• Tidak ada hasil yang ditemukan

UWS 10103 Tugasan Berkumpulan Individu P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "UWS 10103 Tugasan Berkumpulan Individu P"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

PANEL BIDANG SAINS SOSIAL

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN

PEMBANGUNAN INSAN

UWS 10103

KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN

MUTAKHIR MALAYSIA

PENGENALAN

Panduan ini menerangkan dengan terperinci tugasan-tugasan untuk kursus ini yang merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan bagi memenuhi 60% markah kursus.

Tugasan Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia bertujuan untuk menilai

peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi iaitu :

1. kebolehan mengaplikasi prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian sesuatu masalah

2. menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasilkan sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.

Panduan ini mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan pensyarah menilai hasil kerja pelajar.

CIRI-CIRI PENULISAN AKADEMIK

 Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.

 Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.

(2)

 Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.

 Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu.  Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran dan tidak

mengandungi kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

APA ITU PLAGIARISME?

Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuan menipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar.

Seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain yang bermaksud seperti berikut:

 Memetik atau meniru sebulat-bulatnya hasil kerja orang lain tanpa memberi penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwa bahawa ia adalah hasil ciptaan sendiri.

 Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak salah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber,

 Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Pertimbangan ini termasuk gambarajah, lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya yang tidak dinyatakan sumber asal.

 Menyerahkan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih kursus.

Bagaimana mengelak daripada PLAGIARISME?

 Memastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang dipetik mempunyai rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalam kurungan.

 Menulis semula ayat atau perenggan dan memastikan rujukan dinyatakan dalam kurungan.

 Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk membuat segala rujukan.

 Mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apa yang boleh gunakan tanpa hak cipta.

RUJUKAN

(3)

1. Rujukan Dalam Teks (Sistem Harvard)

Contoh penulisan rujukan dalam teks ialah seperti berikut :

 Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk. Contoh:

“Menurut David Drakakis (2000), perumahan dan perancangan pembangunan...."

 Jika nama pengarang tidak ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh:

“Perumahan dan perancangan pembangunan yang baik adalah disebabkan peranan

pihak kerajaan yang efisyen dan dibantu oleh pihak swasta (David Drakakis,

2000).”

 Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh:

“Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan kuasa

oleh Kralj dan Petrovic (1995)...”

 Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et al. selepas nama pengarang pertama. Contoh:

“Safaai Deris, et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atas jadual.”

 Gunakan huruf kecil (a,b,c) untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitan oleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

“Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG

Solver oleh Puget dan Albert (1994a).”

“Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b).”

2. Senarai Rujukan / Bibliografi

(4)

Kaedah Menulis Rujukan / Bibliografi

BUKU

Pengarang Tunggal

Brown, R. (1980). Topology: a geometric account of general topology, homotopy types and the fundamental groupoid. New York: The Free Press.

Nik Rahimah Nik Yacob. (1991) Perancangan dan pengurusan keluaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Pengarang Bersama

Corcoran, K., Cooper, F.L. & Fischer, J. (1987). Measures for clinical practice: a source book. London: McMillan.

Cohen, J. & Fischer, K. (1980). Statistical power analysis for the behavioral sciences. New York: Academic Press.

Cetak Ulang, Edisi Baru & Jilid

Buckley, C.B. (1965). An anecdotal history of old times in Singapore. Cetak ulang. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Dahlan Mohamad Zin. (2000). Pengenalan pelaburan korporat. Ed. ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saravananthan, K. (1988). Matematik pertama. Jil. 1 & 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karya Mengikut Judul

Kamus Dewan. (2002). Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(5)

Terjemahan

Lazim Mat Haron. (1987). Gagasan ilmu baru. Terj. Jakarta: Penerbit Mutiara.

Bab/Artikel dalam Buku

Mikesell, J.L. (1999). Government as an economic unit. Dlm. Buchanan, J.M. & Flowers, M.R. (pnyt.). The public finances: an introductory textbook, hlm. 356-374. Illinois: Richard D.Irwin Inc.

Mohd Salleh Abas. (1987). Federalisme di Malaysia: Perubahan dalam dua puluh tahun yang pertama. Dlm. Tun Mohamed Suffian et al. (pngr.).

Perlembagaan Malaysia. Perkembangannya: 1957-1977. hlm. 189-222. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nota:

(pnys. = penyusun), (pnyt.= penyunting), (pngr. = penyelenggara)

JURNAL

Bahl, R. (1986). The design of Intergovernmental Transfers in Industrial Countries.

Public Budgeting and Finance Vol. 6 No: 4: 3-22.

Noraini Jidin, Shamsul Sani & Kamariah Majid. (1989). Aspek ekonomi masyarakat Cina. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Omar Kamarudin & Kaniappan, P. (1986). Duality in a convex vector optimization problem. Sains Malaysiana 17 (4): 431-451.

DOKUMEN AWAM

Akta

Akta Acara Kewangan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd.

Laporan

(6)

Laporan Unit Perancangan Ekonomi Negeri. (1999). Mesyuarat Pembangunan Ekonomi Negeri Kali Kedua. Pejabat Setiausaha Negeri Johor, 15 - 16 Ogos.

Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995.

Malaysia. (1990). Buku Maklumat Perangkaan 1990-2001. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Malaysia. (1989). Akaun Awam Lengkap. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

BAHAN TIDAK DITERBIT

Tesis/Latihan Ilmiah/Laporan Teknik

Yusnaidi Yusof. (2003). Peranan Pusat Zakat di Negeri Kedah. Tesis Ph.D. Universiti Utara Malaysia.

Zuriana Zahrin. (2003). Federalisme Fiskal: Pemberian Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Johor & Kedah. Tesis Sarjana. Universiti Malaya: Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran

Zuriana Zahrin. (2000). Pelacuran Gadis Bawah Umur: Kajian di Taman Sri Puteri. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zuryani Zohari. (2006) Gaya kepimpinan dan pencapaian prestasi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Gerik Bhd. Laporan Praktikum. Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia.

Kertas Kerja/Prosiding/Seminar

Chan Siew Hon. (2006). Private Finance Initiative (PFI): Privatization Revisited? Kertas Kerja Simposium Pelaburan Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. 14 Disember.

(7)

Temu Bual

Zarif Hanafi. (2005). Pusat Zakat Alor Star, Kedah. Temu bual, 12 Februari.

MAJALAH

Artikel dengan Pengarang

Ismail Hamid. (1990). Sastera kitab. Dewan Sastera, Mei: 79-83.

Mohd Yusman Awang, Muhd Izhar Abu Samah & Zamri Ramli. (2004). Dadah: Merenung kembali erti sebuah kegagalan. Massa, 10 April: 27-33.

Artikel tanpa Pengarang

Ternama, terkenal dan dadah. (2004). Massa, 10 April. 37.

Drummer: The talk of the town. (2003). New Yorker, Oktober: 45.

AKHBAR

Artikel dengan Pengarang

Faisal Othman. (1992). Jaga kepentingan umum asas pemerintahan Islam.

Utusan Malaysia, 30 Oktober: 6.

Siti Zainon Ismail. (1990). Wanita, puisi dan peribadi. Berita Minggu, 4 Februari: 7.

Artikel tanpa Pengarang

Peningkatan kes belia tidak membayar pinjaman. (1992). Utusan Malaysia, 30 Oktober: 10.

(8)

Berita/rencana dengan nama penulis

Kandau Sidi. (2000). Kutu rayau cemar Kuala Lumpur. Berita Harian, 5 Julai: 17.

Berita/rencana tanpa nama penulis

Telefon bimbit bukan sekadar penghubung. (2000). Berita Harian, 5 Julai: 24.

Surat kepada editor

Fizani. (1992). Jangan salahkan imam, bilal sahaja. Forum. Berita Harian, 30 Oktober: 13.

Izhab, Z. (1992). Effective reading is the way to ensure success of science students. Surat kepada editor. New Straits Times, 25 Januari: 9.

Rujukan umum akhbar

Berita Harian. (1985). 28 Disember.

The Star. (1991). 2 Jun.

RUJUKAN ELEKTRONIK

Ackrill, R. (1998). EMU and stabilization: a reconsideration of the fiscal federalism paradigm. Centre for European Economic Studies, Department

of Economics, University of Leicester. (atas talian) http://www.le.ac.uk/economics/research/RePEc/lec/lecees/ceesrev.pdf (28

Jun 2003).

Follesdal, A. (2003). Federalism. Standford Encyclopedia of Philosophy (atas talian) http://folk.uio.no/andreasf.pdf (5 Jun 2003).

Majlis Perbandaran Kluang. (2007). Profil: Objektif & Misi Majlis Perbandaran Kluang (atas talian) http://www.johordt.gov.my/mpk/ (3 Mac 2007).

(9)

1. TUGASAN INDIVIDU [10 %]

 Pelajar dikehendaki untuk memilih sebuah artikel daripada salah sebuah tema di bawah iaitu :

 Perlembagaan

 Tanggungjawab Warganegara

 Pembangunan dan Sumbangan

 Artikel berkenaan perlu dianalisis dan diulas menggunakan ayat sendiri sepanjang 3 halaman bercetak. (tidak termasuk muka hadapan, biodata dan gambar, isi kandungan, rujukan dan lampiran)

 Format penulisan ulasan artikel ialah seperti berikut :

 Font Times New Roman bersaiz 12

 Langkau 1.5

 Mengandungi pengenalan, 3 isu perbincangan artikel (huraian dan ulasan) dan kesimpulan

 Penggunaan gambar, rajah, peta dan sebagainya yang relevan dan berkaitan digalakkan

 Melampirkan artikel yang dipilih di bahagian lampiran

 Menyatakan sekurangnya 5 rujukan lain yang digunakan berkaitan dengan artikel di bahagian rujukan.

 Tugasan individu yang dihantar perlu mengandungi :

 muka hadapan seperti contoh di Lampiran A

 biodata pelajar (nama, no matriks, no kad pengenalan, alamat semasa, alamat kampung, emel, nombor telefon, nama dan nombor telefon rakan baik, motto hidup dan idola) beserta gambar

 isi kandungan

 ulasan artikel

 rujukan

 lampiran (artikel)

Penghantaran tugasan individu dalam bentuk hardcopy ialah pada Minggu ke 9 perkuliahan.

 Pemarkahan akan diberikan mengikut rubrik di Lampiran B

2. TUGASAN KUMPULAN [25 %]

Pelajar dikehendaki untuk menulis tugasan secara berkumpulan sepanjang 25 hingga 30 halaman (tidak termasuk muka hadapan, biodata dan gambar, isi

(10)

kandungan, rujukan dan lampiran) berdasarkan kepada tajuk yang diagihkan oleh pensyarah masing-masing secara kritis. (Tajuk Tugasan di Lampiran C)

 Pembentukan kumpulan mengikut kepada pembahagian yang dilakukan pensyarah masing-masing.

 Pelajar digalakkan untuk menyediakan proposal penulisan tugasan dan melakukan perbincangan dengan pensyarah masing-masing sebagai panduan menyediakan tugasan.

 Format penulisan tugasan ialah seperti berikut :

 Font Times New Roman bersaiz 12

 Langkau 1.5

 Mengandungi abstrak, pengenalan, sekurang-kurangnya 5 isi perbincangan (huraian dan ulasan) dan kesimpulan / penutup. Pembahagian pecahan isi boleh diubahsuai mengikut kesesuaian tajuk tugasan yang diberikan.

 Penggunaan gambar, rajah, peta dan sebagainya yang relevan dan berkaitan digalakkan serta dinyatakan sumber rujukan

 Menyenaraikan sekurangnya 10 rujukan lain dari pelbagai sumber di bahagian rujukan.

 Tugasan yang dihantar perlu mengandungi :

 muka hadapan seperti contoh di Lampiran A

 biodata pelajar (nama, no matriks, no kad pengenalan, alamat semasa, alamat kampung, emel, nombor telefon, nama dan nombor telefon rakan baik, motto hidup dan idola) beserta gambar berkumpulan

 isi kandungan

 abstrak

 pengenalan

 isi perbincangan

 kesimpulan / penutup

 rujukan

 lampiran (sekiranya ada)

Penghantaran tugasan kumpulan dalam bentuk hardcopy ialah pada Minggu ke 8 perkuliahan. Penghantaran dalam bentuk softcopy perlu disertakan dengan bahan / medium pembentangan (powerpoint dan sebagainya) selepas pembentangan kumpulan berlaku. *Bagi kumpulan yang mendapat giliran awal pembentangan dibenarkan menghantar softcopy pada minggu ke 8

bersama hardcopy.

(11)

3. TUGASAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN [15 %]

 Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil penulisan selama 25 minit

bermula dari Minggu ke 6 perkuliahan. (15 minit masa pembentangan dan 10 minit soal jawab)

 Kaedah pembentangan adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing (Contoh : lakonan, bual bicara, forum dan sebagainya) dan menggunakan pelbagai bahan / medium pembentangan. (Contoh : powerpoint, flash, video dan sebagainya)

 Medium pembentangan tersebut perlu dihantar kepada pensyarah di dalam satu CD beserta softcopy penulisan tugasan kumpulan.

 Pemarkahan akan mengambil kira kreativiti pelajar, kelancaran, pengurusan termasuk ketepatan masa, isi perbincangan, bahan / medium yang digunakan dan kerjasama kumpulan.

(12)

LAMPIRAN A : MUKA DEPAN

TUGASAN BERKUMPULAN / INDIVIDU

TAJUK :

KOD KURSUS UWS 10103

NAMA KURSUS

KENEGARAAN & PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA

FAKULTI

NAMA PELAJAR

1. AHMAD BIN MUHAMMAD (CE 10103) 2.

3. 4. 5. 6.

SEKSYEN

NAMA PENSYARAH PN. HARLIANA BINTI HALIM

TARIKH HANTAR

(13)

LAMPIRAN A

KRITERIA PEMARKAHAN PENULISAN TUGASAN INDIVIDU 10%

KRITERIA SKALA MARKAH / ULASAN

Liputan kandungan tepat, relevan dan terperinci Skop literatur luas dan komprehensif dipilih dan sesuai. Hubungkait idea jelas ditunjukkan

Reviu kritikal yang sangat baik

Analisis idea dan isu tepat, komprehensif dan lengkap. Susunatur terbaik, logikal dan koheren.

Idea dikembang secara menyeluruh dan jelas dengan contoh-contoh sesuai, penerangan dan huraian tambahan .

Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder

Cemerlang (8-10)

Liputan kandungan relevan dan sangat mencukupi

Skop literatur yang luas dipilih dan digunakan dengan sesuai . Perhubungan idea yang jelas .

Reviu kritikal yang baik Analisis idea tepat dan padat

Susun atur baik dengan kesilapan yang sedikit/minima

Idea dikembang dengan baik dan mengandungi fakta atau contoh mencukupi untuk menyokong hujah

Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi sangat baik dengan sedikit kesilapan .

Mempunyai lebih daripada mencukupi bahan sumber utama dan sekunder

Kepujian (6-7)

Liputan kandungan relevan dan baik

Jumlah tinjauan literatur relevan memuaskan. Perhubungan idea agak jelas .

Reviu kritikal agak baik :

Analisis idea agak tepat dan mendalam .

Susun atur agak baik dengan beberapa kesilapan

Idea dikembang dengan agak baik dan mengandungi fakta/contoh sokongan yang agak mencukupi.

Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi baik

Mengandungi jumlah bahan sumber utama dan sekunder yang Mencukupi

Sederhana (5-6)

Liputan kandungan mencukupi dan relevan Hanya bilangan kecil literatur dipilih dan digunakan. Sebahagian perhubungan idea jelas.

Reviu kritikal mencukupi Analisis idea mencukupi .

Susun atur memuaskan dengan beberapa kesilapan signifikan Beberapa idea dikembang dengan sokongan fakta/ contoh-contoh Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi agak baik dengan beberapa kesilapan

Mempunyai bilangan bahan sumber yang tidak mencukupi

Lulus (3-4)

Liputan kandungan tidak mencukupi dan tidak relevan Perhubungan idea tidak jelas .

Sedikit atau tiada reviu kritikal

Analisis idea tidak logikal dan tidak menyakinkan Susun atur lemah dengan kesilapan yang nyata

Idea dikembang secara lemah dengan sedikit atau tiada huraian tambahan

Kemahiran membuat rujukan dan bibliografi lemah. Kekurangan bahan sumber utama dan sekunder

(14)

LAMPIRAN C

AGIHAN SOALAN TUGASAN

KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA

SEMESTER 1 2013/2014

PENSYARAH TAJUK TUGASAN

PM DR. KHAIRUL AZMAN MOHD SUHAIMY

1. Huraikan secara kritis komponen utama yang

terkandung dalam Parlimen seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Tindakan mahasiswa menurunkan Jalur Gemilang mendapat kecaman pelbagai pihak. Kritiskan pendapat anda terhadap tindakan tersebut.

3. Bincangkan pengaruh ketamadunan tradisional dalam pembentukan negara Malaysia.

4. Huraikan peristiwa-peristiwa penting selepas tahun 1948 yang membawa kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

5. Bagi mencapai matlamat Wawasan 2020, terdapat sembilan cabaran yang harus di atasi. Huraikan dengan kritis 3 daripada cabaran tersebut.

6. “KDRTS” adalah komponen sesebuah negara. Dengan mengambil 2 contoh kerajaan yang sesuai, huraikan komponen-komponen tersebut.

7. Tunku Abdul Rahman Putra al-Hajj tokoh utama dalam pencapaian kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. Jelaskan dengan terperinci peranan beliau dalam peristiwa di atas.

8. Setiap kali perayaan menyambut dirgahayu

kemerdekaan, kurang rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang. Jelaskan.

9. Penjajahan Jepun telah meningkatkan semangat nasionalisme kalangan rakyat. Bincangkan

TN. HJ

SHAMSAADAL SHOLEH HJ SAAD

1. Di Malaysia, kedudukan Perlembagaan adalah tertinggi mengatasi Parlimen, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Jelaskan maksud penyataan tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. 2. Aplikasi dan kemajuan sains dan teknologi dalam

kehidupan harian pada hari ini lebih mengundang bahana dalam pembangunan kendiri mahasiswa. Nyatakan pendapat anda.

3. Institusi Beraja relevan dalam pembentukan negara moden. Bincangkan.

4. Tolak ansur antara kaum yang telah memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Huraikan.

5. Terangkan matlamat Dasar Ekonomi Baru dan strategi pelaksanaan yang telah dirangka bagi mencapai kadar pertumbuhan ekonomi negara.

6. Hubungan Raja – Rakyat merupakan asas kepada kekuatan sesebuah pemerintahan. Dengan contoh yang sesuai, perjelaskan kenyataan ini.

7. Tun Abdul Razak dengan gelaran “Bapa Pembangunan” telah berjaya mengubah landskap pembangunan Malaysia 1971-1976. Bincangkan.

(15)

Bincangkan senario tersebut.

9. Malaysia telah melalui satu sejarah penjajahan yang amat panjang. Bincangkan faktor-faktor mengapa Malaysia dijajah oleh kuasa asing.

DR. MD AKBAL ABDULLAH

1. Walaupun pemerintahan negara di bawah kuasa YDPA namun hampir semua perkara dilaksanakan oleh Jemaah Menteri atau atas nasihat Jemaah Menteri. Bincangkan maksud Jemaah Menteri termasuk pembentukan dan peranannya

2. Nyatakan keperluan dan kepentingan aspek pendidikan terhadap remaja dan mahasiswa dalam menangani isu-isu sosial kini.

3. Huraikan pengajaran yang dapat diambil daripada Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan menyentuh aspek pembangunan politik, ekonomi dan sosial.

4. Penyingkiran Singapura telah memulih dan meredakan iklim politik Malaysia selepas tahun 1965. Jelaskan kenyataan ini dengan lebih lanjut.

5. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara Malaysia. 6. Kedaulatan adalah simbol kepada sesebuah kerajaan

yang berkuasa. Bincangkan dengan mengemukakan 2 bukti kerajaan yang berkaitan.

7. Rukun Negara adalah ideologi dan pegangan kehidupan rakyat Malaysia. Jelaskan dengan lebih lanjut.

8. Sebahagian rakyat Malaysia hanya bersedia mengibarkan Jalur Gemilang yang didapati secara percuma sahaja semasa merayakan ulangtahun hari kemerdekaan. Bincangkan.

9. Penjajah bukan sahaja menjajah hasil bumi tetapi mereka juga menjajah pemikiran kita. Bincangkan.

DR. KHAIRUNESA ISA

1. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa perkara yang membolehkan Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang mengatasi bidang kuasa kerajaan negeri. Huraikan peruntukan-peruntukan tersebut.

2. Kualiti sahsiah dan akademik mahasiswa semakin meruncing. Perlukah satu dasar dibentuk bagi menggantikan dasar pendidikan kebangsaan dalam usaha memulih semula kualiti mahasiswa?

3. ”Melaka kalah kerana teknologi”. Huraikan.

4. Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai tanpa melalui pertumpahan darah. Jelaskan keistimewaan itu. 5. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada 1970

bermatlamat untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Bincangkan sejauh manakah dasar ini mencapai matlamatnya.

6. Kehilangan Pulau Batu Putih telah mencabar kedaulatan dan mengubah sempadan negara. Bincangkan.

7. UTHM telah mengabadikan nama Tun Hussein Onn sebagai nama salah sebuah IPTA. Jelaskan sumbangan besar beliau dalam bidang pendidikan, keharmonian kaum dan keselamatan di negara ini.

(16)

9. Dasar ekonomi semasa penjajahan British telah

meninggalkan pelbagai kesan terhadap ekonomi negara kita. Bincangkan.

PN. NORANIFITRI MD NOR

1. Huraikan ciri-ciri tradisi dalam Perlembagaan

Persekutuan dan peranannya mengekalkan kestabilan negara.

2. Plagiat, meniru, tidak hadir kuliah tanpa sebab dan tidak menghormati pensyarah merupakan trend mahasiswa hari ini. Hujahkan isu tersebut dalam konteks nilai kesarjanaan mahasiswa terhadap diri sendiri, keluarga, agama, universiti dan negara.

3. Bincangkan warisan Ketamadunan Tradisional di Malaysia dengan melihat dari aspek nilai pensejarahannya dan kepentingan pemeliharaan warisan tersebut.

4. Globalisasi merupakan ancaman kepada pengekalan negara bangsa. Apakah usaha dan langkah generasi muda hari ini boleh mengekalkan kelangsungan kemerdekaan negara di era globalisasi?

5. Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan oleh kerajaan pada 17 Jun 1991 untuk meneruskan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990. Terangkan strategi-strategi untuk mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional.

6. “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Huraikan kenyataan ini dengan lebih lanjut dengan contoh yang sesuai sebagai seorang rakyat yang setia dan

bertanggungjawab.

7. Mengapa gelaran “Bapa Pemodenan” diberikan kepada Tun Dr. Mahathir? Jelaskan dengan lebih lanjut dengan mengemukakan pendapat anda.

8. Perasaan kesetiaan terhadap negara adalah benteng kedaulatan sebuah negara. Ulaskan.

9. Campur tangan British terhadap pentadbiran tradisional Melayu telah membawa satu perubahan besar.

Jelaskan.

PN. HARLIANA HALIM

1. Suruhanjaya Pilihanraya memainkan peranan penting dalam memastikan amalan demokrasi berparlimen dilaksanakan. Huraikan.

2. Golongan belia merupakan aset negara. Hujahkan signifikan nilai remaja dan mahasiswa dalam konteks pembangunan dan tanggungjawab terhadap negara. 3. “Ibn Khaldun dalam „Al-Muqaddimah‟ pada abad ke-14

menjelaskan sesebuah tamadun itu melalui tiga tahap utama. Pada tahap akhir, tamadun tersebut akan mengalami kemusnahan”. Bincangkan penyataan tersebut dengan mengambil Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai contoh.

4. Limpahan kemakmuran negara kini merupakan kesan daripada penubuhan Malaysia pada 1963. Bincangkan. 5. Dasar Wawasan Negara (2001-2010) digubal oleh

MPEN II mempunyai 5 strategi untuk mencapai objektif. Huraikan.

(17)

Bincangkan Dasar Sains dan Teknologi dengan mengkaji impak ke atas pembangunan negara. 7. Malaysia telah melalui satu sejarah penjajahan yang

amat panjang. Bincangkan faktor-faktor mengapa Malaysia dijajah oleh kuasa asing.

8. Generasi muda dikatakan tidak mempunyai semangat kecintaan yang mendalam terhadap negara masa kini. Bincangkan.

9. Survival dan kemajuan merupakan teras proses pemantapan kenegaraan. Jelaskan dengan lebih lanjut kenyataan ini.

EN. JOHAR MARTAM

1. Huraikan ciri-ciri tradisi dalam Perlembagaan

Persekutuan dan peranannya mengekalkan kestabilan negara.

2. Unsur-unsur tradisi telah termaktub dalam perlembagaan semenjak 53 tahun lalu. Bincangkan rasional tindakan tersebut.

3. Pemahsyuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

merupakan manifestasi kebebasan daripada cengkaman penjajahan British untuk selama-lamanya. Bincangkan. 4. Semasa lagu kebangsaan berkumandang di udara, ada

sebahagian dari kalangan ahli masyarakat tidak menunjukkan rasa hormat dan bangga. Mengapa? 5. Survival dan kemajuan merupakan teras proses

pemantapan kenegaraan. Jelaskan dengan lebih lanjut kenyataan ini.

6. Dasar Wawasan Negara (2001-2010) digubal oleh MPEN II mempunyai 5 strategi untuk mencapai objektif. Huraikan.

7. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa sains adalah asas kepada pembentukan sebuah negara maju. Bincangkan Dasar Sains dan Teknologi dengan mengkaji impak ke atas pembangunan negara. 8. Generasi muda dikatakan tidak mempunyai semangat

kecintaan yang mendalam terhadap negara masa kini. Bincangkan.

9. Keadaan ekonomi semasa penjajahan British telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap pembangunan ekonomi negara kita. Bincangkan.

EN. ZULKIFLI SENIN 1. Walaupun pemerintahan negara di bawah kuasa YDPA namun hampir semua perkara dilaksanakan oleh Jemaah Menteri atau atas nasihat Jemaah Menteri. Bincangkan maksud Jemaah Menteri termasuk pembentukan dan peranannya

2. Nyatakan keperluan dan kepentingan aspek pendidikan terhadap remaja dan mahasiswa dalam menangani isu-isu sosial kini.

3. Huraikan pengajaran yang dapat diambil daripada Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan menyentuh aspek pembangunan politik, ekonomi dan sosial.

4. Penyingkiran Singapura telah memulih dan meredakan iklim politik Malaysia selepas tahun 1965. Jelaskan kenyataan ini dengan lebih lanjut.

(18)

6. Kedaulatan adalah simbol kepada sesebuah kerajaan yang berkuasa. Bincangkan dengan mengemukakan 2 bukti kerajaan yang berkaitan.

7. Rukun Negara adalah ideologi dan pegangan kehidupan rakyat Malaysia. Jelaskan dengan lebih lanjut.

8. Sebahagian rakyat Malaysia hanya bersedia mengibarkan Jalur Gemilang yang didapati secara percuma sahaja semasa merayakan ulangtahun hari kemerdekaan. Bincangkan.

(19)

LAMPIRAN D

UWS10103 KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA Group Assignment Rubric Marking Scheme [25%]

Leader Group Name and Matric No.: Assignment Topic:

Knowledge – Content 60%

Points Earned _____/60

All key elements of the assignment are covered Comments: Presented in course material and:

 Is comprehensive and accurate

 Is insightful and reflective

 Develops a central theme or idea

 Demonstrates the ability to analyse the ideas of others

Presentation – Writing and Style 25%

Points Earned _____/25

Tone is appropriate to the content and assignment Comments: Organisation is logical, paperwork is clear

The Introduction includes a clear paperwork and previews main points of the paper/essay

The Body:

 Develops paperwork

 Includes clearly stated main points

 Is comprehensive and accurate(no factual errors)

 Is insightful and reflective

 Effectively uses details, examples and/or analysis The Conclusion flows from the body of the paper and reviews main points of the paper/essay

Grammar:

 Grammar, structure, spelling and punctuation are correct

 Sentences are well-structured, complete, clear and concise

 Topic and transition sentences are used and organise/maintain the flow of thought

Administrative 15%

Points Earned _____/15

Completed within the prescribed timelines Comments: Conforms to prescribed word limits

Conforms to any additional instructions provided Citations are used where required and comply with the assignment guidelines

Bibliography is complete and complies with assignment guidelines

Total 100%

Points Earned _____/100

(20)

LAMPIRAN E

PENILAIAN PEMBENTANGAN KUMPULAN TUGASAN PELAJAR [15%]

BUTIRAN MAKLUMAT

Nama Ketua Kumpulan : ... Seksyen : ... Fakulti : ... Tajuk Tugasan : ...

KRITERIA PEMBENTANGAN 10% RATING MARKAH / ULASAN

• Bahan persembahan adalah amat tersusun atur dan

amat menarik

• Pembentangan adalah amat mantap

• Pengurusan masa yang amat baik

Cemerlang 8-10

• Bahan persembahan adalah tersusun atur dan

menarik

• Pembentangan adalah mantap

• Pengurusan masa yang baik

Baik 6-7

• Bahan persembahan adalah bersesuaian

• Pembentangan adalah bersesuaian

• Pengurusan masa yang bersesuaian

Sederhana 4-5

• Bahan persembahan tidak tersusun atur • Pembentangan adalah tidak mantap

• Pengurusan masa yang tidak baik

Lemah 2-3

• Bahan persembahan tidak menepati isi kandungan • Pembentangan adalah amat lemah

Tiada pengurusan masa

Sangat Lemah 0-1

KRITERIA SOAL JAWAB 5% RATING MARKAH / ULASAN

• Dapat menjawab semua soalan secara amat berkesan

• Jawapan yang diberi adalah amat relevan Cemerlang 5

• Dapat menjawab semua soalan secara berkesan

• Jawapan yang diberi adalah relevan Baik 4

• Dapat menjawab semua soalan secara sederhana

• Sebahagian jawapan adalah tidak relevan Sederhana 3

• Tidak dapat menjawab sebahagian soalan Lemah 2

• Tidak dapat menjawab semua soalan Sangat Lemah 1

Nama Pensyarah :...

Tandatangan :...

Referensi

Dokumen terkait

b. Cara yang bisa digunakan untuk mengatasi kecurangan di dalam proses seleksi, yaitu: 1) Memilih penyeleksi yang memiliki moral serta integritas yang tinggi,

Faktor psikologis yakni pada intelegensi sangat besar pengaruhnya terhadap kemajuan belajar seseorang, dalam situasi yang sama siswa yang memiliki tingkat

2ika elektron primer &elektron dari berkas yang datang' berinteraksi dengan inti atom atau satu elektron dari atom sampel" elektron primer ini dapat dipantulkan ke suatu

Hasil penelitian menunjukkan bahwa hasil produksi pertanian sawah yang menggunakan air irigasi tercampur oleh limbah cair memiliki hasil yang lebih tinggi dibandingkan

Jama’ah yang merupakan satu-satunya mazhab teologi masyarakat Aceh. Keberadaan budaya tersebut menyebabkan Islam sebagai pendatang baru harus bisa selaras dengan budaya yang

Oleh karena itu penelitian ini bertujuan untuk menganalisa pengaruh pengalaman kerja, independensi, dan kompetensi terhadap kualitas hasil pemeriksaan dengan

Mempelajari secara praktikal proses menjalankan pemeriksaan sekolah dengan cara memerhati dan menilai sejauhmana pematuhan kehendak perundangan di sesebuah sekolah bagi