KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN TAHUNAN 2013/2014
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
TARIKH
2 - 4 November 2013
TEMPAT
Impian Country Resort , Jalan Taman Agroteknologi SG Semungkis , Batu 14 ½ , 43100 Hulu Langat , Selangor
ANJURAN
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
TEMA
“1 Champ, 1 Passion, 1 Goal”
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN TAHUNAN 2012/2013 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
CABANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar ( JPPel ) untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan 2013/2014 Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM.
2.0 PENGENALAN
2.1 Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) merupakan sebuah badan beruniform sukarela yang sentiasa mencurahkan bakti dengan berkhidmat kepada masyarakat khususnya dalam aspek pertolongan cemas. Badan sukarela ini juga menanamkan semangat cintakan kedamaian memandangkan berlakunya pelbagai pergolakan di dunia yang mengakibatkan kesengsaraan kepada insan-insan lemah yang tidak bersalah. Oleh yang demikian, perlulah Bulan Sabit Merah Malaysia ini menonjolkan diri berdasarkan Prinsip-prinsip Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia agar masyarakat dunia memandang tinggi perjuangan badan sukarela ini sebagai satu badan contoh. Selain itu, peranan Bulan Sabit Merah Malaysia tidak tertumpu kepada bantuan dari segi pertolongan cemas sahaja malah juga memberi kesedaran dan penerangan kepada semua pihak mengenai perlunya disemai nilai- nilai harmoni dan kasih sayang bagi membentuk sebuah masyarakat 1 Malaysia yang sentiasa bertanggungjawab, bersatu padu dan berdisiplin tanpa membeza- bezakan agama, bangsa dan Negara.
2.2 Bulan Sabit Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) 1965. Persatuan Bulan Sabit Merah Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 13 September 1986. Bulan Sabit Merah Universiti Kebangsaan Malaysia telah diiktiraf sebagai Daerah Kecil pada 1988, iaitu pertukaran nama menjadi PBSMM DK UKM. Persatuan Bulan Sabit Merah telah diiktiraf sebagai Cabang pada tahun 1996, iaitu pertukaran nama menjadi PBSMM Cabang UKM. Pendaftaran Detachment 88 telah diluluskan pada tahun 2004.
PBSMM telah dinaik taraf menjadi BSMM pada tahun 2007. Bilik Gerakan BSMM di Pusat Kesihatan mula beroperasi pada tahun 2007.
2.3 Perkhemahan Tahunan 2013/2014 Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM
merupakan suatu aktiviti tahunan terbesar bagi badan beruniform BSMM Cabang
UKM yang dijalankan pada setiap tahun. Program ini menumpukan kepada
pemantapan kemahiran reaksi kecemasan, kesukarelaan serta kepimpinan dalam
diri setiap ahli-ahli BSMM Cabang UKM. Ahli BSMM Cabang UKM yang
menyertai perkhemahan ini bakal menempuhi suasana sebenar apabila berlakunya
'mock case' bencana alam sekali gus dapat menpersiapkan diri mereka menghadapi
situasi bencana alam sebenar. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan
antara ahli-ahli BSMM cabang UKM dengan AJKT BSMM cabang UKM serta pegawai-pegawai dari cawangan BSMM Selangor.
3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan program ini mampu:
3.1 Menjadi medium kepada BSMM cawangan Selangor dalam menyampaikan maklumat yang lebih terperinci dalam pengurusan operasi menyelamat (BBOM)
3.2 Para ahli BSMM cabang UKM mempunyai ruang masa bagi mempelajari teknik balutan, ikatan dan segala yang berkaitan dengan kesihatan dan rawatan dengan lebih mendalam.
3.3 Menggalakkan mahasiswa/i terlibat dalam program sukarelawan diperingkat cawangan, induk dan detachment.
4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program ini iaitu:
4.1 Melahirkan ahli BSMM yang berpendidikan dan berkeyakinan dalam mengendali situasi kecemasan dan kritikal.
4.2 Ahli mendapat maklum balas secara terus tentang cara rawatan dan persediaan semasa bencana dari penceramah jemputan.
4.3 Melahirkan ahli yang sukarela dalam menjalankan tugas-tugas sebagai ahli BSMM cabang UKM.
4.4 Mengukuhkan pengetahuan dan pendedahan ahli-ahli BSMM tentang kepimpinan dan cara pengurusan sesebuah organisasi.
5.0 OBJEKTIF
Objektif penganjuran adalah berasaskan 8 kemahiran di dalam kontrak pembelajaran/
learning contract (LC) seperti berikut:
5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1): Memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik serta menanam sifat bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Mempelajari dan mengaplikasikan penggunaan
cara berkomunikasi yang berhemah sesama ahli, dengan orang awam semasa bertugas
serta etika komunikasi dalam bertugas dan dalam menyebarkan informasi-informasi
berkenaan dengan isu-isu kesihatan semasa.
5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3):
Melakukan pencarian maklumat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas- tugas seorang ahli BSMM melalui pelbagai sumber-sumber maklumat iaitu melalui pembacaan , melayari laman sesawang dan melalui perbincangan sesama ahli kumpulan.
5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4):
Mempelajari dan mengaplikasikan nilai-nilai murni, etika dan tingkah laku professional dalam pengurusan program dan juga apabila berkomunikasi dengan masyarakat
5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik (HPP5) : Membentuk pemikiran kritikal iaitu cara menyelesaikan masalah yang berlaku secara tiba-tiba. Mencari penyelesaian alternative dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.
5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Mempelajari dan mengaplikasikan ilmu-ilmu kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin sesebuah pasukan. Memahami ciri-ciri yang perlu ada sebagai ketua dan ahli-ahli pasukan dan menyelesaikan sesuatu tugasan.
5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): Ilmu pengurusan diaplikasikan dalam merancang, melaksana dan memantau aktiviti program.
5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Dapat menghasilkan idea-idea baru bagi mempromosikan dan meningkatkan nama program kepada masyarakat.
6.0 TEMA
"1 Champ, 1 Passion, 1 Goal"
7.0 ANJURAN
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia 8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : Tarikh : 2 – 4 November 2013 (Sabtu-Isnin)
9.0 TEMPAT PROGRAM
Impian Country Resort , Jalan Taman Agroteknologi Sungai Semungkis , Batu 14 1/2 ,
43100 Hulu Langat , Selangor
10.0 PUBLISITI
1. Poster di setiap kolej 2. Publisiti di dalam Facebook
11.0 CADANGAN PERASMI
1. Majlis pertauliahan dan penutup:
Dr. Roslan b. Abdul Jalil Pengerusi
Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
12.1 Pegawai/Penceramah :10 orang pegawai BSMM UKM dan pegawai BSMM cawangan Selangor
12.2 Urusetia : 20 orang ahli BSMM UKM 12.3 Peserta : 130 orang ahli BSMM UKM
13.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Sesi Suai Kenal/Ice Breaking
Peserta akan diminta memperkenalkan diri dengan permainan Suai Kenal dan membentuk pasukan yang terdiri 10 orang. Nama, logo, bendera dan sorakan kumpulan akan disediakan oleh kumpulan.
15.3 Pengenalan KBBOM
Memperkenalkan KBBOM mengukut sukatan pelajaran KBBOM(Handbook No. 7 BSMM)
15.4 Ceramah 1 : Membuat Pembalutan dan Kawat Usungan
Peserta diajar bagaimana menggunakan bandage dan selimut membuat strecher dan
cara mengusung pesakit semasa menghadapi halangan.
Penceramah : Encik Zilani bin Jais
15.5 Ceramah 2: Komuniti Base dan Sistem Berkomunikasi
Peserta dididik dan diberitahu kemalangan yang akan berlaku di rimba dan cara menyelamatkan dan merawat diri sendiri. Perserta juga diajar bagaimana pengunaan sistem walkie – talkie dalam operasi menyelamat mengikut sukatan pelajaran KBBOM(Handbook No. 7 BSMM)
Penceramah : Encik Shah Johan Shahabuddin
15.7 Aktiviti 1 Teknik CPR dan Jenis Perubatan
Peserta diajar teknik CPR dalam penyelamat dan kegunaan pelbagai jenis ubat- perubatan.
15.8 Mass Cooking
Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan menghantar 2 peserta untuk memasak secara bergilir-giliran. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik-teknik penyediaan makanan semasa bencana alam.
15.9 Station Game
Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan memilih seorang untuk menjadi ketua kumpulan. Dalam Station Game ini terdapat beberapa station. Setiap station mempunyai objektif dan halangan masing-masing. Setiap kumpulan haruslah melepasi semua station dalam masa yang ditetapkan.
15.10 Ujian Teori KBBOM
Ujian ini bertujuan untuk menguji teori KBBOM dan memastikan peserta menguasai maklumat daripada Pengenalan KBBOM dan Ceramah 2. Ujian ini berlama 1 jam dengan soalan subjektif.
Pemeriksa: Encik Shah Johan Shahabuddin
15.11 Malam Kebudayaan
Semua kumpulan dikehendaki membuat persembahan pada malam kedua mengenai tajuk yang telah dipilih. Setiap tajuk yang disediakan oleh urus setia adalah mengenai unsur-unsur BSMM(Kemanusiaan, Kesaksamaan, Berkecuali, Kebebasan, Khidmat Sukarela, Bersatu dan Kesejagatan). Dalam persembahan, peserta digalakkan mengunakan teknologi maklumat seperti sound effect, light effect, powerpoint untuk meningkatkan kreativiti.
15.12 Praktikal Latihan Bencana Alam & Operasi Menyelamat
Perserta didedahkan dengan operasi menyelamat dan bantuan bencana alam. Aktiviti
memberi suatu pendedahan kepada para peserta tentang cara mengadapi bencena alam
sebenar. Peserta-peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan( First Responder, First
Aider, Logistic). Mereka dikehendaki menyelamat mangsa dari tempat kejadian,
menempat dan mengubati mangsa. Tema Latihan Bencana Alan dan Operasi Menyelamat ialah: Tsunami
Penceramah : Encik Nasir Khan - Pengurus Bencana Alam, Ibu Pejabat Kebangsaan, BSMM
15.13 Night Walk
Peserta diminda berjalan dalam hutan pada waktu malan untuk merasai, menghargai, mempelajari persekitaran alam sekitar.
16.0 BERLANJAWAN Rujuk Lampiran C 17.0 PEJABAT URUSAN
Bilik Gerakan BSMM C UKM Pusat Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan
(u/p : Cheong Yoon Kit – 016-9080579) Email : [email protected]
18.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM agar kertas kerja ini mendapat kelulusan dan juga bantuan kewangan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), UKM. Dengan hasrat program yang dirancangkan ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.
Harapan kami juga program Khemah Tahunan 2013/2104 Bulan Sabit Merah
Cabang UKM yang bakal dijalankan ini dapat dijayakan dengan baik dan mencapai
objektif-objektif yang telah digariskan. Sokongan sepenuhnya daripada semua pihak
yang berkaitan amat diharapkan agar program ini dapat direalisasikan dengan
sempurna. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah kami hargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI
MINGGU MENDERMA DARAH BERSAMA KOMUNITI SIHAT BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM
2012/2013
Penaung
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar danAlumni), UKM Penyelaras
Tuan. Haji Musa Zainal Abidin bin Othman Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar Penasihat
Dr. Roslan Abdul Jalil Pengerusi
Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
Tuan Haji Zanudin Bin Mohd Daud Setiausaha Kehormat
Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
En. Mohamed Isa Bin Mohd Said Kuartermaster Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
KEM KOMANDAN Encik Shah Johan Shahabuddin
Pengerusi Latihan
Bulan Sabit Merah Malaysia
Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
TIMBALAN KEM KOMANDAN
Encik Zilani Bin Jais Pengerusi Reaksi Kecemasan
Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia
KETUA PENGARAH
CHEONG YOON KIT FSSK/3 A137431
TIMBALAN KETUA PENGARAH I KAM CHUN KIT FKAB/3 A137165
TIMBALAN KETUA PENGARAH II
ROZALIA BT MOHAMAD SAYUTI FSSK/3 A137356
SETIAUSAHA
NOR SAFRA ZAKIAH BINTI MOHD ZAKI FSSK/3 A137 387
BENDAHARI
LEE CHIN VUI FKAB/4 A133503
KETUA PENYELARASCHONG KEE YUM FKAB/3 A137315
PENGARAH PROTOKOL : FATINAH BT. MOHD NAZIR FSSK/2 A141698
PENGARAH KEBAJIKAN : HAFIZAH BINTI SARWOR FEP/2 A140095 PENGARAH PROGRAM : KERK (KEH) YIH JEN A139574
PENOLONG PENGARAH PROGRAM : SITI NUR BA'IYAH BINTI MUSTAFFA FEP/2 A139974
PENGARAH PEMASARAN : LAU KAR LING FEP/2 A139789 0175124639 PENOLONG PENGARAH PEMASARAN :NURHAMIDAH FARHANA BINTI
ZULKARNAIN FSK/2 A140993
PENGARAH PUBLISITI DAN
TEKNOLOGI : KER JIA MIN A140428 016-5301282
PENGARAH TEKNIKAL : SEET SHAO LEONG A139976 0166488583
PENGARAH LOGISTIK : AMIRAH IZZATI BT MOHD ISKANDAR SANDAKUMARAN A141975
PENGARAH KESELAMATAN : WONG YEN YI FST/2 A141311 019-6934234 PENGARAH SUMBER MANUSIA : MUHAMAD ISYRAF BIN AZNAM FKAB/2
A139576
LAMPIRAN B ATUR CARA PROGRAM
TARIKH MASA PROGRAM Penjelasan SPKG
2 November 2013 (Sabtu)
1500 1800 1900
2030 2100
2330
Pendaftaran di Panggung Seni Ketibaan peserta
Taklimat dari Kem Komandan Rehat/Solat
Makan Malam
Sesi Suai Kenal/Ice Breaking Pengenalan KBBOM
Minum Malam/Tidur
Sesi suai kenal
Peserta memperkenal diri dengan permainan suai kenal. Dalam aktiviti ini peserta dapat memperlajari cara berkomunikasi antara satu sama lain.(HPP7 Komunikasi)
Pengenalan KBBOM
Memperkenalkan KBBOM mengikut Sukatan Pelajaran KBBOM
Sesi 1 Pengenalan Kepada Bantuan Bencana Dan Operasi Menyelamat
Sesi 2 Pelan Persediaan Bencana & Bantuan Kerajaan
Sesi 3 Pelan Persediaan Bantuan Bencana PBSMM
Sesi 4 Bantuan Antarabangsa
Sesi 9 Masakan Kelumpuk dan Pemberian Makanan. (HPP-Pembelajaran Sepanjang
Hayat) Night walk
Peserta diminda berjalan dalam hutan pada malan untuk merasa, menghargai, mempelajari alam sekitar. (HPP4-Menghargai Alam Sekitar, HPP12- Pembelajaran Sepanjang Hayat)
Mass Cooking
Peserta dari setiap kumpulan dikeluarkan dan dikumpulankan untuk penyediaan
makanan(sarapan pagi, makan tengah hari, makan malan). Dengan ini peserta dapat belajar pengurusan dan penyediaan makanan
3 November 2013 (Ahad)
0530 0630
0700 0800
1000 1030
1130 1230 1330
1530 1600 1800
2030 2130 2330
Bangun/Solat
Perhimpunan pagi/Senaman Pagi/Mass Cooking
Sarapan pagi
Ceramah1:Membuat Pembalutan dan Kawat Usungan
Penceramah : Encik Zilani bin Jais
Minum pagi
Aktiviti 1 : Teknik CPR dan Jenis Perubatan
Penceramah : Pegawai IPK BSMM
LDK 1/Mass Cooking
Rehat/Solat/Makan
Ceramah 2 : Komuniti Base dan Sistem Berkomunikasi
Penceramah : Pegawai IPK BSMM Minum petang
LDK 2/Mass Cooking Rehat/Solat/ Makan Malam Ujian Teori KBBOM
Pemeriksa : En Zanudin Aktiviti 4 : Malam Kebudayaan Minum Malam
Rehat
KBBOM Praktikal Pemeriksa : Sir Nasir
semasa bencana alam berlaku serta
memperoleh kemahiran keusahawan. (HPP-14 Kemahiran Keusahawan HPP-15 Kemahiran Pengurusan)
Ceramah 1
Perserta diajar bagaimana menggunakan bandage dan selimut membuat strecher dan cara mengusung persakit semasa menghadapi halangan.(HPP-12 Pembelajaran Sepanjang Hayat)
Aktiviti 1
peserta diajar teknik CPR dan penggunaan pelbagai jenis perubatan
Ceramah 2 Sesi 5 :Peraturan Operasi Bencana Sesi 6 :Bekalan-Bekalan Bantuan Sesi 7 :Komunikasi
Perhubungan Awan & Maklumat Sesi 8 :Pentadbiran Pusat Bantuan Sesi 10 :Kira-Kira dan Kewangan
Sesi 11 :Latihan Praktikal(HPP-12 Pembelajaran Sepanjang Hayat)
Latihan Dalam Kumpulan(LDK) Semasa menjalankan Latihan Dalam Kumpulan(LDK), ahili peserta dikenhendaki untuk menjana idea untuk persembahan untuk Malam Kebudayaan. Penjanaan diikuti oleh latihan dapat memastikan para peserta dapat menukar pendapat masing-masing antara satu sama lain.( HPPP5 - Etika, Moral dan
Profesionalisme, HP P6 –Kerohanian,HPPP3 - Tanggungjawab Sosial)
Malam Kebudayaan Semua kumpulan dikehendaki membuat persembahan pada malam kedua mengenai tajuk yang telah dipilih. Setiap tajuk yang disediakan oleh urus setia adalah mengenai
unsur-unsur BSMM(Kemanusiaan,
Kesaksamaan, Berkecuali, Kebebasan, Khidmat Sukarela, Bersatu dan Kesejagatan). Akitiviti ini bukan sahaja dapat memberi keberkesanan terhadap memupukan unsur-unsur BSMM dalam para peserta, malah menyeronokan peserta.( HPP5 - Etika, Moral dan
Profesionalisme, HPP6 – Kerohanian, HPP7 – Komunikasi, HPP9 - Kerja Berpasukan) KBBOM
Aktiviti memberi suatu pendedahan kepada para peserta tentang cara mengadapi bencena alam sebenar. Peserta-peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan( First Responder, First Aider, Logistic). Mereka dikehendaki menyelamat mangsa dari tempat kejadian, menempat dan mengubati mangsa. (HPP3 - Tanggungjawab Sosial, HPP5 - Etika, Moral dan Profesionalisme, HPP7 – Komunikasi, HPP8 - KepimpinanHPP9 - Kerja Berpasukan, HPP10 - Kaedah Saintifik, Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Autonomi Dalam Pembuatan Keputusan, HPP11 - Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, HPP12 - Pembelajaran Sepanjang Hayat, HPP13 - Kemahiran Globalisasi)
4 November 2013 (Isnin)
0700 0830 0930 1130 1200 1230
Bangun/Solat
Mass Cooking /Sarapan pagi Aktiviti 2 : Station Game Minum pagi
Kemas
Sharing/Berkongsi Pendapatan bersama
Majlis Pertauliahan dan Majlis
Mass Cooking
Peserta dari setiap kumpulan dikeluarkan dan dikumpulankan untuk penyediaan
makanan(sarapan pagi,). Dengan ini peserta dapat belajar pengurusan dan penyediaan makanan semasa bencana alam berlaku serta memperoleh kemahiran keusahawan. (HPP-14 Kemahiran Keusahawan HPP-15 Kemahiran Pengurusan)
1300 1430
Penutupan Bertolak Balik
Station game
Aktiviti ini dapat membina kepimpinan, membuat keputusan dan berkerja berpasukan untuk melepasi setiap station( HPP-8
Kepimpinan, HPP-9 Kerja Berpasukan. HPP-10 Kaedah Saintifik, Pemikaran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Autonomi dalam pembuatan Keputusan)
LAMPIRAN C
ANGGARAN BELANJAWAN
PENDAPATAN:
Bil. Perkara Jumlah
1. Sumbangan JPPEL RM 6,000.00
2. Yuran pelajar (150 orang X Rm 20) RM 3,000.00
3. Sumbangan pihak lain RM 9,770.00
4. JUMLAH PENDAPATAN RM 18,770.00
PERBELANJAAN:
Bil. Perkara Jumlah
1 Penginapan (RM 70 x 150 orang) RM 10,500.00
2 Bahagian Program:
3
- Station Game
- Alat tulis (RM 1 x 30 unit) - Peralatan(RM 2 x 10 unit)
RM 50.00
5 Pengangkutan - Bas sewa (RM 250 x 2 hari x 2 bus) RM 1,000.00 6 Bahagian Kebajikan
- Sarapan (RM 5 x 150 orang x 3 hari)
- Makan Tengah Hari (RM 5 x 150 orang x 3 hari) - Makan Malam (RM 5 x 150 orang x 3 hari)
RM 6,750.00
7 Bahagian Publisiti dan Protokol
8
- Bannar (RM 20 x 1) - Sijil (RM 1 x 150 orang)
- Cenderamata VIP (RM 10 x 5 orang)
RM 295.00
- Jamuan VIP (RM 15 x 5) 9 Bahagian Keselamatan dan Teknikal
10
- Tag Nama (RM 0.50 x 30 orang ) - Peralatan Teknikal seperti (RM 160)
RM 175.00
11 JUMLAH PERBELANJAAN RM 18,770.00