• Tidak ada hasil yang ditemukan

Efikasi kendiri dan penguasaan kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar KKTM Sri Gading

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Efikasi kendiri dan penguasaan kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar KKTM Sri Gading"

Copied!
43
0
0

Teks penuh

(1)

EFIKASI KENDIRI DAN

PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF

DALAM KALANGAN PELAJAR KKTM SRI GADING

SALIHAH BINTI SOMBAR @ ABDUL HAMID

(2)

EFIKASI KENDIRI DAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM KALANGAN PELAJAR KKTM SRI GADING

SALIHAH BINTI SOMBAR @ ABDUL HAMID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(3)

DEDIKASI

Alhamdulillah Teristimewa buat,

Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, Mohamad Ikhwan Bin Juhari Ibunda tersayang, Ume Faezah Binti Md. Adnan

Anak-anak syurga yang soleh, Muhammad Miqdad & Muhammad Amsyar Jutaan penghargaan dan terima kasih atas segala kasih sayang, sokongan padu,

pengorbanan serta doa yang kalian titipkan untuk kejayaan diri ini. Juga untuk adik beradik yang dikasihi kerana Allah,

diharapkan kejayaan ini menjadi kejayaan untuk seluruh keluarga kita yang tercinta. Sungguh ilmu Allah itu sangat luas untuk kita pelajari dan terokai.

(4)

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya saya telah dapat menyempurnakan laporan sarjana ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada penyelia Projek Sarjana, Dr Aini Nazura Binti Paimin @ Abdul Halim atas segala bimbingan, dorongan dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana saya ini. Saya amat terhutang budi di atas tunjuk ajar yang diberikan tanpa rasa jemu dalam proses saya menyiapkan Projek Sarjana ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada panel penilai, Dr Mohd Hasril Bin Amiruddin dan Dr. Marina Binti Ibrahim Mukhtar di atas pandangan yang diberikan dalam usaha untuk memperbaiki kajian ini. Tidak dilupakan juga, ucapan penghargaan ditujukan khusus buat pensyarah-pensyarah yang banyak membantu, mengajar dan memberi pandangan berkenaan analisis dapatan untuk Projek Sarjana ini seperti Dr Lai Chee Sern dan Dr Hut Kemri daripada Universiti Malaya.

Sekalung penghargaan ditujukan khas kepada seluruh ahli keluarga yang banyak membantu dan memberi sokongan moral khusus buat suami tercinta, ibunda tersayang, anak-anak soleh serta adik beradik yang dikasihi.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, Pengarah KKTM Sri Gading, sahabat-sahabat pensyarah dan semua pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi perangsang dan berkongsi maklumat di sepanjang proses menjalankan kajian ini. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan sumbangan yang kalian berikan.

(5)

ABSTRAK

Kemahiran manipulatif merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar aliran teknikal mahupun vokasional. Namun begitu, kebanyakan pelajar institusi pengajian tinggi kurang yakin dengan kemampuan mereka menguasai kemahiran manipulatif dan telalu mengharapkan kepada pengawasan daripada pensyarah. Justeru, kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar Diploma Teknologi Pembinaan di KKTM Sri Gading bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz, tahap efikasi kendiri pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains serta hubungan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif dengan efikasi kendiri dalam melaksanakan eksperimen sains. Pendekatan kaedah tinjauan digunakan bagi memperolehi data berbentuk kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah ujian pasca eksperimen Thermal Expansion of Solid Bodies dan soal selidik efikasi kendiri. Seramai 94 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for the Social Sciences

(SPSS). Berdasarkan analisis skor min dan sisihan piawai, kajian mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar berada pada tahap kelima iaitu pengoperasian peralatan-separa mahir manakala skor min bagi tahap efikasi kendiri pelajar (tahap keyakinan dan motivasi) dalam melaksanakan eksperimen pula berada pada tahap yang tinggi. Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif dengan efikasi kendiri pelajar dalam melaksanakan eksperimen dengan nilai pekali korelasi yang sangat lemah. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor kemahiran manipulatif, tahap keyakinan dan motivasi perlu dipertimbangkan dalam kajian yang melibatkan sesuatu eksperimen atau kerja amali.

(6)

ABSTRACT

Manipulative skills are highly demanded skills to be dominated by technical or vocational stream students. However, most of the students in higher education institutions are less confident on their manipulative skills and highly rely on lecturer’s supervision. The same scenario also faced by the Diploma of Construction Technology students in KKTM Sri Gading. Thus, this study was conducted to identify the level of mastery of the manipulative skills in performing science experiments based on the Ferris and Aziz Psychomotor Domain, the level of self-efficacy in performing science experiments and, relationship between the levels of mastery of the manipulative skills of students with their self-efficacy in performing science experiments. The study was applying survey method to obtain quantitative data. The instruments used were post-test experiment of Thermal Expansion of Solid Bodies and self-efficacy questionnaire. Ninety-four students were selected using a systematic random sampling. The findings were analysed using descriptive and inferential analysis aided by Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Based on the analysis of the mean score and standard deviation, this study found that the levels of mastery of the manipulative skills of students are on the fifth level, namely operation of equipment-semi-skilled. Meanwhile, findings revealed a high value of mean scores for self-efficacy (self-confidence and motivation) in implementing science experiment. Finding of the Pearson correlation analysis revealed a significant and very weak relationship between manipulative skills and self-efficacy factors. The findings suggest that manipulative skills, self-confidence and motivation factors should be considered by researchers when carrying out research involving an experiment or practical work.

(7)

KANDUNGAN TAJUK i PERAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 9 1.4 Objektif Kajian 10 1.5 Persoalan Kajian 10 1.6 Skop kajian 11 1.7 Batasan kajian 11 1.8 Kepentingan kajian 12

1.9 Kerangka konsep kajian 12

1.10 Definisi operasi 14 1.10.1 Kemahiran manipulatif 14 1.10.2 Pelajar 14 1.10.3 Domain psikomotor 15 1.10.4 Efikasi kendiri 15 1.11 Rumusan 15

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Teori-teori Domain Psikomotor 17

(8)

2.3 Perbezaan Domain-domain Psikomotor 23 2.4 Justifikasi pemilihan Domain Psikomotor

Ferris dan Aziz 26

2.5 Konsep kemahiran manipulatif 27

2.6 Kemahiran manipulatif dan hubungannya dengan Domain

Psikomotor Ferris dan Aziz 28

2.7 Perbandingan dengan kajian-kajian lepas 30

2.8 Efikasi Kendiri 31

2.9 Perbandingan dengan kajian-kajian lepas 33

2.10 Rumusan 34

BAB 3 METODOLOGI 36

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka bentuk kajian 36

3.3 Kerangka operasi kajian 37

3.4 Populasi dan sampel kajian 39

3.5 Instrumen Kajian 40

3.5.1 Ujian pasca eksperimen 40

3.5.2 Soal selidik efikasi kendiri 45

3.6 Kajian Rintis 46

3.7 Kaedah pengumpulan data 47

3.8 Kaedah analisis data 49

3.10 Rumusan 52

BAB 4 ANALISIS DATA 53

4.1 Pengenalan 53

4.2 Analisis maklumat demografi sampel kajian 53

4.3 Analisis Persoalan Kajian 1 56

4.4 Analisis Persoalan Kajian 2 60

4.5 Analisis Persoalan Kajian 3 65

4.6 Rumusan 67

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 68

5.1 Pengenalan 68

5.2 Perbincangan 68

5.2.1 Perbincangan dapatan kajian tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar KKTM Sri Gading dalam melaksanakan eksperimen sains

(9)

berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan

Aziz 69

5.2.2 Perbincangan dapatan kajian efikasi kendiri pelajar KKTM Sri Gading terhadap eksperimen

sains 71

5.2.3 Perbincangan dapatan kajian hubungan antara efikasi kendiri dengan tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar KKTM Sri

Gading dalam menjalankan eksperimen sains 72

5.3 Kesimpulan 73

5.4 Cadangan 74

5.4.1 Cadangan kepada pelajar 74

5.4.2 Cadangan kepada pensyarah 75

5.4.3 Cadangan kepada KKTM Sri Gading 75

5.4.4 Cadangan untuk kajian lanjutan 76

5.5 Penutup 76

RUJUKAN 78

(10)

SENARAI JADUAL

2.1 Domain Psikomotor Dave (1967) 18

2.2 Domain Psikomotor Simpson (1972) 19

2.3 Domain Psikomotor Harrow (1972) 20

2.4 Domain Psikomotor Ferris dan Aziz 21

2.5 Perbezaan aplikasi domain-domain psikomotor 24 2.6 Komposit perbezaan tahap-tahap Domain Psikomotor

Dave (1970), Domain Psikomotor Simpson (1972), Domain Psikomotor Harrow (1972) dan Domain

Psikomotor Ferris dan Aziz (2005) 24

3.1 Bilangan sampel untuk setiap program dan kelas 40 3.2 Instrumen ujian pasca eksperimen Thermal Expansion

of Solid Bodies 42

3.3 Keputusan inter-rater reliability untuk soalan ujian

pasca eksperimen 44

3.4 Interpretasi nilai Cronbach alpha 47

3.5 Julat skor min untuk intepretasi tahap kemahiran

manipulatif dan tahap efikasi kendiri pelajar 50 3.6 Nilai skewness dan kurtosis untuk data ujian dan

efikasi kendiri 50

3.7 Aras kekuatan nilai pekali korelasi 51

3.8 Kaedah analisis data 51

4.1 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut

(11)

4.2 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut

kelulusan tertinggi (SPM atau Sijil) 54

4.3 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut keputusan GPA semester Julai-Disember 2015 55 4.4 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut

gredTechnical Science 1 semester Julai-Disember 2015 55 4.5 Skor min dan sisihan piawai skor ujian pasca eksperimen

Thermal Expansion of Solid Bodies 57

4.6 Taburan bilangan pelajar mengikut jumlah skor ujian pasca eksperimen berdasarkan tahap Domain Psikomotor

Ferris dan Aziz (2005) 57

4.7 Skor min, intepretasi dan sisihan piawai setiap soalan

ujian 58

4.9 Analisis skor min dan sisihan piawai efikasi kendiri 60 4.10 Analisis skor min dan sisihan piawai untuk tahap

efikasi kendiri (Tahap keyakinan) 62

4.11 Analisis skor min dan sisihan piawai untuk tahap

efikasi kendiri (Tahap motivasi) 64

(12)

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konsep kajian 13

2.1 Kategori kemahiran manipulatif 27

3.1 Kerangka operasi kajian 38

3.2 Nilai gandaan n persampelan sistematik 39

3.3 Julat skor min 49

(13)

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH

KKTM - Kolej Kemahiran Tinggi MARA KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan TIMSS - Trend International Mathematics and Science Study

CLAS - Chemistry Laboratory Anxiety Scales

DTC - Diploma Teknologi Pembinaan (Sistem Termaju)

DTF - Diploma Teknologi Pembinaan (Forensik Bangunan dan Penyelenggaraan)

DTG - Diploma Teknologi Pembinaan (Geo-struktur)

DTH Diploma Teknologi Pembinaan (Turapan dan Jalan Raya) DTM - Diploma Teknologi Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan dan

Penyelenggaraan)

IEA - International Association for the Evaluation of Educational Achievement

IKM - Institut Kemahiran MARA JPU - Jadual Penentu Ujian

PLTV - Pendidikan Latihan dan Vokasional

FSTPI - Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

FPTV - Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional IPMA - Institut Pendidikan MARA

(14)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Carta Gantt Projek Sarjana 1 & 2 83

B Contoh Soalan & Maklum Balas Temu Bual Berstruktur 85

C Jadual Penentu Ujian (JPU) Ujian Pasca Eksperimen Thermal Expansion of Solid Bodies 88

D Soalan Ujian Pasca Eksperimen Thermal Expansion of Solid Bodies 89

E Rubrik Penilaian Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif 97

F Soal Selidik Efikasi Kendiri 100

G Ulasan Pengesahan Pakar 104

H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 117

I Analisis Ujian Kebolehpercayaan (Kajian Rintis) 123

J Analisis Maklumat Demografi 126

(15)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015 telah menggiatkan usaha untuk mengarusperdana Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) bagi meningkatkan kualiti dari aspek latihan dan penghasilan tenaga kerja (Unit Perancang Ekonomi, 2015). Justeru, graduan teknikal dan vokasional perlu menyahut cabaran ini dengan mempersiapkan diri mereka dari segi pengetahuan, kompetensi, ketrampilan dan sikap yang dianggap sebagai nilai tambah berharga untuk diterima dalam pasaran kerja. Kompetensi merupakan gabungan antara pengetahuan, keterampilan dan kemampuan yang dikuasai bagi melaksanakan perlakuan-perlakuan kognitif, afektif dan psikomotor dengan berkesan. Hal ini jelas membuktikan bahawa perkaitan kemahiran psikomotor dalam bidang vokasional yang menjadi salah satu komponen bagi meningkatkan kompetensi seseorang pelajar vokasional (Othman, 2012).

Kemahiran psikomotor dalam bidang sains pula lebih dikenali sebagai kemahiran manipulatif kerana ia melibatkan aktiviti fizikal seperti menggunakan dan mengendalikan peralatan sains, bahan-bahan makmal dan spesimen dengan cara yang betul dan selamat (Shakor & Noor, 2013). Kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains merupakan cabang kepada kemahiran saintifik (Fadzil, 2014). Kemahiran saintifik adalah kemahiran-kemahiran penting yang perlu dikuasai dalam menjalankan aktiviti mengikut kaedah saintifik manakala kemahiran proses sains lebih menjurus kepada kemahiran kognitif.

(16)

praktikal berbanding teori dengan peratusan 60 % praktikal dan 40% teori (Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran Teknikal MARA, 2012). Tidak terkecuali untuk kurikulum Technical Science yang juga menekankan aktiviti eksperimen dalam mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep sains kerana kursus ini merupakan gabungan konsep fizik dan pengetahuan asas dalam bidang teknologi kejuruteraan.

Secara ironinya, aktiviti eksperimen Technical Science diharap dapat meningkatkan penguasaan kemahiran manipulatif dan kompetensi diri pelajar dalam kursus-kursus teknikal. Namun begitu, wujud permasalahan yang mana kebanyakan pelajar tidak memiliki atau tidak menguasai kemahiran manipulatif yang sepatutnya telah dipelajari dari sejak bangku sekolah lagi. Hal ini turut dibangkitkan oleh kajian berkenaan kemahiran psikomotor pelajar di peringkat diploma elektrik yang memperlihatkan kekurangan dari aspek pengendalian alatan, malah turut mencakupi keupayaan pelajar menganalisis dapatan eksperimen (Salim, Puteh & Daud, 2012). Situasi ini sudah lama dibangkitkan oleh Ferris dan Aziz (2005) yang mengutarakan kerisauan berkenaan tahap penguasaan kemahiran psikomotor pelajar kejuruteraan yang kurang memberangsangkan walaupun mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Kemahiran psikomotor pelajar teknologi kejuruteraan dijangkakan berkait rapat dengan minat dan efikasi kendiri pelajar terhadap kursus-kursus yang melibatkan praktikal. Efikasi kendiri ialah penentuan pencapaian dan motivasi individu berdasarkan kepada kepercayaan terhadap diri sendiri (Bandura & Schunk, 1981). Minat dan efikasi kendiri pelajar dijangkakan akan merosot sedikit demi sedikit apabila pelajar tidak mampu mengintegrasikan kemahiran manipulatif dalam proses pembelajaran sains atau teknikal yang berorientasikan eksperimen. Kajian berkaitan efikasi kendiri pelajar terhadap eksperimen sains adalah terlalu terhad dan lebih banyak dipelopori oleh pengkaji-pengkaji luar negara. Kebanyakan kajian yang telah dilaksanakan pula lebih memfokuskan kepada perkaitan antara efikasi kendiri dengan tahap kebimbangan dan sikap mereka dalam kejayaan melaksanakan eksperimen sains (Kurbanoglu & Akim, 2010) serta pembelajaran sains secara keseluruhannya (Akilli, 2015; Tüysüz, Demet, & Demirci, 2010; Zimmerman, 2000).

(17)

Justeru, kajian ini mengambil kira efikasi kendiri pelajar sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam menjalankan eksperimen sains.

1.2 Latar Belakang Masalah

Isu kemerosoton penyertaan dan pencapaian para pelajar dalam bidang sains sama ada di peringkat institut pengajian tinggi, sekolah menengah dan sekolah rendah sudah lama diketengahkan dan dikaji oleh para ilmuwan seperti pensyarah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), pelajar pasca siswazah pendidikan dan agensi antarabangsa (Phang, Abu, Ali & Salleh, 2014). Malah kajian Phang et al. (2014) turut menerangkan salah satu punca yang menyumbang kepada permasalahan ini ialah penguasaan kemahiran saintifik dan proses sains pelajar yang rendah dalam menjalankan aktiviti amali sains yang disifatkan sebagai salah satu pendekatan utama bagi mengukuhkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik sains yang mereka pelajari.

Bukti kewujudan permasalahan ini telah diterangkan secara terperinci oleh kajian oleh Salim et al. (2012) yang dijalankan terhadap pelajar diploma tahun satu di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam. Dapatan kajian tersebut mendapati bahawa hanya segelintir sahaja pelajar yang berupaya membaca serta menganalisis dapatan yang diperolehi daripada eksperimen yang mereka jalankan iaitu sebanyak 37%. Walau bagaimanapun, 72.7% pelajar berupaya mengenal pasti peralatan yang perlu digunakan untuk sesuatu aktiviti amali, namun 44% sahaja pelajar yang mencapai tahap kompeten dalam penggunaan peralatan. Khusus bagi pengajian peringkat pengajian tinggi, permasalahan ini bertambah runcing dengan sistem pemarkahan amali yang hanya bergantung kepada laporan semata-mata tanpa mengambil kira penguasaan kemahiran yang sepatutnya pelajar kuasai semasa menjalankan eksperimen.

Kajian daripada Baharom, Khoiry, Hamid, A.Mutalib dan Hamzah (2015) turut memaparkan dapatan yang agak mengecewakan untuk pencapaian domain psikomotor pelajar institusi pengajian tinggi dalam menjalankan kerja amali. Secara puratanya 2.3 daripada 4.00 atau 57.5% pelajar yang mampu menjalankan

(18)

penerangan berkenaan eksperimen telah diberikan.

Kerisauan yang sama turut diutarakan oleh Ferris dan Aziz (2005) yang mendapati bahawa para pelajar kejuruteraan mampu menjawab kertas peperiksaan dengan cemerlang, namun tidak dapat menjalani kerja-kerja praktikal dengan baik. Kajian Baharom et al. (2015) turut mengukuhkan kenyataan Ferris dan Aziz (2005) dengan menunjukkan nilai 36% daripada para pelajar kejuruteraan adalah exam-based students. Mereka itu ialah para pelajar yang tidak berupaya bertindak cemerlang dalam penilaian domain psikomotor walaupun berjaya mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan.

Kajian Muda & Saat (2010) yang bertujuan mengenal pasti tahap kemahiran manipulatif pelajar sekolah menengah turut mendapati bahawa kemahiran pelajar kebanyakannya berada pada tahap kedua iaitu pengendalian peralatan dan bahan. Tahap ini memaparkan tahap pelajar pada aras kebolehan meniru tatacara pengendalian eksperimen daripada guru. Walau bagaimanapun, dapatan kajian boleh dipertikaikan memandangkan pelajar terlalu bergantung kepada arahan guru dan tidak mampu untuk mengurus pelaksanaan eksperimen dengan baik. Secara tidak langsung, pelajar tidak berupaya menjiwai peranan eksperimen sains sebagai salah satu pendekatan terbaik untuk mengasah kemahiran psikomotor mereka dan mengukuhkan kefahaman terhadap konsep dan fenomena sains.

Akibat daripada permasalahan dalam menjalankan eksperimen atau kerja-kerja praktikal, berlaku penurunan pada tahap pencapaian akademik pelajar dalam subjek sains. Kenyataan ini dibuktikan oleh kajian Feyzioglu (2009) yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar dengan keberkesanan perlaksanaan eksperimen melalui aplikasi kemahiran proses sains asas dan kompeten dengan nilai korelasi yang tinggi iaitu .608 dan .074. Malah, pencapaian pelajar turut dipengaruhi oleh kebolehan mengaplikasi kemahiran manipulatif dan kognitif pada tahap yang lebih tinggi bagi menganalisis dapatan eksperimen. Situasi tersebut jelas memaparkan kesan kegagalan eksperimen yang sepatutnya berfungsi sebagai salah satu kaedah pembelajaran terbaik dalam proses pengukuhan kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep sains.

(19)

Keputusan pencapaian sains pelajar Malaysia dalam Trend International Mathematics and Science Study (TIMSS) bagi tahun 2007 dan 2011 turut mendapat kesan negatif daripada kegagalan penguasaan kemahiran psikomotor kerana pembelajaran sains seharusnya diperluaskan kepada aktiviti mind-on and hands-on

seperti eksperimen sains yang perlu dijadikan komponan utama dalam kurikulum sains (Martin, Mullis, Foy, & Stanco, 2011). Jadual 1.1 menunjukkan secara terperinci kedudukan dan skor Malaysia sepanjang empat tahun penyertaan Malaysia dalam TIMSS.

Jadual 1.1: Kedudukan Malaysia berdasarkan skor TIMSS pada tahun 1999, 2003, 2007 dan 2011 (Phang et al., 2014)

Tahun Kedudukan / Bil negara menyertai TIMSS Skor

1999 22 / 38 492

2003 20 / 50 510

2007 21 / 60 471

2011 32 / 63 426

Jadual di atas dipetik daripada kajian Phang et al. (2014). Ia merupakan rumusan keseluruhan TIMSS daripada International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) yang dijalankan oleh Martin et al. (2011). Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa pencapaian terkini Malaysia iaitu pada tahun 2011 mencatatkan penurunan drastik jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya dari aspek kedudukan Malaysia berdasarkan skor TIMSS. Dari awal penglibatan Malaysia hingga kini, keputusan pencapaian Malaysia berada pada tahap sederhana. Malaysia mencatat markah 492 pada awal penyertaan dan kemudiannnya meningkat kepada 510 pada tahun kedua penyertaan. Walau bagaimanapun, markah tersebut terus menurun kepada 471 pada tahun 2007 dan pada tahun 2011, markah tersebut semakin menurun kepada 426.

Malah, Malaysia tersenarai sebagai salah satu negara yang mengalami penurunan daripada keempat-empat kandungan domain yang dinilai. Lebih menyedihkan lagi, di antara tiga negara yang menunjukkan purata penurunan sepanjang empat kali sepanjang penganjuran TIMSS, Malaysia antara tiga negara yang mencatatkan penurunan yang paling besar iaitu 51 dan 66 mata. Di samping itu, refleksi TIMSS 2007 daripada Darus (2012) turut mendapati bahawa kemahiran

(20)

pelajar menguasai teori sains memberikan gambaran kepincangan keseluruhan subjek sains yang seharusnya menekankan penguasaan kemahiran manipulatif dalam usaha memantapkan pemahaman teori pelajar.

Kewujudan masalah dalam melaksanakan eksperimen sains adalah berpunca daripada elemen pelaksanaan eksperimen seperti fasiliti, guru dan pelajar itu sendiri. Menurut kajian Ahmad, Osman dan Halim (2010), persekitaran pembelajaran sains seperti kelengkapan makmal sains yang lengkap dan kondusif memberi impak terhadap sikap positif dan pencapaian kognitif pelajar. Persekitaran pembelajaran yang membina berupaya mendatangkan semangat kepada pelajar untuk belajar berbanding dengan bilik darjah yang konvensional. Namun berdasarkan kajian yang dijalankan di Jordan, kebanyakan guru mengeluh berkenaan kelas yang terlalu padat dan kelengkapan makmal yang kurang mencukupi dan sekaligus menyumbang kepada permasalahan dalam menjalankan eksperimen sains (Al-Amoush, 2012). Kajian daripada Phang et al. (2014) juga mendapati terdapat penurunan peratus pencapaian sains pelajar di luar bandar iaitu sebanyak hampir 10.2% berbanding sekolah di bandar adalah berpunca daripada kedudukan demografi sekolah serta kekurangan kemudahan amali dan makmal.

Di samping itu, elemen peranan guru turut memberi impak yang besar terhadap keberkesanaan pelaksanaan eksperimen sains. Seiring dengan kajian Ahmad et al. (2010) yang menekankan aspek kepentingan seseorang guru untuk bertanggungjawab memupuk kemahiran manipulatif dan memantau pelaksanaan eksperimen sains bagi mencapai objektif eksperimen yang disasarkan. Oleh kerana itu, peranan guru bukan sahaja untuk menyampaikan kandungan pembelajaran, malah lebih meluas mencakupi aspek psikososial dalam aktiviti penyiasatan atau eksperimen. Walau bagaimanapun, kajian Kamarudin, Halim, Osman dan Meerah (2009) menyatakan bahawa kebanyakan guru jarang mengintegrasikan amali sains dalam pengajaran mereka dan sekaligus mengakibatkan guru-guru tidak menguasai kemahiran manipulatif dan tidak begitu kompeten untuk menguruskan pengejaran dan pembelajaran dalam kelas amali sains.

Selain keberkesanan peranan guru, para pelajar juga merupakan elemen utama dalam pelaksanaan eksperimen sains kerana pelajar akan bertindak sebagai

(21)

pelaksana aktiviti. Eksperimen atau amali perlu diberikan penekanan bagi memastikan pelajar terlibat secara langsung dengan aktiviti eksperimen sains yang bertujuan untuk membina pengalaman pelajar berinteraksi dengan bahan, memupuk kemahiran memerhati dan memahami fenomena semulajadi yang berkaitan dengan sains (Hofstein & Mamlok-naaman, 2007). Namun, kajian Fadzil (2014) menjelaskan bahawa salah satu punca utama kegagalan pelajar menguasai konsep sains adalah kerana para pelajar tidak mampu untuk menjalankan eksperimen sains dengan baik dan situasi ini amat dibimbangi kerana dikhuatiri akan berterusan sehingga pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Justeru kajian ini menumpukan perhatian kepada para pelajar KKTM Sri Gading bagi memastikan graduan yang dihasilkan adalah kompeten dari ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran psikomotor dan sifat-sifat yang terpuji. Tujuan kajian ini selari dengan misi penubuhan KKTM dan Institut Kemahiran MARA (IKM) iaitu meneraju bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera (Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, 2012). Misi ini jelas menunjukkan betapa berharganya setiap graduan yang dihasilkan oleh KKTM kerana mereka adalah aset kepada MARA dan negara untuk membela rakyat bumiputera pada masa akan datang.

Terdapat dua faktor yang dijangka menyumbang kepada permasalahan pelajar KKTM Sri Gading dalam melaksanakan eksperimen sains iaitu penguasaan kemahiran manipulatif yang kurang memberangsangkan dan efikasi kendiri pelajar yang rendah terhadap kerja-kerja amali sains. Dari aspek kemahiran manipulatif pelajar dalam menjalankan eksperimen, kajian daripada Salim et al. (2012) menyatakan bahawa penglibatan pelajar secara total dalam kerja-kerja amali adalah sangat penting kerana ia bertujuan melatih dan menerapkan kemahiran psikomotor atau kemahiran hands-on yang tidak dapat mereka pelajari di dalam kelas-kelas teori. Secara tidak langsung, para pelajar juga akan didedahkan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran generik lain yang menyokong kepada kemahiran psikomotor seperti bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menulis laporan. Semua kemahiran ini merupakan tunjang kepada peningkatan kemahiran teknikal pelajar.

Malah, terdapat satu kajian yang melibatkan persepsi pelajar terhadap kepentingan aktiviti amali dan dapatan kajian menunjukkan bahawa 100% pelajar percaya bahawa aktiviti amali mampu meningkatkan associated skills dalam domain

(22)

kemahiran psikomotor atau kemahiran manipulatif dengan berkesan di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun pengajian tinggi (Fadzil, 2014; Muda & Saat, 2010; Ferris & Aziz, 2005).

Penguasaan kemahiran psikomotor turut dipengaruhi oleh efikasi kendiri pelajar terhadap eksperimen sains. Malah, Kurbanoglu dan Akim (2010) juga telah membuktikan perkaitan antara efikasi kendiri, sikap dan kebimbangan pelajar dalam menjayakan eksperimen kimia yang merupakan salah satu cabang dalam sains. Ia mempunyai kesan yang mendalam ke atas pemilihan pelajar terhadap aktiviti sains yang berkaitan, usaha yang mereka peruntukkan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut serta kegigihan yang mereka pamerkan apabila menghadapi kesukaran.

Walau bagaimanapun, kajian Baharom et al. (2015) mencatatkan 42.5% pelajar di insititusi pengajian tinggi masih memerlukan kepada pengawasan dan penyeliaan pensyarah disebabkan kurangnya keyakinan diri yang merupakan salah satu cabang dalam efikasi kendiri dalam menjalankan aktiviti amali. Manakala, Phang et al. (2014) turut mendapati bahawa kebanyakan pelajar di Malaysia mempunyai sikap yang positif dan penghargaan yang mendalam terhadap sains, namun keyakinan diri pelajar dalam adalah rendah dan ia menyumbang kepada penurunan kadar penyertaan dan pencapaian dalam bidang sains. Malah, terdapat juga kajian yang turut membuktikan bahawa efikasi kendiri pelajar jurusan pendidikan sains atau bakal guru terhadap literasi saintifik hanya pada tahap agak mencukupi (Demirel & Caymaz, 2015). Bagaimana mungkin pelajar pendidikan yang bakal menjadi guru mampu untuk mendidik pelajar mereka menguasai kemahiran saintifik seandainya literasi sains dan kemahiran manipulatif mereka hanya pada tahap asas.

Rentetan daripada situasi itu, terdapat penurunan sikap dan semangat pelajar terhadap pembelajaran amali atau eksperimen sains dan situasi tersebut lebih ketara pada transisi pelajar dari peringkat rendah ke pendidikan menengah dan dibimbangi berlanjutan hingga ke peringkat pengajian tinggi (Fadzil & Saat, 2013). Jika tidak dibendung, ia dikhuatiri turut mempengaruhi pencapaian akademik pelajar secara keseluruhannya kerana kajian Yaacob & Shah (2009) telah membuktikan

(23)

bahawa terdapat hubungan antara efikasi kendiri pelajar dengan pencapaian akademik pelajar.

Secara kesimpulannya, keterangan sebelum ini telah membincangkan beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mengendalikan eksperimen sains dan perkaitannya dengan kemahiran manipulatif, penurunan prestasi pelajar, efikasi kendiri dan tahap kompetensi pelajar terhadap subjek-subjek yang memerlukan pembelajaran secara hands-on. Seandainya masalah ini dibiarkan berlanjutan, pelajar KKTM Sri Gading tidak akan dapat menguasai kemahiran manipulatif sebaiknya untuk diaplikasikan dalam alam pekerjaan atau di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

1.3 Penyataan Masalah

Masalah yang dihadapi oleh sebilangan besar pelajar di KKTM Sri Gading adalah berkenaan dengan kebolehan mereka dalam melaksanakan kerja-kerja amali di makmal sains dengan berkesan. Masalah ini telah dibuktikan dengan maklum balas temu bual berstruktur bersama dua orang pensyarah Technical Science yang melaporkan bahawa para pelajar terlalu bergantung kepada pensyarah dari aspek mengecam alatan, melaksanakan eksperimen dan apatah lagi menganalisis dapatan kajian terutama bagi eksperimen yang melibatkan aspek keselamatan seperti eksperimen Thermal Expansion of Solid Bodies. Kelemahan dalam melaksanakan eksperimen tersebut menyumbang kepada permasalahan dalam memahami topik

Material Sciences yang meliputi ciri-ciri serta dan sifat bahan-bahan yang digunakan dalam bidang pembinaan.

Justeru, kajian ini dianggap releven untuk dilaksanakan pada masa kini selari usaha kerajaan yang sedang giat mengarusperdanakan dan memperkasa kualiti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas. Hal ini kerana sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar aliran teknikal dan vokasional yang mana berbeza dengan sampel kajian-kajian lain yang turut menyentuh berkenaan aspek kemahiran manipulatif atau psikomotor pelajar. Malah, instrumen yang diaplikasikan untuk kajian iaitu ujian pasca eksperimen dan soal selidik efikasi kendiri juga berbeza berbanding kajian-kajian lepas yang majoritinya menggunakan soal selidik. Hal ini menyebabkan

(24)

penguasaan kemahiran manipulatif berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz, tahap efikasi kendiri pelajar terhadap eksperimen sains dan hubungan antara efikasi kendiri dengan penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam menjalankan eksperimen sains. Maklumat ini perlu untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan pelajar KKTM Sri Gading bagi aspek penguasaan kemahiran manipulatif yang merupakan tunjang kepada peningkatan kemahiran teknikal dan kompetensi pelajar selari dengan usaha penghasilan tenaga kerja yang berkualiti dalam membangunkan negara.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai tiga objektif yang ingin dicapai iaitu:

i. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam menjalankan eksperimen sains berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz.

ii. Mengenal pasti tahap efikasi kendiri pelajar dalam menjalankan eksperimen sains.

iii. Mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif dengan efikasi kendiri pelajar dalam menjalankan eksperimen sains.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencari penyelesaian terhadap persoalan kajian berikut: i. Apakah tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam menjalankan

eksperimen sains berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz?

ii. Apakah tahap efikasi kendiri pelajar dalam menjalankan eksperimen sains? iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan

kemahiran manipulatif pelajar dengan efikasi kendiri dalam menjalankan eksperimen sains?

(25)

1.6 Skop kajian

Kajian ini memfokuskan kepada mengenal pasti kemahiran manipulatif pelajar KKTM Sri Gading dalam melaksanakan eksperimen bagi subjek Technical Science 2

khusus untuk topik Material Sciences. Walau bagaimanapun, hanya satu eksperimen sahaja yang dijalankan untuk kajian ini iaitu eksperimen Thermal Expansion of Solid Bodies atas masalah kekangan peralatan yang dihadapi oleh KKTM Sri Gading. Kajian ini mengaplikasikan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005) sebagai panduan bagi mengenal pasti kemahiran manipulatif berdasarkan tujuh peringkat iaitu: (i) pengecaman peralatan dan bahan, (ii) pengendalian peralatan dan bahan, (iii) pengoperasian peralatan-asas, (iv) pengoperasian peralatan-kompeten, (v) pengoperasian peralatan-mahir, (vi) perancangan operasi kerja dan (vii) penilaian

hasil kerja dan merancang penambahbaikan.

Efikasi kendiri pelajar terhadap eksperimen sains turut diukur berdasarkan soal selidik efikasi kendiri yang telah diadaptasi daripada Chemistry Laboratory Anxiety Scales, CLAS yang dibangunkan oleh Kurbanoğlu dan Yücel (2014). Manakala, responden kajian hanya melibatkan pelajar semester dua bagi kelima-lima program Diploma Teknologi Pembinaan di KKTM Sri Gading.

1.7 Batasan kajian

Batasan kajian yang telah dikenal pasti adalah dari aspek pemilihan sampel kajian yang hanya melibatkan pelajar semester dua Diploma Teknologi Pembinaan di KKTM Sri Gading. Ini kerana kursus Technical Science ini hanya ditawarkan untuk pelajar semester satu dan dua di KKTM Sri Gading sahaja, sedangkan KKTM-KKTM lain diwajibkan mempelajari Engineering Science yang melibatkan pembelajaran teori sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar semester satu tidak dilibatkan dalam kajian ini kerana mengambil kira proses transisi pelajar dan aspek penyesuaian diri daripada alam persekolahan menengah kepada sistem pendidikan di KKTM Sri Gading.

Malah, kajian ini hanya menilai tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar berdasarkan satu eksperimen sahaja iaitu eksperimen Thermal Expansion of

(26)

1.8 Kepentingan kajian

Kajian ini penting bagi memberikan input kepada pelbagai pihak berkenaan efikasi kendiri dan penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam menjalankan eksperimen sains dengan lebih terperinci. Antara kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk:

i. Memberi maklum balas terhadap pihak pengurusan KKTM Sri Gading untuk menyediakan perancangan rapi bagi mempertingkatkan lagi tahap penguasaan kemahiran manipulatif dan efikasi kendiri pelajar sama ada untuk menjalankan eksperimen-eksperimen bagi kursus Technical Science atau kerja amali kursus-kursus teknikal.

ii. Memberi panduan kepada tenaga pengajar dalam melipat gandakan usaha untuk mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan sebagai usaha meningkatkan tahap penguasaan kemahiran manipulatif dan efikasi kendiri pelajar dalam tugasan amali.

iii. Memberikan kesedaran kepada pelajar berkenaan kepentingan efikasi kendiri terhadap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam usaha menggilap kompetensi diri bagi meningkatkan nilai kebolehpasaran mereka untuk diterima bekerja dalam industri pembinaan.

1.9 Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep yang dipersembahkan dalam Rajah 1.1 menerangkan perkaitan antara variabel atau pemboleh ubah yang terlibat dalam kajian ini.

(27)

Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian

Bagi mencapai objektif kajian pertama, pemboleh ubah tidak bersandar atau

Independent Variable (IV) adalah tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar adalah berdasarkan tujuh tahap yang disenaraikan dalam Domain Psikomotor Ferris dan Aziz, manakala pemboleh ubah bersandar atau Dependent Variable (DV) ialah eksperimen sains. Bagi mencapai objektif kedua, efikasi kendiri pelajar terhadap eksperimen sains merupakan pemboleh ubah tidak bersandar dan eksperimen sains pula adalah pemboleh ubah bersandar. Efikasi kendiri pelajar perlu dikaji bagi mengenal pasti perkaitan antara efikasi kendiri dengan pelaksanaan eksperimen sains dengan berkesan.

Objektif kajian yang terakhir menjurus kepada hubungan antara efikasi kendiri dengan tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam menjalankan eksperimen sains berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz. Pemboleh ubah bersandar adalah efikasi kendiri pelajar terhadap eksperimen sains manakala pemboleh ubah tidak bersandar adalah tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar yang diukur berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz.

Efikasi Kendiri Eksperimen (Amali) Sains

Kemahiran manipulatif pelajar  Pengecaman peralatan dan bahan  Pengendalian peralatan dan bahan  Pengoperasian peralatan-asas  Pengoperasian peralatan-kompeten  Pengoperasian peralatan-mahir  Perancangan operasi kerja

 Penilaian hasil kerja dan merancang penambahbaikan

 Tahap keyakinan  Tahap motivasi

(28)

untuk menjelaskan perihal responden, pembolehubah bersandar dan tidak bersandar yang ingin dikaji dalam kajian.

1.10.1 Kemahiran manipulatif

Kemahiran manipulatif atau kemahiran psikomotor ialah kemahiran pelajar untuk mengendalikan peralatan atau bahan dengan mahir dan terkawal. Kemahiran ini dipamerkan oleh pelajar ketika menjalankan eksperimen sains di dalam makmal. Kajian ini dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar Diploma Teknologi Pembinaan KKTM Sri Gading semester dua yang mengambil kursus Technical Science 2. Kemahiran manipulatif yang ingin dikaji mencakupi pelbagai aspek seperti pengurusan sistematik terhadap operasi kerja, pematuhan kepada segala undang-undang dan langkah-langkah keselamatan dalam makmal, kemahiran teknikal dalam menjalankan eksperimen serta kemahiran dalam aspek pungutan data (Fadzil, 2014). Walau bagaimapaun, khusus untuk kajian ini, kebolehan pelajar dalam menganalisis dan menilai dapatan eksperimen turut diambil kira bagi memastikan ia selari dengan tahap-tahap dalam Domain Psikomotor Ferris dan Aziz

1.10.2 Pelajar

Pelajar yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pelajar Diploma Teknologi Pembinaan semester dua di KKTM Sri Gading yang mengambil kursus Technical Science 2. Sampel kajian dipilih berdasarkan persampelan secara sistematik mencakupi kelima-lima program di KKTM Sri Gading iaitu Diploma Teknologi Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan, DTM), Diploma Teknologi Pembinaan (Forensik Bangunan dan Penyelenggaraan, DTF) Diploma Teknologi Pembinaan (Sistem Termaju, DTC), Diploma Teknologi Pembinaan

(29)

(Turapan dan Jalanraya, DTH) dan Diploma Teknologi Pembinaan (Geo-struktur, DTG).

1.10.3 Domain psikomotor

Domain psikomotor melibatkan kecekapan fizikal dari aspek pergerakaan motor atau fizikal anggota badan seperti mata, tangan, kaki dan postur badan (Salim et al., 2012). Fokus kajian ini adalah untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar semester dua KKTM Sri Gading berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005) yang terdiri daripada tujuh aras iaitu i) pengecaman peralatan dan bahan, (ii) pengendalian peralatan dan bahan, (iii) pengoperasian peralatan-asas, (iv) pengoperasian peralatan-kompeten, (v) pengoperasian peralatan-mahir, (vi) perancangan operasi kerja dan (vii) penilaian hasil kerja dan merancang penambahbaikan.

1.10.4 Efikasi kendiri

Efikasi kendiri ialah penentuan pencapaian dan motivasi (Bandura & Schunk, 1981) serta tahap kecekapan individu (Feltz, 1988) berdasarkan kepada kepercayaan terhadap diri sendiri (Trujillo & Tanner, 2014; Zimmerman, 2000). Kajian ini menilai tahap efikasi kendiri pelajar dengan mengintegrasikan elemen tahap keyakinan dan motivasi pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains.

1.11 Rumusan

Bab 1 ini menerangkan secara terperinci berkenaan pengenalan kajian yang mengandungi latar belakang masalah, penyataan masalah, tujuan kajian, objektif serta persoalan kajian, kepentingan, skop dan batasan kajian. Di samping itu, pengkaji juga menyenaraikan definisi operasi serta kerangka konsep kajian yang menjelaskan secara ringkas konsep keseluruhan kajian ini.

Manakala bab 2 iaitu bab kajian literatur pula menerangkan konsep Domain Psikomotor Ferris dan Aziz serta justifikasi pemilihannya berbanding dengan

(30)

Bab metodologi pula menekankan beberapa aspek seperti reka bentuk kajian, kerangka operasi, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kaedah pengumpulan dan analisis data. Manakala, bab analisis data dan perbincangan mengupas secara menyeluruh berkenaan dapatan kajian beserta sokongan daripada kajian-kajian lepas atau maklumat demografi sampel kajian.

(31)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab kajian literatur ini, pengkaji mengupas serta menghuraikan beberapa aspek yang berkaitan dengan takrifan, konsep serta sorotan kajian-kajian lepas mengenai kemahiran manipulatif dan efikasi kendiri pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains. Malah, pengkaji juga turut menjelaskan secara ringkas Domain Psikomotor Dave, Domain Psikomotor Harrow, Domain Psikomotor Simpson dan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz bagi menunjukkan perbezaan antara keempat-empat domain tersebut. Kemudian, penerangan lebih menjurus kepada perbezaan domain psikomotor dari aspek kesesuaian aplikasi dan justifikasi pemilihan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz sebagai rubrik penilaian dalam kajian ini.

2.2 Teori-teori Domain Psikomotor

Domain psikomotor menekankan aspek kebolehan pelajar memanipulasikan sesuatu objek atau aktiviti fizikal. Ia merupakan elemen kemahiran fizikal meliputi koordinasi otak dan aktiviti motor (Salim et al., 2012). Domain psikomotor ini digunakan secara meluas untuk eksperimen subjek sains, sains kesihatan, seni, muzik, kejuruteraan, drama, pendidikan jasmani dan sains sukan (Luimnigh, 2007). Domain psikomotor turut melibatkan aspek-aspek pembelajaran yang dikaitkan dengan pergerakan motor dan kemahiran demonstrasi serta integrasi antara kesan kognitif dan afektif dengan perlaksanaan aktiviti fizikal.

(32)

2.2.1 Domain Psikomotor Dave (1970)

Domain Psikomotor Dave telah diperkenalkan dan dibentangkan oleh RH Dave

dalam Berlin Conference pada tahun 1967. Domain ini merupakan domain yang paling ringkas kerana ia hanya melibatkan lima tahap sahaja iaitu peniruan, manipulasi, ketepatan, fleksibel dan semulajadi seperti mana yang disenaraikan dalam Jadual 2.1. Jika dibandingkan dengan domain-domain psikomotor yang lain, Domain Psikomotor Dave adalah antara domain yang paling menonjol kerana ia releven dan sesuai digunakan dalam bidang pekerjaan sebenar atau pembelajaran yang berkaitan dengan pembangunan kehidupan (O’Neill & Murphy, 2010). Oleh yang demikian, ia lebih menjurus kepada pemerhatian terhadap kemahiran atau latihan golongan dewasa di tempat kerja.

Jadual 2.1: Domain Psikomotor Dave (1967) (O’Neill & Murphy, 2010)

Tahap Penerangan tahap

Peniruan Meniru perbuatan, perhatikan kemahiran dan cuba untuk mengulanginya

Manipulasi Menghasilkan semula aktiviti dari arahan atau ingatan

Ketepatan Melaksanakan kemahiran dengan pasti , bebas daripada bantuan

Fleksibel Menyesuaikan diri dan mengintegrasikan kepakaran untuk memenuhi objektif

Semulajadi Kemahiran automatik, penguasaan tidak sedarkan diri aktiviti dan yang berkaitan di peringkat strategik

2.2.2 Domain Psikomotor Simpson (1972)

Domain Psikomotor Simpson diasaskan oleh Elizabeth Simpson yang membentangkan takrifan untuk setiap tahap yang disenaraikan dalam domain ini di

(33)

tujuh tahap yang mana tahap satu dan dua daripada domain ini iaitu persepsi dan set diandaikan setara dengan tahap satu Domain Psikomotor Dave iaitu peniruan dengan anggapan bahawa penilaian tersebut adalah khusus untuk pelajar yang cergas, sihat dan sentiasa bersedia. Domain Psikomotor Simpson sebenarnya lebih berguna untuk golongan pelajar dewasa atau kanak-kanak yang melibatkan pembelajaran bersifat lebih mencabar iaitu di luar daripada zon selesa. Ini kerana domain ini amat menitikberatkan soal persediaan deria, persepsi dan persediaan yang rapi sebelum memulakan kerja amali (O’Neill & Murphy, 2010). Sebagai contoh, ia melibatkan segala kemahiran yang lebih mencabar seperti situasi yang penuh dengan konflik dan kecemasan serta tugas-tugas fizikal yang lasak.

Jadual 2.2: Domain Psikomotor Simpson (1972) (O’Neill & Murphy, 2010)

Tahap Penerangan tahap

Persepsi Kesedaran, keupayaan untuk menggunakan isyarat deria untuk membimbing aktiviti fizikal

Set Kesediaan untuk bertindak; memerlukan pelajar untuk menunjukkan kesedaran atau pengetahuan tentang tingkah laku yang diperlukan untuk menjalankan kemahiran

Pergerakan awal/ Respon berpandu

Peringkat awal pembelajaran kemahiran yang kompleks; termasuk tiruan dan percubaan.

Mekanisme Kemahiran asas

Gerak balas nyata yang kompleks

Mahir dan berupaya melaksanakan kemahiran psikomotor yang lengkap dengan betul

Adaptasi Boleh mengubah suai kemahiran motor untuk muat situasi baru

Original Kemahiran kreatif, keupayaan untuk membangunkan kemahiran yang menggantikan kemahiran yang telah dipelajari

2.2.3 Domain Psikomotor Harrow (1972)

Domain Psikomotor Harrow pula diasaskan oleh Anita Harrow pada tahun 1972 dan ia disusun berdasarkan tahap koordinasi yang melibatkan tindak balas luar sedar dan keupayaan belajar. Domain ini terdiri daripada enam tahap seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.3 dan lebih menjurus kepada pembangunan kecergasan fizikal, ketangkasan dan kawalan fizikal. Oleh itu, ia sesuai diaplikasikan bagi pembelajaran kanak-kanak, kemahiran dan pergerakan yang bersifat ekpresif (Othman, 2012).

(34)

mengambil kira faktor emosi kerana dipercayai emosi boleh mempengaruhi perlakuan fizikal seseorang seperti pengucapan awam atau persembahan kesenian.

Jadual 2.3: Domain Psikomotor Harrow (1972) (O’Neill & Murphy, 2010)

Tahap Penerangan tahap

Pergerakan refleks Reaksi spontan

Pergerakan asas Pergerakan asas mudah

Keupayaan tanggapan Respon asas

Keupayaan fizikal Ketahanan, kekuatan, fleksibiliti, dan ketangkasan

Pergerakan kemahiran kompleks Kemahiran atau operasi kompleks

Bahasa tubuh Aktiviti atau output ekspresif bermakna

2.2.4 Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005)

Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005) dipelopori oleh Timothy L.J. Ferris dan

S.M. Aziz daripada University South of Australia pada tahun 2005. Domain ini dibangunkan khusus untuk bidang kejuruteraan dan pengajian peringkat tinggi yang melibatkan pelajar golongan remaja dan dewasa. Jadual 2.4 di bawah menerangkan secara terperinci setiap tahap dalam Domain Psikomotor Ferris dan Aziz.

(35)

Jadual 2.4: Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (Ferris & Aziz, 2005)

Tahap Penerangan Tahap

Pengecaman peralatan dan bahan

Kebolehan mengecam peralatan dan bahan, pengetahuan tentang fungsi peralatan

Pengendalian peralatan dan bahan

Pengendalian peralatan dan bahan dengan betul, kebolehan mengaitkan bahagian dan maklumat tentang bahagian peralatan

Pengoperasian peralatan-asas

Kebolehan memegang peralatan dengan betul semasa menggunakannya dalam suatu tugas peringkat rendah

Kebolehan mengendali dan menjaga keselamatan yang berkaitan dengan siri asas pengoperasian peralatan tersebut.

Pengoperasian peralatan-kompeten

Kebolehan mengendalikan peralatan dengan lancar untuk melaksanakan pelbagai tugas

Kebolehan mengendali dan menjaga keselamatan yang berkaitan dengan siri asas pengoperasian peralatan tersebut.

Pengoperasian peralatan-mahir

Kebolehan menggunakan peralatan dengan mudah dan tangkas, efisien, efektif dan selamat dalam menghasilkan dapatan betul dan jitu.

Perancangan operasi kerja Kebolehan merancang satu spesifikasi kerja untuk menghasilkan hasil dapatan yang tepat

Penilaian hasil kerja dan merancang penambahbaikan

Kebolehan menilai hasil dapatan eksperimen serta merancang penambahbaikan

Penerangan di bawah merupakan ulasan lengkap berkenaan setiap tahap dalam Domain Psikomotor Ferris dan Aziz berdasarkan jurnal A Psychomotor Skills Extension To Bloom’s Taxonomy Of Education Objectives For Engineering Education School of Electrical and Information Engineering oleh Ferris dan Aziz, (2005):

a. Pengecaman peralatan dan bahan

Tahap paling asas melibatkan kebolehan pelajar mengecam atau mengenal pasti peralatan dan bahan. Malah, pada tahap ini pelajar seharusnya memahami fungsi dan tujuan peralatan serta bahan tersebut. Hal ini amat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu kerja di samping memastikan penekanan terhadap elemen keselamatan dan kesihatan pelajar.

(36)

peraturan tertentu. Proses tersebut termasuklah dari aspek memegang, memindahkan serta menyimpan peralatan dan bahan. Ini bagi memastikan semua peralatan dikendalikan dengan selamat bagi mengelakkan kemalangan terhadap diri pelajar atau orang lain di sekeliling. Adalah amat penting untuk seseorang pelajar mengendalikan bahan dan peralatan dengan berhati-hati bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini.

c. Pengoperasian peralatan-asas

Pengoperasian peralatan asas menitik beratkan kebolehan pelajar untuk mengendalikan peralatan dengan berkesan dari aspek penggunaan, pemasangan serta menetapkan pengendalian peralatan dari tahap yang paling asas hingga ke tahap yang lebih kompleks. Tugas yang dilaksanakan pada tahap ini adalah lebih spesifik yang mana ia melibatkan penyatuan beberapa prosedur mengikut urutan bagi menghasilkan satu tugasan yang bermakna serta berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Tahap ini juga melibatkan kompetensi pelajar bagi mempelajari cara penggunaan peralatan dan bagaimana mengendalikannnya dengan selamat berdasarkan fungsi utama peralatan tersebut.

d. Pengoperasian peralatan-kompeten

Pada tahap ini, pelajar cekap menggunakan peralatan sebagaimana fungsi peralatan tersebut. Pelajar juga berkebolehan menyatukan atau mengendalikan peralatan mengikut prosedur yang betul bagi menyempurnakan sesuatu eksperimen. Hasil atau dapatan daripada tugasan amali ini mampu mencapai piawaian yang ditetapkan. Pengendalian peralatan dengan cekap juga membolehkan pelajar mencapai hasil eksperimen yang konsisten dan sempurna berdasarkan prosedur yang selamat.

(37)

e. Pengoperasian peralatan-mahir

Kebolehan pelajar mengendalikan peralatan dengan mudah, tangkas, berkesan, efektif dan selamat mengikut prosedur asas. Pelajar yang mahir mampu menghasilkan dapatan yang tepat dan jitu dalam konteks yang lebih luas.

f. Perancangan operasi kerja

Pada tahap kompeten ini, pelajar berupaya merancang spesifikasi dapatan eksperimen yang memenuhi piawaian serta mampu mengadakan transformasi atau pembaharuan yang bersesuaian bagi menghasilkan dapatan eksperimen yang diharapkan. Proses perancangan ini memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu operasi kerja bagi memastikan dapatan eksperimen memenuhi kehendak yang disasarkan iaitu dapatan yang berkesan, jitu dan tepat.

g. Penilaian hasil kerja dan merancang penambahbaikan

Pelajar kompeten mampu melihat atau mensasarkan dapatan eksperimen yang diharapkan serta mengkaji untuk menghasilkan dapatan eksperimen yang lebih berkualiti. Malah, pelajar berkebolehan untuk mengenal pasti kekurangan pada hasil dan prosedur yang memerlukan kepada penambahbaikan bagi mengelakkan kesilapan atau kecacatan pada dapatan eksperimen. Tahap kompeten ini selari dan seiring dengan penilaian dan perincian karakter dalam skop yang lebih kompleks.

2.3 Perbezaan Domain-domain Psikomotor

Tahap –tahap yang dibangunkan dalam setiap domain psikomotor telah diterangkan secara ringkas dan rumusan berkenaan perbezaan dari aspek kesesuaian aplikasi domain-domain psikomotor telah dibincangkan dalam Jadual 2.5. Penerangan dalam jadual ini lebih menjurus kepada kesesuaian domain-domain untuk diintegrasikan

(38)

Jadual 2.5: Perbezaan aplikasi domain-domain psikomotor Aplikasi Domain Psikomotor

Domain Psikomotor Dave (1967): Relevan diaplikasikan kepada pembelajaran kemahiran atau

pembangunan melibatkan kerja dan kehidupan khusus untuk golongan dewasa.

Domain Psikomotor Simpson (1972): Sesuai digunakan untuk pembelajaran kanak-kanak mahupun

dewasa yang melibatkan pembelajaran kemahiran fizikal yang mencabar serta memerlukan persiapan yang mantap dari aspek kesedaran, persepsi dan mental.

Domain Psikomotor Harrow (1972): Kesesuaian aplikasi Domain Psikomotor Harrow ini hampir

setara dengan Domain Psikomotor Simpson iaitu relevan untuk pembelajaran kanak-kanak mahupun dewasa yang melibatkan pembelajaran kemahiran fizikal yang mencabar. Malah, ia turut memberi tumpuan kepada cetusan emosi yang diterjemahkan daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti fizikal.

Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005): Domain ini dibangunkan khusus untuk bidang

kejuruteraan dan pengajian peringkat tinggi yang melibatkan pelajar golongan remaja dan dewasa.

Jadual 2.6 pula menyenaraikan perbezaan dari aspek komposit tahap-tahap dalam setiap domain psikomotor. Senarai perbezaan ini menunjukkan beberapa tahap yang setara bagi keempat-empat domain psikomotor.

Jadual 2.6: Komposit perbezaan tahap-tahap Domain Psikomotor Dave (1970), Domain Psikomotor Simpson (1972), Domain Psikomotor Harrow (1972) dan

Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005)

Domain Ferris & Aziz (2005) Harrow (1972) Simpson (1972) Dave (1970)

1. Pengecaman peralatan dan bahan

Meniru

2. Persepsi

3. Pengendalian peralatan

dan bahan Pergerakan reflex Set 4. Pengoperasian

peralatan-asas

Pergerakan asas Pergerakan awal

5. Keupayaan tanggapan Mekanisme Manipulasi

6. Pengoperasian

peralatan-kompeten Keupayaan fizikal 7. Pengoperasian

peralatan-mahir

Pergerakan kemahiran (complex operation)

Gerak balas nyata

yang kompleks Ketepatan 8. Perancangan operasi

kerja Adaptasi Fleksibel

9.

Penilaian hasil kerja dan merancang penambahbaikan

Original Semulajadi

(39)

RUJUKAN

Abtholuddin, F. (2013). Hubungan antara Efikasi Kendiri dan Kemahiran Belajar dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.

Akilli, M. (2015). Regression Levels of Selected Affective Factors on Science Achievement: a Structural Equation Model with TIMSS 2011 Data. Electronic Journal of Science Education, 19(1), 1–16.

Al-Amoush, S. A. (2012). Jordanian Chemistry (Student) Teachers’ Beliefs about Chemistry Teaching and Their Views on Educational Reform.University of Bremen: Tesis Ph.D.

Artino, A. R. (2012). Academic self-efficacy: from educational theory to instructional practice. Perspectives on Medical Education, 1(2), 76–85. http://doi.org/10.1007/s40037-012-0012-5

Baharom, S., Khoiry, M. A., Hamid, R., A.Mutalib, A., & Hamzah, N. (2015). Assessment Of Psychomotor Domain In A Problem-Based Concrete Labrotary.

Journal Of Engineering Science And Technology, (Special Issue On UKM Teaching And Learning Congress 2013, June (2015), 1–10.

Bandura, A., & Schunk, D. H. (1981). Cultivating Competence, Self-Efficacy, and Intrinsic Interest throughProximal Self-Motivation. Journal of Personality and Social Psychology, 41(3), 586–598

Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA. (2012). Dasar Pembangunan Kurikulum Program Sijil dan Diploma. Edisi Pertama. Bahagian Kemahiran Teknikal MARA. Kuala Lumpur.

Ahmad, C. N. C., Osman, K., & Halim, L. (2010). Hubungan Ramalan Persekitaran Pembelajaran Makmal Sains dengan Tahap Kepuasan Pelajar. Jurnal

(40)

Chua, L. C. (2006). Sample Size Estimation Using Krejcie and Morgan and Cohen Statistical Power Analysis: A Comparison. Jurnal Penyelidikan IPBL,Jilid 7. Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:

McGraw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cohen, J. (1992). Quantitative Methods in Psychology: A Power Primer.

Psychological Bulletin, 112(1), 155–159.

Darus, Z. (2012). Status Pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA : Satu

Refleksi. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Demirel, M., & Caymaz, B. (2015). Prospective Science and Primary School Teachers ’ Self -efficacy Beliefs in Scientific Literacy. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 191, 1903–1908

Duit, R., & Tesch, M. (2010). On The Role Of The Experiment in Science Teaching And Learning – Visions And The Reality Of Instructional Practice *.

Proceedings of the 7th International Conference on Hands-on Science, (25-31 July), 17–30.

Ferris, T. L. J., & Aziz, S. M. (2005). A Psychomotor Skills Extension to Bloom’s Taxonomy of Education Objectives for Engineering Education. Exploring Innovation in Education and Research Tainan, Taiwan.

Feyzioglu, B. (2009). An Investigation of the Relationship between Science Process Skills with Efficient Laboratory Use and Science Achievement in Chemistry Education. Turkish Science Education, 6(3), 114–132.

Gliem, J. a, & Gliem, R. R. (2003). Calculating, Interpreting, and Reporting Cronbach’s Alpha Reliability Coefficient for Likert-Type Scales,. 2003 Midwest Research to Practice Conference in Adult, Continuing, and Community Education, (1992), 82–88.

Gezer, S. U. (2015). A Case Study on Preservice Science Teachers’ Laboratory Usage Self Efficacy and Scientific Process Skills. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 174, 1158–1165.

Hofstein, A., & Mamlok-naaman, R. (2007). The Laboratory in Science Education : The State of The Art. Chemistry Education Research and Practice, 8(2), 105– 107.

(41)

Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kamarudin, N., Halim, L., Osman, K., & Mohd. Meerah, T. S. (2009). Pengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 205–217.

Kamaruddin, M. I., & Wahab, N. (2010). Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tarikh capaian pada 12 September 2015, daripada http://eprints.utm.my/11545/

Kırbaşlara, F. G., Veyisoğlub, A., & Özsoy-Güneşa, Z. (2015). Investigating The Relationships between Pre-Service Science Teachers ’ Self- Efficacy in Laboratory and Anxiety Towards Chemistry Laboratory. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 174, 43–50.

Krathwohl, D. R. (2002). Revision of Bloom ’ s Taxonomy: An Overview. THEORY INTO PRACTICE, 41(4), 212–218.

Kurbanoglu, N. I., & Akim, A. (2010). The Relationships between University Students’ Chemistry Laboratory Anxiety, Attitudes, and Self- Efficacy Beliefs.

Australian Journal of Teacher Education, 35(8)

Kurbanoğlu, N. İ., & Yücel, E. (2015). Development of Chemistry Laboratory Anxiety Scale for University Students. The Online Journal of Counseling and Education.

Luimnigh, O. (2007). Writing Learning Outcomes: A Guide for Academics. Ireland: University Of Limerick Pres.

Martin, M. O., Mullis, I. V. S., Foy, P., & Stanco, G. M. (2011). TIMSS 2011 International Results in Science: International Association for the Evaluation of Educational Achievement. United States: TIMSS & PIRLS International Study Center

Mohd Fadzil, H. (2014). Students ’ Science Manipulative Skills During Transition

from Primary to Secondary School. Universiti Malaya: Tesis Ph.D.

Mohd Fadzil, H., & Mohd Saat, R. (2014). Enhancing STEM Education during School Transition : Bridging the Gap in Science Manipulative Skills. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 10(3), 209–218. O’Neill, G., & Murphy, F. (2010). Guide to Taxonomies of Learning Outcomes.

(42)

Othman, T. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Salim, K. R., Haron, H. N., Hussain, N. H., & Ali, R. (2013). The Achievement of Laboratory Work Learning Outcomes : Students’ Perceptions. Proceedings of the Reseach in Engineering Education Symposium, Kuala Lumpur.

Salim, K. R., Puteh, M., & Daud, S. M. (2012). Assessing Students’ Practical Skills in Basic Electronic Laboratory based on Psychomotor Domain Model. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 56(Ictlhe), 546–555.

Shakor, N. A., & Mat Noor, S. (2013). Keberkesanan Alat Drip-Drop Bagi Meningkatkan Kemahiran Manipulatif Dalam Eksperimen. Seminar Penyelidikan Tindakan Pismp 2013 Keberkesanan, 185–191.

Pallant, J. (2010). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using SPSS (4th ed.). Maidenhead: Open University Press/McGraw-Hill.

Phang, F. A., Abu, M. S., Ali, M. B., & Salleh, S. (2014). Faktor Penyumbang Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar Dalam Aliran Sains: Satu Analisis Sorotan Tesis. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA, 2:4, 63– 71. http://doi.org/10.14221/ajte.2011v36n3.2

Ponton, M. K. (2002). Motivating Students by Building Self-Efficacy. Journal of Professional Issues in Engineering Education and Practice, 128(1), 1–3. http://doi.org/10.1061/(ASCE)1052-3928(2002)128:1(1)

Trujillo, G., & Tanner, K. D. (2014). Considering the role of affect in learning: Monitoring students’ self-efficacy, sense of belonging, and science identity.

CBE Life Sciences Education, 13(1), 6–15. http://doi.org/10.1187/cbe.13-12-0241

Tüysüz, M., Demet, Y. Õ., & Demirci, N. (2010). What is the motivation difference between university students and high school students ? Procedia Social and

Behavioral Sciences 2 (2010), 2, 1543–1548.

http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.03.232

Unit Perancang Eknomi. (2015). Mentransformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional untuk Memenuhi Permintaan Industri. Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 - 2020. Malaysia: Jabatan Perdana Menteri

(43)

Yaacob, H. F., & Md Shah, I. (2009). Efikasi Diri dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar IPTA, 47–71. Tarikh capaian pada 10 November

2015, daripada

http://eprints.utm.my/14464/1/IshakMd.Shah2009_EfikasiDiridanHubungannya DenganPencapaianAkademik.pdf

Referensi

Dokumen terkait

Jika seluruh fenomena terdahulu dirangkum, maka keterkaitan antara pembelajaran organisasi, pengembangan kompetensi, inovasi organisasi, inovasi teknologi, dan kinerja

Untuk mendukung pemakaian dan meningkatkan aplikasinya dalam mendukung keamanan pangan, maka pengembangan dilakukan uji aktivitas antibakteri bawang putih terhadap bakteri

pihak yang berhak (pemegang hak atas tanah). sehingga dengan demikian dapat dikatan bahwa perbuatan melawan hukum oleh Pemerintah Daerah Dompu adalah sebab,

Merunut hal tersebut di atas, agar output lulusan pendidikan integratif siap mengikuti pendidikan lanjutan di Akademi Angkatan sesuai dengan matranya, maka perlu suatu

Hal ini dapat diartikan bahwa data dari hasil jawaban responden tentang pendidikan, upah, lama kerja, jenis kelamin dan umur tidak mempunyai standar deviasi atau penyimpangan

Secara etimologi, kata batik berasal dari bahasa Jawa , “amba” yang berarti lebar, luas, kain; dan “titik” yang berarti titik atau matik (kata kerja membuat titik)

Aroma yang menyengat yang dihasilkan water kefir teh pecut Kuda berasal dari proses metabolisme yang terjadi selama fermentasi dalam kefir grain sehingga

Pengawetan dengan produk antibakteri asal BAL menjadi hal yang menarik dilakukan karena berstatus GRAS, aman untuk dipergunakan (Zacharof & Lovit 2012).Tujuan