• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANG SAUDARA DI AMERIKA perlu diedit

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANG SAUDARA DI AMERIKA perlu diedit"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA

Pada abad ke-21 ini ,

Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia menongkah arus pemodenan dalam dunia global

ini. Kini, Malaysia begitu terkenal di mata dunia .

Namun begitu,di sebalik kegemilangan ini , masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bers arang dalam kalangan masyarakat , iaitu masalah pembuangan bayi .Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan ini boleh dianggap sebagai satu wabak atau bencana kepada negara . Pembuangan bayi ,

semakin hari semakin banyak dilaporkan di

dada-dada akhbar dan yang paling menyayat hati adalah apabila terdapat bayi yang

tidak berdosa dibuang seperti sampah tanpa ada sifat perikemanusiaan.Tidak dapat dinafikan pelbagai usaha telah diambil bagi membendung penyakit sosial ini. Namun begitu , apakah punca kepada kegagalan tersebut?

Antara punca kepada masalah pembuangan bayi yang kian berleluasa ini adalah kurangnya didikan agama dalam kalanga

n remaja.Kekurangan didikan agama

yang merupakan panduan dan pedoman hidup telah menyebabkan mereka hilang arah dalam kehidupan dan terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas

.Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas akan terdorong untuk menjalinkan hubungan bertentangan deng an hukum agama.Kesannya,remaja perempuan akan mengandung tanpa ikatan yang sah.Dalam situasi tersebut , remaja yang lemah pegangan agama tidak akan teragak-agak untuk membuang

atau membunuh zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu bertanggungjawab atas zuriat tersebut.Hal ini menunju kkan peranan agama dalam kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata .Malah, ayat al-Quran, surah Sad,ayat 26 juga menyatakan bahawa ,“… janganlah kamu menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah…”.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan menjadi benteng yang kukuh bagi menangkis segala anasir-anasir yang negatif dalam kehidupan.

Di samping itu,

sikap ingin tahu remaja juga antara punca kepada masalah ini.Remaja kini sangat cenderung untuk mencuba sesuatu yang

baharu . Sikap ingin tahu tentang sesuatu sememangnya wujud

dalam diri remaja.Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Remaja beranggapan bahawa merek a menjadi lebih matang dan hebat dengan mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain.

Lebih-lebih lagi perlakuan seks rambang

.Hakikatnya remaja yang matang seharusnya berfikiran positif dan rasional dalam membuat keputusan

dan bukannya dengan cara yang ditegah oleh agama .Persis kata peribahasa Melayu,“sesal dahulu pendapatan ,

sesal kemudian tidak berguna”, menjelaskan

kepada kita betapa pentingnya kita membuat keputusan dengan bijak agar tidak menyesal di

kemudian hari.Tambahan pula,remaja pada masa sekarang boleh dikatakan lebih rapat dan banyak menghabiskan masa ber

sama rakan berbanding dengan ibu bapa mereka. Maka,boleh

dikatakan pengaruh rakan sebaya yang negatif juga menjadi antara punca kepada masalah ini.

Isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini telah memberikan impak yang begitu besar dalam kalangan mas

yarakat,negara mahupun diri remaja sendiri.Antara kesan permasalahan ini

kepada remaja pada masa kini adalah masa depan remaja musnah begitu sahaja akibat kelalaian mereka menuruti hawa na fsu tanpa memikirkan kesannya.Isu ini akan turut memberi impak kepada negara. Antara kesan isu ini kepada negara pula adalah Perkembangan ekonomi negara akan merosot dan seterusnya menjejaskan pendapatan negara. Hal ini demikian kerana, remaja merupakan aset penting negara pada masa hadapan dan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara.Masa depan negara terletak ditangan generasi muda yakni remaja itu sendiri

.Hal ini kerana , pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara.Namun begitu ,

jika perilaku negatif remaja berterusan.Siapakah yang akan membela nasib negara kita pada masa akan datang?

Selain itu,zuriat yang dilahirkan juga mengalami kesan yang mendalam..Zuriat merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Namun,kepada mereka yang terlanjur, zuriat yang dilahirkan dianggap beban atau masalah dan bukti keterlanjuran atau kesalahan yang mereka lakukan.Hal ini mendorong mereka untuk membunuh atau membuang zuriat tersebut .Namun, wajarkah bayi yang tidak berdosa itu dihukum akibat kesalahan yang dilakukan oleh ibu

(2)

n memegang gelaran anak luar nikah

.Selain itu,bayi tersebut juga tidak dapat mengenali dan mendapat kasih sayang ibu bapa kandung mereka. Masa depan mereka akan turut terjejas.

Kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.Antara langkah

yang boleh diambil bagi mengatasi kemelut ini adalah dengan memberi perhatian dan

didikan agama yang cukup kepada remaja sejak kecil lagi .Hal ini kerana,melentur buluh biarlah dari rebungnya

.Memberi didikan dan perhatian kepada

anak-anak merupakan tanggungjawab atau peranan setiap ibu bapa.Jika ibu bapa sendiri lalai daripada melaksanak-anakan tugas mere ka akibat rakus mengejar kemewahan duniawi.Bagaimana pula dengan nasib anak-anak mereka yang kurang didikan dan ka sih sayang?.Lebih-lebih lagi, pada usia yang mencabar inilah remaja memerlukan sokongan dan kasih sayang daripada ibu bapa.Namun,kebanyakan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.Dalam situasi ini, sudah tentu remaja lebih cenderung untuk memilih jalan yang negatif bagi mereka berkongsi kasih

dan mendapatkan perhatian akibat kurangnya didikan agama.Oleh itu,masalah ini dapat diatasi jika ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

Selain itu, Pihak berkuasa terutama pihak polis hendaklah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golon gan remaja. Pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan hukuman yang setimpal dan lebih berat iaitu penjara seumur hidup kepada mereka yang didapati bersalah. Hal Ini harus dilakukan agar remaja berasa takut dan serik untuk melakukan atau terlibat dengan gejala pembuangan bayi yang kian berleluasa ini.

Mereka juga akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang

melampaui batasan agama.

Penekanan pendidikan juga amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah ini.

Akhirulkalam,masalah pembuangan bayi ini dapat diatasi di negara

kita sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.Justeru itu, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras pen yakit sosial ini agar tidak menular dengan lebih serius

dan menjejaskan pembangunan dan matlamat negara kita untuk mencapai wawasan

2020.Hal ini kerana,gejala ini melibatkan bakal pemimpin-pemimpin negara kita yakni remaja.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu membanteras gejala ini.Bak kata pepatah hendak seribu dalih , tak hendak seribu daya

Di samping itu,kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi punca dalam

masalah ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan

anak-anak telah menyebabkan anak-anak-anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan

perhatian daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau

dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan

harta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus

meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar

mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu.Selain itu,ruang kebebasan yang

diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh

dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu bapa memainkan peranan

penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada

anak-anak sendiri.

(3)

rakan sebaya yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak

remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat,

misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan

pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut akan

melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati

bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa

membuangkan bayi mereka .Hal yang demikian kerana mereka akan berperasaan

malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka.

Kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah dalam kalangan generasi muda. Karangan bahagian A. SPM

Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang asing kepada para pelajar. Sejak dari tingkatan satu, pelajar sudah mula berkenalan dengan mata pelajaran ini. Tambahan pula mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap pelaksanaan tersebut kerana beranggapan bahawa Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan walhal banyak faedah yang dapat diperoleh melalui pembelajaran mata pelajaran ini. Persoalannya, apakah kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah khususnya dalam kalangan generasi muda?

Dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, generasi muda dapat memperoleh banyak pengajaran. Hal ini demikian kerana dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang dinyatakan mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat. Sebagai contoh, peristiwa Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh penjajah British memberi pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu mudah mempercayai orang asing. Orang British digambarkan dengan licik dan jahat pada masa itu kerana sanggup menggunakan tipu muslihat atau taktik kotor untuk meluaskan kawasan jajahan mereka di tanah air kita. Justeru, generasi muda perlulah sentiasa ingat akan pengajaran tersebut dan tidak mengulanginya pada masa akan datang bagi mengelakkan peristiwa yang sama berulang lagi.

Dalam pada itu, perpaduan antara kaum akan dapat dicapai melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah dalam kalangan generasi muda. Tamsilnya, semasa Tingkatan 3, para pelajar akan mempelajari peristiwa Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan. Dalam perjuangan tersebut, penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta. Mereka telah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan tidak mudah menyerah kalah. Perkara ini cukup membuktikan bahawa betapa pentingnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dalam kemajuan negara sekali gus dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020.

Pada masa yang sama, semangat cinta akan negara turut dapat dipupuk dalam diri generasi muda. Generasi muda seharusnya mengingati jasa dan sumbangan tokoh-tokoh tanah air seperti Tunku Abdul Rahman. Jasa beliau patut dikenang oleh semua rakyat Malaysia kerana tanpa beliau, tidak mungkin kita dapat menikmati kemakmuran dan kedamaian di negara kita sendiri. Oleh itu, semangat nasionalisme dapat dipupuk dalam jiwa generasi muda malah mereka akan sentiasa bersyukur dan memberi penghargaan terhadap pengorbanan pejuang tanah air terdahulu seterusnya menghindarkan generasi muda daripada bersikap seperti kacang lupakan kulit.

(4)

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa

kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada

seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada

kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila

membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan

(5)

yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan

pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa

menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama

dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula

sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin

meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut

(6)

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada

peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan

dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari pencemaran alam sekitar.

KEPENTINGAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis . Yang Berusaha,Tuan Haji Azmi bin Zulkefli, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 24, Yang Dikasihi Puan Noor Hamiza bin Hang Tuah,Pengerusi Panita Sejarah, guru-guru, dan rakan pelajar yang dikasihi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan rasa penghargaan saya atas kesudian pihak sekolah memberi peluang kepada saya menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah”. Bagi saya, undangan ini merupakan penghargaan pihak sekolah terhadap penglibatan saya di dalam Persatuan Sejarah Sekolah.

Hadirin Yang dimuliakan,

Menurut Kamus Dewan, sejarah bermaksud peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau. Apabila menyebut peristiwa, kebiasaannya yang dirakamkan ialah tentang peristiwa yang melibatkan jatuh bangun

(7)

1980-an, mata pelajaran Sejarah diwajibkan dalam peperiksaan PMR dan SPM. Belajar apa-apa juga aliran, tidak mempunyai pilihan, minat atau tidak mesti mempelajari sejarah untuk berdepan dengan peperiksaan. Pada peringkat awal, memang ramai yang menentang kerana pelajaran sejarah tidak mempunyai nilai ekonomi. Anda sendiri pun berasa tidak selesa kerana berdepan dengan tarikh dan peristiwa , namun alah bisa tegal biasa. Justeru, yakinlah tujuan mewajibkan mata pelajaran ini demi kepentingan kita semua .

Negara kita didiami oleh rakyat berbilang kaum, dengan kaum terbesar Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum dengan anutan agama yang

berbeza dan corak budaya seharian yang berlainan tidak menjadi masalah untuk berkomunikasi, saling mengerti, bertolak ansur, dan berdaya saing untuk

memaknakan kemerdekaan tanah air. Kecuali peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969, sepanjang waktu melalui kehidupan dengan aman dan damai. Hal ini berpunca mereka mengerti asal usul mereka, hak masing-masing, dan peranan yang perlu dimainkan di dalam negara ini. Semuanya dirakamkan dalam mata pelajaran Sejarah. Orang Melayu sedar, sebahagian daripada mereka dari Kepulauan Indonesia, orang Cina mengerti mereka dari Tanah Besar China, dan orang India juga faham mereka dari negara India. Pengertian yang diperoleh menerusi mata pelajaran Sejarah menjadikan mereka dapat mengelakkan rasa rendah diri bagi menghadapi cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat

Malaysia tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju.

Hadirin yang dikasihi,

Mata pelajaran Sejarah juga menyebabkan kita mengenali tokoh tertentu yang berhasil melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman.Rata-rata mereka terlibat dalam memperjuangkan tanah air daripada dibelenggu penjajah

Inggeris.Kecuali Tunku Abdul Rahman yang berpeluang menjadi Ketua Menteri, kemudian Perdana Menteri , pemimpin yang lain hanya mampu mengalirkan keringat demi keselesaan anak watan. Jika sesetengah negara para pejuangnya bermandikan darah sebelum negara memperoleh kemerdekaan,tetapi

(8)

Semasa hayatnya Tunku Abdul Rahman pernah berkata, memperoleh

kemerdekaan lebih mudah berbanding untuk mempertahankannya. Sebenarnya, kita janganlah berasa terlalu selesa, sehinggakan tidak sesekali berwaspada akan kemungkinan negara ini dijajah. Penjajahan alaf baru ini bukan semestinya dengan senjata tetapi dengan ekonomi. Peristiwa tahun 1997 apabila negara kita diserang penyangak mata wang , George Soros menyebabkan nilai ringgit

menjunam wajar dijadikan iktibar. Sejarah akan berulang dan sebab itu

kemungkinan buruk senantiasa ada. Bagaimana kita boleh mengingati akan hal ini jika kita tidak mempelajari sejarah? Pengetahuan akan pengalaman pahit sesebuah negara begitu sukar dihayati jika hanya menatap akhbar atau majalah, kecuali melalui mata pelajaran Sejarah.

Para pelajar yang budiman,

Sebenarnya mempelajari Sejarah juga menambahkan pengetahuan kita. Sebagaimana mata pelajaran Geografi,Fizik, atau Kimia, berfungsi menggerak minda menjadikan seseorang pelajar itu berwawasan. Dalam konteks mata pelajaran sejarah, segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari, sekali gus mengelakkan kita seperti menjadi katak di bawah tempurung. Pengetahuan ini mampu mewujudkan rasa kecintaan di dalam diri kita. Sebagai contoh jika mengetahui sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad dan Stadium Merdeka, sudah tentu kita akan menentang jika tempat tersebut dirobohkan kerana hal ini berkait rapat dengan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, lalu kita mencadangkan agar tempat tersebut dipulihara sebagai satu bahan bersejarah yang tidak ternilai harganya.

(9)

Rasanya sudah panjang saya menyampaikan syarahan pada pagi yang mulia ini. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi,

Dari runtuhnya Kota Melaka,

Kehebatan Putrajaya kita dirikan;

Sejarah melakar detik merdeka,

Keharmonian hidup mampu dikekalkan.

Sebelum mengakhiri syarahan ini, saya menyeru rakan pelajar semua meminati mata pelajaran Sejarah yang kelihatan tiada nilai ekonomi tetapi besar peranannya dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan mewujudkan jati diri dalam kalangan kita semua .Justeru, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Saya akhiri syarahan dengan lafaz terima kasih

Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah

mengenal asal usul sesuatu tempat, kemunculan bandar, sistem

pemerintahan, budaya dan tamadun - setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan Malaysia itu sendiri

mengambil iktibar daripada peristiwa lalu - supaya kita tidak mengulangi kesilapan orang dahulu

 dapat memperoleh banyak pengajaran - peristiwa-peristiwa sejarah yang

telah berlaku mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat

menimbulkan rasa patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat - belajar menghayati erti kemerdekaan

menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah - sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara kita

menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum - penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta - kestabilan negara bergantung kepada perpaduan

masyarakat

(10)

menambah pengetahuan dalam diri - segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari - tidak buta sejarah - dapat tahu

bangunan dan lokasi bersejarah di negara kita - bukan sahaja belajar sejarah Malaysia malah sejarah dunia/negara lain

membuka minda pelajar agar bersyukur - belajar menghargai kesenangan dan kemewahan yang dinikmati hari in

punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar-Contoh Karangan

Pada era pascainovasi ini,isu-isu pencemaran alam sekitar dijadikan buah mulut kepada semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial di Malaysia.Hal ini berlaku demikian kerana masalah pencemaran alam sekitar di negara

Malaysia semakin serius setiap tahun.Oleh itu,isu-isu pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara,pencemaran air,pencemaran bunyi,dan sebagainya tidak boleh dipandang ringan dan dipandang sebelah mata oleh semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial di Malaysia."Tepuk dada, tanya

selera"Persoalan yang berlegar-legar dan berputar-putar dalam kotak fikiran saya ialah apakah punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia?

Pada hemat peribadi saya,punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia yang dominan ialah kerana sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab.Hal ini berlaku demikian kerana individu dan organisasi tersebut tidak mempunyai kesedaran sivikdalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar.Sesetengah daripada individu tersebut akan sewenang-wenangnya membuang sampah sarap merata-rata tempat tanpa menghiraukan kawasan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan.Jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap.Kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam

penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut dan

mengakibatkan pencemaran air,kilang juga melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara dan asap-asap tersebut akan menyebabkan terjadinya

pencemaran udara.Ini diesebabkan kerana sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari

pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

(11)

nyawa kita dan juga haiwan-haiwan.Peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan

pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.

Di samping itu,pembakaran secara terbuka juga merupakan punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia.Pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan kawasan hutan untuk tujuan penanaman semula

sememnagnya baik,tapi pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh mengakibatkan pencemaran udara dan memusnahkan habitat flora dan fauna.Pembakaran secara terbuka jugalah mengakibatkan suhu bumi meningkat dan cuaca semakin panas setiap tahun.Pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia tapi pembakaran secara terbuka masih lagi dilakukan oleh sesetengah pihak walaupun pihak kerajaan telah menguatkuasakan

undang-undang dan peraturan untuk menangani pihak yang membakar secara terbuka.

Seterusnya,penggunaan jentera yang banyak juga akan mengakibatkan pecemaran alam sekitar berlaku.Hal ini berlaku demikian kerana jentera

berteknologi ini akan melepaskan asap-asap yang bertoksik dan mengakibatkan pencemaran udara berlaku.Selain itu,pencemaran alam sekitar juga disebabkan oleh projek-projek pembangunan.Hal ini disebabkan oleh kerana semasa hari hujan,tanah merah daripada tanah lapang yang dibersihkan untuk projek-projek pembangunan akan mengalir ke sungai dan laut yang bedekatan dan akan mengganggu ekosistem di dalam air dan tahap kebersihan kualiti air.

Kesimpulannya,semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial wajarlah mengembleng tenga seperti aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini sehingga ke akar umbinya supaya pelajar cermerlang,sekolah terbilang dan negara gemilang akan tercapai.Persis mutiara,sudah terhantuk baru tergadah,janganlah kita baru memulakan untuk mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar apabila pencemaran alam sekitar sudah pada tahap yang paling merbahayakan di negara Malayasia.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH PEMBUANGAN BAYI

(12)

Seperti yang kita sedia maklum, remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah Negara pada masa depan. Namun gejala sosial yang menghantui remaja pada masa kini amat menggerunkan kita. Antaranya adalah gejala pembuangan bayi yang dari hari ke hari semakin membimbangkan. Saban hari kes pembungan bayi terpampar di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Hal ini mestilah dibendung dengan kadar segera sebelum ianya menjadi lebih serius. Kejadian buang bayi ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat bahawa salah laku seksual semakin merebak. Persoalan utama sekarang bukanlah untuk menunding jari kepada siapa yang paling bersalah dalam hal ini tetapi bagaimana ianya boleh diatasi.

Antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi ialah melalui peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO dan masyarakat. Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut

pembungan bayi tidak harus dipandang sepi, pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi

Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan

menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain. Secara tidak langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan

seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang

dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam

menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan..

Dalam menangani masalah ini, ibu bapa amat memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Selain itu, Ibu bapa juga hendaklah sentiasa

(13)

anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang erat secara tidak langsung akan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka.

Selain itu, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Apabila perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anak-anak akan merasa mereka dihargai dan disayangai. Ini secara tidak langsung akan

mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya mengelak daripada aktiviti

pergaulan bebas diantara mereka (remaja). Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi.

Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani gejala buang bayi yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak luar nikah disamping untuk mendapat bimbingan dan perlindungan, contohnya seperti Asrama Puteri KEWAJA. Hal ini demikian kerana mereka masih perlu dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang tidak bersalah, contohnya seperti Pusat

Perlindungan PERNIM. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas mereka.

Selain itu, persepsi masyarakat mestilah diubah dengan tidak terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah tetapi sebaliknya berusaha membantu

mereka agar mereka mendapat perlindungan dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras. Masyarakat perlulah peka dengan suasana disekeliling mereka supaya mayarakat dapat bersama- sama mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini terus berlaku.

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa semua pihak terlibat dalam menangani masalah pembuangan bayi ini. Justeru itu, semua pihak harus melihat gejala pembuangan bayi secara rasional dan tidak seharusnya memandang sepi tentang masalah ini. Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu, bekerjasama bagi mengatasi gejala pembungan bayi sebelum ianya menjadi lebih serius.

Filem seram beri kesan negative

KECENDERUNGAN masyarakat pelbagai usia terhadap cerita hantu dapat digambarkan dengan kehadiran jutaan penonton di pawagam menjadikan angka kutipan tiket sangat tinggi berbanding filem genre lain. Kelahiran filem berasaskan

hantu mula menjadi sebutan selepas kejayaan filem seram seperti Jangan Pandang

(14)

Pemikiran generasi muda makin disempitkan dengan kisah hantu dan seram meniti ruang hidup dari kantin sekolah hingga ke dalam pejabat dan dari ruang tamu hingga ke bilik kosong semua dilihat berhantu. Kejayaan luar biasa filem berasaskan hantu menjadikan penerbit di negara saling merebut peluang

mengeluarkan filem seram dengan pelbagai tajuk hebat meskipun jalan ceritanya karut marut.

Maka tidak hairanlah, filem hantu seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Karak, Hantu Kak Limah Balik Kampung dan yang terkini Hantu Bonceng mengisi keluaran filem negara. Malah ada pengarah sanggup mengorek kisah dongeng lama atau mereka cipta jenis hantu lalu memberi nama baru seperti kuntilanak, pocong, sundel bolong, hantu penanggal, hantu susu, hantu gigi dan sebagainya.

Dalam kerakusan menerbitkan filem, penerbit, pengarah, penulis skrip serta pelakon tidak lagi mempersoalkan kesan negatif kepada masyarakat khususnya masyarakat muda dan kanak-kanak. Babak melapah daging manusia, menghisap darah atau sebagainya dilakonkan dengan cukup berkesan.

Masih segar babak bagaimana lakonan Ruminah Sidek dalam filem (JPB) sedang makan di ruang dapur dalam keadaan sangat menyeramkan, atau lakonan Putri Mardiana melapah darah di lantai dalam filem Santau. Pelbagai babak ngeri yang berjaya menjelmakan unsur seram yang jelas dan hidup kepada masyarakat.

Bayangkan anak kecil sudah diserapkan akal dengan kewujudan hantu yang berada di merata tempat.

Kekuatan kepercayaan kepada hantu tahyul ini sebenarnya mengancam akidah umat Islam. Syaitan boleh bertepuk tangan kerana ramai manusia lemah pegangan agama dan ilmunya dipesongkan kepada ketakutan terhadap hantu menyelimuti dalam rutin kehidupan dari memikirkan kebesaran Allah.

Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa selain itu bagi orang yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang syirik kepada Allah, maka sesungguhnya mereka sudah melakukan dosa sangat besar. (Surah an-Nisa, ayat 48)

(15)

Anak kecil menahan kencing kerana takut ke tandas dipercayai adanya momok. Begitu juga masyarakat yang ditutup pemikirannya dengan kisah hantu untuk membenarkan kewujudannya meskipun kehadiran makhluk ini bukan bersifat nyata dan benar.

Kekuatan media sudah pasti mempengaruhi corak kehidupan generasi muda. Lambakan drama di televisyen berkisar cerita hantu disiarkan saban malam. Lebih mendukacitakan sempena Aidilfitri lalu, banyak filem seram ditayangkan.

Kekuatan kepercayaan kepada hantu boleh menggugat keharmonian negara. Lebih ramai pelajar akan mengalami histeria. Lebih ramai umat Islam terdedah kepada amalan sihir semata-mata untuk menghalau hantu jembalang yang dipercayai mengganggu kehidupan. Akhirnya segala jenis penyakit manusia pun dikatakan gangguan momok.

Lebih parah, apabila bomoh, dukun atau peramal perubatan tradisional akan lebih berpengaruh dihampiri masyarakat bagi mengubati penyakit yang dikatakan

berpunca daripada makhluk halus atau jembalang. Kebanyakan kes rogol, cabul dan gangguan seksual turut dikaitkan dengan kepercayaan menghalau gangguan

makhluk halus atau syaitan.

Referensi

Dokumen terkait