• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOLEKSI PANTUN 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KOLEKSI PANTUN 2015"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Amalan Budi Bahasa

[S] Terbang tinggi burung jentayu Hinggap di balik pokok payang

Bunga kembang akan layu Budi baik bilakan hilang?

[J] Pergi ke kebun menanam halia Halia ditanam jejaka perkasa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa

Sekolahku Duniaku

[S] Terbang rendah si burung tempua Hinggap bertamu di pohon dedalu Sekolah ialah rumah kedua

Mengapa perlu dikunjung selalu? [J] Terbang tinggi si burun tempua Semakin jauh mengikut haluan Sekolah penting kepada semua Untuk menimba ilmu pengetahuan

Malaysiaku Gemilang

[S] Lebat sungguh rumpun semalu Tumbuh tinggi pohon lalang Imej negara dijaga selalu

Bagaimana martabat Malaysia dijulang [J] Harum sungguh bau kasturi

Lama dipakai sukar nak hilang Pelbagai bidang kita terokai

Negara Malaysia menjadi gemilang

Malaysiaku Indah

[S] Sedap sungguh lagu keroncong Suara merdu indah kurnia

Malaysia ramai dikunjung pelancong Mengapa indah di mata dunia? [J] Pohon kedondong pohon cermai Tanam di tepi rumpun selasih Negara tercinta aman damai Malaysia indah suasana bersih

Kepentingan IT

[s] Indah sungguh pohon gaharu Baunya wangi sewangi kasturi Internet penghancur generasi baharu Bagaimana mungkin jadi begini? [J] Tebang buluh beruas-ruas Dibuat lemang berbuka puasa Media massa datang meluas Internet penyiar berita semasa.

Gaya Hidup Sihat

[S] Pergi ke sungai menaiki sampan Sampan diukir cantik berpahat Generasi muda menjadi harapan Apakah faedah gaya hidup sihat? [J] Bunga mawar mekar indahnya Lalu dipetik sang putera

Aktiviti sukan banyak faedahnya Badan sihat hidup sejahtera

Ibu Mithali

[S] Indah namanya si burung kiwi Duduk berteduh di pohon angsana Ibu mithali gelaran pertiwi

Tetapi mengapa diabai sahaja? [J] Buah labu di dalam raga Enak rasanya dibuat bingka Kasih ibu sampai ke syurga Walau hatinya sering terluka

Batik Malaysia

[S] Bunga anggerik tumbuh di hutan Dipetik orang jual di pekan

Batik Malaysia menjadi pilihan Bagaimana hendak mempromosikan? [J] Bunga anggerik bunga raya Bentuknya cantik indah kurnia Batik Malaysia indah bergaya Boleh diketengah persada dunia

(2)

Makanan Tradisional

[S] Banyak tikus mati dimakan Dek disambar si burung hantu

Makanan tradisional makin dilupakan Mengapa boleh terjadi begitu? [J] Tumbuh merimbun pohonan buluh Ambil bersama seikat rotan

Masyarakat kini mudah terpengaruh Makanan barat menjadi ikutan

Sayangi Warga Emas

[S] Cantik sungguh mahkota kurnia Dipakai bersama cincin suasa Warga emas nilam dunia Mengapa perlu dijaga sentiasa? [J] Ambil durian dibuat serawa Mengikut resipi zaman dahulu Warga emas warga istimewa Perlu dijaga dirapi selalu

Industri Tani

[S] Buah mangga buah kuini Sudah masak dipetik selalu Masyarakat dulu menguasai tani Masyarakat kini mengapa berlalu? [J] Ikan ditangkap si anak tani Hendak dijual di pekan sehari Masyarakat dahulu pandai bertani Kerana teknologi menguasai diri

Perubatan Tradisional

[S] Pohon sena besarnya dahan Reput dahan jatuh bersilang Perubatan moden menjjadi pilihan

Perubatan tradisional kemana menghilang? [J] Terbang tinggi si burung helang

Lalu hinggap di pohon remia

Perubatan tradisional kian menghilang Perubatan moden menguasai dunia

Alam Sekitar

[S] Cenderawasih terbangnya rendah Peliharaan puteri dibuat temannya Persekitaran bersih negara indah Kepada diri apa pentingnya? [J] Bunga selasih di petik nyonya Kaki terpijak duri semalu

Persekitaran bersih banyakk faedahnya Badan sihat ceria selalu

Pendidikan Sepanjang Hayat

[S] Hendak dimasak si ikan tuna Kurang pedas pipiskan lada Belajar tidak kira dimana Mengapa penting ilmu di dada? [J] Pagi hari ke padang Temu Singgah memasak daging serunding Banyak harta tak ada ilmu

Bagai rumah tidak berdinding

Dunia Tanpa Sempadan

[S] Langguni pahit tumbuh di taman Angsana pula tumbuh di kota

Dunia terbuka tanpa sempadan Apa kesannya pada negara?

[J] Berakit ke hulu dengan bergalah Galah pecah terbelah dua

Dunia terbuka banyak faedah Malaysia makmur rakyat sejahtera

Berjimat Cermat

[S] Indah sungguh bunga seroja Siap sedia untuk disunting Masyarakat kini boros berbelanja Jimat cermat mengapa penting? Masak meranum buah ara Jatuh sebiji di atas papan Jikalau berjimat setiap perkara Pasti terjamin masa hadapan

(3)

Menghargai Masa

[S] Pagi-pagi pergi ladang Kaki terpijak duri semalu

Masa diumpama tajamnya pedang Hargai masa bagaimana perlu? [J] Sukan berdayung sama sertai Singgah sebentar memetik duku Masa tiba perlu dihargai

Menepati waktu prinsip hidupku

Inflasi

[S] Harum mewangi si bunga tanjung Anak raja di taman larangan

Harga barang kian melambung Apa punca jadi demikian? [J] Buah rambutan banyak diikat Hendak dijual di waktu pagi Harga barang kian meningkat Kerana permintaan terlampau tinggi

Nilai Murni

[S] Rama-rama berwarna-warni Hinggap sebentar di pohon selasih Andai diterap nilai murni

Mengapa biadap wujudnya masih? [J] Kedidi angsa punai kenari Bebas bernyanyi di tepi paya Budi bahasa dan nilai murni Asas harmoni sejahtera budaya

Budaya Tradisional

[S] Cantik sungguh berbaju songket Tampak indah berseri rupa

Tarian zapin tarian joget Mengapa kini kian dilupa? [J] Dayung perahu tuju haluan Perahu pecah karamnya jangan Budaya barat menjadi pilihan Adat susila menjadi sanjungan

Minda Kelas Pertama

[S] Pagi-pagi memetik pulasan Bawa raga bersama-sama

Pelajar menjadi cermin wawasan Bagaimana mencorak minda kelas pertama?

[J i] Burung punai hinggap di tangkai Kembali terbang tidaklah lama Minda kelas pertama boleh dicapai Jadikan membaca amalan utama [J ii] Merdu sungguh bunyi kecapi Air mata jatuh menitis

Dasar pelajaran tersusun rapi Remaja di didik berfikir kritis

Semangat Patriotik

[S] Terbang tinggi si burung helang Berenang di tasik sekawan itik Jati diri remaja kian menghilang

Bagaimana memupuk semangat patriotik? [J] Berenang di tasik sekawan itik

Anak semilang di tapak tangan Demi memupuk semangat patriotik Hayati bersama lagu kebangsaan

Kitar Semula

[S] Pohon anggur tumbuh di ara Tumbuh meliar si bunga rumput Kitar semula agenda negara Mengapa sukar untuk disahut? [J] Pergi ke hutan membawa parang Hendak menebas si pohon palas Kitar semula dilupa orang Kerana manusia terlalu malas

(4)

Masyarakat Prihatin

[S] Rama-rama hinggap di dahan Hinggap di dahan pohon kuini Bayi dibuang tanpa kasihan Mengapa demikian jadi begini? [J] Sibuk mengail si ikan keli Keli dikail di pagi hari Gejala sosial banyak sekali Kerana nafsu menguasai diri

Remaja Memimpin

[S] Indah berkelip bintang kejora Dari jauh tampak kelihatan Remaja wawasan harapan negara Apakah prinsip yang diinginkan? [J] Anak melayu pandai berdrama Berbaju melayu segak bersampin Negara maju meningkat nama Mencermin akal minda memimpin

Kebersihan Diri

[S] Masuk ke hutan membawa parang Membawa nasi buat bekalan

Kebersihan diri perlu dijaga Mengapa perlu dijadi amalan? [J] Bunga melur saya kalungkan Buat semua handai taulan Mengapa ia perlu diamalkan Kerana kebersihan dituntut Tuhan

Keselamatan Jalan Raya

[S] Buah tempatan sedap dimakan Enak durian dari rambutan

Pemanduan berhemat sangat diperlukan Mengapa perlu menjadi ikutan?

[J] Pagi hari mudik ke pekan Singgah ke pantai membeli gamat Pemanduan berhemat sanga diperlukan Pandu cermat jiwa selamat

Makanan Seimbang

[S] Pasang meriam berdas-das Jatuh terbakar di tengah pekan Badan sihat otak cerdas Bagaimana mahu dikekalkan? Terbang melayang burung merpati Makan seekor anak tenggiri Piramid makanan perlu diikuti Untuk menjamin kesejahteraan diri

Pakaian Tradisional

[S] Pokok bakau tumbuh di paya Lalu diambil dibuat benda Malaysia kini gah bergaya

Mengapa menjadi pilihan ibunda? [J] Burung ketitir indah namanya Terbang tinggi di atas padang Pakaian tradisional banyak rupanya Sedap sekali mata memandang

Warisan Sejarah

[S] Cantik menawan puteri bergajah Manik bersulam indah peraga Cukup terseksa hidup terjajah Mengapa merdeka tidak terjaga? [J] Pokok kesum di tepi telaga Pawana bertiup di pagi hari Warisan sejarah perlu dijaga Agar generasi teguh jati diri

Peranti Komunikasi

[S] Burung tempua hinggap di dahan Sambil bersiul mencari teman

Laman sesawang menjadi pilihan Mengapa rosak generasi sezaman? [J] Tampan sungguh si anak raja Gagah perkasa menunggang kuda Video lucah pilihan remaja Meracun minda generasi muda

(5)

Pusingan 1 (SMK Taman Selasih)

Tema: Rukun Negara (jual)

Bintang bertalur malamnya pajang

Terang bintang dipancar bulan

Rukun negara menjadi tunjang

Mengapa hidup bebas menjadi

pilihan?

Tema: 1 Malaysia (beli)

Pergi ke pekan naik pedati

Kuda berlari deras dipacu

Pelbagai kaum hormat menghormati

Agar negara terus di mercu

Pusingan 2 (SMK )

Tema: Pengaruh Iklan (jual)

Kumbang terbang bersama unggas

Unggas bermain di dalam hutan

Media massa kian meluas

Mengapa boros mejadi ikutan?

Tema : Jualan Murah (beli)

Mawar merah kembang mewangi

Dipetik dara sering dipuja

Jualan murah sering dikunjungi

Tekad diri hemat berbelanja

Referensi

Dokumen terkait