Vol. II, Issue I, 2017, ISBN 978-967-0829-54-8
PERSIDANGAN EKONOMI IMPERIAL, 1923: ANALISIS TERHADAP PEMBANGUNAN PERDAGANGAN ANTARA EMPAYAR BRITISH
IMPERIAL ECONOMIC CONFERENCE, 1923: ANALYSIS ON THE DEVELOPMENT OF BRITISHâS INTER-EMPIRE TRADE
Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Sebagai âmother countryâ kebergantungan Britain terhadap sumber bahan mentah dan produk makanan
tanah jajahannya amat signifikan untuk negara tersebut terus kompetatif dalam pasaran perdagangan antarabangsa selepas Perang Dunia Pertama. Pasaran ekonomi di tanah jajahan juga penting kepada Britain bagi pasaran produk dan barangannya yang gagal bersaing dengan regim neomerkantilisme pada awal abad ke-20, khususnya Amerika Syarikat. Oleh itu, kerajaan Britain telah menggunakan
Persidangan Ekonomi Imperial, 1923 untuk membentuk âImperial Economic Committeâ (IEC) agar pembangunan perdagangan antara empayar dapat dilaksanakan. Pembangunan perdagangan antara empayar di seluruh empayar British ini telah membentuk satu zon perdagangan yang memberi kelebihan keutamaan tarif kepada golongan pedagang dan perniaga British. Justeru, artikel ini menganalisis peranan IEC membentuk zon perdagangan antara empayar British pada tahun 1923. Tumpuan diberikan dalam konteks perdagangan di Tanah Melayu, khususnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, Britain amat memerlukan Tanah Melayu sebagai sumber utama bekalan bahan mentah untuk pembangunan industrinya di Eropah. Penglibatan kerajaan secara terus dalam sektor perdagangan membuktikan perubahan dalam doktrin perdagangan bebas bukan sahaja di Tanah Melayu, malah di seluruh empayar British. Bahkan, pembangunan zon perdagangan antara empayar British ini sebenarnya merupakan satu usaha pengukuhan blok sterling yang teracam dengan kebangkitan blok dollar Amerika (USD).
Kata kunci: Sejarah ekonomi; Neomerkantilisme; Imperial Economic Conference; Perdagangan; antara empayar.
Abstract
As the 'mother country', Britain's dependency on raw materials and food products from colonies are very significant for the country to be competitive in the international trade market after the First World War. The economic market throughout the colonies were also important for Britain to sell their products and goods that fail to compete with the neomerkantilism regime which emerged in the early 20th century, particularly the United States. Therefore, the British government conducted Imperial Economic Conference, 1923 to form 'Imperial Economic Committee (IEC) for the development of inter-empire trade. Inter-empire trade development across the British Empire have formed a trade zone by 'tariff preference' that benefit the merchants and British businesses. Therefore, this article analyzes the role of the IEC that form the British inter-empire trade zone in 1923. The main focus is about the trade in Malaya, particularly Federated Malay States. The findings show that Britain needs Malaya as the main source of supply of raw materials for the industrial development in Europe. Direct government involvement in the trade sector showed a change in the doctrine of free trade not only in Malaya, but throughout the British Empire. In fact, the British inter-empire trade zone is actually an effort to strengthen the sterling block that are threathen by the rising of USD block.
PENGENALAN
Kemunduran sektor perdagangan Britain yang berlaku sejak tamat Perang Dunia Pertama telah menyebabkan perkembangan sektor perindustriannya pada awal tahun 1920-an terjejas dengan teruk. Bagi mengatasi masalah ini, komuniti perindustrian Britain telah menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan dasar perlindungan untuk melindungi sektor perindustriannya daripada persaingan pasaran antarabangsa yang mula dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jerman sebagai kuasa neomerkantilisme yang menawarkan eksport perdagangan yang lebih murah. Sebagai contoh, kegagalan Britain untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dalam industri sutera telah menyebabkan Britain hanya mampu menguasai 20% pasaran antarabangsa, berbanding Amerika Syarikat yang berjaya menguasai 80% pasaran antarabangsa dalam industri sutera. Kejayaan Amerika Syarikat ini sebenarnya disebabkan polisi
tarif perdagangannya yang lebih murah berbanding Britain.1
Justeru, untuk memastikan Britain kekal kompetetif dalam perdagangan antarabangsa, jaringan perdagangan empayar telah digunakan sebagai strategi pembangunan sektor perdagangan Britain. Oleh sebab itu, keperluan untuk membangunkan semula perdagangan empayar British amat bergantung dengan kekuatan perdagangannya di tanah jajahan. Kerajaan-kerajaan kolonial British telah membentuk sekutu dalam kalangan mereka demi menjaga kepentingan ekonomi
âmother countryâ. Antara kumpulan tanah jajahan penting yang membentuk sekutu
ialah Tanah Melayu (British Malaya), Ceylonese Association, Joint West African dan
Joint East African.2 Berdasarkan keadaan ini, pada tahun 1923 kerajaan Britain telah
menganjurkan Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) yang bertujuan untuk membentuk zon perdagangan antara empayar untuk membangunkan sumber-sumber ekonomi di tanah jajahan bagi membolehkan sektor perdagangannya kekal kompetetif dalam pasaran antarabangsa.
Imperialisme British
Kelebihan yang dimiliki oleh kerajaan Britain untuk menganjurkan PEI pada tahun 1923 adalah berakar umbi kejayaan imperialisme modennya sejak abad ke-18. Perkembangan imperialisme British sejak pertengahan era 1870-an telah menyebabkan kebanyakan wilayah di Asia menjadi sebahagian daripada empayar British. Kesan penting penguasaan imperial British ini ialah membolehkan kuasa kolonial untuk menembusi ekonomi wilayah-wilayah yang dijajah mahupun
dinaungi.3 Oleh sebab itu, perkembangan imperial British sering dikaitkan dengan
faktor ekonomi. Tambahan lagi, menurut Sidney Pollard,
The chief economic significance of the New Colonial Empire, as a brilliant contemporary study pointed out, was its promise of relatively safe, protected and exclusive investment opportunities. The more investment opportunities declined or threatened to yield decreasing returns at home, the stronger the pull of Empire.4
1British Imperial Trade, The Straits Times, 26 September 1923. 2Ibid.
3Sidney Pollard, The Development of the British Economy, 1914-1967, Ed. ke-2, Edward Arnold (Publishers) LTD., London, 1969, hlm. 21.
Dalam jangka masa antaraperang (inter war years) imperialisme British di Asia Tenggara turut melibatkan,
the development of imperia l rela tionships was affected by the repression and by the cautions stance that Britain and the other powers adaopted in face of the deteriorating internationa l position.5
Imperialisme Britain terhadap Tanah Melayu sejak abad ke-18 merupakan langkah untuk mempertahankan tanah jajahannya di India. Pertapakan Britain di Pulau Pinang pada tahun 1786 merupakan titik permulaan bagi usaha Britain untuk mempertingkatkan lagi sekuriti armada lautnya di India dengan menjadikan perlabuhan di Tanah Melayu sebagai tempat membaiki kapal armada lautnya yang beroperasi di Teluk Benggal. Selain itu, peluasan pengaruh British di Tanah Melayu merupakan satu langkah untuk menjaga kepentingan ekonominya di rantau Asia. Kedudukan Tanah Melayu sebagai pintu pasaran Asia menuntut kepada British untuk menguasai kepulauan Melayu di Selat Melaka untuk mengumpulkan hasil bumi untuk dipasarkan di China. Oleh sebab itu, British telah menjadikan Singapura sebagai
perlabuhan entreportnya dan pusat komersial di Asia Tenggara.6 Campur tangan
British terhadap politik Tanah Melayu menjadi lebih substantif pada awal tahun 1870-an kes1870-an daripada desak1870-an keperlu1870-an ekonomi. Golong1870-an perniaga kapitalis telah mula
menjadikan Singapura untuk âdirect exploitation of tinâ, malah pedagang-pedagang
China cenderung untuk melabur dalam prospek komersial di Singapura.7
Walaubagaimanapun, pada awal abad ke-20 kerajaan kolonial mula melaksanakan dasar ekonomi yang bersifat liberal. Tindakan Joseph Chamberlain,
Setiausaha Tanah Jajahan British yang mula melobi polisi âimperial preferenceâ dan
pembaharuan sistem tarif sejak awal tahun 1900-an, merupakan titik tolak serangan golongan merkantalis terhadap perdagangan bebas yang dilihat gagal mengembalikan supremasi maritim British. Sehingga tahun 1913, liberalisasi perdagangan yang dilakukan oleh kerajaan Britain berjaya membawa negara tersebut untuk kembali bersaing dengan Amerika Syarikat dan Jerman. Bahkan, dasar sekatan ekonomi (economy blockade) yang dilakukan oleh British ketika Perang Dunia Pertama berjaya menyatukan jaringan perdagangan antara empayarnya dan seterusnya meningkatkan
nilai eksport empayar British.8
Perlantikan Stanley Baldwin menjadi Perdana Menteri Britain pada tahun 1923
memberi kesan terhadap kegiatan perdagangan negara ini.9 Baldwin merupakan ahli
politik daripada Parti Konservatif juga mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu menamatkan perdagangan bebas (Free Trade). Serangan terhadap perdagangan bebas ini adalah disebabkan kegagalan doktrin perdagangan bebas yang menyebabkan
5Nicholas Tarling, Imperialism in Southeast Asia âA Fleeting, passing phaseâ, Routledge, New York, 2001, hlm. 35.
6D.K. Fieldhouse, Economics and Empire 1830-1914, Cornell University Press, New York, 1973, hlm. 185.
7Ibid.
8 Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Liberalisasi Terhadap Perdagangan Bebas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1913. In In-House Seminar: Revisiting Malaysian History, Vo.1, No.1, hlm. 25-39, 2016.
ekonomi domestik British merosot dengan teruk. Masalah utama yang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan pihak kerajaan sendiri ialah masalah pengangguran dan persaingan barangan tempatan dengan barangan import negara asing yang lebih murah. Oleh sebab itu, sistem fiskal British perlu dipulihkan semula untuk melindungi barangannya. Sistem cukai sedia ada yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan hanya menyebabkan peningkatan harga barangan dan gagal merangsang
pertumbuhan ekonomi domestik.10 Di samping itu, perubahan doktrin perdagangan
dan sistem tarif yang berlaku di Britain secara tidak langsung memberi kesan terhadap imperialisme ekonomi di tanah jajahan British. Loh Wei Leng menjelaskan,
Britainâs imperial sentimens were strengthened and eventually manifested in the call âto consider the practicability of preferential rates for goods of
imperial originâ in 1920, stringly promoted by the âNew Imperialistâ
component in the Lloyd George coa lition government of 1916.11
Pelaksanaan dasar ekonomi kolonial di tanah jajahan berdasarkan sistem keutamaan imperial (imperial preference) dan undang-undang ekonomi bersifat perlindungan (protectionist) sejak abad ke-20 telah menjadi titik tolak kepada perubahan polisi perdagangan bebas kepada polisi perdagangan yang lebih bersifat
liberal. Pengenalan âMcKenna Dutiesâ sejak tahun 1915 penting kepada British kerana
membentuk asas kepada dasar perlindungan (protectionism) dalam âimperia l
preferenceâ yang menjadi keutamaan ketika era pentadbiran Stanley Baldwin sebagai Perdana Menteri.
Dalam konteks Tanah Melayu, kerajaan kolonial secara keseluruhannya telah mula melaksanakan dasar pembangunan ekonomi yang lebih rigid dengan memberi tumpuan terhadap aktiviti eksport. Komoditi utama yang menjadi tunjang bagi aktiviti eksport khususnya timah dan getah telah diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam
agenda pembangunan ekonominya.12 Persoalan yang diutarakan oleh Loh Wei Leng
dalam penulisannya berkaitan âthe appropriateness of strategy which placed such heavy reliance on a few primary product exports had been called into questionâ, sebenarnya merupakan amalan ekonomi neomerkantilisme yang diamalkan oleh kerajaan kolonial di Tanah Melayu.
Pertumbuhan Neomerkantilisme Menerusi Imperialisme
George H. Nadel & Peery Curtuis menjelaskan imperialisme sebagai,
the extension of sovereignty or control, whether direct or indirect, political or economic, by one government, nation or society over another together with the ideas justifying or opposing this process.13
Namun, timbul persoalan apakah hubungan imperialisme dengan perkembangan ekonomi merkantilisme? Isu ini boleh diteliti menerusi peranan kerajaan imperial yang melakukan penjajahan (kolonialisme) terhadap sesebuah negara sama ada untuk
menguasai sumber bahan mentahnya atau melindungi kepentingan ekonomi âmother countryâ. Perkara ini juga turut dibincangkan oleh, George H. Nadel & Perry Curtuis
10 A.D. Innes, A History of the British Nation: From the Earliest Times to the Present Day, London, T.C. & E.C. Jack, 1912, hlm. 949-950.
11Loh Wei Leng, The Colonial State and Business: The Policy Environment in Malaya in the Inter-War Years, Journal of Southeast Asian Studies, 33(2), 2002, hlm. 247.
12Loh Wei Leng, 2002, hlm. 249.
13George H. Nadel & Perry Curtuis, Introduction, In George H. Nadel & Perry Curtuis, Imperialism &
yang melihat tindakan penjajahan yang berlaku menerusi imperialisme sebagai, â the mother country to owning colonies rather than the opposition of colonies to being owned by the mother countryâ.14 Oleh sebab itu, dalam konteks Tanah Melayu,
khususnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Persuruhjaya Tinggi British
sering menekankan soal âcontribution to mother countryâ dalam kalangan Raja-Raja dan Pembesar Melayu walaupun pada dasarnya NNMB dianggap sebagai negeri
naungan.15 Tambahan lagi, menerusi sistem perdagangan merkantilisme ini juga,
British berjaya melindungi kepentingan perdagangannya di NNMB daripada ancaman
pedagang-pedagang Jerman.16
Hubungan antara ekonomi merkantilisme dengan imperialisme wujud apabila wujudnya simbiosis antara regim merkantilisme dengan kerajaan imperial untuk melindungai kepentingan ekonominya. Hal ini kerana, menerusi penguasaan politik inilah regim merkantilisme dalam mengawal aktiviti import dan eksportnya, seterusnya dapat menghasilkan surplus perdagangan yang tinggi. Bahkan, menurut Hugh E. Egerton, menerusi imperialisme aktiviti eksport perdagangan kolonial dapat dibangunkan menerusi sistem merkantilisme menerusi pembukaan ataupun penguasaan tanah jajahan. Oleh sebab itulah, kerajaan imperial dan juga golongan perdagangan Britain dapat untuk memonopoli komoditi perdagangan tertentu di tanah
jajahan.17 Malah, sistem merkantilisme sering dikaitkan dengan teori yang mana tanah
jajahan atau koloni akan sentiasa berfungsi sebagai pengeluar sumber bahan mentah
untuk keperluan pembangunan industri bagi âmother countryâ.18
Seterusnya, kebangkitan regim merkantilisme sejak akhir abad ke-19 yang lebih dikenali sebagai neomerkantilisme atau merkantilisme moden, telah menyebabkan setiap negara mula melaksanakan dasar ekonomi yang bersifat perlindungan bagi membangunkan ekonomi domestik mereka untuk mengatasi masalah pengangguran dan kemiskinan khususnya dalam era perang. Paul F. Cwik, berhujah bahawa berlakunya perubahan dalam aktiviti perdagangan bebas dan
kejatuhan âgold standardâ.19 Menerusi penulisan Jonathan Bart pula, beliau menilai merkantilisme sebagai âthe cardina l philosophy of empire: the systematic blueprint for constructing and maintaining imperial economic hegemonic, shaping and informing state action âŠâ20 Walaupun dalam konteks perbincangan beliau memberi tumpuan
terhadap perkembangan ekonomi merkantilisme dalam abad ke-17 dan 18, kerangka analisis beliau boleh digunakan untuk meneliti perkembangan ekonomi neomerkantilisme yang mula berkembang sejak akhir abad ke-19. Hal ini kerana, menerusi data-data ekonomi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, khususnya kerajaan kolonial di Tanah Melayu jelas menunjukkan bahawa wujudnya amalan
14George H. Nadel & Perry Curtuis, 1964, hlm.3.
15Menjelang Perang Dunia Pertama, Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu telah menggesa Majlis Mesyuarat Persekutuan, NNMB untuk âThat, whereas it appears to the Government that there is a general wish on the part of the various communities residing in the Federated Malay States that contribution should be made to the Imperial Government for the prosecution of the warâŠâ Lihat Mohd
Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin, âKill German Tradeâ: Penilaian Terhadap usaha British
Membendung Perdagangan Musuh di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama, 2015.
16Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin, âTrade Warâ: Sekatan Perdagangan Jerman di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1914-1918, Akademika, Bil. 87, No. 1, 2017, hlm. 75-90. 17Hugh E. Egerton, Colonies and The Mercantile System, In George H. Nadel & Perry Curtuis,
Imperialism & Colonialism, The Macmillian Company, London, 1964, hlm. 59. 18Hugh E. Egerton, 1964, hlm. 64.
19Paul F. Cwik, The New Neo-Mercantilism: Currency Manipulation As A Form of Protectionism,
Economic Affairs, 31(3), 2011, hlm. 11.
20
ekonomi yang bersifat merkantilisme apabila pihak kerajaan telah terlibat secara langsung dalam membentuk struktur ekonomi menerusi undang-undang untuk
melindungi kepentingan ekonomi kolonial dan menjadikan âba lance of tradeâ (BOT) sebagai sumber pendapatan penting negara menerusi kadar surplus perdagangan yang diperolehi.
Secara keseluruhannya, ekonomi neomerkantilisme merujuk kepada campur tangan atau penglibatan kerajaan dalam sektor perdagangan untuk mewujudkan lebihan perdagangan dalam BOT, iaitu membentuk polisi dan dasar ekonomi yang memberi keutamaan kepada aktiviti eksport berbanding import. Peningkatan surplus perdagangan akan membawa kepada BOT positif yang dapat membentuk peluang pekerjaan dan meningkatkan lagi permintaan terhadap komoditi perdagangan. Tambahan lagi, menerusi peluasan imperialisme secara tidak langsung telah membawa kepada pembentukan zon atau rantau ekonomi yang dikuasai oleh sesebuah kerajaan
imperial. Perkara ini turut disentuh oleh Bjorn Hettne yang menyimpulkan â neo-mercantilism has a lot to do with regiona lismâ.21
IMPERIAL ECONOMIC COMMITTEE 1923
Menerusi Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) pada tahun 1923 kerajaan Britain,
kerajaan âthe Dominion, Indiaâ, kerajaan di tanah jajahan dan negeri naungan telah bersetuju untuk membentuk âImperial Economic Committeeâ (IEC). Secara keseluruhannya, IEC mempunyai objektif yang jelas untuk
To consider the possibility of improving the methods of preparing for market, and marketing within the United Kingdom, the food products of the overseas parts of the Empire with a view to increasing the consumption of such products in the United Kingdom in preference to imports from foreign countries, and to promote the interests both of producers and consumers.22
Walaupun begitu, menurut Stephen Constantine hasrat awal pengajuran PEI oleh kerajaan Britain adalah untuk menggalakkan lagi kerjasama ekonomi antara Britain
dengan âdominionsâ dan India. Tambahan pula, isu berkaitan hasrat untuk menghulurkan bantuan pembangunan dalam kalangan empayar British juga tidak
menjadi agenda utama peringkat awal cadangan penganjuran PEI.23 Namun, setelah
Sir Lloyd-Greame yang mewakili Lembaga Perdagangan terlibat dalam rancangan awal penubuhan PEI, barulah cadangan untuk menyediakan bantuan modal untuk seluruh empayar British menerusi PEI diutarakan. PEI mencadangkan agar kerajaan imperial menyediakan bantuan kewangan berbentuk geran dalam tempoh 5 tahun dengan kadar faedah sebanyak 0.75%. Menerusi resolusi yang dikeluarkan oleh PEI berkaitan geran ini,
In order to qualify for the Imper ial contribution a scheme must be a ccepted by the Imperial Government within the next three years. The approval on behalf of the Imperial Government would be given after consulation with the Treasury, the colonial of India Office and the Board of Trade.24
21 Bjorn Hettne, Neo-Mercantilism: The Pursuit of Regionness, Cooperation and Conflict, 28(3), 1999, hlm. 219.
22Imperial Economic Committee: A survey of its Work, Journal of the Textile Institute Proceedings, 23(9), 1932, hlm. 237.
23 Stephen Constantine, The Making of British Colonial Development Policy, London, Frank Cass, 1984, hlm. 105.
Punca kuasa bagi IEC adalah daripada persetujuan PEI yang bersidang. Oleh itu segala siasatan atau sebarang inkuri berkaitannya hendaklah mendapat perhatian daripada kerajaan British dan kerajaan kolonialnya. Hal ini kerana, setiap kerajaan kolonial akan menamakan perwakilan mereka dalam PEI termasuklah juga kerajaan
British sebagai kerajaan imperial.25 Oleh itu, Mr. Wn. Duncan, Mr. Ernest Birch dan
Mr. F. George Penny, M.P yang merupakan jawatankuasa dalam âAssocia tion of British Mala yaâ telah terlibat secara langsung mewakili Tanah Melayu dalam
persidangan PEI pada tahun 1923.26
Pada peringkat awal pembukaan PEI isu penting yang dibincangkan ialah masalah yang dihadapi oleh British untuk menghadapi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pentadbir kerajaan dan kolonial Britain. Kebimbangan ini adalah berdasarkan kesedaran British
untuk melindungi kepentingan ekonomi âMotherlandâ dan tanah jajahan serta keseimbangan pengaruh dan kuasa tentera laut di Lautan Pasifik, serta termasuklah isu
âimmigration colour barâ. Tambahan lagi, keadaan ekonomi Eropah yang tidak menggalakkan, memerlukan British untuk melaksanakan usaha pembangunan sumber
di seluruh empayarnya untuk menampung kemerosotan yang berlaku di Eropah.27
Oleh itu, kerajaan Britain telah menuntut kerajaan kolonial di seluruh tanah jajahannya untuk membantu usaha pembangunan sumber empayar melalui penstrukturan dasar fiskal dengan tidak mengenakan cukai terhadap barangan makanan dan bahan mentah
utama.28
W. Ormsby Gore yang mewakili kerajaan tanah jajahan (Colonies & Protectorates) termasuklah Tanah Melayu keseluruhannya telah menegaskan kepada seluruh perwakilan PEI bahawa, tanah-tanah jajahan ini penting kepada kelangsungan ekonomi empayar Britain, kerana menerusi potensi ekonomi yang dimilikinya pasaran import dan eksport empayar Britain akan dapat memastikan kelangsungan bekalannya.
Bahkan, beliau turut mengisytiharkan bahawa âBritain specially was alive to the need
of becoming less dependent of America for cotton, sugar and tobaccoâ.29 Pendirian
Mr. Ormsby ini juga dikongsi oleh The Duke of Devonshire yang turut menjelaskan
âthat the moral and material progress and development of the Colonies, Protectorates and Mandated Territories was increasingly importa nt to all partners in the British Empireâ terutamanya Tanah Melayu yang baru sahaja pulih daripada tekanan ekonomi. Oleh sebab itu, Pejabat Tanah Jajahan (PTJ) perlu memainkan peranan penting untuk merangsang perdagangan intraimperial British khususnya di wilayah tropika dengan memastikan kerajaan kolonial dibantu dengan aliran modal daripada firma dan
perusahaan swasta.30
Zon Perdagangan Antara Empayar
Pengukuhan perdagangan antara empayar British menerusi PEI secara tidak langsung membentuk zon perdagangan yang melindungi keseluruhan kepentingan ekonomi
antarabangsanya.31 Asas bagi sistem perdagangan antara empayar ini adalah menerusi
penyeragaman penggunaan invois, bil muatan dan paten dan sistem perundangan yang
25Imperial Economic Committee, Western Argus, 15 May 1928.
26British Malaya and the Imperial Conference, The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 22 October 1923.
27Imperial Conference, The Straits Times, 2 October 1923. 28Imperial Conference, The Straits Times, 4 October 1923. 29Ibid.
30Ibid.
membolehkan kerajaan imperial mengukuhkan jaringan perdagangan dengan seluruh
empayarnya.32
Zon perdagangan antara empayar British mempunyai kelebihan untuk menikmati manfaat daripada sistem keutamaan tarif yang telah ditetapkan oleh Parlimen British menerusi sistem keutamaan imperial. Bahkan, PEI sendiri telah menjadi faktor penting kejayaan pelaksanaan sistem keutamaan tarif di seluruh tanah jajahan British. Sir Philip Lloyd Greame telah membuka perbahasan berkaitan isu
sistem keutamaan tarif dengan menegaskan bahawa PEI perlu âshould work out
practicable steaps to improve production and trade prospects in all parts of the Empireâ. Oleh itu, kerajaan imperial telah bersedia untuk membenarkan semua komoditi buah-buahan, kismis (currants) dan buah-buahan di dalam tin dikecualikan daripada cukai, manakala komoditi makanan yang serupa daripada negara luar kekal dengan kadar cukai antara 10s. 6d., 2s. dan 5s. Akhirnya PEI telah bersetuju untuk melaksanakan sistem keutamaan tarif dalam zon perdagangan antara empayar berdasarkan resolusi,
This Imperial Economic Conference, holding tha t, especially in present circumstances, all posibble means should be taken to develop the resources of the Empire and trade between the Empire countries, desires to reaffirm the Resolution on the subject of Imperial Preference pa ssed by the Imperial War Conference of 1917.33
Secara keseluruhannya, kesemua produk pertanian dalam empayar telah
dikecualikan cukai di seluruh empayar British.34 Tambahan lagi, menerusi PEI juga
Sir Lloyd turut mencadangkan agar Parlimen Britain untuk mengenakan duti import
sebanyak 10s bagi setiap âhundredweightâ ikan salmon dalam tin dari negara luar dan memastikan produk empayar kekal menikmati pengecualian cukai. Keperluan sistem keutamaan tarif ini juga adalah berdasarkan kesedaran terhadap 3 polisi kerajaan yang tidak praktikal untuk ekonomi Britain, iaitu (i) sistem subsidi (ii) geran untuk lesen
import (iii) penstabilan harga.35 Hal ini kerana, menerusi pelaksanaan sistem
keutamaan tarif kerajaan akan dapat memastikan harga makanan lebih murah.36 Jadual
1, menunjukkan kadar tarif kastam yang dikenakan terhadap komoditi makanan terpilih dalam zon antara empayar Britrish.
Jadual 1, Kadar tarif kastam terhadap komoditi makanan terpilih, 1923
Jenis komoditi makanan Kadar semasa Kadar âTariff Preferenceâ
s. (shilling) d. (pence) cwt. (hundredweight) lb. (pounds) Buah-buahan kering 10s. 6d. per cwt. 16.667% ( â6)
Kismis 2s. per cwt. 16.667% ( â6) - 4d.
Gula 25s. 8d. per cwt. 16.667% (
6
â ) â 4s. 3 â d.
Tembakau 8s. 2d. per lb. 16.667% ( â6)
Epal mentah 5s. per cwt. Bebas cukai
Ikan salmon dan udang karang di dalam tin, ikan cray, ketam
10s. per cwt. Bebas cukai
Madu 10s. per cwt. Bebas cukai
Limau, lemon dan jus buahan 6d. per gallon Bebas cukai
Sumber: CAB/24/164/70
32Economic Conference, The Straits Times, 3 November 1923.
33Imperial Economic Conference 1923, Summary of Conclusions, 1923, hlm. 4. 34Economic Conference, The Straits Times, 10 October 1923.
35Imperial Conference, The Straits Times, 9 November 1923.
Keperluan untuk membangunkan zon perdagangan antara empayar ini adalah disebabkan kejatuhan eksport perdagangan British kepada 30% lebih rendah daripada eksportnya pada tahun 1913 serta kemunduran ekonomi di Eropah. Oleh sebab itu, kerajaan British perlu untuk mengukuhkan jaringan perdagangannya menerusi perdagangan antara empayar. Keadaan ini berlaku memandangkan British masih
memerlukan kuasa beli Eropah kerana, âcredit crea ted by Indian and Chinese sales in Europe were used for financing Eastern purchases from Britainâ. Justeru, kebergandungan Britain dengan Amerika Syarikat akan dapat dikurangkan untuk mendapatkan sumber bahan mentah, malah pengukuhan zon perdagangan ini akan dapat meningkatkan jumlah produksi dan kuasa beli dalam empayar British. Walau bagaimanapun, usaha ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan
bantuan kewangan daripada kerajaan British.37 Oleh itu, menerusi PEI, kerajaan
Britain telah mencadangkan kepada parlimennya untuk
the full money equivalent of the advantages which a re not retained should be devoted to a scheme of marketing, untuk tujuan ini pihak kerajaan telah bercadang untuk menyediakan peruntukan sebanyak ÂŁ1,000,000 untuk setiap tahun yang ditadbir oleh Suruhanjaya Eksekutif yang bertanggungja wab sepenuhnya terhadap Parlimen British.38
Dalam konteks Tanah Melayu pula, kerajaan British telah meletakkan
kedudukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) sebagai âEastern Coloniesâ
dalam rancangan âThe Development of Imperia l Resourcesâ dengan memperuntukkan sebanyak ÂŁ2,053,431 untuk pembangunan landasan kereta api bagi membolehkan kerajaan kolonial di Tanah Melayu mengeksploitasi sumber bahan mentah dengan
lebih produktif untuk di eksport.39 Maka tidak hairanlah dalam persidangan Majlis
Mesyuarat Persekutuan (MMP) NNMB pada tahun 1923, Persuruhjaya British ketika itu Sir Laurence Nunns Guillemard, menjelaskan kepada ahli MMP bahawa NNMB
berada dibawah kawasalan Pejabat Tanah Jajahan di London âon the same lines as its control over the Government of the Colony; but it is much looser and it ta kes the form of advice rather than of direction.â40 Hal ini kerana, kedudukan kewangan yang
dimiliki oleh Tanah Melayu secara keseluruhannya amat penting bagi British âin terms
of its contribution to the âSterling Blocâ.41 Oleh itu, Tanah Melayu amat penting
sebagai sebahagian daripada tanah jajahan British yang membentuk zon perdagangan antara empayar.
Tanah Melayu secara keseluruhannya telah memainkan peranan penting dalam membangunkan industri baru dalam sektor penghasilan produk makanan dalam perdagangan antara empayar. Hal ini kerana, kerajaan kolonial di Tanah Melayu telah
mengambil langkah yang drastik untuk memastikan keseimbangan âbalance of tradeâ yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi timah dan getah. Oleh itu, industri pengetinan nenas, minyak kelapa dan minyak sawit menjadi antara industri baru penting yang dibangunkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu. Kerajaan British di London pula memainkan peranan untuk melaksanakan propaganda
37CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial Resources.
38Imperial Economic Committee: A survey of its Work, Journal of the Textile Institute Proceedings, 23(9), 1932, hlm. 237.
39CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial Resources.
perdagangan untuk memasarkan produk empayarnya di Eropah khususnya dalam
pasaran perdagangan di Liverpool.42
Sumber: Sel. Sec. 2613/1925
Industri pengetinan nenas yang dibangunkan di Tanah Melayu sejak tamat
Perang Dunia Pertama adalah daripada jenis âQueenâ yang hampir sama dengan jenis
âRed Jamaican Pineâ yang terdapat di Hindia Barat. Di samping itu, eksport nenas dari Sarawak turut mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran Amerika Syarikat yang mempunyai kilang yang besar di Hawaii. Namun, kilang-kilang pengetinan nenas di Singapura pula tidak mengggunakan nenas dari Sarawak ini yang dikatakan warnanya terlalu putih dan lebih masam. Graf 1 menunjukkan pertumbuhan nilai eksport pengetinan nenas di Tanah Melayu yang mula tumbuh sejak tahun 1919.
Sumber: F.M.S. Report on the Trade and Customs Department for the Year 1924.
Graf 2 pula menunjukkan perbandingan nilai eksport antara komoditi kelas 1 dengan komoditi kelas 2 NNMB dalam tahun 1920 hingga 1924. Kelas 1 merupakan kumpulan komoditi haiwan, makanan, minuman dan tembakau. Pada tahun 1923
42Sel.Sec. 2613/1925 Minutes F.S.G. 1002/25. $0.00
$1,000,000.00 $2,000,000.00 $3,000,000.00 $4,000,000.00 $5,000,000.00 $6,000,000.00 $7,000,000.00 $8,000,000.00 $9,000,000.00 $10,000,000.00
1919 1920 1921 1922 1923 1924
Graf 1, Nilai Eksport Nenas Dalam Tin Tanah Melayu, 1919-1924
Nenas
1920 1921 1922 1923 1924
Kelas 2 268084412 120914266 125177188 177976479 188240978 Kelas 1 4116055 2688702 2249246 2588437 3818654
$0.00 $500,000.00 $1,000,000.00 $1,500,000.00 $2,000,000.00 $2,500,000.00 $3,000,000.00 $3,500,000.00 $4,000,000.00 $4,500,000.00
$0.00 $50,000,000.00 $100,000,000.00 $150,000,000.00 $200,000,000.00 $250,000,000.00 $300,000,000.00
berlaku peningkatan nilai eksport bagi komoditi makanan tertentu seperti ikan kering dan ubi kayu, sementara eksport beras mengalami penurunan. Manakala komoditi kelas 2 merupakan eksport utama NNMB yang terdiri daripada bahan mentah. Getah para, bijih timah dan kelapa kering merupakan komoditi yang menyumbang sebahagian besar nilai eksport NNMB. Berdasarkan data ini, dapat disimpulkan bahawa komitmen NNMB khususnya dalam zon antara empayar British adalah sebagai pembekal sumber bahan mentah yang aktif berbanding dengan sumber bahan makanan.
Jadual 2, Nilai Eksport Komoditi Terpilih NNMB, 1920-1924
Komoditi 1920 ($) 1921 ($) 1922 ($) 1923 ($) 1924 ($) Getah para 178,725,635 64,432,585 74,686,458 113,995,815 97,781736 Bijih timah 78,466,652 43,658,763 39,789,661 54,216,314 77,550,862 Kelapa kering 9,216,586 7,569,701 8,745,565 8,190,701 9,641,012 Ikan kering 200,204 308,602 445,448 513,858 506,615 Uji kayu 68,703 81,591 99,024 308,216 444,923
Sumber: F.M.S. Report on the Trade and Customs Department for the Year 1924.
Manakala, Jadual 2 pula menunjukkan nilai eksport bagi komoditi makanan terpilih dari NNMB. Berbanding bijih timah, komoditi getah para telah menyumbangkan nilai eksport yang tertinggi. Walaupun menghadapi usaha sekatan pengeluaran, golongan peniaga getah tetap dibenarkan untuk mengeksport stok mereka. Keadaan ini juga boleh dikaitkan dengan masalah penyeludupan komoditi getah oleh golongan
pengimport yang disebabkan duti kastam yang terlalu tinggi.43 Manakala, kemerosotan
yang berlaku terhadap nilai eksport bijih timah pula adalah disebabkan polisi kerajaan NNMB yang bersikap mengambil peluang ketika harga pasaran tinggi. Kerajaan NNMB telah melaksanakan kawalan yang rigid terhadap eksport timah dengan menyimpan stok-stok timah untuk dijual pada harga yang tinggi. Justeru, jumlah eksport yang dibenarkan hanyalah dalam bilangan yang kecil untuk mengelakkan penurunan harga yang disebabkan lambakan komoditi dalam pasaran yang juga dalam masa yang sama menyebabkan kemerosotan dalam pasaran. Walau bagaimanapun, polisi kerajaan NNMB ini dikritik oleh Mr. Robson seorang ahli tidak rasmi MMP yang menilai polisi perlindungan komoditi timah oleh kerajaan NNMB sebagai satu langkah yang tidak praktikal dan menunjukkan kegagalan pentadbiran kerajaan.
Usaha pembangunan perdagangan antara empayar ini turut diteruskan
menerusi âThe British Empire Exhibiton in Relation to Colonies, Dependecies and Protectoratesâ pada tahun 1924 yang diadakan di Wembley Park di Britain. Pameran ini diadakan sebagai satu langkah pelan jangka panjang untuk merangsang potensi sektor komersial dan industri yang dimiliki seluruh empayar British. Oleh sebab itu, tidak hairanlah pameran ini dikawal oleh sebuah Majlis Eksekutif yang terdiri daripada perwakilan daripada institusi perbankan, industri dan sektor komersial yang mempunyai kepentingan dengan ekonomi Britain. Manakala, bagi mewakili pihak kerajaan pula, Setiausaha Tanah Jajahan, Presiden Lembaga Perdagangan dan Menteri Pertanian. Manakala Persuruhjaya British di India dan wakil daripada setiap
âdominionâ telah dilantik sebagai Naib Presiden bagi pameran ini.44
Perkara yang menarik perhatian dalam penganjuran pemeran ini ialah apabila pihak kerajaan British mampu untuk mendapatkan bantuan kewangan yang menjamin penganjurannya. Dalam suratnya kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu,
Winston S. Churchill telah menerangkan, âThese gurantees are confined to the United
Kingdim and have been dra wn from the principal ba nking and commercial interest as well as from a large number of private individualsâ.45 Oleh itu, kerajaan British telah
menyumbang sebanyak ÂŁ100,000 ke dalam tabung jaminan pameran tersebut.
Menerusi pameran ini juga kedudukan âColoniesâ, âDependenciesâ dan negeri naungan
diletakkan setaraf dengan âDominionsâ kepada 6 kumpulan pavilion yang besar seperti berikut,
i. Kumpulan Mediterranean
ii. Kumpulan Timur
iii. Kumpulan Timur Jauh
iv. Kumpulan Afrika Barat
v. Kumpulan Afrika Timur
vi. Kumpulan India barat dan Atlantik
Peta 1 menggambarkan zon perdagangan antara empayar yang melaksanakan âtariff
preferenceâ tertakluk dengan âimperial preferenceâ. Kejayaan IEC membangunkan sumber ekonomi dan zon perdagangan antara empayar telah membolehkan British untuk kekal kompetatif dalam pasaran perdagangan antarabangsa di benua Eropah dan Timur sehingga membolehkan kerajaan British membentuk blok ekonomi Sterling.
Peta 1, Zon Perdagagangan Antara Empayar British
Sumber : http://www.atlasofbritempire.com/dominions.html [Retrive on : 26.09.2016] Pelaksanaan sistem keutamaan imperial menerusi PEI berjaya mengukuhkan
kedudukan perdagangan antara empayar menerusi penubuhan âEmpire Marketing
Boardâ (EMB) pada tahun 1926. Antara peranan utama EMB adalah untuk (i) mendorong pengguna untuk memberi keutamaan kepada barangan dari empayar (ii) menanda / cop barangan empayar agar pengguna dapat mengenalpasti barangan empayar dan (iii) untuk mengekalkan kualiti yang baik dan harga yang berpatutan
kepada barangan dari empayar.46 Menerusi sistem keutamaan imperial, perdagangan
45 H.C.O. S. of S. 364/1922 British Empire Exhibitions: Postponed of the Exhibition from 1923 to 1924. 46
antara empayar dapat dikukuhkan menerusi keutamaan kerajaan imperial terhadap tender atau kontrak dengan memberi lebih mengutamakan terhadap syarikat tempatan dan syarikat daripada negara-negara empayar. Contohnya pembinaan landasan kereta api, hospital, syarikat elektrik dan lain-lain sejak 1919 telah mengutamakan syarikat British dan menggunakan barangan daripada British dan negara empayar. Selain EMB, London Chamber of Commerce turut memainkan peranan memasarkan produk dan barangan empayar menerusi penerbitan jurnalnya yang merupakan sebahagian daripada usaha propaganda perdagangan antara empayar British.
KESIMPULAN
Kegagalan Britain untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dan Jerman dalam pasaran perdagangan antarabangsa pada awal tahun 1920-an menyebabkan negara tersebut gagal untuk menguasai pasaran ekonomi. Keadaan ini secara tidak langsung telah menimbulkan masalah sosioekonomi yang meruncing di Britain apabila berlakunya peningkatan populasi yang tidak mempunyai sumber pendapatan dan bekalan makanan yang mencukupi. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan Britain telah mengambil langkah untuk mengukuhkan kebergantungan sumber ekonominya di tanah jajahan. Penganjuran Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) pada tahun 1923 merupakan langkah penting yang diambil oleh kerajaan imperial British untuk
membangunkan sumber-sumber di tanah jajahan untuk disalurkan ke âmother
countryâ. Kejayaan penting PEI ialah apabila keseluruhan kerajaan kolonial British
bersetuju untuk membentuk âImperial Economic Committeeâ (IEC) sebagai satu jawatankuasa yang bertanggungjawab menggubal dasar pembangunan ekonomi imperial untuk pertimbangan kerajaan British. Menerusi IEC, Britain berjaya membentuk zon perdagangan antara empayarnya untuk mengelakkan persaingan pasaran dengan negara luar dan menggalakkan penggunaan produk buatan empayar. Pengukuhan zon perdagangan antara empayar ini seterusnya membolehkan golongan pedagang dan perniaga British menikmati kelebihan sistem keutamaan tarif di seluruh empayar British, menyebabkan pedagang dan perniaga dari negara luar terpaksa berhadapan dengan sistem cukai yang bersifat diskriminasi. Fenomena ekonomi yang berlaku ini membuktikan bahawa kerajaan British telah meninggalkan amalan perdagangan bebas di seluruh empayarnya.
Rujukan
(1932). Imperial Economic Committee: A survey of its Work. Journal of the Textile Institute Proceedings. 23(9): 237-238.
(T.th) Dominion. http://www.atlasofbritempire.com/dominions.html [Retrive on : 26.09.2016] Barth, Jonathan. (2016) Reconstructing Mercantilism: Consensus and Conflict in British Imperial
Economy in the Seventeenth and Eighteenth Centuries. The William and Mary Quarterly. 73(2): 257-290.
CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial Resources.
Constantine, Stephen. (1984) The Making of British Colonial Development Policy. London, Frank Cass. Cwik, Paul F. (2011) The New Neo-Mercantilism: Currency Manipulation As A Form of Protectionism.
Economic Affairs. 31(3): 7-11.
Egerton, Hugh E. (1964) Colonies and The Mercantile System. In Nadel, George H. & Curtuis, Perry.
Imperialism & Colonialism. London, The Macmillian Company, pp. 57-66.
Federated Malay States Government. (1923) Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings of the Federal Council, 23 Januari.
Federated Malay States Government. (1923) Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings of the Federal Council, 27 Mac.
Federated Malay States Government. (1924). Report on the Trade and Customs Department. Fieldhouse, D.K. (1973). Economics and Empire 1830-1914. Cornell University Press, New York. H.C.O. S. of S. 364/1922 British Empire Exhibitions: Postponed of the Exhibition from 1923 to 1924. Hettne, Bjorn. (1999) Neo-Mercantilism: The Pursuit of Regionness. Cooperation and Conflict. 28(3):
211-232.
His Majestyâs Stationery Office (1923) Imperial Economic Conference 1923, Summary of Conclusions.
Innes, A.D. (1912) A History of the British Nation: From the Earliest Times to the Present Day. London, T.C. & E.C. Jack.
Leng, Loh Wei. (2002). The Colonial State and Business: The Policy Environment in Malaya in the Inter-War Years. Journal of Southeast Asian Studies, 33(2): 243-256.
Mace, Brice M. (1993) Imperial Preference in the British Empire. The Annals of the American Academy of Political and Social Science. 168: 226-234.
Mokhtar, M. S. (2016). Liberalisasi Terhadap Perdagangan Bebas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1913. In In-House Seminar: Revisiting Malaysian History (Vol. 1, No. 1, pp. 25-39). Muzium Warisan Akademik UKM.
Mokhtar, M. S., & Samsudin, M. (2015). Kill German Trade: Penilaian Terhadap Usaha British Membendung Perdagangan Musuh di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama. In Seminar Antarabangsa ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (pp. 371-378). ATMA UKM.
Mokhtar, M.S. & Samsudin, M. (2017). âTrade Warâ: Sekatan Perdagangan Jerman di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1914-1918. Akademika. 87(1): 75-89.
Nadel, George H. & Curtuis, Perry. (1964) Introduction. In Nadel, George H. & Curtuis, Perry.
Imperialism & Colonialism. London, The Macmillian Company, pp. 1-25.
Northern Star (1924) Empire Link, 31 Januari.
Pollard, Sidney. (1969). The Development of the British Economy, 1914-1967. Ed. ke-2. London, Edward Arnold (Publishers) LTD.
Sel.Sec. 2613/1925 Appointment of an Imperial Economic Committee to enquire into questions connected twith the marketing of Oversea produce in the United Kingdom.
Tarling, Nicholas. (2001). Imperialism in Southeast Asia âA Fleeting, passing phaseâ. Routledge, New York, 2001.
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1923) British Malaya and the Imperial Conference, 22 October
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1923) Malayan History,. 10 November.
The Straits Times (1923) British Imperial Trade, 26 September.
The Straits Times (1923) Economic Conference, 10 October
The Straits Times (1923) Economic Conference,3 November.
The Straits Times (1923) Imperial Conference, 2 October
The Straits Times (1923) Imperial Conference, 4 October
The Straits Times (1923) Imperial Conference, 9 November.
Western Argus (1928) Imperial Economic Committee, 15 May.