• Tidak ada hasil yang ditemukan

Selamat Datang. Pengenalan. 1. Susun atur

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Selamat Datang. Pengenalan. 1. Susun atur"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Selamat Datang

Terima kasih kerana membeli Kamus Elektronik keluaran syarikat kami. Buku Panduan Pengguna ini dapat membantu anda untuk menggunakan alat ini dengan cara yang betul dan mudah, sila baca dengan teliti sebelum menggunakan alat ini, terima kasih!

Pengenalan

1. Susun atur

(2)

 Skrin  Mikrofon

 Kekunci ON/OFF  Kekunci RESET  Pembesar Suara  Papan Kekunci

 Bicu Fon Telinga  Penutup Bateri  Slot USB

2. Spesifikasi aksesori dan kegunaannya

Jadual Spesifikasi Aksesori

Nama Spesifikasi

Panel 4.3-inci skrin TFT

Bateri Dua bateri alkali AAA

Kabel USB Kabel USB (sambungan ke PC)

(3)

3. Sumber kuasa

Sumber kuasa :

‧ Dua bateri alkali AAA. (Jangan mencampur adukkan

pengunaan bateri alkali bersama-sama dengan bateri zink karbon untuk mengelakkan berlakunya letupan)

‧ Masukkan kabel USB sebagai pembekal kuasa tetapi anda tidak boleh menggunakan kabel USB untuk mengecas.

Mengganti bateri :

Masukkan :

Keluarkan penutup bateri.

② Masukkan bateri ke dalam ruang bateri dengan betul. ③ Tutup ruang bateri dengan sempurna.

Keluarkan :

‧ Tekan [ON/OFF] untuk mematikan kuasa.

‧ Kemudian, keluarkan bateri mengikut langkah di atas.

Nota:

Data peribadi akan kekal walaupun alat telah kehabisan kuasa. Sila matikan alat dahulu, kemudian keluarkan bateri selepas 3 saat. Jika tidak, data yang dipaparkan adalah tidak normal.

(4)

4. Menu utama

5. Disk USB

Melalui kabel USB, anda boleh memindahkan, menyalin atau memadamkan data, dan menambah folder fail baharu ke dalam PC dan alat ini.

Perhatian :

Semasa operasi :

Pastikan sumber kuasa alat adalah mencukupi.

Jangan alihkan kabel sambungan; jika tidak data akan hilang.

Halaman

atas/bawah

Kategori Utama

(5)

Operasi asas

1. Operasi Menu

․ Carian menu

Tekan kekunci halaman atas/bawah untuk melihat setiap pilihan menu. Tekan kekunci arah atas/bawah untuk skrol pilihan dari atas ke bawah.

․ Memilih fungsi

Tekan kekunci nombor/huruf untuk memilih fungsi. Anda juga boleh menekan kekunci arah untuk memilih, kemudian tekan [ENTER] untuk masuk ke dalam fungsi.

․ Menukar bahasa

Pilih "F5--Pelarasan SistemPelarasan Bahasa" untuk menukar bahasa pada menu utama.

Tekan [Eng/Malay] untuk menukar bahasa pada senarai atau ikon di menu utama.

․ Membatalkan operasi

Tekan [Esc] untuk membatalkan operasi semasa atau

kembali ke skrin sebelumnya. Tekan [Menu] untuk kembali ke menu utama.

2. Carian data

Tekan kekunci atas/bawah untuk skrol dan melihat data. Tekan kekunci halaman atas/bawah untuk melihat data.

(6)

3. Masukan data

Masukan data menggunakan papan kekunci. Tekan [SHIFT] dan [SAVE] untuk mengakses kepada kaedah masukan; Mula-mula tekan [SHIFT] kemudian [SPACE] untuk

mengakses kepada kaedah masukan simbol;

Data masukan dan kekunci fungsi yang lain.

Dengan kekunci [Shift]

[

F1~F5

]

Sama seperti [F1~F5] pada skrin [ENG] Mendengar sebutan

[SYLLABLE] Sebutan suku kata

[OTHER] Sebutan bahasa-bahasa lain dan

contoh ayat Kekunci nombor Masukan nombor, simbol Kekunci huruf Masukan huruf dan Pin Yin

Page up/down Arrow key Kekunci anak panah Halaman atas/bawah

(7)

[SEARCH] Carian

[MENU] Menukar kategori menu; Kembali ke menu utama

[SHIFT] Huruf besar Bersama kekunci yang

lain [SAVE] Menyimpan data dan perkataan

[DEL] Memadam huruf dan barisan kata Mod mengedit

[SPACE] Jarak Kaedah masukan simbol

[TAB] Menukar fokus Menukar bahasa Cina

mudah dan tradisi [ESC] Kembali ke skrin sebelumnya

[ENTER] Memastikan tindakan semasa; Menghitung jawapan

4. Sebutan

․ Butang sebutan

Tekan [ENG] untuk mendengar bahasa Inggeris.

Tekan [SYLLABLE] untuk mendengar sebutan suku kata.

Tekan [OTHER] untuk mendengar sebutan bahasa-bahasa yang lain dan contoh ayat.

Tekan [Esc] untuk menghentikan sebutan. ․ Baca mengikut alat

Sebutan mengikut alat wujud dalam beberapa kamus, perbualan dan pembelajaran. Tekan [LEARN] untuk membaca selepas sebutan alat.

(8)

Untuk perkataan, ayat yang penting dan sukar untuk diingati, tekan [SAVE] untuk menyimpan data. Anda boleh mencari data yang disimpan di dalam “Kamus Ulangkaji”.

․ Tekan [SAVE] di dalam skrin penerangan untuk menyimpan perkataan dalam “Kamus Ulangkaji”.

․ Tekan [SAVE] di dalam skrin terjemahan untuk menyimpan keputusan carian.

6. Carian

6.1 Carian untuk kamus

Alat ini menyediakan beberapa kaedah carian untuk membantu pengguna.

Skrin Indeks Skrin Penerangan :

1. Carian Input Pintar 1. Carian Multi-Peringkat

2. Carian Wildcard 2. Carian Data yang Berkaitan 3. Rujuk Silang

4. Carian Sekunder ․ Carian Input Pintar

Masukkan beberapa huruf atau huruf pertama sahaja. Anda boleh mencari perkataan atau frasa yang di kehendaki, Terdapat 3 jenis kaedah:

a. Masukkan huruf pertama atau beberapa huruf. b. Tekan kekunci Nombor untuk memilih aksara atau

persamaan kata.

(9)

memilih kata yang dikehendaki, kemudian tekan [ENTER] untuk mengesahkan.

Rujuk Silang

Jika kamus tidak mengandungi perkataan atau aksara yang dikehendaki, alat ini akan memindahkan perkataan itu ke kamus yang lain. Jika perkataan atau aksara wujud dalam kamus-kamus yang lain, ia akan memaparkan

penerangannya.

․ Carian Wildcard (Hanya boleh didapati untuk carian

bahasa Inggeris)

Untuk mencari perkataan yang anda tidak pasti ejaannya, masukkan semua huruf yang anda tahu kemudian gantikan huruf yang anda tidak pasti dengan “?” atau “*”.

․ Carian Sekunder

Jika perkataan yang anda cari tidak dapat ditemui, sila periksa ejaan anda atau perkataan ini tidak terkandung di dalam kamus. Alat ini menyediakan 2 kaedah carian dan 1 kaedah merekod :

Semakan Ejaan -- memaparkan senarai perkataan yang ejaannya hampir sama.

Perkataan Terhampir -- memaparkan perkataan terhampir mengikut urutan.

(10)

ditemui ke dalam Kamus DIY.

․ Carian Multi-peringkat

Carian multi-peringkat membolehkan anda untuk merujuk silang perkataan atau frasa yang tidak pasti. Jumlah carian berperingkat akan dipaparkan pada bahagian atas kanan. Pada skrin penerangan, warnakan karakter bahasa Cina atau perkataan bahasa Inggeris yang ingin dicari.

Langkah-langkah :

a. Tekan kekunci Kanan untuk mengesan kursor. Gerakkan kursor pada perkataan.

b. Tekan [ENTER] untuk carian atau tekan [F1], [F2] untuk carian dalam kamus yang berkaitan.

c. Tekan [ESC] untuk kembali ke skrin sebelumnya. ․ Carian Data yang Berkaitan

Apabila ikon yang sama dipaparkan, tekan ikon itu untuk mencari contoh ayat, frasa, tatabahasa dan maklumat lain seperti sinonim dan antonim yang berkaitan.

6.2 Enjin Carian

Enjin Carian boleh mencari masukan data secara tepat dan berkesan. Tekan [Search] untuk mengakses ke skrin "Enjin Carian", anda boleh memasukkan multi-bahasa untuk carian, anda juga boleh menetapkan julat carian kata/frasa/semua, anda boleh memilih [F5 Pelarasan Kamus] untuk menetapkan julat carian bagi kamus.

(11)

Skrin input :

Apabila anda menekan [Search], alat ini akan mengakses kepada enjin carian. Anda boleh memilih julat carian.

Masukkan perkataan yang ingin dicari, tekan [ENTER] untuk melihat keputusan carian.

Fungsi-fungsi Lain

1. Siri Perbualan

1.1Klasifikasi

(12)

1.2 Sebutan

Menyebut ayat dalam beberapa jenis bahasa untuk latihan anda.

‧ Tekan kekunci nombor untuk menyebut ayat yang berkaitan. ‧ Pilih [F1 Bahasa] untuk memilih dan melihat bahasa ketiga

bagi dialog itu.

‧ Pilih [F2 Main] untuk membaca ayat.

‧ Tekan [SHIFT] dan kemudian [SAVE] untuk membaca selepas alat.

1.3 Carian

Tekan [F5 Cari] dalam skrin perbualan untuk memulakan carian kata kunci dan klik [ENTER] atau pilih [F5 Cari] untuk mencari ayat yang mengandungi kata kunci itu. Pilih [F4 Bersambung] untuk melihat ayat-ayat dan perbualan yang lain.

2. Siri Sebutan

Menyediakan pengenalan untuk Simbol Fonetik. e.g.: Simbol Fonetik Bahasa Inggeris

‧ Tekan kekunci nombor untuk menyebut simbol fonetik yang berkaitan.

‧ Pilih [F1 Ganti Nama] untuk membaca simbol fonetik itu.

(13)

antara symbol fonetik D.J. dan K.K.

3. MP3

‧ Tekan [Y] untuk menukar Senarai Lirik/ Senarai Main. ‧ Tekan [Z] untuk memilih bahasa lirik.

‧ Tekan [L] untuk membuka senarai lagu dan memilih lagu. ‧ Tekan [C] untuk memilih turutan mainan lagu.

‧ Tekan [R] untuk membuka/menutup mod ulang main.

‧ Tekan [A]/ [B] untuk menetapkan bit/menghentikan bit, dan “ / " akan dimainkan apabila anda sedang melaraskan. Selepas pelarasan, alat ini akan memainkan bahagian di antara“ " dan “ ".

‧ Tekan [G] untuk menutup tetingkap MP3.

4.Melayari Teks

Pilih [F1 Pilihan] untuk membuka menu.

(14)

‧ Simpan – menyimpan dokumen semasa.

‧ Simpan sebagai – menyimpan dokumen semasa kepada format yang lain, atau menyimpannya dalam laluan yang lain. ‧ Edit – menyalin atau menampal dokumen.

‧ Cari – mencari kata kunci di dalam dokumen, kllik butang untuk

melihat keputusan carian selepas itu.

‧ Pelarasan – mengandungi pelarasan fon, laras autosimpan, jenis kod fail baru, pelarasan mod HEX, set sebutan huruf. ‧ Menukar kepada mod baca / mod edit – untuk menukar dokumen kepada mod membaca/mengedit.

‧ Tanda - pilih [Tanda] untuk mengarahkan kursor, dan tekan kekunci Kiri/Kanan untuk menetapkan julat. Pilih [Rehat]

untuk batalkan. F2-- potong

F3-- salin F4—tampal

(15)

5. PC Link

Sambungkan alat dengan PC Menggunakan kabel PCLink, dan kemudian anda boleh memindahkan data. Terdapat satu mesej yang menunjukkan status sambungan semasa dan selepas pemindahan.

6.Fail Pengurusan

Fungsi ini membolehkan anda untuk memindahkan data di antara PC dan alat. Anda boleh mencipta folder baru atau menamakan semula folder.

Buka laluan di atas.

Tekan [ENTER] untuk

mengakses pada cakera yang telah dipilih.

(16)

6.1 Mencipta Folder Baru

a. Buka laluan di mana anda mahu mencipta folder baru, dan pilih [Fungsi] untuk memilih "Folder Baru".

b. Nama asal folder baru adalah "MYDIR". Masukkan nama baru dan tekan [ENTER] untuk mengesahkan.

6.2 Menamakan Semula

a. Pilih fail, dan kemudian pilih [Fungsi] untuk memilih "Namakan Semula".

b. Masukkan nama fail baru, dan kemudian tekan [ENTER] untuk mengesahkan.

6.3 Meletakkan Folder Mengikut Urutan

‧ Pilih“ "untuk memilih item, yang mana folder akan memasukkannya mengikut urutan.

‧ Pilih "Nama" untuk meletakkan folder mengikut urutan, yang mana akan ditandakan dengan“ / ".

6.4 Format

Pilih cakera atau fail yang ingin diformat.

Referensi

Dokumen terkait