• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANUAL SETUP DAN PENGGUNAAN OBS STUDIO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MANUAL SETUP DAN PENGGUNAAN OBS STUDIO"

Copied!
39
0
0

Teks penuh

(1)

MANUAL “SETUP” DAN PENGGUNAAN OBS

STUDIO

OLEH: IQMAL SYAHMI

SKIM KHIDMAT PELAJAR (SKP),

PEJABAT KURSI INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

(2)

i

ISI KANDUNGAN

No.

Perkara

Muka surat

1.0 Langkah-langkah ‘installation’ OBS Studio di Windows 10

1.1 Cara memuat turun perisian OBS Studio daripada Internet

2

2.0

‘Setup’ Sebelum ‘livestream’ di OBS Studio

2.1 Lokasi ‘Settings’ untuk OBS Studio

2.2 Menambah ‘Scene’ di dalam OBS Studio

2.3 Menambah ‘Background Color’ pada ‘Scene’

2.4 Menambah Imej atau Poster pada ‘Scene’ di dalam OBS

2.5 Menambah ‘Crawler’ di dalam ‘Scene’ OBS Studio

2.6 Menukarkan Paparan OBS Studio kepada Studio Mode

2.7 Menambah ‘Window Capture’ di dalam ‘Scene’ dalam OBS

Studio

9

3.0 Kawalan Semasa ‘livestream’ Berlangsung di OBS Studio

3.1 Memulakan ‘livestream’ di OBS Studio

3.2 Mengakhiri ‘Livestream’ di OBS Studio

35

(3)

2

1.0 Langkah-Langkah ‘installation’ OBS Studio di Windows OS

Sebelum bercadang untuk “install” OBS Studio di PC atau di komputer peribadi (laptop)

pengguna, anda perlu memastikan PC atau komputer peribadi anda mempunyai

spesifikasi berikut:

Sistem Operasi: Windows 7 ke atas (Digalakkan Windows 10)

Cip CPU: Sekurang-kurangnya Intel Core i3 (Generasi ke 5), Intel Core i5 (Generasi

ke 6) atau lebih baharu daripada yang dinyatakan di atas.

Untuk cip AMD: Sekurang-kurangnya AMD Ryzen 5 2600 dan lebih baharu daripada

yang dinyatakan.

Kad Grafik (Graphic Card): Sama ada daripada NVIDIA atau AMD Radeon,

mana-mana varian boleh digunakan selagi ianya adalah “graphic card” di dalam PC

atau “laptop” pengguna.

RAM: Sekurang-kurangnya 8GB di dalam PC atau “laptop” pengguna (lebih tinggi nilai

RAM tersebut, lebih bagus)

Internet: Capaian Internet yang pantas, seboleh-bolehnya 100Mbps melalui Wi-Fi atau

kabel LAN (nama lain bagi kabel ini ialah kabel Ethernet)

1.1 Cara memuat turun perisian OBS Studio daripada Internet

1. Buat carian di Google “OBS Studio download” atau “OBS Studio” atau tekan link ini:

https://obsproject.com/

. Klik pada hasil carian paling atas sekali (lama web rasmi OBS

Studio akan dipapar jika “link” laman web di atas diklik.

2. Seterusnya, laman web ramsi OBS Studio akan tarpapar di skrin, dan terdapat 3

jenis butang untuk memuat turun perisian berikut mengikut jenis “operating system”,

atau OS. Klik pada butang “Windows”, dan perisian OBS Studio akan dimuat turun

secara automatik.

(4)

3

3. Setelah perisian tersebut selesai dimuat turun, “launch” perisian tersebut, yang akan

menyuruh pengguna memilih dimanakah perisian ini akan di”install”, dan sebagainya.

Tekan pada ‘file’ yang sudah dimuat turun di laman web OBS Studio, ianya akan membuka ‘installation wizard’.

Tekan pada butang ‘Next’

(5)

4

Pengguna boleh memilih di mana perisian OBS ini mahu di’install’ di “storage” mengikut

keselesaan pengguna. Tekan butang ‘Next’ setelah selesai memilih.

(6)

5

Selepas OBS Studio selesai di ‘install’, tekan butang ‘Next’ dan OBS Studio akan terbuka

secara automatik.

4. Setelah selesai, OBS Studio akan terbuka secara automatik di skrin. Akan munculnya

beberapa menu dan pilihan “settings” yang perlu dipilih agar ianya bersesuaian dengan

medium ‘livestream’ yang pengguna mahu.

Pilih seperti yang dipaparkan di dalam gambar ini, untuk memastikan OBS Studio dioptimumkan penggunaannya sebagai medium ‘livestream’.

(7)

6

Terus tekan ke butang ‘Next’.

Pilih medium ‘livestream’ yang pengguna mahu gunakan untuk memulakan ‘livestream’ mereka. Sebagai contoh, klik pada ‘Facebook Live’.

(8)

7

Jika pengguna sudah membuat jadual ‘upcoming livestream’ di Facebook Page, pastikan ‘copy’ dan ‘paste’ Stream Key ke dalam menu ini. Jika tiada, tulis sahaja apa apa di dalam

ruangan Stream Key kerana ialah boleh diubah semula di dalam menu “settings”.

Akhir sekali, paparan ini akan muncul untuk menyenaraikan setiap pilihan yang telah dilakukan oleh pengguna untuk memastikan penggunaan OBS Studio yang mengikut

(9)

8

Paparan ini akan muncul, menunjukkan bahawa OBS Studio sudah siap untuk diguna.

Selepas semua langkah di atas dituruti, maka perisian OBS Studio sudah sedia untuk

digunakan oleh pengguna., tanpa perlu membayar apa-apa kos atau bayaran. Kita terus

menuju ke langkah seterusnya.

(10)

9

2.0 ‘Setup’ Sebelum ‘Livestream’ di OBS Studio

Setelah OBS Studio sudah di ‘install’ dan sudah dibuka, seterusnya kita lihat kepada

persiapan awal yang perlu dilakukan di OBS Studio sebelum ‘livestream’ bermula.

2.1 Lokasi ‘Settings’ untuk OBS Studio

Di dalam OBS Studio, terdapat pelbagai menu yang ada di bahagian atas OBS Studio,

dan antara menu yang cukup penting ialah menu ‘Settings’. Mari melihat apa yang ada

di dalam menu ‘Settings’ berikut:

Tekan menu ‘file’, dan tekan lagi pada menu ‘Settings’. Ianya akan membuka laman baharu.

(11)

10

Pastikan dua kotak yang dibulatkan di ‘tick’, untuk memastikan ketika memulakan atau memberhentikan ‘livestream’, akan keluar paparan kecil untuk memastikan pengguna betul

betul ingin memulakan atau menamatkan ‘livestream’. Tekan ‘Apply’.

Seterusnya, pilih menu ‘Stream’ yang terdapat di sebelah kiri. Di sinilah pengguna dapat memilih medium penyiaran yang dikehendaki. Contoh: Facebook Live.

(12)

11

Selepas itu, cari ‘Stream Key’ untuk menyiarkan program yang akan disiarkan di Facebook Live dengan mencarinya di menu “Schedule Live Video Event”, ‘copy Stream Key’ tersebut

dan ‘paste’ di kotak ‘Stream Key’ di atas. Tekan ‘Apply’ dan ‘OK’ setelah selesai.

Di sini lokasi di mana “Stream Key” boleh didapati di Facebook Live Creator. ‘Copy Stream Key’ tersebut dan ‘paste’ di dalam kotak ‘Stream Key’ di atas.

(13)

12

2.2 Menambah ‘Scene’ di dalam OBS Studio

‘Scene’ di dalam OBS Studio berfungsi sebagai sebuah paparan yang boleh digunakan oleh

pengguna untuk memaparkan apa jua bahan atau perkara yang mereka mahu di dalam

‘livestream’ mereka. Setiap ‘scene’ boleh memaparkan pelbagai elemen yang berbeza dari

satu sama lain mengikut kreativiti pengguna. Mari melihat cara-cara menambah ‘scene’ di

dalam OBS Studio.

Di bahagian bawah, terdapat kotak kecil yang bertulis ‘Scene’. Untuk menambah ‘scene’, tekan butang ‘+’ yang ada dibawah.

Paparan akan muncul seperti berikut. Namakan ‘scene’ mengikut apa yang pengguna mahukan, dan tekan ‘OK’.

(14)

13

‘Scene’ yang baharu akan dipaparkan di bawah.

Pengguna sekarang boleh menukar ‘scene’ yang diingini oleh mereka dengan klik pada ‘scene’ di bawah, ianya akan bertukar.

(15)

14

2.3 Menambah ‘Background Color’ pada ‘Scene’

Pada satu-satu masa, pengguna ingin menukarkan latar belakang ‘livestream’ mereka

kepada warna yang lebih baik atau terang. Mari melihat bagaimana ingin menambah

‘Background Color’ pada ‘scene’ sedia ada.

Di bahagian bawah, terdapat kotak kecil yang tertulis ‘Source’. Untuk mencari ‘Background Color’, tekan butang ‘+’ yang dibulatkan.

Di dalam menu tersebut, cari dan tekan ‘Color Source’ seperti yang dibulatkan di atas, dan klik pada menu tersebut.

(16)

15

Selepas itu, paparan ini akan muncul. Pengguna boleh menamakania mengikut kesesuaian,

dan tekan butang ‘OK’.

Selepas itu, paparan ini muncul, di mana pengguna boleh memilih warna yang mereka mahu. Untuk menukar warna, klik pada butang ‘Select Colour’, dan menu baharu akan muncul.

(17)

16

Menu tersebut akan terpapar di skrin apabila butang ‘Select Colour’ dipilih, dimana pengguna boleh memilih warna yang mereka kehendaki sebagai latar belakang di dalam ‘scene’. Setelah

selesai memilih, tekan ‘OK’.

(18)

17

Untuk menjadikan warna ini memenuhi ‘scene’ ini, tekan butang Ctrl+F serentak agar warna ini

memenuhi skrin.

2.4 Menambah Imej atau Poster pada ‘Scene’ di dalam OBS

Setiap program ‘livestream’ semestinya akan wujud poster promosi untuk program tersebut,

dan pastinya ianya perlu dipaparkan di permulaan ‘livestream’. Mari kita melihat cara-cara

memasukkan imej atau poster ke dalam ‘scene’ yang dipilih.

Pertamanya, klik butang tambah di bawah kotak kecil yang tertulis ‘Source’, dan pilih menu ‘Image’ seperti yang ditanda di atas.

(19)

18

Selepas itu, paparan ini akan muncul. Pengguna boleh menukarkan namanya mengikut

kesesuaian. Selepas itu, tekan butang ‘OK’.

Seteusnya, paparan ini akan muncul, dan pengguna perlu klik pada butang ‘Browse’ yang ditunjukkan di atas seterusnya memilih gambar di dalam ‘folder’ PC atau Laptop pengguna

(20)

19

Selepas pengguna telah memilih gambar yang dikehendaki, tekan pada butang ‘OK’.

Ketika gambar ini dimasukkan, gambar ini tidak memenuhi seluruh ‘scene’. Untuk memastikan gambar ini memenuhi seluruh skrin, ‘right click’ pada gambar tersebut, dan cari menu ‘Transform’, dan pilih ‘Fit to Screen’. Cara lain untuk membesarkan gambar tersebut adalah

(21)

20

Gambar tersebut akan memenuhi seluruh ‘scene’ tersebut.

2.5 Menambah ‘Crawler’ di dalam ‘Scene’ OBS Studio

Pastinya, di dalam setiap ‘livestream’ akan ada sebuah ‘crawler’ yang memaparkan tajuk

program ‘livestream’ serta informasi-informasi yang penting kepada penonton. Mari kita

melihat cara-cara membuat ‘crawler’ untuk diletakkan di dalam ‘scene’.

Pertama, klik butang ‘+’ di bawah kotak kecil yang tertulis ‘Source’, dan cari nama menu ‘Text (GDI+)’ dan klik menu yang dibulatkan di atas.

(22)

21

Paparan ini akan muncul, di mana pengguna boleh menamakan ‘Text’ ini sebagai ‘Crawler’,

dan tekan butang ‘OK’.

Seterusnya, paparan ini pula muncul, di mana pengguna boleh memilih ‘font’ yang pengguna mahu. Klik pada butang ‘Select font’ seperti yang dibulatkan di atas.

(23)

22

Selepas butang ‘Select font’ ditekan, akan muncul paparan ini di mana pelbagai ‘font’ yang boleh dipilih dan saiz ‘font’ juga boleh diubah seperti yang dibulatkan di atas. Setelah selesai,

tekan butang ‘OK’.

Seterusnya, pengguna boleh menulis apa-apa yang dikehendaki di dalam kotak ‘text’ seperti yang tertulis di atas.

(24)

23

Seterusnya, untuk menambah ‘background color’ dibelakang ‘text’, ‘scroll’ sedikit ke bawah daripada ‘text box’ di atas, dan cari ‘menu’ yang tertulis ‘Background Colour’ dan tekan butang

‘Select color’.

(25)

24

Seterusnya, pengguna perlu menaikkan ‘opacity’ latar belakang berwarna ‘crawler’ tersebut dengan mencari menu ‘Background Opacity’, dan ubahkan nilai yang dibulatkan kepada 100%.

Ubah ‘alignment crawler’ ini dengan memilih menu ‘Alignment’ ke ‘center’. Tekan butang ‘OK’ setelah selesai.

Seterusnya, gunakan ‘mouse’ dan klik pada ‘crawler’ tersebut hingga muncul garis merah seperti di atas. Gerakkan ‘crawler’ tersebut ke posisi yang sesuai dan pengguna boleh membesarkan saiz ‘crawler’ tersebut dengan menarik bulatan-bulatan kecil yang ada pada

(26)

25

Selepas berjaya membuat ‘crawler’, pengguna perlu memastikan ‘crawler’ tersebut bergerak

agar tidak statik sahaja. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menggerakkan ‘crawler’.

Pertamanya, klik pada menu ‘Crawler’ tersebut, dan ‘right-click’ pada menu tersebut. Cari menu yang tertulis ‘Filter’ seperti yang ditunjuk di atas.

(27)

26

Paparan ini akan muncul, di mana di sini ‘crawler’ ini boleh ditambah ‘effects’, iaitu ‘Scrolling

Effects’. Tekan pada butang ‘+’ yang di ‘highlight’ dibawah.

(28)

27

Paparan ini akan muncul. Teruskan tekan butang ‘OK’.

Seterusnya, paparan akan muncul seperti yang tertera di atas. Pastikan pengguna ‘tick’ pada menu ‘Loop’ yang tertera di atas.

(29)

28

Akhir sekali, pastikan pengguna perlu mengubah nilai pada menu ‘Horizontal Speed’ seperti di atas kepada 60.00, atau bergantung kepada pengguna berapa kelajuan ‘scrolling effects’ yang

(30)

29

2.6 Menukarkan Paparan OBS Studio kepada Studio Mode

Fungsi ini juga penting di dalam OBS Studio, kerana ianya akan memudahkan pengguna

untuk mengawal ‘livestream’ dengan lebih mudah serta tidak akan menimbulkan masalah.

Langkah-langkah untuk mengaktifkan ‘Studio Mode’ adalah seperti berikut.

Pertama sekali, pengguna perlu menekan butang ‘Studio Mode’ yang ada di bahagian bawah, di sebelah kanan, seperti yang dibulatkan di atas.

(31)

30

Seperti yang terpapar di atas, skrin di sebelah kiri merupakan ‘preview’ screen di mana penonton ‘livestream’ tidak akan nampak apa yang dipaparkan di skrin ‘preview’. Skrin di sebelah kanan merupakan ‘program’ screen, di mana paparan di skrin ‘program’ boleh dilihat

oleh penonton apabila ‘livestream’ bermula. Untuk menukar ‘view’ dari ‘Scene 1’ kepada ‘Scene 2’, tekan butang ‘Fade’ yang ada di antara ‘preview’ dan ‘program’ screen, seperti yang

dibulatkan di atas.

Selepas butang ‘Fade’ ditekan, ‘program’ screen akan bertukar ke ‘Scene 2’ dan penonton boleh nampak pertukaran ‘scene’ tersebut. Fungsi ini amat penting ketika ‘livestream’

(32)

31

2.7 Menambah ‘Window Capture’ di dalam ‘Scene’ dalam OBS Studio

Fungsi ini paling penting di dalam OBS Studio, kerana ianya bertujuan untuk memaparkan

‘live video conference’ yang mungkin melibatkan moderator serta panel-panel di dalam

aplikasi panggilan atas talian, seperti Google Meet, Zoom Meeting, Cisco Webex Meeting

dan banyak lagi di dalam ‘scene’ yang wujud di dalam OBS Studio. Contoh yang akan

digunakan ialah penggunaan Google Meet sebagai medium ‘live video conference’.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut.

Pertama, klik butang ‘+’ di bawah kotak kecil yang tertulis ‘Source’, dan cari nama menu ‘Window Capture’ seperti yang ditunjukkan di atas.

Seterusnya, paparan ini akan muncul seperti di atas, di mana pengguna boleh menukar namanya kepada ‘Google Meet’ atau mengikut kesesuaian pengguna.

(33)

32

Seterusnya, paparan ini akan muncul, dan pengguna perlu memilih ‘window’ yang ingin dipaparkan di ‘scene’, dengan memilihnya pada menu ‘Window’ seperti di atas. Kebiasaannya,

‘Window’ menu akan memaparkan secara automatik ‘window’ yang aktif di belakang OBS Studio. Selepas selesai, tekan butang ‘OK’.

Selepas itu, paparan skrin akan muncul seperti di atas. Seperti di atas, ‘Window Capture’ ini menangkap setiap paparan yang ada di ‘window’ tersebut. Jika pengguna mahu hanya memaparkan sebahagian dari ‘window’ tersebut, pengguna perlu ‘crop window’ tersebut.

(34)

33

Untuk ‘crop window’, pengguna perlu klik terlebih dahulu pada ‘Window Capture’ tersebut.

Seterusnya, pengguna perlu ‘hold’ butang Alt sambal menggerakkan ‘Window Capture’ tersebut untuk mengecilkannya hingga boleh nampak garis hijau boleh dilihat seperti di atas.

Selepas proses diatas dilakukan, hasil akhirnya akan menjadi seperti begini. ‘Window Capture’ ini boleh digerakkan mengikut kesesuaian.

(35)

34

Seperti yang anda lihat, hasil akhir setelah 2 ‘Window Capture’ telah ditambah di dalam

‘Source’ dan sudah di ‘crop’ dan telah disusun, ianya menjadi teratur dan kemas. NOTA: Jika secara tiba-tiba ‘Window Capture’ hilang dan tidak menunjukkan apa-apa, ‘right-click’ pada ‘Window Capture’ dan klik pada ‘Properties’. Seterusnya, klik pada menu ‘Window’

(36)

35

3.0 Kawalan Semasa ‘Livestream’ Berlangsung di OBS Studio

Selepas setiap ‘setup’ sebelum ‘livestream’ telah dibuat, sudah tiba masanya untuk

memulakan ‘livestream’ anda. Sebelum anda memulakan ‘livestream’, pastikan:

• ‘Stream Key’ sudah di ‘copy’ dan ‘paste’ di dalam ‘Settings’, di bawah menu ‘Stream’

• Program ‘livestream’ sudah dibuat dan dijadualkan di Facebook Page, dan pastikan

OBS Studio sudah dibuka sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu

‘livestream’ bermula dan butang ‘Start Streaming’ sudah ditekan dan sudah

muncul ‘LIVE’ di bawah sekali di dalam OBS Studio.

• Pastikan ‘Desktop Audio’ dan ‘Mic/Aux’ sudah di ‘MUTE” terlebih dahulu. Ketika

pertukaran ke ‘scene’ yang memaparkan moderator dan panel, ‘UNMUTE’

‘DESKTOP AUDIO’ sahaja jika moderator dan panel kedua-duanya berada di

dalam Google Meet / Zoom Meeting / Cisco Webex Meeting dan lain-lain.

3.1 Memulakan ‘livestream’ di OBS Studio

Jika ‘setup’ di OBS Studio sudah lengkap dan bersedia untuk ‘livestream’ (pastikan checklist di atas diikuti!), tekan butang ‘Start Streaming’ yang telah dibulatkan di atas.

(37)

36

Seterusnya, paparan ini akan muncul untuk memastikan pengguna memulakan ‘livestream’.

Tekan butang ‘Yes’.

Selepas itu, ‘livestream’ akan bermula dan pengguna boleh melihat jika ‘livestream’ sudah ke ‘Facebook Live’ atau tidak. Seperti di atas, bulatan pertama menunjukkan ‘livestream’ sudah

bermula, dan bulatan kedua menunjukkan kelajuan Internet dalam menghantar ‘feed livestream’ dari OBS Studio ke Facebook (atau medium penyiaran lain). Selepas itu, jika moderator dan panel sudah bersedia, pengguna boleh menekan butang ‘Fade’ yang berada di

antara ‘Preview’ dan ‘Program’ screen (pastikan ‘scene’ yang mempunyai ‘Window Capture’ sudah dipilih di ‘Preview’ screen terlebih dahulu) , dan ‘scene’ yang dipilih akan muncul di ‘Program’ screen. “UNMUTE” Desktop Audio dan moderator serta panel boleh mula bercakap NOTA!! : Pengguna DILARANG membuka ‘tab’ lain di belakang OBS Studio ketika ‘livestream’ berlangsung untuk mengelakkan ‘Window Capture’ memaparkan ‘tab’ selain Google Meet.

(38)

37

3.2 Mengakhiri ‘Livestream’ di OBS Studio

Setelah moderator dan panel sudah memberikan tanda bahawa ‘livestream’ akan berakhir,

pengguna perlu bersedia untuk “MUTE” Desktop Audio.

Setelah moderator dan panel sudah berhenti bercakap, “MUTE” Desktop Audio di Audio Bar (terletak di bar berwarna dan apabila ‘Desktop Audio’ sudah MUTE, logo ‘speaker’ berwarna

merah akan muncul). Seterusnya, tekan butang “FADE TO BLACK” untuk menggelapkan ‘livestream’ (terletak di antara skrin ‘Preview’ dan ‘Program’, di bawah butang ‘Fade’). Selepas

itu, tekan butang ‘End Stream’

Selepas itu, paparan ini akan muncul untuk memastikan pengguna ingin menamatkan ‘livestream’. Tekan butang ‘Yes’ dan ‘livstream’ akan tamat.

Selepas logo ‘LIVE’ telah hilang di bahagian bawah di dalam OBS Studio, ianya sudah selamat untuk menutup OBS Studio.

(39)

38

4.0 ‘Setup’ Selepas ‘Livestream’ di OBS Studio

• Setelah ‘livestream’ berakhir, anda boleh menutup OBS Studio kerana segala ‘setup’

yang dilakukan sebelum ini akan disimpan, KECUALI ‘Window Capture’. Apabila

anda membuka semula OBS Studio, pastikan anda klik pada menu ‘Window

Capture’ (atau nama Google Meet yang ditulis oleh pengguna), ‘right-click’ dan

pilih ‘Properties’. Ulang langkah seperti di point 2.7 dan ‘Window Capture’ akan

berfungsi semula.

• Semasa membuka semula OBS Studio, pengguna hanya perlu menukar gambar

poster mengikut ‘livestream’ pada waktu berikut (rujuk point 2.4)

• Pengguna juga perlu meng ‘edit’ ‘crawler’ di mana, pengguna perlu mengubahnya

mengikut tajuk ‘livestream’ pada hari tersebut. (rujuk point 2.5, dimana hanya

‘edit’ di dalam ‘text box’ yang sudah ada tulisan sahaja, tidak perlu untuk

melakukan proses ‘Scrolling Effects’ semula)

• Pastikan juga ‘Stream Key’ untuk ‘livestream’ pada hari tersebut sudah di ‘copy’

dan paste di dalam menu “Streaming” di bawah menu besar ‘Settings’. (rujuk

point 2.1)

Diharap ‘manual’ ini dapat membantu Tuan / Puan / Encik / Cik dalam

melaksanakan program ‘livestream’ di pelbagai medium media sosial agar

dapat memberikan manfaat kepada semua!

Yang baik datang daripada Allah S.W.T.

Yang buruk datang dari kekhilafan saya.

Referensi

Dokumen terkait

Perlakuan yang akan diuji adalah pengaruh perbedaan sistem aerasi meliputi kontrol, keramik, dan nano terhadap laju pertumbuhan bobot harian dan tingkat

Berdasarkan analisis data angket (kuesioner) diperoleh nilai kepraktisan penggunaan perangkat eksperimen menurut guru, alat eksperimen dan buku panduan penggunaannya

Berdasarkan nilai korelasi yang diperoleh, maka dapat disimpulkan bahwa secara simultan terdapat hubungan sedang dan bernilai positif antara modal kerja dan

Masalah umum dari penelitian ini adalah “Bagaimana gambaran mengenai pengaruh strategi pembelajaran aktif terhadap prestasi belajar siswa di SDN Tegalurung 2 Kecamatan

Secara umumnya, pada bahagian ini al-Marbawi meletakkan ayat al-Quran beserta terjemahannya di dalam bahasa Melayu pada bahagian atas halaman manakala perbahasan mengenai sesuatu

Proses komunikasi antara Nabi khidir as dan Nabi Musa yang memposisikan Khidir sebagai pendidik, sedangkan Musa sebagai peserta didik, memberikan contoh mengenai

Objek yang diteliti adalah infiltrasi pada lahan terbuka, semak belukar dan perkebunan karet dengan kelerengan 0 – 8%, 8 – 15% dan 15 – 25%.Peralatan yang digunakan

Penganut agama yang taat dan fanatistik menjalankan agamanya secara baik dan benar, disebabkan pengaruh kepercayaannya terhadap dirinya dapat menimbulkan