual (KRSV). Guru-guru menghadapi masalah dalam menangani sikap pelajar dalam menyiapkan tugasan KRSV. Permasalahan ini wujud di semua sekolah.

Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat kepada pembaca dan pengkaji lain untuk menilai sejauh mana keberkesanan kajian dalam usaha untuk mencetus kesedaran pelajar, ibu bapa dan pihak yang berwajib berkaitan subjek PSV dan peranan kajian dalam usaha mengubah sikap mereka yang terlibat. Dapatan ini juga diharap boleh dijadikan panduan kepada pentadbir sekolah, guru-guru khasnya yang mengajar PSV dan pihak ibu bapa agar tidak mengabaikan subjek yang sememangnya penting dalam pembentukan pelajar sebagai insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan peranan PSV dalam pendidikan, kerjaya dan kehidupan.

Pelajar perlu disedarkan tentang sikap mereka sebenarnya terhadap PSV agar mereka dapat mengambil subjek ini sebagai subjek pilihan utama di sekolah. Minat yang lebih mendalam untuk mempelajari subjek ini akan membawa kebaikan kepada pelajar

(3)

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut kajian yang telah dijalankan (Iberahim, 2000), juga mendapati ramai dikalangan guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni dan bukan membuat pengkhususan dalam Pendidikan Seni. Kebanyakan pengajaran adalah dalam bentuk sehala, dan hanya mengikut rasa guru tersebut sahaja.

Oleh kerana itu pengkaji merasa sudah tiba masanya untuk semua pihak khususnya pelajar-pelajar dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual menilai semula tanggapan mereka ,mencari di mana kesilapan yang harus dibetulkan dan kekurangan yang patut disempurnakan agar bakat dan potensi pelajar tidak diabaikan.

Ketiadaan minat, bakat, kekurangan pendedahan kemahiran dan pengasahan bakat serta kemahiran kemahiran seni halus menjadi pertanyaan kepada permasalahan dalam penghasilan KRSV diperingkat SPM dalam membantu peningkatan gred pelajar.

1.4 Objektif kajian

Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, kajian ini akan memberikan tumpuan secara keseluruhannya kepada perkara-perkara berikut:

a. Mengenalpasti keciciran pelajar yang berpotensi dan minat pelajar dalam proses penghasilan KRSV, SPM.

b. Meningkatkan keprihatinan guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam mengesan bakat pelajar yang diajarkan di sekolah menengah kerajaan.

c. Menilai sikap pelajar semasa proses penghasilan KRSV, SPM di sekolah-sekolah menengah terpilih.

d. Perbezaan sikap pelajar semasa penghasilan KRSV, SPM berdasarkan latar belakang iaitu jantina, etnik, aliran dan taraf sosio ekonomi.

e. Perbezaan sikap pelajar dalam menghasilkan KRSV, SPM di antara pelajar berminat

(4)

1.5 Batasan Kajian

a. Kajian ini di lakukan di dalam kawasan negeri Pulau Pinang sahaja. Kajian ini juga terbatas kepada pelajar-pelajar yang menuntut dalam tingkatan lima yang dipilih secara rawak ke atas 7 buah sekolah di negeri Pulau Pinang khususnya mereka yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual . Kajian juga akan dilaksanakan ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di 7 buah sekolah menengah kerajaan yang terpilih sahaja. Oleh itu, hasil dan kesimpulan kajian ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi sekolah yang berlainan.

b. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik.

1.6 Metodologi Kajian

i. Reka Bentuk Kajian

(5)

ii. Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi sasaran kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah menengah kerajaan diperingkat SPM. Kajian ini juga melibatkan guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mengajar diperingkat menengah (SPM) sebagai tenaga pengajarnya. Pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam populasi kajian ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Kategori sekolah yang dipilih terdiri dari 2 buah sekolah dalam bandar, 3 buah sekolah pinggir bandar dan 2 buah sekolah luar bandar di negeri Pulau Pinang.

iii. Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik latar belakang pelajar dan guru Pendidikan Seni Visual. Soal selidik latar belakang pelajar dan guru ditempatkan di bahagian ‘A’ yang terdiri dari tiga item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden termasuk soal mengenai jantina, umur dan kelas. Responden dikehendaki memberi jawapan yang berkaitan dengan diri mereka, minat, bakat dan perkaitan dengan seni visual dengan menandakan pada kotak yang disediakan. Setiap item di bahagian ini diukur pada tahap nominal dan tiada sebarang pemarkahan diberikan.

Bahagian ‘B’ soal selidik pula pengkaji akan menggunakan soal selidik yang digubal/ditulis/dicipta oleh pengkaji yang lalu yang telah disahkan kebolehpercayaan dan validitinya. Soalselidik tersebut mengandungi 30 item. Responden dikehendaki menjawab kesemua item tersebut. Setiap item akan diberi markah sebagaimana dimaksudkan dalam soal selidik.

(6)

iv. Prosidur Pengumpulan Data

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Pengumpulan data soal selidik akan dilakukan dalam tempoh dua minggu dan diharap soalan-soalan yang dikemukakan akan dijawab oleh pelajar-pelajar serta guru-guru dengan baik dan memuaskan. Borang soal selidik diedarkan kepada responden secara terus kepada pelajar dan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Selain itu pelajar dan guru juga diberi penerangan mengenai dengan tujuan kajian dan diberi tempoh selama dua hari untuk melengkapkan borang soalselidik dan dikembalikan kepada guru-guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual masing-masing.

Sebelum kajian ini dijalankan, penyelidik terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak-pihak tertentu seperti penyelia pengkaji, ,Pengarah Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pengetua sekolah berkenaan. Tujuannya supaya segala prosedur kajian dipatuhi dan memudahkan kajian ini dilaksanakan agar tidak menyusahkan mana-mana pihak yang terlibat. Selain itu, surat kebenaran penting bagi meyakinkan responden mengenai kepentingan kajian yang dijalankan dan kejujuran pelajar untuk menjawab soalan soalselidik adalah amat mustahak.

v. Analisis Data

(7)

1.7 Kepentingan kajian

Guru memainkan peranan sebagai pengesan bakat dan potensi pelajar di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelaksanaan kajian ini diharapkan dapat mengesan bakat pelajar, membimbing bakat, memberi mereka ruang untuk merebut peluang, disamping dapat membaiki pencapaian pelajar dan melaksankan proses yang betul dalam menghasilkan karya seni halus untuk kertas 3, KRSV bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah di peringkat SPM. kajian ini juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

1.8 Rangka Jadual Kerja/ Carta Gantt

Bi

l Tentatif Rangka Jadual Kajian

Bil. Bulan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

1 Penyediaan Proposal 2 Bentang Proposal 3 Kemaskini Proposal

(8)

1.9 Bibliografi ringkas

Iberahim Hassan dan Hassan Mohd Ghazali, 2000, Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik. Tanjong Malim : Penerbitan Fakulti Sains Sosial dan Kesenian UPSI.

Md. Nasir Ibrahim dan Prof. Madya Iberahim Hassan, 2003, Pendidikan Seni Untuk Maktab dan Universiti. Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Razali Arof, 1991. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Collins, A. & Stevens, A.L (1983), A cognitive theory of inquiry teaching. Di dalam Reigeluth (Ed.) Instructional Design Theories anmd Models: an overview of thier current status, 257-776, Hills, dale, Lawrance Earlbaum Associates.

Ibrahim Hassan, (2000), Matlamat dan objektif pendidikan seni (visual) untuk sekolah menengah: perlu kajian semula, Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur

Jirousek, J. (1995), Art, Design and Visual Thinking,http://char.txa.cornell.edu/about.htm

Referensi

Dokumen terkait

Zakat merupakan satu bentuk ibadah yaitu bentuk peribadatan yang melibatkan harta benda (maliyah) didalamnya sedangakan pajak adalah murni bernilai ekonomis. Perbedaan yang

Berdasarkan hasil karakterisasi menunjukkan bahwa nanopartikel klindamisin HCl-kitosan memiliki nilai rata-rata ukuran partikel 209,5nm, nilai indeks polidispersitas 0,271,

Kelemahan dari uang elektronik yaitu dari suatu sistem atau produk yang berinteraksi dan berfungsi dengan produk atau sistem yang lain sehingga tanpa batasan melaui akses

Pendidikan konservasi ini telah mengantarkan masyarakat Dusun Jorong dalam menjaga kekayaan alamnya, karena memang masih banyak terdapat berbagai macam seranggga yang

Terdapat lima faktor yang mempengaruhi happiness at work menurut Maenapothi (dalam Chaiprasit & Santidhirakul, 2011) yaitu 1) Inspirasi kerja; karyawan puas

Aptarus mokymo(si) struktūrą, mokytojo ir mokinio sąveiką perimant ugdymo turinį, siekiama išryškinti mokymo proceso mokiniui daromą universalų poveikį, jo įtaką

Analisis mengenai penerapan saluran drainase dilakukan dengan perancangan konsolidasi lahan, perletakan saluran drainase baru, penentuan debit limpasan rancangan,