Panduan pengguna
Panduan pengguna
Bahasa Malaysia Topeng muka penuh
1 2
3 4
5
7 6
Pemasangan
ii
1 2
Penanggalan Penyesuaian
1 2
3
Menyahpasang
iv
1 2
Pemasangan semula
Membersihkan bolong
Bahasa Malaysia 1 BAHASA MALAYSIA
Topeng muka penuh
Terima kasih kerana memilih AirFit F20. Dokumen ini memberikan arahan pengguna untuk topeng AirFit F20 dan AirFit F20 for Her yang dirujuk secara kolektif sebagai AirFit F20 dalam manual ini.
Menggunakan panduan ini
Sila baca keseluruhan panduan sebelum digunakan. Apabila mengikuti arahan, rujuk kepada imej-imej di bahagian depan panduan.
Tujuan penggunaan
AirFit F20 adalah aksesori tidak invasif yang digunakan untuk menyalurkan aliran udara (dengan atau tanpa oksigen tambahan) kepada pesakit dari peranti tekanan saluran udara positif (PAP) seperti sistem tekanan saluran udara positif secara berterusan (CPAP) atau dua tahap.
AirFit F20 adalah:
• untuk digunakan oleh pesakit yang mempunyai berat badan lebih daripada 30 kg yang mana terapi tekanan saluran udara positif telah dipreskripsikan
• bertujuan untuk penggunaan semula bagi seorang pesakit dalam persekitaran rumah dan penggunaan semula pelbagai pesakit dalam persekitaran hospital/institusi.
AMARAN
Magnet digunakan dalam tali alat di kepala bahagian bawah dan bingkai AirFit F20. Pastikan alat di kepala dan bingkai disimpan sekurang-kurangnya 50 mm dari mana-mana implan perubatan aktif (contohnya, perentak jantung atau defibrilator) untuk mengelakkan kesan yang mungkin dari medan magnet setempat. Kekuatan medan magnet adalah kurang daripada 400 mT.
2
Kontrapenunjukan
Penggunaan topeng dengan komponen magnet adalah kontrapenunjukan pada pesakit dengan keadaan yang sedia ada berikut:
• klip hemostatik logam yang diimplan dalam kepala anda untuk memperbaiki aneurisme
• serpihan logam dalam satu atau kedua-dua mata berikutan kecederaan di dalam mata.
AMARAN AM
• Topeng mesti digunakan di bawah pengawasan orang yang berkelayakan bagi pengguna yang tidak dapat menanggalkan topeng sendiri. Topeng ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang cenderung mendapat aspirasi.
• Topeng mesti dipasang dengan siku yang dibekalkan
(mengandungi pemasangan injap dan bolong) untuk memastikan penggunaan yang selamat dan berfungsi melainkan dinyatakan sebaliknya. Jangan gunakan topeng jika pemasangan injap atau bolong rosak atau tiada.
• Pemasangan siku, injap dan bolong mempunyai fungsi
keselamatan tertentu. Topeng tidak boleh dipakai jika injap rosak kerana ia tidak akan dapat melaksanakan fungsi keselamatannya.
Siku perlu diganti jika injap rosak, terganggu atau koyak. Lubang bolong dan injap mesti dipastikan tidak tersumbat.
• Topeng hanya boleh digunakan dengan peranti CPAP atau dua tahap yang disarankan oleh doktor atau ahli terapi pernafasan.
• Jangan menghubungkan produk PVC fleksibel (contohnya, tiub PVC) terus ke mana-mana bahagian topeng. PVC fleksibel mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan bahan-bahan topeng, dan boleh menyebabkan komponen untuk retak atau pecah.
• Topeng tidak boleh digunakan melainkan jika peranti dihidupkan.
Setelah topeng dipasang, pastikan peranti mengalirkan udara.
Penerangan: Peranti CPAP dan dua tahap bertujuan untuk digunakan dengan topeng khas (atau penyambung) yang mempunyai bolong untuk membolehkan aliran udara berterusan daripada topeng. Apabila peranti dihidupkan dan berfungsi dengan baik, udara baharu dari peranti menyingkirkan udara hembusan melalui lubang topeng. Apabila peranti dimatikan,
Bahasa Malaysia 3 injap topeng terbuka kepada atmosfera yang membolehkan udara segar disedut. Walau bagaimanapun, tahap udara hembusan yang lebih tinggi mungkin disedut semula apabila peranti dimatikan. Ini terpakai kepada kebanyakan topeng muka penuh untuk digunakan dengan peranti CPAP dan dua tahap.
• Ikuti semua langkah berjaga-jaga apabila menggunakan oksigen tambahan.
• Aliran oksigen mesti dimatikan apabila CPAP atau peranti dwi tahap tidak beroperasi, supaya oksigen yang tidak digunakan tidak berkumpul dalam ruang peranti dan mewujudkan risiko kebakaran.
• Oksigen menyokong pembakaran. Oksigen tidak boleh digunakan semasa merokok atau dengan kehadiran api terbuka. Gunakan oksigen hanya dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik.
• Pada kadar tetap aliran oksigen tambahan, kepekatan oksigen yang disedut berbeza-beza, bergantung kepada tetapan tekanan, corak pernafasan pesakit, topeng, titik pemasangan dan kadar kebocoran. Amaran ini terpakai kepada kebanyakan jenis peranti CPAP atau dua tahap.
• Spesifikasi teknikal topeng disediakan untuk pakar klinikal anda bagi memastikan ia serasi dengan peranti CPAP atau dua tahap.
Jika digunakan di luar spesifikasi atau jika digunakan dengan peranti yang tidak serasi, kedap dan keselesaan topeng mungkin tidak berkesan, terapi optimum tidak boleh dicapai, dan kebocoran, atau perubahan dalam kadar kebocoran, boleh menjejaskan fungsi peranti CPAP atau dua tahap.
• Berhenti menggunakan topeng ini jika anda mempunyai SEBARANG tindak balas negatif terhadap penggunaan topeng, dan berunding dengan doktor anda atau ahli terapi tidur.
• Menggunakan topeng boleh menyebabkan sakit di bahagian gigi, gusi atau rahang atau memburukkan lagi keadaan gigi yang sedia ada. Jika gejala berlaku, dapatkan nasihat doktor atau doktor gigi anda.
• Baris F20 topeng muka penuh CPAP tidak bertujuan untuk digunakan serentak dengan ubat nebulizer yang ada dalam laluan udara topeng/tiub.
• Sama seperti semua topeng, beberapa penyedutan semula udara mungkin berlaku pada tekanan CPAP yang rendah.
4
• Rujuk kepada manual peranti CPAP atau dua tahap anda untuk butiran mengenai tetapan dan maklumat operasi.
• Buang semua pembungkusan sebelum menggunakan topeng.
Menggunakan topeng anda
Apabila menggunakan topeng anda dengan peranti ResMed CPAP atau dua tahap yang mempunyai pilihan tetapan topeng, rujuk kepada bahagian Spesifikasi Teknikal dalam panduan pengguna ini untuk tetapan yang betul.
Bagi senarai penuh peranti yang serasi untuk topeng ini, lihat Senarai Keserasian Topeng/Peranti di www.resmed.com/downloads/masks. Jika anda tidak mempunyai akses internet, sila hubungi wakil ResMed anda.
Gunakan penyambung kon standard jika bacaan tekanan dan/atau oksigen tambahan diperlukan.
Pemasangan
1. Pulas dan tarik kedua-dua klip magnet jauh dari bingkai.
2. Pastikan logo ResMed pada alat di kepala menghadap ke luar dan tegak. Dengan kedua-dua tali alat di kepala bahagian bawah dilepaskan, pegang topeng pada muka anda dan tarik alat di kepala melepasi kepala anda.
3. Bawa tali bahagian bawah ke bawah telinga anda, dan lekatkan klip magnet pada bingkai.
4. Buka tab pengancing di tali alat di kepala bahagian atas. Tarik tali sama rata sehingga topeng stabil dan pada kedudukan seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi. Pasangkan semula tab pengancing.
5. Buka tab pengancing di tali alat di kepala bahagian bawah. Tarik tali sama rata sehingga topeng stabil dan berada dengan selesa pada dagu. Pasangkan semula tab pengancing.
6. Sambungkan tiub peranti udara kepada siku. Pasang siku kepada topeng dengan tekan butang sisi dan menolak siku ke dalam topeng, memastikan ia klik pada kedua-dua sisi.
7. Topeng dan alat di kepala anda harus diletakkan seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
Bahasa Malaysia 5
Penyesuaian
Jika perlu, sesuaikan sedikit kedudukan topeng bagi pemasangan yang paling selesa. Pastikan kusyen tidak berkedut dan alat di kepala tidak berpintal.
1. Hidupkan peranti anda supaya ia mengalirkan udara.
Petua penyesuaian:
Dengan tekanan udara digunakan, tarik topeng dari muka anda bagi membolehkan kusyen mengembung dan diletakkan semula pada muka anda.
Bagi mengatasi sebarang kebocoran di bahagian atas topeng, sesuaikan tali alat di kepala bahagian atas. Bagi bahagian bawah, sesuaikan tali alat di kepala bahagian bawah.
Sesuaikan hanya secukupnya untuk kedap yang selesa. Jangan terlalu ketat kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Penanggalan
1. Pulas dan tarik kedua-dua klip magnet jauh dari bingkai.
2. Tarik topeng dari muka dan belakang kepala anda.
Menyahpasang
Jika topeng disambungkan ke peranti anda, cabut tiub udara peranti dari siku.
1. Buka tab pengancing di tali alat di kepala bahagian atas. Tarik tali keluar dari bingkai.
Petua: Pastikan klip magnet melekat pada tali alat di kepala bahagian bawah supaya mudah membezakan tali bahagian atas dan bawah apabila dipasang semula.
2. Keluarkan siku dari topeng dengan menekan butang sisi dan menarik siku keluar.
3. Pegang sisi bingkai di antara lengan atas dan bawah. Tarik kusyen keluar dari bingkai perlahan-lahan.
6
Pemasangan semula
1. Pasang kusyen pada bingkai dengan menjajarkan bukaan bulat dan menolaknya bersama sehingga dipegang.
2. Dengan logo ResMed pada alat di kepala menghadap ke luar dan tegak, sisipkan tali alat di kepala bahagian atas ke dalam slot bingkai dari dalam. Lipatkannya supaya ketat.
Membersihkan topeng anda di rumah
Cuci dengan tangan topeng dan alat di kepala anda dengan perlahan-lahan menggosoknya dalam air suam (kira-kira 30°C) menggunakan cecair pencuci yang lembut. Bilas semua komponen dengan baik di bawah air yang mengalir dan biarkan ia kering jauh dari cahaya matahari.
AMARAN
• Sebagai sebahagian daripada penjagaan kebersihan yang baik, sentiasa ikuti arahan pembersihan dan gunakan cecair pencuci yang lembut. Sesetengah produk pembersihan boleh merosakkan topeng, sesetengah bahagian dan fungsinya, atau meninggalkan wap sisa berbahaya yang boleh dihidu jika tidak dibilas dengan betul.
• Bersihkan topeng anda dan komponennya selalu untuk mengekalkan kualiti topeng anda dan bagi menghalang pertumbuhan kuman yang boleh menjejaskan kesihatan anda.
AWAS
Kriteria visual untuk pemeriksaan produk: Jika sebarang kemerosotan komponen sistem kelihatan (kerekahan, perubahan warna, koyak dan sebagainya), komponen tersebut perlu dibuang dan diganti.
Bahasa Malaysia 7 Selepas setiap penggunaan/Setiap hari:
1. Menyahpasang topeng mengikut arahan menyahpasang.
2. Bilas bingkai, siku dan kusyen di bawah air yang mengalir. Bersihkan dengan berus lembut sehingga kotoran dikeluarkan.
3. Rendam komponen dalam air suam dengan cecair pencuci yang lembut sehingga sepuluh minit.
4. Goncang komponen di dalam air.
5. Gosok bahagian siku yang bergerak dan sekitar lubang bolong.
6. Gosok bahagian bingkai di mana lengan bersambung dan di dalam serta di luar bingkai di mana siku bersambung.
7. Bilas komponen di bawah air yang mengalir.
8. Biarkan komponen kering jauh dari cahaya matahari. Pastikan untuk memerah lengan bingkai bagi memastikan air yang berlebihan dikeluarkan.
Setiap minggu:
1. Menyahpasang topeng. Magnet boleh dibiarkan melekat pada alat di kepala semasa pembersihan.
2. Cuci dengan tangan alat di kepala dalam air suam dengan cecair pencuci yang lembut.
3. Bilas alat di kepala di bawah air yang mengalir. Periksa bagi
memastikan alat di kepala adalah bersih dan tanpa bahan pencuci. Cuci dan bilas lagi, jika perlu.
4. Perah alat di kepala untuk membuang air yang berlebihan.
5. Biarkan alat di kepala kering jauh dari cahaya matahari.
Pemprosesan semula topeng apabila digunakan oleh pesakit lain
Memproses semula topeng apabila digunakan oleh pesakit lain. Arahan pembersihan, pembasmian kuman dan pensterilan boleh didapati di www.resmed.com/downloads/masks. Jika anda tidak mempunyai akses internet, sila hubungi wakil ResMed anda.
8
Penyelesaian masalah
Masalah/punca penyebab Penyelesaian Topeng tidak selesa.
Tali alat di kepala terlalu ketat. Membran kusyen direka untuk mengembung pada wajah anda bagi memberikan kedap yang selesa dengan ketegangan alat di kepala yang rendah. Sesuaikan tali sama rata.
Pastikan tali alat di kepala tidak terlalu ketat dan kusyen tidak berkedut.
Topeng mungkin mempunyai saiz yang
salah. Berbincang dengan pakar klinikal anda bagi membolehkan saiz muka anda dibandingkan dengan templat pemasangan AirFit F20. Sila ambil perhatian bahawa pensaizan merentasi topeng yang berbeza tidak semestinya sama.
Topeng terlalu bising.
Siku dipasang secara tidak betul atau pemasangan sistem topeng yang tidak betul.
Keluarkan siku dari topeng anda, kemudian pasang semula mengikut arahan. Pastikan topeng dipasang dengan betul mengikut arahan.
Bolong kotor. Gunakan berus berbulu lembut untuk membersihkan bolong.
Kebocoran topeng di sekeliling muka.
Selaput kusyen berkedut. Topeng diletakkan atau disesuaikan secara tidak betul.
Pasang semula topeng anda mengikut arahan.
Pastikan anda meletakkan kusyen dengan betul pada muka anda sebelum menarik alat di kepala melepasi kepala anda. Jangan gelongsorkan topeng ke muka anda semasa pemasangan kerana ini boleh menyebabkan kusyen berkedut.
Topeng mungkin mempunyai saiz yang
salah. Berbincang dengan pakar klinikal anda bagi membolehkan saiz muka anda dibandingkan dengan templat pemasangan. Sila ambil perhatian bahawa pensaizan merentasi topeng yang berbeza tidak semestinya sama.
Bahasa Malaysia 9
Spesifikasi teknikal
Lengkung aliran tekanan Topeng ini mengandungi pembolongan pasif untuk melindungi daripada penyedutan semula udara.
Hasil daripada variasi pembuatan, kadar aliran bolong mungkin berbeza.
Tekanan (sm H2O) Aliran
(L/min)
3 19
8 32
10 37
12 41
16 48
20 54
24 60
28 66
30 69
32 72
36 77
40 82
Maklumat ruang
mati Ruang mati fizikal adalah isipadu kosong topeng ke penghujung pemutar ayun. Menggunakan kusyen besar iaitu 240 mL.
Tekanan terapi 3 hingga 40 sm H2O Rintangan
dengan Injap Anti Asfiksia (AAV) ditutup kepada atmosfera
Penurunan tekanan diukur (nominal) pada 50 L/min: 0.2 sm H2O pada 100 L/min: 0.6 sm H2O
Rintangan inspiratori dan ekspiratori dengan Injap Anti-Asfiksia (AAV) ditutup kepada atmosfera
Inspiratori pada 50 L/min: 0.6 sm H2O Luput pada 50 L/min: 0.7 sm H2O
10 Injap Anti- Asfiksia (AAV) dibuka kepada tekanan atmosfera
≤3 sm H2O
Injap Anti- Asfiksia (AAV) ditutup kepada tekanan atmosfera
≤3 sm H2O
Keadaan
persekitaran Suhu operasi: 5°C hingga 40°C
Kelembapan operasi: 15% hingga 95% tidak terpeluwap Suhu penyimpanan dan pengangkutan: -20°C hingga +60°C Kelembapan penyimpanan dan pengangkutan: sehingga 95% tidak terpeluwap
Bunyi NILAI PELEPASAN BUNYI BISING BILANGAN DUAAN DILAPORKAN menurut ISO 4871. Tahap kuasa bunyi berpemberat-A bagi topeng adalah 30 dBA, dengan ketidaktentuan sebanyak 3 dBA. Tahap tekanan bunyi berpemberat-A bagi topeng pada jarak 1 m adalah 23 dBA, dengan ketidaktentuan sebanyak 3 dBA.
Ukuran kasar Topeng dipasang sepenuhnya dengan pemasangan siku (tiada alat di kepala)
154 mm (H) x 159 mm (W) x 147 mm (D) Suruhanjaya
Antarabangsa Perlindungan Sinaran Tidak Mengion (ICNIRP)
Magnet yang digunakan dalam topeng ini berada dalam garis panduan ICNIRP untuk kegunaan orang awam.
Bahasa Malaysia 11 Jangka hayat
perkhidmatan Jangka hayat perkhidmatan sistem topeng AirFit F20 bergantung kepada keamatan penggunaan, penyelenggaraan, dan keadaan persekitaran di mana topeng digunakan atau disimpan. Oleh kerana sistem topeng ini dan komponennya berbentuk modular, adalah disarankan supaya pengguna menjaga dan memeriksanya selalu, dan menggantikan sistem topeng atau komponen lain jika difikirkan perlu atau menurut 'kriteria visual untuk pemeriksaan produk' dalam bahagian 'Membersihkan topeng anda di rumah' panduan ini. Rujuk kepada bahagian 'Komponen Topeng' panduan ini bagi maklumat bagaimana untuk memesan alat ganti.
Pilihan tetapan
topeng Bagi AirSense, AirCurve atau S9: Pilih 'Muka Penuh'.
Bagi peranti lain: Pilih 'MIR FULL' (jika ada), jika tidak pilih 'FULL FACE' sebagai pilihan topeng.
Nota:
• Produk ini tidak dibuat dengan PVC atau ftalat seperti DEHP, DBP atau BBP.
• Produk ini tidak dibuat menggunakan lateks getah asli.
• Pengilang berhak untuk menukar spesifikasi ini tanpa notis.
Penyimpanan
Pastikan topeng benar-benar bersih dan kering sebelum menyimpannya untuk masa yang lama. Simpan topeng di tempat yang kering jauh dari cahaya matahari.
Pelupusan
Topeng ini tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya dan boleh dilupuskan dengan sampah isi rumah biasa anda.
12
Simbol
Simbol berikut mungkin kelihatan pada produk atau pembungkusan anda:
Nombor katalog Kod kelompok
Had kelembapan Had suhu
Mudah pecah, kendalikan
dengan berhati-hati Tidak dibuat menggunakan lateks getah asli
Pengilang Wakil Sah Eropah
Jauhkan daripada hujan Ini di atas
Topeng muka penuh Tetapan peranti - Muka Penuh
Saiz - kecil Saiz - sederhana
Saiz - besar
Menunjukkan Amaran atau Awas dan memaklumkan anda jika terdapat kemungkinan kecederaan atau menjelaskan langkah-langkah khas untuk penggunaan peranti secara selamat dan berkesan
Awas, rujuk dokumen yang disertakan
Bahasa Malaysia 13
Waranti Pengguna
ResMed mengakui semua hak-hak pengguna yang diberikan di bawah Arahan EU 1999/44/EG dan undang-undang negara masing-masing dalam EU untuk produk yang dijual dalam Kesatuan Eropah.
Komponen topeng
AirFit F20 AirFit F20 for Her
A Siku 63476 63476
1 Injap (AAV) 2 Bolong 3 Butang sisi 4 Pemutar ayun
B Bingkai 63465 63466
C Kusyen 63467 (S)
63468 (M) 63469 (L)
63467 (S) 63468 (M) 63469 (L)
D Alat de kepala 63470 (S)
63471 (Std) 63472 (L)
63473
5 Kilp magnet 63475 63475
6 Tali alat di kepala bahagian bawah 7 Tali alat di kepala bahagian atas A+B+C
Sistem bingkai 63460 (S)
63461 (M) 63462 (L)
63463 (S) 63464 (M)
A+B+C+D
Sistem lengkap 63420 (S)
63421 (M) 63422 (L)
63423 (S) 63424 (M)
S: Kecil M: Sederhana L: Besar Std: Standard
ResMed.com
638061 ResMed Ltd
1 Elizabeth Macarthur Drive Bella Vista NSW 2153 Australia
Diedarkan oleh
ResMed Corp 9001 Spectrum Center Boulevard San Diego CA 92123 USA ResMed (UK) Ltd 96 Jubilee Ave Milton Park Abingdon Oxfordshire OX14 4RW UK
Lihat ResMed.com untuk pelbagai lokasi ResMed yang lain di seluruh dunia. AirFit, AirSense dan AirCurve adalah cap dagangan dan/atau cap dagangan berdaftar kumpulan syarikat ResMed. Untuk maklumat harta intelek dan paten yang lain, lihat www.resmed.com/ip. © 2017 ResMed Ltd 638061/1 2017-01
A B C
D
3
5 6 7
2 1
4