RUJUKAN KAMI : F22SP2261 28/06/2022 RUJUKAN TUAN : 041222140019
LOO IX SHEN
NO.10 JALAN BAHAGIA 34/2 BAHAGIA RESIDENCE 28000, TEMERLOH PAHANG,
Saudara/i
TAWARAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SEMESTER JULAI SESI AKADEMIK 2022/2023 Tahniah, sukacita dimaklumkan saudara telah ditawarkan bagi mengikuti program seperti berikut :
Program : FSPA - ASASI Kampus : UTM JOHOR BAHRU No. Matrik : F22SP2261
Fakult : SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN (SPACE), UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Tempoh Pengajian : 3 SEMESTER (1 TAHUN)
Jenis Pengajian : SEPENUH MASA Konsentrasi : SAINS FIZIKAL
KADAR YURAN SEPANJANG PENGAJIAN ASASI UTM
Yuran Pengajian Keseluruhan bagi 3 Semester : RM 9,950.00* (Tidak termasuk yuran asrama)
* Pihak universiti berhak membuat sebarang pindaan apabila dianggap perlu tanpa pengumuman terlebih dahulu.
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
Tempat : PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)
- Calon pelajar tidak perlu hadir ke kampus untuk mendaftar.
Tarikh : 20 JULAI 2022 (RABU)
MAKLUMAN DAN TINDAKAN
1. Tawaran ini adalah muktamad dan sebarang pertukaran program atau kampus adalah tidak dibenarkan.
2. Saudara dikehendaki membayar RM 3,750.00 bagi tujuan pendaftaran. Rujuk Lampiran A.
3. Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat tawaran kemasukan seperti yang terdapat di Lampiran B.
4. Jika ada sebarang kemusykilan, boleh berhubung dengan pihak kami di Bahagian Rekrutmen dan Pengambilan Pelajar, UTMSPACE di talian 07-531 8052/8053/8054
5. Segala maklumat permohonan kemasukan hendaklah benar. Jika terdapat maklumat palsu, Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menamatkan pengajian saudara dengan serta-merta pada bila-bila masa.
Universiti Teknologi Malaysia mengalukan kehadiran saudara untuk membina kecemerlangan akademik di universiti berstatus Universiti Penyelidikan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
HANIFAH BINTI AHMAD Timbalan Pendaftar Kanan
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Teknologi Malaysia
BAYARAN PENDAFTARAN DAN YURAN PELAJAR BAHARU PENGAMBILAN JULAI 2022 PROGRAM ASASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
A : BAYARAN PENDAFTARAN DAN YURAN PENGAJIAN
BIL JENIS BAYARAN KADAR YURAN (RM) JUMLAH PERLU DIBAYAR
SEBELUM PENDAFTARAN (RM) CATATAN
1. Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu 1.1 Yuran Pendaftaran
1.2 Pemeriksaan Kesihatan
1,300.00 150.00
300.00 Bayaran Muka Kehadiran (BMK) – Tidak akan dikembalikan - 2 Minggu dari tarikh surat tawaran.
1,150.00 Baki Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu
- Bayaran mesti dijelaskan selewatnya 19 Julai 2022 bagi mengelakkan masalah/kesulitan rekod semasa pendaftaran.
2. Yuran Pengajian (Setap Semester) 2.1 Semester Pertama (Julai)
2.2 Semester Kedua (Disember) 2.3 Semester Ketiga (Mei)
3,400.00
3,400.00 1,700.00
2,300.00 -Bayaran mesti dijelaskan selewatnya 19 Julai 2022 bagi mengelakkan masalah/kesulitan rekod semasa pendaftaran.
-Baki Yuran Pengajian Semester Pertama RM 1,100.00 boleh dijelaskan secara ansuran selewatnya minggu ke-4 kuliah (28 Ogos 2022)
-Yuran bagi semester kedua dan ketiga mesti dijelaskan sebelum semester bermula
JUMLAH BAHAGIAN A 9,950.00
3,750.00 Jumlah penuh bagi semester pertama adalah RM 4,850.00
B : BAYARAN YURAN ASRAMA
BIL JENIS BAYARAN KADAR YURAN (RM) JUMLAH (RM) CATATAN
3. Yuran Asrama (Setap Semester) 1.1 Semester Pertama (Julai)
1.2 Semester Kedua (Disember) 1.3 Semester Ketiga (Mei)
1,200.00
1,200.00 600.00
200.00 -Yuran Asrama perlu dibayar selewatnya 28 Julai 2022. Baki seterusnya boleh dijelaskan secara ansuran selewatnya minggu ke-4 kuliah (28 Ogos 2022)
-Yuran bagi semester kedua dan ketiga mesti dijelaskan sebelum semester bermula. (Tertakluk kepada perubahan)
JUMLAH BAHAGIAN B 3,000.00 Nota:
1. Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran adalah sebanyak RM 3,750.00 bagi membolehkan calon pelajar didaftarkan.
2. Bagi pelajar yang mendapat tawaran biasiswa/pinjaman/bantuan, sila maklumkan kepada [email protected] dan kepilkan salinan surat tawaran berkaitan.
PENTING: Semua Yuran adalah tertakluk kepada perubahan oleh pihak UTM. Pihak universiti berhak membuat sebarang pindaan apabila dianggap perlu tanpa pengumuman terlebih dahulu LAMPIRAN A
STRUKTUR YURAN BAGI PROGRAM ASASI UTM
JENIS YURAN SEMESTER PERTAMA
(RM)
SEMESTER KEDUA (RM)
SEMESTER KETIGA (RM) Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu
(Sekali dalam pengajian) 1,300.00 - -
Pemeriksaan Kesihatan 150.00 - -
Yuran Pengajian
(Setiap semester) 3,400.00 3,400.00 1,700.00
JUMLAH
(Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian) 4,850.00 3,400.00 1,700.00
Yuran Asrama 1,200.00 1,200.00 600.00
JUMLAH
(Termasuk Yuran Asrama) 6,050.00 4,600.00 2,300.00
JUMLAH YURAN SEPANJANG PENGAJIAN (Tidak termasuk Yuran Asrama) = RM 9,950.00
PENTING: Semua Yuran adalah tertakluk kepada perubahan oleh pihak UTM. Pihak universit berhak membuat sebarang pindaan apabila dianggap perlu tanpa pengumuman terlebih dahulu.
KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
1) BAYARAN MELALUI PORTAL PEMBAYARAN UTMSPACE
Sila layari laman web portal pembayaran http://apps.foundation.utmspace.edu.my/payment
Sila kemukakan Nama Penuh (calon), No. Kad Pengenalan, No. Telefon dan Alamat Emel (calon) kepada Bahagian Kewangan UTMSPACE di alamat emel [email protected]
2) DEPOSIT TUNAI / BAYARAN TERUS SECARA PERBANKAN INTERNET
Nama Akaun : UTMSPACE
Nama Bank : CIMB Bank Berhad
Nombor Akaun : 8601518228
SWIFT CODE : CIBBMYKL
Peringatan Mesra
Sila pastikan jumlah yang dibayar adalah mengikut jadual yuran yang disertakan. Sila hantarkan slip/bukti pembayaran yang dicatatkan Nama Penuh (calon), No. Kad Pengenalan, No. Telefon dan Alamat Emel (calon) kepada Bahagian Kewangan UTMSPACE di alamat emel
[email protected]
Sebarang pertanyaan / permakluman / permasalahan / mengenai pembayaran, sila hubungi
07-531 8034/8037
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN
Catatan : Syarat-syarat tawaran kemasukan ini hendaklah dibaca bersama-sama surat tawaran pengajian ke Universit Teknologi Malaysia.
1. PEMATUHAN PERATURAN
1.1 Segala maklumat yang saudara kemukakan dalam borang permohonan kemasukan ini hendaklah benar. Jika terdapat maklumat palsu, Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menamatkan pengajian saudara dengan serta- merta pada bila-bila masa.
1.2 Saudara pada setiap masa adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia, Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Akta, Statut-Statut Universiti Teknologi Malaysia, Peraturan, Pekeliling dan lain-lain garis panduan serta pindaan yang sedang berkuatkuasa dan diterima pakai di Universiti Teknologi Malaysia.
1.3 Calon-calon pelajar yang diterima masuk dan tidak memiliki SPM atau tidak memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat SPM/Setaraf adalah dikehendaki untuk mengambil peperiksaan mata pelajaran tersebut dan hendaklah lulus dengan kepujian dalam tempoh pengajian.
1.4 Calon-calon pelajar yang tidak memenuhi syarat minimum B dalam mata pelajaran Matematik, Fizik dan Kimia atau ketiga-tiganya di peringkat SPM adalah tidak layak memohon program di Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan Sekolah Kejuruteraan Kimia di peringkat Sarjana Muda. (Tertakluk kepada syarat kemasukan semasa yang diguna pakai) 1.5 Calon-calon pelajar yang diterima masuk dan belum mengambil Ujian ‘Malaysian University English Test’ (MUET)
adalah dikehendaki mendaftar untuk menduduki Ujian MUET dan mencapai tahap yang ditetapkan sebelum menamatkan pengajian Asasi di UTM. Sila kemukakan keputusan Ujian MUET yang telah diambil ke Fakulti/Sekolah untuk direkodkan. Lain-lain kelayakan Bahasa Inggeris yang boleh diterima sebagai pengganti MUET ialah IELTS/
TOEFL PBT/ TOELF IBT.
1.6 Calon yang memegang jawatan tetap dalam perkhidmatan kerajaan hendaklah terlebih dahulu memperolehi pelepasan rasmi daripada Ketua Jabatan masing-masing untuk mengikuti pengajian sebagai pelajar sepenuh masa Universiti ini.
1.7 Saudara adalah diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji Pelajar.
2. BAYARAN YURAN
Bayaran yuran hendaklah dijelaskan sebelum tarikh yang ditetapkan untuk pendaftaran. Bagi pelajar yang mendapat tawaran biasiswa/pinjaman/bantuan, sila kepilkan bersama salinan surat tawaran berkaitan dan maklumkan atau emelkan kepada [email protected]
3. PEMERIKSAAN PERUBATAN
Saudara mestilah cukup sihat. Ini hendaklah dibuktikan melalui pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UTM selepas pendaftaran pelajar. Keputusan muktamad pemeriksaan kesihatan ini tertakluk kepada perakuan Pegawai Perubatan Universiti Teknologi Malaysia. (Tertakluk kepada perubahan polisi Prosedur Operasi Standard (SOP) UTM bagi kemasukan pelajar baharu ke kampus)
LAMPIRAN B
4. SETUJU TERIMA TAWARAN
4.1 Tawaran ini adalah sah bagi program dan tahun pengajian seperti mana yang dinyatakan dalam surat tawaran.
Permohonan untuk penangguhan atau pertukaran program pengajian adalah tidak dibenarkan.
Program pengajian yang ditawarkan adalah MUKTAMAD.
4.2 Jawapan hendaklah dibuat secara dalam talian di laman sesawang https://intake.utmspace.edu.my/login dengan menjelaskan Bayaran Muka Kehadiran (BMK) dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan di link http://apps.foundation.utmspace.edu.my/payment sebagai pengesahan penerimaan. Sekiranya pihak Universiti tidak menerima jawapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran, tawaran ini akan TERBATAL dengan sendirinya dan tempat boleh ditukarkan kepada calon lain. Jika saudara menerima tawaran ini, sila uruskan perkara- perkara yang diperlukan seperti dalam Set Tawaran Kemasukan.
4.3 Dengan penerimaan tawaran ini, anda memberi persetujuan kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia untuk : (i) Memasukkan dan menyimpan maklumat peribadi anda termasuk maklumat lain yang berkaitan dengan
pengajian anda ke dalam sistem maklumat pelajar.
(ii) Menggunakan dan/atau menyerahkan maklumat tersebut kepada mana-mana pihak lain bagi maksud melaksanakan apa-apa urusan rasmi pihak Universiti yang suai manfaat dan bersampingan dengan fungsi dan kuasa-kuasa Universiti.
4.4 Pihak Universiti akan memastikan maklumat-maklumat yang digunakan dan/atau diserahkan kepada mana-mana pihak lain akan disimpan oleh pihak-pihak tersebut sebagai sulit dan hanya akan digunakan bagi urusan/tujuan yang dibenarkan dan dipersetujui oleh Universiti Teknologi Malaysia.
Bahagian Rekrutmen dan Pengambilan Pelajar
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia
Saya menerima tawaran kemasukan ke Universiti Teknologi Malaysia beserta syarat-syarat yang tersebut di atas.
Nama Penuh : _______________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan : _________________________________ No. Matrik : ____________________
Program Pengajian : _________________________________ Tahun/Semester : ____________________
Tarikh : _________________________________ Tandatangan : ____________________