• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMELIHARAAN BAHASA IBUNDA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI SATUN, THAILAND. Norizah Ardi Nor Hisham Osman (Malaysia)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEMELIHARAAN BAHASA IBUNDA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI SATUN, THAILAND. Norizah Ardi Nor Hisham Osman (Malaysia)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

PEMELIHARAAN BAHASA IBUNDA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI SATUN, THAILAND

Norizah Ardi Nor Hisham Osman

(Malaysia)

Pengenalan

Kertas kerja ini membincangkan tentang fenomena pemeliharaan bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat Islam di Satun, Thailand. Kajian ini dijalankan melalui pemerhatian kepada penggunaan bahasa penduduk tempatan ketika berkomunikasi dalam konteks tidak rasmi dan bahasa yang digunakan dalam konteks rasmi, seperti media cetak, papan tanda, notis iklan dan sebagainya. Analisis dibuat dengan mengaitkan maklumat dengan dasar bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara Thai dan bahasa ibunda masyarakat Islam di wilayah tersebut. Maklumat yang dikemukakan dalam kajian ini merupakan sebahagian daripada dapatan kajian sahaja, iaitu yang berkaitan dengan pemeliharaan bahasa. Aspek-aspek lain kajian ini akan dibincangkan pada pertemuan lain.

(Kata Kunci: Pemeliharaan bahasa, dasar bahasa, bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, tulisan Jawi).

2. Kerangka Teori Pemeliharaan Bahasa

Pemeliharaan bahasa menurut Fasold (1984) bermakna komuniti secara kolektif terus menggunakan sesuatu bahasa atau kelainan bahasa berkenaan. Pemeliharaan bahasa menurut Thieberger (1990), “The term “language maintenance” has been used to mean either (1) a description of the state of shift that a language has undergone (that is, how much of the language is actually maintained), or (2) those activities engaged in with an aim of maintaining.

(2)

2

Pemeliharaan bahasa boleh dibahagikan kepada dua, iaitu memelihara bahasa yang sedia ada dan masih digunakan dan yang kedua pula adalah menghidupkan kembali bahasa yang sudah mati atau pupus. Fishman (1991) memperkenalkan konsep “Reversing Language Shift (RLS)” untuk maksud menghidupkan kembali bahasa yang sudah pupus. Pemeliharaan bahasa yang pertama, iaitu memelihara bahasa yang sedia ada banyak berlaku di negara yang baru merdeka. Bahasa peribumi yang hanya digunakan oleh orang kebanyakan semasa penjajahan telah dinaikkan taraf menjadi bahasa rasmi negara. Bahasa ini dibina dengan melakukan perancangan korpusnya supaya dapat menjalankan fungsi sebagai bahasa rasmi. Hal ini menurut Asmah Hj. Omar (1992) dapat dilihat seperti yang berlaku kepada bahasa Malaysia di Malaysia.

Pemeliharaan bahasa yang kedua pula adalah menghidupkan kembali bahasa yang telah mati atau pupus. Proses menghidupkan semula bahasa yang sudah pupus ini adalah lebih kompleks. Namun menurut Fishman (1991), ada juga kes bahasa yang sudah pupus itu dapat dihidupkan kembali, seperti yang berlaku kepada bahasa Hebrew di Israel, bahasa Perancis di Quebec dan bahasa Catalan di Sepanyol.

3. Latar belakang Wilayah Satun

Satun merupakan sebuah wilayah yang penting di sebelah pantai barat Selatan Thai. Menurut Worawit Baru (1999), Satun atau dahulunya dikenali sebagai Mukim Setoi, merupakan jajahan negeri Kedah, dimasukkan ke bawah jajahan Thai dengan sepenuhnya selepas Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909. Daripada sebuah mukim kecil di bawah jajahan Kedah, kemudiannya Satun diangkat menjadi sebuah wilayah apabila menjadi sebahagian daripada negara Thai.

Penduduk wilayah Satun terdiri daripada beberapa kumpulan penduduk, sama ada yang merupakan peribumi asal ataupun penduduk dari tempat lain yang berpindah ke kawasan tersebut. Oleh sebab Satun sejak daripada asalnya merupakan sebuah jajahan

(3)

3

kecil negeri Kedah, maka hubungan Satun dengan dunia Melayu memang ketara. Orang Melayu di wilayah Satun terdiri daripada kumpulan besar peribumi yang ada hubungan keturunan yang erat dengan Melayu di Semenanjung. Selain daripada kumpulan tersebut, ada yang datang dari Indonesia, sama ada dari Pulau Sumatera, seperti Medan, Aceh, Jambi dan sebagainya, juga dari Pulau Jawa atau Sulawesi.

4. Bahasa Ibunda Masyarakat Islam di Satun

Pada asalnya rata-rata masyarakat Islam di wilayah ini bertutur dalam bahasa Melayu. Namun kesan daripada menjadi sebahagian Negara Thai, kini bukan semua masyarakat Islam di daerah Satun menggunakan bahasa Melayu dialek Satun sebagai bahasa pertuturan. Selepas seratus tahun, majoriti masyarakat Islam di Satun sudah tidak boleh berbahasa Melayu, yang satu masa dahulu merupakan bahasa ibunda nenek moyang mereka. Sebahagian besar masyarakat Islam di Satun sudah beralih menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa pertuturan. Worawit Baru (1999) mengatakan, berdasarkan penggunaan bahasa, penduduk Satun dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu:

a. Kumpulan berbahasa dialek Melayu Satun,

b. Kumpulan berdwibahasa (dialek Melayu dan dialek Thai Selatan), dan c. Kumpulan berbahasa dialek Thai Selatan.

Worawit Baru (1999) juga mengatakan, dialek Melayu yang digunakan di Satun sama atau sangat mirip kepada dialek Perlis dan Kedah. Dialek Melayu Satun digunakan secara meluas di beberapa buah kampung Melayu. Bagi kumpulan yang dwibahasa (dialek Melayu dan dialek Thai Selatan) pula ialah orang Melayu Satun yang menggunakan kedua-dua bahasa tersebut dalam perhubungan seharian. Kumpulan yang menuturkan dialek Thai Selatan pula majoritinya terdiri daripada orang beragama Buddha yang berasal dari wilayah

(4)

4

ini ataupun mereka yang berpindah atau dipindahkan ke wilayah ini. Walau bagaimanapun, hasil daripada pemerhatian yang dibuat baru-baru ini, didapati kini, kumpulan yang hanya berbahasa Melayu dialek Satun sahaja hampir tiada. Masyarakat Islam Satun yang terdapat sekarang hanyalah yang boleh berbahasa sama ada dwibahasa (dialek Melayu dan dialek Thai Selatan) atau hanya berbahasa Thai dialek Selatan sahaja.

Menurut sejarah, bahasa ibunda masyarakat Islam di Satun adalah bahasa Melayu. Namun kini walaupun majoriti penduduk di wilayah Satun tersebut beragama Islam, iaitu kira-kira lapan puluh peratus (80%), namun golongan yang beragama Islam yang masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian hanyalah sebahagian kecil sahaja, iaitu tiga puluh peratus (30%) sahaja daripada jumlah tersebut. Berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil daripada temu bual (dengan beberapa orang responden yang berpendidikan di Satun pada 10 Disember 2008) hanya penduduk di beberapa kampung sahaja yang masih menggunakan dialek Melayu Satun. Antara kampung yang masih menggunakan bahasa Melayu, ialah kampung Guar, kampung Klubi, kampung Cik Bilang dan kampung Tammalang. Hasil daripada tinjauan yang dibuat di kampung-kampung tersebut, didapati bahasa Melayu dialek Satun ini masih digunakan oleh golongan tua (berumur lima puluh tahun ke atas) sebagai bahasa pertuturan seharian. Namun, bagi kanak-kanak kebanyakannya akan bertutur secara dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dialek Satun dan bahasa Thai dalam perhubungan seharian.

Bahasa Melayu di wilayah Satun ini digunakan dalam domain keagamaan, kekeluargaan dan persahabatan sahaja. Dalam domain persahabatan terhad kepada yang boleh bertutur bahasa Melayu sahaja. Oleh itu didapati teks khutbah Jumaat ditulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa Thai dan bahasa Melayu dan tulisan Jawi merupakan sistem tulisan yang digunakan. Untuk akad nikah, hanya di daerah yang masyarakat Islamnya masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu sahaja bahasa Melayu digunakan untuk pernikahan dan pengeluaran surat nikah. Walau bagaimanapun di seluruh wilayah Satun

(5)

5

majlis agama Islam membenarkan masyarakat Islam di sana memilih sama ada untuk menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Thai untuk akad nikah. Di wilayah ini juga, Kitab Merah dan beberapa buah buku lagi masih digunakan untuk mengajar orang dewasa tentang ajaran Islam. Kitab-kitab tersebut menggunakan bahasa Melayu klasik dan dalam tulisan Jawi. Bagi sekolah agama dan tadika mereka mempelajari bahasa Melayu menggunakan tulisan Jawi. Bagi sekolah menengah pula, di samping tulisan Jawi, mereka juga diperkenalkan dengan sistem tulisan Rumi bahasa Melayu mengikut sistem ejaan Rumi di Malaysia.

Pemerhatian yang diadakan di bandar-bandar pula mendapati bahasa Melayu tidak digunakan lagi. Semuanya menggunakan bahasa dan tulisan Thai, walaupun untuk mengeja perkataan yang berasal daripada bahasa Melayu seperti nama makanan dan nama-nama kampung. Walau bagaimanapun ada beberapa kedai lama yang masih menggunakan tulisan Jawi.

Di wilayah Satun, bahasa Melayu tidak digunakan dalam domain jual beli dan domain pentadbiran. Oleh itu, bahasa Melayu dialek Satun ini tidak mempunyai nilai ekonomi. Oleh itu, untuk meningkatkan taraf hidup dan peluang ekonomi, masyarakat Islam di Satun perlu menguasai bahasa kebangsaan negara mereka, iaitu bahasa Thai.

5. Dasar Bahasa Negara Thai dan Kesannya Kepada Bahasa Ibunda Masyarakat Islam di Satun

Thailand merupakan sebuah negara di rantau Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa besar, sebaliknya negara ini telah “menjajah” beberapa buah kerajaan Melayu di selatan negara itu dan menjadikan kerajaan tersebut sebahagian daripada wilayahnya. Latar sejarah ini menyebabkan negara ini berbeza jika dibandingkan dengan negara jirannya seperti Malaysia dan Indonesia, dari aspek dasar dan perancangan bahasa.

(6)

6

Bahasa Thai merupakan satu-satunya bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Thailand. Hal ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Worawit Baru. Menurut beliau,

“…BT diperuntukkan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan negara Thai. Semua urusan pentadbiran negara dijalankan dengan menggunakan BT. BT juga berperanan sebagai bahasa berdifusi luas. Oleh yang demikian, BT diberi nilai-nilai tertentu, misalnya nilai sentimen, nilai pentadbiran, nilai ekonomi dan sosial dsbnya.”

(Worawit Baru, 1999:168)

Bahasa Thai yang standard, yakni yang dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini merupakan bahasa yang dituturkan oleh penduduk kawasan tengah Negara Thai. Di negara ini hanya bahasa Thai yang digunakan sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat awal persekolahan sehinggalah ke peringkat universiti. Pongsri Lekawatana (1994) pula telah menyatakan dan menggambarkan tentang dasar bahasa di negara Thai dan kedudukannya sebagai negara monolingual seperti berikut:

“The impression that Thailand is a nation of one language is probably created by the unstated language policy. There is no mention of the country”s official language in any of the several versions of the Thai Constitution. The fact that all official documents especially the Constitution are in Thai indicates beyond doubt that Thai is the official language. The existence of bilingual communities is not officially recognized and standard Thai is taught as a subject and is the medium of instruction in public and private schools in all parts of the country”

(Pongsri Lekawatana, 1994:271)

Bahasa Melayu pula merupakan bahasa kumpulan minoriti yang kedua penting. Bahasa ini dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh kumpulan minoriti Melayu atau lebih dikenali sebagai Thai Muslim di empat wilayah di Selatan Thailand. Sebenarnya majoriti penduduk di keempat-empat wilayah di Selatan Thailand iaitu Yala, Narathiwat, Pattani dan Satun merupakan orang Melayu yang beragama Islam. Menurut Saynee Mudmar,

“…The Muslim-Malays who constitute the majority of the people in the provinces of Pattani, Yala, Narathiwat, and Satun, and part of Songkla speak a Malay dialect as their mother tongue. In day-to-day affairs, the Muslim-Malays in Pattani, Yala, and Narathiwat employ a Patani Malay dialect as their means of communication, especially within their own group.”

(7)

7

Sebelum kerajaan Thailand mengenakan sekatan dan dasar-dasar tertentu seperti Dasar Penguatkuasaan Akta Pendidikan Wajib, Dasar Penguatkuasaan untuk Orang Muslim dan sebagainya lagi kepada masyarakat Melayu Islam ini, bahasa Melayu amat berperanan. Selain daripada menjadi bahasa ibunda komuniti ini, bahasa Melayu juga merupakan bahasa komunikasi dan bahasa pendidikan di sekolah-sekolah pondok di wilayah-wilayah tersebut. Walau bagaimanapun, setelah kerajaan Thailand mengambil alih sebahagian besar sekolah pondok dan dijadikan sekolah kerajaan, bahasa Melayu hanya dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran atau mata pelajaran pilihan di sekolah-sekolah tersebut, dengan tulisan Jawi menjadi sistem tulisan untuk bahasa Melayu. Sistem tulisan Rumi juga kemudiannya dipelajari, hasil daripada buku-buku agama dari negara jiran, yakni Malaysia yang menggunakan tulisan Rumi. Walau bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan yang menggalakkan pada peringkat awal. Namun, didapati sejak tahun-tahun kebelakangan ini masyarakat Melayu Islam di Selatan Thailand ini telah mula menerima sistem tulisan Rumi, maka didapati di kelas-kelas tadika Islam1 telah diperkenalkan sistem ejaan Rumi tersebut di samping sistem tulisan Jawi.

Bahasa Melayu amat penting bagi umat Islam di Selatan Thailand. Bahasa ini digunakan dalam kebanyakan upacara agama seperti khutbah Jumaat, ceramah agama, urusan nikah kahwin dan sebagainya. Menurut Saynee Mudmar,

The Malay language in Southern Thailand is closely associated with Islam to the extent that the presence of one implies the presence of the other. In the Four Southern Provinces, if a person is a Malay, he is definitely a Muslim, and is understood to speak the Malay Language.”

(Saynee Mudmar, 1988:92) Pada masa yang sama, kerajaan Thailand memang menganggap orang Melayu di Thailand berbangsa dan berketurunan Thai, sejak termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Melalui perjanjian tersebut, wilayah-wilayah Melayu di Selatan Thailand telah diasingkan daripada negeri-negeri Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Namun begitu,

1

Kelas Tadika Islam biasanya diadakan untuk semua pelajar Islam pada sebelah petang atau hari Ahad.

(8)

8

pada hakikatnya mereka ialah orang Melayu yang berbangsa dan berketurunan Melayu. Kerajaan Thai berusaha menjalankan dasar pembinaan bangsa terhadap etnik Melayu ini mengikut anggapan dan prinsipnya. Bagaimanapun, dalam proses pelaksanaan, dasar terhadap orang Thai berketurunan Melayu ini selalu terpesong daripada dasar asas kerajaan yang sebenar (Universiti Sukhothai Thammathirat, 1989 dalam Worawit Baru 1999).

Bagi tujuan merealisasikan dasar pembinaan bangsa Thai ini, kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai rancangan dan dasar terhadap masyarakat Thai dan ada juga dasar yang dibuat khusus bagi orang Thai berketurunan Melayu ini. Antara dasar-dasar tersebut ialah Dasar Penyusunan Negeri-negeri Melayu atau Dasar Pecah dan Perintah, Dasar Pemindahan dan Penempatan Orang-Orang Melayu, Dasar Reformasi Pemerintahan, Dasar Pengurusan Pendidikan, Dasar Penguatkuasaan Akta Sekolah Kebangsaan atau Dasar Penguatkuasaan Akta Pendidikan Wajib, Dasar Penggunaan Istilah “Thai Muslim” untuk orang Melayu, Dasar Penggunaan Nama Keluarga, Dasar Penguatkuasaan Undang-Undang untuk Orang Muslim dan sebagainya lagi.

Kerajaan Thai beranggapan salah satu halangan pokok yang menyekat pencapaian dasar integrasi dan asimilasi yang dijalankan oleh kerajaan ialah orang Thai yang berketurunan Melayu ini (peringkat awalnya) membezakan diri mereka daripada bangsa Thai dan tidak mahu menggunakan bahasa Thai. Keadaan ini menimbulkan perasaan keterasingan di antara penutur bahasa Melayu dengan penutur bahasa Thai. Oleh itu, menurut Worawit Baru (1999), kerajaan telah mengambil langkah menjayakan dasar peningkatan penggunaan bahasa Thai dengan mengasingkan terlebih dahulu bahasa Melayu dengan individu Melayu. Bagi tujuan tersebut istilah “Melayu” yang merujuk kepada bangsa Melayu Thai ini telah ditukar kepada istilah “Thai Muslim”. Maka secara perlahan-lahan golongan Melayu ini hilang daripada negara Thai. Yang ada ialah orang Thai Muslim yang terdiri daripada beberapa keturunan dan tidak didiskriminasikan oleh bahasa dan bangsa rumpunnya.

(9)

9

Penghilangan dan penghapusan istilah “orang Melayu” bererti penghapusan bahasa Melayu dari negara Thai. Penggunaan istilah “Thai Muslim” untuk merujuk kepada orang Melayu secara perlahan-lahan menyingkirkan bahasa Melayu daripada diri orang Melayu di Thailand.

Sebenarnya daerah yang penduduknya majoriti beragama Islam dan

berketurunan Melayu telah mempunyai sistem persekolahan sendiri, sama ada di

pondok-pondok ataupun surau sejak sebelum Perjanjian Inggeris-Siam 1909.

Mereka mengajar agama Islam dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kerajaan Thailand telah membuat sekatan

terhadap sekolah swasta bermula pada tahun 1918 dengan terbentuknya Akta

Sekolah Swasta. Pongsri Lekawatana mengatakan,

“The law required that principals of schools established by aliens must be educated to the standard set by the Ministry of Education, and all foreign teachers must study Thai and pass the language proficiency examination within six months or one year after they begin teaching. The law required that the student be taught Thai until they were sufficiently proficient in the language.”

(Pongsri Lekawatana,1994:272)

Pada 1 September 1921 Raja Rama VI telah mengeluarkan Akta Sekolah Kebangsaan B.E. 2426, yakni Akta Pendidikan Wajib yang dikuatkuasakan pada 1 Oktober 1921. Akta ini mewajibkan semua ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang berumur antara 7 tahun hingga 14 tahun atau sekurang-kurangnya empat tahun untuk belajar menulis dan membaca bahasa Thai di sekolah sehinggalah mereka dapat menguasai bahasa tersebut. Keperluan ini hanya dapat dipenuhi dengan memasuki sekolah kerajaan atau sekolah swasta yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan. Selama tiga jam sehari, subjek hendaklah ditumpukan kepada pengajaran bahasa Thai.

Undang-undang 1921 ini tidaklah dikuatkuasakan sepenuhnya sehinggalah selepas revolusi 1932. Selepas revolusi tersebut, matlamat kerajaan baru ialah untuk menjadikan

(10)

10

sekurang-kurangnya 50% penduduk kenal huruf dan menyediakan pendidikan Thai kepada semua kanak-kanak warganegara Thai supaya mereka menjadi warganegara yang berguna. Kehadiran sekolah Cina dan sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang telah lama beroperasi sudah tentulah merupakan rintangan bagi menuju matlamat ini.

Oleh yang demikian, menurut Pongsri Lekawatana (1994) dalam Perang Dunia Kedua, Kementerian Pendidikan melaksanakan Akta Sekolah Swasta dengan ketat. Beberapa tindakan telah dibuat terhadap sekolah bukan Thai, termasuklah sekolah-sekolah pondok atau madrasah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada mulanya. Seperti yang kita sedia maklum empat daerah di Selatan Thai iaitu Narathiwat, Patani, Satun dan Yala merupakan daerah-daerah yang majoriti penduduknya beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka. Menurut Pongsri Lekawatana (1994) sistem sekolah pondok mereka telah beroperasi lebih daripada tiga suku kurun untuk mendidik anak-anak mereka hidup sebagai orang Islam. Dengan latar yang demikian, didapati pada peringkat awal penerapan pendidikan wajib melalui Akta Pendidikan Wajib ini tidak dapat diterima oleh ibu bapa Islam di wilayah-wilayah tersebut. Mereka menganggap menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan bermakna mendedahkan anak mereka kepada agama Buddha dan cara hidup Buddha kerana kebanyakan buku teks yang digunakan di sekolah kebangsaan didasarkan kepada kepercayaan dan agama Buddha dan ditulis dalam bahasa Thai baku. Oleh itu, mereka lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok untuk mendapat latihan yang sesuai dengan cara hidup mereka.

Negara Thai kemudiannya telah mengehadkan dasar pendidikan bahasanya kepada dua, iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa asing sahaja. Oleh itu, bahasa kaum minoriti negara ini seperti bahasa Melayu dikategorikan sebagai bahasa asing.

Secara umumnya, sehingga hari ini kerajaan Thai telah berjaya membentuk bangsanya mengikut acuan sendiri. Dasar-dasar integrasi dan asimilasi yang dikenakan terhadap kaum minoriti di negaranya terbukti berjaya. Ini dapat dilihat daripada keadaan

(11)

11

masyarakat Melayu atau Thai Muslim di sana yang telah menerima bahasa Thai sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan melalui sistem pendidikan. Hari ini, bahasa Thai juga merupakan bahasa yang melambangkan identiti mereka sebagai bangsa Thai. Integrasi dan asimilasi yang dijalankan oleh kerajaan melalui Dasar Pengurusan Pendidikan, Dasar Penguatkuasaan Akta Sekolah Kebangsaan atau Dasar Penguatkuasaan Akta Pendidikan Wajib, merupakan pelaksana kepada dasar bahasa negara dan dasar pembentukan bangsa negara itu.

6. Usaha-usaha Pemeliharaan Bahasa Ibunda Masyarakat Islam di Satun

Dasar kerajaan menunjukkan fenomena yang menggalakkan kepupusan bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat Islam di Satun. Namun, hasil daripada tinjauan awal yang dijalankan pada 10 Disember 2008, didapati masih ada usaha-usaha masyarakat Islam di wilayah Satun dalam memelihara bahasa ibunda mereka walaupun terhad jika dibandingkan dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Thai, yakni bahasa kebangsaan negara ini.

Usaha-usaha tersebut dijalankan oleh masyarakat Islam yang mahu identiti mereka sebagai orang Melayu diteruskan. Keadaan ini ditambah dengan keperluan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk menyampaikan ajaran Islam terutamanya bagi tujuan mengajar agama kepada orang-orang tua. Malah di beberapa kampung di wilayah Satun, masih menggunakan kitab agama yang menggunakan bahasa Melayu klasik seperti Kitab Kuning. Di sekolah-sekolah agama ada diajar kursus bahasa Melayu, walaupun jumlah jam yang diperuntukkan terlalu sedikit, iaitu antara satu atau dua jam sahaja seminggu. Terdapat juga siaran radio berbahasa Melayu yang dikendalikan secara suka rela selama dua jam seminggu. Bagi kampung-kampung yang bersempadan dengan Malaysia pula, mereka boleh mendapat siaran televisyen dari Malaysia. Dengan itu secara tidak langsung di kawasan-kawasan tersebut bahasa Melayu masih digunakan.

(12)

12

Berdasarkan penerangan pada bahagian 5 di atas jelas menunjukkan dasar bahasa secara tidak langsung telah meletakkan bahasa ibunda masyarakat Islam di Thailand khususnya Satun sebagai bahasa asing. Apa yang jelas di sini bahawa pada pihak kerajaan tidak ada perancangan atau usaha-usaha untuk pemeliharaan bahasa ibunda masyarakat Islam di Thailand. Sebaliknya kesan daripada dasar-dasar seperti Dasar Penyusunan Negeri-negeri Melayu atau Dasar Pecah dan Perintah, Dasar Pemindahan dan Penempatan Orang-Orang Melayu, Dasar Reformasi Pemerintahan, Dasar Pengurusan Pendidikan, Dasar Penguatkuasaan Akta Sekolah Kebangsaan atau Dasar Penguatkuasaan Akta Pendidikan Wajib, Dasar Penggunaan Istilah “Thai Muslim” untuk Orang Melayu, Dasar Penggunaan Nama Keluarga, Dasar Penguatkuasaan Undang-Undang untuk Orang Muslim dan sebagainya lagi merupakan dasar yang secara langsung telah mengalih penggunaan bahasa ibunda masyarakat Islam di Thailand daripada bahasa Melayu kepada bahasa Thai.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, didapati bahawa bahasa Melayu di wilayah ini digunakan dalam domain keagamaan, kekeluargaan dan persahabatan sahaja. Oleh itu pemeliharaan bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat Islam di wilayah Satun masih berlaku, namun dalam domain-domain tertentu sahaja. Sebagai sebuah bahasa yang tidak mempunyai nilai ekonomi, bahasa ibunda masyarakat Islam di Satun kurang diberi perhatian oleh masyarakat Islam sendiri. Oleh itu usaha-usaha untuk memelihara bahasa ibunda bukanlah agenda utama bagi masyarakat Islam di Satun.

(13)

13 Bibliografi

Asmah Hj. Omar, 1992. The Linguistic Scenary in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Crystal, D., 2000. Language Death.United Kingdom: The Cambridge University Press.

David. M.K., 1996. Language Shift Among the Sindhis of Malaysia. Tesis PhD, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Edwards J., 1985. Language Society and Identity. Oxford: Basil Blackwell. Fasold, R.W., 1984. The Sociolinguistics of Society. Oxford: Basil Blackwell.

Fishman, 1991. Reversing Shift: Theoretical and Emperical Foundation of Assistance to Threatened Language. Clavedon: Multilingual Matters.

Fischer, Claude S.,1975. “The Effect of Urban Life on Traditional Values”. Social Forces, Vol. 53, No. 3 Mar., pp. 420-432.

Grimes, B., (ed.), 1992. Ethnologue: Language of the World. Edisi Ke-12. Dallas: Summer Institute of Linguistics.

Inglehart, Ronald & Baker, Wayne E., 2000. “Modernization, Cultural Change, and the Persistence of Traditional Values”. American Sociological Review, Vol. 65, No. 1, Feb., pp. 19–51.

Kidd, Warren, 2002. Culture and Identity. New York:Palgrave.

Kincade, M. Dale, 1991. “The Decline of Native Language in Kanada”, dlm. Robins and Uhlenbeck (eds.), hlm. 157–76.

Lim Ann Lay, 1997. Pemeliharaan dan Penggeseran Bahasa di Kalangan Mahasiswa India. Tesis Sarjana Bahasa Moden, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Nor Hisham Osman, 1999. Pemeliharaan dan Penyisihan Bahasa: Kajian Kes Terhadap Komuniti Minoriti Rajang-Tanjong. Tesis PhD, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Nor Hisham Osman, 2000. “Pemeliharaan dan Penyisihan Bahasa di Kalangan Suku Kaum Minoriti di Sarawak”, dlm. Prosiding of The Sixth Biennial Borneo Research Conference Borneo 2000: Language, Management and Tourism. Kuching: Sarawak. Norizah Ardi, 2005. Sikap Terhadap Bahasa Melayu dan Penggunaannya di Kalangan

Pelajar Universiti di Selatan Thailand. Tesis PhD, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Pongsri Lekawatana, 1994. “The Role of Language in National Unity and Individual Identity”, dlm. Abdullah Hassan. Language Planning in Southest Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(14)

14

Saynee Mudmar, 1988. Language Use and Loyalty Among the Muslim-Malays of Southern Thailand. Tesis Ph.D, New York: State University of New York.

Worawit Baru, 1999. Dasar Kerajaan dan Kesannya Terhadap Bahasa Melayu di Negara Thai. Tesis PhD, Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya.

Wurm, Stephen A., 1991. “Language Death and Disappeareance: Cause and Circumstances”, dlm. Robins and Uhlenbeck (eds.), hlm. 1-18.

Referensi

Dokumen terkait

Perumahan Green Ciatayam City yang berletak di Jalan Raya Citayam - Parung No.1, Ragajaya, Kec. Bojong Gede, Bogor, Jawa Barat , kini dihuni lebih dari 2827 kepala

Dalam analisis kepekaan agar dapat diketahui nilai minimum pendapatan bersih yang diterima oleh PT Putra Hulu Lematang (Lampiran F), dilakukan perhitungan harga

Arcus pedis ini memiliki kedalaman yang berbeda-beda setiap orang. Flat foot merupakan arcus pedis yang kedalamannya kurang dari 1 cm. Hal ini

Sebelum kesimpulan hasil penelitian dikemukakan, terlebih dahulu di utarakan keterbatasan maupun kelemahan-kelemahan yang yang ada pada penelitian ini. Hal ini

Untuk membentuk keterampilan proses sains anak yang optimal, dibutuhkan benda nyata dalam pembelajaran yang jumlahnya memadai bagi murid, dibutuhkan waktu yang cukup untuk anak dapat

Berdasarkan uraian tersebut rumusan masalah pada penelitian ini yaitu fenomena gap antara kemampuan berhitung dan literasi keuangan individu dan adanya perbedaan

5 Komik adalah salah satu media hiburan yang sangat diminati oleh para remaja saat ini sehingga efektif untuk dapat menyampaikan pesan-pesan moral tersebut.. Komik dapat

1. Seseorang yang memberikan pernyataan palsu. Korban yang bergantung pada pernyataan, dan 3. Perlu dicatat bahwa orang yang berada di internal maupun eksternal organisasi