• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kita semua adalah saudara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Kita semua adalah saudara"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

14 Ogos, 2022

Kerana kita mempunyai banyak saksi, bagaikan awan yang mengelilingi kita, marilah kita menanggalkan se- mua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlumba dengan tekun dalam perlumbaan yang diwa- jibkan bagi kita

Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertu- ju kepada Yesus yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan ...

Ibrani 12: 1-2 www.heraldmalaysia.com

Kita semua

adalah saudara

K ANGAR, Perlis: “Dalam dunia hari ini, nilai-nilai kerohanian amat diper- lukan terutamanya dalam bidang politik di Malaysia. Saya menjem- put saudara Tuan Guru, diri saya dan semua pemimpin agama dari semua agama di Malaysia untuk menjadi suara keamanan, kehar- monian dan keprihatinan dalam masyarakat, dan dalam politik,"

kata Uskup Sebastian Francis semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Makan Malam mempromosi keharmonian yang dianjurkan oleh Lajnah Dakwah PAS.

Pada 5 Ogos lalu, Dato' Tuan Guru Hj.

Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS dan Yang Mulia Sebastian Francis, Uskup Keuskupan Pulau Pinang, bersama delega- si mereka bertemu di Kangar, Perlis bagi menghadiri majlis makan malam merang- kap majlis pertemuan dua tokoh agama Katolik dan Islam yang bertema ‘Bersama Menyuburkan Kehidupan Aman Dan Se- jahtera’.

Pertemuan dua figura besar agama ini adalah meneladani perjumpaan Sri Paus Fransiskus dan Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmad Al-Tayyeb pada 4 Febru- ari 2019 yang melahirkan Deklarasi Abu Dhabi iaitu “Persaudaraan Manusia Untuk Keamanan Dunia dan Hidup Bersama”.

Deklarasi ini mengajak semua orang yang beriman kepada Tuhan untuk ber- satu padu dan bekerjasama agar menjadi pembimbing generasi akan datang dalam memajukan budaya saling hormat-meng- hormati, dengan menyedari akan kebesa- ran Tuhan yang menjadikan semua manu-

sia bersaudara.

Kedua-dua agamawan ini, Uskup Sebas- tian dan Tuan Guru Hashim menyentuh tentang persaudaraan manusia yang mer- angkumi semua manusia dan menyatukan mereka dalam satu kemanusiaan.

Mereka juga menggesa rakyat Malaysia supaya mencari persamaan dan bukannya perbezaan demi mencapai keamanan dan keharmonian negara.

“Saya mengakui bahawa perbezaan dok- trin antara Islam dan Kristian wujud dan kita meneruskan kepercayaan kita masing- masing sepertimana yang ditentukan oleh Kitab Suci Al-Quran dan Alkitab,” kata Uskup Sebastian.

“Walau bagaimanapun,” tambahnya,

“kita boleh memberi tumpuan kepada persamaan antara kita dan mengenal pasti dengan kecintaan kita yang sama terhadap kemanusiaan atau dalam Bahasa Inggeris,

“Love for humanity”.

Uskup Sebastian juga berbicara tentang ensiklik Sri Paus Fransiskus bertajuk Fra- telli Tutti atau “Kita Semua adalah Sau- dara.”

Setahun kemudian, Imam Besar Al- Azhar, Sheikh Ahmad Muhammad Al- Tayeb dalam satu temuramah telah mengu- las bahawa Fratelli Tutti membawa ke arah dialog dan kewujudan bersama antara ma- nusia serta menerapkan prinsip moral aga- ma untuk mewujudkan persaudaraan sejati.

Prelatus itu juga mengatakan lawatan Bapa Suci ke Iraq dan bakal melawat Ka- zakhstan serta Indonesia akan mengukuh- kan lagi ikatan antara Islam dan Kristian.

“Dengan meneladani langkah yang di- ambil oleh Sri Paus Fransiskus dan Sheikh Ahmad Al-Tayeb, kita perlu bekerja keras dengan ahli akar umbi kita dalam mempro- mosikan keamanan dan persaudaraan, kata Uskup Sebastian seraya mengajak para penganut Islam dan Kristian agar sama-sa-

ma menjadikan negara ini lebih hebat dan aman damai.

Tuan Guru Hashim menggesa semua un- tuk mengambil bahagian dalam ‘perpaduan ummah’ yang bukan sahaja melibatkan perpaduan dalam arena politik tetapi juga perpaduan antara agama.

Katanya, “kita mungkin ada perbezaan tetapi lebih banyak persamaan yang perlu diraikan.” Beliau juga menggalakkan agar perhimpunan seperti ini lebih kerap diada- kan.Kira-kira 80 peserta, 45 daripada PAS dan 35 Katolik dari Perlis yang diketuai oleh Fr Francis Xavier, menghadiri majlis makan malam merangkap perhimpunan tersebut.

Juruacara Tn. Haji Abdul Rahman juga menjemput peserta PAS dan ahli Gereja untuk berkongsi pengalaman masing-mas- ing, menjalin persahabatan agar hubungan itu terus terjalin.

Majlis pertemuan dua tokoh agama Katolik dan Islam

Majlis pertemuan Mahabbah dua tokoh agama, Uskup Sebastian Francis dan Tn Guru Hj Hashim Jasin pada 5 Ogos 2022 di Kangar, Perlis.

GAZA: Bunyi roket dan pengeboman kedengaran ketika sekumpulan Pengakap sedang menjalani perkhemahan musim panas di Paroki Keluarga Kudus.

Mujurlah tidak ada kecederaan dan para biarawati membawa kanak-kanak itu pu- lang ke rumah.

Namun, pengeboman itu berlaku se- lama tiga hari selepas setahun lebih, Se- menanjung Gaza dalam keadaan aman

sehinggalah Israel melancarkan serangan ke atas pemimpin tertinggi Jihad Islam Palestin pada 5 Ogos lalu.

Fr Romanelli, paderi paroki Keluarga Kudus berkata pengeboman itu telah menghancurkan harapan keamanan serta trauma di kalangan penduduk Gaza.

Selepas tiga hari, gencatan senjata berkuat kuasa pada 7 Ogos dan, pada hari berikutnya, Fr Romanelli berkata beliau

telah meyakinkan pihak berkuasa untuk membenarkan beliau kembali ke parokin- ya pada 9 Ogos.

Ramy Tarazi, 29, pengarah Pusat Kebu- dayaan dan Pendidikan Ortodoks Arab di Gaza, berkata bunyi perang akibat penge- boman dan roket dari kedua-dua pihak amat menakutkan.

“Kami berharap agar keamanan benar- benar dapat dicapai di Gaza kerana semua

orang awam di sini perlu hidup tanpa pengeboman serta roket.

Kami hanya mahu hidup dalam keadaan yang baik. Kami memerlukan elektrik, air, rawatan perubatan, hospital, persim- pangan dengan Israel dapat dibuka.

Kami memerlukan sokongan daripa- da orang ramai untuk mendoakan kami melindungi semua penduduk Gaza,” kata Tarazi. — crux

Pengeboman di Gaza kembali lagi, akibatkan kerohanian paroki tertangguh

(2)

K

e t i k a Ye s u s l a h i r d i Betlehem, Injil Lukas memberitakan, bahawa malaikat mewartakan khabar gembira:

“Kemuliaan bagi Tuhan di tem- pat yang mahatinggi dan damai sejahtera di bumi di antara manusia yang berkenan kepada- Nya” (Luk 2:14).

Tetapi Injil Lukas juga menu- lis ucapan Yesus ini: “Aku datang melemparkan api ke bumi… Kamu sangka Aku datang membawa damai ke bumi? Bukan! Bukan damai, melainkan pertentangan!

Hari ini kata-kata tentang Yesus dan ucapan-ucapan-Nya disampaikan juga kepada kita.

Marilah kita mempersiapkan diri untuk mendengarkan sabda-Nya, agar kita makin siap pula menerima tubuh dan darah-Nya dalam Ekaristi dengan penuh harapan.

Sebagai manusia Yesus menyapa kita secara manusiawi juga. Sebagai Sang Pendidik yang sempurna Dia tahu cara terbaik untuk menampilkan diri serta untuk menyampaikan ajaran-Nya kepada semua orang yang mahu mendengarkan-Nya.

K a d a n g - k a d a n g Ye s u s menyampaikan pesan atau ajaran-Nya dengan cara atau bahasa yang seolah-olah berten- tangan. Salah satu contohnya

ialah Injil Lukas hari ini.

Sebenarnya apa yang ingin disampaikan kepada kita dalam Injil Lukas itu pada dasarnya ialah kita diajak dan diingatkan supaya kita hidup dengan selalu siap siaga dan bersedia. Bukan bersikap pasif, acuh tak acuh atau hanya mahu memilih yang mudah.

Yesus berkata, “Aku datang melemparkan api ke bumi.” Api yang bernyala-nyala adalah gambaran tentang terang yang jelas dan menarik perhatian.

Makna rohani adanya api Yesus itu ialah, bahawa kedatangan Yesus dengan aja- ran-Nya merupakan sesuatu yang harus mendapat reaksi.

Sebagai umat yang dibaptis, kita tidak boleh bersikap acuh tak acuh terhadap kehadiran Yesus di dunia ini, di dalam masyarakat, di dalam komuniti, di dalam keluarga, yang bagai- kan api yang menyala.

Misalnya para kudus yang secara rasmi dihormati oleh Gereja, mereka hidup, bersikap dan sungguh-sungguh menel- adani Kristus, meskipun mereka tidak dikenali — mereka ini adalah orang-orang yang iman- nya menyala bagaikan nyala api kasih Yesus di dalam masyara- kat.

Hati mereka ini tergerak oleh

nyala api Yesus, dan terbakar olehnya. Dan mereka sendiri menjadi nyala api yang men- erangi hati orang-orang sesa- manya.

Kemudian Yesus berkata:

“Aku harus menerima pembap- tisan, dan betapa susah hati-Ku sebelum hal itu berlangsung.

Kamu sangka Aku datang mem- bawa damai ke bumi? Bukan damai, melainkan pertentangan!

Apa sebenarnya yang dimaksud- kan Yesus?”

Bersedia mengikuti Yesus bererti bersedia menempuh jalan hidup yang ditempuh-Nya juga!

Antara lain simbolik pembap- tisan Yesus di sungai Yordan — Yesus dibaptis dengan air suci yang berupa darah-Nya sendiri!

Pembaptisan-Nya berpuncak pada kematian-Nya di salib!

Gerak hidup, ajaran dan kesediaan-Nya menderita dan mati di salib — itulah sikap siap siaga dan bersedia yang dimak- sudkan Yesus dengan kata- kata-Nya, “Aku datang melem- parkan api ke bumi.”

Akhirnya apa erti ucapan Yesus yang berkata, “Kamu sangka Aku datang membawa damai ke bumi? Bukan! Bukan damai melainkan pertentan- gan!”. Ertinya: Sesiapa ingin memilih Kristus, maka dia akan menghadapi dan berjuang mela-

wan apa yang tidak dikehendaki Kristus.

Orang Kristian sejati harus tegas terhadap apa pun, bersi- kap benar dan menolak kepalsu- an. Keputusan atau pilihan sela- lu menuntut suatu pemisahan.

Perpisahan ini dapat terjadi di mana pun, di dalam lingkungan apa pun. Perbezaan pendapat, pertentangan, bahkan permusu- han dapat terjadi juga dalam keluarga.

Mendengarkan sabda Kristus dan memilih mengikuti Dia adalah keputusan setiap periba- di. Kristus tidak menghendaki adanya orang-orang yang men- gambil keputusan dengan tidak sungguh-sungguh.

Misalnya memilih hanya demi kerukunan, hanya untuk meng- hindari pertengkaran satu sama lain, bukan demi kebenaran dan kesungguhan niat untuk mengi- kuti Kristus.

Demikianlah Injil Lukas hari ini mengajak kita untuk menjadi orang Kristian sejati, bukan hanya secara sekadarnya, hanya demi ketenteraman, demi hidup lebih nyaman, tetapi sebenarnya dengan demikian kita menjadi seorang peribadi yang tidak utuh, tidak berprinsip tegas, tidak berpendirian teguh. Hati kita dingin bahkan beku, bahkan tidak mudah terbakar.

Injil pada hari ini mengingat- kan kita, agar kita sebagai orang Kristian yang sudah dibaptis, tanpa kekecualian, harus makin menyedari keberadaan kita seb- agai murid Yesus sejati yang harus merasa diterangi dan dihangatkan, bahkan terbakar oleh kehadiran-Nya sebagai api yang menyala. Kita harus men- jadi api yang menyala, agar dapat ikut menyalakan api Kristus dalam hati sesamanya kita. — Msgr FX. Hadisumarta O.Carm

HARI MINGGU BIASA KE-20 TAHUN C

YEREMIA 38:4-6.8-10 IBRANI 12:1-4 INJIL LUKAS 12:49-53

Memilih mengikuti Yesus kerana kebenaran

D

alam petikan yang sangat me- nyentuh dalam puisinya, The Leaf and the Cloud, Mary Oliver menggambarkan dirinya berdiri di kubur ibu dan bapanya, merenung kehidupan ibu bapanya semasa mereka hidup. Ibu bapanya me- mang jauh dari sempurna dan dia tidak menutupi kekurangan mere- ka.Secara terbuka, Mary menya- takan keberatan jiwa ibunya dan iman ayahnya yang tidak matang.

Dia tahu bahawa banyak kele- mahan dan kekurangan dalam dirinya adalah kerana didikan awal ibu bapanya.

Walau bagaimanapun, dia tidak melawat kubur mereka untuk menyalahkan mereka. Dia ada di sana untuk mencium mereka dengan tulus, menerima dengan damai kekurangan dan pengaruh ibu bapanya terhadap dirinya.

Dia berterima kasih kepada mereka untuk segala-galanya, yang baik dan yang buruk, mendoakan kesejahteraan mereka di alam yang lain dan kemudian berkata, “Teta- pi saya akan sedaya upaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Saya juga tidak menyalahkan mere- ka atas apa yang terjadi pada hidup saya.”

Kita semua mungkin mahu melakukan kaedah seperti Mary, bagi meneliti semula didikan awal kerohanian kita. Ia adalah kaedah yang menarik.

Malangnya, ramai di antara kita tidak pernah tinggal lama ‘di kubur’, seperti Mary bagi benar-

benar menghayati perkara-perkara yang membawa berkat dan yang melukakan kita, lebih-lebih lagi pada ketika menghadapi beberapa orang yang mungkin meluka- kan hati kita, yang keliru, yang diperkenalkan oleh Tuhan kepada kita.

Pada hari ini, sudah menjadi perkara biasa bagi orang yang mengimbas didikan awal agama mereka, secara negatif proses awal kerohanian mereka. Memang ramai yang mengatakan, mereka sedang dalam “proses pemulihan” tetapi sering menyalahkan setiap jenis ketidakbahagiaan dan neurosis dalam kehidupan yang berpunca pada pendidikan awal kerohanian mereka.

Sesungguhnya, sebahagian daripada ini adalah benar, latihan agama awal memang meninggal- kan kesan kekal kepada kita.

Walau bagaimanapun, kita harus berterima kasih dan berhu- tang kepada diri kita sendiri, ibu bapa kita, guru awal kita, serta harus jujur untuk menyelesaikan perkara positif dan negatif latar belakang kepercayaan awal kita dan, seperti Mary Oliver, berdamai dengannya, walaupun kita tidak da- pat memberikannya dakapan damai sepenuhnya.

Bagaimana pula dengan kisah peribadi saya sendiri? Bagi saya, kesedaran dan pemahaman akan Tuhan dan gereja adalah berkait rapat.

Semasa saya masih kecil, Roman Katolik adalah agama yang dianuti

dengan taat. Dan ini adalah Roman Katolik sebelum Vatikan II, agama Katolik yang mempunyai positif dan negatifnya.

Kerohanian zaman kanak-kanak saya adalah salah satu kebenaran mutlak, peraturan yang tidak boleh dilanggar, tuntutan yang kuat, bersifat perkauman dan hanya menerima lingkungan kecil.

Bagi kami, inilah agama yang paling benar. Kami amat percaya, setiap tindakan diawasi dengan tel- iti oleh Tuhan, tidak boleh melaku- kan kesilapan, mengutamakan per- intah keenam berbanding perintah yang lain, menggunakan rasa malu sebagai senjata, dan kebanyakan masa, mengerutkan kening.

Tetapi, tidak semua ini berlaku semasa saya masih kecil. Keluarga, komuniti dan gereja tempat saya dibaptis, menerima pelbagai kaum yang pasti akan sangat dicemburui oleh masyarakat hari ini.

Anda benar-benar adalah seba- hagian daripada badan, keluarga dan komuniti yang menjelmakan

rasa transendensi, yang menjadikan iman adalah sesuatu yang semula jadi, dan komuniti adalah sebaha- gian daripada identiti anda.

Didikan agama awal saya mem- beritahu saya bahawa saya ada- lah anak Tuhan, makhluk yang mempunyai tanggungjawab moral terhadap sesama dan Tuhan.

Melalui didikan awal agama, anda juga tahu perkara paling penting serta tahu, anda tidak boleh mencemarkan maruah orang lain dan harus bertanggungjawab moral.

Lagipun, entiti yang jahat boleh diusir dan kebanyakannya terkubur semasa saya menerima katekesis semasa kanak-kanak. Kuasa jahat itu diusir secara perlahan-lahan se- lama bertahun-tahun.

Bagaimana? Melalui banyak perkara: bertahun-tahun belajar dan mengajar teologi, membaca kesusasteraan yang baik, mempun- yai pembimbing rohani yang baik, melihat perkembangan dan kegem- biraan di kalangan wanita dan lela- ki beriman, bertahan dengan teguh dalam percubaan dan (meskipun

masih jauh dari sempurna) setia kepada doa, Ekaristi, dan komuniti gereja selama tujuh dekad ini dan sudah semestinya, kuasa jahat itu hilang kerana berkat Tuhan.

Hari ini saya mengimbas kembali latihan kerohanian zaman kanak- kanak saya di mana yang negatif dikalahkan oleh yang positif.

Saya bersyukur untuk itu semua, walaupun pada mulanya berasa kaku, malu, agak memihak kepada kaum sendiri, takut dan curiga ke- pada Tuhan, kerana semua ini telah memberikan saya akar yang kuat dalam iman dan mengajar saya un- tuk melihat apa yang utama.

Sesungguhnya, ketegaran, ketakutan, perkauman dan sikap berhati-hati yang berlebihan bu- kanlah tempat yang buruk untuk bermula kerana selepas bebas dari cengkaman itu, anda pasti bebas sepanjang hayat anda. Dan ini memerlukan usaha dan ketabahan kerana ganjaran besar akan men- unggu anda! — Hakcipta Ter- pelihara 1999-2022@Fr Ron Rol- heiser

(3)

Adakah anda mempunyai

persoalan agama, Kitab

Suci atau ajaran Gereja?

Hantarkan soalan anda

ke:

HERALD 5, Jalan Robertson,

50150 Kuala Lumpur

Email:

liza@herald.com.

my

Tanya Jawab

3

HERALD 14 Ogos, 2022 BAHASA MALAYSIA

Ucapan Yesus yang membawa pertentangan

Bengkel penulisan dan asas fotografi kukuhkan jaringan penulis Katolik

KENINGAU: Para penulis atau komu- nikator Katolik perlu memberi perhatian dan berusaha memerangi situasi di mana beberapa media “menjadi tempat bagi ra- cun, ujaran kebencian, dan berita palsu,”

kata Sdra Peter Zeter, seorang penulis dan pengamal media kepada 60 orang karyawan media di Paroki Katedral St Francis Xavier pada 6 Ogos 2022.

Komisi Komunikasi Sosial (KOMSOS) Keuskupan Keningau menganjurkan Beng- kel Sehari Penulisan Dan Asas Fotografi bagi para mereka yang berminat untuk menjadi penulis dan fotojurnalis.

Dengan tema, Penulis Katolik: Jarin- gan Untuk Komunikasi, Persekutuan dan Misi, Sdra Didiroy Joneh (Didi), Pengerusi KOMSOS Keuskupan Keningau menga- takan, bengkel terakhir untuk merekrut penulis-penulis Katolik ialah pada empat atau lima tahun lalu.

“Bengkel kali ini menjemput wakil-wakil dari setiap Zon di Paroki KSFX. Beng- kel ini bermatlamat untuk mewujudkan jaringan para penulis demi membangun Gereja serta terus menerus menyampaikan maklumat tentang Keuskupan dan juga du- nia.”

Para penyampai radio online Keuskupan Keningau, KekitaanFM, khususnya para DJ baharu, turut menyertai bengkel yang diken- dalikan oleh Sdra Peter Zeter dan Sdri Liza

Magnus dari Mingguan Katolik HERALD.

Sesi bengkel dimulakan dengan upacara Pentakhtaan Alkitab dan renungan yang disampaikan oleh Sr Maria FSIC. Kemu- dian dalam sesi ‘Ice Breaker’, DJ Kunang

‘memecahkan’ rasa segan di antara peserta dengan permainan yang singkat tetapi lucu serta menarik.

Sdri Liza yang mengendalikan “Asas dan Teknik Penulisan” membantu para pe- serta menjadi kreatif dan membuang sikap negatif dalam diri mereka yang menghalang mereka menjadi penulis yang aktif.

“Ramai di antara kita yang memikirkan

acara atau pesta di peringkat Paroki dan Keuskupan sahaja yang perlu dilaporkan.

Kita lupa, di peringkat kecil, misalnya pro- gram di peringkat Komuniti Kristian Dasar (KKD), chapel atau zon, tidak dilaporkan atau diabaikan. Padahal, berita-berita dari tempat ini mempunyai kepentingan untuk disiarkan. Ia mungkin memberikan inspi- rasi yang diperlukan kepada orang lain,”

kata Liza yang telah 16 tahun melayani di Mingguan Katolik HERALD.

Salah seorang peserta, Bernadine Sebas- tian dari Zon Apin-Apin mengongsikan,

“Sebenarnya, saya menggantikan rakan

saya yang tidak dapat datang ke beng- kel ini. Kehadiran saya sangat berbaloi.

Saya terinspirasi dengan kata-kata para penceramah yang mendorong para peserta untuk menjadi ‘Influencer Rohani’.

“Saya dapati, menulis bukanlah sukar cuma ia memerlukan sedikit ketabahan dan kreativiti.

“Selepas bengkel ini, saya semakin ber- semangat untuk menjadi pengamal me- dia yang menyebarkan kasih Tuhan dan menjadi ejen damai bila terdapat ujaran kebencian di media-media sosial!” ujar Bernadine.

Peserta lain, Caroline Liew, Andreas Minjun dan Pettronellah Pedrus mengata- kan, bengkel penulisan seperti itu adalah penting memandangkan situasi dunia yang semakin berubah dan mencabar, maka para penulis Katolik diperlukan bagi menyebar- kan berita benar serta meningkatkan moral dan iman umat.

Didi yang juga Pengerusi KOMSOS bagi Paroki KSFX dan Studio Manager Keki- taan FM, mengatakan melalui dua latihan amali dalam bengkel itu, para peserta ter- buka minda akan pelbagai isu yang sedang berlaku di sekitar mereka misalnya proses sinodal, pemahaman tentang visi dan misi Keuskupan Keningau, isu-isu sosial seperti alam sekitar, keluarga, pengislaman dan se- bagainya.

Soalan: Yesus pernah berkata, “Kamu menyangka, bahawa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi? Bukan, kata-Ku kepadamu, bukan damai, melainkan pertentangan. Kerana mulai dari sekarang akan ada pertentangan antara lima orang di dalam satu rumah, tiga melawan dua, dan dua melawan tiga...” (Luk 12:51-53). Apa maksud ayat-ayat ini?

Bukankah Yesus datang untuk membawa damai?

Mengapa pula Dia membawa pertentangan?

Jawaban: Ucapan Yesus ini sering membingungkan orang. Bukankah Dia itu Raja Damai seperti yang diramalkan oleh Yes 9:5? Dan bukankah Injil Lukas sendiri mengaitkan secara erat kedatangan Yesus ke dunia ini dengan damai (bdk. Luk 1:79; 2:14; 10:15;

19:38)?

Tetapi, mengapa dalam Luk 12:51-53 pula men- gatakan Yesus datang bukan untuk membawa damai, melainkan perpecahan dan perselisihan?

Pertentangan di atas adalah pseudo. Sebab, sebenarnya Luk 12:51-53 tidak bermaksud men- gatakan bahawa Yesus datang dengan maksud memecah-belah umat manusia. Yesus justru menghendaki agar semua orang selamat dan menjadi satu di dalam diri-Nya (bdk. Yoh 17:11-24).

Hal ini sudah diramalkan dalam Luk 2:34,

“Sesungguhnya Anak ini ditentukan untuk men- jatuhkan atau membangkitkan banyak orang di Israel dan untuk menjadi suatu tanda yang menim- bulkan perbantahan" Mengapa? Sebab pewartaan

Yesus dapat mengundang reaksi yang berbeza-beza.

Ada orang mahu menerima Yesus, tetapi ada pula yang menolak-Nya. Seorang yang menjadi Kristian kadang-kadang harus bertentangan dengan keluarganya yang tidak menerima Yesus. Malah, adakalanya mereka dipulaukan oleh keluarganya kerana memilih menjadi Kristian. Itulah maksud Luk 12:51-53.

Dalam Kitab Suci, ‘api’ sering digunakan untuk menggambarkan api kasih Tuhan terhadap manusia (lih. Ul 4:24; Kel 13:21-22, dll). Api kasih inilah yang dibicarakan di sini, sesuai juga dengan per- nyataan kasih Tuhan, “Kerana begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Dia telah mengaru- niakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.” (Yoh 3:16). Api kasih yang inilah yang menyebabkan Yesus menyerahkan nyawa-Nya bagi sahabat-sahabat-Nya (Yoh 15:13).

Maka dalam Injil Lukas ini, Yesus menyatakan keinginan-Nya yang besar untuk menyerahkan nyawa-Nya kerana kasih-Nya kepada kita seperti juga yang pernah dikatakan-Nya dalam Mrk 10:38- 39, Yesus menyebut kematian-Nya sebagai baptisan, sebab Dia mengetahui bahawa Dia akan bangkit dari kematian-Nya dengan mulia.

Pembaptisan kita maknanya adalah kita ‘diteng- gelamkan’ di dalam kematian Kristus, di mana kita

‘mati’ terhadap dosa dan dilahirkan kembali di dalam kehidupan ilahi bersama Yesus (lih. Rom

6:4). Di dalam kehidupan yang baru ini, kita sebagai murid Kristus harus juga hidup dalam api Roh Kudus, seperti para rasul Yesus. Api Roh Kudus ini- lah yang merupakan pemenuhan janji Kristus atas para rasul (lih. Luk 3:16; Rom 5:5), dan api Roh Kudus inilah yang harus mendorong kita sebagai murid Kristus untuk mengasihi seperti Kristus men- gasihi kita.

Tuhan telah datang ke dunia dengan membawa pesan kedamaian (lih. Luk 2:14 dan Rom 5:11). Jika seseorang menentang pesan Kristus ini, dengan hidup di dalam dosa, maka ia melawan Kristus.

Maka dengan kedatangan Yesus terdapat perten- tangan antara mereka yang menerima Yesus dan aja- ran-Nya, dan mereka yang menentang Kristus dan ajaran-Nya. Oleh itu sepanjang hidup-Nya di dunia, Kristus adalah tanda pertentangan “a sign of contra- diction, seperti yang telah dinubuatkan oleh Simeon (lih. Luk 2:34). Yesus memperingatkan kepada para murid-Nya akan adanya pertentangan/ pemisahan yang akan menyertai pengabaran Injil (lih. Luk 6:20- 23; Mat 10:24).

Pertentangan ini adalah akibat dari tanggapan yang berbeza-beza terhadap ajaran Kristus.

Pertentangan ini juga kita alami sekarang ini, di mana terdapat nilai-nilai yang berbeda, yang diajar- kan oleh dunia dan yang diajarkan oleh Kristus.

Namun Tuhan Yesus sudah memperingatkannya kepada kita, agar kita teguh memegang ajaran- ajaran-Nya. — katolisitas

Makan Malam Keharmonian Maal Hijrah bersama pemimpin antara iman

HULU SELANGOR: Sempena Maal Hijrah (Awal Muharram), Pertubuhan IKRAM Malaysia (Daerah Hulu Selangor) telah menganjurkan majlis makan malam

‘Keharmonian Maal Hijrah’ pada 30 Julai lalu.

Tetamu jemputan termasuk ahli-ahli dari Pelayanan Ekumenikal & Antara Aga-

ma (PMEIA) Paroki Gereja Hati Kudus, Yayasan Soka Gakkai Malaysia, Yayasan Hidayah Centre dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB June Leow Hsiad Hui.

Makan malam dimulakan dengan ceramah oleh Shah Kirit bin Kakulal Govindji, Presiden Global Unity Network (sebuah organisasi Islam).

Beliau berbicara tentang kepentingan membina persaudaraan yang berterusan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Beliau juga memberikan gambaran ringkas tentang Islam dan Maal Hijrah dan juga mengetengahkan beberapa nilai agama yang dianuti oleh Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

Penyelaras PMEIA, Dr Florence John berkata dengan menyertai majlis makan malam merangkap ceramah oleh pertubu- han Islam ini, rakyat Malaysia yang ber- beza agama akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang kepercayaan satu sama lain yang membawa kepada sikap saling menghormati.

(4)

Sahabat kecil Y esus

Hello adik-adik,

Apa khabar? Injil pada hari Minggu ini kelihatan amat tegas dan 'menakutkan'. Mengapa Yesus mengatakan Dia membawa perten- tangan?

Adik-adik, jangan risau. Memang

betul, Yesus membawa damai dan keselamatan untuk kita semua.

Injil pada hari ini sebenarnya menerangkan bahawa puncak kegembiraan dan kebahagiaan kita hanyalah pada Tuhan.

Ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan harta di dunia ini tidak akan

abadi. Maksud antie, ibu bapa atau rakan-rakan mungkin menyayangi kita, tetapi semua kita tidak akan kekal berada di dunia ini namun kasih Tuhan kekal hingga ke akhir zaman.

Ada kalanya, terlalu mengasihi orang lain dan harta menyebabkan

kita mengabaikan Tuhan.

Adik-adik, marilah kita terus berdoa dan membaca Firman Tuhan agar kita tetap teguh menerima serta melaksanakan ajaran-Nya.

Salam Sayang Antie Melly

Yesus naik ke syurga

Yesus bangkit dari kematian

Maria diangkat ke syurga

Maria dimahkotai di syurga

Roh Kudus turun atas para Rasul

Tulis semula urutan peristiwa Mulia doa rosari yang betul dalam ruangan yang disediakan.

Cari LAPAN perbezaan pada gambar di atas.

Lengkapkan gambar ini dan jangan lupa mewarnakannya.

Simbol-simbol pada gambar ini mengandungi perkataan

untuk diisi pada tempat kosong di bawah.

(5)

5

HERALD 14 Ogos, 2022 BAHASA MALAYSIA

SERIAN, Sarawak: Lima-puluh-tiga peserta yang terdiri daripada sembilan buah kampung begitu bersemangat dan bertahan hingga akhir semasa menyer- tai Program Panggilan yang dianjurkan pada hujung minggu.

Program yang dianjurkan oleh Komi- ti Panggilan St Theresa Serian pada 9 Julai lalu bermatlamat mempromosi panggilan menjadi paderi dan religius di kalangan belia di samping meny- edarkan mereka tentang panggilan mereka untuk melayani Tuhan sesuai dengan misi pembaptisan mereka.

Buat julung-julung kalinya, Gereja St Vincent, Kg Mentung Mubuk merupa- kan tuan rumah bagi Zon Bidayuh di Bahagian Serian.

Tiga orang penyampai sesi iaitu Fr Mark Noel Bunchol, Sr Perpetua dan Sr Evelyn menyampaikan pengalaman mereka sendiri tentang “Apa itu pang- gilan”.

Mereka memberi inspirasi kepada para peserta bagaimana mereka menga-

takan "Ya" kepada Tuhan untuk bekerja di ladang-Nya.

Setiap perkongsian mereka mem- bantu para peserta menyingkirkan rasa takut dan ragu dalam menerima pang- gilan Tuhan.

“Tuhan memanggil kita semua untuk

ambil bahagian dalam pelayanan Kris- tiani, tetapi ada sebahagian daripada kita, dipanggil oleh Tuhan untuk meng- abdikan diri secara istimewa sebagai Paderi atau religius,” kata Sr Perpetua dalam sesinya. — Komiti Panggilan St Theresa, Serian

KENINGAU: Pada 23 Julai 2022 yang lalu, Zon Minawo (di bawah jagaan Paroki Katedral St Francis Xavier) telah menganjurkan sebuah program sehari iaitu Seminar Kesedaran Pang- gilan yang berlangsung dari jam 7.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Seramai 60 orang peserta menyer- tai program ini iaitu dari Zon Minawo, Zon Biah dan Zon Magatang.

Program ini dimulakan dengan perkongsian Seminarian Appolonius Yakis, tentang “Erti Kehidupan dan Panggilan Hidup”.

Sem. Appolonius membawa para be- lia mengenal lebih dalam tentang mak- na kehidupan mereka.

Seterusnya, Fr David Gasikol berkongsi tentang “Panggilan Men- jadi Religius”. Paderi itu menekankan betapa pentingnya semangat berjalan bersama dalam pelayanan.

Perkongsian daripada Sdra Jika George pula membawa para pe- serta untuk mengarahkan hati dan fikiran agar mampu mendengar serta menyedari kehendak dan rencana

Tuhan dalam hidup mereka.

Dalam sesi terakhir oleh Sdri Nancy Nelly Joneh, beliau mengongsikan tentang “Pilihan Hidup dan Masa Depan” yang mendorong para peser- ta mengetengahkan bakat yang ada dalam diri mereka.

Sdri Nancy menyatakan kepentingan menetapkan visi serta harapan belia untuk diri mereka pada masa hadapan.

Seterusnya, sekitar jam 7.00 malam, kemeriahan diteruskan dengan Majlis Makan Malam bersama Family Of St Joseph.

Family of St Joseph merupakan orang-orang yang komited mem- bantu dan menyokong kebajikan ser- ta perkembangan para seminarian/

aspiran.

Kehadiran tetamu jemputan iaitu para aspiran, seminarian dan Fr David Gasikol selaku Pendamping bagi Ru- mah Pembentukan St Joseph disambut oleh para belia dan Sdri. Nancy Nelly.

Pengerusi Zon Minawo, En Henry Yamorong dan Pengerusi KUK St Joseph Minawo, En Jika George serta

semua umat dari Zon Minawo turut memeriahkan majlis ini di dewan Ser- baguna Kg Minawo Laut.

Program dimulakan dengan doa pembukaan oleh Sem Appolonius Yakis, dan diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada koordinator Fiesta Belia, En Fevian Felix.

Seterusnya, En Jika George, mela- lui ucapannya menyimpulkan bahawa, belia Zon Minawo telah melaksanakan tanggungjawab mengendalikan pro-

gram ini dengan begitu baik sekali.

Dalam ucapannya, Fr David menyatakan rasa syukur dan terima kasihnya kepada semua umat di KUK St Joseph Minawo atas kerjasama dan komitmen mereka.

Fr David yang kini menyambung pengajiannya di Filipina berharap agar hubungan baik ini terus dikekalkan dan berharap agar “pada suatu hari nanti, ada di antara anak muda di tem- pat ini yang menyahut panggilan men- jadi paderi atau religius.”

Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian oleh para aspiran, cabutan nama bertuah dan persembahan istimewa dari Kera- sulan Hidup Keluarga Katolik KUK Minawo (KHKK) dan tayangan video oleh KBK KUK Minawo. Majlis ditu- tup dengan doa oleh Fr David Gasikol pada jam 10.00 malam. — Melissa Floly

Seminar panggilan bantu belia

pilih kehidupan dan masa depan

Kaum muda Serian ketajaman vokasi kehidupan pada zaman milenial

(6)

terhadap COVID di China masih berlaku namun dilonggarkan dari sebelumnya setelah situasi kesiha- tan bertambah baik.

Komuniti Katolik juga meng- hargai keadaan normal dan seba- hagian aktiviti kerohanian telah pulih malah ada beberapa peristiwa gembira dirayakan dari kehidupan komuniti Katolik baru-baru ini.

Pada 18 Julai, dua orang diakon etnik Tibet telah ditabis menjadi paderi di Paroki Bonda Maria, Keuskupan Zhaotong. Mereka diutus untuk melayani kumpulan etnik minoriti yang berselerakan di wilayan itu.

late Conception, merayakan Hari Datuk, Nenek dan Warga Tua.

Menariknya, perayaan ini sudah dirayakan lama sebelum ditetapkan oleh Sri Paus Fransiskus.

Pada tahun ini, Hari Datuk, Nenek dan Warga Tua diraikan pada 24 Julai, 2022. Rasa hormat yang besar untuk orang tua, seperti cinta berbakti kepada datuk-nenek, adalah sebahagian dari budaya Tionghoa, hal ini menjadi alasan mengapa Hari Datuk, Nenek dan Warga Tua dirayakan di China jauh sebelum ditetapkan oleh Sri Paus Fransiskus.

Selain Misa Kudus yang didedi-

kasikan untuk warga tua, Uskup Agung Beijing, Msgr Joseph Li Shan, dan para paderi paroki di tempat masing-masing, merayakan orang tua dengan bergambar serta memberi hadiah ‘kecil’ tetapi ber-

manfaat bagi mereka.

Seminari Keuskupan Agung Beijing pada awal Ogos lalu juga merayakan Ekaristi dan pengutusan misi kepada para seminarian yang telah menyelesaikan pembentukan

paroki bagi latihan pastoral.

Di Macau, pameran devosi Kea- jaiban Ekaristi oleh Beato Carlo Acutis telah mendapat sambutan luar biasa sehingga tempoh pam- eran diperpanjang. Macau menjadi keuskupan Asia pertama yang men- jadi tuan rumah pameran bertajuk

“Mukjizat Ekaristi di Dunia” yang berlangsung pada 17 Jun - 31 Julai.

Selain itu, pembukaan Sekolah Minggu dan Inisiasi Kristian den- gan pendaftaran yang ramai, me- nandakan komuniti Katolik begitu bersemangat untuk menghadiri ibadat dan aktiviti secara fizikal. — media Vatikan

CANTERBURY, England: Dalam perbincangan ekumenikal semasa Konferensi Lambeth di Canter- bury, England, Justin Welby, ketua Uskup Canterbury, telah mengata- kan bahawa kebanyakan umat Ang- likan mengiktiraf Sri Paus Fransisi- kus sebagai “bapa Gereja di Barat.”

Welby berkata bahawa dia

“kurang berbangga” dengan tahap kemajuan mempromosikan perpad- uan Kristian dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Uskup Welby mengatakan ini adalah disebabkan

“tabiat perpisahan” gereja protestan dan Katolik yang telah diamalkan sejak 500 tahun yang lalu.

Namun begitu, beliau percaya bahawa majoriti ahli Gereja Eng- land mengakui Sri Paus sebagai

“bapa Gereja di Barat.”

Berucap pada persidangan itu, Kardinal Kurt Koch, prefek Dikas- teri untuk Mempromosi Kesatuan Kristian, menekankan pentingnya dialog ekumenikal. Koch mengata- kan keadaan perpecahan sekarang sebagai “kecemasan” dalam Ger- eja.Uskup Agung Katolik Birming-

ham, Bernard Longley pula men- gatakan konferensi itu berupaya mengukuhkan perpaduan Kesatuan Anglikan.

Longley menegaskan bahawa jalan menuju perpaduan dan di- alog Kristian yang lebih luas antara Anglikan dan Gereja Katolik akan

“terhalang” jika kesatuan Anglikan lebih suka ‘terpisah’.

Konferensi Lambeth 2022 ber- langsung dari 26 Julai - 8 Ogos.

Lebih 600 uskup yang mewakili ko- muniti Kristian dari Anglikan telah berkumpul di Canterbury untuk program taklimat dan perbincangan mengenai pelbagai topik, daripada keamanan dan perdamaian kepada alam sekitar dan kelestarian.

Welby juga menyeru para pe- serta agar memilih mengharamkan perkahwinan sejenis pada awal persidangan yang bertema, “Gereja Tuhan untuk Dunia Tuhan: Berja- lan, Mendengar, dan Bersaksi Ber- sama-sama.”

Tema acara itu ialah “Gereja Tu- han untuk Dunia Tuhan: Berjalan, Mendengar, dan Bersaksi Bersama- sama.” — CNA

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus telah menghantar pesan un- tuk mengalu-alukan dan meng- galakkan sekumpulan mision- ari dari paroki Nostra Signora dell’Assunzione Rio Cuarto di Argentina, yang menjalankan kerja-kerja mision di kalangan orang asli Salta, Victoria Este, di keuskupan Orán.

Para misionari, kira-kira 30 orang, menghabiskan masa seminggu di kalangan masyarakat adat Wichi, merayakan Misa dan membawa Firman Tuhan di kalangan orang Asli, di bawah moto “impian dibina bersama.”

“Terima kasih atas apa yang telah anda lakukan, terima kasih atas kerja misi ini,” kata Bapa Suci Fransiskus kepada para mi- sionari dalam mesej video yang dihantar pada hari 10 Ogos lalu yang menggesa mereka untuk me- neruskan misi mereka.

“Untuk melakukan misi,” kata Sri Paus, adalah “untuk keluar dari dirimu untuk memberikan yang terbaik dari dirimu dan yang terbaik dari apa yang Tuhan berikan. Ini, adalah perkara yang sangat indah.”

Bapa Suci kemudian menyampaikan salamnya kepada Fr Mariano Cordeiro, seorang paderi paroki di Serrano, yang mengiringi para misionari dan meminta para misionari ini men- doakannya serta memberikan mereka berkat.

Fr Cordeiro menjelaskan baha- wa moto misi itu diilhamkan oleh

ensiklik Fratelli tutti.

Beliau menambah, sejak tiga ta- hun ini, para misionari telah mela- wat komuniti ini dua kali setahun untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat orang asli ini.

Mereka meredah perjalanan lebih 5,000 kilometer untuk sampai ke sempadan Bolivia dan Paraguay untuk kerja misi mereka.

Mengimbas keadaan di komuniti pergunungan ini, beliau menyata- kan bahawa ramai yang mengalami masalah kekurangan zat makanan, kekurangan air minuman bersih, dan sangat jauh dari mana-mana pusat perkhidmatan perubatan.

F. Cordeiro berkata, pengala- man misi itu memberi peluang

kepada misonari memperkayakan diri dengan budaya masyarakat adat di pergunungan, termasuk yang termiskin.

“Kami dapat menyentuh tubuh Yesus di kalangan orang-orang ini, di tengah-tengah kemiskinan yang melampau, yang menyakit- kan dan membuat kami tidak ber- daya,” katanya.

Dengan penuh harapan, paderi itu menegaskan bahawa Tuhan

“tidak meninggalkan anak-anak- Nya” dan mengatakan bahawa para misionari telah merasakan Roh Tuhan di pergunungan “se- cara sederhana, dalam karya- karya kecil dan dalam yang miste- rius.” — media Vatikan

Melakukan kerja misi

adalah perkara terindah

Fr. Mariano Cordeiro dan dibantu para misionari muda, sedang melayani sebuah masyarakat adat di pergunungan Bolivia.

DUBLIN: Seramai 500 belia Ka- tolik di Ireland telah menanda- tangani surat yang menyatakan mereka menyukai ajaran Gereja, tetapi suara mereka tidak diden- gari dalam proses Sinodal yang kemuncaknya akan berlangsung di Roma pada tahun hadapan.

Mereka risau proses sinode yang sedang dijalankan mungkin memberi gambaran palsu tentang

harapan mereka terhadap Gereja Katolik di Ireland.

Surat itu ditujukan kepada Jawa- tankuasa Sinode, yang bertang- gungjawab mengumpul dan me- ringkaskan jawapan berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal selidik baru-baru ini untuk Laluan Sinode Ireland.

Salinan juga turut dihantar ke- pada para Uskup Ireland.

Bercakap kepada penganut Katolik Ireland, Peadar Hand, salah seorang penganjur surat itu, berkata, “di kalangan orang yang benar-benar mempraktikkan dan mencuba yang terbaik menjalani iman mereka, kami tidak ada ke- inginan untuk mengubah ajaran Gereja.”

“Tugas Gereja bukanlah un- tuk berubah dengan dunia,

tetapi untuk mengubah dunia,”

sambungnya.

“Kami bimbang berikutan pem- bentangan di Perhimpunan Ke- bangsaan Pra-Sinodal pada bulan Jun, sintesis yang muncul berisiko memberikan kesimpulan yang salah, iaitu Sensus Fidei bercang- gah dengan ajaran dan amalan gereja semasa.

Ini berkaitan khususnya dengan

seksualiti manusia, perkahwinan dan pelayanan tertahbis.”

Sensus fidei, atau sensus fideli- um, ditakrifkan dalam Katekismus Gereja Katolik sebagai “penghar- gaan supernatural iman di pihak seluruh umat, apabila, dari para uskup hingga yang terakhir dari umat beriman, mereka menya- takan persetujuan universal dalam perkara iman dan moral.” — CNA

Suara kami tidak didengar semasa proses sinodal — Kaum muda Ireland

Kesatuan Anglikan iktiraf Sri Paus Fransiskus,

‘bapa Gereja Barat’

Gambar file Bapa Suci Fransiskus dan Uskup Agung Canterbury, Justin Wel- by, di Vatikan pada 5 Oktober 2021. Media Vatikan.

(7)

P

ada Hari Raya Bonda Maria, Gereja merayakan hak istimewa Bonda Maria, Bonda kita. Bonda Maria Diangkat ke Syurga ertinya Bonda Maria masuk dalam kemuliaan syurga tidak hanya jiwanya saja, tetapi juga dengan tubuhnya.

Putera Tuhan dikandung dalam rahim murni Perawan Maria. Jadi, memanglah tepat, jika tubuhnya harus juga dimuliakan segera sesudah hidupnya di dunia berakhir.

Sekarang Bonda Maria berada di syurga. Dia adalah ratu syurga dan bumi. Dia adalah Bonda Gereja Kristus dan Ratu para Rasul. Setiap kali Bonda Maria meminta Yesus untuk menga- nugerahkan berkat dan rahmat-Nya kepada kita, Yesus mendengarkan permintaan Bonda- Nya.

Setelah dibangkitkan dari kematian, kita pun juga, dapat pergi ke syurga dengan tubuh kita. Jika sekarang kita mempergunakan tubuh kita untuk melakukan perbuatan-perbuatan baik, kelak tubuh kita akan memperoleh kemuliaan di syurga.

Setelah kebangkitan, tubuh kita akan menjadi sempurna. Ia tidak akan menderita sakit lagi. Ia tidak memerlukan makanan atau pun minuman agar tetap hidup. Ia akan dapat pergi ke semua tempat tanpa waktu atau pun usaha. Ia akan men- jadi elok dan mengkagumkan!

Maria Diangkat ke Syurga dengan jiwa dan raganya merupakan dogma iman (dogma = ajaran resmi Gereja). Kebenaran yang indah ini dinyatakan oleh Paus Pius XII pada 1 November 1950.

Kenali Santo Anda

SP Maria diangkat ke Syurga

~ 15 Ogos ~ 7

HERALD 14 Ogos, 2022 BAHASA MALAYSIA

Y

ohanes Eudes dilahirkan di Normandy, Perancis pada tahun 1601. Ibu bapa Yohanes menghendaki putera mereka berkahwin dan memiliki keluar-

ga. Tetapi dengan lembut tetapi tegas, Yohanes meyakinkan mereka bahawa dia dipanggil un- tuk menjadi paderi.

Beliau memasuki biara Ordo Pengkhutbah dan menerima pendidikan calon paderi. Setelah ditahbis sebagai paderi, suatu wabak penyakit menyerang Normandy.

Wabak itu mengakibatkan kesengsaraan yang hebat dan juga kematian. Fr Eudes menawarkan diri untuk menolong dan merawat mereka yang sakit.

Di kemudian hari, Fr Eudes menjadi seorang pengkhutbah misionari yang popular di pelba- gai paroki. Sesungguhnya, sepanjang hidupnya, beliau telah menyampaikan 110 khutbah misi.

St Yohanes Eudes juga berperanan penting dalam terbentuknya kongregasi-kongregasi religius seperti Kongregasi para Sister Maria Bonda Berbelaskasihan (SCMM) dan Kongre- gasi Para Sister Gembala Baik (RGS).

Fr Eudes juga membentuk Kongregasi Yesus dan Maria (CJM) bagi para paderi yang bertu- juan melatih para pemuda untuk menjadi paderi paroki yang baik.

St Yohanes juga menulis devosi tentang Hati Yesus yang Mahakudus dan Hati Maria yang Tak Bernoda.

Yohanes wafat pada tahun 1680 dan dinyata- kan “beato” oleh Sri Paus St Pius X pada tahun 1908 dan gelaran “kudus” Sri Paus Pius XI pada tahun 1925.

St Yohanes Eudes

~ 19 Ogos ~ VATIKAN: Sri Paus Fransiskus

mengirimkan pesan video kepada para peserta konferensi pewarta digital di Mexico, dan mendesak “penginjil digi- tal” untuk menjangkau orang-orang di ruang digital yang belum mengenal Kristus.

“Tuhan mengetuk pintu untuk masuk ke dalam kita, tetapi berapa kali Dia juga mengetuk pintu di dalam agar kita mem- biarkan Dia keluar!”

Konferensi antarabangsa ini berlang- sung pada 5-6 Ogos 2022 di Monterrey, Mexico dan mempertemukan “penginjil digital”, orang-orang Kristian yang ingin menginjili secara online dan di media sosial untuk mendorong mereka menjadi anggota aktif Gereja di ruang digital.

Dalam pesan video singkatnya, Sri Paus mengirimkan salam tulusnya ke- pada para peserta sebagai apa yang disebutnya sebagai “inisiatif penting”.

“Semoga pertemuan ini membantu anda untuk merasa bahawa anda adalah sebuah komuniti, sebagai sebahagian dari kehidupan misionari Gereja, yang tidak pernah takut untuk pergi menu- ju cakerawala dan sempadan baharu, dengan kreatif dan berani mewartakan belas kasihan dan kelembutan Tuhan.”

Sri Paus Fransiskus juga mengim- bas kembali kunjungan apostoliknya ke Kanada, bahawa beliau memberi galakan kepada kaum muda Katolik Kanada agar tidak takut membuat kesalahan semasa mereka berusaha menginjil secara online.

“Saya tidak pernah bosan mengulangi bahawa saya lebih suka Gereja yang terluka kerana menjelajah ke pinggiran

eksistensial dunia, jangan jadikan sakit kerana tertutup dalam keselamatan yang kecil.”

Bapa Suci mengungkapkan harapan- nya agar para misionari digital dapat menjadikan Internet dan media sosial sebagai tempat yang “penuh dengan ke- manusiaan”. Pewarta digital harus men- jadi seperti Orang Samaria yang Baik terhadap orang lain.

Dengan memperlakukan orang lain dengan baik secara online, memungkin- kan budaya kontemporari “mengenal

Tuhan kerana mereka merasai dan meli- hat Dia di dalam diri anda.”

“Pergi dan sebarkan harapan Yesus, terutama kepada mereka yang paling jauh, beri mereka alasan untuk harapan yang ada di dalam mereka,” katanya.

Sri Paus mengakhiri pesan videonya dengan kata-kata dorongan untuk semua penginjil digital. Prelatus itu terus ber- harap dunia digital dapat menghasilkan persekutuan yang membuat Yesus hadir dalam budayanya sendiri. — media Vatikan

NASHVILLE: Umat Katolik harus “men- jadi terang bagi dunia saat ini” sama ada dalam Gereja mahupun di tengah masyarakat, kata Uskup Agung Christophe Pierre, Duta Besar Vatikan untuk Amerika Syarikat.

“Inilah yang mahu disampaikan oleh Bapa Suci Fransiskus kepada kita,”

katanya kepada Tennessee Register, surat khabar Keuskupan Nashville.

Uskup Agung itu mengunjungi keusku- pan tersebut bagi merayakan Misa pada hujung bulan Julai lalu, bagi menyaksikan lapan orang religius wanita mengucapkan kaul kekal mereka sebagai anggota Kon- gregasi Sister-sister Dominikan St. Cecilia.

Uskup Agung Pierre diwawancara ten- tang tiga topik perbincangan terbesar Gereja masa kini: Sinode para uskup se- dunia mendatang tentang sinodaliti, Ke- bangkitan Ekaristi Nasional Gereja AS dan Mahkamah Agung AS membatalkan kepu- tusan Roe v Wade tahun 1973 yang melu- luskan aborsi secara nasional.

Msgr Pierre mengatakan, kita hidup di dunia dengan masyarakat yang berpecah belah, oleh itu “Gereja harus menjadi Ger- eja di dunia masa kini, bukan masa lalu.”

Keinginan Bapa Suci agar umat Katolik

“menjadi terang bagi dunia saat ini” tidak bererti “beliau mengubah ajaran iman,”

kata prelatus itu.

Mengenai sinode, keuskupan-keuskupan

di seluruh dunia telah mengadakan sesi- sesi mendengarkan umat selama berbulan- bulan sebagai persiapan untuk sinode itu.

Bapa Suci “ingin menempatkan Gereja dalam mentaliti sinode, yang seharusnya menjadi cara berada Gereja. Kita harus bekerja sama,” kata Uskup Agung Pierre.

Sinodaliti “selalu menjadi cara berada Gereja, jadi mengapa Bapa Suci meminta kita melakukan ini sekarang? Ini adalah kerana kita hidup pada masa di mana … ada kekurangan komunikasi iman dan pen- didikan, untuk berkomunikasi, kita perlu

berhubung dan bekerja sama.”

Dalam homilinya ketika pertama kali melancarkan proses sinodaliti, Sri Paus Fransiskus menghuraikan tiga poin kunci untuk sinode.

Poin pertama: saling bertemu. “Kita harus mengatur pertemuan antara satu sama lain. Ini diperlukan hari ini, bahkan dalam keluarga,” kata Uskup Agung Pierre.

Beliau juga berbicara tentang masalah yang timbul pada ketika ini iaitu individu- alisme. “Orang tua tidak berbicara dengan anak-anak mereka dan anak-anak diber- itahu tentang masa depan mereka sendiri bukan oleh orang tua, tetapi oleh sumber lain.”

Poin kedua: mendengarkan satu sama lain. “Proses mendengar bukan hanya keharusan untuk mendengarkan. … ada dimensi lain, yang kita lupakan sebagai Gereja,” katanya.

“Kita perlu mendengarkan Roh Kudus yang tinggal di dalam Gereja dan ini adalah sebuah proses yang memerlukan doa serta perhatian.”

Poin ketiga: mendengarkan satu sama lain dan bersama-sama cuba untuk melihat ke mana kita harus pergi.

“Tujuannya adalah untuk diinjili. … Untuk itu, kita membutuhkan kepem- impinan yang kuat. Inilah yang dimaksud dengan sinode adalah untuk semuanya.” — media Vatikan

Pewarta digital

memungkinkan budaya

kontemporari mengenal Tuhan

Sinodaliti mampu bantu atasi kelemahan komunikasi iman

(8)

14 Ogos, 2022

Pertemuan fizikal pertama Caritas Malaysia di KL

KUALA LUMPUR: Caritas Ma- laysia (CM) mengadakan perte- muan fizikal buat kali pertama pada 29-31 Julai di Pusat Pas- toral Keuskupan Agung. Lima puluh lima delegasi dari sem- bilan Keuskupan/Agung hadir ke Mesyuarat Nasional yang bertema “Bertumbuh Bersama”

yang dianjurkan bersama oleh Keuskupan Agung Kuala Lum- pur, Keuskupan Pulau Pinang dan Melaka Johor.

Hari pertama dimulakan den- gan Misa Kudus yang dipimpin oleh Uskup Agung Julian Leow dengan dibantu oleh para paderi dari pelbagai keuskupan.

Dalam bengkel selama dua jam untuk memahami Standard Pengurusan Caritas Internation- alis (CIMS) oleh Andrew Lee dari Keuskupan Malacca Johore adalah amat penting untuk setiap ahli Caritas, sama ada kakitangan sepenuh masa, sambilan mahu-

pun sukarelawan.

CIMS membolehkan semua yang terlibat untuk bertanggung- jawab dan bersikap profesional seperti yang termaktub dalam dasar melindungi, menjaga dan melindungi kanak-kanak bawah umur, wanita dan mereka yang berkeperluan khas.

Dalam pertemuan ini juga, para ahli melakukan aktiviti mengun- jungi para gelandangan. Para pe- serta melawat Rumah Harapan Samaritan. Rumah yang memberi makan dan melindungi gelandan- gan telah menyentuh hati para ahli CM tentang banyak perkara.

Rumah yang diasaskan oleh Fatima Emmanuel, seorang wan- ita yang sentiasa ceria dan penuh belas kasihannya, bukan sahaja untuk golongan miskin dan ge- landangan tetapi juga kepada para ahli CM dengan menghidangkan mereka hidangan yang lazat.

Fatima memulakan rumah ini

dalam premis kecil pada tahun 2018 yang akhirnya perlu berpin- dah ke premis yang lebih besar.

Selain itu, para ahli CM juga dibawa oleh kumpulan Street Feeders untuk bertemu, menden- gar dengan ‘telinga hati’ serta mengagih-agihkan bantuan ma- kanan untuk para gelandangan yang tinggal di terowong bawah tanah.

Ada di antara gelandangan muda itu sebenarnya mempunyai keluarga tetapi rasa malu men- guasai diri mereka untuk pulang kerana masih belum mencapai kejayaan.

Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Uskup Agung Julian, telah mengakrabkan lagi persahabatan di kalangan per- wakilan CM. Para perwakilan memakai busana tradisional mas- ing-masing, sambil bersyukur dan meraikan semangat perseku- tuan.

PENAMPANG: ‘Ciptakanlah hati yang murni untukku ya Tu- han,’ adalah tema yang dipilih oleh diakon yang baru ditahbis sebagai paderi, Rev Zeno Lasius Gantis, 31, pada 4 Ogos di Ger- eja Katolik Madsiang.

Beliau adalah paderi keenam dari komuniti Katolik Moyog se- lepas Fr Thomas Makajil, Fr Mi- cheal Modoit, Fr Matheus Luta dan adik beradik paderi — Fr Florian dan Fr Gilbert.

Ritus Pentahbisan bermu- la pada pukul 10.00 pagi dan dihadiri kira-kira 1000 komu- niti katolik serta ahli keluarga Fr Lasius.

“Saya mahu bekerja untuk Tu-

han, oleh itu, saya berdoa setiap hari agar hati saya sentiasa suci dan murni bagi pelayanan ini,”

jelasnya sebab mengapa tema pentahbisan itu dipilih.

Sebagai seorang yang baru di- tahbis, beliau mengakui bahawa perasaan itu bercampur baur – gembira dan bimbang – kerana menyedari tanggungjawab besar yang digalasnya pada tahun-ta- hun akan datang sebagai paderi.

Fr Lasius dilahirkan pada 16 Disember 1991, merupakan anak kesembilan daripada 11 adik- beradik pasangan Gantis Bohido dan Loimis Gohinsang. Beliau belajar di SK Moyog, kemudian- nya ke SMK Datuk Peter Mojun- tin. Beliau memulakan pemben- tukan kepaderiannya pada Feb 2013 dengan memasuki Aspiran- cy di Catholic Diocesan Center dan meneruskan ke Tahun Inisia- si di Kolej St. Peter, Kota Kina- balu pada 2014.

Selepas itu, dari 2015 hing- ga Mei 2021, beliau menjalani pembentukan imamat, pengajian falsafah dan teologi, di kolej St.

Peter, Kuching, Sarawak. Untuk latihan dan pendedahan pasto- ral, beliau telah dihantar ke St.

John, Tuaran pada 2019, empat bulan di Katedral Sacred Heart pada 2020, satu bulan di St. Paul, Long San, Miri (Sarawak) dan ke St Joseph, Kiulu dari 2021 se- hingga beliau ditahbis.

Semasa majlis selepas Misa Kudus, Uskup Agung menyata- kan bahawa Fr Lasius akan terus melayani di St Joseph, Kiulu se- hingga diberitahu kelak.

SIBU: Komisi Keadilan Pen- ciptaan Episkopal Malaysia, Sin- gapura dan Brunei (CJCMSB) akan meraikan Kempen PROTEC, yang kini memasuki tahun keti- ga, sempena Musim Penciptaan (SoC) 2022.

Kempen ini adalah sahutan ke- pada seruan Sri Paus Fransiskus melalui Surat Ensikliknya, Lauda- to Si’ yang menyeru dunia menga- malkan ‘pertobatan ekologi.’

Uskup Joseph Hii, Presiden Komisi Episkopal, dalam suratnya bertarikh 27 Jun, menggesa umat beriman untuk meraikan dengan sungguh-sungguh Musim Pen- ciptaan dan Kempen PROTEC tahun ini yang bertema, “Hentikan Pencemaran Plastik”.

“Kita hidup pada masa yang sangat kritikal dalam sejarah ma- nusia yang akan menentukan sama ada generasi semasa dan akan da- tang akan mempunyai planet yang berdaya maju atau masih selamat untuk didiami. Jangan membuang masa atau bertangguh jika kita in- gin ‘menyelamatkan bumi dari ke- musnahan akibat manusia’ kataya memetik Laudato Si’ 79, “Semoga Roh Kudus memberanikan kita semua untuk bertindak yang betul dan konsisten,” doa prelatus itu.

“Kami berterima kasih kepada tiga Komisi Keadilan Penciptaan daripada tiga Keuskupan/Agung kerana menerajui bersama acara pelancaran dan menyelaras pro- mosi PROTEC Tahun ketiga un-

tuk setahun penuh. PROTEC Ta- hun ketiga akan dilancarkan pada 31 Ogos di Kota Kinabalu dengan Misa Kudus, diikuti dengan be- berapa acara di Keningau,” kata Uskup Hii.

Uskup Agung John Wong akan melancarkan kempen tersebut pada jam 10.00 pagi di Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu.

Antara yang akan hadir pada majlis pelancaran itu ialah Deep- ika Sing dari India, Penyelaras Pejabat Perubahan Iklim FABC (Federasi para Uskup Asia), Clare Westwood, Pengarah Serantau Episkopal CJC Malaysia, Sin- gapura dan Brunei dan wakil CJC dari sembilan Keuskupan/Agung Malaysia.

Pentahbisan imamat Rev Lasius Gantis, paderi

keenam dari Moyog

Berkongsi kisah panggilannya, Fr Lasius mengakui bahawa pada mulanya, apabila dia me- masuki Aspirancy, dia tidak ber- hasrat untuk menamatkan tahun pembentukannya tetapi hanya satu cara untuknya perlahan-la- han ‘meninggalkan’ penyertaan aktif dalam pelayanan Gereja kerana ingin memberi perhatian penuh mencari serta kehidupan bekerja.

Selepas tamat semester per- tama, beliau bertemu dengan Pengarah Aspirancy ketika itu, Fr Wilfred Atin, untuk menyam- paikan hasratnya untuk berhenti dari formasi itu.

Mungkin, ini adalah titik per- mulaan panggilan imamatnya apabila Fr Wilfred menasihat- inya agar menamatkan tempoh pembentukan satu tahun, dan selepas itu, barulah membuat keputusan.

Setahun berlalu dan pada tahun-tahun berikutnya, be- liau melangkah perlahan-lahan

sehinggalah tiba hari pentah- bisannya sebagai paderi, hari yang disifatkannya sebagai hari melafazkan ikrar komitmen yang lebih tinggi.

Perkongsian panggilan Fr Lasius Gantis

Kempen PROTEC tahun ketiga,

fokus hentikan pencemaran plastik

Referensi

Dokumen terkait

Pdt/PF : Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa,

Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa,

Pdt/PF : Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa,

Dalam percakapan-Nya dengan Nikodemus, Yesus berkata, "Begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang

Karena begitu besar kasih Yahuwah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan

16 Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan

3 : 16  Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak- Nya  yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya  kepada-Nya tidak binasa, melainkan

Perkataan Yohanes Pembaptis: “Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya