• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3 PERSIARAN BUKIT UTAMA, BANDAR UTAMA PETALING JAYA SELANGOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3 PERSIARAN BUKIT UTAMA, BANDAR UTAMA PETALING JAYA SELANGOR"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3 PERSIARAN BUKIT UTAMA, BANDAR UTAMA

47800 PETALING JAYA SELANGOR

MESYUARAT AGUNG PIBG BIL/10 2011/2012 TARIKH : 19 FEBUARI 2011

MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : DEWAN SMKBU 3 Kehadiran : (Guru)

1. Pn. Azizah Bt. Yusoff 2. Pn. Misliah Bt. Kulop 3. En. Mah See See 4. En. Wong Tzyy Yu

5. Pn. Salawati Bt. Ahmad Ghazali 6. Pn. Haniza Bt. Abd Rahman 7. Pn. Zaharah Bt. Hamzah 8. Pn. Tan Soa Tiam 9. Pn Jamilah Bt Mohamed

10. Cik Rajeswari A/P Sinnakoundan 11. Cik Harmaizan Bt. Abdullah 12. En. Abdul Kohar B. Ahmad Zahid 13. Pn. Aiton Bt Wahab

14. En. Amer B. Ain 15. En. Bong Joo Ping 16. Pn Chan Mei Chow 17. Pn. Choo Saw Khim 18. Cik Fatima M.Lopez

19. Pn. Gajathiswari A/P Vejian 20. Pn. Gan Ah Gen

21. Cik Hasniraiza Bt Abdullah 22. Pn. Hoo Lee Peng

23. Pn. Intan Zaharah Bt. Abd Rahim 24. En. Jam Arif B. Abd Wahab 25. Pn. Juliana Patsy Lucas Sadin 26. Pn. Kee Geat Hong

27. Pn. Kuah Mei Gaik 28. En. Lim Chee Hong 29. Pn. Ling King Yen

30. Pn. Malini A/P L.Mohanandas 31. Cik Mardiah Bt. Yusof

32. Pn. Mastura Bt. Buang 33. Cik Najwa Bt. Khasim 34. Pn. Nazima Bt. Abu Naim 35. Pn. Neoh Kim Nai

36. Pn. Nik Rosmalihana Bt. Nik Mustapa 37. Pn. Noor Suzina Bt. Saiful Yazan

(2)

38. Pn. Noor Zaida Bt. Mohd Zaidi 39. Pn. Nor Azlina Bt. Hawari

40. Cik Noraziah Anina Bt Mohd Rashid 41. En. Norhadi B. Muhammad Husin 42. Pn. Norhani Bt. Remeli

43. Pn. Nor Hayatul Hassanah Bt. Mohd Noor 44. En. Parandaman A/L M.Andy

45. Pn. Phay Hean Heng

46. Pn. Rosashima Bt. Abd Rahim 47. En. Rozaimi B. Che Soh 48. Pn. Rozita Bt. Sulaiman 49. Pn. Sabrina Bt. Mohd Rafai

50. Pn. Shairatul Asrina Bt Kamaruddin 51. Pn. Siti Hasmah Bt. Haron

52. Cik Siti Nor Hafizah Bt Mohd Salleh 53. Pn. Suzana Bt. Mohamed

54. Pn. Tan Chooi Peng

55. Pn. Wan Nafisah Bt. Wan Ismail 56. Cik Yeow Kon Tai

57. Cik Yow Yoke Kwan 58. Pn. Zaharani Bt. Ghani 59. Pn. Zakiah Bt. Zakaria 60. Pn Zarinah Saik Ibrahim 61. Pn Zuridah Bt Yusof 62. Cik Haniza Bt Sartijan 63. En Izzar B. Idris 64. Cik Suhaila Bt. Mat

65. Cik Suzy Bt Rahim@Abdul Rahim 66. Cik Azidah Bt. M.Tajuddin

67. Cik Lenny anak Joseph Agong 68. Cik Nor Nadhirah Mazlan 69. Cik Nurul Amirah Nasir 70. Cik Nur Azlin Azman

71. Cik Nur Wahida Zainal Kamarudin

72. Datin Tan Kok Suan (Pertandingan Robotik) 73. Pn. Asmani Bt. Morad (Pertandingan Robotik) 74. En. Mohd Idaham B. Ibrahim (Kursus Pengakap) 75. Cik Yusniza Bt. Ahmad (Pertandingan Robotik) Tidak Hadir

1. Pn Foo Pei Jiun (Cuti Bersalin) 2. Cik Hazlinda Bt. Zaidi (CRK) 3. Pn. Kuah Mei Gaik

4. Pn. Norli Bt. Abdul Ranee (Cuti Bersalin) 5. Cik Pearl Yeong Huoy Min (CRK) 6. Pn. Suhaila Bt. Idris (Cuti Sakit)

(3)

Kehadiran Ibu Bapa

1. En Adnan Hassan 2. Pn. Zurina Ayu 3. Dr Azman Ariff 4. En. Abdull Aziz Ismail 5. Pn. Sheiron Akmal Ismail 6. En. Taha Sheikh Mohammad 7. En. Zed Zariman Zulkifli 8. Pn.Yati Muhamad 9. Pn. V.Suris

10. En. Chen Lee Siong 11. En. Anthony Ng 12. Pn. Soo May Leng 13. Pn. Ng Ping Onn 14. En. Lim Jit Yoong 15. En. Ng Lee Kheng 16. En. Ringo Kaw 17. Pn. Shirley Chua 18. Pn. Tan Soa Tiam 19. En. P.Udayakumar

20. En. Zulkifli Mohamad Noor 21. Pn. Suzana Mohamed 22. Pn. Haniza Abd Rahman 23. Pn Salawati Ahmad Ghazali 24. En. Jamaludin Non

25. En. Parandaman A/L M.Andy 26. Pn. Shireen

27. Pn. Too Bee Lian 28. Pn. Gan Ah Gen 29. Pn. Zaharani Ghani 30. En. Yap Yeng Hong 31. En. Lee Yoke Hock 32. En. Lum Weng Fook 33. En. Sieh Chong Lim 34. Pn. Melinda Chang

35. Pn. Noor Zaida Mohd Zairi 36. En. Lee Wai Kay

37. Pn. Jessica

38. Pn. Neoh Kim Nai 39. Pn. Saw Su Kee 40. En. Simon Khor 41. En. Ho Wai Yee 42. En Yap Swee On 43. Pn. Wang Swee Yeong 44. En. Khidhir Zakaria 45. En. Nik Badrul Hisham 46. En. Sabaruddin

47. Pn. Normala 48. Pn. Patricia Roberts

(4)

49. Asp Andrew Veno 50. En Yeoh Hai Yong 51. En. Baithma Jothi 52. En. Neo Soon Aw Catatan Mesyuarat

1.0 Ucapan Penasihat PIBG

Pengetua SMKBU3 Pn Azizah Bt Yusoff selaku penasihat PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir walaupun jumlah kehadiran ibu bapa tidak sampai 100 orang. Beliau memanjatkan rasa syukur kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-10 memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir beliau berkhidmat di SMKBU 3. Pn Azizah memaklumkan bahawa beliau akan bersara pada awal tahun 2012.

1.1 Pelajar dan Kakitangan Sekolah

Beliau memaklumkan SMKBU 3 telah berusia 10 tahun dan jumlah pelajar pada tahun ini telah meningkat kepada 1362 orang, dengan jumlah kelas sebanyak 37 kelas termasuk satu kelas tingkatan peralihan. Berdasarkan keputusan peperiksaan tahun 2010, SMKBU 3 berada pada tahap 189 daripada 2900 buah sekolah menengah di Malaysia dan telah dicadangkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah sebagai salah sebuah sekolah SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi) pada tahun 2012. SMKBU 3 juga telah ditawarkan untuk mengadakan kelas tingkatan enam dan pihak sekolah telah menerima tawaran tersebut.

Sekolah mempunyai seramai 71 orang guru terlatih termasuk 4 orang guru GSTT dan 10 orang kakitangan sokongan. Walaupun pihak sekolah baharu saja menerima dua orang guru baru, tetapi pihak sekolah masih lagi memerlukan 4 orang guru terutama bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Pada masa yang sama, 3 orang guru termasuk 2 orang guru Bahasa Melayu akan bersalin dalam masa terdekat dan akan bercuti selam 90 hari. Ini menambahkan lagi masalah kekurangan guru kerana PPD tidak mempunyai peruntukan untuk menyediakan guru ganti. Disamping itu, pihak sekolah juga memerlukan 2 orang pembantu makmal. Kekosongan guru ini perlu dipenuhi dengan segera kerana Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan dua mata pelajaran teras. Pengetua memaklumkan bahawa masalah kekurangan guru bukan sahaja dihadapi di SMKBU 3 malahan merupakan masalah di semua sekolah di daerah Petaling. Daerah Petaling memerlukan seramai 90 orang guru Bahasa Melayu. Beliau berjanji untuk mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

1.2 Keputusan PMR

Keputusan PMR 2010 telah mencapai prestasi yang cemerlang dan membanggakan dengan peningkatan dari segi peratus, kualiti dang gred purata sekolah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tahun 2010 telah mencatatkan gred purata sekolah terbaik iaitu 1.79. Seramai 29 pelajar mencapai semua A. Walaupun jumlah pelajar mencapai semua A berkurang, tetapi dari segi pencapaian SMKBU 3 berada pada tahap ke 5 daripada 27 buah sekolah di daerah Petaling Utama. Salah satu sebab penurunan jumlah pelajar mencapai semua A adalah tidak mencapai A dalam

(5)

subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Cina. Ini berkaitan dengan masalah kekosongan guru Bahasa Melayu yang dihadapi oleh pihak sekolah. Oleh sebab itu pihak sekolah akan berusaha untuk mendapatkan guru-guru tersebut.

Ucapan syabas dan tahniah kepada pelajar, ibu bapa, pentadbir, guru dan barisan AJK PIBG yang membantu kejayaan pelajar-pelajar serta menjadikan SMKBU 3 sebuah sekolah yang cemerlang. Semoga kejayaan ini dapat dipertingkatkan pada masa hadapan. Setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk melahirkan warga pelajar yang berjaya. Beliau berharap agar keputusan peperiksaan SPM yang akan diumumkan tidak lama lagi juga bakal mencatat keputusan cemerlang kerana SMKBU 3 merupakan salah sebuah sekolah terbaik di daerah Petaling Utama berdasarkan keputusan SPM 2010.

1.3 Program Peningkatan Prestasi

Untuk mengekalkan prestasi cemerlang, pelbagai program peningkatan prestasi telah dirangka sedemikian rupa dan dijalankan bukan sahaja di peringkat sekolah malahan di peringkat daerah, jabatan dan negeri. Program PATS dan Headcount merupakan program yang sangat bagus yang mana keberkesanannya dapat dilihat melalui peningkatan keputusan peperiksaan UPSR dan PMR di peringkat negara.

Persediaan akademik yang sempurna sangat penting bagi pelajar sebelum menghadapi peperiksaan. Antara program yang dijalankan pada tahun 2010 di peringkat negeri Selangor adalah peperiksaan setara, manakala di peringkat sekolah, program akademik yang dijalankan adalah “Intensive Revision Class”(IRC), kelas PECUTAN dan kelas jadual anjal di samping program motivasi dan teknik menjawab. Bagi pengisian rohani, program solat hajat dan bacaan yasin diadakan khas bagi pelajar Islam. Pelajar bukan Islam juga mengadakan acara keagamaan mereka di rumah ibadat masing-masing. Majlis restu ilmu juga diadakan sebelum pelajar menghadapi peperiksaan.

Setiap program yang dijalankan semestinya memerlukan pengorbanan dari segi masa dan kewangan. PIBG perlu berkorban dari segi kewangan kerana perbelanjaan yang besar diperlukan untuk bayaran kertas peperiksaan, fotostat dan reso. Harga dakwat pula meningkat sebanyak 25%. Selain sumbangan PIBG, pihak sekolah juga menggunakan duit sumbangan kerajaan (SUWA & PCG) dan bayaran tambahan pelajar semaksima yang mungkin untuk program-program yang dijalankan di sekolah. Bayaran RM20 dikenakan bagi setiap calon PMR dan SPM bagi menampung semua aktiviti yang dijalankan di sekolah. Jumlah RM20 dikenakan adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah aktiviti yang dijalankan.

.

1.4 Kegiatan Kokurikulum

SMKBU 3 juga cemerlang dalam kokurikulum sepanjang tahun 2010. Antaranya dalam bidang sukan iaitu bola keranjang. (rujuk buku program m/s 19-22) Kejayaan kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan sebagai johan telah menjadikan pasukan sekolah sebagai medium perkongsian pintar dengan sekolah swasta yang lain dalam bidang sukan termasuk sekolah Sri Sedaya dan Kolej Damansara Utama. Beberapa orang pelajar SMKBU 3 telah memenangi hadiah biasiswa yang telah ditawarkan oleh KDU berikutan kejayaan tersebut. Ibu bapa juga digalakkan untuk memberi sokongan padu kepada anak masing-masing bergiat cergas dalam bidang sukan. Bola Tampar juga tidak kurang hebatnya kerana memenangi banyak perlawanan yang disertai.

(6)

Tiga orang pelajar tingkatan 4 telah mengambil bahagian dalam pertandingan sains yang dianjurkan oleh Petrosains dan telah mengharumkan nama sekolah dengan menjadi naib johan dan memenangi hadiah bernilai RM20,000.00 dalam bentuk aktiviti pelajar. Panitia Bahasa Tamil juga telah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri Selangor apabila muncul sebagai johan dalam pertandingan kuiz Bahasa Tamil. Tidak ketinggalan juga peserta pertandingan sajak Bahasa Cina telah mencapai tahap kepujian dalam Penulisan Karya Kreatif peringkat kebangsaan dan tahap kepujian dalam penulisan cerpen peringkat antarabangsa. Ibu bapa boleh melawat laman web sekolah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pencapaian sekolah serta isu-isu lain di sekolah.

1.5 Pembangunan Sekolah

SMKBU 3 merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan. Walau bagaimanapun peruntukan kerajaan adalah terhad kepada perkara-perkara asas sahaja. Pembangunan prasarana yang lain adalah diatas inisiatif pihak sekolah sendiri termasuk penyelenggaraan bangunan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Contoh terbaik adalah penyelenggaraan komputer di makmal komputer. Ianya bergantung kepada budi bicara pihak sekolah untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Contoh seterusnya adalah penyelenggaraan tandas rosak. Tandas yang diperbaiki biasanya akan kembali rosak dalam waktu yang singkat. Kes –kes kecurian juga berlaku dalam kawasan sekolah. Alat-alatan seperti kepala paip, spotlight dan papan tanda besi telah dicuri.

Komputer yang ada di makmal komputer sangat memerlukan penaiktarafan kerana komputer tersebut boleh dikatakan ketinggalan zaman. Mana-mana ibu bapa yang ingin menyumbang adalah dialu-alukan. Sekolah juga sangat memerlukan CCTV untuk tujuan keselamatan.

1.6 Program Sihathon

Aktiviti yang dijalankan pada tahun 2010 adalah sangat minima, namun begitu, Program Sihathon telah diadakan dengan jayanya pada 27 September 2010, walaupun terlewat sedikit daripada tarikh yang sepatutnya. Pada masa yang sama pelajar terpaksa menumpukan perhatian kepada peperiksaan diikuti dengan cuti hari raya dan cuti persekolahan. Walau bagaimanapun, dalam jangkamasa kurang dari 2 bulan yang diperuntukkan, sekolah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM49,445.90. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama guru-guru, Datin Peggy selaku YDP dan semua AJK PIBG yang bekerja keras dan telah memberikan komitmen yang padu kepada pihak sekolah dalam menjayakan program tersebut.

1.7 Wang Sumbangan PIBG

Sumbangan wang PIBG berjumlah RM50.00 bagi setiap keluarga yang disumbangkan oleh pelajar digunakan sepenuhnya untuk aktiviti sekolah. Pada tahun 2011, pembahagian peruntukan kewangan PIBG adalah mengikut peratusan. 40% diperuntukkan bagi pembangunan dan penyelenggaraan prasarana sekolah kerana tiada peruntukan diterima dari kerajaan. 20% untuk kurikulum, 20% untuk Hal Ehwal Murid, 15% untuk kokurikulum dan 5% untuk 3K. Pengetua memaklumkan bahawa ada beberapa ibu bapa yang tidak mahu menyumbang kepada tabung PIBG sekolah.

(7)

Beliau mengingatkan para hadirin bahawa aktiviti yang dijalankan di sekolah adalah melibatkan semua pelajar bukan segelintir sahaja, jadi ibu bapa tidak sepatutnya mempertikaikan sumbangan tersebut.

1.8 Fokus 2011

Fokus sekolah pada tahun 2011 adalah untuk melengkapkan prasarana Pusat Sumber Sekolah (PSS). Fokus untuk tahun 2009 dan 2010 iaitu peningkatan dalam kurikulum dan 3K telah berjaya dicapai. Sekolah juga berterima kasih kepada En. Alfred kerana menyumbangkan sebanyak RM6,000.00 sempena memperingati mendiang ibu beliau. Sumbangan beliau digunakan untuk menyediakan bangku-bangku di sekitar kawasan sekolah sebagai kemudahan untuk pelajar duduk termasuk di kantin. Sekolah juga mengalu-alukan sebarang sumbangan dari ibu bapa yang sudi untuk menyumbang. Aktiviti PSS pada tahun ini akan lebih berfokus kepada akademik. Antaranya adalah program Memperkasakan Bahasa Melayu dan Memertabatkan Bahasa Inggeris (MBM & MBI) yang menggantikan program PPSMI. Semua aktiviti akademik dan ko-akademik yang dijalankan adalah berfokus kepada program ini. Salah satu langkah yang telah dilambil oleh PSS ialah menambah bilangan buku bacaan di PSS. Setakat ini sejumlah RM5,000.00 nilai buku bacaan terkini telah dipesan oleh PSS. Ibu bapa juga dialu-alukan untuk menyumbang buku-buku bacaan kepada PSS.

1.9 Ucapan Penghargaan

Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang termasuk institusi swasta, orang perseorangan, para ibu bapa dan Datin Peggy sendiri yang telah meletakkan SMKBU 3 di tempat ianya berada sekarang. Tak lupa juga penghargaan kepada En. Mahiyudin Abdul Rahman yang secara sukarela bertindak sebagai juruaudit walaupun anak beliau tidak lagi bersekolah di SMKBU 3. Pengetua juga berharap semoga AJK PIBG yang baru dilantik mempunyai komitmen yang tinggi demi kemajuan anak-anak di SMKBU 3.

2.0 Ucapan YDP PIBG

YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua, guru, AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir serta komitmen dan kerjasama yang telah diberikan untuk menjayakan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Beliau megucapkan tahniah kepada pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar di atas keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR tahun 2010. SMKBU 3 sememangnya beruntung kerana mempunyai seorang pengetua yang berdedikasi serta barisan guru yang bertanggungjawab, sanggup bekerja keras demi kejayaan anak-anak didik masing-masing. Keputusan cemerlang tersebut tidak mungkin dapat dicapai tanpa kerjasama pihak sekolah, para guru, doa ibu bapa serta kerja kuat dari para pelajar sendiri. Beliau berharap agar pencapaian dalam peperiksaan SPM yang bakal diumumkan tidak lama lagi akan mencatat peningkatan yang baik dan cemerlang sebagaimana peperiksaan PMR.

Beliau juga memaklumkan bahawa PIBG sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam menjayakan program dan aktiviti akademik mahupun

(8)

kokurikulum. Program-program yang telah dijalankan antaranya menaiktaraf kantin, menambah keluasan tempat menunggu bas, membeli 100 buah kerusi pelajar, kelas klinikal, IRC, kelas pecutan, gerak gempur, program motivasi dan Sihathon. Sihathon dijalankan bertujuan untuk menambah tabung PIBG, meningkatkan prasarana sekolah disamping mengukuhkan ikatan silaturrahim antara ibu bapa dan pihak sekolah. Dana yang dikumpul melalui program ini adalah sebanyak RM49.445.90. PIBG juga turut menyumbangkan dana bantuan kewangan kepada 47 orang pelajar yang tidak dapat mejelaskan yuran sekolah kerana masalah kewangan.

Beliau menyeru semua pihak untuk membantu dan menyokong program-program kerjasama PIBG dan pihak sekolah yang bakal diadakan nanti kerana semua program yang bakal dijalankan nanti tidak lain untuk kepentingan dan keselesaan semua pelajar SMKBU 3. Beliau mengucapkan terima kasih semua kepada AJK 2010 yang telah memberi kerjasama selama beliau menjadi YDP. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada AJK baharu yang dilantik dan berharap semoga mereka dapat memberi komitmen yang padu dalam menjayakan semua program PIBG. Harapan beliau semoga AGM kali ini berlangsung dengan baik dan harmoni. Seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 10.

3.0 Pengesahan / Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 9

3.1 En.Simon Khor mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-9 disahkan.

3.2 En. Jamaludin Non menyokong cadangan tersebut 4.0 Membentangkan Laporan Aktiviti PIBG

Perbentangan tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2010/2011 Pn Wan Nafisah Wan Ismail. (rujuk buku AGM m/s 23-42)

5.0 Membentang / Menerima Penyata Kewangan PIBG Sesi 2009

5.1 Pembentangan tersebut dibuat oleh Bendahari Kehormat PIBG sesi 2010/2011 Pn. Ling King Yen (rujuk buku AGM PIBG m/s 60). Pn. Ling mengucapkan terima kasih kepada En. Mahiyudin kerana memperkenalkan format akaun yang mudah.

5.2 En Jamaludin mencadangkan agar penyata kewangan disahkan dan disokong oleh En. Yeoh Hai Yong.

6.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2010/2011

6.1 YDP PIBG dengan ini membubarkan AJK PIBG sesi 2010/2011 dengan harapan AJK baru yang akan dilantik dapat meneruskan tugas dengan jayanya.

7.0 Perlantikan Pengerusi Sementara

7.1 En. Simon Khor telah mencadangkan En Mahiyudin sebagai pengerusi sementara dan disokong oleh En Jamaludin.

(9)

8.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2011

8.1 Pemilihan AJK guru ditetapkan oleh pihak sekolah dan disahkan sebulat suara dalam AGM iaitu:

AJK (Guru)

1. Pn Suzana Bt Mohamed 2. Pn Ling King Yen 3. Cik Yeow Kon Tai

4. Cik Hasniraiza bt Abdullah 5. Pn Tan Soa Tiam

6. En Parandaman a/l Muniandy 7. Cik Najwa Khasim

Senarai AJK 2010/2011 seperti berikut:

Penasihat PIBG : Pn Azizah Bt Yusoff (Pengetua) Ex- Officio : Pn Misliah Kulop (Penolong Kanan)

: En Mah See See (Penolong Kanan HEM) : En Wong Tzyy Yu (Penolong Kanan KOKU) Keputusan pemilihan

Yang Dipertua PIBG : En. Ringo Kaw Fan Chu Naib Yang Dipertua : Dr. Azman Ariff

Setiausaha : Pn Suzana Mohamed

Bendahari : Pn Ling King Yen

AJK (Ibu Bapa)

1. Pn. Abdull Aziz Ismail 2. En. Ng Ping Onn 3. En. Sieh Chong Lim 4. En. P.Udayakumar 5. En. Jamaludin Non 6. En. Andrew Veno 7. Pn. Vinnie Yap 8. Pn. Soo May Leng Juruaudit

En. Nik Badrul Hisham (Ibu Bapa) Pn.Gan Ah Gen (Guru)

8.2 Permohonan menukar nama Yang Dipertua daripada Datin Peggy Leong kepada En. Ringo Kaw dan Setiausaha Pn. Wan Nafisah Wan Ismail kepada Pn. Suzana Mohamed diluluskan dan urusan pertukaran tersebut akan dibuat dengan pihak bank (CIMB)

(10)

9.0 Ucapan YDP PIBG 2011

YDP PIBG, En Ringo Kaw Fan Chu, seorang pengusaha restoran mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang telah memilih beliau sebagai YDP PIBG bagi sesi 2011/2012. Harapan beliau agar barisan AJK baru dapat memberikan kerjasama yang padu dan mantap demi kecemerlangan anak-anak. Beliau berjanji untuk memberikan yang terbaik dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya demi pendidikan anak-anak di SMKBU 3.

10.0 Perbahasan Usul

6.1 Usul Sekolah Pertama

Pihak sekolah mencadangkan bahawa Bayaran Tambahan dikenakan sebanyak RM55.50 bagi setiap pelajar.

Usul diterima sebulat suara. 10.2 Usul Sekolah Kedua

Yuran PIBG dicadangkan agar kekal kepada RM50.00 bagi setiap keluarga.

Usul diterima sebulat suara. 10.3 Usul Sekolah Ketiga

Pihak sekolah mencadangkan penerbitan majalah sekolah diteruskan dengan bayaran RM12.00 bagi satu keluarga seperti tahun sebelumnya. Usul diterima sebulat suara.

10.4 Usul Sekolah Keempat

Pihak sekolah mencadangkan agar bayaran untuk Program Peningkatan Prestasi bagi kelas-kelas peperiksaan am (SPM dan PMR) diturunkan daripada RM30.00 kepada RM20.00 bagi setiap pelajar yang terlibat.

Usul diterima sebulat suara. 11.0 Jawapan Usul Ibu Bapa

11.1 Usul En Taha Sheikh Mohammad (Sheikh Omar Taha – 1 Orkid) Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi kesesakan lalu-lintas di luar pagar utama sekolah terutamanya pada waktu pagi dan waktu tamat sekolah (2.30ptg)? Pengetua menjelaskan bahawa lalu-lintas di hadapan sekolah merupakan masalah besar yang dihadapi oleh pihak sekolah pada masa ini. Beliau menyeru kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai hubungan dengan pihak MBPJ supaya tampil memberikan

(11)

pertolongan. Beliau menjelaskan bahawa jalan di hadapan sekolah belum diserahkan di bawah kelolaan MBPJ justeru itu jika ‘U-Turn’ ditutup satu masalah lain pula akan timbul. Sikap ibu bapa yang mementingkan diri juga menambah kepada masalah sedia ada. Ada segelintir ibu bapa yang meletak kenderaan di hadapan pagar sekolah sewaktu menjemput anak-anak mereka tanpa mempedulikan kesesakan lalu lintas yang terjadi. Saiz pagar yang kecil juga menambahkan lagi kesesakan tersebut. Salah satu jalan penyelesaian yang boleh diambil adalah dengan memohon pihak MBPJ melebarkan jalan yang sedia ada. Beliau berharap AJK PIBG yang baharu memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

11.2 Usul En. Neo Shu Qin (Neo Soon Ann – 5 Kenanga)

Harga alat-alat tulis yang dijual di kedai buku telah meningkat kepada 33% melebihi kenaikan harga di pasaran umum yang hanya 6%. Pengetua menjelaskan bahawa kedai buku sekolah diberikan mengikut tender. Barang-barang yang dijual adalah mengikut harga pasaran kerana barang diambil dalam volume tertentu. Beliau berjanji untuk memastikan bahawa barang dijual dikedai buku dijual mengikut harga pasaran semasa.

Harga makanan yang dijual di kantin sangat mahal, kurang rasa dan tak bervariasi serta tidak mencukupi bagi pelajar-pelajar yang menunggu untuk aktiviti selepas sekolah.

Pengetua telah mengarahkan AJK kantin untuk membuat soal selidik untuk mempelbagaikan jenis makanan yang dijual di kantin. Harga makanan yang dijual digerai Melayu adalah 40% lebih murah dari tahun lepas.

12.0 Hal-hal lain

12.1 Pihak sekolah telah menghantar satu surat permohonan untuk menerbit dan mengutip bayaran RM12 untuk majalah sekolah, juga kebenaran untuk mencetak serta mengedar majalah tersebut.

12.2 En. Chen Lee Siong (Chen Wei Shern – 1 Mawar) memaklumkan bahawa beliau ternampak seorang pemotong rumput sedang bekerja berhampiran dengan pelajar-pelajar yang sedang menjalankan aktiviti PJK di padang sekolah. Menurut beliau tidak sepatutnya kedua-dua aktiviti tersebut dijalankan di tempat yang sama kerana boleh membahayakan pelajar-pelajar tersebut.

Pengetua mengucapkan terima kasih kepada En. Chen yang prihatin dengan aktiviti yang berjalan di sekolah dan meminta beliau untuk terus memberi kerjasama pada masa hadapan. Beliau menjelaskan bahawa pemotong rumput tersebut adalah pekerja swasta yang bekerja pada masa yang tidak sesuai. Mereka bekerja disaat-saat akhir kerana bimbang tidak akan mendapat bayaran jika kerja tidak diselesaikan. Pengetua meminta En. Wong supaya mengambil tindakan yang

(12)

sewajarnya kerana di bawah bidang kuasa En. Wong selaku Penolong Kanan Kokurikulum.

11.3 En. Neo Shu Qin (Neo Soon Ann – 5 Kenanga) mempersoalkan kenapa terdapat aktiviti kokurikulum yang dijalankan di bawah panas matahari pada pukul 2 – 4 petang kerana keadaan dan tempat yang digunakan adalah tidak sesuai.

En. Wong selaku Penolong Kanan Kokurikulum menjelaskan bahawa semua pelajar digalakkan untuk menjalankan aktiviti masing-masing di tempat teduh sama ada di dalam bilik darjah, di tepi koridor atau di bawah pokok. En. Wong juga akan memastikan bahawa semua aktiviti dijalankan di tempat yang sesuai.

12.3 En.Yeoh Hai Hong (Yeoh Jin Hao – 5 Ixora) bertanya adakah sebarang tindakan telah diambil untuk membuat bumbung gelanggang bola keranjang di belakang blok D.

Pengetua menjelaskan bahawa sehingga akhir tahun semasa, jumlah kutipan dari Program Sihathon serta baki dalam akaun simpanan tetap sekolah berjumlah RM80,000 dan adalah tidak mencukupi untuk projek yang dirancang. Beliau berharap En. Ringo selaku YDP berserta AJK baru akan bekerja dengan lebih keras untuk melaksanakan hasrat tersebut.

12.4 Pn. Soo May Leng (Valerie Chow – 1 Ixora) mencadangkan agar kantin menjual minuman panas seperti milo kepada pelajar. AJK kantin diingatkan untuk mengambil tindakan mencadangkan perkara tersebut kepada pihak kantin.

12.5 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menukar penama buku cek dari Datin Peggy Leong kepada En. Ringo Kaw Fan Chu.

13.0 Penangguhan Mesyuarat

Referensi

Dokumen terkait