• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDEKATAN SENI INTERAKTIF DALAM KARYA CATAN. Mubd Rubaizat Brn Rusli

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENDEKATAN SENI INTERAKTIF DALAM KARYA CATAN. Mubd Rubaizat Brn Rusli"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PENDEKATAN

SENI INTERAKTIF DALAM KARYA

CATAN

Mubd Rubaizat

Brn

Rusli

Jjazab Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujiau (Seui Halus)

(2)

i

PENDEKATAN SENI INTERAKTIF DALAM KARYA CATAN

MUHD RUHAIZAT BIN RUSLI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Seni Halus)

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

(3)

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN JUDUL: Pendekatan Seni Interaktif dalam Karya Catan

SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya MUHD RUHAIZAT BIN RUSLI

mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakan √

Disahkan oleh :

________________________ _______________________ Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh : Tarikh:

Alamat Tetap:

No. 3D Kampung Carok Kapas, 09200 Kupang, Baling,

Kedah Darul Aman.

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

SULIT TERHAD

TIDAK TERHAD ReTETERHAD

Catatan: * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda * Jika Tesis/ Laporan SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

ii √

(4)

iii Pengakuan

Projek bertajuk ‘Pendekatan Seni Interaktif dalam Karya Catan' telah disediakan oleh Muhd Ruhaizat Bin Rusli dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus).

Diterima untuk diperiksa oleh:

_________________________ (En Anuar Bin Ayob)

Tarikh:

(5)

iv Pengesahan

Adalah ini diakui, saya Muhd Ruhaizat Bin Rusli disertai penulisan yang bertajuk ‘Pendekatan Seni Interaktif dalam Karya Catan' sebagai sebahagian dari keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dengan Kepujian Seni Halus diterima.

Disahkan oleh:

_________________________ (En Anuar Bin Ayob) Penyelia

(6)

v

PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya amat bersyukur kepada Allah kerana saya telah dapat menghasilkan karya Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini dengan jayanya. Seperti sedia maklum, penulisan bagi Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini merupakan keperluan dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Halus.

Saya ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Rusli bin Hassan dan Rusnah binti Ali, serta ahli keluarga yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan serta memberi sokongan moral selama saya menjalani pengajian di Universiti Malaysia Sarawak.

Jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, yang merupakan penyelia saya dalam Projek dan Penyelidikan Tahun Akhir ini iaitu Encik Anuar bin Ayob kerana banyak memberi tunjuk ajar dan motivasi kepada saya sepanjang pengajian. Selain itu, ucapan terima kepada pensyarah-pensyarah dari Jabatan Seni Visual dan Teknologi, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Halalkan segala ilmu yang ditelah dicurahkan selama saya berada di Universiti Malaysia Sarawak.

Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada juruteknik-juruteknik Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak, serta rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya menjayakan projek dan penyelidikan akhir ini. Jasa anda semua terhadap saya di sini sangat berharga dan tidak mampu saya membalasnya dengan kata-kata mahupun perbuatan.

(7)

vi

ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman

Halaman Tajuk………...………...i

Borang Pengesahan Status Tesis/Laporan………...………ii

Pengakuan dan Tandatangan Penyelia.………...iii

Pengesahan dan Tandatangan Penyelia.………...iiv

Penghargaan………...………....v Isi Kandungan………..……….vi Abstrak……….viii 1.0 Pengenalan...1 1.1 Penyataan Masalah………..……..2 1.2 Objektif Kajian………...2 1.3 Persoalan Kajian………...3 2.0 Kajian Literasi...4 2.1 Seni Interaktif…...………...……….4 2.2 Seni Catan...………7

2.3 Artis dan Karya Rujukan…..………8

3.0 Metodologi Penyelidikan...11

3.1 Pengenalan………..………11

3.2 Strategi Penyelidikan………..12

3.3 Pengumpulan Data………..……13

(8)

vii

3.3.2 Data Pemahaman Responden Tentang Karya Catan Interaktif……….16

3.3.3 Data Interaksi Responden Terhadap Karya………...17

3.3.4 Data Teknikal Karya………...……..18

4.0 Hasil Dapatan...19

4.1 Pendahuluan………..………...19

4.2 Karya Peribadi.………...…...20

4.3 Rumusan Maklumat Penerimaan Audien Terhadap Karya Catan Interaktif..22

4.3.1 Pemahaman Responden Tentang Karya Catan Interaktif …...…...22

4.3.2 Interaksi Responden Terhadap Karya………...…24

4.3.3 Teknikal Karya...………..……...27

5.0 Kesimpulan………...………...………29

Rujukan...31

(9)

viii ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengaplikasikan pendekatan seni interaktif dalam penghasilan karya catan. Interaktif bermaksud interaksi atau saling bertindak, manakala catan pula bermaksud lukisan (dengan cat). Pendekatan konsep interaktif dalam karya catan bertujuan untuk menghasilkan sebuah karya catan yang bersifat mesra pengguna. Pengkaji telah merujuk kepada dua orang artis sebagai sumber rujukan yang menekankan konsep interaktif dalam karya catan mereka. Berdasarkan dapatan kajian, maka terhasillah sebuah karya yang bertajuk 'Mai Duduk Sat' dengan menggunakan pendekatan seni interaktif dalam karya catan. Karya ini berinspirasikan perkongsian pengalaman kehidupan manusia dalam aktiviti seharian. Meja dan kerusi dipasang secara realiti pada karya adalah untuk memudahkan audien duduk dan saling berinteraksi bersama karya kerana penglibatan serta tindak balas audien memainkan peranan penting kepada sesebuah karya berbentuk interaktif. Penerimaan audien diterjemahkan berpandukan borang soal selidik yang telah diedarkan semasa karya dipamerkan. Kesimpulannya, karya catan interaktif ini bukan sahaja diterima audien yang terlibat malah ia dilihat mampu mewujudkan satu dimensi baru terhadap seni catan itu sendiri.

(10)

1 1.0 PENGENALAN

Penggunaan teknologi yang semakin pesat dalam penghasilan karya seni pada masa kini, namun kebanyakan penghasilan karya catan di Malaysia masih lagi bersifat konvensional. Menurut W. A. Thani, W. J. I. (2000) di dalam artikel beliau yang bertajuk Penerimaan & Pengiktirafan: Teknologi Elekrtonik Sebagai Alat dan Media Baru dalam Seni Visual, iaitu;

“terdapat ramai pengamal seni di Malaysia yang takut untuk melakukan anjakan evolusi minda.”

W. A. Thani, W. J. I. (2000)

Melalui petikan ini, pengkaji dapat merumuskan kebanyakan pengkarya seni Malaysia khususnya pengkarya seni catan masih lagi menghasilkan karya catan yang bersifat konvensional. Pengkarya seni catan di negara kita dilihat terlalu selesa menghasilkan catan berbentuk tradisional sehingga takut melakukan pembaharuan dalam bidang seni catan itu sendiri.

Jadi dalam kajian ini, pengkaji ingin menggunakan pendekatan seni interaktif untuk diaplikasikan ke dalam karya catan. Pada akhir kajian nanti, karya catan yang akan dihasilkan bukan hanya memberi kesan impak ilusi tetapi pada masa yang sama ianya menggalakkan audiens untuk berinteraksi dengan karya seni.

(11)

2 1.1 Penyataan Masalah

Catan sememangnya amat sinonim digantung dan dipamerkan di dalam galeri. Catan yang dihasilkan kebiasaannya bersifat statik iaitu hanya dihayati audien dengan pandangan mata dan emosi sahaja. Jarang sekali kita dapat melihat audiens menyentuh atau bertindak balas dengan karya catan itu sendiri.

Selain itu, kekurangan artis tempatan yang menghasilkan karya seni catan berbentuk interaktif di Malaysia memberi cabaran kepada pengkaji dalam menghasilkan karya catan interaktif. Oleh yang demikian, suatu karya catan interaktif perlu dihasilkan untuk memberi pembaharuan pada karya catan itu sendiri.

1.2 Objektif Kajian

Terdapat tiga objektif kajian yang telah dikenalpasti sebagai maklumat untuk mencapai penyelidikan yang dibuat. Objektif kajian ini bertindak sebagai penyelesaian terhadap permasalahan kajian. Objektif-objektif kajian tersebut ialah:

i. Memahami konsep seni catan dan sifat interaktif dalam karya.

ii. Menghasilkan sebuah karya catan yang dipersembahkan dalam bentuk interaktif.

iii. Merumuskan maklumat berkaitan penerimaan audien terhadap seni catan interaktif sebagai panduan penghasilan karya pada masa hadapan.

(12)

3 1.3 Persoalan Kajian

Persoalan kajian diterbitkan berdasarkan permasalahan yang telah dibincangkan. Antara persoalan yang dikenal pasti ialah:

 Mengapakah karya catan sedia ada perlu diperbaharui dengan mengaplikasikan konsep interaktif ke dalamnya?

 Bagaimanakah mengaplikasikan pendekatan seni interaktif dalam karya catan?

 Apakah penerimaan audiens terhadap karya catan interaktif?

(13)

4 2.0 KAJIAN LITERASI

2.1 Seni Interaktif

Menurut kamus dwibahsa Oxford Fajar (2001), interaktif berasal daripada kata dasar ‘interact’ yang membawa maksud saling bertindak, berbalas tindak dan berinteraksi. Manakala dalam kata sebenar, interaktif ia membawa makna bersifat interaksi.

Menurut Somerer, C. dan Mignonneau, L. (2009) dalam buku 'Interactive

Art Research', seni interaktif mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Seni

interaktif adalah genre baru yang lahir daripada perkembangan sains dan teknologi serta perkembangan intelektual manusia. Penggunaan komputer dan teknologi antaramuka yang dipraktikkan pada tahun 1960-an menandakan bermulanya seni interaktif. Hal ini boleh dirumuskan bahawa seni interaktif dipersembahkan apabila ia sesuai dan penonton sendiri mengambil peranan yang aktif dalam ruang karya seni.

Pada tahun 1966, Experiments in Art and Technology (E.A.T) telah ditubuhkan di oleh pengkarya seni iaitu Robert Raushenberg dan saintis Billy Kluver di Amerika Syarikat. Pertubuhan ini melibatkan kerjasama antara jurutera, saintis dan pelukis dalam membantu menghasilkan karya dengan mengaplikasikan teknologi baru. Perkembangan seni ini ini telah membawa kepada satu perubahan dalam persembahan dan aliran seni tampak di mana kepelbagaian elemen yang melibatkan kinetik, cahaya mahupun karya yang bersifat interaktif juga berjaya dihasilkan.

(14)

5

Pengkaji juga telah merujuk kepada penulisan ilmiah sebelum ini yang dihasilkan oleh Hwong King Hien yang bertajuk Aplikasi Seni Interaktif dalam Era Pasca Moden Seni Kontemporari Malaysia (2006), untuk lebih memahami tentang istilah interaktif. Berdasarkan penulisan beliau, Cornock dan Ernest Edmont yang merupakan artis dan saintis komputer England telah mengkategorikan seni interaktif ini kepada empat bentuk iaitu dalam bentuk Statik, Dinamik-Pasif, Dinamik-Interaktif, dan Dinamik-Interaktif (berubah).

Interaktif statik merujuk kepada karya seni yang tidak akan berubah pada bentuk asalnya. Ia tidak mempunyai interaksi antara satu sama lain dan hanya diperhatikan oleh audiens sahaja. Audien hanya boleh mendapat pengalaman secara psikologikal dan reaksi emosi secara peribadi melalui karya sebegini. Hal ini menjelaskan bahawa karya sebegini tidak mempunyai perhubungan dan tindak balas dengan audien. Keadaan ini sering berlaku di galeri-galeri seni dan muzium di mana audiens hanya boleh memerhati karya seperti catan atau cetakan, mendengar pita yang direkod dengan saling memberi pendapat atau perbincangan bersama mengenai karya yang dipamerkan.

Dinamik pasif merupakan karya seni yang memiliki sifat mekanisma dalaman yang membolehkannya berubah daripada bentuk asalnya atau diubahsuai mengikut faktor persekitaran seperti suhu, bunyi dan cahaya. Dalam hal ini, audien cuma bertindak pasif iaitu hanya memerhatikan karya sahaja tetapi tidak dapat bertindak balas secara fizikal.

(15)

6

Dinamik-interaktif pula memerlukan faktor tambahan iaitu manusia. Manusia atau audien berperanan sebagai pengaktif terhadap sesuatu karya seni yang pasif. Audien yang menyertai secara fizikal dapat membantu dalam persembahan karya ini.

Dinamik-interaktif (berubah) memerlukan 2, 3 agen dan ke atas untuk diguna pakai dalam mempengaruhi perubahan pada karya. Agen yang dimaksudkan ialah manusia atau program perisian. Persembahan dalam sistem ini tidak dapat diramal dan prosesnya mungkin memerlukan ruang yang besar. Ia adalah bergantung pada sejarah terhadap interaksi bersama dengan karya. Pengkarya tersebut perlu mengemaskini karya atau perisian daripada pengalaman yang dilalui dari masa ke semasa. Hal ini menunjukkan karya sebegini dapat dipersembahkan dalam bentuk yang pelbagai.

Berdasarkan pembacaan yang telah dibuat didapati istilah interaktif ini bukan hanya merujuk kepada kepada karya yang hanya menggunakan teknologi terkini, namun istilah ini juga boleh diguna pakai dalam karya seperti catan dan cetakan tetapi dipersembahkan dalam bentuk berbeza mengikut fungsi karya terhadap persekitaran audien.

(16)

7 2.2 Seni Catan

Menurut Kamus Dewan (2005), catan membawa maksud lukisan (dengan cat). Oleh itu catan merujuk kepada sebarang bentuk lukisan menggunakan cat. Catan boleh dihasilkan di atas pelbagai permukaan seperti kertas, kanvas dan permukaan yang luas seperti di dinding atau lebih dikenali sebagai mural.

Menurut Yenawine, P. (1995) dalam buku ‘Key Art Terms for Beginners’, catan merupakan proses membuat sesuatu gambar dengan menggunakan cecair melekit bercampur dengan pigmen berwarna di atas permukaan kertas, kanvas atau panel apabila ianya masih basah dan sehinggalah kering. Cat sering digunakan dengan berus, tetapi alat-alat lain seperti span, pisau palet, atau jari juga boleh digunakan.

Seni catan sememangnya telah lama wujud dan penghasilan awal catan telah dijumpai di dinding-dinding gua yang dihasilkan pada tamadun awal manusia lagi. Antara bahan-bahan yang telah digunakan dalam proses penghasilan catan pada zaman ini adalan terdiri daripada bahan-bahan semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada permukaan dinding gua.

Penghasilan catan di negara Eropah dikatakan bermula sejak zaman Renaissance, iaitu pada abad ke-16 lagi. Zaman ini merupakan zaman kemuncak penghasilan catan di Eropah. Pada zaman ini juga, lahirlah beberapa pengkarya seni yang terkenal seperti Leonardo da Vinci dan Michelangelo yang masing-masing menghasilkan karya mereka seperti 'Mona Lisa' dan 'God Separates the

(17)

8 2.3 Artis dan Karya Rujukan

Pengkaji memilih dua orang pengkarya yang menggunakan konsep interaktif dalam penghasilan karya catan sebagai rujukan. Artis rujukan yang dimaksudkan ialah Ernest Zacharevic dan Edgar Muller.

a) Ernest Zacharevic

Ernest Zacharevic merupakan seorang pelukis yang berasal dari negara Lithuania. Beliau pernah datang ke Malaysia untuk menghasilkan beberapa buah karya catan interaktif. Semasa beliau di Malaysia, beliau pernah ke negeri Pulau Pinang, Perak serta Sarawak untuk menghasilkan beberapa buah karya catan interaktif.

Karya 'Little Children on a Bicycle', (2012) dalam Figura 1 oleh Ernest Zacharevic merupakan sebuah karya catan interaktif yang telah dihasilkan di Georgetown, Pulau Pinang. Karya ini yang memaparkan imej dua orang kanak-kanak yang menaiki sebuah basikal pada dinding bangunan lama. Imej yang dihasilkan oleh beliau adalah berkaitan dengan cara hidup masyarakat tempatan yang diperoleh daripada pengalaman beliau selama berada di Malaysia.

Beliau telah memasang sebuah basikal secara realiti pada catan yang berada di permukaan dinding bangunan. Hal ini kerana bagi memudahkan audien berinteraksi bersama karya yang beliau hasilkan.

(18)

9

Figura 1

Ernest Zacharevic Little Children on a Bicycle

2012

b) Edgar Muller

Edgar Muller telah dilahirkan di Mulheim, dan dibesarkan di bandar Straelen, Jerman. Semasa beliau berusia 25 tahun, beliau mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam street painting (lukisan jalanan). Beliau adalah seorang pengkarya yang sentiasa mahu melihat sesuatu yang baru dalam penghasilan karya beliau.

(19)

10

Figura 2 menununjukkan salah satu karya Edgar Muller yang bertajuk

'Lava Burst', (2008) yang dihasilkan semasa 30th of the International Street Painting Festival di Geldern, Jerman. Beliau telah menghasilkan karya yang

bersaiz besar serta menampakkan kesan ilusi 3 dimensi pada karya ini. Dalam karya ini beliau telah memaparkan suasana apabila muncul malapetaka, pada masa yang sama audien juga dapat berinteraksi bersama karya yang dihasilkan.

Figura 2 Edgar Muller

Lava Burst 2008

(20)

11 3.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

Kajian yang dijalankan ini menekankan kepada kajian kualitatif dan kuantitatif. Tujuan kajian kualitatif adalah untuk menggariskan kepentingan campuran antara pendekatan seni interaktif dalam penghasilan karya catan. Kaedah kajian ini diperolehi melalui pemerhatian terhadap karya-karya dan melalui pembacaan yang dibuat bagi mendapatkan pelbagai maklumat tentang rujukan karya. Pemerhatian telah dilakukan terhadap subjek, kaedah dan cara yang dilakukan oleh pengkarya. Selain itu, kajian melalui pembacaan yang berkaitan dengan pendekatan konsep kajian dan contoh karya yang berkaitan dengan kajian telah dibuat. Semua data yang dikumpulkan akan memberi dorongan melanjutkan kajian.

Kajian kuantitatif pula untuk melihat penerimaan masyarakat terhadap pendekatan seni interaktif dalam karya catan. Data kajian diperolehi daripada borang soal selidik dan perbincangan kumpulan berfokus menentukan kepada keperluan kuantitatif. Kajian kuantitatif atau kaedah kajian yang berstruktur soal selidik dan perbincangan yang berangka. Selain memudahkan maklum balas daripada responden, kaedah penggunaan kertas soal selidik juga adalah lebih tepat dan memudahkan mendapat maklumat dalam bentuk angka yang boleh dijadikan sebagai data. Semua data yang diperoleh diolah untuk mencapai matlamat utama kajian.

(21)

12 3.2 Strategi Penyelidikan

Pengumpulan data sekunder merupakan salah satu kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat yang betul tentang sesuatu perkara bagi menjayakan proses penyelidikan yang dilakukan. Kebanyakan hasil rujukan diperolehi daripada perpustakaan universiti iaitu Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), Universiti Malaysia Sarawak. Pembacaan dan penilaian telah dibuat bagi memperolehi maklumat dengan lebih mendalam.

Selain itu, penggunaan laman sesawang juga turut dijadikan sebagai rujukan bagi memantapkan lagi maklumat dan data berkaitan kajian. Selain buku rujukan, pencarian maklumat yang berkaitan dengan konsep kajian serta artis rujukan dalam kajian yang sama turut dirujuk. Namun, setiap maklumat yang diperolehi daripada laman sesawang ditapis terlebih dahulu untuk mengelakkan maklumat diperoleh tidak tepat.

Sebuah karya catan interaktif akan dihasilkan dan dipamerkan semasa pameran Cetusan Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) Universiti Malaysia Sarawak. Karya ini dipamerkan untuk mendapat maklum balas daripada responden. Borang soal selidik telah disediakan untuk mendapatkan maklum balas secara tepat. Responden adalah audien yang datang melawat galeri terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan bidang. Borang soal selidik telah diedar kepada audien yang berinteraksi dengan karya.

Seramai 50 orang responden dipilih untuk mengisi borang soal selidik yang telah diedar. Pengumpulan hasil maklum balas dapat dijadikan maklumat untuk

(22)

13

mengetahui secara umum tentang pengetahuan dan penerimaan audien terhadap pendekatan seni interaktif dalam karya catan.

3.3 Pengumpulan Data

Pengumpulan data primer diperolehi melalui proses soalan kaji selidik. Soalan kaji selidik dijalankan semasa pameran Cetusan Pelajar Tahun Akhir (CIPTA) di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Soalan ini diedarkan kepada penonton yang datang berinteraksi dengan karya semasa pameran berlangsung. Responden terdiri pengunjung seni yang hadir ke galeri semasa pameran ini. Borang soal selidik telah membantu pengkarya mendapatkan data yang diperlukan. Lokasi yang dipilih adalah strategik kerana matlamat utama kajian adalah untuk berkongsi pendapat daripada pengunjung yang datang semasa pameran berlangsung. Melalui kajian yang dibuat, menunjukkan bahawa reaksi audien dengan karya amat berkait rapat. Pengunjung merupakan watak utama yang membantu karya berfungsi dan aktif. Tanpa penglibatan mereka sesebuah karya interaktif akan dianggap gagal.

Pengkaji memperolehi maklumat semasa karya seni catan interaktif dipamerkan selama lima hari di UNIMAS. Pengunjung yang datang ke galeri terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan bidang telah di temu ramah. Beberapa soalan berkaitan pengetahuan mereka tentang seni telah ditanya. Hasil dapatan daripada responden lebih tertumpu kepada seni catan dan konsep interaktif.

(23)

14 3.3.1 Data Latar Belakang Responden

Bahagian A

Jantina Kekerapan

Lelaki 23

Perempuan 27

Jumlah 50

Jadual 3.1: Bilangan responden mengikut jantina

Umur Kekerapan

20 tahun ke bawah 3

21 -25 tahun 41

26 - 30 tahun 2

31 – 40 tahun 3

40 tahun dan ke atas 1

Jumlah 50

(24)

15

Tahap Pendidikan Kekerapan

Sekolah Rendah 0 Sekolah Menengah 3 Diploma 6 Sarjana Muda 34 Sarjana 6 Doktor Falsafah 1 Jumlah 50

Jadual 3.3: Bilangan responden mengikut tahap pendidikan

Status Kekerapan

Pelajar 46

Bukan Pelajar 4

Jumlah 50

Gambar

Figura  2  menununjukkan  salah  satu  karya  Edgar  Muller  yang  bertajuk  'Lava  Burst',  (2008)  yang  dihasilkan  semasa  30 th  of  the  International  Street  Painting  Festival  di  Geldern,  Jerman

Referensi

Dokumen terkait

9 tahun 2012 tentang Jenis dan Tarif atas Jenis Penerimaan Negara Bukan Pajak yang Berlaku pada Kementerian Energi dan Sumberdaya Mineral. • Pasal 14 : seluruh penerimaan negara

Pada aspek I pra pembelajaran memperoleh skor 2,50 sedangkan pada aspek II yaitu Membuka pembelajaran memperoleh skor 3,00, pada aspek III kegiatan inti

Pemilihan urutan pengajaran inisial dan final untuk bahan ajar bahasa Mandarin tingkat sekolah menengah atas sebaiknya mengacu pada standar baku, yaitu berdasarkan tipe suara

Penilaian kinerja yang akan diusulkan akan dibandingkan dengan Daftar Penilaian Pelaksaan Pekerjaan (DP3) dari segi skala, kriteria dan manfaat sehingga penelitian

Hasil uji kelayakan oleh siswa pada skala perorangan diperoleh persentase kelayakan angket 89,72% dengan kategori sangat layak, yang artinya LKS IPA Terpadu

Pada akhir siklus pertama dari hasil pengamatan peneliti dan kolaborator dapat dilihat bahwa siswa belum terbiasa mengikuti pembelajaran dengan menggunakan model

Berdasarkan perhitungan effect size tersebut dapat disimpulkan bahwa pembelajaran dengan menerapkan pendekatan terjemahan pada pembelajaran menyelesaikan soal cerita

Langkah-langkah dalam STAD terdiri dari 7 tahap yaitu (1) Guru menjelaskan materi pembelajaran; (2) Guru membentuk kelompok belajar terdiri dari 4-5 orang secara