• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nilai nasionalisme dalam Putera Gunung T

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Nilai nasionalisme dalam Putera Gunung T"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1 KURSUS:

BSS 3113 – PROSA MELAYU MODEN

PENSYARAH: DR. HASRINA BAHAROM

NAMA:

SRI UTAMI HEPNI ABDULLAH

NO. MATRIK: D20141067575

TAJUK TUGASAN: INDIVIDU

Semangat Nasionalisme Dalam Putera Gunung Tahan

Karya Pak Sako: Suatu Aliran Pemikiran

(2)

2

Semangat Nasionalisme dalam Putera Gunung Tahan

Karya Pak Sako: Suatu Aliran Pemikiran

1.0Pengenalan

Pak Sako merupakan seorang penulis yang sangat aktif dalam bidang penulisan pada sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Nama sebenar beliau ialah Ishak Haji Muhammad. Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 14 November 1909. Karya yang dihasilkan oleh beliau banyak mengandungi unsur didaktik. Selain menjadi seorang penulis, beliau juga merupakan antara golongan nasionalis awal yang memiliki keprihatinan yang tinggi terhadap nasib bangsanya. Hal ini bertepatan dengan pandangan Johan Jaafar, Mohd. Thani Ahmad dan Safian Hussain (1992) yang menyatakan bahawa penulis Putera Gunung Tahan merupakan penulis yang berani menyuarakan sikap anti-kolonial melalui mata penanya.

(3)

3

2.0Semangat nasionalisme dalam novel Putera Gunung Tahan

2.1Perjuangan membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah

Penulis novel ini dalam Rancangan Komentar TV Malaysia pada 23 Jun 1973 menyatakan bahawa penulisan yang dilakukannya adalah bertujuan khusus sebagai alat perjuangan menuntut kemerdekaan, keadilan dan menghalau penjajah. Hal ini bertepatan dengan konsep perjuangan melalui mata pena yang banyak digunakan oleh para nasionalis zaman pra-kemerdekaan khususnya sekitar tahun 1930-an. Tambahan pula, Abdullah Tahir (2000) menyatakan bahawa pengalaman penulis mengendalikan ruangan seperti pojok dan ruangan komentar sahsiah (politik) sedikit sebanyak mempegaruhi tulisannya dalam bentuk cerpen dan novel. S. Othman Kelantan (2006) turut menyatakan bahawa Pak Sako sebagai seorang manusia rolling stone tidak pernah diam daripada berkata dan menulis. Pembabitan beliau dalam bidang politik juga telah menyebabkan idea perjuangan beliau dimasukkan ke dalam karya penulisannya. Penulis seperti Pak Sako banyak menggunakan sindiran dan kiasan dalam usahanya untuk membuka minda khalayaknya agar bangkit dan berjuang untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah khususnya British pada latar masa yang telah dipilih olehnya dalam novel ini. Pak Sako menyatakan bahawa maksud kedatangan orang berkulit putih ke Tanah Melayu bukanlah semata-mata untuk memimpin dan menaungkan negeri itu, tetapi juga untuk mengikis kekayaan dan warisan tanah airnya. Oleh hal yang demikian, penjajah tidak seharusnya diberikan tempat dalam masyarakat. Sebaliknya harus dihalau untuk melindungi rakyat dan warisan yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang. Pak Sako turut menempelak orang-orang

Melayu yang menentang perjuangan tokoh terdahulu seperti Dato’ Bahaman

(4)

4

“Maka sekiranya sesetengah pihak orang-orang Melayu itu tidak bermuka-muka dan tidak menganiyakan ketua-ketuanya dan tidak makan suap haruslah susah bagi pihak

musuhnya hendak menang tetapi apa hendak dikatakan lagi.”

(Ishak Haji Muhammad. 2012: hlm. XV)

2.2Penentangan terhadap penjajah British

Novel Putera Gunung Tahan turut memperlihatkan kritikan dan penentangan yang dilakukan oleh Pak Sako terhadap penjajah British khususnya dari aspek polisi dan cara pentadbiran mereka. Pak Sako turut menggunakan karyanya dalam menyindir dan menempelak kolonial Inggeris (S. Othman Kelantan, 2006). Hal ini mampu dilihat dalam penggunaan imej dan lambang alamiah dalam novel Putera Gunung Tahan seperti gunung-ganang, hutan, banjir dan lain-lain. Pemikiran satira beliau yang tajam dibina atas imej dan lambang tersebut bagi menyatakan kebodohan, kejahilan, kesengsaraan, kekuatan dan sebagainya yang berkaitan dengan sifat tamak kolonial. British mengamalkan rasuah dalam pentadbirannya yakni dengan cara merasuah golongan raja dan pembesar Melayu menyebabkan mereka leka serta mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat. Mereka juga dijadikan alat oleh British dalam usaha mereka untuk menjajah bangsa Melayu. Selain itu, sikap pegawai British yang meletakkan para sultan dan pembesar Melayu dibawah telunjuk mereka juga tidak disenangi oleh penulis. Penulis menyatakan bahawa sikap seperti ini bukanlah sesuatu yang baik tapi suatu penganiayaan terhadap orang yang lemah. Pentadbiran British turut dinyatakan oleh penulis sebagai punca kehilangan jati diri dalam kalangan orang Melayu khususnya golongan kelas atasan yang memiliki hubungan yang rapat dengan pihak British menyebabkan mereka mula hilang identiti diri dan meniru cara hidup orang British yang dianggap lebih baik dan maju.

2.3Kritikan terhadap sikap penjajah British

(5)

5

(6)

6

“Hatta pada petang itu kira-kira pukul 3.00 lebih kurang pergilah pula keduanya kepada beringin bercakap itu meneropong pemandangan yang jauh-jauh dan

mendengar suara-suara dari seluruh dunia. Maka Tuan William terlalu suka kerana

dua benda yang ajaib itu dapatlah ia menghiburkan hatinya dan memandang dari jauh

negerinya, kampung halaman, anak isteri dan saudaranya. Adapun perkara isterinya

denga orang muda itu tidaklah memberatkan hatinya kerana cita-citanya hendak

mengambil mercu gunung itu bagi faedah am adalah sentiasa terpaku dalam hatinya.

Dia ingat pada setiap waktu bahawa dia akan mendapat nama yang baik kiranya pekerjaannya berjaya.”

(Ishak Haji Muhammad. 2012: hlm. 85)

Sifat licik dan penuh tipu muslihat dalam diri orang Inggeris juga diperihalkan oleh penulis melalui gambaran peristiwa ketika Tuan Robert berusaha untuk melepaskan diri daripada kumpulan Sakai yang menangkapnya. Sikap negatif ini digambarkan oleh penulis melalui petikan teks dibawah:

“ Jikalau terkurung di dalam penjara pandailah dia mencari ikhtiar hendak berlepas diri; iaitu dengan memberi suapan kepada penjaga-penjaga di situ dengan wang

ringgit atau diberi minuman yang memabukkan atau sebagainya,tetapi ini dia

tertangkap menjadi orang tawanan yang dipermuliakan.”

(Ishak Haji Muhammad. 2012: hlm. 15)

Petikan di atas jelas menunjukkan bahawa bangsa penjajah ini bukanlah golongan yang boleh diberi kepercayaan dan mereka sentiasa berusaha mencari helah dan muslihat untuk melepaskan diri serta menjayakan pekerjaan mereka.

Akhir sekali, penulis novel Putera Gunung Tahan ini turut menyatakan bahawa bangsa penjajah ini memiliki sikap suka merendahkan bangsa lain. Sebagai contoh, penulis menggambarkan watak Tuan Robert yang begitu memandang rendah terhadap agama Islam. Dia bukan sahaja menyatakan bahawa tiada ajaran yang lebih baik daripada ajaran Kristian bahkan menghina dan mengejek perempuan tua yang belajar ilmu pengasih, pembenci dan ubat-ubatan daripada orang Sakai yang tinggal di dalam hutan Gunung Tahan itu. Perbuatan Tuan William ini boleh dilihat melalui petikan teks berikut:

(7)

7

memajukan mereka dan mendapat nikmat-nikmat di dalam dunia ini. Tentang ilmu-ilmu dunia seperti mak sebutkan itu saya tidak percaya sekali-kali-semuanya karut belaka!”

(Ishak Haji Muhammad. 2012: hlm. 42-43)

Perempuan Tua yang sakit hati mendengar penghinaan Tuan William terhadap agamanya dan orang Sakai akhirnya mengenakan Tuan William dengan membuatnya tergila-gila akan seorang perempuan Sakai di dalam hutan tersebut. Akhirnya kesombongan Tuan William membawa padah apabila dia menemui ajalnya dalam usaha untuk menjadikan wanita Sakai itu isterinya.

2.4Kritikan terhadap sikap bangsa Melayu

Selain kritikan terhadap bangsa penjajah yakni orang Inggeris, penulis turut mengkritik sikap masyarakat Melayu. Penulis menyatakan bahawa masyarakat Melayu terlalu menyanjung dan mengangkat tinggi martabat bangsa asing dan merendahkan martabat bangsa mereka sendiri. Hal ini disampaikan oleh penulis melalui peristiwa penangkapan Tuan Robert oleh kumpulan Sakai dan diangkat sebagai ketua mereka serta diberikan gelaran kehormat Batin Putih. Orang Melayu juga digambarkan sebagai bangsa yang terlalu merendahkan diri mereka. Sebagai contohnya, Perempuan Tua yang masih mahu berlembut dan bersopan santun terhadap Tuan Robert walaupun dia sudah tahu bahawa orang putih itu memiliki niat tidak baik terhadap dia dan kelompok masyarakatnya di dalam hutan itu. Watak ini juga digambarkan melalui watak Ratu Bongsu yang dengan rela hati membantu Tuan William menghubungi dunia luar tanpa menyedari itu sebenarnya adalah helah dan tipu muslihat yang dilakukan oleh Tuan William dalam usahanya untuk merampas puncak Gunung Tahan itu daripada tangan Ratu Bongsu dan penghuni asalnya.

(8)

8

pemerintahan British di Tanah Melayu pada waktu itu. Penulis turut menyatakan bahawa masyarakat Melayu pada waktu itu sudah kehilangan jati diri mereka kerana pemodenan yang dibawa oleh Barat. Pemberian pangkat yang tinggi kepada golongan pemerintah dalam sistem pentadbiran British telah menjadikan mereka buta dan membantu penjajah menjajah tanah air sendiri. Cara hidup dan budaya Barat mula diterima dan dipakai oleh golongan Melayu kelas atasan dan pertengahan. Hal ini menggambarkan kekesalan penulis terhadap bangsanya yang semakin lupa diri dan menyanjung tinggi peradaban orang Barat. Kritikan yang cuba disampaikan oleh penulis dilakukan atas kesedarannya sebagai seorang nasionalis yang mencintai bangsa dan tanah airnya. Beliau cuba menyedarkan orang ramai khususnya khalayak pembaca bahawa penjajahan Barat telah memudarkan jati diri orang Melayu, yang mana akan mendatangkan mudarat jika tidak dibendung. Petikan teks dibawah menggambarkan betapa jati diri orang Melayu pada waktu itu sudah hampir hilang daripada diri mereka:

“ Tuanku! Tadi telah patik katakan bahawa patik telah pernah masuk dan menari di sana: Maknanya bangsa asing pun boleh juga pergi ke sana bercampur gaul dengan

orang Melayu dengan bebasnya.”

(Ishak Haji Muhammad. 2012: hlm 76)

“… cubalah tuanku perhatikan perempuan yang duduk di masjid besar itu di hujung sekali yang memakai gaun biru air laut itu patik kenal baik akan perempuan itu dan

ianya itu anak raja yang sebenar-benarnya berdarah raja. Namanya Tengku Aisyah

tetapi orang ramai menggelar dia Tengku Cah sahaja. Pada suatu malam dia telah

berkhabar benar kepada patik yang dia itu mengandung tiga bulan padahal dia tidak bersuami....”

(Ishak Haji Muhammad. 2012: hlm 76)

(9)

9

menunjukkan bahawa pembesar dan pemerintah berbangsa Melayu berada di bawah telunjuk British. Hal ini boleh dilihat melalui petikan teks dibawah:

“Orang putih itu sedang menunjukkan orang Melayu itu bagaimana dia boleh selamat dan mendapat bahagia. Kata orang putih itu- jika engkau hendak naik pangkat lekas,

hendak dapat naik gaji, hendaklah engkau turut dan ikut apa-apa cakap aku. Kalau

aku kata hitam, hitamlah dan kalau aku kata putih; putihlah. Engkau jangan banyak

ragam. Apa yang engkau mesti jaga ialah maruah engkau. Jangan engkau bercampur

dengan orang yang tidak tentu. Hendaklah engkau banyakkan dan lazimkan dirimu

bercampur dengan orang-orang Eropah supaya dapat punya perasaan dan cita-cita yang luas (hlm. 87).”

(Ishak Haji Muhammad. 2012: hlm. 87)

3.0Penutup

(10)

10

(11)

11 4.0Rujukan

Abdullah Tahir. (2000). Pahang Dahulu dan Sekarang: Ishak Haji Muhammad sebagai Penulis. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.

A. Karim Haji Abdullah. (1988). Pak Sako Bistari. Kuala Lumpur: Binakarya Sdn. Bhd.

Hajijah Jais, Muhamad Ikram, Fadhly Hussin. (2005). Teori dan Kritikan Sastera Melayu

Serantau.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Haji Muhammad. (2012). Putera Gunung Tahan. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional

Malaysia Berhad.

Johan Jaafar, Mohd. Thani, Safian Hussain. (1992). History of Modern Malay literature.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Saleeh Rahamad, S. M Zakir, Shamsudin Othman. (2006). Persuratan dan

Peradaban Nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sahlan Mohd. Saman, Saiful Bahri Mat Radzi. (2005). Persuratan Melayu Tradisional ke

Referensi

Dokumen terkait

Ucapan terima kasih juga penulis sampaikan kepada semua rekan Keluarga Mahasiswa sejarah (KEMAS), Ilmu Budaya, dan rekan Universitas Udayana yang tidak dapat

Hasil observasi SOP pemeliharaan fasilitas kendaraan dan peralatan operasional yang dimiliki oleh Unit PKP- PK Bandar Udara Hang Nadim-Batam pada dasarnya telah dilaksanakan

Hasil penelitian ini yang menunjukkan bahwa religiusitas berpengaruh positif dan signifikan terhadap perilaku nasabah perbankan konvensional beralih ke perbankan

Penelitian ini bertujuan mempelajari pengaruh latihan periode persiapan umum PON terhadap perubahan daya tahan kardiorespirasi atlet kontingen bayangan PON XIX 2016

Untuk membentuk keterampilan proses sains anak yang optimal, dibutuhkan benda nyata dalam pembelajaran yang jumlahnya memadai bagi murid, dibutuhkan waktu yang cukup untuk anak dapat

Antara kedua kelompok tersebut terdapat satu persamaan yaitu bahwa dengan kekuatan maupun tanpa kekuatan, aktifitas dakwah harus tetap dijalankan oleh para Nabi dan

Ayat di atas secara tersirat menggambarkan bahwa setiap orang bahkan sebuah organisasi dan Lembaga untuk memperhatikan segala yang telah direncanakan untuk hari esok.Dalam

Teknometrik merupakan salah satu metode pengukuran teknologi yang digunakan untuk mengevaluasi kontribusi komponen teknologi, yang mana keempat komponen tersebut yaitu