• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dg.Hafizah Binti Ag.Basir Ros Aiza Mohd Mokhtar Siti Halimah Putung Romzi Ationg Universiti Malaysia Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Dg.Hafizah Binti Ag.Basir Ros Aiza Mohd Mokhtar Siti Halimah Putung Romzi Ationg Universiti Malaysia Sabah"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1

Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah (CTPS) Dalam Pembelajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS): Respon Pelajar Program Khas Pengijazahan Guru

Besar (PKPGB) UMS

Dg.Hafizah Binti Ag.Basir Ros Aiza Mohd Mokhtar

Siti Halimah Putung Romzi Ationg

Universiti Malaysia Sabah

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan salah satu kursus dalam Gugusan Wajib Universiti (GWU) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Oleh demikian, kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar universiti termasuklah pelajar di bawah Program Khas Pengijazahan Guru Besar (PKPGB). Lazimnya, kursus ini ditawarkan pada tahun pertama dan dikendalikan oleh Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS. Kemahiran insaniah merupakan antara perkara yang ditekankan dalam pembelajaran TITAS. Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) merupakan antara salah satu daripada beberapa elemen utama yang telah dipilih untuk dilaksanakan di IPT. Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan dan kesesuaian penerapan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar PKPGB UMS melalui aktiviti formal pengajaran dan pembelajaran TITAS yang meliputi pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS), etika dan moral profesional (EM), pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat (LL) serta kemahiran kerja berpasukan (TS). Hasil analisis melalui pendekatan deskriptif menunjukkan elemen yang dominan dan paling sesuai diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran TITAS ialah pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Kata Kunci

TITAS, PKPGB, Kemahiran insaniah, CTPS.

1.0 PENGENALAN

Kursus TITAS merupakan satu kursus yang diperkenalkan sebagai usaha bagi membina generasi yang memahami sejarah, prinsip dan nilai di samping memupuk persefahaman antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara kita. Kursus ini dianggap istimewa kerana selain memberi tumpuan terhadap ilmu ketamadunan dan pengetahuan tentang tamadun-tamadun yang menyumbang dalam perkembangan dunia, ia turut membincangkan tentang masa depan tamadun manusia dan peranan dialog dalam mengharmonikan hubungan antara tamadun. Di UMS, kursus ini merupakan salah satu kursus dalam Gugusan Wajib Universiti. Ini menambahkan lagi keunikan kursus ini kerana perbincangannya akan melampaui batasan disiplin ilmu kerana latar belakang pengajian pelajar yang mengikuti kursus ini berbeza. Bagi menggilap keupayaan pengajian ketamadunan di Malaysia khususnya, elemen-elemen Kemahiran insaniah turut diterapkan. Penerapan kemahiran insaniah dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat IPTA amat digalakkan kerana ia memberi impak yang sangat positif terhadap pelajar. Di

(2)

2 UMS, kemahiran insaniah mula diterapkan dalam semua kursus yang ditawarkan di UMS pada sesi pengajian semester 1, 2008/2009 tidak terkecuali kepada Program PKPGB. Hal ini diharap menjadi pemangkin budaya pendidikan lestari yang mampan selaras dengan kepentingan membangun modal insan yang seimbang dan harmoni.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Penekanan terhadap penerapan kemahiran insaniah kepada mahasiswa IPTA dan IPTS amat penting bagi melahirkan graduan yang bukan saja cemerlang dalam akademik malah efektif dan berdaya saing. Kemahiran insaniah penting untuk membantu para graduan ketika berada di alam pekerjaan kelak. Antara kemahiran yang boleh ditonjolkan ialah pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS). Bagi pelajar Program PKPBG, tahap keberkesanan, cabaran dan keperluan terhadap penerapan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah mungkin sedikit berbeza dengan pelajar lain di peringkat ijazah sarjana muda. Selain mempunyai kelebihan pengalaman dan penglibatan secara langsung dalam perkhidmatan, mereka juga memiliki kelebihan dalam aspek pendidikan dan pengurusan pentadbiran. Oleh yang demikian, kajian ini akan melihat sejauh mana keberkesanan penerapan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah masalah dalam kursus TITAS.

3.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya melibatkan pelajar PKPGB kohort 6 dan 7. Fokus utama kajian ini ialah mengenal pasti keberkesanan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kursus TITAS kepada pelajar PKPBG.

4.0 KAJIAN LEPAS

Secara umumnya, terdapat beberapa kajian berkaitan penerapan Kemahiran insaniah di peringkat IPT di Malaysia, antaranya kajian yang dilakukan oleh Faridah Che Hussain dan Tengku Sarina Aini Tengku Kassin (2008) berkenaan penerapan pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran di IPT. Kajian tersebut mendapati kemahiran penyelesaian masalah sesuai diterapkan dan mampu menjadi benteng yang menyelamatkan seseorang daripada serangan pemikiran, ideologi dan unsur-unsur susila yang negatif. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Ros Aiza Mohd Mokhtar et al.(2009) memberi tumpuan terhadap keberkesanan penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar UMS melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran kursus TITAS, meliputi pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, etika dan moral profesional, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat serta kemahiran kerja berpasukan. Dengan mengambil kira persamaan yang ada, kajian dan perbincangan dalam kertas kerja ini merupakan kajian susulan yang melibatkan skop pelajar yang berbeza.

(3)

3

5.0 METODE KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan data. Data yang diperolehi dianalisis mengunakan pendekatan deskiptif bagi mengenalpasti keberkesanan dan elemen kemahiran yang paling sesuai diterapkan kepada pelajar PKPBG.

6.0 PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH (CTPS)

Pemikiran kritis perlu difahami melalui pelbagai sudut kerana sifatnya yang amat luas dan dalam. Para sarjana sains pemikiran memberi pentakrifan pemikiran kritis berdasarkan pengalaman mereka dan kajian yang dijalankan. Menurut Dewey (1933) pemikiran kritis bermaksud berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) pula menyatakan pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental seperti analisis, sintesis dan penilaian. Manakala Som dan Mohd Dahalan (1999) menjelaskan, pemikiran kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah (Mohd. Azhar Abd.Hamid, 2001:94-96).

Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan kemahiran yang melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan (Kementerian Pengajian Tinggi, 2006:10).

JADUAL 6.1 Tahap Kemahiran CTPS TAHAP KEMAHIRAN KETERANGAN

CTPS1 KIM Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur serta membuat penilaian yang berjustifikasi.

CTPS2 KIM Kebolehan mengembang dan memperbaiki kemahiran berfikir

seperti menjelaskan, menganalisis, dan menilai perbincangan. CTPS3 KIM Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif.

CTPS4 Kebolehan berfikir melangkaui batas.

CTPS5 Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang

(4)

4

7.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 7.1 Maklumat Latar Belakang Responden

Maklumat latar belakang responden secara keseluruhan yang meliputi jantina, tahun pengajian, tempat bertugas, tempoh perkhidmatan, keturunan dan agama ditunjukkan dalam jadual 7.1.

JADUAL 7.1 Maklumat Latar belakang responden

Perkara Perincian Bilangan Peratus

n % Jantina Lelaki 35 63.6

Perempuan 20 36.4

Tahun Pengajian Tahun 2 32 58.2

Tahun 3 23 41.8

Tempat Bertugas Pejabat 12 21.8

Sekolah 43 78.2

Tempoh Berkhidmat 10-19 Tahun 15 27.3

20-29 Tahun 38 69.1 30 Tahun ke atas 2 1.8 Keturunan Melayu 13 23.6 Cina 6 10.9 India 1 1.8 Kadazandusun 11 20.0 Murut 2 3.6 Bajau 6 10.9 Bugis 2 3.6 Lain-lain 14 25.5 Agama Islam 40 72.7 Kristian 12 21.8 Buddha 3 5.5

Jumlah Keseluruhan = 55 Orang

Kajian ini melibatkan seramai 55 orang responden (pelajar PKPGB UMS). Seramai 35 orang (63.6%) adalah lelaki manakala 20 orang (36.4%) adalah wanita. Responden terdiri daripada 32 orang pelajar tahun 2 (58.2%) dan 23 pelajar pelajar tahun 3 (41.8%). Masing-masing adalaah pelajar kohort 6 dan kohort 7. Berdasarkan jadual 3.1, seramai 12 orang respon (21.8%) bertugas di pejabat, manakala 43 orang (78.2%) adalah bertugas di sekolah. Terdapat tiga kumpulan mengikut fasa tempoh bertugas dalam perkhidmatan awan. Kumpulan pertama, seramai 15 orang (27.3%) telah berkhidmat sekitar 10-19 tahun. Kumpulan kedua, seramai 38 orang (69.1%) telah berkhidmat sekitar 20-29 tahun. Manakala kumpulan ketiga, seramai 2 orang (3.6%) telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun. Ini menunjukkan kematangan perkhidmatan kerana majoritinya telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun. Taburan mengikut keturunan

(5)

5 responden mendapati 13 orang (23.6%) berketurunan Melayu, 11 orang (20%) berketurunan Kadazandusun, 6 orang (10.9%) berketurunan Bajau, 6 orang (10.9%) berketurunan Cina, 2 orang (3.6%) berketurunan Murut, 2 orang (3.6%) berketurunan Bugis, manakala 14 orang (25.5%) pula adalah daripada lain-lain keturunan seperti Brunei, Idahan, Sungai dan lain-lain. Taburan mengikut agama menunjukkan 40 orang (72.7%) beragama Islam, 12 orang (21.8%) beragama Kristian dan 3 orang (5.5%) beragama Buddha.

7.2 Analisis Keberkesanan Penerapan Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah dalam kursus TITAS

Bagi mengenal pasti keberkesanan penerapan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kursus TITAS, analisa terhadap kemahiran insaniah yang melibatkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS), etika dan moral profesional (EM), pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat (LL) serta kemahiran kerja berpasukan (TS) dalam pengajaran dan pembelajaran Kursus TITAS bagi pelajar-pelajar PKPGB telah dilaksanakan, teknik analisis deskriptif secara kekerapan digunakan dan ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Berikut merupakan hasil analisis data yang diperolehi.

JADUAL 7.2 Ujian keberkesanan dan kesesuaian penerapan KI dalam TITAS

Tahap

Keberkesanan Min SP % n

Lemah - - 0 0

Sederhana - - 0 0

Baik 3.0 0.00* 100 55

Berdasarkan hasil analisis yang diperolehi, secara keseluruhannya prospek penerapan kemahiran insaniah yang terdiri daripada CTPS, TS, EM dan LL adalah baik. Dalam konteks sistem pendidikan tinggi negara, penerapan KI amat diperlukan bagi melahirkan para graduan berketrampilan dalam misi pembentukan modal insan kelas pertama (Mashitah Sulaiman, 2008: 363). Dalam konteks pelajar PKPGB, melalui hasil analisis yang diperolehi atribut KI yang paling sesuai diterapkan ialah elemen CTPS ini ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Antara elemen yang mempengaruhi dapatan ini ialah sifat pengajian ketamadunan itu sendiri. Pengajian ketamadunan bersifat teoritikal, merentasi perbincangan masa lampau dan dinamik dalam situasi kontemporari (Osman Bakar, 2009: 4-5). Pemahaman terhadap sejarah perlu diaplikasi dalam mendepani permasalahan semasa. Oleh yang demikian ia memerlukan pengembangan kemahiran berfikir secara kritis di samping mengamalkan sikap beretika, berkerjasama secara efektif dan meneroka pelbagai bidang ilmu untuk keperluan semasa.

(6)

6

JADUAL 7.3 Ujian keberkesanan mengikut atribut KI

Jenis Atribut Min SP CTPS 3.00 0.000* EM 1.49 0.504 TS 2.96 0.189 LL 1.490 0.504

Analisis dibuat berdasarkan jawapan responden terhadap soalan yang berkaitan dengan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS). Keberkesanan dirumuskan berdasarkan peratus setuju dan sangat setuju bagi tiap-tiap soalan semasa responden menjawap soalan tersebut. Berikut beberapa contoh respon pelajar terhadap borang soal selidik yang diedarkan;

Soalan 1: Terdapat persamaan antara faktor kemerosotan tamadun lampau dengan pelbagai permasalahan ketamadunan hari ini?

CTPS 1: Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur serta membuat penilaian yang berjustifikasi.

Respon pelajar terhadap soalan 1 (CTPS1 KIM)

Respon Pelajar

Kekerapan

(k)

Peratus (%)

Sangat tidak setuju 1 1.8

Tidak setuju 3 5.5 Tidak pasti 3 5.5 Setuju 36 65.5 Sangat setuju 12 21.8 Jumlah 55 100.0

Dapatan menunjukkan tahap menganalisis masalah dan membuat penilaian yang berjustifilkasi amat tinggi dengan peratus jawapan setuju dan sangat setuju mencecah 87.3 %. Sementara hanya 7.3 % yang memberi jawapan tidak setuju dan sangat tidak setuju dan 5.5% memberikan jawapan tidak pasti dengan fakta di atas. Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan dapatan ini ialah responden yang setuju dan sangat setuju percaya bahawa wujud persamaan diantara faktor kemerosotan tamadun lampau dengan pelbagai permasalahan ketamadunan hari ini sekaligus menunjukkan tahap kemampuan menganalisis masalah dan membuat penilaian yang berjustifikasi amat tinggi. Responden tidak pasti kurang melihat persamaan yang

(7)

7 berlaku, manakala responden yang tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju menolak wujudnya persamaan dalam konteks tersebut.

Soalan 2: Ukuran atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian tamadun semata-mata berdasarkan kemajuan sains dan teknologi masih boleh dipertikai.

CTPS 4: Kebolehan berfikir melangkaui batas.

Respon pelajar terhadap soalan 2 (CTPS 4)

Respon Pelajar

Kekerapan

(k)

Peratus (%)

Sangat tidak setuju 0 0

Tidak setuju 2 3.6

Tidak pasti 6 10.9

Setuju 35 63.6

Sangat setuju 12 21.8

Jumlah 55 100.0

Dapatan menunjukkan tahap kebolehan berfikir melangkaui batas. amat tinggi dengan peratus jawapan setuju dan sangat setuju mencecah 85.4 %. Sementara hanya 3.6 % yang memberi jawapan tidak setuju dan 10.9% memberikan jawapan tidak pasti dengan pernyataan di atas. Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan dapatan ini ialah responden yang setuju dan sangat setuju percaya bahawa ukuran atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian tamadun tidak semata-mata berdasarkan kemajuan sains dan teknologi kerana berpandukan teori ketamadunan perlu wujud keseimbangan diantara kemajuan fizikal dan spritual. Ini menunjukkan tahap kebolehan berfikir melangkaui batas. Responden tidak pasti mungkin merasakan kemajuan dan teknologi boleh digunakn sebagai ukuran pencapaian tamadun. Manakala responden yang tidak bersetuju meletakkan hanya kemajuan sains dan teknologi sebagai penanda aras pencapaian tamadun.

Soalan 3: Hasil interaksi antara tamadun Islam dan tamadun-tamadun Timur suatu masa dahulu adalah lebih positif berbanding interaksi dengan tamadun Barat kerana bebas dari dominasi sesuatu bangsa ke atas bangsa yang lain.

(8)

8

Respon pelajar terhadap soalan 3 (CTPS 5)

Respon Pelajar

Kekerapan

(k)

Peratus (%)

Sangat tidak setuju 0 0

Tidak setuju 1 1.8

Tidak pasti 9 16.4

Setuju 32 58.2

Sangat setuju 13 23.6

Jumlah 55 100.0

Dapatan menunjukkan tahap kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh amat tinggi dengan peratus jawapan setuju dan sangat setuju mencecah 81.8 %. Sementara hanya 1.8 % yang memberi jawapan tidak setuju dan 16.4% memberikan jawapan tidak pasti dengan pernyataan di atas. Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan dapatan ini ialah responden yang setuju dan sangat setuju percaya bahawa hasil interaksi antara tamadun Islam dan tamadun-tamadun Timur suatu masa dahulu adalah lebih positif berbanding interaksi dengan tamadun Barat kerana bebas dari dominasi sesuatu bangsa ke atas bangsa yang lain. Pandangan ini dikaitkan dengan situasi semasa dan bersifat global pada hari ini. Ini menunjukkan responden mampu membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh. Manakala responden yang tidak pasti pula mungkin kurang yakin untuk membuat keputusan berkaitan hubungan antara tamadun. Sementara responden yang tidak bersetuju mungkin menolak wujudnya perbezaan interaksi antara tamadun Islam dan tamadun-tamadun Timur dengan tamadun Barat .

Soalan 4: Manifestasi tamadun Islam dalam melindungi dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta adalah bersifat universal dan amat relevan untuk diketengahkan.

CTPS 3: Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif.

Respon pelajar terhadap soalan 4 (CTPS 3 KIM)

Respon Pelajar

Kekerapan

(k)

Peratus (%)

Sangat tidak setuju 0 0

Tidak setuju 0 0 Tidak pasti 5 9.1 Setuju 27 49.1 Sangat setuju 23 41.8 Jumlah 55 100.0

(9)

9 Dapatan menunjukkan tahap kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif amat tinggi dengan peratus jawapan setuju dan sangat setuju mencecah 90.9 %. Sementara hanya 9.1% memberikan jawapan tidak pasti dengan pernyataan di atas. Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan dapatan ini ialah responden yang setuju dan sangat setuju percaya bahawa manifestasi tamadun Islam dalam melindungi dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta adalah bersifat universal dan amat relevan untuk diketengahkan. Ini menunjukkan bahawa faktor agama dan kepercayaan tidak membataskan penyelesaian alternatif yang bersifat universal. Manakala responden yang tidak pasti pula mungkin kurang yakin untuk memilih penyelesaian alternatif yang dinyatakan dalam pernyataan tersebut.

Soalan 5: Sistem Tulisan dalam tamadun Cina merupakan warisan yang perlu dipelihara kerana ia adalah simbol penyatuan seluruh bangsa Cina.

CTPS 2: Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.

Respon pelajar terhadap soalan 5 (CTPS 2 KIM)

Respon Pelajar

Kekerapan

(k)

Peratus (%)

Sangat tidak setuju 0 0

Tidak setuju 0 0

Tidak pasti 7 12.7

Setuju 28 50.9

Sangat setuju 20 36.4

Jumlah 55 100.0

Dapatan menunjukkan tahap kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan adalah amat tinggi dengan peratus jawapan setuju dan sangat setuju mencecah 87.3 %. Hanya 12.7 % yang memberi jawapan tidak pasti dengan fakta di atas. Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan dapatan ini ialah responden yang setuju dan sangat setuju mampu menganalisa, menilai dan menerangkan kepentingan sistem tulisan dalam tamadun Cina sebagai simbol penyatuan dan perpaduan bangsa. Ini menunjukkan bahawa faktor agama, kepercayaan dan latar belakang budaya tidak membataskan penerimaan dan pengembangan idea-idea yang baik. Manakala responden yang tidak pasti pula mungkin kurang yakin idea yang diketengahkan dalam pernyataan tersebut.

(10)

10

8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, elemen kemahiran insaniah mempunyai tahap keberkesanan dan paling sesuai diterapkan dalam kalangan pelajar program PKPGB bagi kursus TITAS ialah pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Malah berdasarkan analisis dan respon daripada pelajar PKPGB menunjukkan tahap keberkesanan kemahiran CTPS yang amat tinggi. Ini berkemungkinan dipengaruhi oleh sifat teoritikal dan dinamik dalam pengajian ilmu ketamadunan disamping pengaruh latar belakang responden. Semoga dapatan kajian ini akan menyumbang untuk penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam menerapkan Kemahiran insaniah.

BIBLIOGRAFI

Azhar Hj. Mad Aros (et.al.). 2004 ,TITAS 1 & 2. Shah Alam: Fajar Bakti.

Faridah Che Hussain & Tengku Sarina Aini Tengku Kassin. 2008. Pembentukan Akhlak Mulia Mahasiswa Melalui Penerapan Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah: Suatu Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran di IPT. Prosiding Seminar Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS). Jld.1. hlm.133-141.

Kementerian Pengajian Tinggi. 2006. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mashitah Sulaiman, 2008. Penerapan Kemahiran Kerja Berpasukan dam Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Hubungan Etnik: Tinjauan Awal dan Pengalaman USIM. Prosiding Seminar Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS). Jld.1. hlm. 363-376).

Mohd. Azhar Abd.Hamid. 2001. Pengenalan Pemikiran Kritis & Kreatif. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Mohd. Azhar Abd.Hamid, 2001:94-96

Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad (pnyt.), 2009. Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ros Aiza Mohd Mokhtar (et al.) 2009. Kemahiran Insaniah Dalam Pembelajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia: Perspektif Pelajar Universiti Malaysia Sabah. Sabah: Penerbitan UMS

Ros Aiza Mohd Mokhtar (et al). 2011. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Siri IPT. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Referensi

Dokumen terkait