• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cermat Tiba Selamat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Cermat Tiba Selamat"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

1. Di laluan pejalan kaki 2. Di laluan kongsi

3. Di bahu jalan

1. Penunggang basikal 2. Pengguna papan luncur

1. Berjalan berjauhan dari jalan raya

2. Berjalan bertentangan dengan aliran trafik 3. Berjalan berseorangan atau berpasangan

Sebagai pejalan kaki, kita hendaklah berjalan di laluan pejalan kaki, di laluan kongsi atau di bahu jalansupaya selamat. Sebagai penunggang basikal dan pengguna papan luncur, kita mestilah menggunakan laluan pejalan kaki supaya tidak berlaku nahas.

Selain itu, keselamatan dapat dipertingkatkan sekiranya pejalan kaki berjalan berjauhan dari jalan raya, berjalan bertentangan dengan aliran trafik, berjalan berseorangan atau berpasangan supaya sentiasa selamat dan menghidarkan nahas.

(4)

Pejalan kaki hendaklah menunggu di bahagian yang selamat, berjauhan dari jalan raya sehingga penunggang-penunggang motosikal berlalu.

Pejalan kaki hendaklah memilih laluan selamat yang berjauhan dari jalan raya dengan bantuan orang dewasa.

Pejalan kaki hendaklah memilih laluan selamat yang berjauhan dari jalan raya dengan bantuan orang dewasa.

Pejalan kaki hendaklah menunggu di bahagian yang selamat sehingga kanak-kanak berkasut roda melalui tempat itu.

Pejalan kaki hendaklah berjalan berjauhan dari jalan raya iaitu di belakang rel adang.

(5)

Lintasan ini selamat kerana apabila kanak-kanak ingin melintas, warden trafik akan mengawal lalu lintas. keadaan ini akan membolehkan kanak-kanak melintas dengan selamat.

Lintasan ini selamat kerana dikhaskan untuk pejalan kaki. Namun, pejalan kaki perlu memastikan semua kenderaan berhenti terlebih dahulu sebelum melintas.

Lintasan ini selamat kerana apabila lampu orang hijau menyala, semua kenderaan akan berhenti sepenuhnya. ketika itu, pejalan kaki bolehlah melintas.

Melintas di bulatan adalah tidak selamat kerana kenderaan bergerkan dari pelbagai arah. keadaan ini merumitkan pejalan kaki untuk memastikan keadaan yang selamat sebelum melintas.

Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki yang ingin melintas.

Melintas di jalan raya yang lebar adalah tidak selamat kerana pejalan kaki tidak dapat melintas terus dalam masa yang singkat.

(6)

Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan adik telah pergi ke rumah nenek di Teluk Batik. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat bertemu dengan atuk dan nenek.

Keesokan harinya, kami meminta kebenaran datuk dan nenek untuk bersiar-siar di tepi pantai. Kami berjalan di laluan pejalan kaki, untuk sampai ke tepi pantai.

Semasa berjalan, adik hendak membeli layang-layang yang dijual di

seberang jalan. Saya mencari tempat yang selamat untuk melintas jalan. Walau bagaimanapun, saya tidak menemui tempat yang selamat kerana jalan raya agak sibuk pada waktu itu.

Saya menunggu dan memerhatikan kenderaan seterusnya cuba mencari ruang yang selamat untuk melintas.

Akhirnya, dengan bantuan seorang dewasa, kami dapat melintas di kawasan jalan raya yang lurus dengan selamat.

Kini saya memahami betapa rumitnya untuk melintas di jalan yang berselekoh dan tidak selamat. Saya juga menyedari betapa pentingnya mendapatkan

bantuan orang dewasa untuk melintas jalan terutama semasa keadaan jalan raya yang sibuk.

(7)

/ / / / / / / / / / / / / / Banjir kilat Hari Jumaat Kerja-kerja pembinaan Lori terbalik Cuti am

Jalan baru diturap Hari Rabu

(8)

Berhenti lalu melihat ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula sebelum bergerak

Berhenti apabila lampu isyarat merah

Berhenti di lintasan belang

Perlahankan kenderaan di selekoh

Tidak berhenti di persimpangan Tidak berhenti apabila lampu isyarat merah Tidak berhenti di kawasan lintasan belang apabila orang ingin melintas

Membelok dengan laju

Apabila melintas di lintasan belang, pejalan kaki masih perlu berhati-hati.

Ada pemandu yang tidak berhenti walaupun lampu isyarat merah.

Pemandu hendaklah memperlahankan kenderaan mereka di selekoh supaya tidak terbabas.

(9)
(10)

Pada hari Jumaat, keadaan jalan raya di hadapan sekolah agak sibuk kerana banyak orang sedang menuju ke masjid. Keadaan jalan juga

basah akibat hujan. Oleh itu, kesesakan jalan raya berlaku akibat pemandu yang memarkirkan kenderaan di bahu jalan.

Kesesakan trafik terjadi kerana banyak orang menggunakan kenderaan ke masjid melalui kawasan sekolah yang sibuk dan keadaan jalan raya basah akibat hujan.

Sikap pemandu yang tidak bertimbang rasa dan cuai ketika memandu di jalan yang basah telah mengakibatkan kemalangan.

(11)
(12)

Kebolehlihatan merujuk tahap pengguna jalan raya boleh dilihat dan melihat dengan jelas di jalan raya.

Kebolehlihatan adalah satu faktor yang amat penting untuk meningkatkan

keselamatan pengguna jalan raya.

Kebolehlihatan memastikan kita dapat dilihat oleh pemandu kenderaan pada

waktu siang atau malam.

Kebolehlihatan membantu mengelakkan nahas jalan raya.

Kebolehlihatan dapat dipertingkatkan dengan memakai pakaian cerah pada

waktu siang dan malam.

Alat pemantul cahaya serta lampu boleh meningkatkan kebolehlihatan.

(13)

- Pemandu mesti memasang lampu kenderaan ketika memandu pada waktu hujan dan juga pada waktu

malam.

- Pemandu perlu memaki cermin mata hitam semasa memandu pada hari panas untuk mengelakkan silau dan membantu penglihatan.

- Pejalan kaki mesti melintas di tempat yang boleh dilihat dan dapat melihat semua kenderaan dari semua arah - Pejalan kaki seharusnya melintas di

jalan raya yang tidak sibuk.

- Pejalan kaki mesti selalu memakai pakaian yang berwarna cerah.

- Penunggang motosikal perlu

melekatkan pelekat pemantul cahaya di bahagian belakang motosikal. - Penunggang motosikal perlu memakai

ves pemantul cahaya pada setiap masa.

- Penunggang motosikal seharusnya melekatkan pelekat pemantul cahaya pada beg galas atau motosikal.

- Penunggang basikal perlu memakai ves pemantul cahaya.

- Penunggang basikal harus memakai alat pemantul cahaya di bahagian tangan dan kaki semasa menunggang basikal.

- Penunggang basikal perlu melekatkan alat pemantul cahaya pada bahagian belakang basikal.

(14)

X X X X X X X X X X X X X X X / / / / / B

(15)

Ibu bapa dan guru sentiasa mengingatkan kami supaya bermain di tempat yang selamat. Oleh itu, saya dan abang hanya bermain bola di padang permainan yang berpagar di taman perumahan kami. Bermain di kawasan yang berdekatan dengan jalan raya adalah berbahaya

kerana banyak kenderaan yang lalu lalang.

Ibu juga mengingatkan kami tentang tempat-tempat yang menjadi kawasan larangan dan tidak selamat untuk bermain. Kami dilarang bermain di kawasan jalan raya walaupun di hadapan rumah, kawasan berdekatan dengan stesen pencawangatau kabel elektrik. Kami perlu mengelakkan diri daripada bermain di padang yang tidak berpagar.

Selalunya, kami memilih tempat untuk bermain di padang permainan yang disediakan iaitu di padang sekolah, gelanggang atau kawasan stadium yang lebih selamat dan jauh daripada jalan raya serta laluan kenderaan. Saya jarang-jarang dapat bermain di gelanggang bola atau stadium. Saya berasa sangat seronok apabila berpeluang bermain di tempat-tempat ini kerana saya boleh bermain pada waktu malam.

Bermain di tempat-tempat yang dikhaskan merupakan tindakan yang paling selamat yang harus diamalkan oleh semua orang.

(16)

1. Pilih nombor plat pada kenderaan yang anda lihat.

2. Selepas itu, jumlahkan gabungan nombor yang anda lihat. 3. Teruskan dengan memilih plat pada kenderaan yang lain.

1. Lihat nombor kenderaan yang berlalu.

2. Teka dari negeri mana kenderaan tersebut didaftarkan.

3. Pada masa yang sama, kira bilangan kenderaan yang didaftarkan di negeri asal anda.

(17)

- Perbuatan menggelecek bola di laluan pejalan kaki boleh membahayakan diri sendiri dan pejalan kaki yang lain.

- Perbuatan menggelecek bola di laluan pejalan kakiboleh menyebabkan pejalan kaki berada terlalu dekat dengan jalan raya.

- Perbuatan menggelecek bola di laluan pejalan kaki boleh menyebabkan bola terkeluar ke jalan raya dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

- Perbuatan bermain di dalam kereta boleh mengganggu perhatian pemandu.

- Perbuatan bermain di dalam kereta boleh

menyebabkan pemandu dan penumpang berada dalam keadaan tidak bersedia untuk sebarang kecemasan semasa perjalanan.

- Perbuatan membaling bola di dalam kereta boleh menyebabkan bola terkena pemandu dan

penumpang lain.

- Perbuatan membaling bola di dalam kereta boleh mengganggu perhatian pemandu.

- Perbuatan membaling bola di dalam kereta boleh menyebabkan pemandu dan penumpang berada dalam keadaan tidak bersedia untuk sebarang kecemasan semasa perjalanan.

(18)

Beberapa batang pensel diletakkan di dalam kotak pensel dan kotak itu ditolak kuat ke arah buku teks.

Pensel-pensel tersebut tercampak keluar dari kotak pensel.

Pensel-pensel dilekatkan dengan pita pelekat pada kotak pensel lalu ditolak kuat

ke arah buku teks.

Pensel-pensel tidak tercampak atau terkeluar dari kotak pensel.

- tali pinggang keledar menahan pengguna daripada tercampak keluar atau terhantuk apabila berlaku nahas.

- tali pinggang keledar mengurangkan tahap kecederaan dalam suatu nahas - pemakaian tali pinggang keledar merupakan undang-undang yang

(19)

Penumpang kanak-kanak yang lebih besar,

penumpang dewasa dan juga pemandu.

Penumpang kanak-kanak yang lebih besar dan penumpang dewasa.

Penumpang kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun dan berat badannya antara lapan

hingga 12 kilogram.

Penumpang bayi berusia lebih kurang setahun ke bawah dan berat badannya dua hingga lapan kilogram.

Penumpang kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun dan berat badan-nya dalam lingkungan 12 hingga 20 kilogram.

(20)

Cara pemakaian tali pinggang keledar ini adalah yang betul dan paling selamat. Cara ini membantu melindungi penumpang pada kedua-dua bahagian atas dan bawah badan sekiranya berlaku nahas.

Cara pemakaian tali pinggang riba ini dikenakan merentasi pinggul. Tali pinggang riba didapati di bahagian tengah tempat duduk belakang.

(21)

Ayah memandu manakala ibu duduk di tempat duduk hadapan.

Saya dan adik duduk di tempat duduk belakang.

Ibu, ayah memakai tali pinggang keledar sebaik sahaja menaiki kereta.

Ayah mengingatkan kami supaya memakai tali pinggang keledar dengan betul.

Semua pemandu dan penumpang kereta diwajibkan memakai tali pinggang keledar.

Pemandu bertanggungjawab untuk memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar.

Penggunaan tali pinggang keledar dapat mengurangkan tahap kecederaan jika berlaku kemalangan.

Alat pengekang pada tali pinggang keledar adalah untuk keselamatan.

Pemakaian tali pinggang keledar dengan betul sepanjang masa membantu penumpang agar lebih selamat.

(22)
(23)

Sam bercadang untuk berbasikal ke taman permainan. Dalam keadaan tergesa-gesa, Sam terlupa mengikat topi keledarnya. Rakan-rakannya ternampak Sam berbasikal dalam keadaan yang tidak selamat. Seorang daripada rakan Sam iaitu, Jo mempunyai kuasa ajaib. Jo telah melakukan sesuatu sehingga membuatkan topi keledar Sam terjatuh.

Nasib baik Sam tidak tercedera dan sedar akan kelalaiannya. Dia segera memakai dan mengikat topi keledar yang dipakainya dan terus berbasikal dengan berhati-hati. Apabila sampai di taman permainan, Sam telah menceritakan tentang kejadian yang menimpanya. Dia berasa kesal kerana tidak mengikat topi keledarnya. Sam tahu, jika kepalanya terhantuk dengan kuat, dia akan mengalami kecederaan yang serius.

Jo menasihati Sam supaya sentiasa berhati-hati sewaktu berbasikal. Rakan-rakan yang lain sentiasa memakai topi keledar dengan betul

kerana malang tidak berbau. Pengguna jalan raya perlu mengamalkan peraturan dan langkah-langkah keselamatan ketika berbasikal.

Pemakaian topi keledar boleh menyelamatkan atau mengurangkan tahap kecederaan serius di kepala.

(24)
(25)

4 Saya membetulkan kedudukan topi keledar sebelum mengikat talinya agar selamat dipakai.

6 Setelah memakai topi keledar dengan betul, barulah saya berasa selesa untuk memulakan perjalanan.

2 Bapa mengingatkan saya agar memilih topi yang berlabel SIRIM.

3 Saya perlu mencuba topi keledar tersebut sebelum membelinya untuk memastikan

kesesuaian saiz dan keselesaan memakai.

5 Saya mengikat tali topi keledar dengan kemas.

(26)

beg udara

cermin sisi

hon

lampu isyarat kenderaan

(27)

Tali pinggang keledar ialah sejenis alat pengekang yang terdapat di dalam kereta. Pemandu dan penumpang bertanggungjawab untuk memakai tali pinggang keledar dengan betul untuk keselamatan diri.

Hon di dalam keretak terletak pada stereng kereta. Pemandu harus memastikan bahawa hon kereta sentiasa berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik.

Setiap kenderaan mempunyai lampu isyarat kenderaan. Pemandu kenderaan menggunakan lampu isyarat ini semasa membelok ke kiri atau ke kanan jalan raya.

Cermin sisi membantu pemandu melihat kenderaan di sebelah kiri dan kanan jalan raya. Jika pemandu ingin memotong kenderaan di hadapan, pemandu perlu melihat cermin sisi kanan untuk memastikan bahawa tidak ada kenderaan di sebelah kanan jalan raya.

Di dalam sesetengah kenderaan terdapat beg udara. Beg udara ini terletak pada stereng kereta. Ketika kecemasan, beg udara akan

mengembang dan menahan pemandu daripada terhantuk pada stereng kereta.

(28)

Saya adalah seorang pengguna jalan raya yang bijak. Sebelum memulakan perjalanan, saya memakai pakaian yang cerah kerana ini meningkatkan kebolehlihatan di jalan raya.

Sebagai seorang pejalan kaki yang berhemah, saya sentiasa mematuhi lampu isyarat undan ketika melintas jalan dan tidak melintas di tempat-tempat yang berbahaya seperti selekoh, di antara kenderaan

yang diparkir atau kawasan jalan yang berbukit.

Ketika berjalan kaki, saya selalu memberi keutamaan kepada pengguna yang lain kerana mereka juga perlu dihormati. Oleh itu, saya sentiasa memberikan laluan kepada orang tua, kanak-kanak yang lebih

muda dan orang kurang upaya.

Sebagai seorang penumpang yang berhemah dan selamat, saya tidak mengganggu pemandu. Ketika dalam perjalanan yang jauh bersama keluarga, kami bermain permainan yang selamat seperti

permainan menamakan objek, permainan daya ingatan dan sebagainya.

Saya selalu memastikan bahawa saya keluar dan masuk kenderaan dari bebendul jalan.

(29)

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Process which was undertaken in designing and developing explicit instruction- based game interactive multimedia learning conducted through five stages: analysis

Perkembangan Informasi dan teknologi komunikasi yang pesat belum diikuti dengan program pembelajaran yang bertujuan mengoptimalkan fungsi informasi untuk pengembangan

Oleh karena galur Obs-1653/Ps] clan Obs-1656/Ps] mempunyai produksi tinggi, tahan terhadap hama wereng coklat biotipe 1 clan 2 dan agak tahan biotipe 3 serta tahan

Penelitian ini mengkaji peresapan air kedalam tanah / infiltrasi akibat perubahan penggunaan atau tata guna lahan dari daerah resapan ke daerah pengembangan di bukit

Secara Mandiri dan tampa bantuan anggota kelompok, siswa dapat memahami jenis-jenis beban instalasi tenaga lsitrik LP 3: Produk sesuai dengan kunci

terima kasih ya Allah atas segala rahmat yang engkau berikan kepada hamba, dan akhirya saya dapat menyelesaiakan Perkuliahan dan skripsi saya dalam waktu 3,5 tahun

Jelaskan proses penyusunan dan penetapan APBN dan bandingkan dengan proses penyusunan dan penetapan APBD berbasis peraturan perundang-undangan yang berlaku sebagai dasar