• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHAP KEUPAYAAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAHAP KEUPAYAAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

TAHAP KEUPAYAAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH1

RHOAINA JULKARIM ANUAR AHMAD MOHD. MAHZAN AWANG

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau keupayaan pelajar Tingkatan 4 menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Akhir Tahun. Objektif kajian ini ialah menentukan sejauh mana pelajar berupaya menjawab soalan KBAT dengan aras mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Mengenal pasti perbezaan markah pencapaian bagi empat aras soalan KBAT dan mengenal pasti aras soalan KBAT yang paling sukar dan paling mudah dikuasai pelajar. Kajian dijalankan dengan menganalisis kertas jawapan bagi soalan yang hanya mengandungi unsur KBAT kertas dua (bahagian struktur). Seramai 94 orang pelajar Tingkatan 4 yang menduduki Peperiksaan Akhir Tahun di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Kuala Lumpur, markah 54 pelajar diambil sebagai sample kajian ini. Analisis deskriptif digunakan bagi menunjukkan peratusan markah setiap soalan dan analisis inferensi digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Ujian ANOVA sehala dijalankan, menunjukkan nilai F(df = 3, 212, P<0.05) = 11.4 adalah signifikan. Hipotesis nul ditolak, maka keputusan ujian ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min markah pelajar Tingkatan 4 dalam menjawab empat aras soalan KBAT dalam peperiksaan mata pelajaran sejarah. Beberapa cadangan diberikan bagaimana guru dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian dan keupayaan menjawab soalan KBAT. Kajian ini dapat dimanfaatkan untuk guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa akan datang agar dapat menekankan aspek KBAT dalam pelbagai aras soalan.

1 INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION V "GLOBAL EDUCATION, COMMON WEALTH  AND CULTURAL DIVERSITY" HELD IN COLLABORATION BETWEEN UNES PADANG WITH UKM MALAYSIA

(2)

Kata kunci: Tahap keupayaan pelajar, Soalan aras Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), mata pelajaran sejarah Tingkatan 4.

ABSTRACT

This study aims to explore the potential of Form 4 students in answering the Higher Order Thinking Skills (HOTS) questions in History subject in the Final Year Examination. The objective of this study is to determine the extent to which students are able to answer HOTS questions in applying, analysing, evaluating and creating. Besides to identify differences in the achievements of four level HOTS questions and the most difficult and easiest level to mastered by students. The study was conducted by analyzing the specific questions with HOTS elements in paper two (open-ended questions). Marks of 54 students were taken as a sample survey. Descriptive analysis is used to indicate the percentage of marks for each question and inferential analysis used to answer the research questions. One way ANOVA test is carried out, indicating the value of F (df = 3, 212, P <0.05) = 11.4 is significant. The null hypothesis is rejected, then the ANOVA test results showed that there are significant differences in the mean scores of students in Form 4 in answering the four level of HOTS questions in the history subject. Some suggestions are given on how teachers can help students improve achievement and ability to answer HOTS questions. This study can be used for future teaching and learning planning in order to emphasize the various levels of HOTS questions.

(3)

PENGENALAN

Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013), Kementerian Pendidikan Malaysia, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Maka KBAT berfokus kepada empat aras pemikiran dan kemahiran yang utama iaitu:

i) Mengaplikasi iaitu kebolehan kognitif yang menggunakan prinsip dan generalisasi tentang sesuatu terhadap suatu masalah atau situasi baharu. Pelajar berupaya menunjuk cara, menjalankan, dan menggunakan.

ii) Menganalisis iaitu berupaya mencerakinkan atau menstruktur maklumat kepada bahagian yang lebih kecil, menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain. Pelajar boleh membanding beza, mengurus, menyelesaikan masalah, dan menghuraikan sesuatu fenomena.

iii) Menilai iaitu mampu membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui pemeriksaan dan kritikan. Dalam aras ini, seseorang pelajar mampu mengkritik, membuat hipotesis, memberi hujah atau pendapat, dan membuat keputusan.

iv) Mencipta atau menjana idea iaitu dapat menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu, menyusun, menjana, merancang atau menghasilkan semula elemen kepada corak atau struktur yang baharu.

(4)

Rajah 1: Hirarki Anderson (2001)

KBAT membenarkan pelajar berfikir secara lebih mendalam, konsisten, produktif dan berkesan. Berfikir merupakan aspek yang penting agar pelajar berupaya memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari kepada situasi yang lain. Selain itu, pelajar dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan pelajaran, menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dengan lebih produktif, menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam kehidupan. KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya pelajar mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. (Rajendran Nagappan. 2014)

Memiliki kemahiran ini, pelajar bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka pelajar boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta dalam kalangan pelajar. Selain itu, KBAT mampu meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada pelajar. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari.

TUJUAN KAJIAN

(5)

boleh dikaitkan dengan keberkesanan kaedah pengajaran guru dalam menerapkan KBAT kepada pelajar di dalam kelas. Mengetahui keupayaan pelajar menjawab soalan KBAT dalam peperiksaan adalah penting bagi menggambarkan kepada guru sejauh mana pelajar sebati dengan aras soalan KBAT dan mampu menyelesaikan masalah.

HIPOTESIS KAJIAN

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min markah pelajar Tingkatan 4 menjawab empat aras soalan KBAT dalam peperiksaan akhir mata pelajaran Sejarah.

OBJEKTIF KAJIAN

i) Menentukan sejauh mana pelajar berupaya menjawab soalan KBAT dengan aras mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

ii) Mengenal pasti perbezaan markah pencapaian bagi empat aras soalan KBAT.

iii) Mengenal pasti aras soalan KBAT yang paling sukar dan paling mudah dikuasai pelajar.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut:

i) Sejauh manakah pelajar berupaya menjawab soalan KBAT dengan aras mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta?

ii) Adakah terdapat perbezaan markah pencapaian bagi aras soalan yang berbeza? iii) Apakah aras soalan KBAT yang paling sukar dan paling mudah dikuasai pelajar? METODOLOGI KAJIAN

(6)

Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 4 di salah sebuah sekolah berasrama penuh, Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan pelajar tingkatan 4 adalah seramai 94 orang, daripada jumlah itu, markah 54 orang pelajar iaitu dua dari empat kelas yang ada telah dijadikan sample dalam kajian ini. Persampelan ini diambil secara stratified random sampling iaitu mengambil sample secara rawak dari tahap atau kelas tertentu.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah lembaran jawapan murid digunakan untuk mendapatkan markah soalan aras KBAT murid dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Proses pengumpulan data untuk kajian ini adalah melalui markah peperiksaan akhir tahun pelajar bagi mata pelajaran sejarah. Kertas jawapan pelajar (kertas 2, bahagian A: struktur) dianalisis untuk mendapatkan maklumat tentang keupayaan pelajar menjawab soalan aras KBAT. Setelah dikenal pasti, empat soalan struktur yang dikemukakan mengandungi keempat-empat aras yang ingin dikaji. Data markah diproses menggunakan kaedah analisis SPSS bagi melihat perbandingan peratus pelajar yang berupaya mencapai markah tinggi, sederhana dan rendah dalam setiap aras soalan selain perbandingan min markah pelajar dalam melihat keupayaan murid.

Ujian ANOVA sehala juga dijalankan bagi membuat perbandingan tahap keupayaan pelajar menjawab soalan dalam empat aras soalan KBAT yang dikemukakan iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

DAPATAN KAJIAN

KEUPAYAAN MURID MENJAWAB SETIAP ARAS KBAT

JADUAL 1. Keupayaan pelajar menjawab KBAT dalam soalan struktur

Descriptives

MARKAH

N Mean Std. Deviation Std. Error

95% Confidence Interval for Mean

Minimum Maximum Lower Bound Upper Bound

MENGAPLIKASI 54 2.8704 .39076 .05318 2.7637 2.9770 1.00 3.00 MENGANALISIS 54 2.2778 .65637 .08932 2.0986 2.4569 1.00 3.00

(7)

MENCIPTA 54 2.1111 .92485 .12586 1.8587 2.3635 1.00 3.00

Total 216 2.4120 .76044 .05174 2.3101 2.5140 1.00 3.00

Hasil analisis SPSS di atas menunjukkan soalan aras mengaplikasi mempunyai min markah tertinggi iaitu 2.8704, kedua ialah aras menilai dengan min 2.3889, ketiga aras menganalisis dengan min 2.2778 dan akhir sekali aras mencipta dengan catatan min 2.1111.

JADUAL 2. Keupayaan pelajar menjawab KBAT dalam soalan struktur

MENGAPLIKASI

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

RENDAH 1 1.9 1.9 1.9

SEDERHANA 5 9.3 9.3 11.1

TINGGI 48 88.9 88.9 100.0

Total 54 100.0 100.0

Bagi aras soalan mengaplikasi, seramai 88.89% pelajar berjaya mendapat markah tinggi, 9.3% mendapat markah sederhana dan 1.9% mendapat markah rendah. Keputusan analisis menunjukkan keupayaan pelajar sangat tinggi dalam menjawab soalan KBAT aras mengaplikasi. Pelajar dalam kategori skor markah sederhana dan rendah kemungkinan kurang memahami kehendak soalan atau terpesong dalam memberikan fakta.

JADUAL 3. Keupayaan pelajar menjawab KBAT dalam soalan struktur

MENGANALISIS

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

RENDAH 6 11.1 11.1 11.1

SEDERHANA 26 48.1 48.1 59.3

TINGGI 22 40.7 40.7 100.0

Total 54 100.0 100.0

(8)

JADUAL 4. Keupayaan pelajar menjawab KBAT dalam soalan struktur

MENILAI

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

RENDAH 9 16.7 16.7 16.7

SEDERHANA 15 27.8 27.8 44.4

TINGGI 30 55.6 55.6 100.0

Total 54 100.0 100.0

Bagi soalan aras menilai 55.6% pelajar berjaya mendapat markah tinggi, manakala 27.8% mendapat markah sederhana dan 16.7% mendapat markah rendah. Pada aras ini, keputusan menunjukkan keupayaan pelajar menjawab soalan agak baik, lebih dari separuh sample pelajar mendapat markah tinggi. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang mendapat markah rendah.

JADUAL 5. Keupayaan pelajar menjawab KBAT dalam soalan struktur

MENCIPTA

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

Valid

RENDAH 20 37.0 37.0 37.0

SEDERHANA 8 14.8 14.8 51.9

TINGGI 26 48.1 48.1 100.0

Total 54 100.0 100.0

Akhir sekali, bagi aras mencipta, 48.1% mendapat markah tinggi, 14.8% mendapat markah sederhana dan pelajar yang mendapat markah rendah adalah sebanyak 37.0%. Keputusan analisis ini menunjukkan pelajar yang berupaya menjawab soalan aras mencipta masih rendah. Aras mencipta merupakan aras tertinggi dalam Taksonomi Bloom, dan kemungkinan mendapat skor markah rendah sememangnya boleh dijangkakan. Ramai kalangan pelajar yang masih lemah untuk aras mencipta.

Bagi menentukan kebenaran hipotesis kajian, ujian ANOVA sehala dijalankan bagi membandingkan keupayaan murid menjawab soalan dalam empat aras soalan KBAT.

(9)

Multiple Comparisons

Dependent Variable: MARKAH

Tukey HSD

(I) KBAT (J) KBAT

Mean Difference

(I-J) Std. Error Sig.

95% Confidence Interval

Lower Bound Upper Bound

MENGAPLIKASI MENGANALISIS .59259* .13678 .000 .2384 .9468

MENILAI .48148* .13678 .003 .1273 .8357

MENCIPTA .75926* .13678 .000 .4051 1.1135

MENGANALISIS MENGAPLIKASI -.59259* .13678 .000 -.9468 -.2384

MENILAI -.11111 .13678 .849 -.4653 .2431

MENCIPTA .16667 .13678 .616 -.1875 .5209

MENILAI MENGAPLIKASI -.48148* .13678 .003 -.8357 -.1273

MENGANALISIS .11111 .13678 .849 -.2431 .4653

MENCIPTA .27778 .13678 .180 -.0764 .6320

MENCIPTA MENGAPLIKASI -.75926* .13678 .000 -1.1135 -.4051

MENGANALISIS -.16667 .13678 .616 -.5209 .1875

MENILAI -.27778 .13678 .180 -.6320 .0764

*. The mean difference is significant at the 0.05 level. MARKAH

Sum of

Squares df Mean Square F Sig.

Between Groups 17.236 3 5.745 11.374 .000

Within Groups 107.093 212 .505

Total 124.329 215

Tukey HSDa

KBAT N Subset for alpha = 0.05

1 2

MENCIPTA 54 2.1111

MENGANALISIS 54 2.2778

MENILAI 54 2.3889

MENGAPLIKASI 54 2.8704

Sig. .180 1.000

Means for groups in homogeneous subsets are displayed.

(10)

Keputusan ujian Post Hoc menunjukkan perbezaan yang signifikan antara min markah aras mengaplikasi dan min markah aras menganalisis, menilai dan mencipta. Semua keputusan perbezaan min pada setiap aras soalan ada yang mencatatkan negatif, tetapi pada aras mengaplikasi semua catatan perbezaan min adalah positif. Ini menunjukkan, aras mengaplikasi mencatatkan min markah yang tertinggi.

(11)

Tingkatan 4 dalam menjawab empat aras soalan KBAT dalam peperiksaan mata pelajaran sejarah.

Keputusan ujian Post Hoc Multiple Comparisions pula menunjukkan bahawa perbezaan yang signifikan berlaku antara aras soalan mengaplikasi dengan tiga aras yang lain. Ia jelas ditunjukkan dalam jadual Homogeneous Subsets dan Means Plots bahawa min markah bagi aras mengaplikasi adalah jauh lebih tinggi daripada min bagi tiga aras yang lain.

Hasil ujian ANOVA dan ujian perbezaan Post Hoc menunjukkan bahawa keupayaan pelajar Tingkatan 4 menjawab soalan KBAT aras mengaplikasi jauh lebih tinggi berbanding tiga aras soalan KBAT yang lain iaitu menganalisis, menilai dan mencipta.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Dapatan menunjukkan bahawa keupayaan pelajar menjawab soalan yang mengandungi aras KBAT hampir menyamai turutan Hierarki Anderson. Walau bagaimanapun, ketinggian markah aras menilai yang melebihi aras menganalisis boleh disebabkan oleh beberapa sebab tertentu berdasarkan analisis terhadap jawapan yang pelajar berikan. Pertama, jawapan pelajar terpesong dari kehendak soalan. Kedua, hasil temubual dengan beberapa orang pelajar, mereka melihat soalan sebagai soalan bukan rutin, kerana kurang terdedah dengan soalan aras menganalisis.

Ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan min markah yang signifikan antara aras soalan KBAT. Julat antara aras yang mendapat min tertinggi iaitu aras mengaplikasi dan aras yang mendapat min markah terendah iaitu aras mencipta adalah sebanyak 0.7593. Jadi, jelas menunjukkan bahawa aras yang paling mudah dikuasai adalah aras mengaplikasi dan aras yang paling sukar adalah aras mencipta.

(12)

CADANGAN

i) Kesediaan guru

Guru perlu mengaplikasikan semua latihan profesionalisme yang telah diberikan bagi merancang PdP yang terbaik di dalam kelas agar dapat memastikan unsur KBAT dapat diterapkan kepada pelajar. Kesediaan guru perlu meliputi semua aspek bermula dari merancang, penggunaan bahan bantu mengajar, aktiviti PdP sama ada di dalam atau di luar kelas, teknik penyoalan pelbagai aras dan penilaian pengajaran.

ii) Tahap keupayaan murid

Soalan yang dikemukakan perlu membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisis, menilai maklumat dan boleh mencipta sesuatu yang baru dari maklumat tersebut. Soalan yang memerlukan KBAT perlu mendapat bimbingan daripada guru agar murid yang lemah tidak terpinggir dari cuba untuk menyelesaikan masalah.

iii) Bahan bantu mengajar

Perlu menarik minat murid mempelajari sesuatu topik dan menimbulkan semangat inkuiri. Tidak semestinya bahan dari unsur teknologi (ICT) namun bahan yang baik menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran dan sekaligus meningkatkan KBAT murid.

KESIMPULAN

(13)

RUJUKAN

A. Rahman bin Haron. 2015. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Salak Didik

Dengan Elemen Nyanyian Dan Elemen Pantun (Higher Order Thinking Skills

(HOTS). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education

Journal – MyLEJ) ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 1 (Mei 2015): 53-60 5, no. Mei: 53-60.

Abd. Rahim Abd. Rashid. 2000. Model dan pendekatan pengaajran Sejarah KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharuddin Bin Jabar. 2006. Persektif Pelajar Terhadap Pengajaran Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah Menengah :

Satu Kajian Kes Di Daerah Hilir Perak.

Caroline@Lorena David dan Abdul Said Ambotang. 2014. Profesionalisme Guru Novis Dalam Pengurusan Pengetahuan, Kesediaan Mengajar Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Di Sekolah. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014.

Daud, Norakma Binti Mohd, Abdul Razak Ahmad, and Noria Munirah Yakub. 2016.

Pembelajaran Berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Proceeding 7th International Seminar on Regional Education 1, no. 0: 352-360.

http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Mac_2015.pdf

Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2013. Elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pushpalatha A/P Sivamugam. 2006. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sukatan

Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat : Satu Kajian Kes. Ahamad Bin Rahim dan

(14)

Rajendran Nagappan. 2014. Kemahiran berfikir.

http://www.slideboom.com/presentations/145402/

KEMAHIRAN-BERFIKIR-ARAS-TINGGI

Rajendran, Ns. 2001. Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru

Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran.SeminarProjek KBKK: Poster “Warisan-Pendidikan-Wawasan” anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum:1-13.

Referensi

Dokumen terkait