1
ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG DERMA PELAJARAN
KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD
1.0 Tajuk dan mula berkuatkuasa
1.1 Aturan-aturan ini dinamakan Aturan-aturan Kumpulan Wang Derma Pelajaran - Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad.
1.2 Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil Koperasi 9(3) dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
2.0 Tafsiran
Di dalam Aturan-aturan ini, melainkan ada sesuatu atau perkataan yang berlainan maksudnya, maka :-
2.1 ”Anggota” mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Undang-undang Kecil 10 yang secara berterusan mengganggotai koperasi ini tidak kurang daripada lima tahun;
2.2 ”Calon” ertinya anggota atau anak-anak anggota yang sah disisi Undangundang, dan anak-anak angkat anggota yang diperolehi melalui proses Undang-undang atau anak tiri anggota yang telah dipeliharanya tidak kurang daripada enam tahun (mengikut tarikh perkahwinan baru);
2.3 ”Dermasiswa” maknanya dermasiswa yang dikurniakan oleh koperasi mengikut aturan- aturan ini kepada calon-calon yang mendapat kelulusan terbaik di sekolah- sekolah menengah atau pusat-pusat pengajian tinggi;
2.4 ”Lembaga” ertinya Anggota Lembaga Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad yang dibentuk menurut Undang-undang Kecil 34.
3.0 Tujuan
Tujuan Kumpulan Wang Derma Pelajaran diwujudkan ialah untuk :-
.1 memberi galakan kepada anggota-anggota dan anak-anak anggota di dalam meningkatkan tahap pendidikan mereka;
3.2 memberi sumbangan kewangan kepada anak-anak anggota yang cemerlang di dalam bidang pelajaran di sekolah-sekolah kerajaan; atau institusi pendidikan yang berdaftar;
2
3.3 memberi bantuan kewangan kepada anggota-anggota dan anak-anak anggota yang berjaya menamatkan pengajian pelajaran di universitiuniversiti atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf kerajaan.
4.0 Punca Kewangan
Punca kewangan bagi Kumpulan Wang Derma Pelajaran adalah diperolehi daripada :-
4.1 keputusan Mesyuarat Agung yang memutuskan supaya tidak lebih daripada sepuluh peratus (10%) dari baki keuntungan bersih teraudit koperasi pada tiap-tiap tahun dipindahkan kepada Kumpulan Wang ini sepertimana yang dibolehkan oleh Undang-undang Kecil 65(2)(d); atau
4.2 derma-derma dan sumbangan-sumbangan daripada anggota-anggota mengikut keputusan Mesyuarat Agung; atau
4.3 derma-derma atau sumbangan-sumbangan daripada pihak-pihak lain.
5.0 Pentadbiran Kumpulan Wang
5.1 Kumpulan Wang Derma Pelajaran ini hendaklah ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil 44(2)(w);
5.2 Jumlah anggota Jawatankuasa Kecil ini hendaklah seramai tidak kurang daripada empat orang;
5.3 Jawatankuasa Kecil ini diberikuasa memilih calon-calon yang layak untuk dibawa ke mesyuarat Lembaga;
5.4 Tempoh memohon :-
(i) bagi peperiksaan awam (SPM, STPM dan STAM), diberi tempoh selama enam bulan selepas keputusan dikeluarkan;
(ii) bagi lulusan Tahfiz, diberi tempoh selama enam bulan selepas keputusan dikeluarkan;
(iii) bagi kelulusan peringkat Ijazah dibuka selama setahun selepas keputusan dikeluarkan;
5.5 Jawatankuasa Kecil hendaklah menyerahkan penyata Kumpulan Wang Derma Pelajaran kepada Lembaga bersama-sama dengan penyata akaun yang telah diaudit untuk makluman anggota-anggota koperasi pada tiap-tiap tahun.
3
6.0 Tahun Kewangan
Tahun kewangan bagi Kumpulan Wang Derma Pelajaran ini hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
7.0 Pelaburan
7.1 Lembaga dari masa ke semasa dan apabila difikirkan sesuai boleh melaburkan semua atau sebahagian daripada wang yang asal di dalam Kumpulan Wang ini kepada badan atau pertubuhan atau apa-apa bentuk yang berjamin mengikut syarat-syarat di dalam Akta Koperasi;
7.2 Faedah-faedah atau hasil-hasil yang diperolehi daripada pelaburan tersebut hendaklah dikreditkan ke Kumpulan Wang ini.
8.0 Pemberian Hadiah Dermasiswa
8.1 Jumlah dermasiswa yang akan dihadiahkan pada tiap-tiap tahun bergantung kepada wang yang ada di dalam Kumpulan Wang ini. Ia akan diperuntukan oleh Lembaga pada tiap-tiap tahun dibentang di dalam Mesyuarat Agung untuk mendapat kelulusan;
8.2 Setiap dermasiswa hendaklah tidak melebihi RM300.00 sahaja mengikut kadar seperti berikut :-
8.2.1 (a) Lulus SPM/Setaraf - RM250.00
8.2.2 Lulus STAM/Setaraf - RM250.00 8.2.3 (a) Lulus STPM (4A) -
RM300.00 (b) Lulus STPM (2A
& 2B) - RM250.00
8.2.4 Lulus Tahfiz Al-Quran - RM250.00 Bagi Anggota
8.2.5 (a) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. -
RM300.00 (b) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. - RM200.00
8.2.6 Lulus Ijazah Lanjutan (Master/Ph.d) - RM200.00 8.2.7 Lulus Doktor Perubatan/Farmasi - RM300.00 Bagi Anak Anggota
4
8.2.8 (a) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. -
RM300.00 (b) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. - RM200.00
8.2.9 Lulus Ijazah Lanjutan (Master/Ph.d) - RM200.00 8.2.10 Lulus Doktor Perubatan/Farmasi - RM300.00 8.2.11 Lulus Luar Negara - RM200.00
8.3 Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Kecil dalam tempoh masa ditetapkan.
9.0 Kelayakan Memohon
Dermasiswa boleh dihadiahkan kepada calon mengikut kelayakan iaitu :- 9.1 Bagi dermasiswa adalah dihadiahkan kepada calon yang mendapat
kelayakan cemerlang seperti berikut :-
Peperiksaan
9.1.1 Lulus SPM/Setaraf - min 8A / A+ / A- 9.1.2 Lulus STAM/Setaraf -
9.1.3 (a) Lulus STPM - 4A
(b) Lulus STPM - 2A 2B (minima)
9.1.4 Lulus Tahfiz Al-Quran - 20 Juzuk ke atas Bagi Anggota
9.1.5 (a) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. - PNGK 3.0 – 4.00 (b) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. - PNGK 2.0 – 2.99
9.1.6 Lulus Ijazah Lanjutan (Master/Ph.d) 9.1.7 Lulus Doktor Perubatan/Farmasi Bagi Anak Anggota
9.1.8 (a) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. - PNGK 3.5 – 4.00 (b) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. - PNGK 3.0 – 3.49
9.1.9 Lulus Ijazah Lanjutan (Master/Ph.d) 9.1.10 Lulus Doktor Perubatan/Farmasi
9.1.11 Lulus Luar Negara Tanpa PNGK di universiti yang diiktiraf
5
9.2 Kelulusan peperiksaan di atas mestilah diperolehi oleh calon dari sekolah kerajaan, universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan.
Pemberian hadiah dermasiswa ini adalah tertakluk kepada syaratsyarat yang dikenakan oleh Lembaga.
9.3 Di dalam keadaan di mana anak suami-isteri adalah anggota koperasi ini, maka salah seorang sahaja yang layak memohon hadiah untuk anaknya di bawah aturan- aturan ini;
9.4 Anggota-anggota ini tidak boleh menuntut bahawa hadiah-hadiah di bawah Kumpulan Wang ini sebagai satu haknya.
9.5 Anggota-anggota yang tidak membayar atau terhenti ”tidak menikmati sebarang kemudahan dari Kumpulan Wang ini”.
10. Permohonan
Permohonan untuk mendapat dermasiswa hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan oleh Lembaga sepertimana yang dilampirkan bersama-sama ini.
Lembaga hendaklah membuat penyelidikan jika perlu bagi menentukan pemberian dermasiswa ini.
11. Penggantungan Derma
11.1 Jika kedudukan Kumpulan Wang ini mengalami kesulitan dari segi
kewangan, maka Lembaga hendaklah menggantung akan aktivitinya sehingga kewangan itu dapat dipulihkan semula;
11.2 Anggota-anggota koperasi hendaklah diberitahu melalui surat-surat pekeliling mengenai penggantungan atau pemulihan Kumpulan Wang ini.
12. Penalti
Jika terdapat sebarang tuntutan palsu atau tidak memenuhi syarat anggota berkenaan akan dikenakan ”penalti selama dua tahun (hilang semua kemudahan daripada Kumpulan Wang ini di dalam tempoh tersebut)”.
13. Audit
Akaun Kumpulan Wang ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akaun koperasi.
6
14. Makluman
Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung, laporan-laporan mengenai aktiviti Kumpulan Wang ini serta cadangan-cadangan bagi memajukannya.
15. Pertikaian
Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas aturan-aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengikut Undang-undang Kecil 80.
16. Perlaksanaan
Perlaksanaan Aturan-aturan ini berkuatkuasa seperti di bawah :- (i) Bagi peperiksaan awam mulai __________________;
(ii) Bagi kelulusan Ijazah berkuatkuasa mulai _______________.