PENGGUNAAN MODEL UTAUT DALAM MENGENAL PASTI KESEDIAAN DAN PENERIMAAN PELAJAR JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI,
POLITEKNIK SEBERANG PERAI TERHADAP MOBILE LEARNING (M-LEARNING) Muna Ishak
Abstrak
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini telah membawa perubahan kepada peningkatan penggunaan teknologi khususnya dalam bidang pendidikan. M-Learning adalah satu pendekatan pembelajaran yang menggabungkan penguasaan pengetahuan dengan menggunakan teknologi mudah alih. Dengan menggunakan M-Learning, pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa memerlukan lokasi dan masa yang ditetapkan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji tahap kesediaan dan penerimaan pelajar Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK) Politeknik Seberang Perai terhadap M-Learning. Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) digunakan bagi mengkaji penerimaan pelajar terhadap M-Learning. Seramai 240 orang pelajar terlibat dalam kajian kuantitif ini. Soal selidik secara atas talian digunakan sebagai instrumen kajian manakala analisis kajian dijalankan secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan pelajar JTMK terhadap M-Learning adalah tinggi. Selain itu, dapatan juga menunjukkan pemboleh ubah UTAUT seperti jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan mempengaruhi penerimaan M-Learning dalam kalangan pelajar.
Kata kunci: ICT, m-learning, teknologi mudah alih
Abstract
The development of information and communication technology (ICT) nowadays has reshaped the field of education. M-Learning is a learning approach that combines knowledge with the use of mobile technology. Using M-Learning, learning can happen anywhere and at any time without the need for specific location and time. The aim of this study was to assess the level of readiness and the factors influencing acceptance of Mobile Learning among students from Department of Information Technology and Communication (JTMK), Seberang Perai Polytechnic. Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) was used to view the factors that influenced the acceptance of M-Learning. A total of 240 students participated in this quantitative study. On-line questionnaire was used as a research instrument. Descriptive analysis was carried out by using SPSS version 23.0. The findings show that the level of readiness among JTMK students of M-Learning was high. In addition, the findings also showed variables in UTAUT such as performance expectancy, effort expectancy, social influence and facilitating condition influenced the acceptance of M-Learning among students.
PENGENALAN
Selaras dengan kemajuan dalam bidang rangkaian khususnya dalam teknologi wayarles, dunia pendidikan telah meneroka dimensi pembelajaran dengan memperkenalkan pembelajaran mudah alih atau Mobile Learning (M-Learning) yang semakin mendapat tempat kerana cirinya yang lebih fleksibel tanpa terikat dengan ruang dan masa (Brown, 2005 ; Aliff & Mohd Isa, 2013). Perkembangan dalam teknologi wayarles telah mendorong perubahan dalam penyampaian pengetahuan, seterusnya menjadi satu keperluan untuk membuat lonjakan dalam pendidikan bagi menyesuaikan proses pembelajaran dengan keupayaan serta pengalaman generasi digital masa kini (Samsiah & Azidah, 2013). Ia merupakan kesinambungan E-Learning yang menyokong pembelajaran fleksibel dan mudah alih. M-Learning menyokong pembelajaran kendiri (self learning) dengan penggunaan peranti mudah alih sebagai alat pembelajaran (Wagner, 2005). Menurut Clark (2008), M-Learning merujuk kepada sebarang aktiviti yang membolehkan individu menjadi lebih produktif apabila menggunakan, berinteraksi dengan, atau mencipta maklumat melalui peranti mudah alih digital yang mempunyai sambungan Internet yang dipercayai dan muat di dalam poket atau beg tangan. Pembelajaran M-Learning telah memudahkan perkongsian nota dan informasi melalui adanya peranti mudah alih seperti telefon pintar dan PDA. M-Learning sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia namun ia memerlukan perubahan paradigma bagi merealisasikannya (Syed Ardi & Zaidatun, 2008) dan ia semakin mendapat perhatian kerana ia menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan memudahkan pembelajaran di mana sahaja (Muyinda, Mugisa & Lynch, 2007). Kajian yang dilakukan oleh Al-Hunaiyyan, A.Alhajri dan Al-Sharhan pada 2016 pula menunjukkan kebanyakan pelajar dan pensyarah di Kuwait bersetuju bahawa M-Learning adalah alat pembelajaran yang menarik kerana ia membenarkan kebebasan untuk belajar tanpa mengira tempat dan masa. Teknologi dan peralatan mudah alih seperti PDA, telefon mudah alih, komputer riba beserta capaian Internet adalah satu seni yang menarik bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran di samping ia membantu orang ramai untuk mendapatkan maklumat hanya dari peranti poket mereka (Isham, Rozhan, Azidah & Munirah, 2010).
Sementara itu, dalam laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia 2016 mendapati peratusan individu di Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas yang menggunakan Internet pada 2015 adalah 71.1% iaitu meningkat sebanyak 14.1% berbanding pada tahun 2013. Laporan tersebut juga mendapati, peratusan individu yang memiliki telefon mudah alih meningkat pada tahun 2015 iaitu sebanyak 97.4% berbanding 94.2% pada tahun 2013. Peratusan individu yang menggunakan Internet sekurang-kurangnya sekali dalam sehari juga meningkat sebanyak 26.3% iaitu daripada 60.3% pada tahun 2013 kepada 86.6% pada tahun 2015. Manakala lokasi utama penggunaan Internet pada tahun 2015 adalah di rumah (75.0%), dalam mobiliti atau semasa bergerak (72.2%) dan di tempat kerja (41.5%). Ini menunjukkan perkembangan dan peningkatan yang pesat berkaitan teknologi mudah alih dalam kalangan rakyat Malaysia dan ianya berpotensi untuk digunakan terutama dalam bidang pendidikan.
PENYATAAN MASALAH
Peningkatan penggunaan teknologi dan peranti mudah alih khususnya dalam bidang pendidikan perlulah diberi perhatian yang sewajarnya. Penggunaan peranti mudah alih dapat meningkatkan penglibatan pelajar yang kemungkinan hilang minat dalam pembelajaran (Hashemi, Azizinezhad, Najafi & Nesari, 2011). Tambahan pula, pembangunan aplikasi mudah alih di negara ini mahupun di seluruh dunia mempunyai potensi dan ruang lingkup yang amat luas untuk diterokai (Tan, 2015). Namun begitu, masih tidak banyak penyelidikan yang dijalankan bagi mengenal pasti tahap kesediaan dan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan M-Learning dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi khususnya dalam konteks Politeknik. Menurut Abu-Al-Aish (2013) tahap kesediaan dan penerimaan pelajar perlu di ambil kira bagi memastikan keberkesanan penggunaan M-Learning dalam pembelajaran. Sebagaimana teknologi pengajaran yang lain, kejayaan atau kegagalan implementasi M-Learning turut bergantung kepada faktor manusia itu sendiri (Ismail, Azizan & Gunasegaran, 2016). Kesediaan pelajar terhadap teknologi M-Learning adalah sangat penting untuk dikaji sebagai langkah permulaan untuk mengimplementasikannya dalam pengajian tinggi (Cheon at al., 2012). Oleh yang demikian, kajian perlu
dilakukan bagi melihat tahap kesediaan dan faktor yang mempengaruhi penerimaan M-Learning dalam kalangan pelajar.
Oleh yang demikian, berdasarkan laporan-laporan tersebut, perlu dijalankan kajian bagi mengenal pasti kesediaan dan faktor penerimaan pelajar menggunakan teknologi dan peranti mudah alih serta kemudahan capaian Internet dalam proses pembelajaran.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar terhadap pembelajaran mudah alih iaitu M-Learning. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada empat konstruk dalam model UTAUT iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap M-Learning.
SOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang dibentuk berdasarkan objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap kesediaan M-Learning dalam kalangan pelajar JTMK berdasarkan faktor jantina, umur, program dan semester?
2. Adakah jangkaan prestasi mempengaruhi penerimaan pelajar JTMK terhadap M-Learning? 3. Adakah jangkaan usaha mempengaruhi penerimaan pelajar JTMK terhadap M-Learning? 4. Adakah pengaruh sosial mempengaruhi penerimaan pelajar JTMK terhadap M-Learning? 5. Adakah keadaan kemudahan mempengaruhi penerimaan pelajar JTMK terhadap M-Learning?
KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini adalah bagi mengenal pasti tahap kesediaan dan faktor penerimaan pelajar terhadap M-Learning sebagai suatu teknologi pengajaran yang dapat digunakan dalam membantu pembelajaran. Daripada dapatan kajian ini, tahap kesediaan dan faktor penerimaan pelajar terhadap M-Learning dapat diketahui. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat menambah kefahaman mengenai teori, konsep dan faktor penerimaan M-Learning dalam kalangan pelajar. Ianya juga dapat dijadikan rujukan khususnya kepada pakar pendidikan dalam menjadikan M-Learning satu kaedah pembelajaran yang berkesan, selaras dengan perkembangan teknologi ICT masa kini.
Di samping itu, pengetahuan mengenai tahap kesediaan dan faktor yang mempengaruhi penerimaan pelajar dapat membantu pensyarah mengenal pasti dan seterusnya menggunakan sepenuhnya sumber berkaitan teknologi mudah alih yang dimiliki oleh pelajar untuk memaksimakan proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, kajian ini penting kepada pengkaji sebagai panduan sekiranya ingin mengembangkan kajian ini pada masa hadapan.
SOROTAN KAJIAN
M-Learning mempunyai banyak kebaikan dalam pendidikan, oleh itu adalah menjadi satu keperluan untuk memahami kesediaan pelajar terhadapnya sebelum diimplementasikan sepenuhnya di institusi pengajian tinggi. Ahmad Sobri, Wan Fatimah dan Rohiza (2010) dalam kajian yang melibatkan pelajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) mendapati, majoriti pelajar menggunakan telefon pintar yang boleh menyokong M-Learning. Dapatan kajian turut mendapati kebanyakan pelajar bersetuju bahawa M-Learning memberikan kebebasan dalam aktiviti pembelajaran, menyediakan cara belajar yang lebih efektif, mengurangkan masa capaian untuk mendapatkan maklumat, membantu dalam membuat ulangkaji, menghapuskan formaliti dalam sistem pendidikan semasa serta menggalakkan amalan belajar secara berkumpulan.
Supyan, Radzi, Zaini dan Pramela (2012) telah menjalankan kajian untuk menentukan kesediaan M-Learning dalam kalangan pelajar institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Dalam kajian tersebut kesediaan pelajar terhadap M-Learning dikaji dari aspek kemahiran dan pengalaman, psikologi dan kewangan. Dapatan kajian mendapati pelajar yang mempunyai latar belakang perkomputeran dan komunikasi sangat mengalu-alukan penggunaan M-Learning dalam pembelajaran. Namun hampir separuh pelajar menyatakan mereka belum bersedia dari aspek kewangan untuk M-Learning tetapi namun bersedia menerima M-Learning dalam jangka masa dua tahun akan datang. Dari aspek psikologi pula, kebanyakan pelajar bersetuju bahawa M-Learning memudahkan pembelajaran mereka.
Sementara itu, kajian oleh Ahmad Abu-Al-Aish (2013) pula menggunakan Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi penerimaan M-Learning dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Keputusan kajian mendapati jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh pensyarah, kualiti perkhidmatan mudah alih dan keinginan diri sendiri merupakan faktor yang mempengaruhi penggunaan M-Learning, selain pengalaman menggunakan peranti mudah alih yang turut menjadi faktor kepada penggunaan M-Learning. Sebagai tambahan, kajian oleh Iqbal dan Qureshi (2012) yang juga menggunakan UTAUT mendapati pengaruh sosial mempunyai kesan negatif ke atas penggunaan M-Learning. Kajian Chaka & Govender (2017) menyimpulkan bahawa pelajar di kolej-kolej pendidikan di Nigeria mempunyai persepsi yang positif terhadap M-Learning dan bersedia untuk menerimanya. Gikas dan Grant, (2013) pula mengkaji persepsi pelajar menggunakan peranti mudah alih dalam pembelajaran dan peranan yang dimainkan oleh media sosial. Begitu juga dengan kajian Al-Hunaiyyan, A. Alhajri dan Al-Sharhan (2016) dalam kajian di Kuwait menunjukkan pelajar dan pengajar mempunyai persepsi yang positif terhadap Learning dan bersetuju bahawa M-Learning merupakan alat yang menarik dan memberi kebebasan dalam pembelajaran.
UNIFIED THEORY OF ACCEPTANCE AND USE OF TECHNOLOGY (UTAUT)
UTAUT adalah hasil integrasi dan perbandingan dengan elemen-elemen dalam lapan teori berlainan yang berkaitan dengan penerimaan teknologi termasuklah TAM (Abu-Al-Aish, 2013). Model ini terdiri daripada empat konstruk yang berfungsi sebagai penentu kepada niat tingkah laku pengguna teknologi maklumat iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan. Jangkaan prestasi adalah tahap di mana seseorang individu percaya bahawa penggunaan teknologi dapat meningkatkan prestasi dan ini juga dilihat sebagai manfaat daripada penggunaan teknologi. Jangkaan usaha pula bermaksud sejauh mana teknologi itu mudah untuk digunakan, manakala pengaruh sosial pula adalah sejauh mana individu menganggap bahawa penting orang lain percaya dia perlu menggunakan teknologi baru. Sementara itu keadaan kemudahan pula merujuk kepada persepsi pengguna terhadap sumber dan sokongan yang boleh diperolehi untuk menggunakan teknologi baru tersebut. Selain empat konstruk tersebut, terdapat pemboleh ubah yang lain berperanan sebagai moderator iaitu jantina, umur, pengalaman dan penggunaan secara sukarela turut mempengaruhi penerimaan teknologi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
METODOLOGI
Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai kesediaan dan penerimaan pelajar terhadap M-Learning. Soal selidik kajian terdiri daripada soalan yang menggunakan skala Likert lima peringkat bagi menilai kesediaan dan faktor yang mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap M-Learning. Borang soal selidik dibangunkan dan diedarkan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Form. Pautan ke aplikasi Google Form dimuat naik ke aplikasi WhatsApp Group Penasihat Akademik untuk disebarkan kepada pelajar kelas masing-masing. Sebelum soal selidik diedarkan, kesahan dan kebolehpercayaan setiap item perlulah diuji agar item yang dibina adalah sah iaitu dapat mengukur perkara yang hendak diukur serta boleh dipercayai iaitu mempunyai konsistensi dalaman (internal consistency) perkara yang diukur. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0 digunakan untuk menganalisis konsistensi dalaman instrumen yang digunakan. Nilai Cronbach’s Alpha digunakan untuk mengukur konsistensi dalaman antara item yang membentuk konstruk. Menurut Sekaran (2003), nilai Cronbach’s Alpha bagi item yang kurang daripada .60 adalah dianggap rendah dan tidak boleh diterima, sementara nilai Cronbach’s Alpha antara .60 hingga .80 adalah diterima, manakala nilai Cronbach’s Alpha yang melebihi .80 pula adalah dianggap baik.
DAPATAN KAJIAN PROFIL RESPONDEN
Kajian ini melibatkan pelajar JTMK Politeknik Seberang Perai, yang terdiri daripada pelajar semester satu hingga semester enam. Berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan (1970), daripada jumlah keseluruhan populasi yang berjumlah 636 orang, saiz sampel yang sesuai adalah 240 orang. Profil responden memaparkan maklumat jantina, program dan semester. Jadual 1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina. Responden terdiri daripada 109 atau 45.4% pelajar lelaki dan selebihnya iaitu 131 atau 54.6% adalah pelajar perempuan.
Jadual 1: Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bil Kekerapan Peratusan (%) Lelaki 109 45.4 Perempuan 131 54.6 Jumlah 240 100.0
Jadual 2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut program. Pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) adalah responden yang paling ramai iaitu 147 (61.3%). Sementara itu, responden yang terdiri daripada pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) adalah hampir sama dengan pelajar Diploma Teknologi Digital iaitu masing-masing 46 orang (19.2%) dan 47 orang (19.6%).
Jadual 2: Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Program Diploma
Program Bil Kekerapan Peratusan
(%) Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) 46 19.2
Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) 147 61.3
Diploma Teknologi Digital 47 19.6
Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut semester. Jumlah responden yang paling tinggi adalah pelajar semester tiga iaitu seramai 52 orang (21.7%). Responden kedua tertinggi adalah pelajar semester empat iaitu seramai 49 orang (20.4%) dan diikuti oleh pelajar semester enam iaitu 41 orang (17.1%). Bilangan pelajar semester dua pula adalah seramai 37 orang (15.4%), pelajar semester satu adalah seramai 30 orang (12.5%) dan pelajar semester lima adalah 31 orang (12.9%).
Jadual 3: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut semester.
Semester Bil Kekerapan Peratusan (%)
Satu 30 12.5 Dua 37 15.4 Tiga 52 21.7 Empat 49 20.4 Lima 31 12.9 Enam 41 17.1 Jumlah 240 100.0
Jadual 4 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut umur. Kebanyakan responden adalah berumur 19 tahun iaitu seramai 88 orang atau 36.7%, diikuti dengan responden berumur 21 tahun iaitu seramai 70 orang (29.2%). Manakala responden yang berumur 20 tahun adalah seramai 55 orang (22.9%) dan yang berumur 22 tahun adalah seramai 13 orang (5.4%). Sementara itu, hanya seorang atau .40% responden yang berumur 18 tahun. Bilangan responden yang berumur 23 dan 24 tahun masing-masing adalah 6 orang (2.5%) dan 7 orang (2.9%).
Jadual 4: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut umur.
Umur Bil Kekerapan Peratusan
(%) 18 1 .40 19 88 36.7 20 55 22.9 21 70 29.2 22 13 5.4 23 6 2.5 24 7 2.9 Jumlah 240 100.0
KESEDIAAN PELAJAR TERHADAP M-LEARNING
Secara keseluruhan, tahap kesediaan pelajar terhadap M-Learning berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.62 (Sanger et al., 2007). Merujuk Jadual 5, semua item yang dikaji menunjukkan nilai min antara 3.42 sehingga 4.00. Item yang mencatatkan min yang tertinggi adalah item ketiga iaitu pelajar percaya M-learning boleh meningkatkan produktiviti dan fleksibiliti dalam pembelajaran dengan nilai min sebanyak 4.00 dan sisihan piawai sebanyak .84. Min kedua tertinggi adalah min item keempat iaitu 3.89, di mana pelajar percaya M-Learning menjadikan proses pembelajaran lebih mudah dan lebih menyeronokkan. Manakala item yang mencatatkan nilai min terendah adalah item kesepuluh iaitu pelajar percaya bahawa perlaksanaan M-learning bukanlah suatu proses yang rumit dan sukar dengan nilai min sebanyak 3.05 dan sisihan piawai sebanyak 1.03.
Jadual 5: Min dan Sisihan Piawai Untuk Setiap Item Kesediaan Pelajar
Item Min SP
1. Saya rasa saya mampu menggunakan aplikasi teknologi
mudah alih aktiviti dalam pembelajaran. 3.57 1.10
2. Saya perlukan latihan memahami bagaimana untuk
menggunakan aplikasi mudah alih yang baru. 3.47 1.03
3. Saya percaya teknologi mudah alih akan meningkatkan
produktiviti dan fleksibiliti dalam pembelajaran. 4.00 .84 4. Saya percaya M-Learning akan menjadikan proses
pembelajaran lebih mudah dan lebih menyeronokkan. 3.89 .90 5. Saya yakin akan mendapat markah yang lebih baik dengan
menggunakan M-Learning. 3.70 .87
6. Saya percaya bahawa melaksanakan M-Learning akan
meningkatkan interaksi antara pensyarah dan pelajar. 3.52 1.01 7. Belajar untuk menggunakan aplikasi mudah alih adalah mudah
bagi saya. 3.87 .84
8. Penggunaan M-Learning membolehkan saya untuk belajar
sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. 3.42 1.02 9. Saya percaya M-Learning dapat meningkatkan mutu
pembelajaran saya. 3.71 .81
10. Saya percaya bahawa perlaksanaan M-Learning bukanlah
suatu proses yang rumit dan sukar. 3.05 1.03
Purata 3.61 .57
PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP M-LEARNING.
Penerimaan pelajar terhadap M-Learning boleh dibahagikan kepada empat pemboleh ubah seperti mana yang dicadangkan oleh Ventakesh et al. (2003) dalam model UTAUT, iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, dan keadaan kemudahan.
Berdasarkan Jadual 6, dapat dinyatakan bahawa secara keseluruhan pemboleh ubah jangkaan prestasi berada pada tahap tinggi iaitu 3.56 (Sanger et al., 2007). Item kedua iaitu M-Learning adalah idea yang baik dalam membantu pembelajaran memcatatkan nilai min tertinggi sebanyak 3.76 dengan nilai sisihan piawai .80.
Jadual 6: Min dan Sisihan Piawai Untuk Setiap Item Jangkaan Prestasi
Item Min SP
1. Saya dapati penggunaan M-Learning sangat berguna dalam pembelajaran.
3.80 .78
2. M-Learning adalah idea yang baik dalam membantu pembelajaran saya.
3.76 .80
3. M-Learning membantu meningkatkan kolaborasi dengan rakan-rakan
3.68 .89
4. M-Learning tidak meningkatkan prestasi saya dalam pembelajaran
5. Saya menjadi lebih produktif dengan M-Learning 3.65 .85 6. Saya yakin akan dapat melakukan tugasan dengan lebih baik
apabila menggunakan M-Learning
3.66 .88
Purata 3.56 .58
Berdasarkan Jadual 7 dapat dinyatakan bahawa secara keseluruhan min bagi pemboleh ubah jangkaan usaha berada pada tahap tinggi iaitu 3.75 (Sanger et al., 2007). Item kesebelas iaitu saya boleh memuat turun (download) nota atau bahan pembelajaran menggunakan telefon mudah alih memcatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.09 dengan sisihan piawai .79. Manakala item ketujuh iaitu saya percaya M-Learning adalah fleksibel dan mudah digunakan mencatatkan nilai min terendah iaitu 2.84 dengan sisihan piawai 1.08.
Jadual 7: Min dan Sisihan Piawai Untuk Setiap Item Jangkaan Usaha
Item Min SP
7. Saya percaya M-Learning adalah fleksibel dan mudah digunakan.
3.82 .84
8. Interaksi saya dengan sistem M-Learning adalah jelas dan difahami.
3.71 .85
9. Mudah bagi saya untuk menjadi mahir dalam M-Learning. 3.80 .81 10. Penggunaan M-Learning dalam proses pembelajaran tidak
membebankan saya.
3.65 .87
11. Saya boleh memuat turun (download) nota atau bahan pembelajaran menggunakan telefon mudah alih.
4.09 .79
Purata 3.81 .65
Jadual 8 pula menunjukkan bahawa secara keseluruhan pemboleh ubah pengaruh sosial berada pada tahap tinggi iaitu 3.67 (Sanger et al., 2007). Item 15 iaitu saya akan menggunakan M-Learning sekiranya dicadangkan oleh pensyarah mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 3.83 dengan sisihan piawai .80. Manakala item 13 iaitu saya mendapat dorongan daripada rakan-rakan untuk menggunakan M-Learning mencatatkan nilai min terendah iaitu 3.60 dengan sisihan piawai .91.
Jadual 8: Min dan Sisihan Piawai Untuk Setiap Item Pengaruh Sosial
Item Min SP
12. Saya mendapat dorongan daripada rakan-rakan untuk menggunakan M-Learning.
3.60 .91
13. Saya mendapat dorongan daripada pensyarah untuk menggunakan M-Learning.
3.64 .87
14. Rakan-rakan saya juga menggunakan M-Learning 3.61 .85
15. Saya akan menggunakan M-Learning sekiranya dicadangkan oleh pensyarah
3.83 .80
Purata 3.67 .70
Sementara itu, berdasarkan Jadual 9 dapat dinyatakan bahawa secara keseluruhan pemboleh ubah kemudahan kemudahan adalah berada dalam lingkungan tinggi iaitu melebihi 4.00 (Sanger et al., 2007).
Item yang mencatat nilai min tertinggi adalah item 20 iaitu M-Learning sepatutnya mudah digunakan dengan nilai min sebanyak 4.26 dan sisihan piawai .68. Manakala item 17 adalah item yang mencatatkan min terendah iaitu 4.06 dengan nilai sisihan piawai .71.
Jadual 9: Min dan Sisihan Piawai Untuk Setiap Item Keadaan Kemudahan
Item Min SP
16. Adalah penting untuk M-Learning memberi fokus kepada kelajuan melayari internet dan capaian maklumat.
4.10 .74
17. Adalah penting untuk menyediakan persekitaran M-Learning yang selamat digunakan.
4.06 .72
18. Adalah mudah mendapatkan bantuan teknikal apabila menghadapi masalah dalam menggunakan M-Learning.
4.11 .72
19. Perkhidmatan M-Learning perlulah sentiasa dikemaskini. 4.24 .69
20. M-Learning sepatutnya mudah digunakan. 4.26 .68
Purata 4.15 .58
PERBINCANGAN
Tahap kesediaan pelajar menggambarkan keadaan dalaman individu dalam menerima sesuatu pengalaman baru. Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 240 orang pelajar dapat dinyatakan bahawa secara puratanya, kesediaan pelajar JTMK terhadap M-Learning berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.61. Dapatan ini adalah seiring dengan dapatan kajian Jazihan, Ahmad Fauzi & Wong (2012); Nurulhuda, Norfadzliah & Yatim (2017) dan Chaka & Govender (2017). Majoriti pelajar masa kini mempunyai telefon pintar yang mempunyai kemajuan teknologi dan didapati sentiasa mencapai Internet sama ada semasa berada di dalam atau di luar kampus. Oleh yang demikian, pengkaji melihat terdapat peluang yang baik untuk mengimplemetasikan M-Learning di peringkat pengajian tinggi. Hal ini seiring dengan kajian oleh Oyelere, Suhonen & Sutinen (2016) dan Foti & Mendez (2014).
Selain itu,pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah generasi digital natives iaitu individu yang lahir atau dibesarkan semasa zaman teknologi digital. Komputer dan Internet bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka, di mana kebanyakan mereka telah didedahkan dengan teknologi tersebut sejak dari kecil lagi. Seiring dengan dapatan kajian Supyan et al. (2012) yang menyatakan pelajar yang mempunyai latar belakang perkomputeran dan komunikasi sangat mengalu-alukan penggunaan Learning dalam pembelajaran. Kajian turut menunjukkan kebanyakan pelajar bersetuju bahawa M-Learning akan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan fleksibel. M-M-Learning seharusnya dapat menjimatkan masa pelajar dan memudahkan proses pembelajaran berlaku tanpa mengira lokasi. Tambahan pula, M-Learning dapat meningkatkan komunikasi antara pelajar dan pensyarah, di samping menyokong pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran kendiri. Kajian ini tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kesediaan M-Learning dari segi umur dan jantina. Hal ini adalah disebabkan pelajar lelaki dan perempuan masa kini menerima pendidikan akademik yang setara dan berada pada tahap kognitif yang sama.
Berdasarkan dapatan kajian didapati jangkaan prestasi mempunyai hubungan positif yang kuat dengan niat tingkah laku penerimaan M-Learning. Dapatan ini selaras dengan beberapa kajian lain seperti Abu Al-Aish (2013) dan Ayman Bassam (2013). Penggunaan M-Learning dapat meningkatkan perkongsian maklumat antara pelajar. Peranti mudah alih membolehkan pelajar memuat turun nota dan bahan-bahan pembelajaran tanpa mengira tempat dan masa. Dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dapat meningkatkan penglibatan pelajar dan kepelbagaian dalam aktiviti pembelajaran. Pembangunan aplikasi mudah alih yang menggabungkan elemen-elemen multimedia seperti audio, video
dan interaktiviti mampu menarik minat pelajar dan seterusnya meningkatkan prestasi dan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Dapatan kajian mempunyai persamaan dengan hasil dapatan oleh Crescente dan Lee (2011) yang menyatakan M-Learning menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran kendiri. Pelajar berpeluang untuk membina ilmu pengetahuan mereka sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. Penggunaan M-Learning dapat meningkatkan produktiviti dan penghasilan tugasan yang lebih baik. Hal ini turut disokong dalam kajian Samsiah & Azidah (2012). Dalam kajian Chong, Ooi dan Lin (2011) menunjukkan pelajar yang tinggi jangkaan prestasinya lebih cenderung untuk menerima M-Learning, kerana mereka percaya M-Learning dapat memberi manfaat dalam pembelajaran. Begitu juga dengan kajian oleh Attuquayefio & Addo (2014) yang menyatakan jangkaan prestasi adalah peramal terkuat terhadap niat tingkah laku penerimaan M-Learning.
Kajian menunjukkan skor min bagi item-item jangkaan usaha berada pada tahap tinggi iaitu antara 3.65 hingga 4.09. Dapatan yang serupa turut dilihat dalam kajian oleh Abu Al-Aish (2013) iaitu min faktor jangkaan usaha berada pada tahap yang tinggi. Kajian Liu, Li dan Carlsson (2010) juga menunjukkan jangkaan usaha mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap M-Learning. Pelajar didapati memahami interaksi antara sistem mudah alih dan kebanyakan boleh melakukan aktiviti asas seperti melayari internet dan memuat turun nota. Pelajar juga boleh menjawab kuiz, menghantar tugasan dan berbincang secara atas talian mengikut kesesuaian masa mereka. Oleh yang demikian, dapat dibuktikan bahawa jangkaan usaha merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan M-Learning. Selain itu, aspek yang penting dalam perlaksanaan M-Learning adalah keupayaan capaian Internet yang pantas dan boleh dipercayai. Kelemahan capaian Internet boleh menjadi faktor penghalang kepada penerimaan M-Learning dalam kalangan pelajar. Selain itu, kemudahan perkakasan dan perisian juga sangat penting untuk diberi perhatian. Pelajar bersetuju bahawa untuk menerima dan menggunakan M-Learning aspek teknikal perlu diberi perhatian yang khusus. Dapatan yang serupa turut dilihat dalam kajian oleh Iqbal & Qureshi (2012). Pelajar juga merasakan adalah penting untuk mempunyai persekitaran M-Learning yang selamat digunakan. Bantuan teknikal dan sokongan perisian yang sesuai juga penting sebagai faktor untuk menerima penggunaan M-Learning dalam pembelajaran.
Mengikut komponen pengaruh sosial dalam model UTAUT (Ventakesh et al., 2003), pelajar akan cenderung untuk menggunakan M-Learning untuk tujuan pembelajaran jika dia merasakan bahawa entiti-entiti penting seperti jabatan, pensyarah dan rakan menggalakkan mereka menggunakan peranti itu. Melalui kajian ini, dapat dibuktikan bahawa pengaruh sosial memberikan kesan terhadap penerimaan M-Learning dalam kalangan pelajar di JTMK. Pensyarah merupakan satu entiti yang sangat berpengaruh kepada pelajar. Sekiranya pensyarah menggalakkan penggunaan M-Learning maka secara tidak langsung pelajar akan menggunakannya dan menerimanya sebagai satu kaedah pembelajaran. Namun, jika pensyarah tidak gemar atau menolak kaedah M-Learning ini, maka sudah tentu mereka tidak akan menggalakkan pelajar untuk menggunakannya dan seterusnya teknologi ini akan diabaikan. Di antara keempat-empat faktor ini, didapati faktor keadaan kemudahan menunjukkan min purata yang tertinggi dan seterusnya menjadikannya faktor terpenting dalam mempengaruhi penerimaan M-Learning dalam kalangan pelajar JTMK Politeknik Seberang Perai.
KESIMPULAN
M-Learning mempunyai potensi untuk menjadi kaedah pembelajaran yang boleh diintegrasikan dengan kaedah tradisional. Hal ini dipengaruhi oleh peningkatan dan perkembangan pesat teknologi mudah alih di seluruh dunia. M-Learning sesuai dipraktikkan di Malaysia, seiring dengan usaha kerajaan menyediakan inisiatif memperkasakan capaian Internet dan infrastruktur telekomunikasi untuk merealisasikan sekurang-kurangnya 95% rakyat Malaysia mempunyai akses internet (Laporan Tahunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, 2015). Kos peranti mudah alih yang masih dalam lingkungan mampu milik menjadikannya sebagai peranti yang harus dimiliki terutamanya oleh golongan muda. Peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet bukan sahaja menjadi satu kehendak, malah telah menjadi keperluan dalam kehidupan masa kini. Selain itu, M-Learning adalah satu kaedah pembelajaran yang sangat fleksibel. Ini merupakan kelebihan M-Learning yang paling ketara berbanding dengan kaedah pembelajaran yang lain di samping kelebihan lain seperti mnggalakkan pembelajaran kendiri (self
learning) dan pembelajaran berpusatkan pelajar (student centered learning) tanpa terlalu bergantung kepada tenaga pengajar. M-Learning juga memberikan peluang capaian secara berterusan kepada bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan.
Secara keseluruhannya, M-Learning boleh dilaksanakan di Malaysia kerana kebanyakan rakyat Malaysia memiliki peranti mudah alih dan kemudahan capaian Internet. Penggunaan M-Learning secara tidak langsung memberi pilihan kepada pelajar dan pendidik dalam memilih kaedah pembelajaran serta boleh dijadikan sebagai penambahbaikan dalam proses pendidikan di Malaysia.
RUJUKAN
Abu-Al-Aish, A., & Love, S. (2013). Factors influencing students’ acceptance of M-learning: an investigation in higher education. The International Review of Research in Open and Distributed Learning, 14(5).
Abu-Al-Aish, A. (2014). Toward Mobile Learning Deployment In Higher Education. PhD Thesis, Brunel University, London.
Ahmad Sobri Hashim, A. S., Ahmad, W. F. B. W., & Ahmad, R. B. (2010). Mobile learning implementation: students’ perceptions in UTP. World Academy of Science, Engineering and Technology, 4, 2-25.
Al-Hunaiyyan, A.Alhajri, Al-Sharhan (2016).Perception and challenges of mobile learning in Kuawait. Journal of King Saud University-Computer and Information Sciences. Al-Rahmi, Waleed Mugahed, Mohd Shahizan Othman, and Lizawati Mi Yusuf. The Effectiveness of Using E-Learning in Malaysian Higher Education: A Case Study Universiti Teknologi Malaysia. Mediterranean Journal of Social Sciences 6, no. 5 (2015): 625.
Alwraikat, M. A. (2017). Smartphones as a New Paradigm in Higher Education Overcoming
Obstacles. International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM), 11(4), 114-135. Alwraikat, M., & Al Tokhaim, H. (2014). Exploring the Potential of Mobile Learning Use Among
Faculty Members. International Journal of Interactive Mobile Technologies, 8(3).
Arkorful V & Abaidoo N, 2014. The role of e-learning, the advantages and disadvantages of its adoption in Higher Education. International Journal of Education and Research Vol. 2 No. 12.
Asabere, N. Y. (2013). Benefits and challenges of mobile learning implementation: Story of developing nations. International Journal of Computer Applications, 73(1). Attuquayefio, S., & Addo, H. (2014). Review of studies with UTAUT as conceptual framework. European Scientific Journal, ESJ, 10(8).
Brown, T. 2005. Towards a model for m-Learning in Africa. International Journal on ELearning, 4 (3): 299-315.
Chong, J. L., Chong, A. Y. L., Ooi, K. B., & Lin, B. (2011). An empirical analysis of the adoption of M-learning in Malaysia. International Journal of Mobile Communications, 9(1), 1-18.
Clark N. Quinn (2008). M-Learning: An Introduction to Mobile Learning. Dicapai pada 15 Mac 2017 daripada https://quinnovation.com/MobileDevic es.pdf Conditions of Learning (Robert Gagne). (n.d.). Dicapai 20 April 2017, daripadahttp://www.instructionaldesign.org/the
Cohen, V.L. (2001). Learning Styles in a Ninth- Grade High School Population. Journal of research on Computing in Education, 33, (4), p.355.
Dasar E-Pembelajaran Negara (Depan) Untuk Institusi Pengajian Tinggi dicapai pada 20 April 2017 daripada https://meipta.files.wordpress.com/201 1/06/dasar-e-pendidikan-negara.pdf
Fauzi Hussin, Jamal Ali, Mohd Saifoul Zamzuri Noor (2014). Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS. Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Foti, M. K., & Mendez, J. (2014). Mobile learning: How students use mobile devices to support learning. Journal of Literacy and Technology, 15(3), 58-78.
Gikas, J., & Grant, M. M. (2013). Mobile computing devices in higher education: Student perspectives on learning with cellphones, smartphones & social media. The Internet and Higher Education, 19, 18-26.
Hadjiathanasiou, P. (2009). The E-Learning Readiness of Cyprus primary teachers ahead of Dias system integration into Cyprus schools. European Journal of Open, Distance and e-learning, 12(1). Hamdan, A., & Rosseni Din, S. Z. A. M. (2013). Penerimaan m-Pembelajaran dalam Sistem Pendidikan
di Malaysia melalui The Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT): Satu Analisis Literatur. In 1st International Conference on Mobil Learning, Applications, and
Services (mobilcase2012) (Vol. 1, No. 2, pp. 93- 97).
Hashemi, M., Azizinezhad, M., Najafi, V., & Nesari, A. J. (2011). What is mobile learning? Challenges and capabilities. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 30, 2477-2481.
Hussin, S., Manap, M. R., Amir, Z., & Krish, P. (2012). Mobile learning readiness among Malaysian students at higher learning institutes. Asian Social Science, 8(12), 276.
Ismail, I., Idrus, R. M., Ziden, A. A., & Rosli, M. (2010). Adoption of mobile learning among distance education students in Universiti Sains Malaysia. International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM), 4(2), 24-28.
Iqbal, S., & Qureshi, I. A. (2012). M-learning adoption: A perspective from a developing country. The International Review of Research in Open and Distributed Learning, 13(3), 147- 164.
Jazihan Mahat, Ahmad Fauzi Ayub & Wong Luan Su. (2012). An assessment of students’ mobile self-efficacy, readiness and personal innovativeness towards mobile learning in higher education in Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 64, 284-290.
John W. Creswell (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative & Mixed Methods Approaches (4th ed.). United States of America: Sage Publications Inc.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile teaching and learning. Mobile learning-a handbook for educators and trainers, 25-44.
Liu, Y., Han, S., & Li, H. (2010). Understanding the factors driving m‐learning adoption: a literature review. Campus-Wide Information Systems,27(4), 210-226.
doi:10.1108/10650741011073761
Liu, Y., Li, H., & Carlsson, C. (2010). Factors driving the adoption of m-learning: An empirical study. Computers & Education,55(3), 1211-1219. doi:10.1016/j.compedu.2010.05.018
Marc Rosenberg (2001). E-Learning: Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age, The McGraw Hill Companies, Inc, P.O. Box 182604, Columbus, OH 43272, USA ISBN 0-07-136268-1, 344 pp
Muyinda, P. B., Mugisa, E., & Lynch, K. (2007). M-learning: the educational use of mobile communication devices. Strengthening the Role of ICT in Development, 72.
Naismith, L., Lonsdale, P., Vavoula, G. N., & Sharples, M. (2004). Mobile technologies and learning. Naji Shukri Alzaza & Abdul Razak Yaakub (2012). Proposed Research Model for Students’ Accpetance
of M-Learning services among Malaysian Higher Education. Knowledge Management International Conference (KMICe) 2012.
Nawi, A., & Hamzah, M. I. (2013). Tahap penerimaan penggunaan telefon bimbit sebagai
M-pembelajaran dalam Pendidikan Islam. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 5(1), 1-10.
Norliza A.Rahim (2013) Penggunaan mobile learning (m-learning) untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Oyelere, S. S., Suhonen, J., & Sutinen, E. (2016). M-Learning: A new paradigm of learning ICT in
Nigeria. iJIM, 10(1), 35-44.
O'Malley, C., Vavoula, G., Glew, J. P., Taylor, J., Sharples, et al. (2005). Guidelines for learning/teaching/tutoring in a mobile environment.
Raja Maznah Raja Hussin.(2004). E-Learning in Higher Education Institutions in Malaysia. University of Malaya, Kuala Lumpur.
Rakyat Malaysia Habiskan Lebih Tiga Jam Bersama Telefon Pintar. (21 Januari 2016). Dicapai 10 Februari 2017, daripadahttp://www.mstar.com.my/berita/berita
semasa/2016/01/21/rakyat-malaysia-habis-3-jam-telefon-pintar/
Rashidah Rahamat, Parilah M. Shah, Rosseni Din, Juhaida Abd Aziz (2017). Students’readiness And Perceptions Towards Using Mobile Technologies For Learning The English Language Literature Component. The English Teacher, 16.
Rossing, J. P., Miller, W. M., Cecil, A. K., & Stamper, S. E. (2012). iLearning:The future of higher education? Student perceptions on learning with mobile tablets. Journal of the
Scholarship of Teaching and Learning, 12(2), 1-26.
Samsiah Bidin & Azidah Ziden (2013). Adoption and application of mobile learning in the education industry. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 90, 720-729.
Sanger, D., Spilker, A. Williams, N. & Belau, D. 2007. Opinions of female juvenile delinquents on communication, learning and violence. Journal of Correctional Education 58(1): 69-92
Sarrab, M., Shibli, I. A., & Badursha, N. (2016). An Empirical Study of Factors Driving the Adoption of Mobile Learning in Omani Higher Education. The International Review of Research in Open and
Distributed Learning,17(4). doi:10.19173/irrodl.v17i4.2614
Soh, Pea Ling (2012) Students' readiness and perceptions towards mobile learning and their acceptance in adopting mobile learning platform as learning tool and communication tool. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) (2015). Laporan Tahunan 2015. Dicapai pada10 Februari 2017
daripadahttps://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/MCMC-Annual-Report-2015.pdf
Syed Ardi Syed Kamal & Zaidaton Tusir (2008). Pembelajaran Masa Depan Mobile Learning (M-Learning) di Malaysia. Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah (pp. 25-27). Tsvetozar Georgiev, Evgenia Georgieva, Angel Smrikarov (2004). M-Learning - a New Stage of
E-Learning, International Conference on Computer Systems and Technologies - CompSysTech-2004
Uma Sekaran (2003). Research method for business: A skill building approach (4th ed.), New York: John Wiley & Sons.
Venkatesh V, Morris MG, Davis GB & Davis FD 2003. User acceptance of information technology: Toward a unified view. MIS Quarterly, 27(3):425–478.
Wagner, E. D. 2005. Enabling mobile learning. Educause Review, 40(3): 40-53.
Walliman, N. (2011). Your research project: Designing and planning your work. Sage Publications. Zazalena Zakariah, Nursyahidah Alias, Mohd Norafizal Aziz & Nor Zalina Ismail, (2012). E-Learning
Awareness in a Higher Learning Institution in Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 67, 621-625.