• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARAT-SYARAT SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI DALAM TALIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-64 PERINGKAT USM TAHUN 2021

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SYARAT-SYARAT SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI DALAM TALIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-64 PERINGKAT USM TAHUN 2021"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

SYARAT-SYARAT SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI DALAM

TALIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-64

PERINGKAT USM TAHUN 2021

SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN

 Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua pelajar USM.

SYARAT-SYARAT SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI

 Bertemakan PATRIOTIK / KEMERDEKAAN

 Dibenarkan untuk menggunakan Muzik Latar yang bersesuaian

 Hanya mendeklamasikan puisi yang disediakan oleh pihak penganjur (Lihat Lampiran)  Kreatif dalam penghasilan video adalah bonus pemarkahan.

 Karya mestilah dalam Bahasa Melayu sahaja dan tidak boleh sama sekali menyentuh isu-isu sensitiviti, perkauman, politik  dan agama.

 Peserta hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema sajak yang disampaikan

 Hasil karya video hendaklah yang asli (ciptaan sendiri) dan BELUM  PERNAH diterbitkan.

 Penyertaan secara individu dan tidak lebih daripada satu video sahaja.

 Semua hasil karya yang diterima menjadi hak milik HDC, BHEPA USM.

Penganjur berhak menggunakan karya tersebut pada bila – bila masa sahaja.

Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan:  a) Borang penyertaan yang lengkap

 Rakaman video yang mempunyai :

 a) Kualiti video dan audio yang baik berdurasi tidak melebihi 7 minit.

 b) Video mestilah berformat video mp4 resolusi 720p – 1080 menggunakan telefon bimbit.

 c) Rakaman boleh dibuat di dalam premis peserta atau lokasi luar yang bersesuaian  Penyertaan boleh dihantar kepada pihak urus setia pertandingan sebelum atau pada

tarikh dan alamat e-mel seperti berikut :  E-Mel: assahirinhamlet@usm.my

▸ Baca selengkapnya: contoh deklamasi puisi

(2)

KAEDAH PENILAIAN

 Setiap penyertaan akan dinilai oleh Juri Profesional yang telah dilantik oleh pihak Penganjur.

 Penilaian adalah berdasarkan KEKUATAN VOKAL , PERSEMBAHAN DEKLAMASI,

KREATIVITI DAN PERSEMBAHAN VIDEO

 Jumlah ‘Like’ penyertaan video di laman sosial Facebook HDC menyumbang kepada peratusan penilaian.

 Pemenang akan dihubungi melalui nombor telefon bimbit yang disertakan dalam Borang Penyertaan.

 Keputusan Juri adalah muktamad.  Setiap bantahan tidak akan dilayan.

INSENTIF PEMENANG Kategori Lelaki

 JOHAN - RM500 serta Sijil Penyertaan

 NAIB JOHAN - RM400 serta Sijil Penyertaan

 TEMPAT KETIGA - RM300 serta Sijil Penyertaan

 3 SAGUHATI - RM100 serta Sijil Penyertaan

 ‘Like’ Tertinggi - RM100 serta Sijil Penyertaan

Kategori Wanita

 JOHAN - RM500 serta Sijil Penyertaan

 NAIB JOHAN - RM400 serta Sijil Penyertaan

 TEMPAT KETIGA - RM300 serta Sijil Penyertaan

 3 SAGUHATI - RM100 serta Sijil Penyertaan

(3)

BORANG PENYERTAAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI DALAM

TALIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE– 64

PERINGKAT USM 2021

KATEGORI: LELAKI/WANITA

(Sila potong yang tidak berkenaan)

PERKARA MAKLUMAT

Nama Peserta No. Kad Pengenalan No. Matrik

Pusat Pengajian Tahun Pengajian No. Telefon Bimbit E-Mel

PENGAKUAN

Saya mengesahkan bahawa maklumat di atas adalah benar. Hasil karya video tersebt merupakan karya asli dan belum pernah disiarkan. Saya bersetuju mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan sekiranya melanggar syarat – syarat tersebut, penyertaan saya adalah terbatal dengan sendirinya.

………. (Tandatangan)

Nama :………

Tarikh :………

Borang penyertaan yang telah lengkap dan kedua-dua salinan tersebut perlu diposkan kepada Urusetia Pertandingan selewat-lewatnya pada 10 September 2021 seperti maklumat yang berikut:

Urusetia Pertandingan/ Alamat Surat Menyurat

: Encik Ahmad Assahirin bin Hamlet Pusat Pembangunan HEBAT (HDC)

Kompleks Cahaya Siswa, Bangunan H21, Lorong Cahaya, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang

Telefon Bimbit : 017- 404 4959 E-Mel: assahirinhamlet@usm.my

(4)

PUISI 1. CERITERA POHON BANGSA ( AHMAD SHUKRI ABDULLAH )

Inilah Pohon Hayat Bangsa

Kekar Berpaut Pada Akar Asal Budaya Pasak Kukuh Di Bumi Merdeka.

Benihnya Disemai Tangan Warga

Tidak Kenal Makna Gentar Dan Gerak Para Durja Tanahnya Digembur Baja Pusaka

Disiram Keringat Dan Darah Pejuang

Tidak Kenal Makna Tewas Dan Tunduk Mengalah Biar Diserbu Seribu Musuh

Atau Sesiapa Sahaja Yang Bernama Penjajah. Akar Harus Tegar Menunjangi Bumi

Bumi Harus Makmur Menyuburi Pohon Pohon Harus Rimun Menangi Nusa Jika Pohon Ini Subur Mahsulnya

Biarlah Mampu Menyambung Hayat Pengembara Yang Singgah Di Bawah Keteduhannya.

Kejap Kukuh Pencak Bersulam Keberanian

Siaga Segala Tipu Muslihat Di Gelanggang Persabungan -Di sini Pertarungan Bukan Beradu Kudrat Kekuatan Tetapi Menguji Bijaksana Dan Ampuh Keimanan. Jangan Biarkan Pohon Bangsa Dimamah Kemajuan Sehingga Dahannya Rapuh Dipatah Kealpaan

Akar Budayanya Berselirat Membelenggu Ketamadunan Akhirnya Subur Bumi Akan Kembali Gersang

Kontang Dibakar Marak Api Kepalsuan. Kembalikanlah Tunjang Ampuh Keyakinan

Susurgalurkan Akar Budaya Mencengkam Bumi Pusaka Agar Pohon Bangsa Tetap Teguh Menentang Musuh Sepadu Melaungkan Tekad Dan Keazaman

Demi Pertahankan Mutlak Hak Dan Ketuanan Demikianlah Mahlnya Harga Pengorbanan Kendatipun Nyawa Galang Gentian

Disini Pohon Tetap Agam Menyambut Cabaran Zaman.

(5)

PUISI 2. KITALAH WARGA MERDEKA YANG MENGERTI (AMY SUZAINI MOHD AINUDDIN )

Hari-Hari Derita Yang Lalu Kita Untaikan Jadikan Tasbih Kita Zikiri Setiap Nikmat

Telah Kita Peras Kepedihan Seluruh Masa Silam Dan Kini Kita Baurkan Dengan Tetes Pengalaman Di Padang Insaf Tempat Kita Mengecap Bahagia. Hari Ini Kitalah Warga Merdeka Yang Mengerti Untuk Menjalin Padu Tanpa Iri Cemburu

Saling Berkongsi Subur Bumi Redup Langit

Bersama Merasa Indahnya Anugerah Kemakmuran Hamparan Taftah Berpinar Emas

Kita Bersenandung Dilatari Intrumentalia Cinta Dalam Nada Sejahtera.

Kitalah Kini Warga Merdeka Yang Mengerti Tidak Mungkin Lagi Banjaran Silam

Mengundang Musuh Mendaki Puncak Melontar Sengsara Kita Pernah Bangkit Dan Jatuh Yang Sakit

Memperbaharui Ehwal Silam, Menguburkan Dendam Warisan Menjadi Anggun Wawasan.

Kitalah Kini Warga Merdeka Yang Mengerti

Mendendang Kasidah Kasih Gema Penuh Keramat

Tidak Akan Kita Biarkan Lelehan Sengketa Menjadi Golakan Lava Berapi

Amarah Mencairkan Setiakasih Kepada Nusa Biar Elat Khabar Pendusta Mengutus Bencana Biar Desis Angin Petaka Membisik Bahaya Kita Tetap Gagah Sebagai Pendekar Bestari Berkeriskan Minda Berperisaikan Agama Budaya Warisan Pertiwi.

Kitalah Warga Merdeka Yang Mengerti

Cabaran Dan Perjuangan Adalah Rakan Pengalaman Dan Kita Harus Jadi Warga Paling Perkasa

Mencerahkan Indera Seluruh Jagat Raya Walaupun Kita Cuma Kecil Di Peta Dunia Tetapi Agung Pada Pandangan Buana.

(6)

PUISI 3. DI SINI SETIA TERUKIR ( GHAZALI LATEH ) Ini Tanah Air, Tempat Bermula Dan Berakhir, Cinta Pertama, Di Sini Setia Terukir.

Kita Telusuri Batas Sejarah Ke Musim Suram Terjajah,

Menguak Hitam Belenggu Dalam Murup Durja Yang Gundah, Saat Melangkah Runduk Di Bawah Serakah Telunjuk,

Suara Pun Hilang Terpanar Di Tengah Sorak Petualang. Di Denai Waktu Membiak Tunas Insaf Seluruh Warga, Musibah Lalu Jangan Lagi Meragut Sejahtera Wangsa, Bumi Ini Tanah Air Pesaka Warisan Pejuang,

Titisan Darah, Keringat Basah Dan Semangat Menjulang. Malaysiaku Mewangi Setanggi Seribu Aroma Narwastu Melimpah Sejuta Anugerah Dari Rahmat Teguh Bersatu,

Menjulang Wawasan Gemilang Ke Puncak Persada Mercu Biru, Membias Bayu Kecundang Jelmaan Cemburu Sejuta Seteru. Alaf Ini Tempoh Memacu Samara Cintakan Bumi Pertiwi,

Membilas Noda Hitam Dari Kemelut Sengketa Selisih Semalam, Memesra Anggun, Menghijau Santun, Muhibah Rimbun

Ini Negeri Terbaik, Budaya Tercantik, Rakyat Terdidik,

Mengorak Langkah, Berpangsi Arah Menancap Monumen Terindah. Sambutlah Gemersik Suara Nafiri Seruan Perjuangan,

Cokmar Kebebasan Biar Lestari Kukuh Dalam Genggaman, Tanah Ini Milik Hakiki Zaman Berzaman,

Jangan Sampai Berulang Lagi Nista Kehinaan.

Ini Tanah Kita, Padang Permainan Seluruh Anak Bangsa, Ini Jiwa Kita, Nafas Kita, Roh Generasi Merdeka,

Nusa Ini Maruah Kita, Citra Kita, Martabat Daulat Perkasa, Wilayah Ini Wacana Hitam Putih Wadah Pemangkin Wibawa. Ini Tanah Air, Tempat Bermula Dan Berakhir,

Di Sini Setia Terukir, Cinta Pertama Dan Terakhir, Biar Luluh Jiwa Raga, Darah Setiaku Tetap Mengalir Biar Nyawa Luluh Tercicir, Janji Ini Tidak Termungkir.

(7)

PUISI 4. MENEBUS NILAM MARUAH ( ZAINAL ABIDIN HJ SUHAILI )

Pada Sebuah Rumah Pusaka Yang Indah

Kitalah Tiang Penunjang Kukuh Kesatuan Ummah Pendekar Gagah Sedia Menyusun Pantas Langkah Srikandi Berani Rela Merentangkan Pantas Langkah Sama Seirama Mengalun Pantun Perancangan Tercantik Saling Berganding Mengukir Arca Perlaksanaan Terbaik. Janganlah Kita Hembuskan Nafas Keluhan

Atau Mengumpulkan Debu Kotor Putus Asa Kerana Sekali Mengaku Sebagai Warga Sejati Seluruh Putih Hati Harus Menjadi Saksi

Bumi Pusaka Adalah Puncak Gunung Tersayang Tanah Bertuah Adalah Dasar Tasik Terkasih Kesejahteraan Rakyat Merayap Di Lantai Harapan Kemakmuran Nusa Memanjat Di Menara Impian. Marilah Kita Menanam Benih Suci Azam

Menuangkan Segala Sirap Pengalaman Dan Madu Ilmu Untuk Menyiapkan Hidangan Istimewa Pembangunan Mengumpulkan Segala Logam Kegigihan

Dan Galian Kesungguhan

Untuk Membangunkan Sebuah Kota Besar Kemajuan Agar Sepasang Kaki Bumi Pertiwi Ini

Gagah Dan Pantas Berlari Mengejar Kelajuan Globalisasi Tanpa Mencabutkan Jejak Akar Sopan Budaya

Tanpa Melucutkan Pakaian Mulia Ajaran Agama. Dan Kini Setelah Hampir Lima Dekad

Kita Pasti Mampu Tersenyum Dengan Lebat Melihat Anak-Anak Bangsa Generasi Hebat Mampu Sudah Kembali Menebus Nilam Maruah Yang Berkurun Tergadai Di Dalam Hitam Sejarah.

(8)

PUISI 5. DARI MENARA MERDEKA ( WALI LETA S.A )

Dari Menara Merdeka Kulihat Cahaya Bersinar Gemerlapan

Mengindah-Pesonakan Panorama Pembangunan Di Tanah Warisan Pembangunan Industri Melonkakkan Indeks Ekonomi Mapan

Pembangunan Teknologi Tinggi Meningkatkan Pencapaian Cemerlang Pembangunan Ilmu Menggilap Sahsiah

Kebestarian Insan

Menjana Perkembangan Ketamadunan Bangsa Dari Generasi Ilmuwan Menjadi Pemangkin Kepada Kedaulatan

Yang Dilagumerdukan.

Dari Medara Merdeka Kulihat Bunga-Bunga Impian Sedang Berkembang Menyegar-Semerbakkan Nafas Perjuangan Di Dada Warga Harapan Perjuangan Murni Membentuk Lembut Luhur Budi Bahasa

Perjuangan Mulia Melentur Jujur Pekerti Bangsa

Perjuangan Suci Memulihara Keutuhan Akhlak Dan Agama

Demi Masa Depan, Mari Kita Mempertaruhkan Segala Dengan Waras Akal Agar Setiap Kegemilangan Menjadi Milik Yang Kekal.

Dari Menara Merdeka Kulihat Warga Harapan Sedang Bergandingan

Mengembleng-Eratkan Perpaduan Dan Rasa Kemanusiaan Yang Terbilang Rasa Kemanusiaan Dalam Menghayati Penderitaan

Alam

Rasa Kemanusiaan Dalam Menangani Bencana Zaman Rasa Kemanusiaan Dalam Membendung Keganasan Yang Kejam

Biar Jasa Dan Bakti Mengungguli Kehidupan

Supaya Maruah Dan Martabat Bangsa Tinggi Menjulang.

Dari Menara Merdeka Kulihat Lorong Dan Jalan Cerah Benderang Melincah-Luaskan Gerak Langkah Menjejak Puncak Wawasan Langkah Berhemah Mengelak Kaca Menghindari Kelukaan Langkah Berhikmah Menapak Bijak Tiada Keresahan Langkah Bertauliah Sedia Bertarung Disetiap Gelanggang Cekal Menghadapi Kerenah Globalisasi Di Alaf Cabaran

(9)

PUISI 6. TERIMA KASIH PENGALAMAN ( SOLIHIN OSMAN )

Sembilan Belas Lima Puluh Tujuh Membuka Jendela Menerpa Cahaya Ke Rumah Zaman Berwarna

Selamat Tinggal Kenangan Selamat Jalan Pengalaman Musim Baru Citra Baru Dan Fikrah Baru

Kita Bina Kota Waktu Memecut Memintas Tamadun Keruh Yang Ditampi Dan Kelabu Yang Disisir

Patinya Kita Hirup Dan Jamah

Meninggalkan Sejarah Yang Menduga Dan Luka. Terima Kasih Pengalaman

Kelmarin Menjadi Bukti Kita Bangsa Berwibawa Semalam Adalah Hakiki Kita Bangsa Yang Merdeka. Ini Daerah Kita Ruang Bebas Yang Adicitra

Kita Melangkah Meniti Perjuangan

Di Kuala Pertemuan Antara Tiga Suara Yang Bersatu Senyum Yang Digubah Bersama Sejambak Setia Terbanglah Beburung Laut Menuju Ke Langit Purba Langit Berkaca Melukis Bahagia Dari Syurga. Berganti Generasi Kita Bentuk Jalan Ke Ufuk Dari Jalan Berdebu Kepada Aspal Baldu

Dari Rumbia Dan Nipah Menjadi Genting Mesra Dari Hujung Jari Terbit Hajat Dan Cita

Dari Utara Ke Selatan Hanya Sekelip Mata Dari Mimpi Lama Berubah Realiti Semasa Peta Sudah Bercahaya Melukis Sejahtera

Sejahtera Membuka Segala Imaginasi Dan Fakta Fakta Lahir Dari Pemikiran Yang Merdeka.

Lihat Di Belakang Dirimu Ada Biru Membina Pandanglah Di Atas Dirimu Ada Kuning Menerpa Renungkanlah Di Dalam Dirimu Ada Putih Nirmala Perhatikanlah Di Depan Dirimu Ada Merah Membara. Di sini Tempat Kita Berdiri Tempat Kita Berlari

Menjunjung Kedaulatan Pertiwi Kebijaksanaan Perdana Biar Putih Tulang Berselerak Malang Petaka Meneranjang Bumi Tercinta Kita Pagarkan Kita Tadahkan

Dengan Setia Dan Wawasan

(10)

PUISI 7. NIKMAT MERDEKA SEBUAH NEGARA ( SHAARI AB )

Begitu Nyaman Menghela Nafas Di Negara Bertuah

Kuntum Mewangi Pembangunan Berkembang Menghias Taman Terpugar Kemajuan Meninggalkan Zaman Penjajah

Seluruh Desa Dan Kota Bertukar Wajah.

Malaysia Dalam Suratan Sejarah Pecah Perintah Tunduk Menyembah Pantang Membantah Apa Diarah Melawan Ke Pihak Benar Derhaka Terima Padah Anak Kecil Disuntik Ketakutan Sejak Di buaian

Digambarkan Melayu Duduk Cari Kutu Sengaja Dilemah Layu Jangan Gundah Ilmu Setakat Hanya Sekolah Rendah

Apabila Besar Panjang Hanya Bantu Bapa Di Sawah. Mahkota Merdeka Ini Membawa Limpah Rahmat Rancang Atur Pembangunan Membawa Matlamat Ladang Minda Dibuka Merata Usaha, Terbina Siang Dan Malam Dipupuk Semangat Juang Menghimpun Cerdik Pandai Mengisi Pekerjaan,

Rezeki Bertambah Habuan Keluarga Tumpang Bahagia. Bersyukur Kita Atas Nikmat Dikecapi

Akal Budi Meluas Laut Bicara

Jangan Disebut Pisang Berbuah Dua Kali Jangan Lagi Mengkapan Jenazah Karung Guni Jangan Ziarah Keluarga Secebis Kain Bertukar Ganti Jangan Jelapang Padi Luas Bergilirkan Ubi

Bila Alu Dan Lesung Bertingkah Bunyi

Padi Tumpah, Ayam Bersoarak, Periuk Tidak Berisi

Tatang Dan Sayangilah Mahkota Merdeka Ini Sepenuh Erti Hindarkan Dengki Ke Tepi, Untung Sama Berbahagi

Pada Seluruh Warga Bangsa Malaysia Tercinta Wangikan Kuntum Perpaduan Ini Berkurun Harum.

(11)

PUISI 8. MENGENANGMU PEJUANG ( SHARUNIZAM ABDUL TALIB )

Telah Kalian Terjemahkan Perjuangan Suci Itu Menjadi Selaut Keringat Dan Setasik Darah Tercatat Megah Jasanya Di Buku Sejarah

Walau Jasad Tersungkur Rebah Di Kaki Penjajah

Kalian Tetap Pejuang Kebanggaan Anak-Anak Merdeka Kalian Tetap Pejuang Kebebasan Berhati Suci

Kebangsaan Seluruh Warga Pertiwi.

Bergetar Bibir Menyebut Namamu Pejuang Baik Ternama Atau Pejuang Tanpa Nama Kalian Datang Dan Pergi, Kembali Dan Hilang

Kalian Gadaikan Kepentingan Demi Iltizam Perjuangan Kalian Humbangkan Igau Ketakutan Demi Azam Keyakinan Perjuangan Harus Tabah Meredah Api

Perjuangan Harus Berani Menatang Matahari Sentiasa Bijaksana Mencatur Segala Tindak

Sentiasa Berhikmah Sepanjang Hayat Mengatur Setiap Gerak. Pejuang Yang Tidak Mencari Nama

Adalah Pejuang Gagah Yang Menghukum Durjana Penjajah Mengusir Petualang Laknat Durjana Ke Jalan Pulang,

Pulang Mengusung Keranda Walang.

Meski Engkau Berkubur Tanpa Taburan Bunga Di Atas Pusara Gugurmu Tanpa Kilauan Pingat Tersemat Di Dada

Tapi Tetap Kalian Dikenang Sejarah Bunga Bangsa Sebagai Pejuang Terbilang Berhati Sekeras Waja

Kau Tidak Mudah Tergoda Umpan Yang Kilauan Di Mata Tabah Mengawal Bicara Tidak Mementingkan Di Perut Sahaja.

Kepadamu Pejuang Ternama Atau Tanpa Nama Damailah Kalian Dalam Dakapan Rahmat Tuhan

Percayalah, Perjuangan Suci, Adalah Buahnya Ranum Di Syurga Abadi Seluruh Ingatan Kekal Menyusur Perjalanan Zaman

(12)

PUISI 9. MENJUNJUNG JANJI MENYANJUNG BUDI ( MAHAYA MOHD YASSIN ) Inilah Warisan Moyang Yang Gah Payah Menerjah Sebelum Pasrah

Dalam Gelombang Tsunami Yang Menggegar Jatidiri Tekad Dan Hasrat Tidak Mengenal Gugat

Kerana Tunjang Akarnya Kental, Sejati, Teguh Bersemangat Dan Kejap Memasak Bumi Keramat.

Inilah Pusaka Peribumi Yang Kemilau Dijagat Raya Dalam Sinar Kerdip Bintang Cakerawala Watan Penuh Azam Dan Keyakinan Yang Tepu Dan Padu Pohon Peribadinya Menulang Sekukuh Paksi Mantap Menjunjung Janji, Telus Menyanjung Budi.

Sedari Dahulu Jejak Diselusur Mewangi Ladang Perkasihan Sejati Salasilah Diukir Mengarca Diri Di Samudera Kejelikan Suci

Demi Tugas Dan Tanggungajwab Setia Menyebati Atma Dari Perlis Ke Sabah Sumpah Setia Bergema!

Kini Kekal Kegemilangan Bertakhta Di Tiara Unggul Pucuk Hayatnya Mencecah Jagat Sukma Jaya Penuh Kesetiaan Murni Sesuci Doa Pertiwi

Berdaulat Dan Berhikmah, Bermartabat Dan Beramanah. Inilah Generasi Yang Menyerlahkan Bakti Luhur

Inilah Jua Pelapis Yang Menyerahkan Diri Sekujur

Berhujah Petah Dan Bergeliga, Bermadah Beradab Berbahasa Demi Maruah Dan Darjat Bangsa Cendekia.

Inilah Barisan Peninggalan Pemugar Tamadun Bersusila Memacu Ilmu Pusaka Takma Perpaduan Nusa

Melakar Amat Telus Mengabadi Dari Lubuk Nurani Berpekerti Murni Demi Membenteng Kerakusan Nafsi.

Inilah Wira Dan Srikandi Yang Terang Hatinya Berfikiran Cerdas Yang Kaya Ilmunya Berpengetahuan Luas

Yang Panjang Akalnya Berbicara Molek

Negeri Tercinta Dimakmurkan, Masyarakat Tersayang Dididik. Keranamu Malaysia, Semerah Darah Nadi Ikrar Ini

(13)

PUISI 10. JAMUNG MERDEKA ( RAZALI MOHD YUSOFF )

Mari Kita Imbau

Selembar Demi Selembar Episod Air Mata Tanah Air.

Telah Lima Musim Kita Meneguk Usia Dari Pelabuhan Kelam Ke Tanjung Sinar Dari Jerbu Udara Ke Langit Jernih

Dari Rimba Bukit Ke Lebuh Raya Juragan Datang Dan Pergi;

Di Mana Sebenarnya Kita Berdiri, Di Bumi Sendiri? Telah Lahir Putera Bangsawan

Mengibar Jalur Kemerdekaan Telah Lahir Wira Berdarah Rakyat Menabur Baja Di Ladang Pembangunan Telah Lahir Semangat Pejuang

Memimpin Rakyat Ke arah Perpaduan Telah Lahir Arkitek Bangsa

Memercikkan Kegemilangan Malaysia Ke Mata Dunia. Hari Ini Menjelma Sudah Jiwa Insan Hadhari

Dan Dari Kelopak Matanya Mengalir Kali Damai Yang Abadi Tetesannnya Yang Bening

Meresapi Hasanah Dunia Dan Akhirat Rintik-Rintik Embun Tergenang Di Halaman

Angin Sepoi-Sepoi Bahasa Membisik Ke Pelosok Desa Berapa Harga Kita Sebenarnya, Di Bumi Sendiri? Mari Kita Nyalakan Lilin Dari Jamung Puisi

Menyemarakkan Tembang Bahtera Merdeka Biar Lirik Dan Irama Kita Senada

Alunkan Pada Tanah Pusaka Ini

Agar Tidak Dicemari Rengekan Biadap Hak Ketuanan Tidak Dibolosi Tusukan Curang Anak Dagang.

Tahun Beredar Dekad Berlalu Dan Kita Semakin Di Mamah Usia

Pergeseran, Memusnahkan Wawasan Anak Cucu Kita; Seteguh Apa Sebenarnya Perpaduan Kita, Di Bumi Sendiri? Mari Kita Bebatkan Luka Di Muka

Mari Kita Bebatkan Luka Di Dada Mari Kita Bebatkan Luka Di Sukma Biar Darah Sengketa Mengalir Sejahtera Biar Darah Cinta Meresap Ke Tulang Bangsa

Referensi

Dokumen terkait