• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jabatan Kimia, Fakulti Sains Keluaran Julai 2019 e-issn: X. Pencapaian: Syabas & Tahniah!

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Jabatan Kimia, Fakulti Sains Keluaran Julai 2019 e-issn: X. Pencapaian: Syabas & Tahniah!"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Jabatan Kimia, Fakulti Sains | Keluaran Julai 2019 | e-ISSN: 2637-014X

17 Julai 2019:. Tahniah Fakulti Sains, khususnya staf Jabatan Kimia kerana mengungguli anugerah-anugerah perdana Majlis Citra Karisma UTM!

Anugerah Kualiti Akademik: Tempat Pertama Anugerah Penjenamaan: Tempat Pertama Anugerah Penerbitan: Finalis

Anugerah Penulis dalam Jurnal Berindeks: Prof. Dr Wan Aini Wan Ibrahim (Tempat Pertama), PM Dr Roswanira Abdul Wahab (Finalis) dan Dr. Aemi Syazwani Abdul Keyon (Finalis)

Anugerah Sitasi Tertinggi (Sains & Teknologi) : PM Dr. Roswanira Abdul Wahab; “ An overview of technologies for immobilization of enzymes and surface analysis techniques for immobilized enzymes”. Anugerah Webometrik (Akademik): Finalis

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang : 22 orang Staf FS; staf dari Jabatan Kimia, Dr. Naji Arafat Haji Mahat, Dr. Joazaizulfazli Jamalis, En. Mohamed Mohd Salleh dan En. Mohd Faizz Mohamad Fuad. Semoga kejayaan ini dapat memacu inspirasi semua warga Fakulti untuk mencapai kecemerlangan secara berterusan dalam memartabatkan falsafah, visi dan misi UTM.

CITRA KARISMA 2019

(2)

10 Julai 2019: 30 orang pelajar sekolah dari Vietnam telah menyertai program FS STEM Edutourism. Tahniah kepada Dr Norazah Basar dan pasukan kerana telah berjaya menjalankan program ini.

FS STEM Edutourism

Program Mentor-mentee STEM

13 Julai 2019: PM Dr. Zaiton Abdul Majid, Dr. Mohd Akmali Mokhter dan Dr. Mohd Bakri Bakar telah terlibat dengan program mentor-mentee STEM di SMK Taman Nusajaya pada 13 Julai 2019. Program tersebut merupakan siri keempat yang melibatkan aktiviti pendidikan sains dan turut disertai oleh pelajar Fakulti Sains UTM.

Tetamu Jemputan ke

Program ANALISIS, TV

AlHijrah

12 Julai 2019: Tahniah Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff, Dekan Fakulti Sains juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Saintifik Bencana Pasir Gudang kerana telah menjadi salah seorang tetamu jemputan untuk membincangkan isu berkaitan Sungai Kim Kim. Diskusi penuh boleh ditonton di pautan berikut:

https://www.youtube.com /watch?v=fLaOLK3q_Zg

Pelantikan sebagai Ahli Penyelidik

Bersekutu Centre of Research for Fiqh

Forensics and Judiciary (CFORSJ) USIM

14 Julai 2019: Tahniah Dr. Naji Arafat Bin Haji Mahat kerana telah dilantik sebagai penyelidik bersekutu CFORSJ, USIM. Pelantikan ini adalah berdasarkan kepada sumbangan beliau kepada Pusat Penyelidikan CFORSJ melalui Audit Penilaian Kumpulan Penyelidikan USIM.

RCE Iskandar Sustainable dan Low Carbon

Schools Exhibition

15 Julai 2019: STEM Jabatan Kimia telah berkongsi pameran pembuatan sabun DIY bersempena dengan RCE Iskandar Sustainable dan Low Carbon Schools Exhibition, di AEON Bukit Indah, Johor Bahru. Pameran ini telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Staf Jabatan Kimia yang terlibat ialah Dr. Siti Aminah Setu, Dr. Nursyafreena Attan dan Dr. Siti Ernieyanti Hashim.

(3)

Bengkel Semakan Kurikulum Bil. 10/2019

11 Julai 2019: Bengkel Semakan Kurikulum Bil. 10/2019 telah diadakan pada 11 Julai 2019 di Bilik Seminar Jabatan Kimia bermula jam 2.00 petang. Di dalam pertemuan ini, Dr. Norazah Basar telah memberi penerangan tentang penyediaan Continuous Quality Improvement (CQI). Semua staf Jabatan Kimia diminta menyediakan CQI bagi kursus pengajaran pada Sem 2 20172018, Sem 1 20182019 dan Sem 2 20182019. Bengkel ini diteruskan dengan penerangan mengenai penyediaan dokumen bagi kemasukan rekod pengajaran ke dalam sistem TESDCP oleh Dr. Norazah Basar dan Dr. Siti Aminah Setu.

Bengkel MyRoadmap 2019 dan Mesyuarat JKPP

9 Julai 2019: Bengkel COPPA Siri 2.0 telah diadakan pada 9 Julai 2019 di Bilik Seminar Jabatan Kimia bermula jam 10.00 pagi. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr Norazah Basar. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan dokumen COPPA Bidang 3 hingga 5 bagi tujuan audit dalaman program SSCC dan SSCA tahun 2019.

Bengkel COPPA Siri 2.0

Ahli task force yang terlibat ialah: 1. Dr. Norazah Basar (SSCA) 2. Dr. Che Rozid Mamat (SSCC) 3. Dr. Sheela Chandren

4. Dr. Susilawati Toemen 5. Dr. Mohd Fuad Mohamad 6. Dr. Mohd Akmali Mokhter 7. Dr. Mohamad Shazwan Shah Jamil

8. Dr. Nurrulhidayah Salamun 9. Dr. Joazaizulfazli Jamalis 10. Dr. Mohd Afiq Mohamed Huri

11. Dr. Nursyafreena Attan

12. Dr. Siti Ernieyanti Hashim

13. Dr. Juan Matmin 14. Dr. Siti Aminah Setu 15. Dr. Rohul Hayat

Adnan

16. Dr. Faizuan Abdullah

24 Julai 2019: Bengkel dan mesyuarat JKPP telah diadakan pada 24 Julai 2019 di Bilik Seminar Jabatan Kimia. Antara objektif utama perjumpaan ini ialah untuk merombak pembahagian ahli dalam ketiga-tiga Roadmap Outcome (RO) dan membincangkan berkenaan penyediaan modul. Ahli jabatan yang terlibat ialah Dr. Nursyafreena Attan, PM Dr. Razali Ismail, Dr. Che Rozid Mamat, Dr. Norazah Basar, Dr. Sheela Chandren, Dr. Mohd Afiq Mohamed Huri, Dr. Nurrulhidayah Salamun, Dr. Mohd Akmali Mokhter, Dr. Juan Matmin dan Dr. Mohamad Shazwan Shah Jamil.

Bengkel Mapping PEO & PLO

29 Julai 2019: Bengkel Mapping PEO & PLO (Sains Teknologi & Sains Sosial) telah diadakan di Bilik Omega, V01, Fakulti Kejuruteraan dari pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang oleh pihak CIDU dan SPS UTM. Staf Jabatan Kimia yang terlibat adalah Dr. Siti Aminah Setu (Penyelaras Program Pascasiswazah Penyelidikan Kimia), Dr. Khairil Juhanni Abdul Karim (Penyelaras Program Pascasiswazah Mod Campuran Kimia) dan PM Dr. Shajarahtunnur Jamil (Pengarah Kimia).

(4)

14 & 25 Julai 2019: Bengkel Penyediaan Modul UTM-Industry Symbiosis (UVis) telah diadakan pada 14 dan 25 Julai 2019. Bengkel ini diketuai oleh PM Dr. Razali Ismail. Di dalam pertemuan bengkel ini, beberapa task force diwujudkan bagi merealisasikan program UVis ini. UTM-Industry Symbiosis (UVis) adalah program untuk merapatkan jurang antara universiti dan industri. Objektif utama program UVis ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan analisis dan perundingan, menjadi pusat latihan, dan untuk meningkatkan kebolehpasaran para graduan dari program SSCC dan SSCA. Tiga task force telah diwujudkan dengan kerjasama penyelidik dan alumni UTM, vendor dan industri bagi memenuhi keperluan industri. Task force A adalah Instrument Competency, task force B adalah Scholarship of Teaching manakala task force C adalah Hands-on Laboratory. Antara matlamat task force B ialah untuk membina rangkaian dengan alumni, industri dan vendor. Jadi, salah satu cara untuk membina rangkaian dengan industri adalah dengan mewar-warkan program UVis ini kepada industri ketika penyelia fakulti membuat lawatan ke tempat pelajar yang sedang menjalankan latihan industri. Selepas lawatan ini, beberapa industri telah bersetuju untuk bekerjasama menjayakan program ini.

Bengkel UTM-Industry Symbiosis (UVis): Bridging the Gap

Seminar dan Bengkel

Ahli task force:

1. PM Dr Razali Ismail (Ketua) 2. Dr. Norazah Basar

3. Dr. Che Rozid Mamat 4. Dr. Mohd Bakri Bakar 5. Dr. Sheela Chandren 6. Dr. Susilawati Toemen

7. Dr. Aemi Syazwani Ahmad Keyon 8. Dr. Fazira Ilyana Abdul Razak 9. Dr. Hasmerya Maarof

10. Dr Khairil Juhanni Abd Karim 11. En Hashim Baharin

12. En Mohd Daniel @ Anthony Abdullah 13. Dr. Mohd Fuad Mohamad

14. Dr. Mohd Akmali Mokhter

15. Dr. Mohamad Shazwan Shah Jamil 16. Dr. Nurrulhidayah Salamun

17. Dr. Joazaizulfazli Jamalis 18. Dr. Mohd Afiq Mohamed Huri 19. Dr. Nursyafreena Attan 20. Dr. Siti Ernieyanti Hashim 21. Dr. Juan Matmin

22. Dr. Siti Aminah Setu 23. Dr. Rohul Hayat Adnan 24. Dr. Faizuan Abdullah

(5)

7

th

International Conference and Workshop on Basic and Applied Sciences,

ICOWOBAS 2019

14-17 Julai 2019 : ICOWOBAS 2019 is jointly organized by the Faculty of Science, Universiti Teknologi Malaysia (Johor, Malaysia), Faculty of Science and Technology, Universitas Airlangga (Surabaya, Indonesia), and Salahaddin University-Erbil ( Erbil, Kurdistan, Iraq). ICOWOBAS 2019 encompasses research from fundamental principles to practical applications in the broad field of mathematics, physics, chemistry and biology. On 14 to 15th July, the pre-workshop was held at

UTM, Johor Bahru followed by the conference at KSL Resort Johor Bahru. ICOWOBAS 2019 was officiated by YB Dr. Haji Sulaiman Bin Mohd Nor, Member of the Legistative State Assembly for Kemelah. A MoU/MoA signing between UTM and OEMS IntiPakar Corporation Sdn Bhd was also held during this conference. This conference bring opportunities to all of us, exchanged knowledge, build new and deepen existing network as well as forging the future together.

Committee Member:

1. Assoc. Prof Dr. Zaiton Abdul Majid 2. Assoc. Prof Dr Shajarahtunnur Jamil 3. Dr. Che Rozid Mamat

4. Dr. Fazira Ilyana Abdul Razak 5. Dr Khairil Juhanni Abd Karim 6. Dr Norazah Basar

7. Dr. Sheela Chandren 8. Dr. Mohd Bakri Bakar 9. Dr. Muhammad Afiq Huri 10. Dr. Mohd Fuad Mohamad 11. Dr. Nurrulhidayah Salamun 12. Dr. Mohd Akmali Mokhter 13. En Hashim Baharin

14. En Mohd Daniel @ Anthony Abdullah 15. Prof Dr Hadi Nur

16. Prof Dr Mustaffa Shamsuddin 17. Prof Wan Aini Wan Ibrahim 18. Assoc Prof Dr See Hong Heng 19. Dr Joazaizulfazli Jamalis 20. Dr Siti Aminah Setu 21. Dr. Susilawati Toemen 22. Assoc Prof Dr Lee Siew Ling 23. Dr Hasmerya Maarof

Chairperson

1. Assoc. Prof. Dr. Lee Siew Ling 2. Dr. Che Rozid Mamat

3. Dr. Faizuan Abdullah 4. Dr. Siti Aminah Setu

5. Dr. Fazira Ilyana Abdul Razak 6. Dr. Norazah Basar

Aktivit dan Pergerakan Staf

Jury for Poster Presentation 1. Dr. Che Rozid Mamat 2. Dr. Siti Aminah Setu 3. Dr. Norazah Basar 4. Dr. Juan Matmin

(6)

Pembentang keynote di Universitas Brawijaya

8 Julai 2019 : PM Dr. Roswanira Abdul Wahab telah diundang oleh Jabatan Kimia, Universitas Brawijaya sebagai pembentang keynote untuk sesi perkongsian tentang kolaborasi penyelidikan dan mobiliti staf dan pelajar ke UTM. Universitas Brawijaya adalah antara universiti swasta yang terkemuka di Indonesia.

Seminar “The Biotechnological Research Landscapes in the 21st

Century: Emerging Trends in Transdisciplinary Research”

11 Julai 2019 : PM Dr. Roswanira Abdul Wahab telah diundang oleh Fakulti Matematika dan Ilmu Pengetahuan Ilmu Alam Universitas Negeri Malang sebagai kuliah tamu untuk berkongsi seminar tentang “The Biotechnological Research Landscapes in the 21st Century: Emerging Trends in Transdisciplinary Research”.

The 5

th

Asian Science

Deans Summit, 2019

9-11 Julai 2019 : Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff telah diundang sebagai pembentang keynote untuk “The 5th Asian

Science Deans Summit, 2019 yang telah diadakan di Santika Hotel pada 9 hingga 11 Julai 2019.

Bengkel Menulis Untuk

Khalayak Umum

1 Julai 2019 : Dr. Mohd Bakri Bakar telah menghadiri bengkel menulis untuk khalayak umum yang dianjurkan oleh Majlis Profesor UTM. Bengkel tersebut telah diadakan pada 1 Julai 2019 bertempat di Pusat Latihan UTM.

Kursus Audit Akademik Dalaman UTM

22 Julai 2019 : Dr. Norazah Basar telah menghadiri kursus Audit Akademik Dalaman UTM yang diadakan di Bilik Jamuan, DSI UTM. Kursus ini adalah bertujuan untuk memperoleh maklumat terkini tentang perkembangan berkaitan jaminan kualiti akademik program dan institusi melalui Kod Amalan Akrediatsi Program (COPPA 2.0) Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF 2.0) dan Kod Amalan Bidang Program Pengajian yang berkaitan.

Aktivit dan Pergerakan Staf

Bengkel Pembentangan Laporan Program

Mentor-Mentee

16 Julai 2019: Dr. Mohd Akmali Mokhter telah mewakili ahli jawatankuasa program mentor-mentee STEM UTM ke mesyuarat dan bengkel pembentangan laporan program mentor-mentee bersama wakil dari universiti di seluruh negara bertempat di Universiti Malaya. Beliau membentangkan hasil laporan program mentor-mentee yg dianjurkan oleh pihak UTM bersama pelajar-pelajar dari SMK Nusajaya, Gelang Patah.

(7)

Energy Security and Chemical

Engineering Congress (ESChE) 2019

19 Julai 2019: Dr. Nurrulhidayah Salamun telah menghadiri Energy Security and Chemical Engineering Congress (ESChE) 2019 di Park Royal, Penang sebagai salah seorang pengerusi bagi salah satu sesi pembentangan. ESChE 2019 ini telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Centre of Excellence for Advanced Research in Fluid flow (CARiFF).

Bengkel Chemical Security Training

29-31 Julai 2019: Dr. Sheela Chandren dan Dr. Mohd Bakri Bakar telah menghadiri bengkel Chemical Security Training pada 29-31 Julai 2019 bertempat di Penang. Program tersebut dianjurkan oleh American Chemical Society Malaysia Chapter bersama Institut Kimia Malaysia dan USM serta mendapat sokongan daripada US Department of State’s Chemical Security Program.

Recipient of TUBITAK Program for Visiting

Scientist in Turkey

Program jangkau luar American Chemical

Society Malaysia Chapter

21 Julai 2019: PM Dr. Zaiton Abdul Majid dan Dr. Mohd Bakri Bakar telah menyertai program jangkau luar American Chemical Society Malaysia Chapter yang melibatkan kesedaran masyarakat berkenaan Contaminants of Emerging Concerns. Program tersebut telah berlangsung pada 21 Julai 2019 bertempat di Beach Street, Penang.

14 Jun-7 September 2019: Assoc. Prof. Dr Roswanira Abdul Wahab was recently awarded the TUBITAK Program for Visiting Scientist at Ondokuz Mayis University (OMU), in Samsun, Turkey. She is based at the Ziraat Facultesi (Faculty of Agriculture) for 2 months to work on the initiation of a green nanobiotechnology project for the biological control of pests, in collaboration with Prof Dr Hasan Murat Aksoy and Dr Yilmaz Kaya from OMU, as well as Dr Sevgi Marakli from Amasya University, Turkey.

Aktiviti Dan Pergerakan Staf

SANAH HELWAH JULAI

2: Prof. Dr. Madzlan Aziz

3: Dr. Mohd Afiq Mohamed Huri 5: Dr. Norazah Basar

6: Dr. Joazaizulfazli Jamalis

7: Dr. Mohd Fuad Mohamad 19: Prof. Dr. Mustafa Shamsuddin 30: Dr. Che Rozid Mamat

(8)

Aktiviti Dan Pergerakan Staf

Purposeful Leadership & Sustainability

31 Julai 2019: Satu Leadership Talk Series oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar bertajuk Purposeful Leadership & Sustainability telah diadakan pada 31 Julai 2019 di Dewan Senat UTM Johor Bahru. Kini, beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam ceramahnya, beliau berkongsi tentang pembangunan kerjayanya, kepimpinan korporat dan pengurusan, prinsip pengurusan, dan kemahiran dan sifat kepimpinan peribadi. Beliau juga membincangkan strategi untuk pengurusan bakat. Staf Jabatan Kimia yang telah hadir ialah Dr. Siti Aminah Setu, Dr. Siti Ernieyanti Hashim, Dr. Mohd Akmali Mokhter, Dr. Mohd Fuad Mohamad dan Dr. Faizuan Abdullah.

Selamat Bersara Prof. Dr. Madzlan Aziz

Biodata Prof. Dr Madzlan Aziz

Nama : Prof. Dr. Madzlan Aziz Tempat lahir: Kuantan, Pahang Tarikh lahir : 2 Julai 1959.

Pendidikan : BSc. (Hons) Applied Chemistry, Newcastle Polytechnic, UK.

MSc. Solid State Chemistry,

University of Manchester Institute of Science and Technology, UK.

PhD. Solid Electrolyte, De Monfort University, UK. Pencapaian:

Professor dalam bidang Kimia Fizikal; (h-index: 24; Citation:3014)

Jawatan yang pernah disandang:

Timbalan Dekan RMC, UTM (April 2007- Mei 2009) Dekan, FS UTM (June 2009-November 2016) Pengarah RMC, UTM (Disember 2016-Jun 2019)

Karya ahli jabatan KIMIA

Ikhlas dari Ahli Panel Kimia Fizik:

Dr. Che Rozid Mamat, PM Dr Zaiton Abdul Majid, Prof Dr. Abdul Rahim Yacob, PM Dr Lee Siew Ling, Dr. Siti Aminah Setu, Dr. Nursyafreena Attan, Dr. Rohul Hayat Adnan, Dr. Mohd Fuad Mohamad dan Dr. Nurrulhidayah Salamun

WARGA KERJA BERITA KIMIA

Penasihat:

PM Dr. Shajarahtunnur Jamil

Editor Bersama:

Dr. Siti Aminah Setu

Dr. Khairil Juhanni Abd Karim Dr. Mohd Fuad Mohamad Dr. Nurrulhidayah Salamun

Terima kasih atas sokongan dan sumbangan info yang diberikan oleh semua yang terlibat

Referensi

Dokumen terkait