Ekonomi dari perspektif Islam
Ekonomi Islam bergerak dengan berpegang kepada dua asas yang penting iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Kaedah feqah dalam sains mualamat yang fleksibel memberi ruang untuk berkembang mengikut perkembangan ekonomi semasa. Setiap sistem ekonomi mempunyai inti paradigma atau prinsip-prinsip yang tersendiri. Menurut Yusuf Qardhawi (2004), ilmu ekonomi Islam terbahagi kepada bebarapa dasar iaitu Ekonomi Rabbani dan Ekonomi Insani. Ia digelar Ekonomi Rabbani kerana ekonomi ini sarat dengan arahan dan nilai-nilai Ilahiyah. Ekonomi Insani pula kerana ekonomi ini dilaksanakan dan ditujukan untuk kemakmuran manusia.
Ekonomi Islam berasaskan 6 tunjang utama iaitu : 1. Ekonomi Tauhid
2. Ekonomi Istikhlaf / Khilafah 3. Ekonomi Ukhuwah
4. Ekonomi Tazkiyah 5. Larangan Riba 6. Larangan Gharar
Tauhid
Keyakinan bahawa seluruh alam ini dan harta adalah milik Allah S.W.T. Keimanan mempunyai peranan penting dalam ekonomi Islam, ini karena secara langsung ia akan mempengaruhi cara hidup manusia dalam membentuk kepribadian, perilaku, gaya
Istikhlaf / Khilafah
Setiap insan adalah pemimpin dan wajib memegang amanah dan tanggungjawab. Oleh itu,kita sebagai penerima amanah dan tanggungjawab kepada pemilikan dan penggunaan harta perlu melaksanakannya seamanah mungkin.Walaupun harta yang diperolehi melalui titik peluh manusia namun modal asalnya adalah kepunyaan Allah SWT.
Ukhuwah
persaudaraan manusia tana bataasan geografi ,bangsa,warna kulit dan lain –lain utnutk melahirkan manusia yang bertanggungjawab,bekerjasama,hormat menghormati dan tidak menindas orang lain. Menurut sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud “ Tidak sempurna iman seseorang sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri”. Tuntutan hadis ini adalah untuk menjelaskan hubungan sesama muslim secara khusus, menuntut sentiasa saling berkasih sayang, bekerjasama dan menggerakkan apa sahaja kegiatan termasuk bidang ekonomi. Ia tidak sahaja memberi kesan yang positif kepada aspek sosial malah turut memberi kesan yang sama dalam kehidupan ekonomi dan politik.
Tazkiyah
Larangan Riba
Islam melarang riba dalam segala bentuk.Riba adalah punca kejatuhan ekonomi umat Islam. Riba adalah kebiasaan yang telah membudaya dikalangan masyarakat ‘Arab, jauh sebelum larangan riba berlaku. Riba telah menjatuhkan moral dan rohani dalam diri manusia, disamping memecah-belah masyarakat. Kerana kepentingan dan kemiskinan seseorang telah dijadikan suatu kesempatan untuk memupuk kekayaan dan modal oleh orang lain. Di dalam ajaran Agama Yahudi dan Masehi, riba diharamkan secara jelas. Ini disebabkan didalam perjanjian lama yang dikutip dari Sifrul Khuruf dalam buku yang ditulis Ahmad Shalaby disebutkan “Jika saudaramu berhajat maka tangguhkanlah ia, janganlah meminta keuntungan dan faedah darinya”.[3] Orang-orang Yahudi dilarang mempraktikkan untuk mengambil bunga. Larangan-larangan tersebut banyak dinyatakan di dalam perjanjian lama.Bukan hanya ada pada Agama Yahudi dan Masehi. Tetapi larangan riba juga terdapat pada Agama lainnya. Karena menyebabkan perpecahan dan perasaan tidak puas dalam masyarakat yang dapat membedakan antara golongan kaya dan golongan miskin.
Larangan Gharar
Gharar dalam bahasa ‘Arab berarti akibat, bencana, bahaya dan resiko.[21] Konsep gharar dapat dibagi menjadi dua kelompok:
1. Kelompok pertama adalah unsur resiko yang mengandung keraguan, dan tidak pasti secara dominan.
2. Kelompok kedua adalah unsur meragukan yang dikaitkan dengan penipuan atau kejahatan oleh salah satu pihak lain.