• Tidak ada hasil yang ditemukan

Wacana Hak Seksualiti Dari Sudut Pandang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Wacana Hak Seksualiti Dari Sudut Pandang"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Wacana Hak Seksualiti Dari Sudut Pandang Nilai Universalisme Dan

Relativisme Budaya Dengan Rujukan Khas Dalam Konteks Malaysia dan

Indonesia

Masturah Abu Bakar & Mohamad Zaidi Abdul Rahman Jabatan Siyasah Syariyyah,

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

Emel: harutsam_tm@yahoo.com

There have been immense debates on whether to accept or to oppose the practices of

sexual rights, in the context of universal values a nd cultural relativism. Both values a re

discussed in va rious discourses concerning human rights, with some in favour or differ,

with their own arguements on the matter. Similarly, sexual rights goes without saying.

This paper highlights the fundamental concepts used to support or oppose sexual

inequality. An analysis is conducted by using some synthesis on various facts and

arguements brought forwa rd by both parties, to enable reconcilation on some similarities and differences of issues. The effect of sexual inequality on people’s lives is also mentioned, with special reference to Malaysia and Indonesia. This study is qualita tive in

nature. Thus it uses some data to triangulate information gathered from various sources. Observations indicate that the acceptance of universal sexual inequality is due to one’s belief in liberalism; that regards priority as the basic foundation of the existence of

rights. In contra st, in the context of relativism, the doctrine of liberalism, influence of

faith, and cultural norms of the society are platforms to oppose its practices.

Keywords: Universalism,Cultural relativism, Sexual rights, LGBT, Malaysia, Indonesia

Kertas kerja ini dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Hubungan Malaysia-Indonesia ke-8 pada 24 September

(2)

Pengenalan

Hak seksualiti yang berkaitan dengan orientasi seksual dan identiti gender khususnya

bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sehingga kini masih menjadi

isu kontroversi di peringkat global. Sebagaimana hak asasi yang lain, praktis hak seksualiti turut

terdedah kepada konflik di antara aliran universalisme dan relativisme budaya. Teoris aliran

universalisme mendakwa bahawa hak seksualiti merupakan salah satu cabang daripada hak asasi

manusia yang harus dijamin kerana hak asasi bersifat universal untuk semua manusia. Teori

universalisme ini ditentang oleh teoris aliran relativisme yang menganggap bahawa pengamalan

hak seksualiti terikat dengan nilai-nilai yang wujud di sesebuah tempat atau negara.

Oleh itu, kertas kerja ini meninjau asas-asas yang digunakan bagi kedua-dua aliran dalam

menyokong atau menentang hak seksualiti. Lanjutan daripada itu, penganalisaan akan dilakukan

dengan melakukan sintesis antara hujah-hujah kedua belah aliran bagi menemukan titik

persamaan atau perbezaan. Rujukan kepada konteks Malaysia dan Indonesia pula dimasukkan

bagi meninjau pengaruh yang mewarnai perdebatan hak seksualiti di kedua-dua negara.

Teori asas universalisme dan relativisme budaya dalam hak asasi manusia

Hak asasi manusia secara literalnya boleh difahami sebagai hak yang dimiliki oleh

manusia kerana dirinya adalah manusia. Oleh kerana semua manusia adalah sama, hak asasi

yang dimiliki oleh semua manusia juga adalah sama. Hak asasi juga merupakan sesuatu yang

semulajadi bagi setiap manusia. Oleh itu, hak asasi dan manusia tidak terpisah. Dalam erti kata

lain, hak asasi manusia bersifat sama bagi semua manusia dan tidak terpisah daripada manusia.1

(3)

universal ini lahir daripada sifat hak asasi yang dibahaskan sebelum ini iaitu sama dan tidak

terpisah. Secara ringkas, kita boleh memahami bahawa hak asasi manusia dikatakan bersifat

universal kerana semua manusia adalah sama dan hak asasi tidak terpisah daripada semua

manusia.

Apabila dikatakan bahawa hak asasi manusia bersifat universal, maka ia tidak bergantung

kepada kepercayaan, masa, institusi mahupun budaya. Sebaliknya, hak asasi dimiliki oleh semua

manusia.2 Disebabkan sifatnya yang universal, mana-mana individu atau institusi sama sekali

tidak boleh mengambil atau merampas hak individu yang lain.3 Sebagai contoh, Deklarasi Hak

Asasi Manusia Sejagat (DUHAM) merupakan dokumen yang secara jelas mengetengahkan

konsep universalisme. Hal ini boleh dilihat dalam Artikel 1 dan 2 berikut:

“All human beings are born free and equal in dignity and rights. They are endowed with reason and conscience and should act towards one another in a spirit of brotherhood.”

“Everyone is entitled to all the rights and freedoms set forth in this Declaration, without distinction of any kind, such as race, colour, sex, language, religion, political or other opinion, national or social origin, property, birth or other status. Furthermore, no distinction shall be made on the basis of the political, jurisdictional or international status of the country or territory to which a person belongs, whether it be independent, trust, non-self-governing or under any other limitation of sovereignty.”4

Dalam menentukan sifat universal bagi hak asasi manusia, beberapa kriteria boleh diambil

kira. Sebagai contoh, hak asasi mestilah diterima oleh semua manusia di seluruh dunia.

Penerimaan ini harus mencakupi penerimaan dari sudut makna hak asasi itu sendiri dan

penerimaan untuk melaksanakannya.5 Namun, adakah wujud kemungkinan makna dan

pelaksanaan hak asasi manusia dipersetujui oleh semua manusia di seluruh dunia tanpa

bantahan?

Pada titik inilah konflik terhadap sifat universal hak asasi manusia terjadi. Dikatakan bahawa

(4)

sentiasa dibentuk dan ditentukan oleh budaya yang menjadi latar sosialisasi mereka sejak bayi.7

Teori inilah yang dipanggil sebagai relativisme budaya yang pertama kali digunakan pada tahun

1934 oleh Ruth Bennedict ketika menerangkan tentang variasi budaya yang bukan sahaja

mempengaruhi institusi dan adat sesebuah tempat, malah turut mempengaruhi psikologi dan

tindakan seseorang.8 Oleh itu, pemahaman seseorang terhadap perkara baik dan buruk turut

dipengaruhi oleh variasi budaya.9 Hal ini secara langsung melahirkan perbezaan perspektif

terhadap pemahaman, pentafsiran, pengamalan dan perlindungan hak asasi manusia yang

lazimnya berbeza disebabkan faktor budaya, etnik dan tradisi keagamaan.10

Konflik universalisme dan relativisme budaya serta kaitannya dengan hak seksualiti

Pada umumnya, seksualiti dianggap sebagai salah satu keperluan hidup manusia.

Anggapan inilah yang mewajarkan tuntutan hak asasi dalam konteks hak seksualiti, yang

didefinisikan sebagai suatu keperluan fizikal yang diperlukan oleh manusia.11 Hak ini

membolehkan seseorang berpartisipasi dalam sebarang bentuk kegiatan seksual termasuklah

dalam mengekspresikan emosi, seksual dan daya tarikan romantik kepada lelaki, wanita,

kedua-dua gender atau kepada seseorang yang tiada gender.12

Pelapor Khas PBB, Paul Haunt pada tahun 2004 menggunakan istilah hak seksualiti dalam

laporannya mengenai right to health. Kenyataannya sebagaimana berikut:

(5)

Di peringkat antarabangsa, hak seksualiti dibahaskan dengan menggunakan terma “Sexual

Orientation and Gender Identity (SOGI)” sebagaimana yang tercatat dalam resolusi 17/19

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB 2011.14 SOGI secara khususnya merujuk kepada hak

golongan LGBT.15 Walaupun tiada instrumen khusus yang menjamin hak seksualiti, namun PBB

menggunakan konsep universalisme UDHR bagi menyokong hak tersebut. Seruan kepada

universalisme ditonjolkan secara jelas dalam resolusi 17/19 melalui frasa berikut:

“Recalling the universality, interdependence, indivisibility and interrelatedness of human rights as enshrined in the Universal Declaration of Human Rights and consequently elaborated in other human rights instruments, such as the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, the International Covenant on Civil and Political Rights and other relevant core human rights instruments…. Expressing grave concern at acts of violence and discrimination, in all regions of the world, committed against individuals because of their sexual orientation and gender identity.”16

Melalui resolusi tersebut, hak seksualiti dilihat semakin menghala ke arah penerimaan

masyarakat antarabangsa. Namun hak tersebut masih menjadi pertikaian di antara blok

universalisme dan relativisme budaya.17 Semenjak usul tentang hak seksualiti diketengahkan di

peringkat PBB pada tahun 2003, bantahan dan kritikan yang konsisten diterima daripada

negara-negara Anggota khususnya negara-negara-negara-negara Asia termasuklah Malaysia dan Indonesia.18

Peninjauan hak seksualiti dalam konteks Malaysia dan Indonesia

Kita telah membincangkan mengenai konflik yang berlaku di antara nilai universalisme

dan relativisme budaya dan kesannya kepada pemahaman dan pengamalan hak seksualiti. Ketika

masyarakat antarabangsa dikatakan menghala ke arah penerimaan hak seksualiti, hak tersebut

(6)

cenderung menolak pengamalan hak seksualiti di negara-negara mereka sehingga mereka

dikatakan akan mempertahankan negara mereka daripada pengaruh homoseksual.19

Hal ini tentu sekali berkait rapat dengan beberapa faktor relativisme seperti yang telah

dibahaskan sebelum ini. Oleh itu, bahagian ini bertujuan untuk meninjau hak seksualiti dalam

konteks yang khusus iaitu Malaysia dan Indonesia. Berdasarkan faktor-faktor kerelatifan

tertentu, analisis akan dibuat untuk meneliti adakah terdapat dominasi yang jelas salah satu nilai

sama ada universalisme atau relativisme budaya di kedua-dua negara.

Perkembangan hak seksualiti di Malaysia dan Indonesia

Di Malaysia, perbincangan mengenai hak seksualiti sukar untuk dilakukan kerana ia

masih sesuatu yang tabu pada pandangan masyarakat kerana terikat dengan pantang larang

tertentu.20 Masyarakat Malaysia biasanya tidak membincangkan hal mengenai perlakuan seks

secara terbuka21 menyebabkan isu-isu berkaitan hak seksualiti berkembang secara terhad22. Sikap

tabu ini dapat dilihat ketika isu-isu mengenai seks dan seksualiti diketengahkan dalam kalangan

masyarakat. Misalnya dalam isu pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah

seperti yang diusulkan oleh kerajaan Malaysia bagi membanteras gejala seks bebas yang semakin

berleluasa. Usul kontroversi ini mendapat bantahan daripada ramai pihak termasuklah dalam

kalangan pemimpin politik23 dan pertubuhan para guru24.

Sikap dan persepsi masyarakat Malaysia terhadap seksualiti ini secara langsung memberi

kesan kepada perspektif mereka terhadap hak seksualiti khususnya terhadap golongan

homoseksual. Sudah tentu, masyarakat Malaysia memandang negatif terhadap golongan

(7)

LGBT berhadapan dengan konflik penolakan masyarakat.26 Walaupun terdapat gerakan yang

menyokong golongan ini seperti gerakan Pink Triangle (PT) yang dimulakan pada tahun 198727,

namun gerakan yang menyuarakan isu ini secara lantang melalui program seperti Seksualiti

Merdeka diharamkan (legally banned) di Malaysia.28

Fenomena yang agak berbeza boleh dilihat di negara jiran Malaysia iaitu Indonesia. Isu

hak seksualiti berkembang secara lebih dinamik di mana blok yang membantah dan menyokong

pengamalan homoseksual bergerak secara seimbang. Walaupun terdapat penentangan dalam

kalangan masyarakat, pengamalan budaya homoseksual dilihat semakin berleluasa. Dominasi

terhadap wacana hak seksualiti oleh pihak penguasa, para ulama dan pemimpin etnik yang

mengkritik budaya homoseksual29 tidak menjejaskan penularan amalan homoseksual. Hal ini

dibuktikan dengan kewujudan kumpulan Gaya Nusantara yang merupakan kumpulan gay dan

lesbian terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai lebih dari 11 cawangan di seluruh bandar di

Indonesia.30

Melalui gambaran di atas, persoalan yang timbul ialah apakah faktor-faktor yang

menyebabkan dominasi relativisme budaya di Malaysia? Apakah pula faktor-faktor yang

menyebabkan penentangan dan penerimaan hak seksualiti di Indonesia dilihat seimbang? Bagi

menjawab persoalan tersebut, penulis menganalisis dua faktor kerelatifan utama yang berkaitan

dengan konteks kajian sebagaimana berikut:

Tradisi agama dan budaya yang mengakar

Agama memainkan peranan yang penting dalam kehidupan rakyat Malaysia dan

Indonesia. Hal ini telah didokumentasikan dengan jelas dalam penemuan antropologi, sosiologi

(8)

60.4 peratus daripada rakyat Malaysia beragama Islam yang sekaligus didominasi oleh bangsa

Melayu. Disebabkan hal ini, agama Islam memberikan pengaruh yang besar terhadap amalan

seharian masyarakat Malaysia, tidak terkecuali amalan yang berkaitan dengan seks dan

seksualiti33. Dalam kalangan masyarakat seksualiti sangat terikat dengan tradisi budaya dan

harus dipelihara kesuciannya. Kesannya, homoseksualiti dianggap sebagai virus dan penyakit

yang menjangkiti kesucian tradisi.34 Penularan amalan ini dilabel fenomena yang tidak sihat dan

tidak wajar dalam Malaysia kerana bertentangan dengan norma-norma yang masyarakat

tempatan.35 Walaupun Malaysia secara rasminya merupakan negara sekular, namun realiti

sosio-budaya masyarakat banyak dipengaruhi oleh agama Islam.36 Hal ini kerana agama Islam

mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk dasar dan pendapat umum di Malaysia.37

Penentangan agama Islam terhadap homoseksualiti dapat dilihat melalui tindakan

institusi agama terhadap amalan homoseksualiti. Misalnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

pada tahun 2010 memberi amaran keras terhadap Azwan yang menzahirkan diri sebagai gay

beragama Islam. Beliau dengan tegasnya mengancam akan mengambil tindakan yang setimpal

terhadap perbuatan yang dianggap mempromosi homoseksualiti di Malaysia38. Selain itu, fatwa

turut dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 201239 yang mengharamkan amalan

homoseksualiti yang dianjurkan oleh kumpulan Seksualiti Merdeka. Namun, sekatan terhadap

amalan homoseksualiti bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat Islam. Bagi golongan

transeksual bukan Islam, walaupun mereka tidak berada di bawah kekangan rasmi agama mereka

namun mereka masih tidak diterima dengan baik dalam masyarakat. 40 Kebencian terhadap

golongan ini lahir dari semangat untuk memelihara kesucian dan keunikan rakyat Malaysia.41

Masyarakat juga menganggap krisis moral seperti amalan homoseksualiti ini merupakan

(9)

Seiring dengan Malaysia, Indonesia merupakan negara keempat di dunia yang

mempunyai majoriti populasi penganut beragama Islam43. Oleh itu, wajarlah agama Islam

mendominasi negara tersebut sehingga menjadi sebahagian daripada identiti peribadi individu,

identiti etnik, identiti politik serta identiti negara.44 Menurut “Third Pink Book”, amalan

homoseksualiti di Indonesia tidak menyalahi undang-undang, namun ia dikatakan bertentangan

dengan ajaran Islam. Doktrin Islam kontemporari di Indonesia meletakkan sempadan yang ketat

di antara lelaki dan wanita. Walaupun terdapat banyak aliran pemikiran Islam di Indonesia,

kebanyakan mazhab menegaskan perbezaan semula jadi di antara jantina.45 Agama Islam

menegaskan bahawa perkahwinan ialah satu-satunya pusat bagi aktiviti seksualiti.46 Oleh itu,

homoseksualiti yang mewajarkan perhubungan sejenis atau sejantina pastinya bertentangan

dengan ajaran agama Islam. Budaya homoseksual seperti gay dianggap sebagai perbuatan zina di

Indonesia sebagaimana di negara-negara umat islam yang lain.47

Selain itu, homoseksualiti turut bertentangan dengan adat khususnya berkaitan dengan

perkahwinan heteroseksual normatif yang selama ini menjadi tradisi masyarakat Indonesia.48

Majoriti masyarakat Indonesia khususnya yang beragama Islam mengakui bahawa sebarang

hubungan seksual yang wujud di luar perkahwinan heteroseksual tidak boleh diterima oleh Islam

dan amalan adat. Hubungan seksualiti di antara lelaki dan wanita dianggap sesuatu yang

dikurniakan oleh tuhan. Oleh itu, hubungan tersebut hendaklah dikawal dengan berhati-hati

untuk menjaga maruah keluarga dan ketenteraman masyarakat.49 Disebabkan hal inilah amalan

songsang seperti LGBT menerima penolakan masyarakat.

Situasi penentangan Gerakan Pemuda Ka’bah terhadap golongan gay dan transvestit

(lelaki yang cenderung menjadi perempuan) pada tahun 2000 membuktikan sikap keras

(10)

Perhimpunan golongan gay dan transvestit yang bertujuan untuk menyambut Hari Kesihatan

Nasional itu diserang oleh Gerakan Pemuda Ka’bah dengan dahsyat sehingga menyebabkan

kecederaan peserta perhimpunan. Gambaran homofobia politik ini disebabkan oleh kepercayaan

agama dan pegangan terhadap heteroseksual normatif yang secara jelas menolak amalan

homoseksualiti dalam kalangan masyarakat.50

Kepercayaan terhadap pengaruh negatif Barat

Homoseksualiti secara jelas dikatakan merupakan amalan yang berasal dari Barat.51 Nilai

Asia yang dipromosi oleh negara-negara di Asia lahir daripada pandangan negatif mereka

terhadap amalan-amalan buruk di negara-negara Barat termasuklan amalan homoseksual.52

Homoseksual dilihat sebagai suatu masalah kerana ia merupakan implikasi daripada kebebasan

individu dan liberalisme. Pancasila yang merupakan ideologi utama masyarakat Indonesia

menentang liberalisme. Nilai Indonesia seperti keharmonian, kedamaian dan moto “perpaduan

dalam kepelbagaian” mengatasi liberalisme barat yang menganjurkan kebebasan individu.53

Walaupun terdapat sedikit keterbukaan dalam kalangan golongan pertengahan terhadap gaya

hidup barat, hak seksualiti bagi golongan LGBT masih berada di tahap yangs sama.54 Namun,

walaupun mendapat ruangan yang terhad, golongan gay dan lesbian di Indonesia berjaya

menerbitkan majalah rasmi sejak awal 1980-an. Majalah ini memainkan peranan sebagai saluran

dalam mengimport dan menyebarkan konsep seksualiti barat.

Dengan berakhirnya penguasaan rejim Suharto, kumpulan aktivis gay dan lesbian menjadi lebih

(11)

menghadapi tentangan daripada penguasa dan masyarakat Islam. Pada tahun 2000, wujud

gerakan Swara Srikandi (Suara Srikandi) yang sebahagian besarnya mengumpulkan aktivis yang

bergerak di pusat bandar, universiti, kumpulan profesional, wanita yang bekerja dan sebagainya.

Ada yang mempunyai ijazah dari universiti-universiti Amerika dan menggunakan Bahasa

Inggeris sebagai bahasa percakapan mereka. Apa yang menarik, gerakan ini mula berkumpul

melalui perhubungan di alam maya.55

Di Malaysia, penolakan terhadap homoseksualiti disebabkan kepercayaan bahawa ia

berasal dari barat ditonjolkan oleh Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia dari

tahun 1981 hingga 2003. Beliau menjelaskan bahawa Malaysia perspektif 'nilai Asia' adalah

berdasarkan kepada budaya Melayu-Islam dan harus dilindungi daripada penyerapan nilai-nilai

Barat. Beliau mempercayai bahawa nilai liberalisme dalam hak asasi yang dipromosi barat harus

ditentang kerana ia akan merosakkan tradisi budaya dan agama di Malaysia. Kesannya, beliau

menerima gagasan “Look East” sebagai jalan untuk mengelakkan masyarakat daripada pengaruh

budaya barat.56 Kini kerajaan Malaysia melalui Timbalan Perdana Menteri memberikan

pendirian yang jelas terhadap amalan homoseksual dalam kalangan golongan LGBT sebagai

pengaruh liberalisme yang datangnya dari kerangka hak asasi manusia barat. Beliau menegaskan

dalam ucapannya dengan berkata masyarakat Islam tidak seharusnya cuai dengan cabaran

terhadap Islam datang dari pelbagai arah. Terdapat pihak yang semakin berani menuntut

kebebasan termasuk kebebasan beragama atas nama hak asasi manusia.57

(12)

Melalui gambaran di atas, jawapan kepada persoalan yang timbul mengenai faktor-faktor yang

menyebabkan dominasi relativisme budaya di Malaysia dan faktor-faktor yang menyebabkan

penentangan dan penerimaan hak seksualiti di Indonesia dilihat seimbang telah ditemui. Di

kedua-dua negara, tradisi agama dan budaya dilihat sangat mengakar dalam kalangan

masyarakat. Kepercayaan bahawa hak seksualiti merupakan hasil daripada ideologi liberalisme

dan individualisme hak asasi manusia barat turut terserlah. Melalui dua-dua faktor relatif ini, kita

boleh membuat kesimpulan bahawa hak seksualiti menghadapi kekangan dan sekatan yang besar

untuk berkembang.

Namun di Indonesia, elemen globalisasi telah menjadikan gerakan-gerakan advokasi

yang menyokong hak seksualiti semakin vokal dengan sokongan antarabangsa. Suara mereka

mendapat tempat di dalam media walaupun mendapat ruang yang agak terhad. Sedikit

keterbukaan ini menjadikan gerakan yang menyokong hak seksualiti semakin berkembang.

Kemenangan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada pilihanraya baru-baru ini

mungkin membawa kepada perubahan kepada hak seksualiti di Indonesia kerana komitmen

mereka terhadap perjuangan hak asasi manusia, termasuklah hak golongan LGBT.

1

Jack Donnely (2007), The Relative Universality of Human Rights, Human Rights Quarterly, 29(2), 282.

2

Andrew Wolman (2013), National Human Rights Commisions and Asean Human Rights Norms, Asean Journal of International Law, 3 (2013), 78.

3

Mohd Azizuddin Mohd Sani (2008), Mahathir Mohamad As A Cultural Relativist: Mahathirism on Human Rights. Makalah dibentangkan di 17thBiennial Conference of the Asian Studies Association of Australia in Melbourne 1-3 July 2008.

4Universal Declaration of HumanRights

. Dirujuk dari http://www.un.org/en/documents/udhr/

5

Peter R. Baehr (1999), Human Rights: Universality in Practice, Engelska: Palgrave Macmillan, 9.

6

Jack Donnelly (1984), Cultural Relativism and Universal Human Rights, Human Rights Quarterly, 6(4), 400-419.

7

Dennis H. Wrong (1997) Cultural relativism as ideology, Critical Review: A Journal of Politics and Society, 11(2), 291-300

8

Dennis H. Wrong (1997), 294.

9

Holning Lau (2004), Sexual Orientation: Testing the Universality of International Human Rights Law, The University of Chicago Law Review, 71(4), 1689.

10

Mohd Azizuddin Mohd Sani (2008), 2.

11

(13)

12

Makau Mutua (2011), Sexual Orientation and Human Rights: Putting Homophobia On Trial, Legal Studies Research Paper Series, 457.

13

Alice M. Miller (2009), Sexuality and Human Rights, Switzerland: International Council on Human Rights Policy, 8.

14

Rujuk resolusi A/HRC/RES/17/19

15

United Nations Human Rights Office of The High Commissioner, Born Free and Equal, Sexual Orientation and Gender Identity in International Human Rights Law, 9.

16 Journal of Human Rights Practice 1, no. 2 (2009), 315.

19

Baden Offord & Leon Cantrell (2001), Homosexual Rights as Human Rights in Indonesia and Australia, Journal of Homosexuality, 40(3-4), 233.

20

Skeide (2010), Sexuality and Malaysia. Diakses dari

jp252sp12.pbworks.com/w/.../Skeide_Sexuality%20and%20Malaysia.pdf.

21

Ruy Suliza Hashim (2006), Meniti Duri dan Ranjau: Pembikinan Gender dan Seksualiti dalam Konteks Dunia Melayu, Sari, 24 (2006), 15-34.

22Walter L. Williams (2009), Strategies for Challenging Homophobia in Islamic Malaysia and Secular China, Nebula

6(1).

Ismail Baba (2001): Gay and Lesbian Couples in Malaysia, Journal of Homosexuality, 40(3-4), 143-163.

26

Amran Hassan dan Suriati Ghazali (2013), Attraction and Sex Symbol of Males in the Eyes of Malaysian Male-to-Female Transsexuals, International Journal of Social Science and Humanity, 3(2), 176.

27

Ismail Baba (2001), 147.

28 Julian CH Lee, “Sexuality Rights Activism in Malaysia: The Case of Seksualiti Merdeka,” dalam Social Activism in Southeast Asia, ed. Michele Ford (New York: Routledge, 2013), 170-186.

29

Evelyn Blackwood (2005), Transnational Sexualities in One Place: Indonesian Readings, Gender and Society, 19(2), 221-242.

30

Baden Offord dan Leon Cantrell (2001), Homosexual Rights as Human Rights in Indonesia and Australia, Journal of Homosexuality, 40(3-4), 244.

31

Jas Jaafar, Istiqomah Wibowo & Tina Afiatin (2006) The Relationship Between Religiosity, Youth Culture, and Premarital Sex among Malaysian and Indonesian Adolescents, Asia Pacific Journal of Social Work and Development, 16(2), 5-18.

Mohd Roslan Rosnon, Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam & Mohd Najmi Daud (2013), Phenomenon of Transsexual Behaviour Among Youth in Kuala Lumpur: A Case Study, Pertanika Journal of Social Science and Humanity, 21(S), 110.

36

Mohd Roslan Rosnon, Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam & Mohd Najmi Daud (2013), 110.

37

Shanon Shah (2013). The Malaysian dilemma: Negotiating sexual diversity in a Muslim-majority Commonwealth state. In Lennox, C., & Waites, M. (Eds.), Human Rights, Sexual Orientation and Gender Identity in The

Commonwealth. (pp. 261). London: Institute of Commonwealth Studies, School of Advanced Study, University of London.

38

Shanon Shah (2013), 262.

39

Mohd Roslan Rosnon, Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam & Mohd Najmi Daud (2013), 110.

40

Teh, Y. K. (2001), Mak Nyahs (Male Transsexuals) in Malaysia: The Influence of Culture and Religion on their Identity, IJT 5(3).

41

Skeide (2010), 1.

42

Mohd Roslan Rosnon, Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam & Mohd Najmi Daud (2013), 111.

43

(14)

44

Nicola Colbran (2010) Realities and challenges in realising freedom of religion or belief in Indonesia, The International Journal of Human Rights, 14(5), 678-704.

45

Evelyn Blackwood (2005), 228.

46

Evelyn Blackwood (2005), 228.

47

Tom Boellstorff (2005), Between Religion and Desire: Being Muslim and Gay in Indonesia, American Anthropologist, 107 (4), 576.

48

Tom Boellstorff (2005), 576.

49

Evelyn Blackwood (2007) Regulation of sexuality in Indonesian discourse: Normative gender, criminal law and shifting strategies of control, Culture, Health & Sexuality, International Journal for Research, Intervention and Care, 9(3), 293-307.

50

Tom Boellstorff (2004), The Emergence of Political Homophobia in Indonesia: Masculinity and National Belonging, Ethnos, 69(4), 469.

51Baden Offord dan Leon Cantrell (2001), 237.

52 Anthony Reid (1998) Political “tradition” in Indonesia: The One and The Many,

Asian Studies Review, 22(1), 23-38.

53Baden Offord dan Leon Cantrell (2001), 242.

54Baden Offord dan Leon Cantrell (2001), 245.

55

Evelyn Blackwood (2007), 300.

56

Mohd Azizuddin Mohd Sani (2008), 3.

57

Referensi

Dokumen terkait

Kepala Dinas sebagaimana dimaksud dalam Pasal 5 huruf a mempunyai tugas pokok memimpin, membina, mengawasi, mengkoordinasikan dan pengendalian dalam penyelenggaraan

Rata-rata rugi daya yang direduksi dan kenaikan tegangan pada masing-masing phasa dengan pemasangan kapasitor daya (Tabel 4,5 dan 6) nilainya cukup kecil hal ini

Kita dapat mengubah atau melakukan konversi satuan dalam suatu sistem satuan tertentu menjadi sistem satuan lain, misalnya dari Sistem Inggris menjadi Sistem Internasional

~ Jika anak ikut, lampirkan akte lahir ASLI + surat keterangan dari sekolah ** Surat ijin orang tua perlu jika anak pergi tidak dgn orang tuanya dan tanda. tangan orang tua di

Simpulan yang dapat diperoleh berdasarkan pemaparan rumusan masalah, tujuan penelitian dan pembahasan hasil penelitian adalah sebagai berikut. 1) Kepuasan kerja

Tujuan Ilmu Pengetahuan adalah mengembangkan pengetahuan ilmiah yang berlaku dan benar, untuk mencapai tujuan tersebut diperlukan logika, namun jenis penalaran yang dipakai

Hal ini dapat dilihat dari pembuktian pada persoalan TSP (persoalan dengan banyak aplikasi pada bidang teknik) dan Teorema Empat Warna (yang sebelumnya tidak

maturity Melihat masalah, mengkaji, dan mengambil keputusan dengan pemahaman yang mendalam bahwa suatu masalah memungkinkan untuk dapat ditangani dengan lebih dari 1 solusi