• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENULISAN ILMIAH GURU DAN CABARAN SEMASA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENULISAN ILMIAH GURU DAN CABARAN SEMASA"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

1 PENGENALAN

Di Malaysia, persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah malah turut ditimbulkan oleh media massa. Perkara yang menggambarkan wujudnya tekanan di kalangan guru kerap disiarkan oleh media massa. Basinun (1995) telah memetik kata-kata bekas Menteri Pendidikan iaitu Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud yang mengatakan antara masalah utama guru adalah masalah kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain daripada tugas mendidik murid, guru juga perlu berdepan dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Muhammad (1995) dalam kertas kerjanya iaitu Mewujudkan Kerja Guru Yang Menarik telah menggambarkan tentang beban tugas guru. menurut beliau, kajian Kongres Kesatuan Guru-Guru dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) telah menunjukkan guru mencemuh terhadap kerja-kerja seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Menurut beliau lagi, tugas guru bukan sahaja mengajar di dalam bilik darjah tetapi banyak tugas dan tanggungjawab tambahan yang dibebankan kepada guru. Bilangan murid yang ramai juga menimbulkan kecemuhan kaum guru dan kurang minat untuk mendidik.

Secara tidak langsung, tanggungjawab dan beban tugas di sekolah telah memberikan tekanan. Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah di dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang selalunya berpunca daripada situasi dan persekitaran individu tersebut. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu sendiri. Menurut kajian Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati pekerjaan guru merupakan golongan keempat yang peratusan tertinggi selepas polis, pegawai penjara dan bomba iaitu sebanyak 45.8 peratus.

(2)

2

Stres yang berterusan dan stres yang melibatkan terlalu banyak tekanan akan memberikan kesan secara fizikal dan psikologi sehingga menyebabkan seseorang guru mengalami Burnout. Istilah ‘teacher burnout’ digunakan pertama kalinya oleh ahli psikologi iaitu Freudenberger (Wood, 2000). Menurut Hashim Salleh Ketua Seksyen Kaunseling dan Kerjaya

Universiti Malaya (2000) di dalam akhbar Utusan Melayu, burnout ialah satu fenomena atau

sindrom di mana seseorang individu akan mengalami tekanan emosi sehingga membawa kepada tahap kelesuan, perubahan personaliti dan pencapaian kendiri akan menurun dengan ketara. Perkara ini di sokong oleh Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & dll (2010) yang

mengatakan burnout akan mengurangkan produktiviti dan melemahkan semangat,

menyebabkan seseorang individu tersebut berasa tidak berupaya, tidak berguna, bersifat sinis dan berperasaan marah. Akhirnya individu tersebut akan berasa tidak boleh berfungsi lagi.

Antara ciri-ciri individu yang mengalami burnout mengikut Hashim Salleh Ketua Seksyen

Kaunseling dan Kerjaya Universiti Malaya (2000) di dalam akhbar Utusan Melayu ketika

membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Burnout di Kalangan Pekerja dan Pendekatan

Kaunseling Dalam Menangani Burnout pada Seminar Kaunseling ialah wujudnya kebosanan di

kalangan pekerja dan tidak boleh menampung beban kerja sehingga mengakibatkan kelesuan

serta letih. Seseorang yang turut dikaitkan dengan burnout ialah wujudnya perasaan rendah diri

dan sering membuat perbandingan dengan orang lain, sensitif dengan masa, mudah penat, gelisah, insomnia, mengalami masalah kesihatan, kemerosotan kualiti perhubungan dengan orang lain di samping cenderung berkelakuan luar biasa.

(3)

3

Ramai yang tidak menyedari stres yang berterusan atau lebih dikenali sebagai burnout

boleh menjejaskan seluruh badan dan minda sehingga menyebabkan berlakunya perubahan

personaliti dan mengakibatkan seseorang itu berkelakuan luar biasa. Kelakuan guru yang luar

biasa boleh membahayakan keselamatan sekolah khususnya kepada rakan sejawat Ini

dapat dibuktikan melalui petikan akhbar Berita Terkini bertarikh 24 Januari 2011 ditulis oleh Hassan Omar yang bertajuk ‘Bisikan Misteri Arah Guru Amuk’. Kejadian ini telah berlaku di SK Sabur, Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam kes ini, guru tersebut telah mengamuk sehingga menggunakan pedang samurai dan menyebabkan seramai 14 orang guru termasuk dua orang guru wanita terpaksa menyembunyikan diri di dalam hutan paya bakau selama kira-kira 11 jam. Walaupun tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku tetapi tingkah laku guru tersebut yang kurang waras telah mengancam keselamatan murid dan warga sekolah. Sumber berkata bahawa suspek tersebut mendakwa terdapat suara perempuan yang sering mengganggunya sejak beberapa minggu yang lalu dan menyebabkan dia tidak dapat bertahan sehingga mengamuk.

Melalui pandangan masyarakat setempat guru tersebut telah diganggu oleh makhluk halus. Namun begitu dalam kes ini, guru tersebut sebenarnya telah mengalami tekanan emosi yang berterusan dan akhirnya tidak dapat mengawal tekanan tersebut yang dikenali sebagai

salah satu simpton burnout. Perkara tersebut telah menyebabkan beliau tidak dapat berfikir

dengan waras dan mendakwa dirinya dapat mendengar bisikan misteri yang menganggu ketenteramannya serta melakukan perbuatan di luar kawalannya.

Menurut sumber lagi suara misteri itu mengarahkan guru tersebut mencederakan orang disekelilingnya selain memarahinya kerana terus berkhidmat di sekolah tersebut sedangkan beliau sudah berkhidmat selama 8 tahun sedangkan sepatutnya sudah dibenarkan berpindah ke bandar. Suara berkenaan juga dikatakan menghasut guru itu agar berpindah kerana sekolah tersebut tidak lagi sesuai dengannya.

(4)

4

Selain membahayakan keselamatan rakan sejawat, kesan stres yang terlampau

seorang guru juga boleh mengancam keselamatan murid di sekolah. Emosi yang tidak stabil

dan tidak dapat di kawal akan mengakibatkan guru tersebut melakukan perbuatan di luar kawalan. Penyataan ini dapat dibuktikan melalui keratan akhbar Utusan (2011) melalui kes yang bertajuk ‘Guru Pukul Murid Sampai Mati Hadapi Tuduhan Membunuh’. Kes ini berlaku di Kangar dan bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan Jejawi. Apa yang agak memeranjatkan ialah guru tersebut merupakan seorang guru agama. Pegangan agama yang kuat guru itu langsung tidak dapat membantu beliau menangani masalah tekanan akibat bebanan kerja di sekolah. Beliau telah didakwa di Mahkamah Majistret Kangar atas tuduhan membunuh seorang murid Tahun Satu, Saiful Sopfidee di asrama Putra pada 31 Mac 2011.

Tertuduh yang juga merupakan warden asrama dituduh melakukan perbuatan itu di dalam bilik warden asrama Putra Sekolah Agama milik persendirian berkenaan antara jam 6 petang dan 12 tengah malam. Sebagai seorang guru yang berfikiran waras rasanya tidak tergamak untuk memukul murid khususnya murid Tahun Satu sehingga mati. Bebanan kerja di sekolah dan tugas tambahan sebagai seorang warden mungkin telah mengakibatkan guru tersebut mengalami tekanan emosi yang serius. Guru tersebut mungkin tidak menyedari beliau telah mengalami tekanan emosi yang juga di kenali sebagai stres. Ini adalah kerana pada kebiasaannya guru lelaki tidak mudah meluahkan perasaan (Dr. Nor Hamidah n.d, Akhbar Utusan, 2011)

karenah pihak pentadbir di sekolah dan masalah disiplin murid di asrama menjadi punca perdana mengapa guru tersebut mengalami stres. Ini bersesuaian dengan kata-kata Dr. Nor Hamidah n. d. Akhbar Utusan (2011) iaitu desakan hidup dan persekitaran menjadi penyebab utama stres. Stres yang berlarutan dan dipendam tanpa diselesaikan menyebabkan guru

tersebut mengalami burnout sehingga memudaratkan orang disekelilingnya. Oleh kerana beliau

warden maka mangsa utama ialah murid yang tinggal asrama. Beliau telah melempiaskan kemarahan dan tekanan yang dialami kepada murid yang melakukan kesalahan di asrama.

(5)

5

pendapat pendidik April (2010) kemurungan yang melampau boleh menyebabkan seseorang bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan dan masyarakat.

Ini boleh memberi kesan kepada pencapaian murid dalam bidang akademik kerana

guru tidak mahu masuk ke kelas untuk mengajar dan selalu mengambil masa untuk berehat secara sengaja semasa hari sekolah. Di samping itu, murid akan merasa bosan dan sekaligus menghilangkan minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran

guru tersebut kerana guru tidak membuat persediaan yang rapi sebelum mengajar, sering memarahi murid, menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tanpa memikirkan kehendak murid. Kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar juga sudah ketinggalan zaman dan tidak bersesuaian dengan peredaran pendidikan masa kini.

Perkara ini bukanlah omongan kosong tetapi banyak berlaku di sekolah-sekolah. Saya dapat melihat sendiri ketika menjalani praktikum di sebuah sekolah X di mana ada sesetengah guru veteran yang mempraktikkan perkara di atas semasa mengajar di sekolah. Mereka juga sering tidak hadir dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, aktiviti dan kegiatan kokurikulum, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang muhasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Kelakuan seperti ini

menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh pihak sekolah akan

terbantut. Menurut majalah Pendidik, September (2010) guru terbeban dengan hal-hal persekitaran yang mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa, kurang bermotivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehingga guru merasa tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman. ini memberi penjelasan mengapa guru tersebut berkelakuan sedemikian di sekolah.

(6)

6

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati bersesuaian dengan kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”. Maka tanda-tanda awal stres harus ditangani sebelum

menjadi suatu keadaan mental iaitu burnout yang sukar diubati. Ramai penyelidik berpendapat

bahawa adalah lebih mudah untuk mencegah burnout guru jika dikesan. Setiap daripada kita

ada ketikanya melalui atau mengalami fasa tekanan ini. Ini terjadi apabila kita diselubungi perasaan tidak tenteram dan kita merasakan tiada yang kita lakukan menjadi seperti yang dijangkakan dan berlaku sesuatu di luar dugaan. Sebagai seorang guru yang sentiasa ingin berusaha memperbaiki diri maka guru tersebut hendaklah mempelajari cara-cara untuk mengenali tanda-tanda yang menunjukkan guru mengalami tekanan.

Perhatikan petanda-petanda awal seperti perasaan mudah marah, jarang ketawa dan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu tugasan ataupun tanda-tanda fizikal seperti perut yang memulas seolah-olah berasa gugup (nervous). Jika simptom-simptom ini berlaku maka guru tersebut mengalami masalah stres.

(7)

7

Kurangkan berat badan terutamanya jika berat badan melebihi had yang ideal. Berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan. Amalkan pemakanan yang sihat dan katakan tidak kepada makanan berlemak. Selain daripada itu, jangan abaikan waktu makan atau mengurangkan waktu tidur. Adalah amat mustahak untuk seseorang itu mengambil berat tentang keperluan asas tubuh supaya ia dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Cuba amalkan pengambilan vitamin untuk menggantikan zat-zat yang hilang ketika badan mengalami tekanan tetapi ini tidak bermakna seseorang itu harus mengabaikan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Dapatkan tidur yang cukup dan jadikan kamar tidur sebagai tempat untuk beristirahat dan bukannya tempat untuk bekerja.

Berehatlah apabila mula berasa keletihan. Contohnya, berjalan-jalan selama 5 minit, melakukan senaman regangan, mendengar lagu-lagu kegemaran ataupun meminum air sejuk yang menyegarkan. Belajar untuk meluangkan masa untuk diri sendiri sekurang-kurangnya beberapa minit untuk setiap dua jam. Ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang baik walaupun mungkin hanya dapat melakukan sekejap. Teknik-teknik beristirahat seperti yoga ataupun meditasi boleh diamalkan.

Ubah sikap sekiranya guru seorang yang agresif, elakkan daripada bertikam lidah. Dan sekiranya guru dilabel sebagai seorang superwoman/man, belajarlah untuk menolak atau mengatakan tidak terhadap sesuatu apabila guru sedar ia di luar kemampuan. Guru hanyalah manusia dan bukannya mesin. Ketawalah selalu walaupun ada masanya itu bukanlah apa yang ingin lakukan. Kajian menunjukkan bahawa setiap kali kita ketawa, sejenis bahan penenang dibebaskan dalam otak kita untuk mengurangkan tekanan.

Cari teman selain daripada teman sepejabat kerana ini memberi peluang untuk guru mengenali sesuatu yang berlainan di mana ia boleh membawa kegembiraan. guru juga boleh berbicara dengan teman-teman melalui telefon, internet atau adakan sesi sembang-sembang dengan jiran-jiran. Kenali diri sendiri dan pastinya guru akan tahu apa yang paling mustahak yang perlu lakukan terlebih dahulu. Apa yang penting adalah apa, di mana dan bagaimana guru mengendalikan atau menjalankan keutamaan di dalam kehidupan. Sayangi diri sendiri supaya mudah menyayangi orang lain.

(8)

8

berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Antara cadangan beliau untuk mengurangkan beban guru adalah dengan mengurangkan bilangan murid di dalam bilik darjah. Sebenarnya kecekapan pengajaran guru adalah hanya sekitar 23 – 28 orang murid. Sistem penyampaian guru akan lebih berkesan dan murid berada di dalam keadaan terkawal. Selain itu, boleh juga diwujudkan satu jawatan iaitu pembantu guru. ini sangat membantu meringankan tugas guru di sekolah.

Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru. Menurut Pahrol Mohamad Judi dalam majalah Solusi Jun (2013) sentiasalah mendekatkan diri dengan Allah kerana ia akan menimbulkan rasa tenteram dan damai dalam jiwa sekaligus menghilangkan keraguan dan

prasangka buruk. “When God is your friend then who will become your enemy?”. Apabila kita

merapatkan diri dengan Maha pencipta maka tidak akan ada sesiapa yang berani memusuhi. Dalam erti kata lain diri akan menjadi lebih berani, gagah dan sabar menghadapi segala cabaran yang datang.

Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang sentiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".

Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca al-Quran".

(9)

9

(10)

10 PROGRAM PENGURUSAN STRES

Sesi temubual dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti punca stress dan kesannya terhadap guru. Seramai 10 orang guru yang terdiri daripada 5 orang guru lelaki dan 5 orang guru perempuan telah ditemubual. Sesi temubual juga merangkumi cara guru mengatasi masalah stres yang dialami oleh mereka.

Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca stres bagi guru adalah perubahan (Zakiah Binti Arshad, 2003). Sebagai pengurus pembelajaran, guru perlu merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar setiap hari, Esah Sulaiman (2003). Antara faktor-faktor yang menyebabkan stres guru ialah depersonalisasi, kejayaan diri, ketandusan emosi, lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja. Depersonalisasi ini adalah merujuk kepada keadaan emosi seseorang guru seperti cara melayan pelajar dan macam mana seseorang guru itu mengatasi masalah pelajarnya. Kejayaan diri merujuk kepada cara seseorang guru untuk mencapai kejayaan untuk melihat pelajarnya mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran. Ketandusan emosi pula merujuk kepada perasaan guru yang kuat dalam menjalankan tugas tanpa merasa marah, sedih dan bersifat sentimental. Persekitaran kerja juga mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas harian mereka antaranya keadaan persekitaran kelas, kemudahan alat bantu mengajar dan alat kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan guru dan pelajar.

Selain itu, hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.

(11)

11

Memang tidak dinafikan bahawa peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru bukan sahaja mengajar dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di dalam kelas tetapi dia juga diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas yang lain. Antaranya adalah sebagai pengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid, perancang program, agen perubahan, penyelidikan, fasilitator, penilai dan banyak lagi. Apabila sesi persekolahan menuju ke penghujungnya pada setiap tahun, guru sekolah perlu mendapat semakin banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sementara tugas-tugas tersebut semakin bertambah, tugas seperti pemeriksaan tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan dihadapi oleh guru selain melaksanakan tugas rutin iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru akan berasa beban dan seterusnya akan mengalami tekanan emosi yang serius.

Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan yang dicatu mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti sebagai cuti rehat pada keesokan harinya. Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja.

Selain itu, terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru. Antaranya adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif. Suasana kerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ruang kerja yang sempit dan sesetengah kelas yang terlalu panas dan tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru berbanding dengan individu lain yang bekerja di tempat yang berhawa dingin. Kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang sentiasa menjadi cabaran kepada seorang guru juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan guru mengalami tekanan emosi. Murid sentiasa melakukan pelbagai aksi untuk menarik perhatian guru tentunya akan menimbulkan masalah serta memberikan kesan kepada emosi guru dan lama-kelamaan ia akan menjadikan guru berasa stres.

Menurut Kyriacou (1987) stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stres menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.

(12)

12

pemarah, malas bekerja, murung dan selalu ponteng kelas untuk mengajar. Ini akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Isu sebegini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa negara kita ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan.

Dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah beban tugas guru. Salah satunya adalah Kesatuan Perkhidmatan Pengurusan Perguruan Kebangsaan (KPKK) telah memohon supaya skop kerja guru dapat dispesifikan dan kebajikan guru dapat diutamakan. Selain itu, kemudahan asas sekolah perlu lengkap dan program pemprosesan data dapat diringkaskan serta penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat. Bukan sahaja begitu, pihak KPKK juga mencadangkan agar mewujudkan jawatan pembantu murid untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian dan mengasingkan guru akademik dan guru sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.

Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban guru dan berusaha mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Menteri Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara dan diharapkan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan bebanan guru.

Selain itu, tokoh akademik termasuklah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah meminta mengkaji mewujudkan jawatan pembantu guru bagi membantu guru di setiap kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencari penyelesaian dengan melatih dan menghantar pembantu pentadbir di sekolah bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas seperti tugas perkeranian dan menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas sekolah oleh pembantu pentadbir sememangnya dapat mengurangkan masalah beban kerja guru. Dengan ini, guru juga dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

(13)

13

persekitaran kerja yang kondusif bagi guru. Dengan usaha sebegini, maka stres di kalangan guru dapat dikurangkan.

Antara program yang boleh dijalankan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini adalah mewujudkan program pengurusan stres di tempat kerja. Program ini bertujuan untuk :

 Memahami kenapa pengurusan masa begitu penting dalam hidup seorang guru.

 Mengurus masa guru dengan lebih sistematik di sekolah supaya produktiviti dapat

dipertingkatkan lagi.

 Mempelajari teknik-teknik menghindari gangguan di sekolah.

 Mengaplikasi pengurusan stress di sekolah dan di dalam kehidupan seharian.

 Mencegah dan menangani stress sama ada di sekolah atau di dalam kehidupan seharian.

(14)

14

Modul 1

MEMAHAMI KONSEP PENGURUSAN MASA

Modul 2

MENGENALPASTI GAYA PENGURUSAN MASA ANDA

Modul 3

PENGGUNAAN KONSEP MASA YANG BETUL

Modul 4

ALAT PENGURUSAN MASA YANG SESUAI

Modul 5

MENGENALPASTI MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI

Modul 6

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN MASA

Modul 7

MENGATASI DAN MENGELAKKAN GANGGUAN DI TEMPAT KERJA

Modul 8

SIKAP KITA TERHADAP PENGURUSAN MASA

Modul 9

STRESS

Modul 10

SIKAP MENTAL

Modul 11

MENANGANI STRESS

Modul 12

(15)

15

Selain daripada itu, pihak kerajaan juga boleh menjalankan kursus pengurusan stres dengan menghantar guru yag dikenalpasti mengalami masalah stres di sekolah. Kursus tersebut haruslah dijalankan seelok-eloknya dalam jangka masa 3 hari.

Antara isi kandungan kursus ialah :

Modul 1

MENGENAL STRES DAN LATIHAN PERNAFASAN ASAS

Modul 2

HADITH PSIKILOGI-HADITH ‘HIMAR’, HADITH ‘BADWI’ DAN

HADITH ‘ASMA’.

(16)

16

kalangan guru kerana kegagalan mengawal tekanan boleh membawa kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu tetapi juga imej organisasi.

Selain itu, pihak berkenaan juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop kerja guru. Para guru perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakan diri terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan karier diri sebagai seorang guru.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Shakri. ( 1998 ). Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru

Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Kertas Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Al Ghazali. (1982). Ihya Ulumidin Jiwa Agama. Menara Kudus Indonesia: Perc. Menara Kudus.

Anthony Yeo. ( 1985 ). A Helping Hand : Coping With Personal Problem. Singapura : Time

Books International.

Anuar Mohd Som. ( 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah

Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Basinun (1995) Abang Mat Ali bin Abang Masagus,Strategi Menangani Tekanan Di kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Zon A Di Bahagian Kuching/Samarahan Sarawak : Satu Tinjauan

(17)

17

Beban Tugas Guru Malaysia, http://www.beritaterkini.my/beban-tugas-guru-malaysia di akses pada 1 Ogos 2013

Beban Tugas Guru Malaysia Semakin Bertambah? Benarkah? Senaraikan? Datuk Seri Najib Mahu Selesaikan, http://www.beritasemasa.com.my di akses pada 1 Ogos 2013

Bisikan Misteri Arah Guru Amuk, http://www.bharian.com.my/articles/ Bisikanmisteriarahguruamuk/Article/ diakses pada 31 Julai 2013

Chang Fui Chin. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

& Pustaka.

Cichon & Koff ( 1980 ), An introduction to the sociology of learning. USA : Houghton Mitlin Co. 40

Crow & Crow. ( 1980 ). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan .Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

Chek Mat (2008). Ujian Psikologi & Pengurusan. Unipress Printer Sdn Bhd. 2008 Cara Tangani Stress,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0403&pub=utusan_malaysia&se c=Pendidikan&pg=pe_03.htm di akses pad 1 Ogos 2013

Dr Sapura Sipon (2007). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru-Guru Di Sebuah Sekolah Menengah

Kerajaan Dan Sebuah Sekolah Menengah Swasta. Kertas Projek Bacelor Sains: Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Danial Zainal Abidin. (2009). Quran Saintifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada

Teropong Sains. Kuala Lumpur: Pts Millennia Sdn Bhd

Dr. Nor Hamidah, kesan stress terhadap daya kerja,

(18)

18

Fatimah Ibrahim Et All. (2008) Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Kuala Lumpur. University Malaya.

Friedman, M & Rosenman, R.H. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka.

Faktor Penentu Stress Di Kalangan Guru, e-journal.um.edu.my/filebank/.../Bil1_2_Artikel1.pdf di akses pada 31 Julai 2013

Guru Dan Stress,

http://alumniksm.blogspot.com/2010/11/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.htmldi akses pada 31 Julai 2013

Guru Ponteng Sebulan Boleh Diberhenti Kerja,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0918&pub=utusan_malaysia&se c=Gaya_Hidup&pg=ls_06.htm di akses pada 1 Ogos 2013

Ghazali Othman, ( 1998 ). Kesilapan Biasa Dalam Penyelidikan Pendidikan. Institut Aminudin Baki. Jilid 08, Bil 02. 31-50.

Hassan b. Hashim. ( 1994 ). Pengurusan Stres dan Kesan Terhadap Kualiti Kerja. Buletin PKPSM Perak, 1 (3), 15-17.

Hashim Salleh d. ll, Emosi Beban Keterlaluan Punca Burnout,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0918&pub=utusan_malaysia&se c=Gaya_Hidup&pg=ls_06.htm#ixzz2cWtpSNya di akses pada 31 Julai 2013

Isu Tekanan emosi guru akibat bebanan,http://pismppcpjmu.blogspot.com/2012/09/isu-tekanan-emosi-guru-akibat-bebanan.html diakses pada 31 Julai 2013

Isu Keguruan, http://kamigurumalay.blogspot.com/2012_08_01_archive.html di akses pada 31 Julai 2013

(19)

19

Kyriacou, C & Sutcliffe, J. ( 1979 ). Jurnal Pendidikan. The Stress And Satisfaction. Volume 21 ( 2 ), 89-96.

Kyriacou, C & Sutcliffe, J. ( 1978 ) . A Model of Teacher Stress Educational Review, Volume 53 (1), 27-35.

Kesan Pengiktirafan ISO 9002 Terhadap Psikologi Dan Situasi,

eprints.utm.my/.../Kertas_Kerja_2_(MS_ISO_9002).p. di akses pada 31 julai 2013

Kesan Kecerdasan Emosi Ke Atas Tekanan Kerja, journalarticle.ukm.my/1619/1/sofian010.pd di

akses pada 31 Julai 2013

Mohd Abdillah Royo & Woo Sew Fun (2010), Faktor-Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja (

Stress ) di Kalangan Guru-Guru SJK(C) : Satu Kajian. Universiti Teknologi Mara. Selangor

Muhamad (1995) K. Kamaruddin, Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Menengah

Mohd Salleh (1994) Definisi Stress, http://jurnal-sdm.blogspot.com/2011/02/stres-kerja-definisi-kategori-dan.html di akses pada 31 Julai 2013

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (2010), Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor

Pahrol Mohamad Judi, Solusi, Isu 56, Jun (2013), Telaga Biru Sdn, Bhd. Kuala Lumpur Polis Lebih Stress Berbanding Guru,

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru/Article di akses pada 31 Julai 2013

Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru Sekolah,

www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/.../98_Razali.pdf di akses pada 31 Julai 2013

(20)

20

ddms.usim.edu.my/.../Stres%20Kerja%20Guru%20-%. di akses pada 31 Julai 2013

Stress Di Kalangan Guru Sekolah Rendah Di Lembah Kelang,

http://bhasahabubakar.blogspot.com/2009/05/stres-di-kalangan-guru-wanita-sekolah.html di akses pada 31 Julai 2013

Vossel, G. (1987), The Relationship of Home Environment and Home Classroom performance. London : University of Wisconsin.

Wood, T. & Mccarthy, C. (2000), ‘Understanding and Preventing Teacher Burnout’, http://www.ericdigests.org/2004-1/burnout.htm di akses pada 31 Julai 2013

(21)

21

REFLEKSI

Setelah menjalankan projek EDU 3093 dapat saya rumuskan bahawa profesion perguruan adalah satu profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian sememangnya mewujudkan stress kepada guru-guru.

Stress merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental. Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Menurut Mohd Salleh (1994), stress adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup.

(22)

22

memastikan tanggungjawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif.

Tekanan atau stress yang diakibatkan oleh beban tugas di sekolah dikaitkan dengan kemungkinan seseorang menghadapi burnout. Seseorang yang turut dikaitkan dengan burnout, amat sensitif pada masa sehingga mereka tidak boleh memberi tumpuan kepada sebarang tugasan kerana kebosanan kerja yang tidak mendatangkan kepuasan pada diri.

Burnout ialah satu fenomena atau sindrom di mana seseorang individu akan mengalami tekanan emosi sehingga membawa kepada tahap kelesuan, perubahan personaliti dan pencapaian kendiri akan menurun dengan ketara. Antara kesan burnout yang biasa dialami ialah masalah kesihatan seperti darah tinggi, lelah, masalah kulit yang semakin teruk seperti jerawat, psoriasis, ekzema, serangan jantung, sinus/resdung, hilangan fungsi seksual dan pembiakan, strok, masalah berat badan, gangguan tidur, cirit-birit atau sembelit, migrain, gangguan kebimbangan, ulser perut, sakit kepala serta kemurungan.

Ini dapat dilihat daripada daya tahan emosi mereka yang merosot dan tidak terkawal sehingga menjejaskan kualiti hubungan dengan orang lain. Pemikiran yang tidak bermakna juga merupakan ciri-ciri individu yang burnout. Mereka sering berpandangan dan berkata so what, why bother? apabila bercakap dengan orang lain.

(23)

23

petang, bawalah teman atau anak-anak berjalan-jalan di taman dan anggaplah ia bersenam sambil mengeratkan ikatan silaturahim.

Kurangkan berat badan terutamanya jika berat badan itu melebihi had yang ideal. Berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan. Namun begitu, jangan abaikan waktu makan atau mengurangkan waktu tidur. Dapatkan tidur yang cukup dan jadikan kamar tidur sebagai tempat untuk beristirahat dan bukannya tempat untuk bekerja.

Berehatlah apabila mula berasa keletihan. Belajar untuk meluangkan masa untuk diri sendiri sekurang-kurangnya beberapa minit untuk setiap dua jam. Ini sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang baik walaupun anda mungkin hanya dapat melakukan sekejap. Teknik-teknik beristirahat seperti yoga ataupun meditasi boleh diamalkan.

Kita semua perlu melakukan tugasan mengikut waktu yang dijadualkan. Oleh itu, seorang guru haruslah bijak mengatur masa. Adalah tidak mustahil ada di antara kita mempunyai jadual yang terlalu padat. Ini berlaku apabila kita tidak tahu bagaimana untuk membahagikan masa untuk melakukan tugasan itu. Anda dinasihatkan supaya jangan mengamalkan tabiat merokok, memakan ubat-ubatan, meminum minuman beralkohol atau berkafein untuk menangani masalah yang anda hadapi. Menggunakan bahan-bahan tersebut hanya akan mengurangkan tekanan untuk sementara waktu. Apa yang pasti, pengambilan yang berlebihan adalah memudaratkan.

(24)

24

Boleh dikatakan stress dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stress tersebut. Pengurusan stress amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.

(25)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan lembar penilaian aktivitas siswa, perolehan skor aktivitas siswa adalah 28 dengan kategori sangat baik. Aktivitas siswa yang memperoleh penilaian

Penokohan merupakan cara pengarang di dalam menggambarkan karakter tokoh. Dalam pementasan drama, drama mempunyai posisi yang penting. Tokohlah yang mengaktualisasikan naskah drama

Kegiatan ini bertujuan untuk membantu kedua mitra PKM dalam memecahkan permasalahan yang dihadapi ketika pelaksanaan ujian nasional berbasis komputer yang

Karena penetapan hukum yang dilakukan merujuk pada riwayah-riwayah dan didukung oleh kondisi lingkungan Abu> al-Fad}l saat ia hidup. Paradigma Abu> al-Fad}l dalam tafsirnya

Konstanta adalah suatu identifier non-standar yang nilainya telah ditetapkan dalam suatu program dan dideklarasikan pada bagian deklarasi. Bagian umum deklarasinya

(permohonan). Strategi 10: Membuat penawaran dan janji. Membuat janji dan penawaran kepada petutur juga dapat merupakan perwujudan dari kesantunan positif. Strategi 11:

Dalam makalah ini simulasi numerik untuk melakukan proses perhitungan tampang lintang reaksi fusi dilakukan dengan menggguakan formula Wong yang diturunkan secara analitik