• Tidak ada hasil yang ditemukan

kerjaya penolong pegawai perubatan (MA)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kerjaya penolong pegawai perubatan (MA)"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

2 KANDUNGAN

KATA-KATA ALUAN

MUKASURAT

3 PENGENALAN Sejarah Penolong Pegawai Perubatan Di

Malaysia

5

BAB 1 Tugas dan Tanggungjawab 7

BAB 2 Syarat Lantikan Cara Permohonan

9 9 BAB 3 Emolumen dan Kemudahan

Gaji Elaun Tetap Imbuhan/Insentif Khas Kemudahan Lain 10 10 10 11 12 BAB 4 Latihan Dalam Perkhidmatan

Peluang Kenaikan Pangkat

Carta Aliran Peluang Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Perubatan

14 15 17

(3)

SALAM SEJAHTERA

Buku Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia ini merupakan buku pertama seumpamanya yang dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku ini menerangkan dengan ringkas dan padat mengenai syarat skim perkhidmatan dan peluang kerjaya Penolong Pegawai Perubatan di sektor awam. Sememangnya menjadi harapan agar buku ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam merancang kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan segala kekaburan mengenai peluang kerjaya akan dapat dielakkan. Di samping itu, ia juga diharap dapat menjadi bahan rujukan mudah mengenai urusan berkaitan dengan perkhidmatan.

Kandungan yang terdapat di dalam buku ini adalah terhad dan ia sekadar untuk memberikan kefahaman secara mudah dan tidak boleh digunakan bagi apa-apa tujuan lain khususnya yang membawa implikasi undang-undang. Penolong Pegawai Perubatan yang berkhidmat di sektor awam masih perlu merujuk kepada pekeliling dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa serta menjalani kursus orientasi dan induksi yang telah disusun oleh pihak pengurusan sumber manusia di peringkat Ibu Pejabat Kementerian dan Negeri untuk memperkemas dan memantapkan lagi pemahaman mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

KKM mengalu-alukan sebarang teguran dan pandangan daripada para pembaca dengan maksud menambah baik kandungan buku ini. Akhir kata, dengan terbitnya buku ini diharapkan dapat membentuk Penolong Pegawai Perubatan yang berpengetahuan, berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh seiring dengan aspirasi kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selamat Maju Jaya.

ZULKIFLI BIN HAMZAH

Setiausaha Bahagian (Sumber Manusia) Kementerian Kesihatan Malaysia

(4)

4

KERJAYA SEBAGAI

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

PENGENALAN

Penolong Pegawai Perubatan adalah antara profesion terawal wujud di Malaysia dan ia kini menjangkau lebih daripada 120 tahun. Pada awalnya ia dikenali sebagai Apothecaries yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang.

Dibawah pemerintahan British Malaya Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon atau Dressar. Dalam abad ke 19, profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi berikutan peranannya yang berkembang bersesuaian dengan jawatan profesion ini pada ketika itu sebagai Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan kini Penolong Pegawai Perubatan (mulai 20 Mac 2007). Sekolah Latihan Pembantu Hospital telah dibuka secara rasminya di Seremban Negeri Sembilan pada 1971 dan seterusnya 4 buah sekolah latihan yang lain iaitu di Ulu Kinta, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu. Sekolah latihan ini kemudiannya dinaik taraf kepada Kolej Pembantu Perubatan pada 1993.

Selain dari kolej latihan yang dikendalikan oleh KKM terdapat beberapa kolej swasta yang menawarkan latihan Diploma Pembantu Perubatan dengan mendapat kelulusan dan dipantau oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Pembantu Perubatan.

Selari dengan perkembangan semasa, skop pekerjaan PPP telah diperluaskan dengan peranannya di klinik-klinik kesihatan dan di unit pengkhususan atau

(5)

kepakaran di hospital-hospital, institusi latihan, penyelidikan, penguatkuasaan dan lain-lain.

Terdapat profesion yang hampir sama dengan Penolong Pegawai Perubatan di luar negara. Perbezaan hanya pada nama dimana di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai Physician Assistant, Barefoot Doctor di Australia, Kanada, Rusia, China serta di

beberapa negara membangun seperti Filipina dan sebagainya.

Profesion ini diluluskan amalannya oleh Parlimen Malaysia di bawah Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979. Lembaga Pembantu Perubatan merupakan entiti yang bertanggungjawab mengawal selia dan menguatkuasa Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979 serta Kod Etika Penolong Pegawai Perubatan. Keanggotaan di dalam Lembaga Pembantu Perubatan terdiri daripada dua orang Ex. Officio iaitu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebagai Pengerusi Lembaga manakala Ketua Penolong Pegawai Perubatan (Ketua Pembantu Perubatan) sebagai Setiausaha Lembaga. Seramai lima belas lagi Ahli Lembaga dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula selepas tamat tempoh.

Selaras dengan perubahan gelaran jawatan Pembantu Perubatan kepada Penolong Pegawai Perubatan, nama skim perkhidmatan berkenaan juga telah ditukar kepada Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan berkuatkuasa mulai 2 Julai 2009. Skim perkhidmatan yang telah ditambahbaik ini merupakan Skim Perkhidmatan Bersepadu yang merangkumi Kumpulan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan & Profesional.

(6)

6

BAB 1

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

1.1 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kesihatan merangkumi aspek promotif (promosi), preventif (pencegahan), kuratif (perawatan), dan rehabitatif (pemulihan) pada tahap yang bersesuaian dalam program kesihatan awam dan perubatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut :-

i. Penjagaan Kesihatan Primer (Prima)

Memberi rawatan primer (pesakit luar) dan kecemasan di Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Pusat Latihan Khidmat Negara, Klinik-klinik khas di Penjara Malaysia, Puspen, Sekolah-sekolah Sukan, Pusat Tahanan Imigresin, Institusi Pengajian Tinggi Awam, perkhidmatan kesihatan komuniti, kem-kem kesihatan dan sebagainya.

 Membuat saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan.  Memeriksa, mendiagnosa penyakit dan memberikan rawatan

keatas penyakit ringan.

 Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat.

 Memberikan rawatan awal bagi kes-kes kecemasan.

ii. Perkhidmatan pengkhususan dan kepakaran (Sekunder)

Memberi perkhidmatan pengkhususan di bawah program kesihatan awam serta di unit-unit kepakaran dan sub-kepakaran di bawah program perubatan bagi aktiviti-aktiviti berikut :

(7)

Perkhidmatan Pengkhususan Program Wellness

Kesihatan Remaja, Kesihatan Dewasa, Kesihatan Warga Emas, Kesihatan Orang Kurang Upaya, Kesihatan Mental, Kesihatan Sekolah, Warga Sihat dan lain-lain.

Program Non Communicable Disease

Diabetes, Penyakit Kardio Vaskular, Berhenti Merokok, Darah Tinggi, Asma, Routine Medical Examination dan lain-lain. Program Communicable Disease

Tuberculosis, Leprosi, Denggi, HIV, H1N1 dan lain-lain.

Perkhidmatan Kepakaran (Program Perubatan)

Kecemasan, Perubatan Am, Pembedahan, Ortopedik, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Nefrologi, Kardiologi & Koronari, Respiratori, Kardiotoraksik, Dermatologi, Obstetrik & Ginekologi, Urologi, Pediatrik, Anestesiologi, Rawatan Rapi, Hemodialisis, Forensik, Organ Transplant dan lain-lain dan Psikiatri.

Perkhidmatan Sub-Kepakaran

Neurofisiologi, Pembedahan Plastik, Pembedahan Mikro Tangan, Perubatan Nuklear, Pembedahan Spinal dan sebagainya.

Latihan Profesional dan Latihan Dalam Perkhidmatan. Penyelidikan dan Kualiti Amalan.

(8)

8

BAB 2

PELANTIKAN KE SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

2.1 SYARAT LANTIKAN

(a) Lantikan Ke Gred U29

i. Memiliki Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia atau institusi latihanyang diiktiraf oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

ii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iii. Calon bagi lantikan ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.

(b) Lantikan Ke Gred U41

i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. ii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(9)

2.2 CARA PERMOHONAN

Calon yang mempunyai kelulusan seperti di para 2.1 (a) dan (b) adalah layak untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan dengan mengisi Borang SPA 8 melalui laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di alamat http://www.spa.gov.my

(10)

10

BAB 3

EMOLUMEN DAN KEMUDAHAN

3.1 GAJI

Peringkat dan tangga gaji Penolong Pegawai Perubatan mengikut gred adalah seperti berikut:-

Gred Minimum Maksimum

U29 RM 1493.44 (P1T6) RM 3057.39 (P1T27) U32 RM 1959.29 (P1T1) RM 3656.38 (P1T20) U36 RM 3057.36 (P1T1) RM 4521.51 (P1T11) U41/U42 RM 1999.19 (P1T1) RM 4723.81 (P1T24) U44 RM 3028.90 (P1T1) RM 5018.81 (P1T14) U48 RM 4431.54 (P1T1) RM 5882.85 (P1T8) U52 RM 4992.31 (P1T1) RM 6443.62 (P1T8) U54 RM 5258.09 (P1T1) RM 6843.02 (P1T8)

3.2 ELAUN / IMBUHAN TETAP

Penolong Pegawai Perubatan layak menerima elaun/imbuhan tetap seperti berikut:- GRED Elaun/Imbuhan Tetap Elaun Tetap Khidmat Awam (RM) Imbuhan Tetap Keraian (RM) Imbuhan Tetap Perumahan (RM) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (% daripada gaji pokok) U29 160 - 180 10% U32 160 - 180 10% U36 220 - 180 10% U41/U42 300 - 250 5%

(11)

GRED Elaun/Imbuhan Tetap Elaun Tetap Khidmat Awam (RM) Imbuhan Tetap Keraian (RM) Imbuhan Tetap Perumahan (RM) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (% daripada gaji pokok) U44 - 400 400 5% U48 - 550 700 5% U52 - 600 700 5% U54 - 800 900 5%

3.3 IMBUHAN / INSENTIF KHAS

Penolong Pegawai Perubatan layak menerima imbuhan/insentif khas tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Elaun-elaun tersebut adalah seperti berikut:-

Bil. Imbuhan/Insentif

1. Bantuan Sara Hidup (COLA) pada kadar RM 100.00 hingga RM 300.00 bergantung kepada tempat bertugas.

2.

Bayaran Insentif Perudara kepada Penolong Pegawai Perubatan yang terlibat dengan aktiviti rawatan perubatan udara iaitu RM 30.00 bagi satu penerbangan pergi dan balik.

3.

Bayaran Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta diberikan kepada Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas sepenuh masa merawat pesakit jiwa, tibi, dan kusta iaitu pada kadar RM 60.00 sebulan.

4.

Bayaran Insentif Bertugas di Bilik Mayat diberikan kepada Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas sepenuh masa di bilik mayat berkuatkuasa 1 Januari 2006 pada kadar RM 100.00 sebulan.

(12)

12

Bil. Imbuhan/Insentif

5.

Bayaran Insentif Luar Waktu Pejabat diberikan kepada Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Klinik Desa Sabah dan

Sarawak yang terlibat dengan on-call pada kadar RM 60.00 sebulan.

6.

Bayaran Insentif Tugas Bius diberikan kepada Penolong Pegawai Perubatan yang membantu menjalankan tugas-tugas pembiusan di Hospital KKM di Sabah dan Sarawak (mempunyai Sijil Pembiusan dan melakukan kerja secara sepenuh masa) pada kadar RM 100.00 sebulan.

7. Bayaran Insentif Pos Basik kepada semua anggota paramedik yang memenuhi syarat pada kadar RM 100.00 sebulan.

8. Bayaran Insentif Wilayah (bagi mereka yang layak dan tidak memilih ITP)

3.4 KEMUDAHAN LAIN

Penolong Pegawai Perubatan layak menerima pelbagai kemudahan selama berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Kemudahan yang layak diterima adalah seperti berikut :

i. Kemudahan Perubatan percuma untuk individu, keluarga dan ibu bapa

ii. Kuarters (jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan) iii. Pinjaman perumahan

iv. Pinjaman komputer v. Pinjaman kenderaan vi. Skim pencen atau KWSP vii. Peluang melanjutkan pelajaran

(13)

a. Elaun bertugas rasmi

b. Elaun kemudahan dan bayaran kerana bertukar atau berpindah rumah dalam negeri

c. Elaun kerana berkursus

d. Elaun bertugas di seberang laut e. Elaun Upah Jahit Pakaian Seragam

f. Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan

ix. Kelayakan cuti seperti berikut :-

a. Cuti tahunan sebanyak 25 hari setahun b. Cuti separuh gaji

c. Cuti tanpa gaji

d. Cuti mengerjakan haji 40 hari e. Cuti kerana berkursus

f. Cuti tanpa rekod

g. Cuti tugas khas perubatan h. Cuti atas sebab perubatan

x. Kemudahan pengurusan jenazah anggota sebanyak RM 1,000.00;

(14)

14

BAB 4

PELUANG KERJAYA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

4.1 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

4.1.1 Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan peluang latihan kepada Penolong Pegawai Perubatan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sehubungan itu, pelbagai Kursus Pos Basik/Pengkhususan ditawarkan kepada Penolong Pegawai Perubatan yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Di antara bidang-bidang tersebut adalah seperti berikut :-

i Anestesia ii Kecemasan

iii Gastrointestinal Endoscopy iv Pengurusan Personel Kesihatan v Penjagaan Kesihatan Primer vi Perawatan Gerontologi vii Perawatan Koronori viii Perawatan Oftalmik ix Perawatan Onkologi x Perawatan Ortopedik xi Perawatan Perioperatif xii Perawatan Psikiatri xiii Perawatan Rapi xiv Perawatan Renal xv Pengurusan Diabetis xvi Perubatan Sukan

(15)

xviii Perubatan Forensik

xix Perawatan Perianestesia Kawalan Infeksi xx Rehabilitasi

4.1.2 Penolong Pegawai Perubatan yang dilantik ke dalam Kumpulan Sokongan dan berhasrat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan layak mendapat kemudahan cuti kursus sambilan, atau cuti belajar separuh gaji dengan maksimum dua kali sepanjang tempoh perkhidmatan bagi mengiktui kursus Jangka Panjang.

4.1.3 Penolong Pegawai Perubatan yang dilantik ke dalam kumpulan pengurusan dan professional boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah di IPTA /IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan dan layak mendapat cuti bergaji penuh setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

4.2 PELUANG KENAIKAN PANGKAT

4.2.1 Kenaikan pangkat bagi Penolong Pegawai Perubatan adalah berasaskan merit dan mengambil kira perkara-perkara seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (perlantikan, kenaikan pangkat, dan penamatan perkhidmatan) 2005, (P.U.(A) 176/2005) iaitu mengambil kira :

i) Kecekapan dan prestasi kerja;

ii) Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalama;

iii) Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan; dan iv) Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat.

4.2.2 Di samping itu, untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat, seseorang Penolong Pegawai Perubatan itu perlulah memenuhi semua syarat

(16)

16 yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan di dalam jawatan kenaikan pangkat. Beliau juga mestilah bebas daripada tindakan tatatertib, tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak tersenarai sebagai peminjam tegar dan telah mengisytihar harta mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

4.2.3 Penolong Pegawai Perubatan berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke Gred U32 dan seterusnya ke Gred U36, ,U42, U44, U48, U52 dan U54. Syarat kenaikan pangkat adalah seperti yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.

4.2.4 Penolong Pegawai Perubatan di Gred U29, U32 dan U36 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang serta mempunyai ijazah yang berkaitan adalah layak dipertimbang Kenaikan Pangkat Secara Lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan ke jawatan Pengajar Gred U41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

* Rujuk pekeliling Perkhidmatan Pengurusan Latihan (JPA)

Serta mengikut Pekeliling Perkhidmatan 13/2006 bagi perubahan Skim Pembantu Perubatan kepada Skim Bersepadu

(17)

Rajah 1 : Carta Aliran Peluang Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Perubatan

4.2.5 Rajah 1 menunjukkan Carta Aliran Peluang Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Perubatan.

U54 U52 U48 U36 U44 U32 U42 U29 U41 Kemasukan dengan

Diploma Pembantu Perubatan

Kemasukan dengan ijazah (lantikan SPA) Kenaikan pangkat

(bagi pemegang ijazah)

Kenaikan pangkat K en ai k a n p a ng k at

(18)

18 PENUTUP

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat adalah yang terbaik dan selamat. Selaras dengan pewujudan hospital berkonsep baru dan sejajar dengan perkembangan semasa, peranan dan skop tugas Penolong Pegawai Perubatan telah berkembang. Ia memerlukan kemahiran yang tinggi serta pengetahuan yang luas disamping penguasaan teknologi perubatan dalam melaksanakan peranannya. Penolong Pegawai Perubatan merupakan anggota yang cukup terlatih, komited, dinamik, cekap, beretika dan sedia berkhidmat tanpa mengira masa atau tempat. Sehubungan itu, Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan profesion Penolong Pegawai Perubatan seiring dengan keperluan dan kehendak

Referensi

Dokumen terkait

memiliki kemampuan individu dalam menyelesaikan tugas berlingkup luas dan kasus spesifik dengan menganalisis informasi secara terbatas, memilih metode yang sesuai

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui besarnya kontribusi pendapatan usahatani Kakao terhadap pendapatan rumah tangga petani kakao. Penelitian ini menggunakan

Aziah Ismail, Yen, dan Kanesan (2015) dalam kajian mereka turut menyatakan bahawa amalan reflektif ini dilihat turut berpotensi mengubah amalan pengajaran guru

Keunggulan menggunakan material cardboard untuk exhibition antara lain biaya produksi lebih murah, bahan baku yang melimpah, ringan, self-assembly tanpa menggunakan

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 12(1)(b) Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri melantik Encik Zakaria bin Ali Penolong Pegawai Tanah, Gred NT32 sebagai

Berdasarkan berbagai penjelasan tersebut tentang program dari sekolah swasta lainnya, maka dapat dikatakan bahwa program yang dimiliki oleh SMP Kristen Lentera seperti

Dari data produksi ikan hasil tangkapan yang diperoleh dari tahun 2001 sampai dengan 2006, dapat dilakukan prediksi hasil tangkapan ikan tahun rencana untuk menentukan

3.6.2 Pelajar yang telah diberi cuti atas alasan perubatan selama satu (1) sesi akademik berterusan boleh ditamatkan daripada pengajian atas alasan perubatan jika Pegawai