• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan Talaqqi Dan Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Oleh: Sedek bin Ariffin (M.A)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kepentingan Talaqqi Dan Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Oleh: Sedek bin Ariffin (M.A)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

| H a l a m a n 1 Kepentingan Talaqqi Dan Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran

Oleh:

Sedek bin Ariffin (M.A)

Abstrak

Kaedah Talaqqi dan Musyafahah adalah sangat penting dalam pembacaan dan pendidikan Al-Quran. Ia tidak tidak boleh dipandang ringan kerana ia berperanan penting dalam memastikan hak kalam Allah sentiasa tertunai dan terpelihara. Jika perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat Islam di masa kini, maka kelebihan dan keberkatan Al-Quran yang menjadi mukjizat bagi Rasulullah SAW dan panduan bagi umat manusia tidak akan mengalir dalam masyarakat kita. Hal ini kerana masyarakat semakin lama semakin buta Al-Quran dan meninggalkan bacaan Al Al-Quran itu sendiri. Jadi marilah kita bersama-sama menaikkan syiar Al-Quran yang telah disisihkan oleh setengah masyarakat Islam kini.

Pendahuluan

Al-Quran adalah Kalam Allah yang dinukilkan di dalam bahasa arab dan merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Rasul yang terakhir iaitu Muhammad SAW dengan perantaraan Malaikat Jibrail AS. Ia tertulis di dalam Mushaf yang sampai kepada kita secara bersambung-sambung atau Tawatur dan membaca al-Quran merupakan suatu ibadat dan diberikan ganjaran pahala. Surah-surah di dalam Al-Quran dimulakan dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah al-Nas.1

Berdasarkan definisi al-Quran, satu perkara penting yang ingin ditekankan adalah membaca al-Quran merupakan suatu ibadah dan diberikan pahala. Oleh itu, untuk memungkinkan bacaan kita diterima, maka sudah pasti terdapat satu cara bacaan yang perlu ditepati menurut kehendak-Nya. Persoalan ini sudah menemui jawapannya sejak perutusan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul lagi iaitu bacaan al-Quran mestilah bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi melalui perantaraan malaikat Jibril. Namun begitu apakah pula yang menjadi medium penyebaran cara bacaan ini. Oleh hal yang demikian, penulis akan mengupas satu kaedah utama dalam penyampaian al-Quran iaitu kaedah talaqqi dan musyafahah yang telah diamalkan sejak zaman nabi sehingga hari ini.

Ringkasnya, kaedah talaqqi musyafahah adalah kaedah pembelajaran atau penerimaan al-Quran dari mulut ke mulut atau berguru. Ia merupakan kaedah tradisi yang terbukti berkesan menyampaikan sebarang sebutan dengan tepat dan dianggap satu-satunya cara sahaja yang boleh digunakan untuk mempelajari al-Quran. Mempelajari al-Quran menerusi kaedah ini memberikan faedah yang besar kepada guru dan pelajar. Guru dapat memantapkan teknik pengajarannya manakala pelajar dapat menimba ilmu yang tulus, jelas, dan sempurna mengikut kehendak Allah SWT.

Kepentingan Kaedah Pengajaran dalam Pendidikan

Konsep pengajaran ialah suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan betul. Pembelajaran pula ialah suatu proses bagaimana murid-murid memperoleh, menyusun,

1

Ammar Fadzil (2007). Anatomi Al-Quran: mengenal Ilmu, Sejarah dan Kandungan al-Quran. Selagor: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. H. 4-5

(2)

| H a l a m a n 2 menyimpan dan menggunakan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diajarkan.2 Dua konsep ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan.

Satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam pengajaran guru adalah bagaimana untuk mempelbagaikan kaedah pengajarannya supaya dapat menarik minat pelajar dan sekaligus memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu ilmu dengan baik. Oleh hal yang demikian, beberapa pandangan tokoh berkaitan kepentingan pemilihan kaedah pengajaran disenaraikan untuk menyerlahkan lagi kepentingannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pembelajaran yang spesifik dalam jangka pendek. Ia juga merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran dengan menggunakan langkah-langkah yang tersusun. Maksud kaedah berdasarkan Bahasa Arab membawa beberapa maksud iaitu;

• Turuq al-Ta’lim - Cara atau jalan yang digunakan dalam pengajaran.

• Tasykil al-Maddah - Bentuk atau jenis yang juga disebut sebagai cara yang munasabah dengan akal yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. • Tariqah al-Ta’lim wa Ta’alum Takhassus al-Tolabah - Teknik-teknik pengajaran dan

pembelajaran yang tertentu yang digunakan kepada penuntut.

• Tariqah al-Tadris - Cara-cara untuk menyampaikan kandungan isi pelajaran kepada pelajar.

• Suluk - Jalan untuk menyampaikan kepada ilmu yang mencakupi ruh, akal dan jasmani dan

• Ibrah – Pengalaman yang mengandungi peraturan dan teknik-teknik tertentu.

Definisi kaedah yang pelbagai di atas mempunyai satu persamaan iaitu kaedah itu adalah pendekatan pengajaran yang disusun oleh guru secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang berkesan dan memenuhi objektif pembelajaran yang telah disusun.

Definisi Talaqqi Dan Musyafahah

Kalimah “Talaqqi” dari sudut bahasa berasal daripada kalimah Bahasa Arab iaitu

Talaqqa - Yatalaqqa - Talaqqiyan3 yang membawa beberapa makna seperti berikut;

• Talaqqatil mar'atu bermaksud wanita mengandung. • Talaqqa as-syai'a bermaksud menemuinya.

• Talaqqa fulanan bermaksud beliau menemui orang itu.

• Talaqqa as-syai'a minhu bermaksud mengambil ataupun menerima daripadanya dan • Talaqqa al-ilma min fulanin bermaksud dia mengambil ilmu daripada orang itu.

Kesimpulannya Talaqqi dari segi bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Manakala dari segi istilah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Ringkasnya, guru akan memberi contoh bacaan dan murid mengikut bacaan guru tersebut.

Musyafahah menurut bahasa adalah bercakap-cakap antara dua pihak4 atau sebutan dari mulut ke mulut yang diambil daripada pergerakkan dua bibir. Manakala menurut istilah pula bermaksud murid menerima pengajaran secara sebutan guru dengan melihat pergerakkan bibir guru dan menyebutnya.

Kesimpulannya Talaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka di dalam satu majlis pada satu masa tertentu di mana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan bibir guru dan mengikut bacaan guru atau guru

2

www.wikepedia.com pada 30 Oktober 2009 3

Doktor Syeikh Haji Muhammad Idris Abdul Ra’uf al-Marbawi (1990). Kamus Idris Al-Marbawi ‘Arab Melayu. Kuala Lumpur: Darul Fikir. H..225

4

(3)

| H a l a m a n 3 mendengar bacaan murid dan membetulkan kesalahan mereka.5 Ringkasnya, kaedah ini adalah “Belajar berguru”.

Dalil Talaqqi Musyafahah

Berikut adalah beberapa dalil dari al-Quran dan al-Hadith yang membuktikan bahawa kaedah talaqqi musyafahah telah diamalkan sejak era kerasulan nabi Muhammad SAW lagi hingga ke zaman moden ini. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

Ÿw

õ8Ìh•ptéB

¾ÏmÎ/

y7tR$|¡Ï9

Ÿ@yf÷ètGÏ9

ÿ¾ÏmÎ/

ÇÊÏÈ

¨bÎ)

$uZøŠn=tã

¼çmyè÷Hsd

¼çmtR#uäö•è%ur

ÇÊÐÈ

#sŒÎ*sù

çm»tRù&t•s%

ôìÎ7¨?$$sù

¼çmtR#uäö•è%

ÇÊÑÈ

Surah al-Qiyamah (75):16-18

“ Janganlah engkau (Muhammad) menggerak-gerakkan lidahmu kerana hendak bersegera membaca dan menghafaznya (sebelum selesai Jibril membacanya). Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran (ke dadamu) dan Kamilah yang menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah selesai membacanya maka ikutlah bacaannya” .

$ZR#uäö•è%ur

çm»oYø%t•sù

¼çnr&t•ø)tGÏ9

’n?tã

Ĩ$¨Z9$#

4’n?tã

;]õ3ãB

çm»oYø9¨“tRur

WxƒÍ”\s?

ÇÊÉÏÈ

Surah al-Isra’ (17):106

“ Dan al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan ia supaya engkau (Wahai Muhammad) membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur” .

y7¯RÎ)ur

‘¤)n=çGs9

šc#uäö•à)ø9$#

`ÏB

÷bà$©!

AOŠÅ3ym

AOŠÎ=tæ

ÇÏÈ

Surah al-Naml (27):6

“ Dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) diberikan menyambut dan menerima al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”

ﻦﻋ

ٍﺲﻧﹶﺃ

ﻲِﺿﺭ

ﻪﱠﻠﻟﺍ

ﻪﻨﻋ

ﹶﻝﺎﹶﻗ

:

ﹶﻝﺎﹶﻗ

ﻲِﺒﻨﻟﺍ

ﻰﱠﻠﺻ

ﻪﱠﻠﻟﺍ

ِﻪﻴﹶﻠﻋ

ﻢﱠﻠﺳﻭ

ﻲﺑُﻷ

ﱠﻥِﺇ

ﻪﱠﻠﻟﺍ

ﹶﺃ

ﻲِﻧﺮﻣ

ﹾﻥﹶﺃ

ﹶﺃﺮﹾﻗﹶﺃ

ﻚﻴﹶﻠﻋ

ﹶﻥﺁﺮﹸﻘﹾﻟﺍ

ﹶﻝﺎﹶﻗ

ﻲﺑﹸﺃ

ﻪﱠﻠﻟﺍﹶﺃ

ﻲِﻧﺎﻤﺳ

ﻚﹶﻟ

ﹶﻝﺎﹶﻗ

ﻪﱠﻠﻟﺍ

ﻙﺎﻤﺳ

ﻲِﻟ

ﹶﻞﻌﺠﹶﻓ

ﻲﺑﹸﺃ

ﻲِﻜﺒﻳ

6 “ Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata kepada Ubai : Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan al-Quran padamu, Ubai berkata : ِAdakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: “ Allah telah memilih dan menamakan kamu disisiku, Maka Ubai pun menangis.”

5

Haji Nik Ja’far bin Nik Ismail (2004). Buku Qawaid Tarannum: Cara Berlagu. Kuala Lumpur: Darul Fikir. H. 157

6

Muhammad bin Ismail Abu ‘Abd Allah al-Bukhari (1994): Sahih al-Bukhari, “Kitab Tafsir al-Quran”, no. hadith 4578. j.3. Kaherah: Dar al-Fikr, h.326.

(4)

| H a l a m a n 4

ﺍﻭﹸﺬﺧ

ﹶﻥﺁﺮﹸﻘﹾﻟﺍ

ﻦِﻣ

ٍﺔﻌﺑﺭﹶﺃ

ﻦِﻣ

ِﺪﺒﻋ

ِﻪﱠﻠﻟﺍ

ِﻦﺑ

ٍﺩﻮﻌﺴﻣ

ٍﻢِﻟﺎﺳﻭ

ﻣﻭ

ِﺫﺎﻌ

ِﻦﺑ

ٍﻞﺒﺟ

ﻲﺑﹸﺃﻭ

ِﻦﺑ

ٍﺐﻌﹶﻛ

7 Sabda Rasulullah SAW: “Ambillah (pelajarilah) Al-Quran daripada empat orang iaitu Abdullah bin Mas’ud , Salim , Mu’az dan Ubai bin Ka’ab”

Sejarah Talaqqi Musyafahah

Dalil-dalil di atas sebenarnya telah jelas menunjukkan bagaimana bermulanya episod pengamalan kaedah talaqqi musyafahah ini. Namun beberapa perincian akan diberikan bagi menyokong dalil-dalil yang telah disenaraikan di atas.

• Rasulullah SAW mengambil bacaan al-Quran daripada Jibril dengan cara bertalaqqi.8

Ketika nabi berumur sekitar 40 tahun, nabi sering memencilkan diri dengan bertapa di gua Hira’. Di dalam gua tersebut, nabi telah dikurniakan wahyu yang pertama iaitu Surah

al-‘Alaq dan dilantik menjadi rasul ataupun utusan bagi seluruh alam pada 17 Ramadhan

bersamaan 6 Ogos 610 Masihi. Ketika itu, Jibril mengajarkan Rasulullah SAW al-Quran dengan cara membacakan dahulu ayat dan kemudian Rasulullah mengulanginya semula. Nabi kemudiannya terus menghafaz ayat-ayat tersebut membacakannya pula kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Para sahabat menghafaz dan menulisnya. Begitulah kaedah talaqqi musyafahah ini terus berlangsung setiap kali ia hendak disebarkan.

• Talaqqi Musyafahah merupakan salah satu cara Rasulullah menyampaikan hadith.

Sebagaimana yang telah kita ketahui dalam hadith Jibril yang terkenal, hadith kedua dalam matan Arbain Nawawi tentang Iman, Islam dan Ihsan, Jibril AS datang menyerupai seorang manusia yang duduk berlaga lutut dengan Nabi bertanyakan soalan-soalan dengan tujuan mengajarkan baginda tentang ilmu agama. Hal ini jelas menunjukkan bahawa berlakunya proses berguru di antara Nabi, Jibril dan para sahabat.

Namun begitu, perbezaan yang berlaku pada suasana ini adalah ia berlaku dalam bentuk kumpulan dan bukan individu seperti penerimaan wahyu yang pertama di gua Hira’. Sejarah ini sekali lagi menjelaskan kepada kita bahawa kaedah talaqqi musyafahah ini telah berlangsung dalam pelbagai gaya mengikut suasana dan tempat. Para sahabat juga telah menyebarkan rangkaian matan Hadith Nabi kepada umat Islam yang lain menurut kaedah yang sama, samada secara individu atau berkumpulan. Kehebatan kaedah ini telah menyebabkan pertalian sanad Hadith masih dapat dikekalkan dengan baik hingga ke hari ini.

• Al-Quran dan Ilmu Islam berkembang ke negara-negara Islam dengan kaedah Talaqqi Musyafahah.

Para sahabat Nabi telah bermusafir ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan agama Islam. Setiap tempat yang disinggahi mereka akan memastikan bahawa segala ilmu yang diperturunkan oleh Nabi Muhammad SAW disebarkan kepada seluruh manusia. Pengajaran yang diamalkan ketika itu adalah Talaqqi Musyafahah memandangkan ia adalah cara terbaik untuk memastikan segala ilmu yang diterima adalah sahih dan mendapat pengiktirafan dari sahabat sebagai guru mereka.

Contohnya Khalifah Uthman r.a telah mengutuskan enam orang sahabat ke negara-negara Islam untuk mengajarkan Quran seperti Abdullah bin Sa’ib ke Makkah,

7

Muhammad bin Ismail Abu ‘Abd Allah al-Bukhari (1994): Ibid., “Kitab Fadail al-Quran”, no. hadith 4615. j.3. Kaherah: Dar al-Fikr, h.402.

8

Dr. Danial Zainal Abidin (2008). Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad (Edisi Kemaskini) Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. h.2.

(5)

| H a l a m a n 5 Mughirah bin Abi Syihab ke Syam, Amir bin Abd. Qays ke Basrah, Abu Abd Rahman bin Habib al-Salami ke Kufah, Zayd bin Thabit ke Madinah dan senaskah lagi disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.9

• Ulama’ Islam seterusnya turut mengamalkan kaedah Talaqqi Musyafahah dalam menyebarkan ilmu Allah kepada Umat Islam.

Banyak contoh yang kita boleh lihat antaranya Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie Rahimahullah bertalaqqi kitab Muwatta' bersama gurunya Imam Malik bin Anas. Pada masa kini pula, pondok-pondok atau madrasah yang dibina turut mengamalkan kaedah ini dan keberkesanannya dilihat apabila lahirnya ramai para ulama yang terus menerus menyebarkan ilmu Allah ke hari ini.

Kaedah Pembelajaran Secara Talaqqi Musyafahah

Kaedah Talaqqi dan musyafahah berlangsung melibatkan proses-proses seperti berikut;

ﺦﻴﺸﻟﺍ ﻆﻔﻟ ﻦﻣ ﻉﺎﻤﺴﻟﺍ

)

ﲔﻘﻠﺘﻟﺍ

/

ﺀﺍﺮﻗﻹﺍ

(

ﻪﻴﻠﻋ ﺓﺀﺍﺮﻘﻟﺍ ﻭ

)

ﺽﺮﻌﻟﺍ

(

• Kedua-dua proses ini mengikut pendapat ulama mutaqaddimin mesti dilakukan bagi memastikan kesahihan satu-satu bacaan.

• Walaubagaimanapun, ulama mutaakhirin berpendapat bahawa memadai membaca di hadapan guru dan guru mendengar sambil memperbetulkan bacaan murid memandangkan ia lebih penting kerana tidak semua orang yang mendengar mampu mengikut atau meniru bacaan guru.

• Melakukan kedua-duanya sekali adalah terlebih afdhal.

• Talaqqi Musyafahah juga boleh dilakukan secara individu atau berjemaah dengan seorang guru.

Prinsip dan Objektif Kaedah Talaqqi Musyafahah

Kaedah ini perlu dibangunkan berdasarkan beberapa prinsip iaitu; • Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.

• Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan atau bersemuka. • Murid menyebut atau mengikut cara sebutan guru.

• Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid. Manakala objektif pengajaran dan pembelajaran yang perlu diberi perhatian adalah; • Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.

• Membezakan panjang dan pendek sebutan huruf. • Membaca dengan betul dan fasih.

• Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Kepentingan Talaqqi Musyafahah

Pengamalan Kaedah Talaqqi Musyafahah dengan betul serta mengikut prinsip-prinsipnya yang telah digariskan akan menghasilkan impak yang positif kepada guru dan pelajar. Berikut akan dibincangkan pula secara jelas berkenaan kepentingan kaedah ini diamalkan dalam proses P&P.

• Sunnah Rasulullah SAW

Baginda bertalaqqi Al-Quran dengan Malaikat Jibril dan mengkhatamkannya sekali setiap bulan Ramadhan dan dua kali pada tahun terakhir sebelum kewafatan Baginda SAW. Sejarah ini jelas menunjukkan kepada kita bagaimana bibit pendidikan telah berputik sejak awal kerasulan Nabi Muhammad SAW. Malaikat Jibril menyampaikan segala Firman Allah

9

Abdul Rahman abd Ghani (2008). Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan Al-Quran. Kuala Lumpur: Perniagaan Rita. H.26-28.

(6)

| H a l a m a n 6 menerusi kaedah talaqqi musyafahah iaitu Jibril memulakan bacaan dan diikuti nabi, seterusnya dihafalkan ayat-ayat tersebut.10 Bermula dari surah al-‘Alaq sehinggalah surah terakhir, kaedah yang sama digunakan dalam transmisi kalam Allah kepada manusia. Kaedah ini juga turut diaplikasikan Rasulullah SAW dalam usaha menyampaikan Kalam Allah kepada para sahabat seterusnya kaedah warisan ini terus diamalkan ketika mana ayat-ayat Allah disebarkan kepada seluruh umat manusia.

Talaqqi merupakan satu-satunya cara Al-Quran dipindahkan dan diriwayatkan

ﻞﻤﺤﺘﻟا

تﺎﯿﻔﯿﻛ

(

).

Ketika Islam di awal era kebangkitannya dan ayat-ayat al-Quran masih lagi diturunkan, aktiviti penyebarannya adalah terhad kepada kaedah ringkas seperti membaca, mengikut, mengulang dan memahaminya sahaja. Walaubagaimanapun, kaedah talaqqi

musyafahah ini telah diperhebat dengan pelbagai kaedah moden seperti kaedah al-Baghdadiyah, al-Muyassar, al-Iqra’, al-Baraqy, Kalam, al-Hattawiyyah, dan lain-lain

semata-mata ingin memastikan umat Islam berminat dan mudah untuk mempelajari Kalam Allah yang agung ini.11 Perkara ini dilakukan oleh para ulama’ bagi memastikan keaslian al-Quran terus terpelihara hingga ke akhir zaman. Walaupun kita dibanjiri dengan ledakan kemajuan ICT yang katanya boleh memberi pendidikan tentang pembacaan Al-Quran, namun ia masih terdapat pelbagai kekurangan dan kelemahan. Ringkasnya, ICT masih tidak boleh menggantikan guru dalam memberi tunjuk ajar yang berkesan dalam pembacaan al-Quran yang betul dan tepat. Kesimpulannya, Talaqqi musyafahah adalah kaedah pertama dan utama untuk menyebarkan Kalam Allah.

• Menerima ilmu dengan sanad yang sahih sampai kepada Rasulullah.

Mempelajari ilmu dan memiliki sanad yang bersambung hingga Rasulullah adalah suatu kelebihan yang mulia dan memberi kesan yang besar kepada pemiliknya. Ilmu dan fakta yang dipelajari adalah bersifat tulus, benar, pragmatis dan sah kerana ia diterima daripada Rasulullah SAW yang menerima panduan wahyu daripada Allah.12 Kebiasaannya, amalan mendapatkan sanad yang sah ini banyak berlaku di negara-negara timur tengah dan tidak kurang juga di sebelah negara-negara Asia. Guru-guru yang memiliki sanad ini akan membentangkan senarai sanad mereka yang dinukilkan dalam helaian tertentu dan kemudiannya melakukan akad pengijazahan untuk memeterai bahawa seseorang itu telah menerima ilmu yang bersanad sehingga Rasulullah. Kelak, mereka ini akan menjadi orang yang berautoriti dalam masyarakat untuk dijadikan rujukan dalam pelbagai ilmu tertumanya berkaitan al-Quran.

• Mengetahui kesahihan,kebenaran dan kebolehpercayaan ilmu yang dipelajari. Abdul Rahman bin Abdul Khaliq dalam kitabnya berjudul kaedah menghafaz al-quran, beliau menekankan kaedah kedua hafalan iaitu membetulkan ucapan dan bacaan. Beliau menyarankan kepada para huffaz supaya membetulkan ucapan dan bacaan mereka dengan memperdengarkan bacaan mereka kepada seorang qari yang baik atau huffaz yang mahir.13 Guru yang mahir ini amat berperanan dalam memastikan setiap inci ayat yang diperdengarkan adalah tepat berdasarkan bacaan Rasulullah. Demikian juga adalah lebih baik

10

Abdul Rahman Muhamad Al Azhari (2002). Sejarah al-Quran dan Kegemilangan Islam. Johor Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa. H.64.

11

Dr Afaf Abdul Ghafoor Hameed & Dr. Adel M. Abdulaziz & Dr. Mohamed Abdullahi Nur & Muhammad Mustaqim Mohd Zarif (2003). Isu Semasa Pengajian Quran dan Sunnah. Kuala Lumpur: Mes Enterprise Sdn. Bhd. H. 115

12

Wan Mohd Nor Wan Daud (2007). Budaya Ilmu Satu Penjelasan. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. H.34-39

13

Abdul Rahman bin Abdul Khaliq (1994). Kaedah Menghafaz al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd. H.16

(7)

| H a l a m a n 7 jika guru-guru ini mempunyai sanad yang bersambung dengan Rasulullah supaya ilmu yang diterima lebih meyakinkan. Hal ini juga sesuai diaplikasi dalam ilmu-ilmu lain seperti tafsir, fiqh, sains, mantik, akidah, ibadah dan lain-lain.

• Menghindari dari keciciran ayat Al-Quran.

Perkara ini dapat direalisasikan jika para pelajar dan guru sentiasa bersikap jujur dan bertanggungjawab terhadap al-Quran. Ketelitian amat diperlukan ketika melakukan pembacaan dan sebarang kesilapan wajib diperbetulkan dengan kadar segera. Keciciran ayat amat dikhuatirkan oleh para huffaz al-Quran. Oleh hal yang demikian, usaha memulakan hafalan atau mengulang hafalan perlulah dilakukan secara konsisten dihadapan guru supaya perkara buruk ini dapat dielakkan dari berlaku.

Ketika al-Quran masih dalam usaha pengumpulannya, Saidina Umar al-Khattab telah melantik Zaid bin Thabit untuk mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan didokumentasi dalam bentuk tulisan. Ketika usaha ini dilakukan, Zaid bin Thabit menemui para sahabat untuk mendengar bacaan mereka dan meneliti sebarang catatan yang pernah dikumpulkan. Proses

talaqqi yang dilalui ini membolehkan Zaid untuk mengesan kekurangan pada ayat-ayat yang

dibaca disamping dapat memastikan ayat-ayat yang telah dimansuhkan tidak dikumpulkan dalam mushaf yang akan ditulisnya kelak. Usaha menghindarkan keciciran ayat ini bukan sahaja telah memenuhi hak al-Quran tetapi memenuhi tanggungjawab kemanusiaan iaitu membolehkan umat Islam masa kini dapat membaca Kalam Allah yang menjadi panduan hidup ummat manusia.

• Mengenalpasti ayat-ayat Al-Quran palsu atau yang diselewengkan.

Sejak awal al-Quran diturunkan, para musyrikin Mekah sentiasa berusaha memesongkan akidah umat Islam dengan cara menyeleweng dan mencipta syair-syair untuk menandingi kehebatan ayat al-Quran. Usaha ini bukan sahaja sia-sia malah mendapat kemurkaan dari Allah SWT. Perkara ini turut berlangsung pada zaman ini dan bertambah dahsyat apabila mereka memaniplasi ilmu dan kemahiran ICT untuk meruntuhkan akidah ummat yang telah sedia lemah. Pelbagai artikel yang menyesatkan termasuk pembinaan al-Quran palsu dilakukan dan disebarkan di internet. Laman-laman web ini sangat mudah untuk dilayari dan sangat berbahaya kepada umat Islam yang membacanya dan tidak melakukan sebarang penelitian mendalam tentangnya.

Rentetan masalah ini, para Qurra’ perlu membangunkan kelas-kelas pengajian al-Quran demi memberi didikan kepada umat Islam tentang al-al-Quran supaya kelak tidak mudah terpedaya dengan pemalsuan yang dahsyat ini. Selain itu usaha membongkarkan kejahatan ini mesti dilakukan dengan sebaran di internet termasuk melalui kelas-kelas pengajian al-Quran atau selainnya. Berdasarkan kelas-kelas ini, para guru mungkin dapat mengesan sebarang ayat al-Quran yang dipalsukan yang mungkin diamalkan oleh sesetengah umat Islam. Aktiviti pemurnian mesti dilakukan oleh semua pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang al-Quran demi menjaga kesucian kitab yang agung ini.

• Mengesan kesalahan bacaan dengan efektif dan membetulkannya secara terus. Ketepatan dalam sebutan dan pembacaan al-Quran hanya boleh dikuasai dengan bertalaqqi. Contohnya dalam menentukan qadar mad, sebutan huruf, bacaan Isymam, raum,

imalah, tashil dan sebagainya yang tidak mungkin diketahui dengan hanya membaca atau

mempelajari ilmu tajwid secara teori tanpa tunjuk ajar secara amali atau praktikal oleh guru. Apabila pelajar mendengar dan melihat pergerakan bibir guru secara langsung, mereka dapat meniru dan membetulkan cela yang berlaku ketika melakukannya. Hal ini tidak mungkin dapat dipelajari melalui buku atau sekadar melihat gambar yang berkaitan dengannya.

• Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan ilmu.

Matlamat sesuatu ilmu dipelajari adalah untuk diingati dan diamalkan. Kita dapat melihat perkara ini melalui contoh pendidikan formal di Malaysia yang mementingkan perancangan guru (lesson plan) sebelum masuk ke kelas untuk mengajar. Antara perkara

(8)

| H a l a m a n 8 yang ditekankan adalah penulisan objektif bagi setiap sessi pengajarannya. Penekanan dalam aspek ini diberikan supaya pada akhir pengajaran, guru dapat mengukur sejauhmana penerimaan para pelajar terhadap sesuatu ilmu yang telah disampaikan. Dalam hal ini pelbagai kemahiran insaniah diambil kira. Jika kita melihat dari aspek aplikasi kaedah talaqqi

musyafahah dalam konteks pengajaran di sekolah atau selainnya, guru boleh mengesan

peringkat penguasaan para pelajar dengan melakukan beberapa ujian. Contohnya, guru dapat menilai kefasihan bacaan al-Quran dengan melakukan ujian syafawi. Setelah kelemahan dan kelebihan pelajar diketahui, guru boleh pula melakukan aktiviti lanjutan seperti latih tubi atau pengayaan.

• Menjadi proses mengulangkaji yang berkesan.

Kaedah talaqqi musyafahah sangat praktikal terutamanya dalam proses ulangkaji bacaan al-Quran atau ilmu-ilmu lain. Para pelajar berpeluang menguji sejauhmana kekuatan ingatan mereka terhadap fakta yang dipelajari, kebenarannya dan bagaimana mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Guru yang berautoriti dapat memberi bantuan dari segi pembetulan, pemurnian dan juga menerapkan nilai yang baik untuk diamalkan. Proses ulangkaji ini akan tambah berkesan jika ia dilakukan secara berulang-ulang dan dipelbagaikan formasinya seperti mendirikan aktiviti dalam kumpulan kecil atau besar dan disokong dengan kemudahan ICT atau bahan bantu mengajar (BBM).

• Dapat mempercepatkan tahap pemahaman para pelajar.

Merujuk kepada definisi kaedah iaitu satu siri tindakan guru yang sistematik dengan

tujuan mencapai objektif pelajar yang spesifik dalam jangka pendek atau cara mencapai hasil pembelajaran dengan menggunakan langkah-langkah yang tersusun, maka satu

rumusan dapat diberikan iaitu kaedah pengajaran guru sangat mempengaruhi tahap pemahaman pelajar terhadap ilmu. Kaedah talaqqi musyafahah adalah pengajaran yang melibatkan komunikasi dua hala dan koreksi secara terus. Aktiviti sedemikian menyebabkan sebarang input yang diajarkan oleh guru terus terpasak pada minda pelajar. Hal ini berlaku secara maksimum kerana bimbingan guru ketika proses pemindahan fakta adalah 100%. Kelebihan ini dapat dipertingkatkan lagi sekiranya proses talaqqi musyafahah dihadkan kepada kumpulan kecil atau secara individu. Privasi yang diberikan ini akan meluaskan fokus kepada penyampaian ilmu yang berkesan dan bermanfaat.

Selain daripada perkara-perkara di atas, antara kepentingan lain adalah bertalaqqi

musyafahah boleh membina keyakinan dalam diri pelajar untuk membaca al-quran dihadapan

guru serta dapat mengenalpasti secara amali tahap kefahaman dan perlaksanaan murid terhadap hukum hakam tajwid dalam bacaan al-Quran yang meliputi makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid. Pelajar juga akan lebih positif dalam membuat penilaian terhadap para guru,syeikh atau ulama’. Walaubagaimanapun satu perkara yang amat penting perlu diingati oleh para guru al-Quran adalah kelemahan contoh bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid. Oleh hal yang demikian, barangsiapa sahaja yang ingin memulakan pengajian al-Quran, maka perlulah ia menyelidiki terlebih dahulu tentang kebolehan gurunya terhadap ilmu al-Quran supaya masalah ini dapat dihindari.

Kesimpulan

Al-Quran adalah sebuah kitab hidayah kepda seluruh umat manusia. Hukum membacanya dengan betul adalah merupakan fardhu ain bagi setiap orang yang mengucapkan kalimah syahadah dan mempelajarinya pula adalah fardhu kifayah. Kaedah pengajian al-Quran secara talaqqi dan musyafahah adalah yang terbaik dan ianya merupakan kaedah yang telah digunakan oleh Rasulullah SAW seterusnya disambung oleh para ulama’ Islam secara mutawatir bagi mengekalkan ketulenan dan keaslian cara bacaan al-Quran. Justeru itu, adalah digalakkan bagi semua umat Islam untuk mempelajari al-Quran dengan cara yang terbaik ini melalui guru yang benar-benar diyakini bacaannya.

(9)
(10)

| H a l a m a n 10 Bibliografi

Abdul Rahman abd Ghani (2008). Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan Al-Quran. Kuala Lumpur: Perniagaan Rita.

Abdul Rahman Muhamad Al Azhari (2002). Sejarah al-Quran dan Kegemilangan Islam. Johor Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa.

Abdurrahman bin Abdul Khalik (1994). Kaedah Menghafaz al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd.

Ammar Fadzil (2007). Anatomi Al-Quran: mengenal Ilmu, Sejarah dan Kandungan al-Quran. Selagor: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Doktor Syeikh Haji Muhammad Idris Abdul Ra’uf al-Marbawi (1990). Kamus Idris Al-Marbawi ‘Arab Melayu. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Dr Afaf Abdul Ghafoor Hameed & Dr. Adel M. Abdulaziz & Dr. Mohamed Abdullahi Nur & Muhammad Mustaqim Mohd Zarif (2003). Isu Semasa Pengajian Quran dan Sunnah. Kuala Lumpur: Mes Enterprise Sdn. Bhd.

Dr. Danial Zainal Abidin (2008). Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad (Edisi Kemaskini). Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Haji Nik Ja’far bin Nik Ismail (2004). Buku Qawaid Tarannum: Cara Berlagu. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2007). Budaya Ilmu Satu Penjelasan. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

www.scribd.com www.wikepedia.com

Referensi

Dokumen terkait

tsaqifa dengan metode kooperatif dalam pengajaran baca Al-Quran kelompok pengajian muslimah dusun Pokoh desa Wonoboyo kecamatan Wonogiri. Dalam hal ini penulis ingin

Pendekatan ini juga merupakan kaedah yang paling menonjol dan utama yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam pengajaran (al-Halabi. Dalam perihal berpakaian, peranan

Menurut para Ulama besar menyatakan bahwa hukum bagi seseorang yang mempelajari tajwid adalah Fardhu Kifayah, yakni dengan mengamalkan ilmu tajwid ketika memabaca Al-Quran

Dakwah merupakan kegiatan penyebarluasan ajaran agama Islam, pelakunya disebut daʻi. Berdasarkan nash Al-Quran, kata daʻi pertama kali digunakan untuk Allah, Iblis,

Lihat: Al Mushannaf-al Atsar (6027) ia terdapat dalam Musnad Ahmad dai As Sulami: kami diceritakan oleh orang yang meriwayatkan hadits kepada kami dari kalangan sahabat Rasulullah

Peneliti hanya memfokuskan pada pola, bentuk, cara, gaya dan sikap komunikasi, antara jamaah yang mengikuti kegiatan pengajian Al Quran dengan orang- orang yang tidak mengikuti

Al-Quran al-Karim diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril AS secara beransur-ansur dalam masa dua puluh dua tahun lebih. Setiap turunnya

Kajian ini menerapkan kajian sumber dalam menganalisis dan mengenal pasti rujukan asal dari karya Jami’ al-Bayan ‘an Takwil al-Quran yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Said sebagai