• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penglibatan Pelajar Universiti Terhadap Terhadap

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penglibatan Pelajar Universiti Terhadap Terhadap"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

Penglibatan Pelajar Universiti Terhadap Aktiviti Sosial Dalam Komuniti Pada Waktu Senggang: Kajian Perbandingan di Malaysia dan China

SUZANAH JUMAT

ANDI MUHAMMAD YUSUF B ANDI MADDUKELLENG MUHAMAD ROSLAN OMAR

ANUAR AHMAD

MOHD MAHZAN B. AWANG

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Email : ohashim75@gmail.com / andimuhdyusuf@gmail.com

Abstrak

Kajian ini bertujuan melihat penglibatan pelajar universiti terhadap aktiviti sosial dalam komuniti pada waktu senggang dengan membuat perbandingan antara pelajar Malaysia dengan China. Pengumpulan data menggunakan satu set soal selidik yang melibatkan maklumat demografi, tahap kekerapan penglibatan, faktor penglibatan, persepsi ketidakterlibatan dan kesan penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial dalam komuniti. Seramai 80 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang melibatkan 40 orang pelajar dari Malaysia dan 40 orang dari China. Data maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Stastistical Packages For The Social Sciences” (SPSS) versi 21 dan penghuraian berdasarkan peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara trend pelajar Malaysia berbanding pelajar China dari aspek yang dikaji iaitu tahap kekerapan dalam item yang dikaji menunjukkan semua menjawab sekurang-kurangnya satu kali sebulan berbanding pelajar China yang mana ada tiga aktiviti yang mereka tidak terlibat dan pelajar China lebih tertumpu kepada aktiviti sukan dengan tahap kekerapan lebih empat kali sebulan 47.5%. Dari segi faktor penglibatan menunjukkan peratusan pelajar Malaysia lebih tinggi dengan 71.5% berbanding China 66%. Seterusnya persepsi ketidakterlibatan juga menunjukkan pelajar Malaysia peratusan lebih tinggi. Manakala kesan penglibatan menunjukkan sebaliknya dimana hanya sedikit perbezaan peratusan antara Malaysia dan China 80% dan 81.5%. Walaupun terdapat perbezaan tetapi ianya bukanlah perbezaan yang ketara yang ditunjukkan oleh sampel kedua-dua negara. Ini berkemunkinan di pengaruhi oleh dasar kerajaan, gaya hidup serta persaigan yang wujud dalam kalangan populasi di kedua-dua negara.

(2)

PENGENALAN

Penglibatan pelajar universiti dalam aktiviti sosial komuniti banyak mendatangkan manfaat samada secara lansung atau tidak langsung. Pelajar adalah sebahagian golongan dari belia. Menurut definisi data Kementerian Belia dan Sukan (1997) belia adalah mereka yang berusia antara umur 15-40 tahun. Husain Mohamed (1997) mentakrifkan belia sebagai golongan ‘orang muda’ yang bertenaga, produktif, dan menguntungkan dari aspek guna tenaga kerja ekonomi.

Universiti merupakan tempat pendedahan pelajar kepada kemahiran insaniah yang berbeza dari institusi lain samada dari aspek berkomunikasi dan juga budaya bekerja berpasukan di semai dalam kalangan rakan pelbagai etnik dan bangsa misalnya menganjurkan acara sambutan perayaan, program mobiliti pelajar dan khidmat masyarakat dengan rakan sebaya, pensyarah dan anggota masyarakat. Walaupun aktiviti ini menjanjikan pengalaman , pembangunan keperibadian dan kebolehpasaran yang baik, namun mahasiswa agak keberatan memainkan peranan memberi sumbangan sewaktu dan tindak balas yang baik dalam aktiviti bersifat kemasyarakatan dan kebajikan.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Sejarah perkembangan organisasi belia pada awalnya bermula sejak zaman pentadbiran kolonial British. Beberapa konsep dan model organisasi belia yang sudah bertapak kukuh di Eropah dan Britain sama ada bercorak keagamaan, kebajikan, pengembaraan dibawa masuk dan berkembang sehingga ke hari ini. Data terdahulu pada tahun 1980 terdapat 19 persatuan belia berdaftar sama ada terlibat dalam kesatuan keagamaan, sukarelawan ataupun kebajikan (Rujuk Jadual 1.1).

Pasca selepas Perang Dunia Kedua menyaksikan lebih banyak pertubuhan, bersifat ke Melayuan dibentuk antaranya GPMS (1948), (PKPIM) yang menggabungkan sebahagian besar golongan pendidik, pelajar maktab, dan siswazah. Era 1950-an hingga 60-an menyaksikan evolusi dalam corak berpersatuan iaitu pertubuhan belia telah mula keluar dari kampus. Misalnya Briget Putera (1959), Briget Puteri (1960) Young Malaysia Movement (1960), belia 4B (1965) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (1971). Kepesatan aktiviti berpersatuan mula mendapat perhatian ketika itu sehingga membawa kepada penubuhan Jabatan Belia (1964 ) sebagai sokongan kerajaan. Data terkini mendapati sehingga Mei 2011 sebanyak 7,052 persatuan belia telah direkodkan oleh pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (PPPB). Johor menunjukkan jumlah persatuan belia tertinggi dengan 1,739 persatuan berbanding negeri lain.

(3)

Skuad Muda Rela, Crime Awareness Team (CAT), Anugerah Remaja Perdana, MyCorps dan lain-lain lagi. Kesan positif mula muncul apabila sejak akhir –akhir ini bidang kesukarelawanan menjadi fokus pelajar universiti. Kesukarelawan bermaksud melakukan sesuatu secara sukarela. Perkhidmatan mereka ini tidak memerlukan kelayakan tertentu. Keterlibatan pelajar dalam pelbagai bidang sukarelawan seperti khidmat komuniti, sukarelawan dalam bentuk teknikal, sukan, penerbitan, seni budaya dan sebagainya dapat meningkatkan jati diri remaja.

Jadual 1.1: Persatuan Belia Kebangsaan Malaysia Tahun 1980

Bil Pertubuhan Anggaran ahli

1 Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) 40,000

2 Briged Putera Malaysia 1,467

3 Briged Puteri Malaysia 1,200

4 Gabungan Persatuan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 73,450

5 Gerakan Belia 4B 200,000

6 Gerakan Belia Bersatu Malaysia 58,059

7 Majlis Belia Kristian 55,048

8 Majlis Belia FELDA Wilayah Selatan 19,409

9 Majlis Belia Hindu 25,310

10 Persatuan Belia Buddha 36,000

11 Persatuan Belia Buddhist 6,000

12 Persatuan Belia Kebangsaan Sabah 57,000

13 Persatuan Kebangsaan Pelajar – pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 30,625

14 Persatuan Kelab- Kelab Belia Malaysia 189,000

15 Persatuan Pandu Puteri 46,500

16 Persatuan Belia Metodis 6,200

17 Persatuan Pengakap Malaysia 81,776

18 Persatuan Belia Sarawak (SABERKAS) 68,243

19 Persatuan St. John Ambulans 22,700

[Sumber: Sekretariat Belia Malaysia dan Bah. Belia Kementerian Kebudayaan belia dan Sukan Malaysia, (1980)]

Jadual 1.2 : Penggunaan Waktu Senggang Untuk Aktiviti Sukarelawan

Penglibatan Peratusan (%)

Ya 18.2

Tidak 81.8

(Sumber : Institusi Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 2011)

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan ke atas 5,223 responden yang terdiri dari kalangan belia, hasil dapatan menunjukkan sebanyak 18.2 peratus belia menggunakan waktu senggang untuk aktiviti sukarelawan (Rujuk Jadual 1.2). Walau bagaimanapun, sebanyak 81.8 peratus menggunakan waktu senggang mereka dalam lain-lain aktiviti. Manakala penglibatan belia dalam aktiviti sukarelawan mengikut kategori umur menunjukkan belia yang dikategorikan remaja antara 15-25 tahun lebih berminat untuk menyertai aktiviti sukarelawan dan tanggapan aktiviti kemasyarakatan dapat menanam rasa tanggungjawab berbanding dengan mereka yang berumur 26-40 tahun.

(4)

Dapatan kajian mendapati motif utama golongan remaja bersukan adalah kerana didorong oleh faktor penguasaan kemahiran, intelektual, pergerakan dan bersosial. Merujuk jadual 1.3 menunjukkan remaja lelaki berumur 15-22 tahun menggunakan masa diantara 238 hingga 283 minit seminggu berbanding remaja perempuan iaitu 115 hingga 155 minit seminggu. Peningkatan usia seseorang remaja ke alam dewasa iaitu bermula pada umur 23 tahun ke atas menunjukkan trend masa yang digunakan untuk bersukan semakin menurun. Hal ini, disebabkan komitmen yang semakin bertambah setelahomit mereka memasuki alam dewasa seperti komitmen kepada keluarga dan kerja.

Jadual 1.3: Masa Bersukan di Kalangan Belia dan Masyarakat

Kategori Kategori Umur Lelaki

(Sumber : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia-UPM) (Kajian Penglibatan Belia dan Masyarakat Dalam Sukan 2009)

Merujuk Laporan Indeks Belia Malaysia (2011) aktiviti masa lapang merupakan petunjuk ketiga dan petunjuk yang baru ditambah kepada penilaian domain Waktu Senggang pada tahun 2011 (Rujuk Jadual 1.5). Sebanyak 10 sub petunjuk telah digunakan untuk mengukur petunjuk aktiviti masa lapang ini. Petunjuk aktiviti masa lapang ini ditambah ke dalam penilaian domain waktu senggang ini kerana belia Malaysia masa kini bukan sahaja terlibat dalam aktiviti sukan, bersenam atau kelab dan berpersatuan pada waktu senggang, belia hari ini juga terlibat dalam banyak aktiviti lain yang tidak menjadi salah satu fokus dalam Indeks sebelum ini tahun 2008. Jika melihat kepada jadual 1.4 di bawah tiga petunjuk yang dilihat iaitu sukan, kelab dan persatuan dan aktiviti masa lapang. Pada tahun 2006 dan 2008 aktiviti masa lapang tidak dimasukkan dalam domain ini tetapi setelah di masukkan pada tahun 2011 menunjukkan perbezaan yang amat ketara aktiviti masa lapang dengan 51.5 peratus berbanding sukan 21.3 peratus dan kelab dan persatuan 17.8 peratus. Ini jelas bahawa aktiviti remaja tertumpu kepada aktiviti masa lapang mereka yang dianggap lebih mudah untuk dilakukan.

Jadual 1.4 : Domain Waktu Senggang Belia di Malaysia

No. Indikator 2006 2008 2011

1 Sukan 14.3 47.7 21.3

2 Kelab dan Persatuan 19.9 10.9 17.8

3 Aktiviti Masa Lapang - - 51.5

Skor IBM 21.0 29.3 30.2

(5)

Jadual 1.5 : Domain Masa Senggang

4 Perpustakaan/ Kedai Buku 30.0

5 Kerja Sukarela 26.8

6 Melepak (cth. Kedai mamak, McDonald, Starbuck dsb) 40.8 7 Main Permainan Komputer (PSP, PS2, PS3 dll) 30.2

8 Mengunjungi tempat Ibadat 36.0

9 Hobi (Fotografi, Melukis, main alat muzik, kraftangan 75.2 10 Aktiviti rekreasi (berkelah, berkhemah, melancong dll) 82.7

SKOR IBM 51.5

(Sumber : Laporan Indeks Belia Malaysia, 2011 )

Terdapat 10 aktiviti yang paling popular dalam kalangan belia menjadi trend pada tahun 2011. Ia dijadikan sebagai petunjuk untuk mengukur petunjuk aktiviti masa lapang seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1.5. Daripada skor yang didapati, terdapat empat aktiviti masa lapang yang menunjukkan penglibatan belia pada tahap sangat baik. Antaranya aktiviti hiburan (83.3), aktiviti rekreasi (82.7), hobi (75.2) dan laman sosial (66.7). Keenam-enam aktiviti masa lapang yang lain menunjukkan penglibatan belia berada pada tahap yang sederhana baik sahaja.

Beralih kepada perkembangan penyertaan komuniti sosial di China memperlihatkan pergerakan belia di China bermula seawal abad ke -20 melalui penglibatan golongan akademik universiti serta siswazah yang mendapat pendidikan barat seperti Dr Sun Yet San, dan Mao Tse Tung. Kedua tokoh ini memainkan peranan penting dalam sosiopolitik masyarakatnya dan kecenderungan ke arah Parti Comintern. Dalam era Great Cultural Revolution 1965-1967 bagi memulihkan kecemerlangan dan keunggulan ideologi Komunis China, golongan belia yang paling aktif dalam usaha memastikan kelangsungan ideologi dalam masyarakat. Jelasnya di China , aktiviti kesukarelawan merupakan sektor yang tidak berasaskan keuntungan tetapi mempunyai matlamat sosial yang iaitu mengembeling tenaga belia untuk menghidupkan fahaman komunis. Selepas bermulanya era Komunis di China, tidak terdapat banyak maklumat yang dapat diperolehi berkaitan penyertaan belia khususnya pelajar universiti dalam bidang kerja komuniti sosial. Dunia nya seakan hilang dari pandangan, sesuai dengan dasar tertutup (isolasi) yang seolah – olah menyimpan seribu cerita di dalamnya dari tatapan umum. Namun dasar ini menampakkan perubahan menjelang 1997 dan sekali gus China perlahan – lahan mula keluar dan mulai muncul sebagai salah satu pemacu kuasa ekonomi yang mengagumkan dewasa ini dengan potensi yang dimilikinya.

(6)

asing 22 ribu orang. Kebanyakan pemohon terdiri daripada orang muda, dan hampir 50% daripada mereka mempunyai pengalaman yang berkhidmat sebagai sukarelawan. Sebanyak 97.87% pemohon umurnya belum mencapai 35 tahun, dan 79.9% berkelulusan dari universiti. Ini ada kaitannya dengan semangat kekitaan yang tersemat jiwa pelajar dan belia yang diperolehi di awal berkembangnya fahaman Komunis ( telah disentuh di awal perbincangan).

Walau bagaimanapun penyertaan pelajar dalam aktiviti bersifat aktiviti sukan agak kurang memberangsangkan. Ini disokong oleh Fu, Chong dan Ng (2004) mendapati tahap kecerdasan fizikal dalam kalangan masyarakat China lebih rendah dengan masyarakat Canada, USA dan Jepun. Ini di sokong oleh Fu, Chung dan Louise (1998) mendapati lebih 80 % golongan belia hanya bersenam hanya sekali seminggu. Lindner dan Speak (1950 mengatakan 50 % pelajar tidak gemar bersenam. Ini disebabkan oleh 3 faktor iaitu budaya dan persaingan dalam pelajaran menyebabkan pelajar China lebih fokus pada pelajaran. Kedua adalah kerana kesesakan persekitaran tempat tinggal menyebabkan pelajar kurang bermotivasi untuk bersenam dan kekurangan kemahiran bersukan menyebabkan mereka memilih untuk tidak bersukan.

PERNYATAAN MASALAH

Aktiviti sosial dalam komuniti mempunyai potensi untuk berperanan sebagai agen perubahan dan pembangunan jati diri dikalangan pelajar universti. Potensi ini akan menjadi kenyataan apabila pelajar berkeupayaan menjana potensi yang ada melalui saluran yang disediakan oleh pihak universiti mahupun pihak-pihak luar. Melanjutkan pelajaran di peringkat universiti merupakan idaman semua pelajar sejak dibangku sekolah. Selain menjadi “tiket” untuk mendapat pekerjaan yang baik, universiti juga adalah tempat untuk melatih sifat kepemimpinan dan keterampilan diri manusia terpelajar atau mahasiswa sebagai pemimpin yang akan berbakti kepada masyarakat dan negara apabila tamat pengajian.

Menurut Che Mohd Amil (1991), menyatakan di negara kita kesedaran terhadap betapa pentingnya menyediakan pelajar universiti supaya mempunyai sikap bertanggungjawab telah lama wujud dan direalisasikan dengan usaha-usaha di pelbagai peringkat khususnya dalam aktiviti sosial komuniti. Sama ada di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan di kalangan pelajar-pelajar mahupun masyarakat. Usaha memupuk sikap ini telah dilakukan melalui penganjuran di peringkat universiti, masyarakat dan pihak kerajaan.

Malangnya ramai pelajar yang terpengaruh dengan pendapat yang menyatakan bahawa penyertaan dalam kegiatan aktiviti sosial tidak mendatangkan apa-apa faedah dan hanya membazirkan masa dan wang ringgit. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang bergiat cergas dalam kegiatan aktivi sosial dalam komuni ini berbanding dengan bilangan sebenar pelajar sesebuah universiti.

(7)

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan kajian di atas, beberapa objektif telah dibina di dalam kajian ini untuk melihat perbandingan di antara pelajar Malaysia dan China dari aspek seperti di bawah:-

1. Melihat tahap kekerapan penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial dalam komuniti pada waktu senggang.

2. Mengenal pasti faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial dalam komuniti. 3. Melihat persepsi ketidakterlibatan pelajar dalam aktiviti sosial dalam komuniti. 4. Melihat kesan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial dalam komuniti.

TUJUAN KAJIAN

1. Memahami tahap kekerapan penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial dalam komuniti pada waktu senggang.

2. Melihat faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial. 3. Mengkaji persepsi ketidakterlibatan dalam aktiviti komuniti. 4. Mengetahui kesan penglibatan pelajar dalam aktiviti komuniti

KAJIAN LEPAS

Di Malaysia, penyelidikan tentang kepentingan penyertaan pelajar universiti masa senggang terhadap aktiviti sosial dalam komuniti agak kurang diberi perhatian berbanding di negara maju yang menyedari tentang keperluannya membentuk kemahiran insaniah yang unggul. Lian Yoke Peng (1989), dalam kajiannya tentang faktor yang mempengaruhi penglibatan mahasiswa di Kamsis Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam aktiviti kokurikulum dan kesukanan anjuran universiti mendapati faktor pengaruh keluarga, rakan sebaya, sikap, masalah peribadi dan cara pengurusan aktiviti turut menyumbang permasalahan ini. Pelajar yang terlibat dalam bersukan juga menunjukkan sikap yang positif berbanding pelajar yang tidak terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Ini disokong oleh Lim Chin Hin (1990) menambah kemudahan bersukan, dan alam sekitar juga memberi kesan terhadap penglibatan pelajar. Hasil penyelidikannya terhadap 200 orang pelajar mendapati sikap positif pelajar terhadap program sukan juga dipengaruhi oleh jantina.

Melalui keterlibatan dalam aktiviti sosial dapat membina sifat kepimpinan yang cekap dan berkesan dikalangan pelajar universiti. Merujuk (Gribben, 1972) pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma. Proses membentuk dan melahirkan pemimpin yang terbaik memerlukan masa yang panjang. Pemimpin yang hebat sekarang ini tidak dilahirkan sebagai pemimpin secara semula jadi, sebaliknya dibentuk melalui proses pembentukan daya kepimpinan yang berterusan sejak zaman persekolahan (Azizah, 1991).

(8)

penglibatan dan sikap mereka terhadap aktiviti. Hasil kajian yang diperoleh melalui data pelajar dari negara China mendapati adanya hubungan yang signifikan antara umur pelajar terhadap pengaruh melibatkan diri dalam sukan dan memahami faedah menyertai sukan rekreasi. Pelajar dari negara China dilihat bersenam 4-5 kali seminggu berbanding 5 pelajar dari negara lain. Sukan rekreasi yang disukai oleh pelajar dari China adalah bola keranjang, badminton dan ping-pong dan faktor galakkan ibu bapa adalah penyebab penglibatan sukan rekreasi dalam kalangan pelajar dari negara ini.

DEFINISI KONSEP

Tahap Penglibatan Pelajar universiti

Penglibatan atau penyertaan mempunyai pelbagai pengertian. Menurut Pring dan Noe (2002) penglibatan bermaksud:

“all en-compassing label to describes the various mechanisms that individuals or group may use to communicate their views on a public issue”.

Pelajar universiti yang dikategorikan sebagai belia dikaitkan dengan aktiviti bersosial, menjalin persahabatan, dan hidup saling bantu membantu dalam pelbagai aspek. Menurut Daniel Levinson (1978) teori perkembangan kitaran hidup belia seseorang individu yang memasuki awal dewasa (15-28 tahun), belia mulai mencari identiti diri dari aspek pendidikan, pemilihan kerjaya, perkahwinan, perhubungan nilai dan gaya hidup, pada usia pertengahan dewasa ( 29-39 tahun) peluang bagi individu membina struktur hidup yang lebih memuaskan pada era yang seterusnya. Peringkat ini dikatakan sebagai settle down bagi individu kerana komitmen lebih tinggi terhadap kerjaya dan keluarga diberikan perhatian. Bagi memahami sikap personaliti pelajar di universiti teori perkembangan pelajar boleh digunakan bagi menjelaskan perkembangan mereka sepanjang belajar di universiti.

Teori Perkembangan Pelajar IPT

Pembangunan modal insan yang menyeluruh menuntut IPT memberi tumpuan pada kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Persekitaran yang kondusif merangsang minat pelajar untuk menghasilkan output yang bermutu. Teori perkembangan pelajar banyak di adaptasi daripada Teori Chickering dan Reisser (1993). Teori ini menerangkan perkembangan pelajar sebagai satu siri perubahan kualitatif dalam pemikiran , tingkah laku, emosi dan hubungan orang lain dengan diri sendiri menghasilkan pembentukan identiti yang merupakan kunci pada perkembangan pelajar. Terdapat 7 vektor utama yang akan dilalui oleh pelajar dalam usaha membentuk identiti dan kematangan diri semasa mengikuti pengajian di institut pendidikan tinggi :

1. Meningkatkan kompetensi 2. Mengurus emosi

3. Membentuk autonomi diri 4. Membentuk identiti 5. Membentuk hala tuju 6. Membentuk integriti

7. Mengurus hubungan interpersonal yang matang

(9)

(1993) menekankan tahun pertama di universiti adalah tempoh pembangunan diri pelajar. Sekiranya pelajar dapat mengurus emosi , membentuk autonomi dan berjaya mewujudkan rasa hormat-menghormati maka pengalaman memberi kesan pada kerjaya dan perhubungan mereka pada masa hadapan. Ini disokong oleh Gordon (2007) menyatakan pengalaman di universiti mempunyai hubung kait dengan corak kehidupan dan pembentukan identiti pelajar.

Aktiviti Sosial Dalam Komuniti

Almond, (1997) telah membuat kajian dan menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum dan aktiviti sosial dalam komuniti telah memberi banyak peluang kepada pelajar. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini sudah pasti wujud interaksi sosial antara mereka atau dengan komuniti setempat. Dengan wujudnya interaksi akan memantapkan lagi kemahiran interpersonal diri seseorang pelajar. Oleh itu, amatlah wajar pengurusan universiti telah mewajibkan pelajar mereka untuk terlibat dengan aktiviti sosial dalam komuniti. UKM salah sebuah IPTA di negara ini yang telah menawarkan 8 kredit untuk aktiviti pelajar dan ada antara universiti menawarkan pada kadar 2 hingga 6 kredit untuk aktiviti pelajar. Ini telah menampakkan betapa seriusnya sesebuah IPT untuk membolehkan pelajarnya terlibat dengan pelbagai aktiviti sosial dalam komuniti.

Waktu Senggang di Universiti

Masa senggang bermaksud masa lapang dan masa luang bagi remaja yang memerlukan cara bagi menggunakannya. Masa senggang biasanya ada pada hujung minggu atau waktu cuti atau masa-masa tertentu yang lain. Masa senggang selalu menyebabkan remaja hilang fokus dan menyebabkan salah guna masa berlaku. Masa senggang kalau digunakan dengan baik amat bermanfaat dalam menimba ilmu pengetahuan menerusi ulang kaji, mendapat maklumat baru menerusi pembacaan, perbincangan, melayari internet dan juga menonton. Dengan penggunaan masa senggang yang berkesan sudah pasti ianya mendatangkan pelbagai faedah. Antara faedah masa senggang yang boleh dikategorikan kepada faedah psikologi, faedah kepada alam sekitar, faedah psikologi, dan juga faedah sosial.

M.J. Leitner & S.F. Leitner (2012) masa senggang ditakrifkan sebagai masa percuma atau

unobligated yang tidak melibatkan kerja atau melaksanakan fungsi kehidupan yang lain. Realitinya adalah bahawa masa lapang sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan sama ada positif atau negetif. Manakala menurut Edginton dan Chen pula (2008), masa senggang memberi peluang optimum untuk mencari pengalaman baru, mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai-nilai. Ia adalah masa untuk mencipta semula, menumpukan semula, memperbaharui, dan menukar atau diubah terhadap penerokaan diri individu. Hal ini adalah penting agar setiap individu sentiasa mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi membolehkan jenis transformasi positif diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia masa hadapan yang sentiasa berubah-rubah.

(10)

menarik minat terhadap sesuatu secara peribadi agar menyenangkan, berfaedah, dan menyediakan asas (N.P Gist & S. F. Fava, 1964). Selain itu, masa senggang juga merujuk kepada masa percuma, percuma iaitu dari keperluan untuk mengambil berat tentang penyelenggaraan (David E. Gray, 1971).

Secara keseluruhannya masa senggang bermaksud masa lapang dan masa luang bagi seseorang yang memerlukan cara bagi menggunakannya. Masa senggang biasanya ada pada hujung minggu atau waktu cuti atau masa-masa tertentu yang lain. Kadang kala masa senggang boleh menyebabkan seseorang individu hilang fokus. Masa senggang kalau digunakan dengan baik amat bermanfaat dalam memberikan nilai tambah kepada seseorang individu. Di dalam konteks penulisan ini masa senggang akan dihubungkaitkan dengan pelajar universiti khususnya dalam melihat penyertaan pelajar universiti ( belia ) dalam aktiviti sosial dalam komuniti.

Faktor Penglibatan Pelajar

Azemi (2004) dalam kajiannya menunjukkan motif penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan mengikut urutan kepentingan ialah meningkatkan kemahiran, keseronokan kecergasan, dan pengiktirafan. Manakala Lim Chin Hin (1990) membuktikan bahawa faktor-faktor yang menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan di universiti dipengaruhi oleh sikap pelajar. Vogler dan Schwartz (1993) pula menambah bersukan membolehkan penyertaan yang meluas dari pelbagai golongan serta peringkat anggota komuniti tanpa mengira usia, jantina atau kaum. Hujah Nixon dan Frey (1996) menyatakan sukan berfungsi menyatukan masyarakat melalui perkongsian minat dan komitmen.

Persepsi Ketidak Terlibatan Pelajar

Penggunaan masa yang lama dan tenaga yang banyak semasa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti komuniti telah dijadikan alasan mengapa pelajar universiti kurang melibatkan diri dalam aktiviti sosial dalam komuniti. Sebagai contoh jika seseorang pelajar terlibat dengan program khidmat masyarakat yang dianjurkan di peringkat universiti atau kolej ia memerlukan perancangan awal bagi memastikan program yang dianjurkan mencapai matlamatnya. Maka perancangan awal dan komitmen amat di perlukan dan ini sudah pasti memerlukan masa dan tenaga. Menurut Quek and Steven (1994) menjelaskan kesan negatif penglibatan dalam sukan dikatakan menjadi unsur pengganggu kepada proses pembelajaran dengan mengambil terlalu banyak masa dan tenaga.

(11)

untuk persediaan. Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat 3 faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam sesuatu aktiviti itu :

1. Faktor struktur seperti, peralatan, masa, wang, maklumat dan kekurangan kemudahan. 2. Faktor interpersonal melibatkan interaksi antara individu seperti kesulitan mencari rakan

yang sesuai untuk bermain seperti dalam sukan badminton.

3. Faktor intrapersonal melibatkan keadaan psikologi individu seperti kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.

Kesan Terhadap Penglibatan Pelajar

Kesan penglibatan aktiviti sosial dalam komuniti mendatangkan kesan positif kepada pelajar universiti. Menurut Ee (1990) penerapan komunikasi yang lebih berkesan sebenarnya lebih banyak berlaku di luar bilik darjah. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti pengurusan memerlukan kerjasama dengan pihak luar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Sifat bekerjasama, semangat berpasukan dan memberikan komitmen dapat meningkatkan kemahiran komunikasi ke tahap yang lebih baik. Walau bagaimanapun Muzlifah (2004) mendapati nilai peratusan setuju yang tinggi faktor minat sebagai pendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial. Ini membuktikan minat memainkan peranan dalam membuat keputusan proses pembelajaran. Minat dan kecenderungan boleh mempengaruhi pelajar untuk terus berusaha ke arah mencapai kejayaan yang di angan-angankan. Oleh itu, Nelfianty (2004) mencadangkan untuk menarik minat pelajar, kajian terperinci tentang motif pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan aktiviti komuniti perlu dijalankan.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian ini berbentuk kuantitatif iaitu melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Data di Malaysia diambil dalam minggu bulan November sementara data di China di kutip pada 12-16 Disember 2013. Kaedah soal selidik di dapati lebih mudah kerana data dikutip secara terus daripada borang, masa menjawab yang singkat kerana responden hanya perlu menanda (√) sahaja pada jawapan yang tersedia dalam borang. Menurut Glassow (2005) jenis soalan seperti ini adalah yang paling mudah bagi responden untuk menjawab dan penyelidik untuk menganalisis data. Skala Likert digunakan bagi memudahkan responden memilih jawapan berdasarkan pilihan yang telah diberikan n 1 = Amat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Sederhana Setuju, 4 = Setuju dan 5 = Amat Setuju.

(12)

Tempat, Populasi, Persampelan dan Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan seramai 80 orang pelajar IPT mewakili 40 di UKM ( Malaysia ) dan 40 orang lagi di universiti Sun Yet Sen (Guangzhou) dipilih secara rawak. Lingkungan umur sampel adalah antara 19 hingga 40 tahun.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik yang dibina sendiri dan sesetengahnya merujuk kepada item-item kajian lepas berkaitan dengan persoalan kajian. Pengkaji menggunakan soal selidik kerana ianya lebih sesuai dan praktikal, berkesan dan efektif . Soal selidik ini juga boleh mengelakkan daripada berlaku ‘bias’. Selain itu, instrumen ini juga memberi peluang kepada responden untuk berfikir semasa menjawab. Setiap soalselidik mengandungi 4 bahagian iaitu:

Bahagian A : Bahagian ini mengandungi maklumat demografi responden seperti jantina, umur, etnik, negara asal dan persatuan atau kelab sosial komuniti yang disertai. Responden dikehendaki menandakan (√ ) pada ruang yang disediakan.

Bahagian B : Bahagian B mengandungi item-item bagi menjawab persoalan yang berkaitan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial dalam komuniti. Pengkaji mengemukakan 10 item dalam bahagian ini. Responden dikehendaki (√ ) pada ruang disediakan yang terdiri daripada 1 hingga 4 ( Skala Likert ) yang terdapat disebelah jawapan yang dipilih. Sekala Likert adalah seperti berikut:-

1. Tidak pernah ( 0 ).

2. Kadang – kadang ( sekali sebulan). 3. Kerap ( 2-3 kali dalam sebulan ).

4. Sangat kerap ( lebih 4 kali dalam sebulan ).

Bahagian C : Manakala Bahagian C pula mengandungi 10 item yang merujuk kepada persoalan kajian faktor penglibatan pelajar universiti terlibat dalam aktiviti sosial dalam komuniti. Dalam bahagian ini juga, responden dikehendaki (√ ) yang terdiri daripada 1 hingga 5 ( Skala Likert ) yang terdapat disebelah jawapan yang dipilih. Sekala Likert adalah seperti berikut:-

1. Amat tidak setuju ( STS ). 2. Tidak setuju ( TS )

3. Tidak pasti ( TP ). 4. Setuju ( S ).

5. Amat setuju ( SS ).

Bahagian D : Bahagian D pula adalah berkaitan dengan persoalan bagi pengkaji mendapatkan maklumat berkaitan persepsi ketidakterlibatan pelajar universiti dalam aktiviti sosial dalam komuniti. Terdapat 10 item yang dikemukakan dalam bahagian ini. Responden dikehendaki (√ ) yang terdiri daripada 1 hingga 5 ( Skala Likert ) yang terdapat disebelah jawapan yang dipilih. Sekala Likert adalah seperti berikut:-

1. Amat tidak setuju ( STS ). 2. Tidak setuju ( TS ). 3. Tidak pasti ( TP ). 4. Setuju ( S ).

(13)

Bahagian E : Bahagian E pula adalah berkaitan dengan persoalan bagi pengkaji mendapatkan maklumat berkaitan Kesan Terhadap Penglibatan Pelajar Universiti Dalam Aktiviti sosial dalam komuniti. Terdapat 10 item yang dikemukakan dalam bahagian ini. Responden dikehendaki. (√ ) yang terdiri daripada 1 hingga 5 ( Skala Likert ) yang terdapat disebelah jawapan yang dipilih. Sekala Likert adalah seperti berikut:-

1. Amat tidak setuju ( STS ).

Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science

(SPSS) versi 21. SPSS ialah antara pakej statistik yang sering digunakan oleh penyelidik khususnya dalam bidang sains sosial bagi menganalisis data.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Demografi Responden

Jadual 1.6 memperlihatkan status demografi responden yang telah dikumpulkan dari negara Malaysia dan China. Jumlah responden bagi kedua-dua negara iaitu 40 orang responden Malaysia dan 40 orang responden China. Responden lelaki dari Malaysia berjumlah 19 orang (48%) dan Perempuan 21 (53%) manakala responden lelaki dari China pula berjumlah 23 orang (57.5%) dan Perempuan 17 Orang (42.5%).

Jadual 1.6 : Demografi Responden di Malaysia dan China

Maklumat Responden Malaysia China

(14)

Dari segi umur majoriti responden di Malaysia dan China menunjukkan mereka yang berumur diantara 18-25 tahun berjumlah 21 dan 37 orang mewakili 53% dan 92.5% daripada jumlah responden di kedua-dua negara. Manakala mereka yang berumur 26-30 tahun seramai 7 dan 2 orang dengan 18% dan 5%, mereka yang mewakili 25% dan 2.5% atau 10 dan 1 responden adalah yang berumur 31-35 tahun dan yang berumur 36 tahun ke atas di Malaysia sebanyak 2 orang dengan 5% manakala di China tiada responden. Daripada kajian menunjukkan bahawa mereka yang mewakili 53 responden berumur 18-25 tahun adalah mereka yang belajar di peringkat prasiswazah bagi responden dari Malaysia. Manakala responden dari Negara China yang berumur antara 18-25 tahun adalah terdiri daripada pelajar di peringkat ijazah pertama dan sarjana.

Dari segi pecahan mengikut etnik dan bangsa menunjukkan bangsa melayu paling dominasi dengan jumlah 27 responden (68%), etnik Bumiputra Sabah dan Sarawak seramai 8 responden (20%), bangsa Cina seramai 3 responden (8%) dan bangsa India 2 responden (5%). Pecahan data ini tidak menunjukkan komposisi sebenar etnik/ bangsa pelajar universiti di malaysia. Responden dari Negara China lebih dikenali dengan bangsa China dan tidak menunjukkan komposisi etnik mereka.

Dari segi persatuan dan kelab sosial komuniti yang di sertai. Data pada jadual 10.1 Menunjukkan majoriti pelajar memilih kelab sukan dan rekreasi dengan 58% atau 23 responden, sukarelawan 15% dengan 6 responden, rukun tetangga dan persatuan belia masing-masing dengan 10% atau 4 responden, Rela 5% dengan 2 responden dan lain-lain 3% dengan 1 responden. Data ini menunjukkan aktiviti pelajar universiti lebih bersifat santai melalui aktiviti rekreasi yang dapat menyeronokan serta menyegarkan badan dan melapangkan fikiran. Manakala responden dari China menunjukkan sebaliknya dimana 42.5% responden terlibat dengan aktiviti persatuan belia dan diikuti dengan aktiviti sukarelawan 35%, kelab sukan dan rekreasi 20% dan rukun tetangga 2.5%. Secara keseluruhan penyertaan pelajar universiti di Malaysia bertumpu kepada kelab sukan dan rekreasi, manakala di China lebih bertumpu kepada persatuan belia.

Tahap Kekerapan Penglibatan Pelajar Malaysia dan China Terhadap Aktiviti Sosial Dalam Komuniti Pada Waktu Senggang

(15)

Jadual 1.7 : Peratusan Tahap Kekerapan Penglibatan Pelajar Malaysia dan China Terhadap Aktiviti Sosial Dalam Komuniti Pada Waktu Senggang

Bil Tahap Kekerapan Aktiviti-Aktiviti Penglibatan Pelajar Universiti Dalam Aktiviti Komuniti Sosial Pada Waktu Senggang

Malaysia China

Tahap Kekerapan % Tahap Kekerapan

%

1 Aktiviti di pusat ibadat Kadang-Kadang 55.0 Tidak Pernah 82.3 2 Gotong-royong Kadang-Kadang 72.5 Tidak Pernah 45.0

3 Sukan Kerap 40.0 Sangat Kerap 47.5

4 Rekreasi Kerap 45.0 Kerap 45.0

5 Rukun tetangga / Kejiranan Kadang-Kadang 52.5 Kadang-Kadang 40.0 6 Persatuan Belia Kadang-Kadang 47.5 Kadang-Kadang 35.0 7 Sambutan perayaan Kadang-Kadang 55.0 Kadang-Kadang 60.0

8 Kenduri Kadang-Kadang 57.5 Kadang-Kadang 47.5

9 Kematian Kadang-Kadang 65.0 Tidak Pernah 52.5

10 Bencana alam Kadang-Kadang 50.0 Tidak Pernah 60.0

[1. Tidak Pernah ; 2. Kadang-kadang (1 kali sebulan), 3.Kerap (2-3 kali sebulan) ; 4. Sangat Kerap (lebih 4 kali sebulan) ]

(Sumber : Kerja Lapangan 2013)

Tahap kekerapan kadang-kadang di Malaysia ditunjukkan pada aktiviti kematian dengan peratusan yang paling tinggi iaitu 65% seterusnya diikuti dengan kenduri 57.5%, sambutan perayaan 55%, rukun tetangga atau kejiranan 52.5%, bencaana alam 50% dan peratusan yang paling rendah pada tahap kadang-kadang adalah persatuan belia 47.5%. manakala di China aktiviti yang berada pada tahap kekerapan kadang-kadang yang paling tinggi peratusannya ialah sambutan perayaan 60%, seterusnya kenduri 47.5%, rukun tetangga atau kejiranan 40% dan persatuan belia 35% berada paling rendah pada kategorinya. Di China aktiviti yang tidak pernah mereka terlibat ada empat iaitu gotong-royong 45%, kematian 52.5%, bencana alam 60%, dan yang paling tinggi adalah aktiviti di pusat ibadah 82.5%. Ini semua di pengaruhi oleh dasar negara China yang lebih terkenal dengan negara sosiolisme (komunisme) yang mana tidak boleh mengamalkan kebebasan beragama dan tidak percaya pada konsep ketuhanan.

Menurut Azimi Hamzah, Turiman Suandi, Ezhar Taman dan Khairuddin Idris (2002) perlunya untuk memastikan keberkesanan program belia perlu di rancang mengikut umur berikut ( 15-23 tahun, 24-30 tahun, dan 31-40 tahun) kerana kematangan dan keperluan mereka berbeza–beza ini dapat diperhatikan melalui data yang ditunjukkan dimana responden dari negara China terdiri dari golongan muda berumur diantara 18-25 tahun mereka lebih kepada aktiviti sukan dan rekreasi berbanding responden dari Malaysia menyatakan semua aktiviti pada tahap min sederhana rendah antara 2.08 hingga 2.83 kecuali aktiviti bencana alam sahaja pada nilai min rendah 1.73. Oleh itu, setiap badan persatuan, dapat merancang aktiviti yang sesuai dengan minat pelajar pada usia mereka agar dapat menarik minat mereka untuk terus terlibat dengan aktiviti yang berfaedah untuk diri, keluarga dan masyarakat.

Faktor Penglibatan Aktiviti Sosial Dalam Komuniti dikalangan Pelajar Malaysia dan China

(16)

pula menunjukkan data yang sama iaitu mencari pengalaman 90%, meningkatkan potensi diri 90% dan menambah kenalan rakan 90%.

Jadual 1.8 : Min dan Peratusan Faktor Penglibatan Aktiviti Sosial Dalam Komuniti dikalangan Pelajar Malaysia dan China

Bil Saya Terlibat Dalam Aktiviti Komuniti Kerana : Malaysia China Min % Min %

1 Keluarga 3.70 60.0 3.23 50.0

2 Meningkatkan potensi diri 4.15 87.5 4.15 90.0

3 Mencari Pengalaman 4.33 97.5 4.28 90.0

4 Mendapatkan pengaruh 3.35 50.0 3.85 60.0

5 Minat 3.95 82.5 4.15 80.0

6 Menjana pendapatan 2.98 32.5 2.98 20.0

7 Menghilangkan stress 3.73 70.0 3.83 70.0

8 Menambah kenalan / rakan 4.13 85.0 4.30 90.0

9 Mengisi masa lapang 4.00 85.0 3.33 50.0

10 Pengaruh Rakan 3.58 62.5 3.68 60.0

Min Keseluruhan 3.79 71.5 3.78 66.0

(Skala : 1. Sangat Tidak Setuju; 2. Tidak Setuju; 3. Tidak Pasti; 4. Setuju, 5 Sangat Setuju)

(Sumber : Kerja Lapangan 2013)

Dari segi faktor menjana pendapatan menunjukkan ditahap peratus yang paling rendah diantara kedua-dua negara iaitu pelajar Malaysia 32.5% dan pelajar China 20%. Hal ini, menunjukkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial komuniti ini bukanlah berorentasikan menjana pendapatan semata-mata namun lebih kepada mencari pengalaman. Data kedua-dua negara jelas menunjukkan faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial komuniti d agak seimbang dalam semua item yang dinilai.

Kajian ini selari dengan kajian yang jalankan oleh E Pei Sze (2007) mendapati rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar cenderung mengikuti rakan sebaya dalam menyertai sebarang aktiviti. Melalui penggunaan masa senggang dan penglibatan pelajar dalam sesuatu aktiviti memberikan kesan kepada pelajar itu sendiri dan universiti amnya. Hal ini, bertepatan kajian Kuh et. Al (2006) berkaitan penglibatan pelajar dalam akademik dan aktiviti sosial membawa kepada kejayaan pelajar dan merupakan petunjuk kepada kualiti sesebuah institusi pengajian tinggi. Gonyea (2006) juga menambah pelajar yang cekap mengurus masa dan tenaga untuk menyeimbangkan aktiviti pendidikan dan kokurikulum selalunya mencapai kematangan sosial dan akademik.

Persepsi Ketidakterlibatan Aktiviti Sosial Dalam Komuniti dikalangan Pelajar Malaysia dan China

(17)

Faktor keluarga bukanlah sebab utama tidak terlibat dalam aktiviti sosial komuniti dengan hanya nilai peratus yang paling rendah iaitu 45%. Hal ini juga menunjukkan trend yang sama pada pelajar China dimana menunjukkan nilai peratus paling rendah disebabkan faktor keluarga iaitu 25%. Namun begitu data pelajar China yang menunjukkan persepsi paling rendah ketidakterlibatan dalam aktiviti komuniti sosial ialah ketiadaan persatuan komuniti di kawasan setempat mereka iaitu 22.5%.

Jadual 1.9 : Min dan Peratusan Persepsi Ketidakterlibatan Aktiviti Sosial Dalam Komuniti dikalangan Pelajar Malaysia dan China

Bil Pelajar Tidak Terlibat Dalam Aktiviti Sosial Di Peringkat Komuniti Kerana :

Malaysia China

Min % Min %

1 Keluarga 3.25 45.0 2.60 25.0

2 Kurang minat 3.85 75.0 3.68 77.5

3 Kekangan masa 3.98 80.0 3.65 77.5

4 Malu 3.73 67.5 3.28 60.0

5 Tidak diberi peluang 3.63 57.5 3.28 52.5

6 Maklumat aktiviti persatuan tidak disebar luas 3.80 65.0 3.35 55.0 7 Pemimpin komuniti kurang aktif 3.85 65.0 3.53 60.0

8 Tidak gemar bersosial 3.65 65.0 3.43 62.0

9 Aktiviti yang kurang menarik 3.90 72.5 3.88 80.0 10 Ketiadaan persatuan komuniti di kawasan setempat 3.80 70.0 2.23 22.5 Min Keseluruhan 3.74 66.3 3.29 57.2

(Skala : 1. Sangat Tidak Setuju; 2. Tidak Setuju; 3. Tidak Pasti; 4. Setuju; 5.Sangat Setuju)

(Sumber : Kerja Lapangan 2013)

Dapatan kajian ini menunjukkan ada perbezaan dengan kajian Mustafa Kamal (2000), dimana nilai peratusan setuju yang tinggi bagi faktor minat sebagai faktor pendorong penglibatan pelajar dalam aktiviti luar. Manakala dalam kajian ini, kurang minat berhadap ketidakterlibatan mereka dalam aktiviti komuniti berada pada tahap sederhana tinggi bagi responden kedua-dua negara Ini membuktikan bahawa minat mempengaruhi individu dalam membuat sesuatu keputusan. Minat yang mendalam adalah faktor penggerak pelajar untuk terus kecenderungan berusaha ke arah mencapai matlamat sehingga berjaya. Selain minat, kajian ini juga menyentuh kekangan masa mengapa ketidakterlibatan pelajar dalam aktiviti selari dengan Wankel (1988) melalui dapatannya menyatakan faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan luar adalah kerana kekurangan masa untuk melakukannya. Kebanyakan pelajar terlalu sibuk dengan aktiviti bersifat akademik yang menjurus pada sistem peperiksaan dan pengredan.

(18)

Min dan Peratusan Kesan Aktiviti Sosial dalam Komuniti Terhadap Penglibatan Pelajar Universiti Malaysia dan China

Jadual 1.10 menunjukkan min dan peratusan kesan aktiviti sosial dalam komuniti terhadap penglibatan pelajar universiti Malaysia dan China. Majoriti pelajar Malaysia bersetuju menambahkan ramai kenalan, meningkatkan kemahiran komunikasi dan mengeratkan hubungan persaudaraan memberikan faedah kepada mereka dengan keterlibatan dalam aktiviti sosial komuniti dengan nilai peratusan tertinggi iaitu (90%) ke atas. Manakala pelajar China pula menunjukkan trend yang lebih kurang sama iaitu menambahkan ramai kenalan dan meningkatkan kemahiran komunikasi memberikan faedah kepada mereka dengan keterlibatan dalam aktiviti sosial komuniti dengan nilai peratusan tertinggi iaitu (100%) termasuk faedah meningkatkan motivasi kepimpinan.

Jadual 1.10 : Min dan Peratusan Kesan Aktiviti Sosial dalam Komuniti TerhadapPenglibatan Pelajar Universiti Malaysia dan China

Bil Penyertaan Belia Dalam Aktiviti Sosial Di Peringkat Komuniti Memberikan Faedah Iaitu:

Mlaysia China

Min % Min %

1 Meningkatkan pengaruh dalam komuniti 3.78 62.5 3.68 67.5 2 Meningkatkan motivasi kepimpinan 4.20 87.5 4.35 100.0 3 Menambahkan ramai kenalan 4.28 92.5 4.43 100.0 4 Menambahkan sumber pendapatan 3.20 40.0 3.18 27.5 5 Mengurangkan tekanan (stress) 3.93 77.5 3.80 70.0 6 Menambah ilmu keagamaan 4.05 85.0 2.75 25.0 7 Meningkatkan kepercayaan diri 4.13 87.5 4.10 87.5 8 Meningkatkan kemahiran komunikasi 4.18 90.0 4.45 100.0 9 Mengeratkan hubungan persaudaraan 4.23 90.0 4.35 95.0 10 Membentuk semangat berkumpulan 4.23 87.5 4.43 95.0 Min Keseluruhan 4.021 80.0 3.95 81.5

(Skala : 1. Sangat Tidak Setuju; 2. Tidak Setuju; 3. Tidak Pasti; 4. Setuju; 5.Sangat Setuju)

(Sumber : Kerja Lapangan 2013)

Manakala peratusan terendah keterlibatan aktiviti komuniti sosial dikalangan pelajar Malaysia dari aspek faedah menambahkan sumber pendapatan iaitu 40% berbanding pelajar China 27.5%. Disamping itu pelajar China juga menunjukkan peratusan terendah faedah menambah ilmu keagamaan dalam keterlibatan aktiviti komuniti sosial dengan nilai peratus 25% sahaja.

Dapatan kajian ini selari dengan Rohanida dan Mohd Sofian (2002) yang mendapati bahawa aktiviti sosial dalam komuniti memainkan peranan mustahak dalam membangunkan kemahiran insaniah individu. Aktiviti sosial dalam komuniti yang sesuai dapat menanam, memupuk dan memberi latihan dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan dalam diri pelajar. Perkara ini juga disokong oleh Syarifah Meriam Syed Akil (2007) menyatakan melalui aktiviti sosial dalam komuniti, pelajar dari pelbagai kaum, etnik dan agama dapat saling membantu antara satu sama lain. Dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang melibatkan pelajar menjadi AJK seperti kursus dan Khidmat Komuniti. Secara tidak langsung mewujudkan ikatan komunikasi yang baik antara ahli dan dapat membantu mereka melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

(19)

dan di China adalah meningkatkan kemahiran berkomunikasi, menambah ramai kenalan, dan membentuk semangat berkumpulan.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara penyertaan pelajar universiti dalam aktiviti sosial dalam komuniti masa senggang di kedua – dua negara. Jenis aktiviti sosial dalam komuniti bagi Malaysia adalah Rekreasi dan Sukan sementara aktiviti yang kurang disertai ialah persatuan Rela. Manakala di China sukan adalah aktiviti yang paling kerap disertai dan diikuti dengan rekreasi yang diminati oleh pelajar. Di China penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan rekreasi semamangnya jelas seperti mana yang di tonjolkan dalam budaya masyarakatnya yang lebih mementingkan gaya hidup sihat. Pengaruh sukan di China dapat dilihat sebagai salah satu kuasa besar sukan sama ada di peringkat asia dan dunia dalam banyak acara yang mereka sertai, ini dapat dilihat semasa berlangsungnya sukan olimpik Beijing 2008 dan dalam beberapa kejohanan di peringkat dunia seperti sukan badminton, renang, ping-pong dan gimnastik.

Melihat dari aspek tahap kekerapan penglibatan pelajar universiti di China dalam aktiviti sukan dan rekreasi lebih tinggi berbanding pelajar di Malaysia. Ini, menunjukkan pelajar di China mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan aktiviti berekreasi pada masa lapang. Tahap kekerapan aktiviti sukan dan rekreasi dikalangan pelajar di Malaysia pula adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar di China kerana masih bukan menjadi aktiviti utama di masa senggang dikalangan pelajar. Faktor utama penglibatan pelajar Malaysia dalam aktiviti sosial dalam komuniti adalah disebabkan untuk mencari pengalaman berbanding pelajar di China lebih kepada menambahkan kenalan dan rakan. Hal ini, menunjukkan terdapat perbezaan faktor utama keterlibatannya dikalangan pelajar Malaysia dan China. Faktor menjana pendapatan juga menunjukkan bukan faktor utama bagi pelajar dikedua-dua negara kerana menunjukkan peratusan paling rendah berbanding faktor lain.

Ketidakterlibatan pelajar universiti di Malaysia dalam aktiviti sosial dalam komuniti ianya disebabkan oleh kekangan masa. Hal ini kerana untuk menyertai sesuatu aktiviti sosial dalam komuniti mereka perlu memperuntukan banyak masa dan tenaga serta terlalu sibuk dengan tugasan kuliah di universiti. Selain itu, jika ada kelapangan masa sekali pun mereka lebih suka pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Berbanding pelajar di China ketidakterlibatan mereka disebabkan oleh aktiviti sosial dalam komuniti di negara mereka kurang menarik. Ini berkemungkinan berdasarkan jangkaan terhadap sesuatu aktiviti yang dianjurkan adalah tinggi. Kesan terhadap penglibatan pelajar universiti di malaysia dalam aktiviti sosial dalam komuniti menunjukkan mereka dapat menambahkan ramai kenalan berbanding di China untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

(20)

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. 1991. Kurikulum perspektif dan perlaksanaan . Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka.

Adnan Khamis. 1989. Sikap pelajar terhadap kegiatan kokurikulum Pergerakan Beruniform. Satu kajian awal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Almond, L. 1997. Physical education in schools (2nd. ed.). London : Kogen Page. Limited Bergin, D.A., & Hubusta, S.F. (2004). Goal Orientations Of Young Male Ice Hockey Players And Their Parents. The Journal Of Genetic Psychology, 165(4) 383-389

Azemi Abdullah 2004. Motif Penglibatan Dan Corak Orientasi Matlamat Pelajar Dalam Kegiatan Kokurikulum Sukan. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Azini, H. & Turiman, S. 1998. Pengukuhan Sinergi Belia dan Negara. Unit Pengajian Pembangunan Belia. Serdang UPM.

Azizan Bahari,“Majlis Belia Malaysia : Di mana dan Ke mana?” Dewan Masyarakat, Nov. 1991.

Che Wan Mohd Amil Bin Che Wan Sulaiman 1991. “Sikap Pelajar-pelajar Luar Bandar Terhadap Kegiatan Kokurikulum Sekolah: Satu Kajian Kes di Sekolah Menengah

Kerdau, Temerloh, Pahang”. UKM: Kajian llmiah. “Tidak Diterbitkan”.

Cheng, S. T. 1999. A study on recreational sport participation model of middle school students in Taiwan. Taipei: Ministry of Education.Monica Z. Li. 2009 Leisure And Tourism In The Changing China, Volume 51. The World Leisure Journal. Issue 4. hlm 223-239.Poland. Polico-Druk www.worldleisure.org

Ee Ah Meng. 1999. Psikologi Pendidikan 1. Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor

E Pei Sze. 2007. Persepsi, Minat dan Faktor-faktor Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum di Sebuah Sekolah Menengah di Daerah Johor Bahru. Universiti TeknologiMalaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda.

Fu, F., Chong, B., Fung, L., dan Ng. l. 2004. Indicator to assess effectivies of education reform measure Hong Kong: Hong Kong Baptist University.

Fu, F.H., Chung P.K ., Chow dan Louie . L. 1998. The weilbeing of Hong Kong people. Hong Kong Baptist University.

Gary Chi Ching Chow, Magdalena Mo, Ching Mok, Xiao Ying Li, Ming Kai Chin, Christopher R.Edginton and Winnie Wing Sze Wong. 2009. Generic Skills Promotion And The Influence Of Participation In The Life-Wide Learning Model: 2008 Camp Adventure Youth Services Program In Hong Kong. hlm 227-251.Poland. Polico-Druk www.worldleisure.org

(21)

Gonyea, R.M. 2006. The relationship between student engagement and selected desirable outcome in the first year college. Indiana University centre for Postsecondary Reserch. Paper presented at 46th Annual Association for Institution Research Forum, May 2006. Chicago IL.

Haslinda Abdullah, Turiman Suandi, Abd. Halim Sidek, Sarjit S. Gali, Nobaya Ahmad, Dzulhailmi Dahalan. 2009. Belia dan pembanguan modal insan. Serdang UPM

Hussain Mohamed. 1997. Belia di Malaysia : Masalah, Gerakan dan Masa depan. Kuala Lumpur. Berlian Press.

Jamaludin Hj Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd Majid Konting, Turiman Suandi, Maria Salih, Norhafezah Yusof. 2009. Pembangunan Pelajar memperkasakan Kokurikulum Institusi Pengajian Tinggi. Serdang UPM.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2007. Laporan Bancian Penduduk dan Perumahan 2006. Jabatan Perangkaan Malaysia : Kuala Lumpur.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 1994. Laporan Bancian Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2004. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia :Kuala Lumpur.

Kuh, G.D., Kinzie. J., Cruce T., Shoup, R., & Gonyea, R.M. 2006. Connecting the Dots: Multi- Faceted Analyses of Relationship Between Student Engagement results From the NSSE, and The Institutional Practices and Conditions The Foster Student Success.National Survey of Student Engagement, Indiana University Centre for Post Second Reserch and Planning. Diperolehi dari http://nsse.iub.edu 4 September 2009.

Linder, K.J., dan Speak. M. 1995. Frequency and the reason of sport participant by student entering university. Hong Kong Baptist University.

Lim Chin Hin. 1990. Sikap Pelajar Terhadap Program Instrmural Sukan di Sekolah Dan Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Penglibatan Mereka. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Levinson, D. J., Darrow, C.N, & Klein, E.B. 1978. Seasons of man’s life. New York: Random House.

Mashitah Hj. Ghazali. 1994. Kegiatan Kokurikulum di Sekolah Membantu Membina Daya Kepimpinan di Kalangan pelajar Menengah ATAS Kolej Sultan Abdul Hamid UUM:

Tesis Sarjana Pendidikan. “Tidak Diterbitkan”.

Muzlifah binti Saadon. 2004. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Tingkatan Empat Aliran Vokasional Dalam Menjalankan Aktivit Keusahawanan Di Sekolah Menengah Teknik Negeri Selangor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda.

(22)

Nelfianty Hj. Mohd Rashid. 2004. Motif penglibatan dan corak orientasi matlamat dalam atlet hoki lelaki Sekolah Sukan Malaysia dalam permainan hoki. Dalam Prosiding Pendidikan Sukan Dan Rekreasi (m.s.129-141). Bangi: UKM.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysai Skudai. 1997. Buku Panduan Pelajar 2008. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Rohanida Ab. Manaf dan Mohd Sofian Omar Fauzee. 2002. Kepentingan Kokurikulum dalam Sistem Pendidikan.Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Syarifah Meriam Syed Akil. 2007. Cabaran Kepimpinan Kokurikulum. Universiti Industri Selangor.

Referensi

Dokumen terkait

Pada suhu beku dalam freezer surimi ikan mujair akan menjadi lebih awet karena mikroba tidak dapat tumbuh dan proses kimia dari enzim masih terus berlangsung dan

Penelitian untuk menganalisis drag dan lift pada tiga variasi bentuk after body kapal selam mini telah dilakukan dengan menggunakan software ANSYS- CFX. Dari

Hasil penelitian menunjukkan bahwa layanan informasi dapat mengupayakan mengubah persepsi siswa terhadap Bimbingan Konseling dari yang kurang baik dan takut untuk datang sendiri

kepada penduduknya dan pendatang dengan biaya yang relatif murah dan terjangkau. Dengan jumlah penduduk dan luas kota yang sangat besar, ditambah lagi dengan lokasi

Sistem pengetahuan tradisional atau kearifan lokal merupakan bagian dari budaya it. Oleh sebab itu, pasti akan mengalami perubahan. Dalam sistem pengetahuan tradisional

Kerusakan yang paling berpengaruh adalah jenis rusak rantap dengan jumlah rusak 121 unit sebelum gugus kendali mutu dan setelah gugus kendali mutu menjadi 105

Kajian berbentuk kualitatif ini merupakan kajian tindakan yang bertujuan untuk melihat sejauh mana aktiviti terapi menggunakan doh dapat membantu dalam penguasaan