• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDEMIK COVID-19: CABARAN DAN MASA DEPAN DAKWAH ORANG ASLI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDEMIK COVID-19: CABARAN DAN MASA DEPAN DAKWAH ORANG ASLI"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

818

PANDEMIK COVID-19: CABARAN DAN MASA DEPAN DAKWAH ORANG ASLI Abd Hakim Mohadi & Ros Aiza Mohd Mokhtarii

i (Corresponding author). Pensyarah, Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,

Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]

ii Pensyarah, Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam

Malaysia. [email protected]

Abstrak

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kesinambungan dakwah khususnya dalam kalangan Orang Asli adalah suatu yang mustahak. Hal ini bagi menjamin Islam sebagai agama dan cara hidup akan terus dihayati dan diamalkan sepanjang masa. Lazimnya dakwah yang dijalankan adalah bersifat konvensional iaitu guru yang mengajar menjalankan aktiviti pengajaran dengan bersemuka secara fizikal. Selain itu, para pendakwah juga sering mengadakan program kenduri sekampung bagi memberi ruang kepada mereka untuk saling mengenali dengan lebih dekat lagi. Namun demikian kita telah diuji dengan kehadiran wabak Covid-19 pada awal tahun 2020 dan masalah ini menjadi semakin serius bermula pada Mac 2020 hingga sekarang. Kaedah penyampaian dakwah yang lazim digunakan tidak dapat diteruskan. Kita diminta untuk mengurangkan pertemuan secara fizikal, perlu penjarakkan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka. Makalah ini akan membincangkan masalah yang dihadapi oleh pendakwah yang bertugas di kawasan Orang Asli serta masa depan dakwah pada masa akan datang. Data yang dikutip adalah hasil kajian secara pemerhatian ikut serta, dan temu bual informan penting di Kampung Orang Asli Sg. Lui, Jempol, Negeri Sembilan. Diharap, makalah ini dapat memberikan gambaran tentang situasi dakwah Orang Asli di era pandemik COVID-19 yang belum pernah kita alami sebelum ini.

Kata kunci: COVID-19, Orang Asli, Dakwah, Islam, Malaysia.

PENGENALAN

Kita semua sedia maklum bahawa dunia hari ini sedang menghadapi cabaran yang begitu hebat akibat penularan pandemik COVID-19. Ketika kertas kerja ini ditulis seramai 36,041,783 orang yang dijangkiti virus ini, manakala 1,054,604 telah pun meninggal dunia kerananya. Di Malaysia sahaja seramai 13,504 orang yang dijangkiti, dan menyebabkan 141 kematian (https://www.worldmeters.info). Dunia mengalami kesan yang amat dahsyat sama ada dari segi ekonomi mahu pun sosial. Kehidupan manusia mengalami perubahan yang amat drastik. Kita tidak lagi bebas bergerak, bahkan sebahagian daripada kita terkurung di kediaman masing-masing. Kita terpaksa

(2)

819

melakukan penjarakan fizial sebagai satu langkah untuk memutuskan rantaian COVID-19. Sekolah, universiti, pejabat, kompleks membeli-belah, restoran bahkan rumah ibadah pernah diarahkan tutup dan tidak beroperasi seperti biasa (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020).

ORANG ASLI SUNGAI LUI

Di Semenanjung Malaysia, masyarakat Orang Asli terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Negrito/ Semang, Senoi, Malayu Proto. Kumpulan Negrito terdiri daripada enam sub-suku kaum iaitu Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq. Kumpulan Senoi pula terdiri daripada enam sub- suku kaum iaitu Temiar, Semai, Semaq Beri, Jahut, Mahmeri dan Che Wong. Manakala kumpulan Melayu Proto pula terdiri daripada Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai dan Temuan.

Masyarakat Orang Asli di Sungai Lui, Jempul adalah terdiri daripada suku kaum Semelai. Suku kaum ini tinggal di Pahang Tengah (Tasik Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak) dan sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan (Sungai Lui dan Ulu Muar). Kehidupan mereka sederhana dan bergantung kepada hasil pertanian seperti getah dan koko untuk menyara kehidupan seharian. Di samping itu, mereka juga memburu di hutan untuk mendapatkan sumber protien tambahan. Haiwan yang biasa diburu ialah ayam hutan dan landak. Dari segi sistem kepercayaan, kebanyakan mereka berpegang kepada kepercayaan animisme yang diwarisi turun temurun dari nenek-moyang. Sebahagian kecil daripada mereka menganut agama Islam iaitu sekitar 10 keluarga.

DAKWAH DI KAMPUNG SUNGAI LUI

Antara aspek penting dalam dakwah ialah metodologi atau kaedah penyampaian. Metodologi adalah suatu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam melakukan sesuatu kegiatan atau aktiviti (Kamus DBP). Ia juga dikenali sebagai manhaj dalam Bahasa Arab. Matodologi dakwah boleh dijelaskan sebagai suatu cara bagaimana dakwah disampaikan oleh para guru dan pendakwah kepada masyarakat atau audience yang menjadi sasaran mereka. Antara elemen yang terkandung dalam metodologi ini termasuklah elemen teknologi yang digunakan. Pemilihan metodologi dakwah sangat penting kerana ia adalah faktor penentu sesuatu mesej itu dapat disampaikan dan difahami. Ia perlu disesuaikan dengan keperluan dan kesediaan kedua-dua belah pihak terlibat iaitu pihak yang menyampaikan ilmu dan yang

(3)

820

menerima ilmu. Mesej dan ilmu yang baik tidak akan dapat dimanfaatkan sekiranya ia tidak sampai kepada penerimanya. Lazimnya para guru dan pendakwah di kawasan Orang Asli menggunakan cara face to face dalam kelas dan aktiviti dakwah.

Menurut perkongsian pengalaman pendakwah di kawasan Orang Asli, antara bentuk program atau metod yang dilakukan ialah menerusi penganjuran aktiviti bersama masyarakat. Misalannya program kenduri sekampung, sukaneka, pertandingan sukan dan program yang bersifat kemasyarakatan. Selain itu terdapat juga program yang berbentuk ceramah agama dan kelas agama untuk mengajar mereka hal berkaitan amal ibadah (Ab. Aziz Mohd Zin & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2006).

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, dakwah di sini disampaikan menggunakan kaedah bersemuka. JAKIM telah menempatkan seorang Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu tentang Islam termasuklah hal-hal berkaitan ibadah, kerohanian, dan kebajikan masyarakat Orang Asli Islam di sini. PMOA telah diberi Latihan dan pendedahan secara teori dan praktikal di lapangan tentang cara untuk mengenal pasti sesuatu masalah yang terdapat di perkampungan Orang Asli (KOA), seterusnya membuat laporan kepada pihak atasan di JAKIM

(http://www.islam.gov.my/berita-semasa/15-bahagian-dakwah/2042-penggerak-masyarakat-orang-asli-diberi-kemahiran-jati-diri). Ustaz Anis ialah PMOA di sini. Beliau diberikan gaji bulanan dan tempat tinggal yang asas bersebelahan dengan surau. Kedua bangunan ini terletak dalam kawasan yang sama dan berpagar.

SEMBAHYANG JEMAAH DI SURAU

Antara aktiviti di surau ialah bersembahyang berjemaah pada setiap waktu sembahyang. Namun demikian tidak ramai yang menyertainya. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada informan 1, hanya terdapat seorang sahaja ahli jemaah yang sering ke surau untuk bersembahyang. Dia adalah seorang yang disegani, dan orang kampung memanggilnya dengan nama “Aki”, yang bermaksud orang tua. Aki adalah tunggak kepada masyarakat Islam di sini, dan kebanyakkan masyarakat Islam di sini adalah terdiri daripada anak dan cucu Aki.

Berdasarkan pengalaman sewaktu menjalankan kajian di sini, pengkaji mendapati bahawa masyarakat Orang Asli Islam, tidak begitu tertarik untuk ke surau. Ketika kami bersembahyang di surau, mereka tidak turut hadir, walaupun rumah mereka berdekatan dengan surau.

(4)

821

MENYAMBUT HARI KEBESARAN ISLAM

Antara aktiviti yang dilakukan oleh mereka ialah dengan melaksanakan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji secara berjemaah. Kemudian disusuli dengan jamuan yang disediakan oleh penduduk kampung. Kedua-dua program ini dijalankan di masjid berhampiran iaitu di Masjid Kampung Sungai Lui, yang mana ahli kariahnya terdiri daripada para peserta Rancangan Felda Sungai Lui. Masjid ini terletak kira-kira 2 km daripada kampung Orang Asli Sungai Lui.

Program-program lain yang turut dijalankan di masjid ini antaranya ialah Maal Hijrah, sembahyang tarawih, dan ibadah kurban. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan dengan penglibatan masyarakat setempat. Namun begitu, kehadiran masyarakat Orang Asli Islam tidak menggalakkan. Alasan yang mereka berikan ialah mereka lebih selesa bergaul dengan masyarakat di kampung sendiri.

KELAS FARDHU AIN

Pihak JAKIM ada menyediakan program pengajaran untuk Orang Asli mendalami Islam. Antaranya ialah kelas fardhu ain, kelas mengaji dan program-program ceramah agama. Kelas-kelas ini juga dijalankan oleh PMOA di kampung Orang Asli Sungai Lui.

Lazimnya kelas dibahagikan kepada dua kategori iaitu kanak-kanak dan dewasa. Tujuannya ialah bagi membolehkan kedua-dua kelompok ini belajar dengan kaedah yang sesuai dengan usia mereka. Di samping itu juga, bertujuan untuk mengelakkan rasa malu dalam kalangan orang dewasa. Kelas untuk kanak-kanak biasanya dijadualkan selepas waktu persekolahan, manakala kelas orang dewasa dijadualkan selepas waktu bekerja.

AKTIVITI NGO DAN AGENSI KERAJAAN

Selain daripada aktiviti dakwah yang dijalankan oleh PMOA, terdapat juga aktiviti yang melibatkan NGO. Aktiviti yang dianjurkan berupa ceramah motivasi; bantuan kebajikan seperti makanan, pakaian, barangan persekolahan, kelas akademik untuk anak-anak yang bersekolah; aktiviti sukan dan kemasyarakatan.

Selain itu, ada juga program-program yang dianjurkan oleh pelajar universiti

(5)

822

Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sebagainya. Pada 16 April

2020 misalnya, JAKIM telah mengadakan program sumbangan makanan dan kebajikan berjumlah RM27,360.00 kepada 152 keluarga di Perkampungan Orang Asli Sg. Lui (https://twitter.com/ drzul_albakri/ status/1250604235378446338?lang=en).

CABARAN COVID-19

Negara kita kini sedang berhadapan dengan cabaran COVID-19 gelombang ke tiga yang lebih besar. Penjarakkan fizikal, kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka adalah normal baharu yang kita perlu amalkan setiap masa. Kita tidak digalakkan berjumpa kecuali untuk urusan-urusan penting sahaja. Rumah-rumah ibadah, universiti, sekolah, pusat membeli-belah, tidak terkecuali daripada normal baharu ini. Dengan perkataan yang mudah, kita semua tidak lagi sebebas dahulu. Di universiti, pembelajaran secara

online sudah menjadi satu kemestian walau di mana kita berada.

Mungkin kita boleh bayangkan kesukaran yang dihadapi oleh PMOA di perkampungan Orang Asli dalam usaha menyampaikan dakwah. Sebelum ini, semua program dan aktiviti adalah bersifat fizikal dengan sokongan dan dokongan pelbagai pihak. Namun kita, semuanya terpaksa dilakukan sendirian. Infrastruktur yang kurang memuaskan khususnya dari segi jaringan internet di hampir seluruh perkampungan Orang Asli, ditambah dengan keadaan mereka yang serba kekurangan dari semua segi, tidak memungkinkan PMOA mengubah cara penyampaian dakwah dalam masa terdekat. Tidak mungkin kelas online boleh dijadikan alternatif.

MASA DEPAN DAKWAH ORANG ASLI

Oleh sebab pandemik COVID-19 adalah suatu yang baharu dan tidak dijangkakan berlaku, maka kita sebenarnya tidak bersedia. Apatah lagi masyarakat Orang Asli yang sememangnya agak ketinggalan dari segi capaian internet dan penggunaan ICT. Justeru, masa depan dakwah Orang Asli banyak bergantung kepada usaha kita dalam mencari alternatif terbaik bagi mengurangkan pertemuan bersemuka yang semakin berisiko. Kita perlu mencari satu kaedah baharu dengan S.O.P yang baharu dalam situasi wabak COVID-19 yang masih belum reda agar dakwah dapat diteruskan. Hal ini penting sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan semua pihak. JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri perlu dibantu untuk mencari alternatif metodologi dakwah yang sesuai. Hal ini sangat penting demi kesejahteraan rakyat negara ini sebagaimana yang dijelaskan dalam strategi tumpuan Rancangan Malaysia ke-11.

(6)

823

Makalah ini mencadangkan agar satu kajian tentang perubahan metodologi dakwah Orang Asli dapat dijalankan. Kajian ini sangat penting bagi mencari metodologi baharu yang lebih sesuai dengan keperluan sekarang dengan mengambil kira kesediaan kedua belah pihak iaitu pendakwah dan masyarakat yang terlibat dari segi prasarana dan kepakaran. Hasil kajian ini dapat membantu pihak JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat perancangan dan persediaan yang sesuai bagi

memastikan aktiviti dakwah dapat dijalankan dengan berkesan. Perlu ditegaskan di sini

bahawa aspek metodologi dakwah adalah sangat penting untuk kita memastikan kesinambungan kepada pelaksanaan aktiviti dakwah (Muhamad Faisal & Razaleigh, 2011).

Pastinya para pendakwah memerlukan bantuan daripada institusi ilmu seperti universiti untuk membantu mereka memecahkan kebuntuan ini. Adalah tidak wajar untuk kita membiarkan mereka berseorangan sedangkan tanggungjawab mereka kepada masyarakat adalah sangat besar (Mohd Amin Abdul Rahim, 2010: 161). Walau sehebat mana sekalipun seseorang pendakwah itu, jika metodologi dakwahnya tidak sesuai, maka segala ilmu yang baik itu tidak akan dapat dimanfaatkan. Metodologi dakwah yang di dalamnya merangkumi hal berkaitan medium dan teknik penyampaian merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan masyarakat yang didakwahkan (Mohd. Amin Abdul Rahim, 2010: 165).

JAKIM sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab menguruskan tentang hal ehwal umat Islam di negara ini mempunyai Cawangan Khas Dakwah Orang Asli (Jamilah Mohd Zin & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2014). Hal ini secara tidak langsung menggambarkan betapa pentingnya masyarakat Orang Asli di sisi JAKIM. Mengapa masyarakat ini dianggap penting? Sedangkan mereka ini golongan yang minoriti. Sudah pasti hal ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan maqasid syri’ah. Dengan lain perkataan ianya dilakukan untuk menjaga aqidah umat Islam. Justeru, pandemik Covid -19 bukanlah alasan untuk kita berpeluk tubuh dan tidak melakukan apa-apa bagi kepentingan dakwah di negara ini.

PENUTUP

COVID-19 bukan sekadar penyakit berjangkit biasa. Hingga sekarang, masih belum reda. Saban hari angka mereka yang dijangkiti dan mereka yang menemui ajal akibat pendemik ini semakin meningkat. Setakat ini di seluruh dunia, belum ada tanda-tanda bahawa ia akan reda dalam masa terdekat., Malaysia mencatatkan angka yang lebih besar dan agak membimbangkan.

(7)

824

Tidak dinafikan, pandemik ini telah mengubah cara hidup masyarakat secara keseluruhannya. Tidak ada yang terkecuali. Bahkan dalam hal dakwah sekali pun, kita dapat merasai kesannya. Ternyata COVID-19 telah memberi kesan mendalam terhadap cara hidup kita. Justeru, kita perlu berubah sesuai dengan keadaan semasa. Kegagalan untuk berubah akan menyebabkan kita tersekat dan terhenti daripada melaksanakan tanggungjawab kita dalam menyampaikan kebenaran. Dakwah mesti diteruskan walau apa juga cabarannya.

RUJUKAN

Ab. Aziz Mohd Zin & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2006. Pendekatan Dakwah Masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang. Jurnal Usuluddin. Bil 23-24. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. Hlm 163-184.

Jamilah Mohd Zain & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2014. Aktiviti Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Terhadap Masyarakat Orang Asli: Pelaksanaan dan Cabaran. Dlm Muhammad Faisal Ashaari et.al. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhamad Faisal Ashaari et al. 2011. An assessment of teaching and learning methodology in Islamic studies. Kongres Pengajaran &Pembelajaran. UKM.

Mohd. Amin Abdul Rahim. 2010. Panduan Pendakwah Secara Praktikal. Cetakan ke-3. Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd.

Zulkifli Aini, Abd Hakim Mohad, Rosmawati Mohd Rasit. 2014. Komunikasi Dakwah Antara Budaya Dalam Masyarakat Majmuk Di Sabah. Seminar Serantau Dakwah Dan Etnik. UMS.

http://www.islam.gov.my/berita-semasa/15-bahagian-dakwah/2042-penggerak-masyarakat-orang-asli-diberi-kemahiran-jati-diri

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga dari hasil uji statistik tersebut menunjukkan bahwa H0 ditolak dan H1 diterima atau dengan kata lain terdapat pengaruh latihan ROM aktif terhadap

Pada masa lalu pemeliharaan menjadi suatu persoalan yang besar dalam manajemen operasi karena diperlukan adanya reliability dari peralatan dalam suatu proses

[23] Laura S, Pengaruh Diameter Dalam ring Stabilizer terhadap Stabilitas Nyala api pada Bunsen burner standar, Skripsi Jurusan Teknik Mesin Fakultas Teknik Universitas

Fungsi dessert dalam giliran hidangan ( courses ) adalah sebagai hidangan yang menyegarkan setelah menyantap hidangan utama ( main course ) yang terkadang mempunyai aroma atau

Yang penting dibuat besar, contohnya gambar orang berburu, kijang digambarkan lebih besar, menandakan bahwa kijang yang besar dianggap buruan yang lebih penting, yang

Demikian orasi yang dapat saya sampaikan pada kesempatan ini, semoga kita senantiasa berada dalam bimbingan dan lindungan Allah SWT, sekali lagi saya ucapkan selamat dan terima

Alhamdulillahirabbil alamiin, dengan mengucapkan puji syukur kehadirat ALLAH SWT atas segala rahmat dan hidayahnya sehingga Penulis dapat menyelesaikan penyusunan tugas akhir

siwalan dengan perlakuan konsentrasi starter terbaik masih memenuhi syarat minuman probiotik selama penyimpanan 0, 7, 14 hari dalam almari es yang ditinjau