• Tidak ada hasil yang ditemukan

3. Tawaran ini hanya dibuka kepada Ahli Kad Kredit UOBM YOLO yang dikeluarkan di Malaysia ( Kad ).

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "3. Tawaran ini hanya dibuka kepada Ahli Kad Kredit UOBM YOLO yang dikeluarkan di Malaysia ( Kad )."

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Tawaran Beli 1-dapat-1 Chatime YOLO UOBM Terma dan Syarat

Tempoh Tawaran

1. “Tawaran Beli 1-dapat-1 Chatime YOLO UOBM” United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809‐K) (“UOBM”) (“Tawaran”) akan bermula dari 29 Ogos 2016 sehingga 28 Februari 2017 (termasuk kedua-dua tarikh), kecuali kalau dimaklumkan selainnya (“Tempoh Tawaran”).

Kelayakan

2. Tawaran ini terbuka kepada semua Ahli Kad Kredit UOBM YOLO Utama dan Tambahan yang layak (“Ahli Kad”) yang mempunyai akaun(-akaun) yang semasa, sah, wujud, dan dalam keadaan kredit yang baik yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya.

3. Tawaran ini hanya dibuka kepada Ahli Kad Kredit UOBM YOLO yang dikeluarkan di Malaysia (“Kad”).

Kaedah Tawaran

4. Ahli Kad yang membeli minuman Chatime berharga sekurang-kurangnya RM6.50 dengan menggunakan Kad Kredit UOBM YOLO di mana-mana kedai Chatime yang Mengambil Bahagian (merujuk kepada Lampiran A) dalam Tempoh Tawaran (“Transaksi”) akan menerima satu (1) saiz Regular ‘Pearl Milk Tea’ atau ‘Grass Jelly Roasted Milk Tea’ tanpa bayaran (“Minuman Tanpa Bayaran”) bernilai RM 6.50.

5. Setiap Ahli Kad berhak menebus maksimum satu (1) Minuman Tanpa Bayaran sekali sahaja dalam satu Transaksi dalam satu hari.

6. Minuman Tanpa Bayaran yang diberikan hanya terhad kepada 1,000 Ahli Kad setiap bulan atas dasar tiba dahulu, layan dahulu semasa Tempoh Tawaran.

7. Tawaran ini tidak boleh digunakan melalui transaksi tunai.

8. Minuman Tanpa Bayaran tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak dan tidak boleh ditukar kepada barangan lain atau wang tunai.

Terma dan Syarat Am

9. Dengan menyertai Tawaran ini, Ahli Kad bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini termasuk sebarang perubahan dan/atau pindaan kepadanya, terma dan syarat Perjanjian Ahli Kad dan/atau terma dan syarat YOLO UOB.

(2)

10. UOBM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan atau rasa tidak puas hati terhadap kualiti produk, dan/atau barang dan/atau servis yang dibeli dari kedai-kedai Chatime yang Mengambil Bahagian.

11. UOBM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan atau kelewatan dalam transmisi transaksi pembelian oleh Visa International Incorporated, kedai rakan dagang, pos atau pihak berkuasa telekomunikasi atau sebarang pihak yang boleh menyebabkan Ahli Kad gagal untuk mendapatkan Tawaran ini.

12. Rekod-rekod transaksi yang dimiliki oleh UOBM dan keputusan UOBM dalam semua perkara yang berkaitan dengan Tawaran ini adalah muktamad, konklusif dan terikat pada Ahli Kad. UOBM tidak bertanggungjawab untuk memberi sebarang sebab dan/atau melayan sebarang surat-menyurat dengan mana-mana pihak mengenai sebarang perkara berkaitan Tawaran ini. Tiada rayuan dan/atau surat-menyurat dari Ahli Kad atau pihak ketiga yang lain akan dilayani.

13. UOBM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang salah tafsir atau salah nyata fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak sah berkenaan dengan Tawaran ini dan/atau minuman Chatime yang diberikan dan diterbitkan dalam mana-mana bahan media massa, pemasaran atau pengiklanan.

14. UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam apa jua bentuk atau dialami oleh Ahli Kad dan/atau pihak ketiga yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan Ahli Kad dalam Tawaran ini.

15. UOBM tidak bergabung dengan pihak Chatime dan/atau kedai-kedainya yang mengambil bahagian dan tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berhubung dengan kualiti Tawaran dan/atau minuman dan/atau kesesuaiannya untuk apa-apa tujuan.

16. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada apa-apa yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan berkenaan dengan Tawaran ini.

17. Jika terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dan sebarang bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkenaan atau berkaitan dengan Tawaran ini, terma dan syarat ini akan digunakan.

18. UOBM berhak untuk menambah, membatal, menggantung dan/atau mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad melalui paparan di laman web UOBM, memaparkan notis di mana-mana cawangan UOBM, memasukkan pernyataan dalam Penyata

(3)

Akaun atau atau apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa.

19. UOBM berhak untuk membatal, menghenti, menggantung atau melanjutkan Tawaran ini sebelum tempoh tamat Tempoh Tawaran secara keseluruhan atau sebahagian mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, pemberhentian, penggantungan, perlanjutan atau penamatan Tawaran ini oleh UOBM tidak akan melayakkan Ahli Kad untuk sebarang tuntutan atau pampasan terhadap UOBM untuk apa jua dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat daripada pembatalan, pemberhentian atau penggantungan tersebut.

20. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang di Malaysia dan Ahli Kad yang layak bersetuju menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.

(4)

Appendiks A

No Outlet Name State/Location

1 Chatime Ampang Point Ampang Selangor

2 Chatime Ampang Fiesta Ampang Selangor

3 Chatime Aman Suria Ara Damansara Selangor

4 Chatime Segi University Damansara Selangor

5 Chatime Besraya Petronas Kajang Selangor

6 Chatime Cheras Mahkota Kajang Selangor

7 Chatime Centro Klang Klang Selangor

8 Chatime Shell Tengku Ampuan Rahimah Klang Selangor

9 Chatime AEON Bukit Tinggi Klang Selangor

10 Chatime Tesco Extra Klang Klang Selangor

11 Chatime Jalan Ipoh Kuala Lumpur

12 Chatime Sri Gombak Kuala Lumpur

13 Chatime Waterfront Desa Park City Kuala Lumpur

14 Chatime Pavilion Kuala Lumpur

15 Chatime Viva Home Kuala Lumpur

16 Chatime Lot 10 Kuala Lumpur

17 Chatime Berjaya Times Square Kuala Lumpur

18 Chatime Kuchai Lama Kuala Lumpur

19 Chatime Bukit Jalil Kuala Lumpur

20 Chatime Tesco Kepong Kuala Lumpur

21 Chatime Sogo Kuala Lumpur

22 Chatime Semua House Kuala Lumpur

23 Chatime Sungei Wang Kuala Lumpur

24 Chatime Jalan Delima Kuala Lumpur

25 Chatime Cheras Sentral Mall Kuala Lumpur

26 Chatime Ikon Connaught Kuala Lumpur

27 Chatime Quill City Mall Kuala Lumpur

28 Chatime Wangsa Walk Kuala Lumpur

29 Chatime Masjid Jamek Kuala Lumpur

30 Chatime Bangsar South Nexus Kuala Lumpur

31 Chatime Sri Petaling Kuala Lumpur

32 Chatime Kenanga Wholesale C. Kuala Lumpur

33 Chatime The Gardens Kuala Lumpur

34 Chatime Mid Valley Kuala Lumpur

35 Chatime Bangsar Village 1 Kuala Lumpur

36 Chatime Festival Mall Kuala Lumpur

37 Chatime Plaza Mont Kiara Kuala Lumpur

38 Chatime Kepong Kuala Lumpur

39 Chatime Pandan Indah Kuala Lumpur

40 Chatime Avenue K Kuala Lumpur

41 Chatime Publika Kuala Lumpur

42 Chatime NU Sentral Kuala Lumpur

43 Chatime Sunway Putra Mall Kuala Lumpur

44 Chatime Shell Bukit Cheras Kuala Lumpur

45 Chatime Caltex Sri Damansara Kuala Lumpur

46 Chatime Selayang Kuala Lumpur

47 Chatime 1st Avenue Penang

48 Chatime Suntech Penang Penang

49 Chatime Gurney Plaza Penang

(5)

51 Chatime AEON Bukit Mertajam Penang

52 Chatime Central Point Petaling Jaya Selangor

53 Chatime Atria Mall Petaling Jaya Selangor

54 Chatime One Utama Petaling Jaya Selangor

55 Chatime Tropical City Mall Petaling Jaya Selangor

56 Chatime Paradigm Mall Petaling Jaya Selangor

57 Chatime IPC Petaling Jaya Selangor

58 Chatime Uptown Damansara Petaling Jaya Selangor

59 Chatime The Curve Petaling Jaya Selangor

60 Chatime SS2 Square Petaling Jaya Selangor

61 Chatime Citta Mall Petaling Jaya Selangor

62 Chatime IOI Boulevard Puchong Selangor

63 Chatime Bandar Puteri Puchong Puchong Selangor

64 Chatime Tesco Puchong Puchong Selangor

65 Chatime Tesco Bukit Puchong Puchong Selangor

66 Chatime IOI Mall Puchong Selangor

67 Chatime Gamuda Walk Puchong Selangor

68 Chatime Alamanda Putrajaya Putrajaya Selangor

69 Chatime IOI City Mall Putrajaya Selangor

70 Chatime Cyberjaya Selangor

71 Chatime D'Pulze Selangor

72 Chatime Kajang Metro Point Selangor

73 Chatime TPM (WISMA SCOPE

INTERNATIONAL) Selangor

74 Chatime The Mines Seri Kembangan Selangor

75 Chatime Kota Kemuning Shah Alam Selangor

76 Chatime Tesco Shah Alam Shah Alam Selangor

77 Chatime Plaza Alam Shah Alam Selangor

78 Chatime AEON Shah Alam Shah Alam Selangor

79 Chatime Setia City Mall Shah Alam Selangor

80 Chatime AEON Big Subang Jaya Subang Selangor

81 Chatime Inti Subang Subang Selangor

82 Chatime Taylors Lakeside Subang Selangor

83 Chatime Empire Shopping Gallery Subang Selangor

84 Chatime Subang Parade Subang Selangor

85 Chatime Mydin USJ Subang Selangor

86 Chatime Sunway Pyramid I Sunway Selangor

87 Chatime Sunway Pyramid II Sunway Selangor

88 Chatime Bukit Indah Johor

89 Chatime Muar Johor

90 Chatime Batu Pahat Johor

91 Chatime AEON Kulaijaya Johor

Referensi

Dokumen terkait

TEGANGAN SISI SEKUNDER PADA TRANSFORMATOR DAYA I 60 MVA 150/20 kV DENGAN PENGUBAH TAP BERBEBAN DI GARDU INDUK KERAMASAN PT. PLN ini

Kuota siswa yang diterima dalam setiap sekolah didasarkan pada: ❑ Jumlah rombongan belajar tahun lalu. ❑ Jumlah dan domisili

City Blok 1 Jln Depan Tree Park City Tangerang Investasi Properti Tangerang Tree Park City Pohon Group Perkembangan Kota Tangerang Ownership Program Tree Park City.. Lokasi Tree

Pengujian reliabilitas menunjukkan hasil nilai cronbach’s alpha instrument untuk semua variabel penelitian mempunyai nilai cronbach alpha > 0,70 sehingga dapat

Stimulus ini sangat apa adanya, kaku, bersahaja, tidak menarik dan tidak memancing inspirasi. Sekilas tampaknya hanya cocok untuk dijadikan pola -pola geometric atau obyek

Dalam artikel ini, penulis akan mengelaborasikan PDRB kecamatan yang direpresentasikan pada variabel ketimpangan wilayah (TI) dengan variabel alokasi dana desa (ADD),

Karakter vegetatif aren Dalam Akel Toumuung sebagian besar memiliki keragaman rendah, sedangkan karakter generatif yang me- miliki keragaman tinggi adalah: jumlah

Salah satu usaha yang dapat dilakukan oleh guru untuk mengatasi persoalan yang telah disebutkan di atas adalah memilih suatu pendekatan, strategi, metode, atau model