• Tidak ada hasil yang ditemukan

Metadata, citation and similar papers at core.ac.uk. Ulasan Buku/Book Review

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Metadata, citation and similar papers at core.ac.uk. Ulasan Buku/Book Review"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Jurnal Arkeologi Malaysia

April 2020, Vol. 33, No.1, hlm. 73-78

ISSN 0128-0732 e-ISSN 2590-4302

Diterbitkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

Ulasan Buku/Book Review

KETURUNAN PEMBURU PEMUNGUT LANOH TERAKHIR DI

MALAYSIA

oleh Hamid Mohd Isa. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang,

2014, 94 halaman. ISBN 978-983-861-820-5

Buku berjudul “Keturunan Pemburu Pemungut Lanoh Terakhir di Malaysia” merupakan hasil terbitan keempat dalam pakej Siri Arkeologi Perdana oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia. Pengarang buku ini iaitu Hamid Mohd Isa merupakan seorang penyelidik berpengalaman luas dalam bidang etnografi khususnya kajian yang melibatkan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Buku ini meneliti secara mendalam aspek-aspek sejarah, warisan dan budaya masyarakat Lanoh, salah satu suku Negrito Orang Asli, yang kini mendiami di dua buah perkampungan iaitu Kampung Air Bah dan Kampung Lubok Chupak di negeri Perak. Turut dibincangkan dalam buku ini adalah elemen hubungan budaya yang wujud antara masyarakat Lanoh dan kumpulan masyarakat Orang Asli yang pernah tinggal di sekitar kawasan Lenggong dan Gerik di Hulu Perak sebelum tahun 1920-an hingga 1950-an.

Dalam bahagian pengenalan (hlm. 1-8), kepelbagaian istilah dan terma yang digunakan bagi merujuk masyarakat Lanoh di Malaysia oleh pengkaji-pengkaji Barat seperti Evans (1915, 1924a,b&c, 1927, 1937), Schebesta (1928, 1957), Noone (1954), Hunt (1952, 1954) dan Carey (1976) telah diketengahkan. Seiring dengan perkembangan zaman dan budaya, istilah Lanoh mula diterima dan digunakan secara luas dalam penulisan pengkaji-pengkaji tempatan. Seterusnya, maklumat tentang bahasa, fisiologi, migrasi dan penempatan semula, corak ekonomi dan populasi masyarakat Lanoh di Hulu Perak turut dibahas di bahagian awal buku ini. Sebagai metodologi kajian, penulis telah menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data serta analisis statistik telah dijalankan untuk melihat fenomena penglibatan anak-anak Lanoh dalam sistem persekolahan Malaysia daripada peringkat tadika hingga sekolah menengah berdasarkan rekod daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan hasil temu bual penulis sendiri di Lenggong, Gerik dan Baling. Keputusan analisis statistik mendapati bahawa kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam kalangan Lanoh dari tahun 2010 hingga 2012 menunjukkan peningkatan yang baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Data dan maklumat ini memberi sedikit gambaran tentang status terkini tentang masyarakat Lanoh di Perak daripada sudut pendidikan.

Di bawah tajuk „Arkeologi‟ (hlm. 9-28), sejarah gua-gua dan pelindung batuan yang terdapat di Lembah Lenggong dan hubungannya dengan masyarakat Lanoh di Perak telah dibincangkan secara terperinci. Penulis menegaskan bahawa kelangsungan kompleks bukit batu kapur di Lembah Lenggong sebagai tempat tinggal manusia prasejarah iaitu kira-kira 13,000 hingga 2,000 tahun dahulu telah diteruskan oleh nenek moyang masyarakat Negrito iaitu Lanoh dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai kem penginapan sementara mereka. Pendekataan etnografi telah digunakan untuk menjelaskan lagi perkaitan budaya antara masyarakat Orang Asli dan lukisan yang terdapat pada dinding gua dan pelindung batuan di Lembah Lenggong. Pendapat dan teori yang dipelopori oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seperti Evans (1924a,b&c), Adi (2004), Sanim (2005) dan Mokhtar & Tacon (2011) telah digunakan untuk memperkukuh lagi hubungan budaya antara masyarakat Lanoh dan ikonografi lukisan gua di Lembah Lenggong. Lukisan gua berbentuk

(2)

geometri, imej manusia, flora dan fauna dari lima buah gua di Lenggong iaitu Gua Badak, Gua Dayak, Gua Batu Tukang, Gua Gelok dan Gua Batu Puteh telah dikaji dan hasil analisis perbandingan menunjukkan bahawa adanya persamaan antara lukisan gua dan motif peralatan budaya material masyarakat Lanoh. Penulis berhujah bahawa imej alat seperti busur dan panah serta lukisan manusia yang mengandar kelapa bersama monyet merupakan refleksi pengalaman dan aktiviti memburu dan memungut yang dipraktikkan oleh masyarakat Lanoh pada zaman dahulu. Penulis juga berpandangan bahawa nenek moyang masyarakat Lanoh merupakan pelukis asal imej monokrom hitam yang dijumpai di kebanyakan gua dan pelindung batuan di Lembah Lenggong. Fakta lukisan gua dan Orang Asli yang dibincangkan dalam buku ini merupakan antara data etnografi terawal di Malaysia dan hasil kajian tersebut memberikan sumbangan besar terhadap aktiviti sosiobudaya masyarakat Negrito yang pernah menghuni formasi bukit batu kapur di Lembah Lenggong sekitar 1920-an hingga 1950-an.

Bahagian ketiga (hlm. 29-43) berkisar tentang sistem kepercayaan masyarakat Lanoh. Bagi memudahkan pemahaman, penulis telah mengemukakan beberapa versi lisan tentang mitos dan legenda yang berkait rapat dengan kepercayaan masyarakat Lanoh di Hulu Perak. Berdasarkan mitos dan legenda tersebut, boleh dirumuskan bahawa bomoh atau dukun (Halaq) mempunyai peranan besar dalam kehidupan masyarakat Lanoh. Lebih-lebih lagi, unsur alam seperti matahari dan bulan dipercayai boleh menghidupkan semula nenek moyang masyarakat Lanoh seperti Tapern, To’ Samin dan Che Timah dan mereka mempunyai kuasa untuk menghukum manusia yang membuat jahat dengan mengundang bencana alam atau malapetaka seperti ribut petir dan hujan lebat diikuti oleh banjir besar termasuk tsunami. Penularan wabak penyakit dan kehadiran harimau juga dianggap sebagai tanda kemurkaan kuasa Karei (makhluk ghaib). Penggunaan tangkal (Kenob) pada tangan dan upacara ritual seperti pemujaan sebelum memulakan aktiviti pertanian dan upacara semah darah untuk meredakan kemarahan Karei juga merupakan sebahagian daripada kepercayaan masyarakat Lanoh. Antara penjelasan bagi setiap mitos dan legenda dalam buku ini, penulis menyisipkan elemen perbandingan antara kepercayaan Lanoh dan suku Orang Asli lain seperti Jahai dan menjelaskan hubungan yang wujud antara Lanoh dan orang Melayu di Malaysia. Penulis juga menekankan bahawa walaupun masyarakat Lanoh sudah memeluk agama Islam, mereka masih meneruskan adat dan tradisi lama dan hal ini boleh dilihat secara jelas dalam upacara pengebumian Lanoh. Tiga contoh ritual (Peninlon) masyarakat Lanoh yang dibincangkan adalah perubatan, menyambut tetamu dan kematian. Kesemua mitos, legenda dan kepercayaan kuno masyarakat Lanoh, daripada pandangan pengulas, merupakan satu pedoman supaya masyarakat tersebut boleh menjalani kehidupan sebagai sebuah bangsa yang bertamadun dan berorientasikan kepada pegangan norma-norma sosial dan budaya yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sejak turun-temurun.

Bahagian keempat dan kelima buku ini (hlm. 44-55) berpusat pada aspek ekonomi (corak pengeluaran) dan corak kediaman masyarakat Lanoh di Hulu Perak. Penulis membuat coretan awal bahagian ini dengan menceritakan kisah perjanjian sosial atau Saka antara dua ketua wilayah di Hulu Perak iaitu Tok Sedor dan Goh Suli berkenaan pembahagian kawasan memburu dan memungut bagi masyarakat Lanoh. Pada hari ini, walau bagaimanapun, corak ekonomi masyarakat Lanoh telah mengalami perubahan besar, misalnya banyak isi rumah Lanoh telah beralih kepada sistem ekonomi komersial yang bersifat stabil, mapan dan menguntungkan. Masyarakat Lanoh tidak lagi bergantung kepada aktiviti memburu dan memungut sebagai subsisten ekonomi utama mereka. Sebaliknya, majoriti isi rumah Lanoh kini terlibat dalam aktiviti pertanian sara diri seperti penanaman padi huma, ubi kayu, jagung, keledek dan sayuran manakala sebahagian kecilnya bekerja sebagai buruh di kebun sayur dan pemungut buah kelapa sawit. Pemilikan harta dalam bentuk kebendaan atau harta material telah mendarat dalam kehidupan masyarakat Lanoh. Penulis khuatir bahawa pemilikan harta secara tidak seimbang dalam kalangan individu, keluarga atau isi rumah boleh membawa kepada perbezaan sosial yang ketara dan seterusnya mengancam semangat perpaduan yang kian lama tersemai dalam sistem kemasyarakat Lanoh. Daripada segi corak kediaman pula, masyarakat Lanoh tidak lagi tinggal di kawasan gua atau pondok ringkas (Deng), sebaliknya mereka sudah mula menetap di rumah buluh, rumah papan berbumbung asbestos atau zink (juga dikenali sebagai rumah Melati/PPRT) dan rumah batu. Untuk memberi gambaran yang jelas tentang struktur dan keunikkan rumah tradisional Lanoh, penulis telah menukilkan semula sejarah, asal-usul dan

(3)

teknologi pembinaan rumah buluh, tepas atau Panggung dalam buku ini berdasarkan kajian-kajian lepas dan kajian beliau sendiri di Hulu Perak.

Bahagian keenam (hlm. 56-75) tampil dengan contoh-contoh budaya material masyarakat Lanoh seperti tikar, bakul, sikat, sumpit, damak, tabung damak, beliung, bubu, pakaian kulit kayu, tuai, tugal dan alat muzik. Berbanding kajian-kajian terdahulu hanya satu atau dua aspek budaya material masyarakat Orang Asli dikaji dan hasil maklumat tersebut bertaburan dalam buku-buku dan artikel yang berbeza. Dalam buku “Keturunan Pemburu Pemungut Lanoh Terakhir di Malaysia” ini setiap budaya material Lanoh telah dikaji dan dibincangkan secara teliti daripada segi morfologi, teknologi dan fungsi. Penulis juga telah menyenaraikan beberapa budaya material Lanoh yang sudah atau yang sedang mengalami kepupusan dan faktor-faktor disebalik kepupusan tersebut juga telah dibincang dengan terperinci. Antara budaya material Lanoh yang sudah pupus adalah pakaian kulit kayu, pakaian wanita yang dibuat daripada akar kayu, busur dan panah yang digunakan dalam aktiviti memburu dan beberapa jenis perhiasan diri seperti gelang dan rantai yang dibuat daripada gigi monyet. Perbincangan teks terakhir bahagian keenam buku ini menggambarkan keresahan penulis tentang masa depan dan kesinambungan tradisi budaya material (peralatan pengeluaran, domestik, muzik, perhiasan diri dan ritual) dalam kalangan masyarakat Lanoh yang besar kemungkinan akan lenyap sekiranya tiada usaha-usaha pelestarian dilakukan. Beliau menyeru supaya kelangsungan budaya material Lanoh tidak boleh terancam dan harus dipertahankan dalam apa jua keadaan sekalipun.

Beberapa elemen yang melibatkan struktur sosial masyarakat Lanoh telah dihuraikan dalam bahagian ketujuh (hlm. 76-82). Antara elemen-elemen yang digarap dalam bahagian ini adalah sistem kekeluargaan, pembahagian tugasan antara suami dan isteri, hubungan persanakan (kinship) dan kepimpinan. Penulis yakin bahawa struktur sosial Lanoh adalah sama seperti kumpulan Orang Asli lain di Malaysia. Contohnya, struktur yang pertama terdiri daripada keluarga nukleus (terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak) diikuti oleh struktur kedua iaitu keluarga extended (terdiri daripada gabungan beberapa buah keluarga) dan seterusnya struktur ketiga iaitu gabungan struktur 1 dan struktur 2 yang membentuk menjadi satu kumpulan, suku atau puak yang berkongsi entiti budaya yang sama. Pembahagian tugasan antara suami dan isteri Lanoh serta peranan dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga juga telah dibincang secara panjang lebar. Hubungan politik dan permuafakatan antara keluarga Lanoh telah wujud daripada dulu lagi dan fenomena ini boleh dilihat dari kawasan penempatan mereka. Misalnya, masyarakat Lanoh menetap di satu kawasan yang sama dengan menjalankan aktiviti memburu dan memungut berdasarkan Saka. Mereka diawasi oleh seorang penghulu yang menjadi ketua atau pemimpin masyarakat. Proses pewarisan dan pemilihan penghulu serta peranan dan carta susur galur penghulu Lanoh di Kampung Air Bah telah disentuh secara ringkas oleh penulis di bahagian terakhir bab ini.

Bahagian kelapan (hlm. 83-84) merupakan rumusan bagi setiap topik utama dan tajuk-tajuk kecil yang terdapat dalam buku ini. Rumusan dibuat bersandarkan kepada interpretasi data dan bukti berkenaan sejarah awal masyarakat pemburu pemungut Lanoh bermula daripada keturunan nenek moyang mereka hingga generasi sekarang yang bermastautin di daerah Hulu Perak. Tidak ketinggalan aspek evolusi budaya yang berlaku dalam kehidupan masyarakat pemburu pemungut Lanoh daripada segi corak adaptasi dan kediaman, subsisten ekonomi dan diet, kepercayaan dan agama, kelangsungan budaya material, bahasa serta struktur sosial telah disampaikan secara ringkas, padat dan jelas.

Pada keseluruhannya, buku “Keturunan Pemburu Pemungut Lanoh Terakhir di Malaysia” mempersembahkan satu hasil kajian yang teratur dan menyeluruh tentang sejarah, warisan dan budaya masyarakat pemburu pemungut Lanoh di Malaysia. Kekuatan buku ini terletak pada tafsiran sosiobudaya masyarakat Lanoh yang dibuat berdasarkan disiplin antropologi sosial seperti pendekatan etnografi yang merangkumi survei, temu bual dan pemerhatian bersama atau ikut serta, pendekatan etnosejarah yang mencakupi kajian-kajian terdahulu dan pendekatan etnoarkeologi yang melibatkan analisis perbandingan dan saintifik (lukisan gua). Dapat difahami melalui penulisan buku ini bahawa penulis mempunyai harapan tinggi supaya warisan, budaya dan identiti masyarakat Lanoh, secara khasnya, dan Orang Asli di Malaysia, secara amnya, dapat dipelihara dan dilestarikan

(4)

supaya tidak pupus ditelan zaman. Penulis berpendapat bahawa proses pemeliharaan dan pelestarian budaya Orang Asli di Malaysia boleh dicapai menerusi pemupukan kesedaran dalam kalangan masyarakat umum dan kumpulan Orang Asli itu sendiri. Minat dan usaha penulis menjalankan kajian etnografi terhadap masyarakat Lanoh harus disegani kerana bilangan pengkaji daripada bidang antropologi, sejarah dan arkeologi yang membuat kajian berkenaan Orang Asli amat sedikit, malah populasi kumpulan pemburu pemungut di Malaysia semakin hari semakin berkurangan dan banyak aspek budaya yang melibatkan adat, tradisi dan kepercayaan primitif mereka masih belum dikaji dan diterokai sepenuhnya. Kajian lanjutan yang bersifat multidisiplin tentang masyarakat Orang Asli di Malaysia harus dilakukan kerana ia boleh menjana maklumat baharu tentang asal-usul dan cara hidup nenek moyang mereka dan hal ini secara langsungnya akan membantu ahli arkeologi untuk membuat interpretasi yang tepat dan holistik tentang budaya masyarakat awal yang telah menetap dan beradaptasi di persekitaran hutan, sungai, tasik, gua dan pelindung batuan khususnya di Lembah Lenggong, Perak pada zaman dahulu. Kajian yang lebih komprehensif dan sistematik tentang sejarah, etnografi dan arkeologi masyarakat Lanoh sangat penting bukan sahaja untuk tujuan pemeliharaan warisan budaya Orang Asli di Malaysia tetapi berguna untuk tujuan pembacaan, penghayatan dan tatapan generasi pada masa hadapan.

RUJUKAN

Adi Taha. 2004. Rock Arts in Peninsular Malaysia. Proceeding Thailand Malaysia: Malay Peninsula Archaeology Programme, hlm. 102-112. Bangkok: Fine Arts Department.

Carey, I. 1976. Orang Asli: The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Evans, I.H.N. 1915. Some notes on aboriginal tribes of upper Perak. Journal of the Federated Malay States Museums 6: 203-218.

Evans, I.H.N. 1924a. Some beliefs of the Lenggong Negritos. Journal of the Federated Malay States Museums 12: 17-19.

Evans, I.H.N. 1924b. Negrito cave drawing at Lenggong Upper Perak. Journal of the Federated Malay States Museums 12: 105-106.

Evans, I.H.N. 1924c. Further notes on Lenggong Negritos. Journal of the Federated Malay States Museums 12: 101-104.

Evans, I.H.N. 1927. Papers on the Ethnology and Archaeology of the Malay Peninsula. Cambridge: Cambridge University Press.

Evans, I.H.N. 1937. The Negritos of Malaya. Cambridge: Cambridge University Press.

Hunt, P.D.R. 1952. An Introduction to the Malayan Aborigines. Kuala Lumpur: Government Press. Hunt, P.D.R. 1954. A Lanoh Negrito funeral near Lenggong Valley. Federation Museums Journal 1-2:

64-74.

Mokhtar Saidin & Tacon, P.S.C. 2011. The recent rock drawing of the Lenggong Valley, Perak, Malaysia. Antiquity 85: 459-475

Noone, R.O.D. 1954. Notes on the trade in blowpipes and blowpipe bamboo in North Malaya. Federation Museums Journal 1-2: 1-18.

Sanim Ahmad. 2005. Lukisan Primitif Gua Batu Kapur Malaysia 1. Jurnal Arkeologi Malaysia 18: 97-117.

Schebesta, P. 1928. Among the Forest Dwarfs of Malaya. Kuala Lumpur & Singapore: Oxford University Press.

Schebesta, P. 1957. The Negrito of Asia. Ethnography of the Negritos (Vol. 2 & half-Vol. 2). Vienna: Studia Instituti Antropos.

(5)

Suresh A/L Narayanen (Ph.D) Pensyarah,

Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia,

11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.

Email: sureshnarayanen@usm.my

Received : 23 Januari 2020 Accepted : 28 Februari 2020 Published : 30 April 2020

Referensi

Dokumen terkait

a) Multiplatform, Kelebihan utama dari java ialah dapat dijalankan di beberapa platform / sistem operasi komputer. b) OOP (Object Oriented Programming – Pemrograman Berorentasi

Penelitian yang dilakukan di perusahaan telah berhasil membuat rancangan perbaikan dan telah dilakukan implementasi perbaikan untuk 6 jenis cacat yang penting untuk

Pada awalnya Vipro-G memperkenalkan produknya sebagai salah satu minuman kesehatan yang ditujukan hanya untuk para perokok agar dapat menetralisir radikal bebas yang ada di

INTERA KSI MATER NAL BAYI Pemeriksaan dan evaluasi kesejahtera an dan tumbuh kembang janin (antenatal screening) INTERAKSI MATERNAL BAYI Pemeriksaan dan evaluasi

Bahwa berdasarkan kualifikasi syarat tersebut, para Pemohon merupakan pihak yang memiliki hak konstitusional yang diberikan oleh Pasal 28E Ayat (3) UUD 1945, yaitu sebagai

Unsur sensualitas sangat tergambar dari gambar di atas serta pada lirik lagu di atas yaitu pada kalimat “cinta-cinta lakukan dengan cinta bila kamu mau” makna dari

Aplikasi Irama Kenjoan Pada Bass Drum, Floor Tom, Hi-hat, Snare Drum Dan Small Tom Dalam Bentuk Notasi Drumset .... Score Irama Krotokan Dalam Bentuk Notasi Kendang

Tingkat pendidikan, jenis game yang dimainkan, lama bermain game, jumlah jam bermain, jumlah uang yang dihabiskan saat bermain, pihak yang mengenalkan game, teman yang dikenal