• Tidak ada hasil yang ditemukan

Indonesia 50 Tahun Melawan Lupa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Indonesia 50 Tahun Melawan Lupa"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Indonesia: 50 tahun melawan lupa – Muhammad Febriansyah

SEPTEMBER 29, 2015 ADMINTMI LEAVE A COMMENT

Jakarta, 1 Oktober 1965, 4 pagi. Sejumlah pasukan tentera pengawal

keselamatan presiden, Cakrabirawa, dengan bersenjata lengkap mendatangi

rumah Ahmad Yani, seorang jeneral tertinggi tentera darat. Mereka

memberitahu ada situasi yang sangat bahaya dan presiden Soekarno ingin

bertemu saat itu juga.

Merasa pelik dan tidak percaya dengan perintah…

from The Malaysian Insider / All

http://bit.ly/1LYFDZ0

Jakarta, 1 Oktober 1965, pukul 4 pagi. Sejumlah pasukan tentera pengawal keselamatan presiden, Cakrabirawa, dengan bersenjata lengkap mendatangi rumah Ahmad Yani, seorang jeneral tertinggi tentera darat. Mereka memberitahu bahawa ada situasi yang sangat bahaya dan presiden Soekarno ingin bertemu saat itu juga. Merasa pelik dan tidak percaya dengan perintah itu, ia menolak ikut sehingga berlaku pertelingkahan. Ahmad Yani kemudian ditembak oleh tentera bawahannya itu. Ia rebah berlumuran darah di dalam rumahnya sendiri, di depan anak dan isteri. Mayatnya diheret dan dicampakkan ke dalam lori tentera yang segera membawanya ke Lubang Buaya. Anak perempuannya menjerit histeria dan menyapu darah ayahnya ke muka.

Gambaran tragik di atas adalah sedutan kisah nyata dari filem bertajuk Pengkhianatan G30S/PKI, sebuah filem propaganda rejim Orde Baru (1965-1998) mengenai peristiwa bersejarah yang paling penting selepas kemerdekaan Indonesia. G30S/PKI merujuk kepada Gerakan 30 September, yang menurut sejarah rasmi Orde Baru merupakan sebuah percubaan kudeta yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) untuk merebut kuasa dari Soekarno. Kudeta tersebut akhirnya berjaya dipatahkan oleh Suharto, satu-satunya Jeneral berpangkat tinggi yang tidak menjadi sasaran mangsa pembunuhan oleh PKI. Dengan demikian, Suharto digambarkan sebagai pahlawan yang mempertahankan Pancasila, asas ideologi negara dari cengkaman komunis.

(2)

stesen TV milik negara dan swasta menayangkan filem sepanjang lebih dari empat jam itu pada masa yang bersamaan. Walaupun selepas kejatuhan Suharto filem itu tidak pernah ditayangkan lagi, tetapi bayangan kekejaman yang dilakukan oleh PKI terhadap Ahmad Yani dan lima Jeneral tentera lainnya masih melekat dalam ingatan sebahagian besar rakyat Indonesia sampai hari ini.

Jalan cerita filem itu kemudian menunjukkan bagaimana satu persatu jeneral tentera diculik oleh sepasukan kecil tentera Cakrabirawa yang telah dipengaruhi oleh PKI. Ada jeneral yang langsung dibunuh di rumahnya seperti Ahmad Yani, dan ada yang dibawa hidup-hidup ke Lubang Buaya, sebuah tempat terpencil di pinggir Jakarta. Di tempat itu jugalah, digambarkan manusia-manusia komunis tidak bertuhan menyeksa tubuh para Jeneral yang masih hidup dengan kejamnya sambil mereka berpesta. Kesemua mayat mereka kemudian dikuburkan ke dalam sebuah perigi tua.

Boleh dikatakan sebahagian besar rakyat Indonesia memahami peristiwa 30 September 1965 dari menonton filem tersebut atau melalui pelajaran sejarah di sekolah. Setiap 1 Oktober, setiap premis, pejabat dan rumah akan mengibarkan bendera setengah tiang untuk memperingati terbunuhnya enam orang Jeneral yang digelar sebagai pahlawan revolusi. Tarikh itu juga kemudian diperingati sebagai hari Kesaktian Pancasila dan terbebasnya Indonesia daripada ancaman komunisme.

Bagaimana Indonesia dibebaskan dari ancaman komunisme? Berdasarkan sejarah rasmi Orde Baru, iaitu berkat kehebatan Suharto dan tentera menumpas PKI sampai ke akarnya. Bagaimana pula PKI yang merupakan sebuah parti komunis terbesar di luar Kesatuan Soviet dan China boleh ditumpaskan sampai ke akarnya? Jawapan sebenar kepada pertanyaan ini selalu dikunci rapat oleh Orde Baru, iaitu melalui…

Pembunuhan Massal

(3)

jeneral. Peristiwa G30S menurut Nugroho ini kemudian menjadi satu-satunya narasi rasmi yang diakui oleh Orde Baru.

Narasi itu kemudian dijadikan license to kill bagi rejim Orde Baru yang baru mengambil alih kuasa untuk melakukan pembunuhan massal terhadap mereka yang dituduh sebagai ahli atau penyokong PKI. G30S hanyalah sebuah peristiwa yang oleh sejarawan John Rossa disebut sebagai pretext to a mass murder. Dalam waktu tiga tahun (1965-68), terutama di pulau Sumatra, Jawa dan Bali, dijangkakan lebih satu juta orang yang dituduh sebagai ahli atau penyokong PKI menjadi mangsa pembunuhan massal. Aksi terancang itu dilakukan dengan leluasa kerana tidak mendapat perlawanan dari para mangsa. Banyak penduduk kampung di Jawa dan Bali yang tidak ada kaitan dengan apa yang berlaku di Lubang Buaya, kemudian diambil secara paksa oleh tentara tanpa mereka tahu sebabnya. Lalu mereka dibawa ke suatu tempat dan dibunuh begitu saja hanya karena diyakini anggota atau penyokong PKI. Gambaran ini berdasarkan kesaksian sejarah mangsa yang masih hidup, pelaku, mahupun masyarakat awam yang mengalami langsung kekacauan pada masa itu. Kesaksian sejarah ini banyak dijumpai dalam bentuk hasil kajian, temu bual, buku akademik, memoir, filem dokumentari, dan sumber-sumber lain yang banyak beredar selepas reformasi.

Pembunuhan itu dilakukan atas perintah tentera rejim Orde Baru, sama ada dengan kekuatannya sendiri, mahupun menggunakan tangan kelompok-kelompok masyarakat sivil yang anti komunis. Banyak juga kes dijumpai masyarakat terpaksa membunuh orang-orang yang dituduh komunis hanya untuk mengelakkan daripada dianggap bersubahat. Ada yang membunuh jirannya sendiri, bahkan ada juga yang terpaksa membunuh ahli keluarganya sendiri.

Tahun 2012 kes pembunuhan massal ini kembali menjadi perhatian dunia selepas filem dokumentari The Act of Killing mendapat penghargaan di pelbagai festival filem antarabangsa. Filem ini berkisah tentang Anwar Congo, salah seorang pelaku pembunuhan massal korban peristiwa 1965 di kota Medan. Filem yang ikut diarahkan olehnya itu menunjukkan bagaimana caranya dia membunuh ratusan “orang-orang PKI” dengan cara yang sukar diterima akal, melampaui batas kemanusiaan.

(4)

golongan komunis yang dalam masa perang dingin merupakan musuh utama mereka. Lain ceritanya jika pelaku pembantaian adalah rejim komunis seperti Pol Pot di Kemboja, maka tindakan itu wajib dikutuk.

Empat belas ribu orang yang terlepas dari pembantaian itu diasingkan di pulau Buru, Maluku dan baru “dibebaskan” pada tahun 1979 dengan membawa gelar bekas tahanan politik (tapol). Sebahagian besar mereka dihukum tanpa melalui proses perbicaraan. Entah berapa banyak pula orang tua, anak, suami, istri, dan saudara mereka yang terpaksa kehilangan hak-haknya sebagai warganegara kerana dianggap “tidak bersih lingkungan”. Mereka menjadi kera sumbang di masyarakat. Penderitaan yang paling pahit adalah ketika mereka terpaksa hidup bersama dalam satu kejiranan dengan orang-orang yang telah membunuh ahli keluarga mereka. Mereka selamanya menjadi mangsa keadaan dan terlalu trauma untuk melawan.

Keberanian para mangsa untuk berbicara tentang apa yang mereka alami setelah lebih tiga puluh tahun dibisukan baru mula tumbuh selepas kejatuhan presiden Suharto pada tahun 1998. Sejak saat itu sudah banyak filem dokumentari, buku akademik, memoir, dan bahan bacaan lainnya beredar yang berkisah tentang sejarah 1965 melalui versi korban. Kebebasan hasil daripada reformasi juga telah memberi ruang kepada bangsa Indonesia untuk melihat masa lalunya tanpa campur tangan kuasa. Ada keghairahan yang luar biasa dari penggiat sejarah untuk membongkar narasi Orde Baru dengan menggunakan kaca mata yang lebih neutral.

Perkembangan ini memberi peluang kepada rakyat Indonesia untuk memahami peristiwa 1965 dengan perspektif yang berbeza. Tidak ada lagi tafsiran tunggal terhadap apa sebetulnya yang berlaku menjelang, ketika, dan selepas 30 September 1965. Kesalahan kemudian tidak hanya ditujukan kepada PKI, tetapi juga ada peranan musuh politiknya, termasuk tentara, badan perisik Amerika CIA, pertubuhan-pertubuhan anti komunis, bahkan Suharto sendiri. Dengan munculnya pelbagai versi dan teori konspirasi menanggapi peristiwa itu, sejarah telah kembali ke peranannya sebagai situs kontestasi (contested field).

Mendamaikan Masa Lalu

(5)

Sebahagian takut PKI yang kejam seperti yang digambarkan oleh Orde Baru akan bangkit kembali. Sebahagian yang lain memilih untuk tidak membangkang kerana takut menjadi mangsa seperti yang dialami oleh bekas ahli atau penyokong PKI. Teror dan trauma yang melekat dalam setiap minda masyarakat itu telah menyumbang kepada lamanya rejim militeristik Orde Baru berkuasa. Rejim yang mendapat kuasa dengan membunuh lebih sejuta rakyatnya.

Walaupun lebih lima belas tahun selepas reformasi, tetapi warisan ketakutan itu tetap kukuh. Narasi Orde Baru yang disebarkan melalui propaganda, trauma dan teror negara sejak sekian lama masih sangat dominan dan sukar untuk ditandingi sampai hari ini. Ketakutan terhadap kebangkitan kembali PKI dan kebiasaan mem-PKI-kan orang lain yang tidak disenangi masih kerap berlaku. Situasi ini menjadi penghalang upaya rekonsiliasi.

Rekonsiliasi adalah sebuah langkah penting yang mesti ditempuh untuk membebaskan rakyat Indonesia dari beban sejarah yang digelapkan itu. Beban itu paling berat dirasakan tidak hanya oleh mangsa, tetapi juga pelaku. Sebahagian keluarga mangsa dan pelaku pembunuhan massal telah mencuba mendamaikan masa lalu dengan bekerjasama membongkar kebenaran sejarah yang sekian lama digelapkan. Salah satunya adalah dengan mendirikan Yayasan Penelitian Korban Pembunuhan 1965 setahun selepas kejatuhan Suharto. Satu persatu kuburan massal orang-orang PKI yang dibunuh mereka gali. Penggalian kuburan massal ini ibarat membersihkan kudis dengan mengorek luka itu sendiri. Sakit, tetapi tindakan itu perlu untuk kesembuhan total. Anak-anak para jeneral yang terbunuh dalam peristiwa G30S dan anak-anak bekas pimpinan PKI yang terbunuh dalam pembunuhan massal sudah saling bersilaturahim dan bergabung di dalam Forum Silaturahmi Anak Bangsa. Mereka sudah berusaha menyingkirkan dendam dan saling memaafkan, tetapi menolak untuk melupakan.

(6)

Sejak saat itu, belum terlihat ada upaya maksimal dari pemerintah untuk menuntaskan kes ini, bahkan terkesan cenderung melupakan. Semua tindakan kekerasan yang dialami oleh mangsa, yang bersifat fizikal mahupun psikologi dilakukan oleh negara atau atas kebenarannya. Oleh kerana itu negara mesti bertanggungjawab. Sebagai pelaksana negara, pemerintah Jokowi saat ini tidak boleh sembunyi tangan atas kejahatan kemanusiaan yang dilakukan oleh pemerintah-pemerintah sebelumnya. Banyak contoh di negara lain yang berani berbuat demikian. Jerman selepas perang dunia kedua dan Afrika Selatan pasca rejim Apartheid telah memilih menuntaskan beban masa lalu mereka.

Indonesia pun sepatutnya memilih jalan itu. 50 tahun peristiwa 1965 yang diperingati tahun ini adalah momentum yang tepat untuk berbuat demikian walaupun rekonsiliasi atas inisiatif negara sepatutnya sudah mesti dilakukan sejak lama. Banyak saksi penting peristiwa 1965 sudah meninggal, dan yang tersisa sudah semakin tua. Tidak ada kuasa yang boleh mengembalikan apa yang telah negara ambil daripada mereka: kebebasan, nama baik, harga diri, dan orang-orang tersayang. Namun tidak pernah ada kata terlambat untuk sebuah permohonan maaf. Maaf untuk mengakui dan mengutuk kejahatan kemanusiaan di masa lalu supaya tragedi yang sama tidak terulang lagi di masa hadapan. Dalam melawan proses pelupaan yang dilakukan oleh negara, seluruh rakyat Indonesia mesti berada di pihak mangsa untuk mendesak pemerintahnya tidak melupakan tanggungjawab mereka. Tugas mereka adalah terus mengingatkan, kerana seperti yang dikatakan oleh Milan Kundera, perjuangan melawan kekuasaan adalah perjuangan ingatan melawan lupa.

Referensi

Dokumen terkait

Regresi logistik merupakan salah satu metode klasifikasi yang sering digunakan, regresi logistik merupakan suatu teknik analisis data dalam statistika yang bertujuan untuk

Tinjauan ekonomi Islam terhadap manajemen pengelolaan usaha meubel UD.Putra Indah di Pekanbaru dalam meningkatkan pendapatan perusahaan yaitu dari segi perencanaan,

vSpace terminal server berperan untuk mengatur komunikasi antar perangkat NComputing dengan server dan mengatur akses pengguna terhadap perangkat lunak, seperti sistem

Analisis Performansi Pemasangan Mixer (Ev-Burner) Di Intake Manifold Pada Motor 4 Langkah Berbahan Bakar Lpg; Try Bayu Pamungkas ; 081910101032 : 2012, 66 halaman; Jurusan

Perencanaan Pembelajaran Berbicara Sama halnya dengan siklus I, perencanaan pembelajaran (RPP) yang disusun pada siklus II sudah sesuai dengan ketentuan dimana, rumusan

Dari hasil pengujian hipotesis maka sikap mahasiswa terhadap gaya kepemimpinan Direktur Akademi Manajemen Bumi sebalo Bengkayang berdasarkan Tabel 1 perhitungan analisis

Berdasarkan tabel 4.10 dan tabel 4.11 dapat dijelaskan bahwa keputusan pembelian susu bubuk dewasa berkalsium Produgen didasarkan pada adanya reputasi yang baik

Dengan hasil ketiga percobaan di atas, dapat dilihat bahwa setting time dengan w/p rasio rendah (kental) memiliki setting time yang lebih cepat daripada normal, sedangkan