• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Sinopsis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "PENGENALAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Sinopsis"

Copied!
101
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK 1.0

PENGENALAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Sinopsis

Tajuk satu ialah Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar. Tajuk ini

meliputi dua sub tajuk iaitu Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar

dan Definisi, Matlamat dan Objektif Pendidikan Alam Sekitar.

Hasil Pembelajaran

Menganalisis tentang sejarah perkembangan, matlamat dan objektif

Pendidikan Alam Sekitar.

Kerangka Konsep

Rajah 1.1.

Kerangka Tajuk Satu

1.1.

Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar

Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah

Sir Patrick Geddes (1854-1933) yang merupakan seorang ahli biologi dan

perintis perancang bandar dari Scotland. Orang yang pertama

menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah Thomas Pritchard

semasa persidangan International Union for the Conservation of Nature and

(2)

Beberapa

persidangan

di

peringkat

antarabangsa

seperti

Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975),

Malta (1991) dan Agenda 21 (1992) telah memberi kesan sehingga

terbentuknya perlunya keperluan kepada Pendidikan Alam Sekitar kepada

kanak-kanak sekolah.

1.1.1 Stockholm (1972)

Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di

Stockholm, Sweden dengan tema “Prinsip dan Alam Sekitar Manusia”

(Human Environment and Principles) dan dianjurkan oleh

United Nations.

Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai satu keputusan tentang

pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap

situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.

1.1.2 Tbilisi (1977)

Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan

Pendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramai

pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia. Persidangan ini dikendalikan

oleh

United Nations Education, Scientific and Cultural Organization

(UNESCO) dengan kerjasama

U.N. Environment Programme

(UNEP) dan

diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977. Persidangan

ini telah dihadiri oleh 265 delegasi dan 65 pembentang serta pemerhati

termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan

antarabangsa. Dalam persidangan ini, garis panduan, matlamat, serta

objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan latihan dalam dan

pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan.

1.1.3 The Belgrade Charter (1975)

Pada tahun 1975, sebuah persetujuan antarabangsa tentang

Pendidikan Alam Sekitar diadakan di Belgrad, Yugoslavia. Pada pertemuan

tersebut dihasilkan pernyataan antara negara peserta mengenai Pendidikan

Alam Sekitar yang dikenal sebagai "The Belgrade Charter-a Global

(3)

Secara ringkas tujuan Pendidikan Alam Sekitar yang dirumuskan dalam

Belgrade Charter tersebut di atas adalah sebagai berikut:

a. Meningkatkan kesedaran dan perhatian terhadap perkaitan antara

bidang ekonomi, sosial, politik serta ekologi, baik di kota mahupun di

desa.

b. Memberi kesempatan bagi setiap orang untuk mendapatkan

pengetahuan, keterampilan, sikap/perilaku, motivasi dan komitmen,

yang diperlukan untuk bekerja secara individu dan kolektif untuk

menyelesaikan masalah alam sekitar semasa dan mencegah

munculnya masalah baharu.

c. Menciptakan satu kesatuan pola tingkah laku baharu bagi individu,

kelompok- kelompok dan masyarakat terhadap alam sekitar.

1.1.4 Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979)

Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun

1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan

untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan

satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi

keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Hasil

Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979 memutuskan

pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM).

KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas

kurikulum bermula dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4

hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga

dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sehubungan dengan itu juga pihak

Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan untuk

guru-guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk “Buku Panduan Guru

(4)

1.1.5 Protokol Montreal (1987)

Protokol

Montreal

telah

berjaya

mendapatkan

kerjasama

antarabangsa dengan melibatkan sejumlah 191 buah negara di dunia telah

bersetuju melindungi lapisan ozon dengan mengambil langkah berhati-hati

untuk mengawal pelepasan global bahan-bahan yang menipiskan lapisan

ozon. Kewujudan dan kepentingan ozon iaitu O3 di stratosfera serta

ancaman klorofluorokarbon (CFC) terhadap ozon di stratosfera telah

mendapat perhatian yang begitu serius.

1.1.6 Deklarasi Langkawi (1989)

Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada 20 September

2006 (Langkawi Declaration 2010) yang ditandatangani oleh ketua-ketua

Negara Commonwealth untuk memastikan pembangunan negara secara

lestari dan mesra alam.

1.1.7 Malta (1991)

Kesinambungan dengan itu, satu Seminar Latihan Alam Sekitar telah

diadakan di Malta pada tahun 1991 di bawah anjuran UNESCO. Seminar ini

mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah

untuk membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu

alam sekitar di samping dapat menguasai kemahiran dan kesungguhan

dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta dalam masa yang sama

dapat mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat

meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

1.1.8 Agenda 21, Earth Summit Rio de Jenario (1992)

Ianya bermula dari Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Tentang

Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) @ Sidang Kemuncak Bumi

(Earth Summit) di Rio de Jeneiro, Brazil pada Jun 1992. Persidangan ini

(5)

Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro telah menghasilkan 5

dokumen yang penting iaitu:

Pengisytiharan Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan

(The Rio Declaration on Environment and Development)

Agenda 21 (suatu program tindakan pembangunan mampan

global. Angka "21" menandakan abad ke-21. Abad 21 bermula

dari tahun 2000 hingga kini)

Persetujuan Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological

Diversity)

Rangkakerja Persetujuan mengenai Perubahan Iklim (Framework

Convention on Climate Change)

Prinsip Hutan

1.1.9 Kyoto Protocol (1997)

Protokol Kyoto merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka

Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat

tentang perihal pemanasan global. Negara-negara yang bersetuju untuk

melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk

mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca

lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas jika

mereka menjaga jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut,

yang menjadi punca gejala pemanasan global.

1.1.10 Dekad Pendidikan Pembangunan Lestari (DESD) (2005-2014)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation) telah

mengisytiharkan tahun 2005-2014 sebagai Dekad Pendidikan untuk

Pembangunan Lestari (DESD) dan akan berakhir pada November 2014 di

UNESCO

W

orld Conference on Education for Sustainable Development,

Jepun. Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa

Bersatu (UNESCO) merupakan agensi penggerak DESD, berusaha untuk

mengintegrasi prinsip, nilai dan amalan pembangunan lestari dalam semua

aspek pendidikan dan pembelajaran, dalam usaha menangani masalah

(6)

Visi Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah

dunia di mana semua orang mempunyai peluang untuk mendapat manfaat

daripada pendidikan berkualiti dan mempelajari nilai-nilai , tingkah laku dan

gaya hidup yang diperlukan untuk masa depan yang mampan dan

transformasi sosial yang positif.

1.2 Definisi, matlamat dan objektif Pendidikan Alam Sekitar

1.2.1 Definisi Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar sebagaimana yang dipersetujui di

Persidangan UNESCO dalam Deklarasi Tbilisi 1977, ditakrifkan meliputi

segala aktiviti pembelajaran, komunikasi massa, penglibatan komuniti serta

apa-apa aktiviti lain yang bertujuan untuk membentuk populasi manusia

yang peka dan mengambil berat terhadap alam sekitar dan perkara-perkara

yang berkaitan dengannya (Moseley, 2000). Selain itu juga, pendidikan

alam sekitar adalah berhasrat untuk membentuk populasi manusia yang

mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap, motivasi dan komitmen untuk

bekerja secara individu dan kolektif dalam menyelesaikan masalah

persekitaran pada masa kini dan mencegah masalah baru daripada muncul.

O’ Riodan (1981) berpendapat bahawa pendidikan alam sekitar mempunyai

persamaan dengan pendidikan kewarganegaraan yang tujuannya adalah

untuk membina komitmen dan tanggungjawab sosial yang berteraskan

pandangan holistik tentang hubungan manusia dan alamnya.

Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami

interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar

diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian

hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar,

melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan

manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini

termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti

sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat

pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran

(7)

dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar

bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan

sehingga beratus-ratus tahun lagi. Sehubungan itu, sikap sayangkan alam

sekitar akan dapat dipupuk dalam diri semua masyarakat terutamanya

pelajar. Justeru itu, Pendidikan alam sekitar sama ada secara formal dan

tidak formal merupakan kaedah yang dapat menyelesaikan masalah

persekitaran pada masa kini dan mencegah daripada timbulnya masalah

baru.

Memikir

Aktiviti 1: Buat refleksi tentang mengapa Pendidikan

Alam Sekitar perlu diintegrasikan dalam aktiviti

pembelajaran di GIATMARA. Masukkan jawapan ke dalam

folio anda.

1.2.2 Matlamat Pendidikan Alam Sekitar

Semasa Deklarasi Tblisi 1977, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

telah bersetuju menetapkan matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam

Sekitar bagi negara-negara di seluruh dunia. Matlamat Pendidikan Alam

Sekitar ialah untuk:

(i)

Menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi,

sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di bandar

dan luar bandar.

(ii)

Menyediakan peluang kepada semua orang untuk memperoleh

pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran untuk

melindungi dan memperbaiki alam sekitar.

(iii) Menghasilkan corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar

dalam

kalangan

individu,

kumpulan

dan

masyarakat

(8)

Menurut UNESCO (1976), matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah

seperti kenyataan berikut.

“…. to develop a world population that is aware of and

concerned about environment and its associated

problems and which has the knowledge, skills,

attitudes, motivation and commitment to work

individually and collectively towards the solution of its

current problem and prevention of new ones.”

(UNESCO, 1976)

1.2.3 Objektif Pendidikan Alam Sekitar

Persidangan Tbilisi 1977 juga telah menetapkan lima objektif Pendidikan

Alam Sekitar seperti berikut:

(i)

Kesedaran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu

memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitar

seluruhnya dan permasalahan alam sekitar.

(ii)

Pengetahuan: untuk membantu kumpulan sosial dan individu

memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas

terhadap alam sekitar dan permasalahan alam sekitar.

(iii)

Sikap: untuk membantu kumpulan sosial dan individu

memperoleh satu set nilai dan perasaan keprihatinan

terhadap alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam

pemeliharaan dan pembaikan alam sekitar.

(iv)

Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu

memperoleh

kemahiran

untuk

mengenal

pasti

dan

menyelesaikan masalah alam sekitar.

(v)

Penglibatan: untuk menyediakan peluang kepada kumpulan

sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat

(9)

Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar

adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang

berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil tindakan.

Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan sama ada

secara formal atau tidak formal untuk mengubahsuai kefahaman dan sikap

manusia agar lebih prihatin terhadap alam yang telah banyak berjasa

kepadanya (Abdul Manaf Muda, 1993).

Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga terdapat 12 prinsip Pendidikan Alam

Sekitar telah ditetapkan iaitu:

(i)

Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam

sekitar semulajadi dan buatan, teknologi dan sosial seperti

ekonomi, politik, sejarah, budaya, etika dan estetika.

(ii)

Menjadi satu proses sepanjang hayat, bermula dari peringkat

prasekolah dan disambung sehingga peringkat pendidikan

formal dan bukan formal.

(iii) Menggunakan pendekatan merentas kurikulum dengan

menerapkan nilai-nilai alam sekitar kepada mata pelajaran

khusus setiap disiplin dalam bentuk perspektif yang holistik dan

seimbang.

(iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan,

nasional dan antarabangsa.

(v)

Memfokuskan kepada potensi situasi alam sekitar terkini

dengan mengambil kira perspektif sejarah.

(vi) Mempromosikan nilai dan keperluan berasaskan tempatan,

nasional dan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan

menyelesaikan masalah alam sekitar.

(vii) Mengambilkira dengan terperinci setiap aspek alam sekitar

dalam plan pertumbuhan dan pembangunan.

(viii) Membolehkan

pelajar

berperanan

dalam

merancang

pengalaman pembelajaran dan mendapat peluang untuk

membuat dan menerima keputusan bersama.

(ix) Menghubungkait

sensitiviti

alam

sekitar,

pengetahuan,

kemahiran penyelesaian masalah dan nilai yang jelas kepada

semua peringkat umur dengan memberi penekanan khusus

(10)

(x)

Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi

masalah sebenar alam sekitar.

(xi) Menekankan kompleksiti masalah alam sekitar dan keperluan

untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian

masalah.

(xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar secara pelbagai dan

pendekatan pendidikan yang meluas bagi mengajar, belajar

tentang dan dari alam sekitar dengan menekankan kepada

aktiviti praktikal dan pengalaman sebenar.

Latihan

Aktiviti 2: Berdasarkan pembacaan anda, bina satu jadual

tentang kronologi persidangan Antarabangsa Pendidikan

Alam Sekitar dan keputusan bagi setiap persidangan.

Contoh:

Tarikh

Nama

Persidangan

Tempat

Keputusan

(11)

RUMUSAN/KESIMPULAN

Buku Rujukan

Abdul Manaf Muda. (1993). Pendidikan Alam Sekitar.

J

urnal Akademik

Maktab Perguruan Kuala Terengganu. 8: 67-75.

Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Kursus

Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru. (1997).

H

uraian Sukatan Pendidikan Alam

Sekitar Diploma Perguruan Malaysia. Malaysia: Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Kartini Abdul Mutalib. (2008).

Keberkesanan modul pengajaran Ekosistem

Hutan Tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar.

Tesis Phd. Fakulti Pengajian Alam Sekitar. UPM. Serdang. Tidak

diterbitkan.

Barraza, L., Duque-Aristizabal, A.M. dan Robolledo, G. (2003).

Environmental Education: from policy to practice.

The

J

ournal of

(12)

of key characteristics environmental education. The

J

ournal of

Environmental Education. 13(1): 12-16.

Hungerford, H.R. dan Volk, T.L. (1990). Changing learner behaviour through

environmental education.

The

J

ournal of Environmental Education.

21(3): 8-12.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru: Pendidikan

Alam Sekitar merentas kurikulum KBSR. Kuala Lumpur: Pusat

Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rozita Ibrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: Isu dan cabaran. Dlm,

Jamaluddin Md Jahi dan Mohd Jailani Mohd Nor.

Environmental

management 2001. Proceeding national seminar on environmental

management: Current development and future planning (hlm. 23-30).

14-15 Ogos 2001, Bangi, Selangor.

UNESCO-UNEP. (1978).

Final Report: Intergovernmental Conference on

Environmental Education (Tbilisi, USSR). Paris: UNESCO.

Bahan Bacaan

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:

http://en.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Conference_on_the_Human_En

vironment

http://en.wikipedia.org/wiki/Agenda_21

http://unesdoc.unesco.org/images/0013/001334/133472eo.pdf

http://www.gdrc.org/uem/ee/tbilisi.html

http://www.un.org/documents/ecosoc/cn17/2000/ecn172000-8.htm

http://www.unep.org/Documents.Multilingual/Default.asp?DocumentID=97

http://www.un-documents.net/unchedec.htm

http://www.un-documents.net/rio-dec.htm

(13)

TAJUK 2.0

PENGENALAN KEPADA EKOLOGI ASAS

Sinopsis

Tajuk dua adalah pengenalan kepada komponen alam sekitar,konsep

ekologi, ekosistem dan biodiversiti.

Hasil Pembelajaran

Menjelaskan komponen alam sekitar, konsep ekologi, ekosistem dan

biodiversiti.

Kerangka Tajuk

Rajah 2.1. Kerangka Tajuk Dua

2.1

Komponen Alam Sekitar

Apakah yang dimaksudkan dengan alam sekitar? Alam sekitar adalah dunia

di sekeliling kita. Untuk memelihara alam sekitar, kita perlu memahami alam

sekitar secara menyeluruh. Alam sekitar terdiri daripada tiga komponen

yang utama iaitu:

(i)

alam sekitar semulajadi (natural environment)

(ii)

alam sekitar buatan (man-made environment)

(14)

Alam sekitar semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi, dan

kitaran fizikal yang menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen,

karbon dan air) serta sistem biologi dan ekologi (benda hidup yang saling

berinteraksi).

Rajah 2.2. Alam sekitar semulajadi

Alam sekitar buatan merangkumi manusia dan persekitaran buatan

manusia. Alam sekitar buatan merujuk kepada persekitaran fizikal binaan

atau ciptaan manusia iaitu alam sekitar yang dibina oleh manusia seperti

taman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan lain-lain.

Alam sekitar sosiobudaya merujuk kepada alam sekitar yang

berkaitan dengan bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri

mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan, kesihatan,

politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya. Ia merangkumi

hubungan ataupun pertalian rapat antara manusia dengan budayanya

ataupun budaya di sekelilingnya termasuk etika persekitaran buatan

manusia itu sendiri. Semua komponen ini adalah saling berhubungkait dan

tidak boleh dilihat sebagai satu entiti tersendiri. Kualiti saling hubungan ini

menggambarkan alam sekitar yang sihat dan seimbang.

Contoh 1:

Masyarakat Melayu, etika ketika berada di dalam hutan

Jangan menegur sebarang keganjilan yang ditemui

Dilarang membuat bising

Contoh 2:

Etika bagi suami yang bakal menimang cahaya mata

Tidak digalakkan mengail

(15)

Contoh 3:

Bagi masyarakat bumiputera Sabah/Sarawak:

Mempercayai padi mempunyai semangat dan kuasa

Mengadakan Pesta Menuai supaya semangat padi gembira

dan hasil tuaian semakin bertambah

Aktiviti 1: Kenali Alam Sekitar Anda.

Tonton video bertajuk ‘What is an ecosystem’ yang berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=O3CZFfyed3M&list=PLUDItgdqBsGvQQ7J__T3X8sc6wp2r6no0

Senaraikan semua komponen alam sekitar yang telah

dikenalpasti dan beri definisi alam sekitar yang anda

fahami dari tayangan video tersebut. Masukkan dapatan anda

ke dalam folio pembelajaran anda.

2.2

Ekologi, ekosistem dan biodiversiti

2.2.1 Konsep ekologi

Ekologi berasal daripada perkataan Greek ‘oikos’ yang bermaksud

‘rumah’ atau ‘tempat untuk tinggal’ dan ‘logos’ yang bermaksud ‘kajian’.

Oleh itu ekologi adalah satu kajian hubungan dalam alam semulajadi (Miller

& Spoolman, 2009). Ekologi adalah satu bidang kajian saintifik berkaitan

dengan taburan, kepadatan dan hubungan antara organisma dan

interaksinya dengan alam sekitar. Ekologi berkait rapat dengan prinsip di

dalam teras biologi seperti fisiologi, evolusi, genetik dan kelakuan hidupan.

Ekologi juga ditakrifkan sebagai kajian tentang hubungan antara organisma

dengan persekitaran fizikal dan biologinya. Ekologi termasuk kajian

mengenai populasi tumbuhan dan haiwan, komuniti tumbuhan dan haiwan

serta ekosistem.

Kajian ekologi membantu kita memahami proses dan adaptasi

hidupan, taburan dan kelimpahan organisma, aliran tenaga dan

bahan-bahan dalam komuniti organisma serta pembangunan ekosistem dan kaitan

(16)

Aktiviti 2: Susun Istilah

Padankan istilah berikut dengan definisi yang betul.

Jelaskan

perkaitan

antara

istilah-istilah

tersebut

menggunakan peta konsep. Berikan tiga contoh

bergambar bagi setiap istilah tersebut. Masukkan hasil

kerja anda ke dalam folio pembelajaran anda.

Ekologi

Hubungan pemakanan dalam bentuk satu

turutan organisma di mana setiap organisma

dalam turutan itu makan organisma yang

sebelumnya.

Spesies

Benda hidup seperti tumbuhan, haiwan dan

mikrob.

Populasi

Benda bukan hidup seperti cuaca, geologi, air,

udara, nutrien dan matahari.

Habitat

Kawasan daratan seperti kawasan padang

pasir, tundra, hutan tropika, gurun dan padang

rumput yang mencirikan keadaan cuaca dan

jenis tumbuhan yang beradaptasi secara

spesifik di kawasan tersebut.

Komuniti

Terdiri daripada beberapa rantai makanan yang

saling berhubung antara satu sama lain.

Ekosistem

Cabang sains yang mengkaji habitat dan

interaksi antara benda hidup dengan alam

sekitar.

Biosfera

Sekumpulan organisma yang serupa dan boleh

saling membiak antara satu sama lain untuk

melahirkan anak yang subur.

Komponen

Biotik

Segala aktiviti yang dilakukan oleh sesuatu

organisma di habitatnya. Ini merangkumi

segala aspek cara hidupnya terutama sekali

cara pemakanannya.

Komponen

Abiotik

Tempat kediaman sesuatu organisma.

Biom

Organisma sentiasa saling bertindak antara

satu sama lain dengan persekitarannya.

Nic

Dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka

bumi yang menyatukan semua kehidupan and

hubungan antara kehidupan termasuklah

interaksinya dengan elemen-elemen litosfera,

hidrosfera, ekosfera dan atmosfera.

Rantai

makanan

Sekumpulan organisma sama spesies dan

hidup di habitat yang sama.

Jaringan

makanan

(17)

2.2.2 Ekosistem

Ekosistem terdiri dari komponen-komponen biotik dan abiotik yang

saling berinteraksi antara satu sama lain dan persekitarannya. Sebarang

perubahan suatu komponen akan mengakibatkan perubahan bagi

komponen yang lain dan seluruh ekosistem. Komponen biotik merupakan

hidupan seperti tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma manakala

komponen abiotik adalah komponen bukan hidup iaitu persekitaran fizikal

seperti air, udara, tanah, suhu, nilai pH, cahaya, topografi, kelembapan dan

iklim mikro. Interaksi antara pelbagai haiwan dan tumbuhan dan yang telah

menyesuaikan diri terhadap iklim dan persekitaran yang spesifik di sesuatu

kawasan tersebut dikenali sebagai ekosistem.

2.2.3 Jenis-jenis ekosistem

Terdapat pelbagai jenis ekosistem di dunia iaitu seperti marin,

padang pasir, padang rumput, tundra dan hutan. Padang rumput terdiri

daripada jenis savanna, temperat dan tundra manakala marin terdiri

daripada air tawar, air masin dan estuari. Hutan pula terdiri daripada hutan

tropika, hutan hujan tropika, hutan taiga dan hutan temperat manakala

padang pasir pula terdiri daripada padang pasir panas dan kering atau

semiarid atau sejuk. Setiap ekosistem mempunyai ciri-ciri khas yang

menyebabkan suatu ekosistem berbeza dengan ekosistem yang lainnya.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama

diantaranya adalah ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem hutan

paya bakau, ekosistem hutan gambut, ekosistem air tawar seperti

kolam/tasik/sungai dan agroekosistem seperti ekosistem sawah padi

dan ekosistem ladang kelapa sawit dan lain-lain lagi.

(18)

a)

Ekosistem Hutan Hujan Tropika

Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan

bumi. Hutan ini terletak di kawasan sekitar garisan Khatulistiwa. Di Malaysia

kebanyakan kawasan hutan tanah pamah seperti di Hutan hujan tropika ini,

iklimnya adalah sangat panas, dimana julat suhunya adalah diantara 20-26

darjah Celsius serta menerima lebih daripada 250 sentimeter padu hujan

setahun. Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama

sepanjang tahun. Faktor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk

pertumbuhan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Faktor latitud adalah

kawalan iklim utama di hutan hujan tropika.

Hutan Hujan Tropika adalah ekosistem yang terkaya dari segi

biodiversiti dan biojisim total. Ia mempunyai lapisan-lapisan vegetasi

tumbuh–tumbuhan yang berbeza-beza. Lapisan tertinggi iaitu lapisan

menonjol yang terdiri daripada pokok-pokok yang tinggi sehingga melebihi

40 meter. Di bawah lapisan ini adalah terdiri daripada lapisan tumbuhan

yang mempunyai ketinggian lebih 30 meter. Lapisan seterusnya adalah

lapisan pokor renek yang tinggi dan tumbuhan subkanopi diikuti dengan

lapisan tumbuh-tumbuhan renek. Lapisan-lapisan tumbuhan yang berbeza

ini membentuk kawasan–kawasan yang berbeza dari segi cahaya yang

terdapat di kawasan ini. Kesan daripada ini hutan ini membentuk berbagai

bentuk atau lapisan kehidupan seperti tumbuhan epifit, tumbuhan melilit

dan sebagainya.

Oleh kerana kepelbagaian kanopi hutan ini, organisma yang hidup

di dalamnya berpeluang untuk mengadaptasi sesuai dengan habitat yang

spesifik. Hutan hujan tropika ini adalah biom yang terkaya dari segi

biodiversiti dan biojisim total. Dianggarkan terdapat lebih daripada setengah

daripada jumlah spesies di dunia terdapat di kawasan ini. Terdapat 250,000

tumbuhan di sini termasuklah tumbuhan berbunga, paku-pakis, lumut dan

lumut hati. Biodiversiti yang tinggi juga ditunjukkan melalui interaksi biotik

yang luas. Misalnya terdapat sebanyak 900 jenis tumbuhan

Ficus spp di

dalam hutan ini, dan tiap jenis spesies mempunyai agen pendebunga yang

unik. Pelbagai jenis spesies orkid yang amat pelbagai juga terdapat di Hutan

(19)

b)

Ekosistem Hutan Paya Gambut

Hutan Paya Gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan

air. Hutan ini tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah mati dan

lapisan bahan daripada tumbuh-tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah

ekosistem yang unik dengan ciri-ciri terendam air, kandungan nutrien dan

oksigen larut pada tahap yang rendah serta kawasan air yang berasid.

Kawasan Hutan Paya Gambut bukan sahaja satu ekosistem yang

unik dan menjadi tempat tinggal kepada banyak spesies endemik ia juga

menyediakan pusat perlindungan bagi lebih daripada 60 spesies haiwan

yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orang Utan, Proboscis

Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet Otter, Storm’s

Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai bank

gen semula jadi tumbuhan. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies

yang belum diketahui dan diterokai.

c)

Ekosistem Hutan Paya Bakau

Hutan Paya Bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan

daratan. Paya Bakau merupakan ekosistem yang biasanya terdapat di

antara kawasan pasang surut dan biasanya kawasan paya bakau ini

merupakan kawasan yang berlumpur. Hutan ini merupakan sebahagian

daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan

sub-tropika antara 30

o

U dan 30

o

S latitudnya. Dijumpai di seluruh benua

kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di

sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.

Pokok-pokok bakau mempunyai ciri-ciri yang spesifik seperti sistem

akar yang tahan, struktur daun dan batang yang khusus dan adaptasi unik

yang lain untuk membolehkan mereka mandiri dalam keadaan habitat

mereka yang sukar. Habitat yang lembut, berlumpur dan cetek, disertai

dengan aliran air pasang dan surut menyediakan sokongan yang sedikit

sahaja kepada kebanyakan tumbuhan paya bakau yang mempunyai akar

udara atau pneumatofor. Tumbuhan bakau yang paling biasa adalah

(20)

Nypa. Hutan paya bakau yang matang mempunyai zon-zon di mana jenis

tumbuh-tumbuhan yang ditemui di hutan ini berubah bila seseorang

bergerak menjauhi laut.

Kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies

burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan dari utara ke

selatan. Ini berlaku kerana apabila berlaku musim sejuk di utara, burung ini

bergerak ke selatan manalakala apabila selatan sejuk burung ini akan

bergerak ke utara. Haiwan-haiwan lain yang hidup di dahan-dahan pokok

bakau mengadaptasi sesuai dengan keadaan di hutan ini. Diantaranya

adalah haiwan seperti kelawar, monyet Proboscis, dan ikan keli. Kawasan

hutan paya bakau selalunya menjadi habitat haiwan yang unik. Contohnya

bayau dan kelip-kelip yang menjadi tumpuan pelancong daripada luar

Negara dan tempatan.

d)

Ekosistem Marin

Lautan meliputi 70% daripada permukaan bumi. Taburan organisma

dalam lautan dikawal oleh interaksi dalam air, latitud dan jarak dari pantai.

Kebanyakan spesies di jumpai dalam air cetek berhampiran daratan,

walaupun ianya hanya meliputi 8% daripada kawasan lautan. Terdapat tiga

habitat marin yang utama.

Zon Neritik- yang dibina oleh lapisan laut yang cetek, ia didiami

oleh spesies yang banyak secara relatifnya dengan zon-zon lain.

Kedalaman 0-200 m dimana interaksi laut dan daratan sangat

jelas. Zon ini dipengaruhi oleh tindakan ombak, menerima nutrien

banyak dari permukaan daratan. Nutrien ini memberikan

sokongan kepada dunia perikanan yang besar. Terumbu karang

juga berada di zon ini.

Zon pelagik- ia adalah kawasan air terbuka. Zon ini mencecah

hampir 100m dalam. Kedalaman ini mencukupi bagi penembusan

cahaya untuk proses fotosintesis.Organisma di zon permukaan

membentuk plankton mikroskopik (bergerak bersana arus laut)

(21)

Zon Abisal/apotik- Lapisan Pelatik yang lebih 100 meter

dalamnya. Zon yang mengandungi sedikit bilangan kehidupan

kerana tekanan tinggi, suhu yang rendah serta keadaan cahaya

yang kurang. Kehidupan di lapisan ini bergantung kepada bahan

organik dan nutrien yang tenggelam daripada lapisan permukaan.

Layari Internet

Aktiviti 3: Layari internet dan dapatkan maklumat lanjut

tentang ekosistem di Malaysia. Bandingbeza jenis-jenis

ekosistem di Malaysia dengan menggunakan peta buih

berganda. Masukkan dapatan anda ke dalam folio

pembelajaran anda.

2.2.4 Konsep nic (niche) dan habitat

Habitat adalah tempat tinggal hidupan. Contoh; habitat cacing ialah

tanah, habitat ikan ialah kolam dan habitat belalang ialah padang rumput.

Nic pula merupakan peranan suatu organisma dalam habitatnya, yang

dikategorikan mengikut cara ia mendapatkan makanan. Nic ekologi

merupakan peranan atau ‘pekerjaan’ suatu spesies dalam suatu komuniti

dan ekosistem. Nic ekologi organisma boleh berubah-ubah semasa

peringkat hidupnya. Contohnya berudu tinggal dalam air dan makan

plankton tetapi katak dewasa tinggal di darat dan menangkap serangga

sebagai makanan. Pelbagai jenis hidupan boleh berkongsi di habitat yang

sama tetapi melakukan nic atau pekerjaan/peranan/fungsi yang

berbeza-beza. Di dalam ekosistem hutan hujan tropika contohnya, harimau memburu

kancil tetapi ulat beluncas memakan daun tumbuh-tumbuhan.

2.2.5 Keseimbangan ekosistem

Perubahan

persekitaran

yang

disebabkan

oleh

manusia

(anthropogenic) akan mengakibatkan kehilangan spesies dalam dekad akan

datang (Sala et al. 2000). Keadaan ini akan menyumbang kepada kadar

kepupusan spesies yang tinggi di seluruh dunia (Stork 2010). Spesies

memainkan peranan yang penting dalam ekosistem, maka kehilangan

spesies boleh mengancam kestabilan perkhidmatan ekosistem yang mana

manusia bergantung kepadanya (McCann 2000). Contohnya, spesies

tumbuhan menukarkan tenaga daripada matahari kepada tenaga kimia

(22)

rantaian makanan untuk pelbagai pengguna yang terdiri dari haiwan.

Gangguan kepada biodiversiti oleh aktiviti manusia seperti pembalakan

haram, pembersihan hutan, pembukaan ladang dan eksploitasi sumber

akan mengakibatkan perkhidmatan dalam suatu ekosistem terjejas dan

ekosistem tidak stabil.

Satu ekosistem akan berada dalam keseimbangan apabila

komponen benda hidup (biotik) dan abiotik (bukan hidup) berada dalam

keseimbangan. Ini bermakna pada keadaan seimbangan, semua nutrien

dapat berkitar dengan berkesan, dan tiada komuniti organisma ataupun

fenomena semula jadi yang mengganggu aliran tenaga dan kitar nutrien ke

bahagian lain dalam ekosistem. Sebahagian keseimbangan ekosistem

melibatkan kawalan populasi organisma hidup.

2.2.6 Pemindahan tenaga dalam ekosistem

Cahaya matahari membekalkan tenaga kepada suatu ekosistem.

Pengeluar iaitu tumbuhan hijau menukarkan tenaga daripada matahari

kepada tenaga kimia secara fotosintesis. Pengguna terdiri dari haiwan

mendapat tenaga apabila memakan tumbuhan atau haiwan lain. Hubungan

pemakanan dalam suatu ekosistem dinamakan rantai makanan. Rantai

makanan adalah satu laluan yang menunjukkan bagaimana tenaga

dipindahkan daripada pengeluar kepada pengguna. Dalam suatu ekosistem

juga terdapat pelbagai jenis rantai makanan dan siratan makanan. Rantai

makanan berbentuk satu arah dan bermula dengan pengeluar (tumbuhan)

sehingga kepada pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna

seterusnya. Setiap peringkat dalam rantai makanan ditunjukkan dengan

menggunakan anak panah (→) yang bermaksud ‘dimakan oleh’. Siratan

(23)

Rajah 2.4 : Aliran tenaga dalam ekosistem

Kenalpasti pengeluar dan pengguna dalam rantai makanan

berikut:

PENGGUNA

PENGELUAR

PENGURAI pertukaran

nutrien & bahan organik

(24)

Latihan

Aktiviti 4: Siapa makan siapa?

Aktiviti 5: Permainan

Pilih satu ekosistem yang anda tahu. Senaraikan semua

hidupan di ekosistem tersebut. Cari maklumat tentang

hubungan makanan antara hidupan tersebut. Bina satu

permainan berdasarkan maklumat tentang jaringan makanan

yang diperolehi. Hantar tugasan ini kepada pensyarah

kursus anda.

2.2.7 Kitar Semula Jadi Dalam Ekosistem

Pergerakan bahan-bahan dalam ekosistem berlaku dalam bentuk kitaran

maka pergerakan bahan ini dinamakan Kitaran biogeokimia atau kitar

nutrien. Unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua

komponen biotik dan abiotik bumi. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun

dalam sesetengah kitaran terdapat tempat dimana unsur-unsur ini

dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang. Teras bagi proses ini adalah

Bina siratan makanan untuk hidupan berikut. Pamerkan hasil

kerja anda di dalam kelas.

Ramalkan apa yang akan berlaku jika organisma yang berada

di aras tertinggi dalam siratan makanan mati?

(25)

pemindahan tenaga daripada pengeluar kepada pengguna primer,

pengguna sekunder seterusnya organisma karnivor yang teratas. Dalam

proses ini bahan-bahan seperti karbon, nitrogen, fosforus, oksigen dan air

dipindahkan bersama dengan aliran tenaga ini.

Secara ringkasnya, kitar nutrien adalah proses nutrien bergerak

daripada alam sekitar fizikal kepada organisma hidup, dan kemudian dikitar

kembali kepada alam sekitar fizikal. Dalam sesuatu ekosistem, kitar nutrien

mestilah dalam keadaan seimbang dan stabil supaya organisma yang

tinggal di dalamnya sentiasa subur, berupaya berkembang dan membiak

serta kekal dalam populasi yang seimbang.

Kitaran biogeokimia terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Kitaran yang melibatkan bahan-bahan dalam bentuk gas-gas

seperti oksigen, nitrogen, dan karbon dioksida. Kitaran ini

dipanggil kitaran meruwap.

Kitaran yang melibatkan bahan-bahan yang tidak meruwap

seperti fosforus yang dinamakan kitaran tak meruwap atau

kitaran sedimentari.

Kitaran-kitaran ini mengawal empat unsur penting dalam kehidupan iaitu

kitar karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur.

a)

Kitar air

Dalam kitar air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan di

permukaan bumi, di atas dan di bawah permukaan tanah. Air boleh bertukar

bentuk daripada cecair, wap air dan pepejal di pelbagai tempat dalam

kitaran air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari

semasa ke semasa molekul air secara individu boleh datang dan pergi. Air

bergerak dari satu takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai

ke laut atau dari laut ke atmosfera melalui proses fizikal seperti

pengewapan, kondensasi, pemendakan, penurasan dan pengaliran

permukaan. Semasa proses-proses ini, air melalui fasa-fasa berbeza iaitu

(26)

Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba, yang

menyebabkan suhu berubah. Sebagai contoh, semasa proses pengewapan,

air menyerap tenaga dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran.

Manakala proses kondensasi dimana air akan membebaskan tenaga dan

memanaskan persekitarannya.

Rajah 2.5. Kitar Air

Rajah 2.4 merupakan kitar air yang menerangkan kesignifikan

dalam menetapkan kehidupan dan ekosistem di bumi. Dengan perpindahan

air dari satu kawasan tadahan ke kawasan tadahan yang lain, kitar air

menulenkan air, membekalkan tanah dengan air bersih , dan memindahkan

garam mineral ke bahagian bumi yang lain. Air juga terlibat dalam proses

mengubah struktur geologi bumi melalui proses hakisan dan pemendakan.

Sebagai tambahan disebabkan kitar air melibatkan pertukaran haba, ia juga

memberikan kesan kepada iklim sesuatu ekosistem.

b)

Kitar Nutrien

Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana setiap

nutrien di persekitaran mempunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara

(27)

Kedua-dua kitaran ini merupakan bahagian terpenting dalam kitar nutrien

dalam tanah.

i. Kitar Nitrogen

Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara.

Nitrogen dioksida di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya

dengan oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen

dengan kehadiran suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam

tindakbalas pembakaran dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran

internal. Asid nitrik (NO) dan nitrogen dioksida (NO2) akan terbentuk dalam

keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk

membentuk asid nitrik, HNO3. Nitrat yang terbentuk boleh digunakan oleh

tumbuhan sebagai nutrien.

Nitrogen di udara telah bertukar menjadi bahan biologi melalui

tindakan bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan

kekacang seperti kacang soya dan kacang tanah membentuk bintil-bintil di

akarnya dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di

udara dan menukarnya kepada ammonia, NH

3

. Amonia ini kemudiannya

ditukarkan oleh bakteria lain kepada ion nitrat (NO2-) , kemudian kepada ion

nitrat lain (NO3-). Ion nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai

nutrien atau baja untuk pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak

asid amino yang akan seterusnya menghasilkan protein.

Amonia juga boleh dihasilkan melalui proses sintetik yang

dinamakan Proses Haber. Nitrogen dan hidrogen bertindak balas di dalam

keadaan tekanan dan suhu yang tinggi. Nitrogen dan hidrogen akan

bertindak balas dalam tekanan dan suhu yang tinggi dengan kehadiran

mangkin untuk menghasilkan ammonia. Amonia boleh diaplikasikan terus ke

ladang sebagai baja. Ammonia juga boleh diproses seterusnya dengan

oksigen untuk menghasilkan asid nitrik. Tindakan ammonia dan asid nitrik

akan menghasilkan ammonium nitrat yang kemudian boleh digunakan

sebagai baja. Bahan buangan haiwan juga bila mereput boleh kembali ke

bumi sebagai nitrat. Untuk melengkapkan kitaran ini bakteria dalam tanah

melakukan proses denitrifikasi dimana nitrat ditukar semula kepada gas

(28)

ii. Kitar Karbon

Kitar karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi, kerana

kehidupan di bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh didapati

dalam jumlah yang banyak di udara dalam bentuk karbon dioksida. Apabila

tumbuhan berfotosintesis, ia menggunakan karbon dioksida daripada udara

, dan menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji, protein dan

makanan lain. Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon. Karbon

yang terdapat dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivor

iaitu haiwan yang memakan tumbuhan.

Haiwan herbivor seperti rusa menggunakan tumbuhan untuk

mendapatkan bahan binaan untuk tumbesaran sel-selnya. Ini memindahkan

karbon dari tumbuhan kepada haiwan. Karnivor seperti harimau mungkin

akan membunuh rusa tersebut dan memakannya seterusnya menggunakan

daging rusa ini untuk tumbesaran dan pembiakannya. Apabila akhirnya

kedua-dua tumbuhan dan haiwan ini mati, dan karbon dalam badan mereka

dikitarkan kedalam tanah. Bahan karbon dalam tanah ini akan dipecahkan

oleh fungi dan bakteria, membebaskan atom karbon ke dalam tanah dan

kembali ke udara sebagai karbon dioksida.

iii. Kitar fosforus

Fosforus juga adalah mineral yang penting kepada organisma. Ia adalah

elemen penting dalam asid nukleik, oleh itu ia merupakan asas bagi struktur

membran sel, fungsi dalam struktur dan fungsi ATP iaitu asas tenaga

terpenting dalam kehidupan.

Kitaran ini adalah satu kitaran sedimentari dimana batuan fosforus

adalah bentuk takungan utamanya. Fosforus memasuki kitar ini melalui

hakisan dan luluhawa simpanan fosforus. Fosforus yang larut memasuki

tumbuhan dan haiwan dan pengurai. Bahan-bahan ini dibawa oleh aliran

permukaan ke lautan dimana dimana ia boleh masuk ke dalam tumbuhan

dan haiwan semula. Zooflankton yang memakan fitoplankton memainkan

peranan penting dalam kitar ini kerana zooflankton ini mengumuhkan

fosforus yang berlebihan ke dalam air yang boleh diambil semula oleh

(29)

Organisma ini kemudian mati dan tenggelam di dasar bersama

organisma ini. Apabila fosforus terbenam bersama sedimen ia mungkin

tersimpan sehingga beberapa lama sehingga sedimen ini dibawa naik bila

berlaku proses perubahan geologi. Secara keseluruhan kitar ini perlahan.

Bentuk fosforus yang berguna adalah dalam bentuk ion PO4

-3

. Ia adalah

bentuk yang boleh diserap terus oleh tumbuhan. Fosforus juga berada

dalam keadaan tidak larut dalam bentuk sebatian dengan aluminium, besi

dan kalsium. Kebolehdapatan PO4

-3

ditentukan oleh pH dan kepekatan

ion-ion lain. Kadar kelarutan H2 PO4

-3

paling tinggi pada

pH sederhana. Dalam

keadaaan berasid atau beralkali bentuk kompleks tak larut dalam air atau

tanah terbentuk.

Aktiviti 6: Kitar Semulajadi

Tonton video bertajuk ‘Biogeochemical Cycle’ yang

berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=dDBU0lg-HYE

Bina kitar biogeokimia berdasarkan maklumat yang

diperolehi dari tayangan video tersebut. Buat analisis

terperinci tentang kitar air dan kitar biogeokimia

menggunakan peta dakap (brace map). Masukkan

hasil kerja dalam folio pembelajaran anda.

2.2.8 Konsep biodiversiti

Biodiversiti atau kepelbagaian biologi adalah variasi pelbagai bentuk

organisma atau hidupan dari pelbagai sumber di alam ini. Biodiversiti

merangkumi semua bentuk kehidupan dari sekecil mikroorganisma hingga

ke hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan seperti ikan paus serta pokok-pokok

yang besar. Setakat ini hampir 1.7 juta spesies telah dikenal pasti, namun

para saintis menganggarkan jumlah spesies yang terdapat di dunia ini

adalah lebih dari 100 juta. Biodiversiti dibahagikan kepada tiga peringkat

iaitu:

Kepelbagaian spesies

– merujuk kepada kepelbagaian organisma di

sesuatu kawasan. Misalnya pelbagai spesies iaitu gajah, harimau, pokok

dan sebagainya .

Kepelbagaian genetik

– merujuk kepada kepelbagaian gen dalam sesuatu

spesies. Gen adalah bahan pewarisan yang diturunkan daripada induk

(30)

Kepelbagaian ekosistem

– merujuk kepada kepelbagaian ekosistem

seperti laut, hutan tanah tinggi, padang rumput, padang pasir, ekosistem

akuatik, paya bakau dan sebagainya. Ekosistem mempunyai kepelbagaian

hidupan yang berbeza-beza bergantung kepada iklim dan jenis tanamannya.

2.2.9 Kepentingan biodiversiti

Biodiversiti penting kepada manusia dari segi prinsip intrinsik, faedah

ekonomi, kelangsungan hidup, perkhidmatan ekosistem, nilai pengetahuan

dan nilai estetik.

a)

Prinsip Intrinsik

Biodiversiti mempunyai nilai intrinsik (dalaman) iaitu nilai

kewujudan. Setiap organisma mempunyai hak untuk hidup.

Manusia mempunyai tanggungjawab moral dan etika untuk

memulihara biodiversiti.

b)

Faedah ekonomi

Biodiversiti menyediakan sumber ekonomi seperti makanan

(hidupan liar dan tanaman), ubat-ubatan, agen kawalan

biologi, bahan industri (kayu, getah) dan ekopelancongan

(taman rekreasi).

c)

Perkhidmatan ekosistem

Perkhidmatan ekosistem adalah fungsi semulajadi sesuatu

ekosistem yang boleh digunakan untuk faedah manusia dan

pengekalan ekologi. Perkhidmatan ekosistem termasuklah

kitaran air dan udara, kitaran nutrien, pendebungaan,

kawalan biologi dan sumber genetik. Biodiversiti memainkan

peranan utama dalam pengekalan perkhidmatan ekosistem.

d)

Nilai pengetahuan

Biologi

dan

ekologi

organisma

merupakan

sumber

pengetahuan untuk kajian lanjutan.

(31)

Manusia memperolehi pengalaman daripada hidupan liar.

Hidupan merupakan sumber inspirasi kepada kehidupan

manusia.

Memikir

Aktiviti 7: Kepupusan biodiversiti.

Tonton video bertajuk ‘Mass Extinction’ yang berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=vpxmTZ02FXg

Kenalpasti faktor-faktor penyebab kepupusan biodiversiti

menggunakan peta buih. Ramalkan kesan kepupusan

biodiversiti. Masukkan hasil kerja dalam folio pembelajaran

anda.

Rujukan

Enger, E.D., Ross, F.C. dan Bailey, D.B. (2007). Concepts in biology. (12

th

ed.). New York: Mc Graw Hill Higher Education.

Miller, G.T. (2004). Environmental Science:

W

orking with the earth. (10

th

ed.)

Canada: Thompson Learning, Inc.

Miller, G.T dan Spoolman, S. (2008).

Environmental Science: Principles,

connections and solutions. (12

th

ed.). Canada: Brooks/Cole Cengage

Learning.

Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005).

Biology.

(32)

TAJUK 3.0

ISU ALAM SEKITAR

Sinopsis

Tajuk tiga adalah tentang Isu Alam Sekitar. Tajuk ini terdiri daripada empat

bahagian yang utama iaitu Jenis Isu, Punca Isu Alam Sekitar, Kesan Isu

Alam Sekitar dan juga Menangani Isu Alam Sekitar.

Hasil Pembelajaran

Menjelaskan komponen alam sekitar dan mengenal pasti isu-isu,

punca isu dan impak isu alam sekitar

Kerangka Tajuk

Rajah 3.1. Kerangka tajuk tiga

3.1 Jenis, punca dan impak

Adakah anda sedar? Pada masa kini, seluruh dunia termasuk negara

kita Malaysia sedang mengalami pembangunan yang amat pesat sekali.

Aktiviti-aktiviti

manusia

lebih

mementingkan

pembangunan

dan

pertumbuhan ekonomi dengan kemajuan sains dan teknologi. Akibatnya

kesemua negara-negara seluruh dunia menghadapi pelbagai masalah dan

isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar seperti isu pertambahan

penduduk, pelupusan spesies flora dan fauna, penebangan hutan,

(33)

udara, bunyi dan darat, penipisan ozon, pemanasan bumi, kekurangan

bekalan sumber api, galian dan air serta pemendapan asid di permukaan

bumi.

3.1.1 Jenis Isu

Kemerosotan sumber yang tidak boleh diperbaharui

Sumber yang tidak boleh diperbaharui termasuklah bekalan tenaga

daripada bahanapi fosil seperti minyak petrol, gas dan arang batu, dan

mineral seperti kuprum dan nikel. Ia terbentuk melalui proses geologi

berjuta-juta tahun lamanya, dan wujud antara lapisan-lapisan batuan, tetap

dan tidak boleh diperbaharui semula apabila dikeluarkan daripada tempat ia

terbentuk. Bahan api akan semakin berkurangan dengan pengunaan yang

tinggi, terutamanya minyak petrol atau diesel apabila banyak kenderaan

digunakan. Hal ini menyebabkan pengunaan bahanapi lebih daripada yang

boleh dihasilkan. Namun sumber tenaga ini lebih menjadi pilihan

dibandingkan dengan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sebagai

contoh, adalah sukar untuk mencari sebuah kereta yang bergerak

menggunakan kuasa bateri, kuasa solar atau tenaga elektrik. Jika anda

temuinya, ia kurang efisien (tidak bergerak sepantas, praktikal dan

sebagainya), dan jika di temui kosnya adalah amat tinggi...!

Hakisan tanah

Tanah adalah suatu sember semula jadi yang penting, namun ia

jarang dianggap sebagai suatu sumber semula jadi yang perlu dipulihara

dengan baik. Namun tanah menghasilkan sumber asli yang sangat penting

kepada manusia seperti hasil-hasil tuaian makanan. Oleh itu pemuliharaan

tanah adalah penting untuk mengekalkan kualiti tanah dan meningkatkan

produktivitinya.

Satu daripada kejadian yang sering berlaku adalah hakisan tanah

yang boleh menyebabkan tanah runtuh. Tanah runtuh adalah merupakam

pergerakan Pergerakan batu, tanah,serpihan-serpihan batu dan tanah

menuruni tanah condong. Ia terdiri daripada kejadian-kejadian tanah jatuh,

(34)

Rajah 3.2. Kesan hakisan tanah

Tanah runtuh satu situasi yang berbahaya pada gunung ganang dan

kawasan berbukit, di muara sungai dan kawasan pinggir pantai. Ia boleh

menyebabkan kematian, kerosakan infrastruktur (jalanraya, jalan keretapi,

paip, empangan buatan manusia dsb) dan harta benda (bangunan, kawasan

pertanian dsb). Fenomena semulajadi contoh hujan lebat, gempa bumi,

letusan gunung berapi, atau akibat aktiviti-aktviti manusia seperti memotong

bukit, membuang hutan, membina struktur di atas bukit. Jika kawasan cerun

tidak diurus dengan baik, tanah runtuh boleh berlaku secara gelongsoran

atau gelinciran (Rajah 3.2)

(35)

Pencemaran (udara, air, bunyi dan tanah)

Pencemaran udara

Udara membekalkan kita dengan oksigen yang penting untuk badan

kita terus hidup. Komposisinya terdiri daripada 78% Nitrogen, 21% oksigen,

0.03% karbon dioksida CO2. Adalah penting untuk di kekalkan nisbah dalam

kompsisi sedemikian untuk benda hidup kekal hidup di bumi. Namun

aktiviti-aktiviti manusia boleh melepaskan bahan-bahan ke udara, yang mana ada

diantaranya boleh menimbulkan masalah kepada manusia, pokok dan

binatang. Perubahan dalam komposisi, atau pencemaran boleh secara

langsung menambah gas yang beracun dan berbahaya- yang mungkin

boleh menyebabkan satu siri komplikasi kesihatan, mempengaruhi

kehidupan pokok-pokok dan binatang- kerana proses kehidupan boleh

dikurangkan disebabkan pengurangan dalam kandungan oksigen di udara.

Sebuah kereta atau lori tidak akan membakar semua bahan api yang

masuk ke dalam tangki pembakaran, hanya 85% sahaja digunakan. Diesel,

biodiesel, gasoline, propana, gas asli, minyak, kayu dan arang batu semu

menghasilkan karbon monoksid bila dibakar. Hal ini lebih ketara dalam

kereta lama membakar kurang bahan api dan bahan api yang tidak terbakar

adalah punca jawab kepada masalah pencemaran seperti ditunjukkan di

bawah.

Pembakaran lengkap

Pembakaran tidak lengkap menghasilkan karbon monoksida

kurang oksigen

Bahan api fosil

+

Oksigen

Karbon dioksida + Air

O

2

CO

2

H

2

O

Bahan api fosil

+

Oksigen

Karbon Monoksida + Air

O

2

CO

H

2

O

(36)

Terdapat empat jenis pencemaran udara, iaitu akibat daripada:

disumbangkan oleh kenderaan atas jalanraya dan luar jalanraya.

Sumber-sumber lain CO adalah pemanas industri dan relau pembakar, pemanas gas

yang rosak atau tak berbahan api dan alat-alat pemanas. Gas karbon

monoksida tidak mempunyai bau, rasa dan warna. Oleh itu manusia tidak

dapat mengesan kehadirannya. Namun begitu peratusan yang tinggi dalam

udara mengurangkan pengambilan oksigen dan boleh jadi beracun atau

membunuh manusia dan binatang. Impak kesihatan Keracunan Karbon

Monoksid mudah penat, sakit kepala, pening, mual. Ia juga boleh

menyebabkan pemanasan global, menjadi satu komponen dalam kabut.

Hidrokarbon dilepaskan ke atmosfera hasil daripada pembakaran

tidak lengkap bahanapi fosil, dan penyejatan bahanapi. Sebanyak 47%

daripada hidrokarbon yang dilepaskan ke atmosfera adalah akibat

kenderaan atas-jalanraya dan luar-jalanraya. Hidrokarbon mempunyai bau

kuat. Bauu kuat daripada enjin kenderaan diesel adalah disebabkan

kehadiran hdrokarbon.

Bila hidrokarbon dicampur dengan NOx dan matahari, ozon

dihasilkan. Ia juga menyumbang satu komponen penting dalam penghasilan

kabut , jerebu yang bewarna coklat yang boleh kerengsaan dan kerosakan

pada mata, kulit dan paru-paru. Ia mengeringkan selaput pelindung pada

hidung dan tekak, menganggu kebolehan badan untuk melawan penyakit.

Hidrokarbon adalah dalam bentuk gas, mempunyai bau kuat, bercampur

dengan Nox untuk menghasilkan ozon, is boleh menjadi toksik kepada

manusia. Nitrogen oksid (Nox) dihasilkan apabila nitrogen (N2) dan oksigen

(O2) bercampur pada suhu dan tekanan tinggi semasa pembakaran

bahanapi. Semua bahanapi, seperti gasolin, disel, biodisel, propane,

arangbatu, dan etanol, megeluarkan NOx

bila dibakar. Nitrogen oksid

Referensi

Dokumen terkait