• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan Penggunaan Perisian Asas Membaca Terhadap Pencapaian Membaca Murid Peringkat Prasekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesan Penggunaan Perisian Asas Membaca Terhadap Pencapaian Membaca Murid Peringkat Prasekolah"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) 399 – 407

1877-0428 © 2014 The Authors. Published by Elsevier Ltd. Open access under CC BY-NC-ND license. Selection and peer-review under the responsibility of the Organizing Committee of ICLALIS 2013. doi: 10.1016/j.sbspro.2014.04.262

ScienceDirect

ICLALIS 2013

Kesan penggunaan perisian asas membaca terhadap pencapaian

membaca murid peringkat prasekolah

Suraya Tarasat

a

*, Aisah Daud

b a, b

Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, Jalan Tungku Link, BE1410, Negara Brunei Darussalam

Abstrak

Membaca merupakan satu kemahiran asas yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid bagi membolehkan mereka mengikuti dan menguasai mata-mata pelajaran yang lain seperti Sains, Matematik dan lain-lain. Walau bagaimanapun, hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kebanyakan murid di sekolah rendah masih belum dapat menguasai kemahiran membaca. Jadi, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan perisian asas membaca terhadap pencapaian asas membaca murid-murid peringkat prasekolah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuasi-eksperimen yang melibatkan seramai 22 orang sampel murid prasekolah di sebuah sekolah di Daerah Brunei dan Muara. Sampel kajian ini dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen yang diajar dengan menggunakan perisian asas membaca (PAM) dan kumpulan kawalan yang diajar secara pengajaran tradisional (PT). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca di antara murid kumpulan eksperimen dengan murid kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan perisian asas membaca berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian asas membaca murid-murid peringkat prasekolah. Selain itu, hasil kajian ini telah memberikan implikasi kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid.

© 2014 The Authors. Published by Elsevier Ltd. Selection and peer-review under the responsibility of the Organizing Committee of ICLALIS 2013.

Kata kunci:Kemahiran membaca; asas membaca; prasekolah; perisian asas membaca

1.Pengenalan

Salah satu matlamat pendidikan di peringkat prasekolah di Negara Brunei Darussalam (NBD) adalah untuk memantapkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira serta kemahiran berfikir (Jabatan Perkembangan Kurikulum, 2009). Hal ini kerana kemahiran membaca ini sangat penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (Abdul Rasid dkk, 2012) serta membantu murid-murid untuk

* Corresponding author: Suraya Tarasat Tel.: +673-2463001; fax: +673-2460561. E-mail address: kartika.rahman@ubd.edu.bn, suraya.tarasat@ubd.edu.bn

© 2014 The Authors. Published by Elsevier Ltd. Open access under CC BY-NC-ND license.

(2)

berjaya dalam pembelajaran mereka (Schatschneider, Fletcher, Francis, Carlson & Foorman, 2004). Selain daripada itu, dengan menguasai kemahiran membaca akan menjadikan diri kanak-kanak lebih yakin, aktif dan bertenaga (Zahir, 2009). Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi di NBD menunjukkan bahawa wujudnya masalah murid yang tidak menguasai kemahiran membaca. Umpamanya, dapatan kajian Issah (1994) menunjukkan bahawa 3.2% murid-murid di sekolah tidak pandai membaca. Tujuh peratus daripada murid-murid ini didapati sebagai pembaca yang lemah. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Faridah (1990) menunjukkan bahawa hanya 58% pelajar tingkatan satu mampu memberikan jawapan yang betul bagi soalan kefahaman Bahasa Melayu manakala selebihnya 42% memberikan jawapan yang salah. Sebahagian daripada pelajar ini tidak dapat memberikan jawapan yang betul walaupun jawapan tersebut ada di dalam teks yang diberikan. Dapatan kajian-kajian ini menunjukkan bahawa antara punca utama murid-murid di NBD ini mempunyai pencapaian yang rendah dalam membaca adalah disebabkan oleh faktor pedagogikal (Suraya & O’Neill, 2012) seperti pengajaran secara tradisional yang tidak menyeronokkan dan berkesan untuk murid (Aminah, 1984; Azaharaini, 1986; Ministry of Education (MOE), 1988; Attwood & Bray, 1989). Secara khususnya, pencapaian yang rendah dalam membaca ini dikaitkan dengan kurangnya bahan-bahan bacaan (Buntar, 1993), kurangnya perbendaharaan kata, lemah dalam ejaan, ketidakmampuan untuk menyebutkan perkataan-perkataan yang dieja dan kurangnya minat dan motivasi untuk membaca (Malai Rabiah, 1997) dan juga pengaruh dialek (Martin, Ozog & Poedjosoedarmo, 1996) dan juga pedagogi (Sutinah, 2011). Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan penting dalam mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran mereka.

Berdasarkan daripada faktor-faktor tersebut, maka pengkaji ingin meninjau kesan penggunaan perisian asas membaca yang telah dibangunkan oleh pengkaji terhadap pencapaian kemahiran asas membaca murid-murid prasekolah. Hal ini kerana dewasa ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) amat mempengaruhi dunia pendidikan. Malah ini selaras dengan kehendak Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN21) yang ingin membawa beberapa perubahan besar dalam konteks pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Di samping itu, dengan pengintegrasian multimedia dalam mengajarkan Bahasa Melayu khususnya dalam pengajaran kemahiran membaca dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih seronok, ceria, menarik, dan dinamis (Ahmad Jaffni, 1996) berbanding dengan penggunaan buku teks yang penyampaiannya agak membosankan pelajar seperti yang dinyatakan oleh Endah dan Hanif (2010) berikut.

“Informasi pembelajaran yang disajikan dalam bentuk buku membuat seorang siswa kurang tertarik kerana media pembelajaran yang ditampilkan oleh buku kurang tersedia secara lengkap sebagai media belajar kerana yang ditampilkan hanya berupa teks dan pada tampilan isi buku yang tidak dapat divisualisasikan sehingga tampilannya monoton (tidak bergerak dan hitam putih)”(hlm. 1)

Oleh hal yang demikian, pengintegrasian teknologi khususnya penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu usaha yang baik. Hal ini kerana multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan (Zamri & Mohamed Amin, 2008). Malah menurut Abdul Rasid dkk (2012) pelaksanaannya ke atas murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan menulis akan memberikan impak yang lebih positif. Hal ini demikian, bahan multimedia biasanya menggabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video (Glasgow, 1996) serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baharu di samping kaya dengan maklumat bahasa. Manakala Ros Azura (2002) dan Hamzah (2004) pula menyatakan bahawa penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat:

1. Membantu guru-guru bahasa Melayu mengajar dengan menarik dan tidak mengarah kepada pengajaran dan pembelajaran secara autokratik.

2. Membantu memotivasikan pelajar untuk terus belajar secara lebih menyeronokkan.

3. Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka di mana pelajar belajar mengikut tahap dan kebolehan mereka.

4. Membolehkan pelajar belajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.

5. Menjadikan pelajar belajar secara sendiri, spontan dan berkesan berdasarkan mod pembelajaran yang digemarinya.

6. Membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran secara kendiri.

(3)

7. Membolehkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan guru dan rakan sekelas sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

8. Membolehkan pelajar belajar mengikut gaya pembelajaran dan tahap keupayaan mereka. 9. Meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar bahasa Melayu.

Seterusnya Abdul Aziz dan Azlida (2000), pula menyatakan bahawa bahan pengajaran multimedia interaktif membolehkan pelajar berinteraksi dengan ilmu dan penerangan, berdasarkan warna dan kesan suara. Baharom (2004), pula menyatakan bahawa pembelajaran yang aktif yang dijangka berlaku dalam persekitaran multimedia membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan pelajar. Di samping itu, menurut Holte (1994), kajian-kajian tentang penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran juga menunjukkan bahawa bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan multimedia seperti internet dapat membantu meningkatkan pembelajaran pelajar. Hal ini juga diakui oleh Mohd.Arif (1999). Menurut beliau, multimedia yang digunakan sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas menunjukkan bahawa penggunaan bahan multimedia memberi impak yang postitif terhadap pembelajaran murid-murid.

2.Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian asas membaca dalam pencapaian kemahiran asas membaca di peringkat prasekolah.

3.Persoalan kajian

Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan kajian yang berikut:

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca antara murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca dengan murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pra?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca bagi murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca dalam ujian pra dan pasca?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca bagi murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pra dan pasca?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca dengan murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pasca?

4.Hipotesis kajian

Kajian ini juga bertujuan untuk menguji hipotesis nol (H) yang berikut:

H1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca antara murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca dengan murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pra.

H2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisisan asas membaca dalam ujian para dan ujian pasca.

(4)

H3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pra dan ujian pasca.

H4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca dengan murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pasca.

5.Metodologi kajian

5.1 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah reka bentuk kuasi-eksperimen. Jenis reka bentuk ekperimen yang dipilih dalam kajian ini ialah reka bentuk ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Melalui reka bentuk ini, pengkaji ingin melihat kesan dua jenis kaedah pengajaran asas membaca terhadap pencapaian kemahiran asas membaca dua kumpulan murid darjah pra. Kumpulan kawalan didedahkan kepada pengajaran asas membaca menggunakan pengajaran secara tradisional manakala kumpulan eksperimen didedahkan kepada pengajaran perisisan asas membaca. Bagi menentukan kesan penggunaan perisian asas membaca terhadap penguasaan kemahiran asas membaca akan dapat ditentukan dengan membandingkan min skor ujian pra dan pasca. Manakala bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan penggunaan perisian asas membaca dan penggunaan pengajaran tradisional ke atas kedua-dua kumpulan (eksperimen dan kawalan) dalam ujian pra dan pasca, nilai t bagi kedua-dua kumpulan akan dibandingakan pada aras signifikan 0.05.

5.2 Subjek kajian

Kajian ini melibatkan seramai 22 orang murid darjah pra dari sebuah sekolah rendah kerajaan di Daerah Brunei dan Muara. Murid-murid ini kemudian dibahagikan kepada dua buah kumpulan iaitu, kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diwakili oleh 12 orang murid yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Manakala kumpulan kawalan pula diwakili oleh 10 orang murid yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.

5.3 Instrumen kajian

Instrumen kajian ini meliputi penyediaan persediaan mengajar, perisian asas membaca, bahan bercetak, dan satu set ujian bertulis. Kesemua instumen ini dihuraikan seperti yang berikut:

1. Rancangan persediaan mengajar: Terdapat dua set persediaan mengajar yang disediakan untuk melaksanakan setiap pengajaran asas membaca dalam kajian ini, iaitu pertama, persediaan mengajar untuk kumpulan eksperimen dan kedua, persediaan mengajar untuk kumpulan kawalan. Untuk memastikan kesahan rancangan persediaan mengajar ini, pengkaji telah merujuk guru prasekolah dan juga penyelia pengkaji.

2. Perisian asas membaca: Perisian ini dibina menggunakan program microsoft power point. Perisian ini mempunyai papan cerita yang sama dan berfokus kepada empat kemahiran asas membaca iaitu mengecam bunyi huruf, membezakan bunyi huruf, menggabungkan bunyi huruf dan menggabungkan bunyi suku kata terbuka. Huruf vokal yang dipilih ialah a, i, dan u manakala huruf konsonan ialah b, d, p, g, j, m, n, t, f, dan y. Huruf-huruf konsonan ini dipilih kerana huruf-huruf ini merupakan huruf-huruf yang bermasalah kepada murid-murid. Untuk memastikan kesahan kandungan dan perisian asas membaca ini, pengkaji telah merujuk penyelia, pensyarah kumpulan akademik Pendidikan Teknologi Maklumat dan komunikasi, Institut Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, dua orang guru prasekolah, dan guru khas komputer sekolah yang dikaji.

(5)

3. Bahan bercetak: Bahan bercetak yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kad huruf, kad gambar dan papan tulis. Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis bahan ini mempunyai isi kandungan yang sama dengan perisisan asas membaca. Kesahan kandungan bahan bersetak ini juga dirujuk kepada penyelia dan guru prasekolah.

4. Set ujian: Terdapat dua set ujian asas membaca iaitu ujian pra dan ujian pasca. Butiran dalam ujian pra dan pasca adalah sama. Ujian ini mengandungi empat bahagian iaitu ujian mengecam bunyi, ujian membezakan bentuk huruf, ujian menggabung bunyi konsonan dan vokal (memilih suku kata terbuka) dan ujian menggabung dua bunyi suku kata terbuka (memilih perkataan). Markah keseluruhan ujian ialah 50 markah. Setiap soalan mempunyai nilai 1 markah. Untuk memastikan kesahan kandungan ujian ini, pengkaji telah merujuk guru prasekolah dan penyelia pengkaji. Spesifikasi ujian secara keseluruhan dapat dilihat dalam Jadual 1 berikut.

Jadual 1: Taburan spesifikasi ujian secara keseluruhan

Kemahiran Jumlah soalan Markah

Mengecam bunyi huruf 13 13

Membezakan bentuk huruf 13 13

Menggabung bunyi konsonan dan vokal 12 12

Menggabung dua bunyi suku kata terbuka 12 12

50 50

5.4 Penganalisisan data

Semua data yang diperoleh daripada ujian kemahiran asas membaca adalah berbentuk kuantitatif. Data-data ini dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan The Statistical Package For The Social Science atau SPSS. Untuk melihat taburan skor pencapaian kemahiran asasmembaca murid-murid kumpulan eksperimen dan kawalan dalam ujian pra dan pasca, analisis deskriptif min kekerapan digunakan. Statistik inferensi ujian-t sampel tak bersandar dan ujian-t sampel berpasangan digunakan untuk membandingkan tahap min pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca kemahiran asas membaca bagi kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan. Aras kesignifikanan untuk kesemua ujian ini ialah 0.05.

6.Dapatan kajian dan perbincangan

Dapatan kajian bagi setiap soalan akan dihuraikan dan dibincangkan seperti yang berikut:

Soalan 1: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca antara murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca dengan murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pra?

Sebelum sesi pengajaran dimulakan, kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan telah diberikan ujian pra kemahiran asas membaca yang meliputi kemahiran mengecam bunyi, kemahiran membezakan bentuk huruf, kemahiran menggabung bunyi huruf konsonan dan vokal dan menggabung dua bunyi suku kata terbuka. Kemudian data ini dianalisis bagi menentukan min pencapaian bagi kedua-dua kumpulan. Jadual 2 menunjukkan min dan sisihan piawai markat pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Daripada jadual ini ternyata bahawa pencapaian murid-murid dalam kedua-dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan tidak jauh berbeza (5.75). Min pencapaian keseluruhan murid-murid kumpulan eksperimen ialah 39.75 dan sisihan piawai (SP) 10.261, sementara min pencapaian keseluruhan murid-murid kumpulan kawalan ialah 34.00 dan SP 11.284.

Jadual 2: Ujian-t bagi menunjukkan min perbezaan pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalan ujian pra.

(6)

Ujian Kumpulan murid N Min SP Nilai-t P

Pra Eksperimen 12 39.75 10.261 1.251 0.225

Kawalan 10 34.00 11.284

Apabila ujian-t ditaksirkan ke atas kedua-dua kumpulan, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markat pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Jadual 2 menunjukkan bahawa nilai-t=1.251 dan nilai ini tidak signifikan pada aras 0.05 iaitu 0.225>0.05. Oleh itu, hipotesis nol yang pertama bagi kajian ini, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca antara murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca dengan murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pra adalah diterima. Hal ini bermaksud kedua-dua kumpulan (eksperimen dan kawalan) mempunyai tahap kebolehan kemahiran asas membaca yang sama sebelum sesi rawatan atau pengajaran dijalankan.

Soalan 2: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca bagi murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca dalam ujian pra dan ujian pasca?

Untuk mengetahui kesan penggunaan perisian asas membaca terhadap kemahiran asas membaca bagi murid-murid kumpulan eksperimen, analisis data dijalankan dengan cara membandingkan pencapaian mereka dalam ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian ini dapat dilihat dalam Jadual 3 berikut.

Jadual 3: Ujian-t bagi menunjukkan min perbezaan pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca kumpulan eksperimen dalam ujian pra dan ujian pasca

Kumpulan Ujian Min SP Nilai-t P

Eksperimen Pra 39.75 10.261 5.570 0.000

Pasca 44.42 9.090

Jadual 3 di atas menunjukkan min dan sisihan piawai (SP) markat pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca bagi murid-murid kumpulan eksperimen dalam ujian pra dan ujian pasca. Dalam ujian pra, min pencapaian keseluruhan murid-murid kumpulan eksperimen ialah 39.75 dan SP = 10.261, sementara min pencapaian mereka dalam ujian pasca ialah 44.42 dan SP = 9.090. Keputusan ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam markat pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid kumpulan eksperimen dalam ujian pasca.

Selain daripada itu, analisis ujian-t juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca, t = 5.570 , p= 0.000 < 0.05. Ini bermakna rawatan atau pengajaran dengan menggunakan perisian asas membaca ini berkesan dalam meningkatkan pencapaian kemahiran asas membaca murid-murid kumpulan eksperimen. Oleh itu hipotesis nol yang kedua bagi kajian ini, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid yang mengikuti pengajaran dengan penggunaan perisian asas membaca dalam ujian pra dan ujian pasca adalah ditolak.

Soalan 3: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pra dan ujian pasca?

Untuk mengetahui kesan pengajaran tradisional ke atas pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca bagi murid-murid kumpulan kawalan, analisis data dijalankan dengan cara membandingkan pencapaian mereka dalam ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian ini dapat dilihat dalam Jadual 4 berikut.

(7)

Jadual 4: Ujian-t bagi menunjukkan min perbezaan pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca

Kumpulan Ujian Min SP Nilai-t P

Kawalan Pra 34.00 11.284 -1.590 0.146

Pasca 31.90 13.287

Jadual 4 di atas menunjukkan min dan sisihan piawai (SP) pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca bagi murid-murid kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca. Dalam ujian pra, min pencapaian murid kumpulan kawalan ialah 34.00 dan SP = 11.284, sementara min pencapaian mereka dalam ujian pasca ialah 31.90 dan SP = 13.287. Keputusan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat peningkatan dalam markat pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid dalam kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Ini menunjukkan bahawa rawatan atau pengajaran secara tradisional tidak menghasilkan peningkatan pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid.

Selain daripada itu, analisis ujian-t juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca, t = -1.590 , p =0.146> 0.05. Ini bermakna rawatan atau pengajaran tradisional yang diberikan kepada murid-murid kumpulan kawalan ini tidak berkesan dalam meningkatkan pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca mereka. Oleh itu hipotesis nol yang ketiga bagi kajian ini, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pra dan ujian pasca adalah diterima.

Soalan 4: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca dengan murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pasca?

Setelah tujuh sesi rawatan atau pengajaran dijalankan, pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan diukur menggunakan ujian pasca. Dapatan kajian kedua-dua kumpulan ini dapat dilihat dalam Jadual 5 berikut.

Jadual 5: Ujian-t bagi menunjukkan min perbezaan pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pasca

Ujian Kumpulan murid N Min SP Nilai-t P

Pasca Eksperimen 12 44.42 9.090 2.616 0.017

Kawalan 10 31.90 13.287

Apabila ujian-t ditaksirkan ke atas kedua-dua kumpulan, didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara markat pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Jadual 5 menunjukkan bahawa nilai-t=2.616 dan nilai ini signifikan pada aras 0.05 iaitu 0.017<0.05. Oleh itu, hipotesis nol yang keempat bagi kajian ini, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca dengan murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional dalam ujian pasca adalah ditolak. Hal ini bermaksud pengajaran menggunakan perisian asas membaca lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian kemahiran asas membaca berbanding dengan pengajaran secara tradisional.

Jadi, dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa penggunaan perisian asas membaca lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam kemahiran asas membaca berbanding pengajaran secara tradisional. Hal ini kerana penggunaan multimedia dalam pengajaran amat berkesan dalam menggalakkan kanak-kanak belajar membaca (Munir & Halimah Badioze Zaman (1998). Shamir dan Korat (2006) juga menyatakan bahawa pelajar yang mengalami kesukaran membaca akan lebih mudah memahami teks bacaan berbentuk cerita yang disampaikan secara interaktif berbanding dengan hanya mengajarkannya secara tradisional.

Selain daripada itu, dapatan kajian Abdul Rasid dkk (2012) juga membuktikan bahawa penggunaan multimedia dapat membantu meningkatkan keupayaan murid-murid PROBIM (Program Bimbingan Membaca dan Menulis) dalam membaca. Dapatan Moore dan Smith (1996) juga membuktikan bahawa kumpulan yang menggunakan

(8)

komputer mendapat pencapaian purata markah yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang menggunakan bahan bercetak. Dapatan Moore dan Smith ini menunjukkan ciri yang sama dengan dapatan kajian ini iaitu murid-murid yang mengikuti pengajaran yang menggunakan perisian asas membaca mendapat pencapaian yang lebih baik berbanding murid-murid yang mengikuti pengajaran secara tradisional yang menggunakan kad dan bahan-bahan bercetak. Jadi, dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian-kajian sebelumnya bahawa penggunaan multimedia dalam pengajaran dapat memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid-murid khususnya murid-murid prasekolah. Walau bagaimanapun, dapatan yang diperoleh ini bercanggah dengan dapatan kajian pengkaji lain seperti Shute dan Grendell, 1994; Tjaden dan Martin, 1995; Moore dan Smith, 1996; dan Chuang, 2001. Dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan di antara pelajar yang belajar dengan bahan bercetak dan pelajar yang belajar dengan menggunakan komputer (multimedia) dari segi pencapaian markah ujian pasca, iaitu selepas pelajar-pelajar ini diberikan rawatan.

7.Kesimpulan

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meninjau kesan penggunaan perisian asas membaca dalam pengajaran asas membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan perisian asas membaca lebih berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid prasekolah yang menajdi sampel kajian berbanding pengajaran secara tradisional. Peningkatan pencapaian murid-murid yang mengikuti pengajaran menggunakan perisian asas membaca ini mungkin disebabkan oleh murid-murid lebih tertarik kepada suasana pembelajaran yang jauh berbeza daripada pengajaran yang sering digunakan oleh guru-guru di sekolah di samping kelebihan yang ada pada multimedia yang tidak ada pada media-media lain. Keseronokan belajar yang dialami oleh pelajar ini telah memberikan motivasi kepada mereka untuk menguasai pembelajaran mereka dengan lebih baik. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Norasiah, Nor Risah dan Rosnah (2009, hlm.21) yang menyatakan bahawa keseronokan belajar akan memberikan motivasi kepada murid di sekolah untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain itu dapatan kajian Qais Faryadi (2006) juga menunjukkan bahawa integrasi antara multimedia dan teknologi dalam bilik darjah dapat membantu murid-murid untuk memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu serta menjadikan murid-murid yang produktif. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan perisian asas membaca dalam pengajaran dapat memberikan kesan positif ke atas murid-murid prasekolah dalam menguasai kemahiran asas membaca.

Rujukan

Abdul Aziz Kulop Saad & Azlidah Ahmad. (2000). Keberkesanan penggunaan bahan pengajaran multimedia interaktif dalam pengajaran. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Pendidikan Kebangsaan, anjuran Univerisiti Pendidikan Sultan Idris pada 7-9 Mei.

Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim & Shamsudin Othman. (2012). Multimedia interaktif mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid PROBIM.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM (Malay language Education Journal – MyLEJ),2 (2), 46-53. Ahmad Jaffni H. M. Hassan. (1996). Peranan multimedia dalam menghadapi cabaran perubahan pengajaran dalam masyarakat pelajar

bermultimedia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad ke-21.

Aminah Matzen. (1984). The development of reading competence in English in a Brunei upper primary school. Unpublished dissertation for the Bachelor of Education (In-service) degree, University of Wales.

Attwood, J. & Bray, M. (1989). Wealthy but small and young: Brunei Darussalam and its education system. Education Research & Perspectives, 16(1), 70-82.

Azaharaini Hj. Mohd. Jamil. (1986). Evaluation of science teaching in Brunei. Brunei Association for Science Education Bulletin, 4, 1986. Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd. Hasan Selamat & Bahaman Abu Samah. (2009). Perbandingan Pengajaran Barasaskan Multimedia dan

Tradisional Ke Atas Pencapaian Matematik Dan Sikap Matematik Di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5(2009):79-89. Dimuat turun pada 4 November 2011 dari http://www.ukm.my/jitm/pdf_text/05%20Azura.pdf

Baharom Mohamad. (2004). Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran dalam celik computer di sekolah-sekolah negeri Johor. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Buntar Hj. Matnoor, Hj. (1993). Kecenderungan dan kegemaran membaca di kalangan murid-murid sekolah rendah atas (satu kajian ke atas murid-murid Sekolah Rendah Dato Ahmad). Unpublished project paper for the Certificate of Teaching Malay Language. Universiti Brunei Darussalam.

Chuang, Y. R. (2001). Teaching in multimedia computer environment: A study of the effect of learning style, gender and math achievement. Fu-Jen Catholic University, Taipei: Taiwan.

Endah Arnitasari & Hanif Al Fatta. (2010). Aplikasi multimedia interaktif pembelajaran IPA untuk sekolah dasar kelas IV. Jurnal DASI.

(9)

Faridah Hj. Mohd. Tahir, (1990). Pencapaian kemahiran kefahaman membaca: Satu kajian terhadap pelajar tingkatan 1 di sekolah persediaan Arab. Unpublished dissertation for the Bachelor of Education degree. Universiti Brunei Darussalam.

Ghazali Othman. (1980). Sejauh manakah kurikulum rendah darjah I hingga III menjadi asas yang kukuh sebagai persediaan pelajaran. Pendidik dan Pendidikan. 2(1), Januari, 7-19.

Glasgow, J. (1996). Motivating Young readers using CD-ROM storybooks. Learning and Leading with Technology, 24(4), 17-22.

Hamzah Dollah. (2004). Pembangunan perisian P & P berbantukan computer bertajuk ‘Puisi dalam komponen sastera bahasa Melayu menengah rendah.’ Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Holte, J. (1994). Making network connections: The St. Louis Park School Story. The Computing Teacher, 22, 34-36.

Issah Awg. Hj. Omar, Hjh.(1994). Pengajaran membaca di peringkat sekolah rendah atas di Sekolah Rendah Kg. Mata-mata. Unpublished project paper for the Certificate of Teaching Malay Language. Universiti Brunei Darussalam.

Jabatan Perkembangan Kurikulum. (2009). Kerangka dan panduan bagi kurikulum dan penilaian prasekolah: Sistem Pendidikan Negara Abad Ke 21 (SPN21). Negara Brunei Darussalam: Kementerian Pendidikan.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Malai Rabiah Sheikh Hj. Nikman. (1997). L1 interference in L2 reading comprehension among form four students in SMJA secondary school, Bandar Seri Begawan. Unpublished project paper for the Degree of Masters in Education (Language Education). University Brunei Darussalam.

Martin, P. W., Ozog, c., & Poedjosoedarmo, G. R. (1996). Language use and language change in Brunei Darussalam. Mis Sea#100 Athens, Ohio: Ohio University Center for International Studies, Ohio University Press, RIS Southeast Asia Series.

Ministry of Education. (1988). Penilaian kurikulum sekolah rendah Negara Brunei Darussalam 1988. Brunei: Jabatan Perkembangan Kurikulum.

Mohd. Arif Ismail. (1999). Teknologi maklumat dalam pendidikan. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 7 Ogos.

Moore, M. G., & Smith, L. L. (1996). Interactive computer software: The effects on young children’s reading achievement. Reading Psychology,

17, 43-64.

Munir & Halimah Badioze zaman. (1999). Aplikasi multimedia dalam pendidikan. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan. Bil 1 (1999). Malaysia, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan.

Qais Faryadi. (2006). Bye, bye verbal-only method of learning: Welcome interactive multimedia. PhD Candidate, UiTM Malaysia 2006. Dimuat turun dari http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED494427.pdf

Ros Azura Jantan. (2002.).Tahap penggunaan laman web pendidikan dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Schatschneider, C., Fletcher, J. M., Francis, D. F., Carlson, C. D. & Foorman, B. R. (2004). Kindergarten prediction of reading skills: A longitudinal comparative analysis. Journal of Educational Psychology, 96, 265-282.

Shamir, A. & Korat, O .(2006). How to select CD-Rom storybooks for young children: The teachers’ role. Reading Teacher, 59 (6), 532-543. Shute, V. J., & Grendell, L. A. G., (1994). What does the computer contribute to learning?. Computers & Education, 23 (3), 177-186.

Suraya Haji Tarasat, Hajah. & O’Neill, S. (2012). Changing traditional reading pedagogy: The importance of classroom interactive talk for year one Malay readers, International Journal of Pedagogies and Learning, 7 (3), 239-261.

Sutinah Hj. Muhd. Ali. (2011). The phonics approach to the teaching of Reading in government primary schools in Brunei Darussalam. South East Asia School Principals ForumSEASPF, dimuat turun dari http://www.seaspf.org/index.php/component/content/article/15-articles/17-sutinah-binti-haji-muhd-ali.

Tjaden, B. J., & Martin, C. D. (1995). Learning effects of CAI on college students. Computers & Education, 24(4), 271-237. Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran untuk pendidikan dan latihan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu: teori dan praktis. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Zahir Zainuddin. (2009a). Membentuk kemahiran membaca kanak-kanak. Artikel dalam HALUAN, 26 May 2009. Dimuat turun dari http://www.haluan.org.my/v3/index.php/membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak.html pada 26 Januari 2011.

Referensi

Dokumen terkait

Misalnya sebagaimana yang dilakukan oleh pemikir-pemikir sosial abad ke 19 seperti Aguste Comte, Herbert Spencer, Emile Durkheim, Max Weber, Karl Marx dan Sigmund

Manakah yang lebih baik metode latihan sirkuit dengan metode latihan interval untuk peningkatan kapasitas VO2Max pada atlet bulutangkis Unit Kegiatan Olahraga

Jurnal Ilmiah kebijakan Hukum menerima naskah karya tulis Imiah di bidang Hukum dan kebijakan hasil Penelitian, Kajian, dan tinjauan hukum yang belum pernah

Angket Kelayakan Media Pembelajaran Berkaitan tentang media pembelajaran berbasis Komik Islami dalam mata pelajaran IPA materi gaya dan gerak untuk siswa kelas 4 SD/ MI yang

Kemahiran membuat pembelian menggunakan intervensi „Tambah Seringgit Lagi‟ dengan penggunaan „Beg Saya‟ telah dipilih sebagai topik kajian kerana desakan murid bermasalah

kondisi khusus, antara lain seperti mencari lokasi tempat wisata [2], membantu ambulan untuk menuju rumah sakit [3], menghindari kemacetan dan pusat keramaian [4],

Mahasiswa Bengkalis di Pekanbaru pada Pilkada Bengkalis tahun 2015 ialah adanya orientasi kognitif yaitu pengetahuan tentang pilkada dan sosok kepemimpinan dari

Praktek ija&gt;rah atau sewa-menyewa yang kaitannya dengan penawaran jasa kuli pengangkut barang (porter) di terminal Bulupitu Purwokerto harus memperhatikan