• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KONSEP BICARA BERIRAMA SEKOLAH ME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KERTAS KONSEP BICARA BERIRAMA SEKOLAH ME"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

138 BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.

2.0 PENGENALAN

Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Sasaran

Pertandingan ini terbuka untuk murid menengah rendah (Tingkatan Peralihan, 1,2 dan 3) saja. Setiap kumpulan/pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Digalakkan penyertaan berbilang kaum.

3.2 Masa

Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit.

(2)

138 BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

3.3 Kumpulan

Setiap kumpulan/pasukan mestilah berjumlah 27-30 orang termasuk seorang konduktor ). Setiap kumpulan/pasukan mestilah diiringi oleh 4 orang guru pengiring.

3.4 Teks/Skrip

Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa. Skrip mestilah dikarang/reka sendiri dan autentik. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa membuat persembahan. Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur

selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.

3.5 Pakaian

Semua peserta mesti memakai pakaian seragam dan bersesuaian yang mengikut tema pertandingan yang akan ditetapkan. Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih.

3.6 Alatan

Penggunaan mikrofon adalah tidak digalakkan. Sekiranya ada, mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta.

3.7 Sokongan

Sebarang alatan/sokongan seperti nyanyian, lakonan, berdrama prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan. Rakaman muzik minus one sahaja dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup persembahan.

3.8 Pentas

Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masing-masing. Susunan yang dibenarkan tidak melebihi tiga baris. (Peraturan pergerakan masih kekal seperti di atas).

4.0 LARANGAN

Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN

(3)

138 BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

5.1 Persembahan Ujaran (30 markah)

Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai

5.2 Keseragaman persembahan (15 markah)

Formasi berbentuk objek dan pergerakan setempat.

5.3 Kreativiti (10 markah)

Kesesuaian, kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang bermakna serta rakaman muzik yang sesuai.(minus one)

5.4 Kesan bunyi (5 markah)

Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi

5.5 Penghayatan (10 markah)

Ekspresi mimik muka dan bahasa tubuh

5.6 Tempo dan ritma (10 markah)

Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI

5.7 Konduktor (20 markah)

Keselarasan gerak tangan, Mimik Muka, Tempo dan Kepimpinan

5.8 Penalti (tolak 10 markah)

Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi

had masa atau kurang 5 minit dan persembahan yang keterlaluan.

5.9 Skrip

5.9.1 Tema/Mesej (10 markah)

Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens.

5.9.2 Bahasa ( 40 markah)

Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan

5.9.3 Cerita (30 markah)

Ada kesinambungan cerita . Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian (originality). Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami

(4)

138 BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

5.9.4 Watak (10 markah)

Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI. Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran

5.9.5 Kreativiti (5 markah)

Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita , Menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema

5.9.6 Markah Bonus (5 markah)

Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihat kesungguhan pasukan

Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip

6.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

7.0 HAL-HAL LAIN

Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.

9.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

Usaha agroindustri keripik nenas di Desa Kualu Nenas masih layak dijalankan/dikembangkan jika terjadi kenaikan harga input utama (nenas) sebesar 20%, terjadi kenaikan harga bahan

Dana yang dikeluarkan untuk operasional Suroboyo Bus ini kurang lebih menghabiskan 11 Milyar Rupiah dalam satu tahun, namun pembayaran bus ini hanya menggunakan sampah

Segala puji hanya milik Allah SWT, karena atas berkat limpahan rahmat serta Hidayah-Nya penulis dapat menyelesaikan dan menyusun Tugas Akhir sebagai syarat

0 Saya tidak merasa bahwa saya tampak lebih buruk dari pada sebelumnya K.

Terdapat persamaan penelitian ini dengan penelitian sebelumnya yaitu variabel bebasnya juga menggunakan Produk Domestik Bruto (PDB), dan inflasi dalam negeri serta

- Yang dimaksud dengan Tamansari Budaya Spiritual adalah terwujudnya suatu kondisi masyarakat dimana semua kegiatan spiritual (yang tentunya ditujukan

Setelah didapatkan hasil dari kuesioner konstruk, maka dilakukan penyusunan kuesioner matriks perbandingan berpasangan yang mengacu pada Metode Analytical

advokasi pada anggota masyarakat yang hendak mengupayakan keadilan atas perbuatan melawan hukum dari korporasi baik secara administratif, perdata maupun pidana (bila prosesnya