• Tidak ada hasil yang ditemukan

Takrif Pembumian Cara-Cara Pembumian Elektrod Bumi Jenis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Takrif Pembumian Cara-Cara Pembumian Elektrod Bumi Jenis"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBUMIAN

Takrif pembumian

Cara-cara pembumian Elektrod bumi

Jenis sistem pembumian

Sistem TN-S

Sistem TN-C-S

(2)

PERATURAN IEE

Peraturan-peraturan IEE yang berkaitan pembumian Peraturan IEE berkaitan sistem TT dan IT

(3)

PEMBUMIAN

Pembumian merupakan sambungan yang

dibuat antara logam dan bumi.

Pembumian dijadikan sebagai punca rujukan

yang keupayaannya dianggap sifar.

Sebarang benda yang disambung ke bumi

akan mempunyai keupayaan sifar.

(4)

Pembumian bertujuan sebagai laluan balik

arus atau untuk keselamatan kepada

pengguna.

Pembumian juga bertujuan untuk memberi

keselamatan kepada pengguna daripada

bahaya renjatan elektrik dan kebakaran

apabila arus bocor ke bumi yang berlaku

pada itu mengalir ke bahagian-bahagian

logam yang boleh membawa arus dan

menyebabkan percikan bunga api.

(5)

CARA-CARA PEMBUMIAN

Pembumian ke paip air atau ke paip gas.

Pembumian ke salutan logam kabel

perkhidmatan dalam tanah.

Pembumian ke dawai aerial (bumi) yang

disediakan oleh pembekal elektrik.

(6)

Pembumian ke elektrod bumi dalam tanah yang

rintangan elektrod buminya cukup rendah.

Pembumian ke sistem pembumian berbilang

pelindung.

Pembumian ke peranti perlindungan daripada

arus bocor ke bumi automatik.

(7)

BENDA-BENDA YANG PERLU

DIBUMIKAN

Semua struktur logam dalam sistem pendawaian

(yang buka membawa arus) seperti salutan logam,

perisai pembuluh, salur, sesalur dan dawai

katenari.

Struktur logam yang terdedah bagi semua radas

termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik

seperti paip air dan rangka rumah.

(8)

BENDA-BENDA YANG TIDAK

PERLU DIBUMIKAN

Logam

pendek

yang

diasingkan

sebagai

perlindungan mekanik bagi kabel yang mempunyai

sarung bukan logam selain pembuluh yang

dipasang sebagai tempat laluan masuk antara

bangunan dan pembuluh untuk melindungi kabel

lampu-lampu nyahcas.

(9)

Penutup lampu yang diperbuat daripada logam. Logam kecil seperti skru dan plat nama yang diasingkan dengan menggunakan penebat.

Rantai logam untuk menggantung lampu dan peralatannya.

Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen di atas lantai yang kalis air.

(10)

ISTILAH-ISTILAH PEMBUMIAN

Bumi – sambungan yang berkesan ke bumi.

Elektrod bumi – batang(rod) logam, plat logam

dan sistem paip logam dalam tanah atau

sebarang benda berpengalir bagi memperoleh

sambungan bumi yang berkesan.

Pengalir pelindung litar – pengalir termasuk

sebarang pengapit yang disambung ke punca

bumi pengguna

(11)

Dawai pembumi – pengalir akhir di antara punca bumi pengguna dengan elektrod bumi atau yang

seumpama dengannya.

Dawai pengikat sama upaya – sambungan sekali secara elektrik untuk membawa arus yang memberi

keupayaan yang sama antara alat-alat logam yang tidak terlibat dengan pemasangan elektrik

Rintangan bumi – rintangan bumi adalah tempat elektrod bumi penguna ditanam.

(12)

Galangan bagi litar rosak ke bumi – jumlah rintangan litar yang dilalui oleh arus semasa berlaku litar bocor ke bumi bermula dari punca hidup bekalan hingga ke elektrod bumi.

Kawasan rintangan bumi – jarak kawasan bagi satu elektrod bumi yang berada di dalam kawalannya.

Rintangan gelung bumi – rintangan litar yang dilalui oleh arus bocor ke bumi bermula dari punca akhir pengalir pelindung litar arus bumi hingga ke elektrod bumi

(13)

Punca bumi penguna – punca-punca tempat

penyambungan semua pengalir pelindung litar

bumi sebelum disambungkan ke elektrod bumi.

Ia berada samada dalam kotak fius atau

berhampiran dengan kotak fius.

Kawasan rintangan bumi bertindih – kawasan

penanaman elektrod kedua yang berada dalam

lengkaran 6 meter dari elektrod utama.

Dawai pengikat sama upaya tambahan – sambungan

bersama secara elektrik diantara logam yang

terlibat dalam pemasangan elektrik.

(14)

PEMBUMIAN BERBILANG

PELINDUNG

Pembumian berbilang pelindung digunakan apabila

galangan bagi litar rosak ke bumi tidak cukup

rendah untukmengendalikan fius atau pemutus litar

bocor ke bumi.

Penggunaannya adalah pada voltan rendah dan

kebenaran daripada pihak pembekal hendaklah

diperoleh

terlebih

dahulu

apabila

hendak

menggunakannya.

(15)

SYARAT-SYARAT PEMASANGAN SISTEM

PEMBUMIAN BERBILANG PELINDUNG

Dawai pembumian mestilah mempunyai rintangan yang tidak melebihi 10 ohm dan pengalir pelindung litar bumi 0.5 ohm iaitu apabila arus sebanyak 10A , 40V dialirkan selama seminit semasa ujian dengan menggunakan bekalan arus ulang-alik.

Fius, pemutus litar, penyambung dan suis satu hala tidak dibenarkan dipasang bersebelahan dengan

(16)

Kesemua pengguna elektrik di kawasan itu

mestilah

dipasang

dengan

sistem

pembumian berbilang pelindung.

Hanya digunakan pada litar voltan rendah

dan mendapat kebenaran daripada pihak

yang berkenaan.

(17)

TEMPAT PENGGUNAAN SISTEM

BERBILANG PELINDUNG

Kawasan bukit dan jauh dari pantai – disini

rintangan bumi yang rendah sukar diperolehi.

Kawasan berbatu, berpasir dan kering – rintangan

bumi di kawasan ini juga adalah tinggi.

Kawasan pedalaman – kabel dalam tanah yang

bersarung logam tidak digunakan sebagai sistem

penghantaran di kawasan ini.

(18)

KELEBIHAN SISTEM PEMBUMIAN

BERBILANG PELINDUNG

Rintangan elektrod buminya rendah dan

mudah diperoleh kerana setiap pengguna

mencantumkan punca buminya kepada dawai

neutral.

Perbelanjaan dapat dijimatkan kerana

bilangan elektrod bumi tidak ditambah.

(19)

Galangan gelung bumi rendah dan cukup

untuk mengendalikan fius atau pemutus

litar apabila arus bocor ke bumi berlaku.

Perbelanjaan pemasangan sistem

(20)

KELEMAHAN SISTEM PEMBUMIAN

BERBILANG PELINDUNG

Renjatan akan dirasai jika kerja-kerja logam yang berhampiran tidak diikat bersama ke dawai neutral atau jika dawai neutral itu putus.

Arus bumi akan berputar antara elektrod bumi dan ini menyebabkan sistem telefon terganggu.

(21)

ELEKTROD-ELEKTROD BUMI

Rod-rod dan paip-paip bumi

Pita-pita atau dawai bumi.

Plat-plat bumi.

Elektrod-elektrod bumi yang

terbenam di dalam tanah.

(22)

Sarung plumbum dan sarung daripada logam

lain yang digunakan untuk sistem-sistem paip

logam yang tidak dilarang.

Menyarung kabel dalam tanah dan tidak

terlarang.

Struktur-struktur bawah tanah lain yang

bersesuaian.

(23)

CARA MENGURANGKAN

RINTANGAN ELEKTROD BUM

Mengisi garam disekeliling elektrod (lapan bulan sekali).

Mengisi arang batu ke dalam elektrod.

Menabur serbuk besi di sekeliling elektrod. Memasang elektrod di tempat yang lembap. Elektrod dilubang-lubangkan.

(24)

Memasang beberapa batang elektrod bumi secara selari di luar kawasan elektrod bumi tersebut.

Memasang sambungan selari antara elektrod dengan menggunakan jalur kepingan tembaga.

Menanam bahan kimia seperti magnesium, kuprum atau garam batu.

Menambahkan panjang atau luas keratan rentas elektrod.

(25)

PERATURAN-PERATURAN IEE

BAGI PEMBUMIAN

Setiap kaedah pembumian dan pengalir pelindung

litar hendaklah dipilih dan dipasang agar memenuhi

keperluan peraturan-peraturan dalam pembumian

untuk menjamin keselamatan dan peralatan yang

berhubung dengan pemasangan cukup memuaskan.

Sistem pembumian pada pemasangan boleh

dibahagikan kepada sub bahagian dan setiap

bahagian yang dibahagikan itu harus mematuhi

keperluan-keperluan pembumian.

(26)

JENIS-JENIS SISTEM PEMBUMIAN

Sistem TN-S Sistem TN-C-S Sistem TT dan IT

(27)

SISTEM TN-S

Suatu sistem dimana pangkalan pembumian utama seseorang pengguna haruslah disambung pada titik bumi sumber tenaga.

(28)

SISTEM TN-C-S

Suatu sistem dimana pembumian pelbagai

pelindung disediakan oleh pembekal dimana

kaedah-kaedah yang sewajarnya hendaklah

disediakan untuk menyambungkan pangkalan

pembumian utama pengguna pada dawai neutral

sumber tenaga.

(29)

SISTEM TT DAN IT

Suatu sistem dimana pangkalan pembumian utama pengguna hendaklah disambungkan melalui satu

pengalir pembumian ke elektrod bumi dengan

(30)

PERATURAN-PERATURAN IEE

BAGI SISTEM TT DAN IT

Elektrod bumi yang digunakan mestilah diperakui bagi tujuan memenuhi kehendak IEE.

Jenis dan kedalaman elektrod bumi yang terbenam hendaklah tidak mengakibatkan penambahan

dalam nilai rintangan elektrod bumi melebihi nilai yang diperlukan apabila tanah itu menjadi kering atau sejuk.

(31)

Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan

elektrod bumi hendaklah mempunyai keupayaan untuk menahan kerosakan akibat kakisan.

Kerja logam perkhidmatan gas awam dan air tidak boleh digunakan sebagai pelindung elektrod bumi.

(32)

Sarung-sarung kuprum dan sarung logam lain bagi kabel-kabel yang tidak mungkin mengalami

kerosakan akibat kakisan yang berlebihan boleh digunakan sebagai elektrod bumi dengan syarat persetujuan pemilik kabel diperolehi dan

langkah-langkah yang bersesuaian diambil untuk memberi amaran kepada pemilik

pemasangan elektrik itu tentang

perubahan-perubahan yang akan dilakukan pada kabel yang mungkin akan mempengaruhi kesesuaian kabel itu untuk bertindak sebagai elektrod bumi.

(33)

PERATURAN IEE

PENGALIR-PENGALIR PEMBUMIAN

Setiap pengalir pembumian jika ditanam,

pengalir itu hendaklah mempunyai luas

keratan rentas yang tidak kurang daripada nilai

yang ditetapkan.

Pengalir aluminium dan pengalir aluminium

yang berlapiskan tembaga tidak boleh

digunakan untuk penyambungan terakhir

dalam elektrod bumi.

Penyambungan pengalir pembumian kepada

elektrod bumi atau pada kaedah pembumian

yang lain hendaklah dibuat dengan sempurna

dan memuaskan dari segi mekanik dan

Referensi

Dokumen terkait