• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suzana binti Abd Mutalib & Rajmah binti Othman Jabatan Prasekolah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Abstract

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Suzana binti Abd Mutalib & Rajmah binti Othman Jabatan Prasekolah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Abstract"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

557

Penggunaan Tukiting Dalam Meningkatkan Perkembangan Motor Halus Untuk

Mengoptimumkan Kemahiran Menulis, Melukis Dan Menggunting Kanak-Kanak Prasekolah : Kajian Rintis

Suzana binti Abd Mutalib & Rajmah binti Othman

Jabatan Prasekolah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Abstract

This study is carried out to improve the development of the fine motor of the finger muscle and the wrist by using "Tukiting" as a teaching aid. Well developed fine motor enhances the writing, drawing and cutting abilities of the pre-school pupils. Four pre-school pupils who have difficulties in writing, drawing and cutting were chosen for this study. The instrument used in this study is observation. Pupils are observed while writing, drawing and cutting activities are in progress and the work that they produced during the activities are used as the main document to procure data for this study. Results show that “Tukiting” is able to help develop the aforementioned skills among the pre-schoolers in three months. Findings also indicate enhancement in the pupils‟ interest and attitude towards writing, drawing and cutting activities. The implication of this study indicates that if suitable teaching and learning process practices is used with “Tukiting”, improvements in the basic literacy skills, numeracy skills and creativity can be seen among the pre-school pupils.

Keywords: Writing skill, drawing skill, cutting skill, fine motor, "Tukiting"

_________________________________________________________________________________ PENGENALAN

Kemahiran menulis, melukis dan menggunting merupakan antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid prasekolah (KSPK, 2010). Merujuk kepada Kerangka Konsep Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2010), produk iaitu murid prasekolah antara lain perlu menguasai kemahiran asas literasi, numerasi serta mempunyai daya kreativiti. Asas kepada literasi, numerasi dan daya kreatitivi ialah mahir menulis, melukis dan menggunting. Oleh itu bagi memastikan murid prasekolah mencapai sepenuhnya kemahiran asas literasi, numerasi dan daya kreativiti, maka mereka perlu dilatih menguasai kemahiran menulis, melukis dan menggunting. Ketiga-tiga kemahiran menulis, melukis dan mengunting sangat berkait rapat antara satu sama lain kerana menggunakan otot halus.

Norlaila (2010) menjelaskan bahawa motor halus sebagai kemampuan kanak-kanak untuk melakukan gerakan yang melibatkan pergerakan atau kecerdasan otot-otot kecil iaitu otot mata dan jari. Antara gerakan dan kawalan motor halus yang berkait dengan kemahiran menulis, melukis dan menggunting ialah (a). kawalan motor okular iaitu kebolehan mata mengikut dan memberi tumpuan ke atas objek di dalam ruang penglihatan, (b). koordinasi mata dan tangan iaitu kebolehan melaksanakan aktiviti dengan tangan tetapi menggunkana mata sebagai panduan arah pergerakan, dan (c). kecekapan tangan iaitu kebolehan dengan tepat memanipulasi tangan dan jari-jari untuk menulis dengan kemas, melukis objek dengan tepat serta menggunting mengikut rupa bentuk dengan kemas.

Oleh itu, kurikulum prasekolah memang menitikberatkan latihan otot kecil seperti jari, tangan dan mata. Pengajaran dan pembelajaran dalam Tunjang Fizikal dan Estetika – perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan (PFK) antaranya bertujuan melatih kanak-kanak menggunakan otot jari dan tangan secara maksimum. aktiviti seperti menggunakan (a) jari untuk mengoyak, mencubit, menggentel, merenjis, menjentik (b) menggunakan tangan untuk merenyuk kertas, meramas, mengguli, memulas penutup botol dan mengikat (c) menggunakan tangan dan jari untuk menggunting.

(2)

558

Menggunakan jari dan tangan untuk menulis dan melukis juga jelas terkandung dalam KSPK (2010). Kajian-kajian yang dijalankan turut mendapati kekuatan otot halus dalam melaksanakan kemahiran menulis dan melukis adalah lebih baik sekiranyan tahap penguasaan kemahiran motor halus juga berada pada tahap yang baik. Kajian tindakan yang dijalankan oleh Suhainita (2008) mendapati antara kelemahan murid prasekolah dalam aktiviti mengunting garisan lurus, garisan zig zag dan garisan bengkang-bengkok adalah kerana kurang mahir menggunakan jari untuk memegang dan menggerakkan gunting mengikut objek yang digunting. Bagi mengatasi masalah ini, Suhainita (2008) menggunakan kaedah garisan, iaitu menggunakan 3 jenis garisan lurus, zig zag dan bengkang bengkok. Kaedah ini berjaya membantu meningkatkan penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran pengguntingan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kelemahan murid dalam menguasai kemahiran dapat diatasi apabila guru mengaplikasi kaedah yang bersesuaian dengan perkembangan mereka.

Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Siti Asmira (2015) terhadap empat orang murid yang lemah dalam aktiviti menggunting dengan menggunakan kaedah Guris melalui garisan lurus, zig zag dan garisan beralun berjaya meningkatkan kemahiran menggunting. Dapatan Kajian oleh Christhoper (2015) yang menggunakan teknik GALITING untuk meningkatkan kemahiran motor halus tiga orang kanak-kanak prasekolah mendapati bahawa tekknik ini dapat membantu meningkatkan kemahiran menggaris, melipat dan menggunting.

Tengku Nur Ain (2013) menggunakan Teknik Play Doh untuk meningkatkan kemahiran motor halus empat orang murid. Dapatan kajian beliau menunjukkan motor halus murid bertambah matang apabila menerima latihan yang betul menggunakan Teknik Play Doh. Melalui Teknik Play Doh, murid melakukan aktiviti meramas, memicit, mengguli, mencubit, menggentel, seterusnya membolehkan murid memegang gunting dengan lebih kemas dan boleh menggunting mengikut garisan lurus. Kemahiran ini seterusnya berkembang sehingga kanak-kanak boleh menggunting bentuk yang lebih kompleks, boleh memegang pensil untuk menulis dan melukis bentuk yang mudah kepada bentuk yang lebih komplek.

Kajian Nourlieda (2012) terhadap pelaksanaan aktiviti gosokan, oriami, doh dan guntingan yang kerap membantu meningkatkan kekuatan otot halus murid prasekolah. Hasil dapatan menunjukkan menunjukkan murid yang lemah dalam menulis telah boleh menulis dengan cantik dan kemas. kajian ini juga mendapati apabila murid telah meningkatkan perkembangan motor halus dari aspek kawalan tangan dan mata makan secara tidak langsung meningkatkan amalan kendiri dalam pembelajaran dan pengajaran menggunakan otot ersebut termasuklah dalam keupayaan melukis.

Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa keperluan utama bagi kanak-kanak prasekolah dalam menguasai kemahiran asas menulis, melukis dan menggunting ialah melatih otot halus agar matang. Kematangan otot halus membantu meningkatkan kemahiran menulsi, melukis dan menggunting. Kajian-kajian peringkat prasekolah ini juga menyokong bahawa kemahiran motor halus yang berkembang membantu meningkatkan kemahiran menulis dan melukis ke tahap yang lebih baik. Disamping dapatan kajian turut menyokong bahawa kemahiran menulis, melukis dan menggunting dapat ditingkatkan dengan menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB), kaedah serta teknik berasaskan Amalan Berasaskan Perkembangan Murid (ABP).

TUKITING merupakan BBB yang dibina untuk membantu meningkatkan kemahiran menulis, melukis dan menggunting kanak-kanak prasekolah dengan cara membuat latihan kearah memperkemaskan kekuatan otot halus mereka. TUKITING adalah merupakan bahan bantu belajar yang mengandungi bentuk asas seperti bentuk bulan sabit, empat segi, tiga segi, bulatan, separuh bulatan bentuk beralun, heptagon, bentuk c dan c terbalik. Tujuan pembinaan TUKITING adalah untuk melatih kemahiran dalam domain psikomotor melalui motor halus murid-murid dalam aktiviti menulis, melukis dan mengunting.

(3)

559

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ialah untuk meninjau tahap kemahiran menulis, melukis dan mengunting murid prasekolah dalam lingkungan umur 5 dan 6 tahun sebelum dan selepas menggunakan TUKITING.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian dijalankan untuk menjelaskan persoalan, bagaimanakah tahap kemahiran menulis, melukis dan mengunting murid prasekolah dalam lingkungan umur 5 dan 6 tahun sebelum dan selepas

menggunakan TUKITING. KAEDAH KAJIAN

Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan dijalankan secara kajian kes. Reka bentuk kajian kes digunakan kerana tujuan kajian adalah untuk meninjau bagaimana kemahiran menulis, melukis dan menggunting dan ia membenarkan pengkaji mendapat maklumat secara terus dari peserta kajian supaya pengkaji benar-benar memahami kemahiran murid dan penggunaan TUKITING dalam membantu meningkatkan kemahiran mereka (Yin, 2003). Untuk menginterpritasi kompleksiti dalam proses murid menulis, melukis dan menggunting supaya fenomena kajian lebih bermakna maka dijalankan kajian lapangan melalui pemerhatian. Pengkaji membuat pemerhatian tidak turut serta dan pemerhatian dilakukan semasa murid sedang membuat latihan menulis, menghasilkan lukisan dan menggunting menggunakan alat TuKiTing.

Pemilihan peserta kajian adalah menggunakan purposive sampling yang berasaskan kepada andaian bahawa penyelidik mahu meneroka, mengetahui dan memahami, maka responden yang paling banyak boleh dipelajari darinya (Merriam, 2009) dan meningkatkan kredibiliti dapatan kajian (Patton, 2002) dipilih menjadi peserta kajian. Oleh itu murid prasekolah yang mempunyai kelemahan dalam menulis, melukis dan menggunting dipilih menjadi peserta kajian ini. seramai empat orang murid dipilih menjadi peserta kajian.

Melalui hasil kerja murid, pengkaji akan meneliti setiap hasil kerja murid dan mengkod maklumat-maklumat penting untuk dianalisis mengikut analisis Data dianalisis melalui dua peringkat iaitu semasa kajian lapangan dan analisis kandungan selepas selesai kajian lapangan. Teknik gundalan secara manual digunakan untuk menyiasat pola strategi yang kerap diamalkan oleh peserta kajian (Abd. Murad, 2003). Borang matrik digunakan untuk membuat penyimpulan analisis. Triangulasi antara unit pemerhatian digunakan dalam penyimpulan data. Dapatan kajian bersifat komprehensif, holistik dan diskriptif (Othman, 2009) tetapi tidak boleh digeneralisasikan luar dari konteks, peserta dan tempat kajian.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dibentangkan mengikut kemahiran menulis, melukis dan menggunting yang ditunjukkan oleh peserta kajian sebelum dan selepas menggunakan tukiting. Dapatan dibincangkan berdasarkan dapatan pemerhatian dan penelitian hasil kerja keempat-empat peserta kajian.

Penggunaan Tukiting sebagai BBB diaplikasikan dalam kelas Prasekolah Delima, iaitu salah sebuah prasekolah di Daerah Sungai Petani, Kedah. Murid diajar menggunakan Tukiting dengan tepat dalam tempoh empat jam sebulan, meliputi dua kali slot dalam seminggu. Tempoh masa bagi setiap slot pengajaran dan pembelajaran menggunakan Tukiting sebagai BBB dalam aktiviti ialah selama 30 minit. Semua murid dalam kelas Prasekolah Delima berpeluang menggunakan Tukiting, namun fokus penggunaan ditekankan kepada empat orang peserta kajian. Murid diperkenalkan dengan Tukiting, diajar bagaimana menggunakan Tukiting dengan tepat dalam aktiviti menulis, melukis dan menggunting. Setelah murid menguasai penggunaan Tukiting, teruja, bermotivasi dan bersemangat menggunakannya, maka mereka diberi kebebasan menggunakannya sebagai BBB dalam mana-mana aktiviti menulis, melukis dan menggunting.

(4)

560

Kemahiran Menulis

Berkaitan dengan kemahiran menulis, analisis pemerhatian dan hasil kerja sebelum menggunakan Tukiting mendapati keempat-empat peserta kajian tidak mahir menulis huruf kecil yang melibatkan bentuk bulatan seperti o dan g, huruf kecil bentuk separuh bulatan seperti a, b, c, d, e, p, dan q, huruf kecil bentuk lengkung sisi atas dan sisi bawah h, m, n, u, v, w, dan y, serta huruf kecil bentuk separuh lengkung seperti r, f, dan s. Walau bagaimanapun, setelah murid peserta kajian mahir menggunakan Tukiting, jelas kelihatan mereka telah mula mahir menulis huruf berbentuk bulatan, separuh bulatan, lengkung dan separuh lengkung. Bentuk huruf yang dihasilkan semakin jelas dan mirip huruf kecil sebenar. Sebagai contohnya, antara hasil kerja murid dalam Jadual 1 menunjukkan penguasaan kemahiran menulis huruf kecil a hingga z.

Jadual 1

Hasil Kerja Dalam Aktiviti Menulis Huruf Kecil Sebelum Dan Selepas Menggunakan Tukiting Peserta

Kajian

Hasil kerja sebelum menggunakan Tukiting

Hasil kerja setelah mahir menggunakan Tukiting

Ulasan

1 Kebolehan membentuk huruf b

adalah tidak seragam (cendong kebelakang dan ada kedepan) Begitu juga dengan bentuk Ɔ yang tidak seragam. Selepas penggunaan Tukiting kebolehan kanak-kanak membentuk huruf b semakin baik

2 Kebolehan membentuk huruf r

semakin meningkat selepas menggunakan Tukiting di mana r pada mulanya menjadi seperti huruf n.

3 Kawalan motor halus iaitu

kebolehan mata mengikut dan memberi tumpuan ke atas objek di dalam ruang penglihatan juga semakin bertambah baik.

4 Ini jelas kelihatan didalam ruang

yang disusun oleh kanak-kanak berdasarkan hasil kerja mereka sebelum dan selepas penggunaan Tukiting.

(5)

561

Berdasarkan kepada jadual 1 diatas, didapati selepas pengunaan Tukiting dapat melembutkan motor halus kanak-kanak dan mengukuhkan perkembangan koordinsi mata tangan. Murid dapat mengembangkan kemahiran motor halus mereka dan menulis dengan cantik dan kemas. Penggunaan ruang di dalam tulisan juga bertambah baik.

Kemahiran Melukis

Kemahiran melukis sebelum peserta kajian didedahkan menggunakan Tukiting sangat berbeza setelah mereka dilatih kemahiran motor halus menggunakan Tukiting. Kemahiran murud sebelum dilatih motor halus menggunakan Tukiting ialah masih belum matang dalam melukis bentuk-bentuk organik seperti bulat, empat segi, garis lurus, bentuk tiga segi, lengkung dan bengkang bengkok. Selepas menggunakan Tukiting, motor halus murid semakin matang terutama semasa melukis dan menggengam pensil membolehkan mereka menghasilkan bentuk lukisan yang lebih tepat dan menyerupai bentuk sebenar di persekitaran mereka.

Melalui pemerhatian, didapati peserta kajian juga kelihatan gembira apabila diberi aktiviti melukis. Peserta kajian juga menunjukkan semangat yang tinggi semasa melukis, mereka berusaha menyiapkan tugasan pada tahap yang lebih baik. Walau bagaimanapun, semasa menggunakan Tukiting, murid peserta kajian menggunakan kreativiti mereka sendiri melukis objek dengan menggabungkan bentuk-bentuk organik dalam Tukiting bagi menghasilkan lukisan mereka secara bebas. Bermula dengan seorang yang melukis secara bebas menggabungkan bentuk organik, ditiru rakan lain, menjadikan mereka lebih kreatif dalam mencurah idea menyiapkan lukisan sendiri. Umpamanya Jadual 2 menunjukkan perubahan lukisan sebelum, semasa dan selepas menggunakan Tukiting.

Jadual 2

Perubahan kemahiran Melukis Peserta Kajian Sebelum Dan Selepas Dilatih Motor Halus Mereka Menggunakan Tukiting

Peserta Kajian

Hasil kerja dalam aktiviti melukis sebelum menggunakan Tukiting

Hasil kerja dalam aktiviti melukis selepas menggunakan Tukiting

Ulasan

1 Kebolehan melukis

adalah adalah perkara yang sangat berkait rapat dengan kordinasi mata tangan. Kebolehan dengan tepat,

memanipulasikan tangan dan jari jari untuk menulis dan melukis dengan baik selepas penggunaan Tukiting

2 Kebolehan mereka

cipta dan kreativiti kanak-kanak pesat berkembang iaitu dari melakarkan sesuatu objek yang bersifat umum kepada objek yang lebih bersifat spesifik dengan menggabungkan elemen- elemen yang

(6)

562

boleh didapati dari penggunaan Tukiting

3 Kanak-kanak

lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara yang menarik perhatian mereka. 4 Kreativiti kanak-kanak semakin bertambah dengan merealisasikan imaginasi mereka menjadi sesuatu yang nyata diatas kertas lukisan, Dengan penggunaan Tukiting figura sesuatu objek dapat dilihat dengan lebih jelas

Berdasarkan jadual 2 diatas dengan penggunaan Tukiting dapat meningkatkan tahap keupayaan motor halus kanak-kanak secara potimum serta yang amat berfaedah bagi membantu pergerakkan asas kemahiran melukis dan mewarna. Kemahiran ini amat penting bagi kanak-kanak untuk diperkasakan sepanjang kehidupan mereka.

Kemahiran Menggunting

Sejajar dengan peningkatan dalam kemahiran menulis dan melukis, menggunting juga menunjukkan peningkatan kearah yang lebih baik. Melalui pemerhatian, jika sebelum dilatih matang dalam kemahiran motor halus menggunakan Tukiting, peserta kajian menggunting diluar garisan, menggunting lurus bagi guntingan melengkung dan bengkang bengkok. Namun setelah penggunaan Tukiting, hasil guntingan lebih lurus, mengikut garisan melengkung dan bengkang bengkok. Malahan mereka juga dengan yakin boleh menggunting bentuk luar garisan yang bersaiz kecil. Jadual 3 menunjukkan perbezaan ketara kemahiran menggunting peserta kajian antara sebelum dan selepas penggunaan tukiting.

Jadual 3

Kemahiran Menggunting Peserta Kajian Sebelum Dan Selepas Dilatih Menggunakan Tukiting. Peserta

kajian

Hasil guntingan sebelum menggunakan Tukiting

Hasil guntingan selepas menggunakan Tukiting

Ulasan

1 Sebelum penggunaan

Tukiting kanak-kanak menggunting secara lurus dan tebal, tetapi semakin

cekap dengan

menggunakan

(7)

563

2 apa yang dilihat dan

menggerakkan tangan serta pada masa yang

sama dapat

menyelesaikan sesuatu tugasan dengan lebih baik.

3 Kemahiran menggunting

memerlukan kawalan otot ketepatan dan penyelarasan.Penggunaan Tukiting mampu melatih otot-otot halus kanak-kanak di dalam kemahiran menggunting. Hasil kerja kanak-kanak didalam kemahiran menggunakan Tukiting seperti yang tertera 4

Berdasarkan kepada jadual diatas dengan penggunaan Tukiting adalah mampu meningkatkan kecekapan kanak-kanak di dalam aktiviti menggunting, di mana kemahiran ini adalah berkait rapat dengan pembinaan otot-otot halus kanak-kanak. Mengunting dapat meningkatkan kordinasi mata tangan serta membina otot-otot kecil ditelapak tangan mereka.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan, dirangkumkan bahawa kesimpulan terhadap penggunaan Tukiting dalam meningkatkan kematangan motor halus, seterusnya membantu meningkatkan kemahiran menulis, melukis dan menggunting keempat-empat peserta kajian adalah kepada tahap lebih baik. Penggunaan Tukiting dapat meningkatkan kemahiran dalam domain psikomotor melalui motor halus murid-murid dalam aktiviti menulis, melukis dan mengunting. Murid-murid berumur 5 hingga 6 tahun masih kurang kemahiran motor halus dari aspek koordinasi mata tangan. Kurang mahir dalam motor halus menyumbang kepada masalah melukis bentuk asas geometri, pra tulis dan melukis pada tahap yang baik. Dalam kemahiran pra tulis umpamanya murid-murid memerlukan kemahiran asas menulis garisan lurus menegak, garisan lurus dan membengkok dihujungnya, bulatan dan separuh bulatan. Kemahiran menulis empat garisan ini adalah asas utama dalam membentuk tulisan huruf a hingga z. Tukiting dapat melatih murid mahir menulis empat bentuk asas ini dan seterusnya mengabungkan empat bentuk asas membentuk huruf a hingga z.

Berkaitan dengan kemahiran melukis, Tukiting sangat membantu. Dengan menggunakan 3 jenis pembaris dan 4 bentuk asas geometri, murid-murid boleh membentuk awan, melukis rumah, bunga, buah-buahan atau apa-apa sahaja bentuk kerana asas dalam melukis ialah garisan-garisan dan bentuk-bentuk geometri. Semua bentuk dan garisan asas bagi meningkatkan kemahiran melukis terdapat dalam Tukiting. Melalui latihan yang kerap murid-murid mampu memaksimumkan penggunaan Tukiting untuk melukis. Melalui masa yang lebih, murid-murid juga mampu berfikir cara

(8)

564

memaksimumkan kegunaan Tukiting apabila mereka diberi latihan atau tugasan yang mencabar untuk diselesaikan. Walaupun Tukiting melatih kemahiran melukis, namun aplikasi paling berkesan ialah apabila murid berfikir cara membantu mereka melukis. Oleh itu Tukiting meningkatkan daya berfikir murid-murid semasa mereka menghasilkan lukisan-lukisan. Tukiting, secara tidak langsung meningkatkan daya berfikir iaitu aspek dalam domain kognitif murid-murid sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya daya berfikir ini meningkatkan kemahiran murid dalam berkreativiti dan berinovasi dalam menyelesaikan tugasan-tugasan mereka. Murid dapat memindahkan kemahiran ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tunjang Kreativiti dan estetika.

Tukiting juga dapat melatih murid-murid yang belum menguasai kemahiran mengunting. Dalam mengunting garisan lurus, garisan beralun dan garisan bersegi, Tukiting boleh digunakan sebagai panduan untuk mengerakkan gunting. Tukiting diletakan di atas kertas, tangan kiri murid perlu menekan Tukiting manakala tangan kanan memegang gunting. Gunting digerakkan untuk memotong kertas mengikut garisan yang dikehendaki sama ada lurus, beralun dan bersegi. Teknik ini sangat sesuai untuk melatih murid mengunting pada peringkat asas. Walaupun teknik ini nampak mudah tetapi ia sangat bersesuaian melatih motor halus murid-murid agar tetap dalam garisan semasa mengunting iaitu melatih koordinasi mata tangan murid agar lebih matang. Kematangan koordinasi mata tangan iaitu salah satu aspek dalam domain psikomotor adalah antara salah satu objektif pendidikan prasekolah, yang dapat dilatih berbantukan Tukiting.

Kesimpulannya, Tukiting merupakan satu alatan yang menggabungkan pembaris dan bentuk geometri asas. Terdapat 3 jenis pembaris iaitu pembaris lurus, pembaris beralun dan pembaris bersegi. Manakala bentuk geometri asas yang terdapat dalam Tukiting ialah bentuk bulat, bentuk segi tiga, empat segi dan segi empat sama. Pelbagai pembaris dan bentuk bertujuan meminimumkan BBB yang digunakan dalam satu-satu aktiviti pra tulis, melukis dan mengunting. Penggunaan Tukiting perlu diperluaskan lagi bukan sekadar kepada peserta kajian malahan kepada murid-murid lain terutama pada awal tahun supaya masa yang digunakan untuk mematangkan motor halus mereka dalam tempoh masa yang lebih singkat.

RUJUKAN

Bayrei Asrin, Rohaya Kamis, Roseidayu Elian & Jered Yutui. (2008). Menilai perkembangan psikomotor halus kanak-kanak prasekolah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Christoper Tibin. (2015). Meningkatkan kemahiran menggunting mengikut arah garisan lurus dalam kalangan murid prasekolah menggunakan Teknik GALITING. Kajian Tindakan yang tidak diterbitkan, Jabatan Prasekolah. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Sungai Petani.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur. Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025: Ringkasa Eksklusif.

Merriam, S. B. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation. San Fransisco: Jossey-Bass.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tanjung Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Patton, M. Q. (2002). Qualitative research and evaluation methods. (3rd Eds.). Thousand Oaks: Sage Publication.

Tengku Nur Ain (2013). Meningkatkan kemahiran motor halus dalam menggunting bagi murid masalah pembelajaran melalui Teknik Play Dough. Kuala Terengganu: Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Dato‟Razali Ismail.

Nourlieda Abdullah. (2012). Cantik dan kemas. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP KG (BM) amb. Januari 2009. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL. ms.217-229.

(9)

565

Siti Asmira Idris (2015). Meningkatkan kemahiran menggunting dalam kalangan murid prasekolah dengan menggunakan Teknik GURIS. Kajian Tindakan yang tidak diterbitkan, Jabatan Prasekolah. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Sungai Petani.

Suhainita Md. Zain. (2008). Meningkatkan perkembangan motor halus kemahiran pengguntingan dalam

diri kanak-kanak prasekolah. Kajian Tindakan yang tidak diterbitkan. Jabatan Prasekolah. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Yin R. K. (2003). Case study research: Design and methods. 3rd Edition. Thousand Oaks: Sage Publication.

Referensi

Dokumen terkait

– Desain data / class mengubah kelas analisis ke dalam kelas desain bersama dengan struktur data yang diperlukan untuk mengimplementasikan perangkat lunak.. – Desain

Mandiri e-cash adalah uang elektronik berbasis server yang memanfaatkan teknologi aplikasi di handphone dan USSD, atau yang disebut sebagai uang tunai di handphone, dimana yang

Nilai kedua variabel lebih besar dari t tabel sehingga dapat disimpulkan bahwa dari hasil analisis, variabel kualitas layanan dan promosi secara bersama-sama

Oksigen terlarut merupakan zat yang paling penting dalam system kehidupan di perairan, dalam hal ini berperan dalam proses metabolisme oleh makro dn mikroorganisme yang

Pada kawasan konservasi (lubuk sungai, namun khusus untuk di wilayah lubuk larangan) Lubuk Panjang, masyarakat masih larangan tidak diperbolehkan menangkap ikan dapat

Pengelolaan persampahan hanya di tangani oleh Seksi Pengelolaan Persampahan Bidang pemberdayan masyarakat untuk pengelolaan 3R /bina lingkungan ditangani oleh KLH dan DPU

sekam padi dengan perbandingan 1:1. Kedua jenis bahan ini merupakan limbah pertanian yang dapat dimanfaatkan menjadi sesuatu yang berguna. Pengolahan yang dilakukan

• Dalam rangka mengantipasi permintaan konsumen yang selalu dinamik perlu rekayasa genetik antara lain melalui pemuliaan untuk menghasilkan varietas baru. • Top working