KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Panduan Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan
Kesihatan
Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2016
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Panduan Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan
Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan)
Tahun 1
Cetakan Pertama 2016
© Kementerian Pendidikan Malaysia
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii
PENDAHULUAN ix
1 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 1
2 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 2
3 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 6
4 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 8
5 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 9
6 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 11
7 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 12
8 PENYALAHGUNAAN BAHAN 13
9 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 15
10 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 17
11 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 22
12 KEKELUARGAAN 23
13 KEKELUARGAAN 25
15 PERHUBUNGAN 29
16 PERHUBUNGAN 30
17 PENYAKIT 32
18 PENYAKIT 34
19 KESELAMATAN 37
20 KESELAMATAN 39
21 KESELAMATAN 41
22 PEMAKANAN 42
23 PEMAKANAN 44
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dengan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELURUHAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,
berketerampilan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab
dan
berkeupayaan
mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara”
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,
meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid
dididik supaya sentiasa menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi,
sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang
terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan
optimum.
Justeru itu, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan (Komponen Pendidikan Kesihatan) Tahun 1 ini dibina untuk
membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(Komponen Pendidikan Kesihatan) serta melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran. Panduan pengajaran ini adalah usaha Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan pelbagai pihak. Panduan pengajaran ini mengandungi 24 contoh
pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid.
Kreativiti dan inovatif guru dalam mengubah suai serta menambah baik
contoh aktiviti yang disediakan dalam panduan pengajaran ini amat
digalakkan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran,
i. Mencantumkan kad-kad sehingga menjadi anggota tubuh lelaki
dan perempuan yang sempurna.
ii. Melabelkan bahagian anggota tubuh dengan menyusun suku
kata sehingga menjadi perkataan yang dikehendaki.
3. Setiap kumpulan menceritakan hasil kerja masing-masing.
Standard Kandungan : 1.1
1. Nyanyian lagu ‘Jaga Kebersihan’ mengikut melodi lagu ‘Anak Itik Tok Wi’ (Lampiran 1).
i. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri? ii. Apakah yang terjadi jika kuman menjadi kawan? iii. Bolehkah sabun digantikan dengan bahan lain?
Lampiran 1
Jaga Kebersihan
Ayuh kawan-kawan jaga kebersihan,
Jaga kebersihan, jaga keterampilan,
Mesti guna sabun bila kita mandi,
Kawan pasti suka bila kita wangi,
Mesti berus gigi dua kali sehari,
Bila gigi putih senyuman berseri,
Ingat basuh tangan sebelum makan,
Bila tangan kotor kuman jadi kawan,
Bila berpakaian mesti nampak segak,
Biar nampak cantik dan bertambah kacak,
Oleh itu rakan ingatlah semua
Kebersihan itu amalan mulia.
Lembaran Kerja 1
Pilih dan warnakan gambar yang menunjukkan amalan menjaga
kebersihan diri.
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Lembaran Kerja 2
Mencari Perkataan Tersembunyi
Baca ayat di bawah. Kemudian warnakan perkataan yang betul.
c v g u h k l
p t
c w c i
t
a n g a n
1. Kita mesti _____________ dengan menggunakan sabun.
2. Gosok _________ sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Cuci _____________________ sebelum dan selepas makan.
4. Kuku sentiasa dipotong ______________ dan bersih.
5. Cuci rambut dengan menggunakan ____________________.
6. Gunakan ___________ yang bersih selepas mandi.
Standard Kandungan : 1.1
Standard Pembelajaran : 1.1.3 dan 1.1.4 Bahan Bantu Belajar : Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Bahagikan murid kepada enam kumpulan untuk ‘Permainan Boom’.
2. Setiap kumpulan diberikan nama
3. Setiap murid di dalam kumpulan akan menentukan satu gaya yang perlu dilakukan berdasarkan nama kumpulan yang diberi dan melakukan aksi tersebut apabila nama kumpulan mereka disebut.
4. Berdasarkan gambar di Lampiran 1, setiap murid akan menunjukkan kad traffic light untuk menentukan sama ada gambar yang
dipamerkan
i. Bersih (Kad Hijau)
ii. Tidak Bersih (Kad Merah)
Kesihatan Diri dan Reproduktif
6
Permainan ‘Boom’
1. Ahli kumpulan akan menyebut:
Mandi boom! Mandi boom! Mandi boom...Gosok Gigi boom!
2. Kumpulan yang dibom akan melakukan gaya kumpulan yang telah dibincang sebelum permainan bermula. 3. Kreativiti lakuan bergantung kepada ahli dalam setiap kumpulan.
Lampiran 1
Standard Kandungan : 2.1
1. Aktiviti ‘Identification Card’
i. Murid membentuk satu bulatan berlapis.
ii. Seorang murid dipilih sebagai model (berdiri di tengah-tengah
bulatan) dan memegang gambar-gambar situasi pelbagai sentuhan yang diterbalikkan.
iii. 4 buah kotak yang mengandungi kad warna hijau, kuning dan
merah bersedia untuk diedarkan.
iv. Kotak-kotak tersebut bergerak serentak apabila lagu dimainkan.
v. Pemegang kotak berdiri apabila lagu dihentikan.
2. Model menunjukkan gambar situasi pelbagai sentuhan.
3. Pemegang kotak akan mengeluarkan kad warna yang bersesuaian
dan jelaskan sebab kad warna itu dipilih.
Standard Kandungan : 2.1
i. Seorang murid dipilih untuk memegang kad peranan.
ii. Murid yang memegang kad peranan akan bertanya kepada
murid-murid lain di dalam kelas, “Boleh saya sentuh?”
iii. Murid-murid lain akan menjawab soalan tersebut dengan
jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
2. Sekiranya jawapan ‘Ya’
i. Murid yang memegang kad peranan akan memilih satu kad
soalan yang disediakan.
ii. Soalan seterusnya akan dikemukakan berdasarkan kad soalan,
“Boleh saya sentuh tangan?”
iii. Murid-murid lain akan menjawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
iv. Guru akan bertanya, “Mengapa ya?” atau “Mengapa tidak?”.
3. Sekiranya jawapan ‘Tidak’, giliran murid yang memegang kad peranan akan tamat dan digantikan dengan murid lain.
4. Setelah semua kad peranan telah dijawab, permainan akan dikira
tamat.
5. Perbincangan dan rumusan.
Standard Kandungan : 2.1
Standard Pembelajaran : 2.1.3 dan 2.1.4 Bahan Bantu Belajar : Klip video
Cadangan Aktiviti :
1. Tayangan klip video yang mempunyai kaitan dengan kes penculikan.
i. Bersoal jawab berkaitan kisah yang ditunjukkan dalam klip
video.
ii. Melakonkan dan menilai situasi yang memerlukan kemahiran
Standard Kandungan : 3.1
Standard Pembelajaran : 3.1.1 dan 3.1.2 Bahan Bantu Belajar : Botol ubat
Sarung ubat
Label preskripsi doktor Cadangan Aktiviti :
1. Bercerita tentang pengalaman demam atau sakit dan pengambilan
ubat.
2. Bersoal jawab tentang ubat, kepentingan ubat dan kepentingan
mematuhi preskripsi doktor.
3. Perbincangan tentang kotak atau botol yang mengandungi label
preskripsi doktor.
Sukatan yang perlu diambil
Kekerapan pengambilan ubat
Tarikh luput
Standard Kandungan : 3.1
Standard Pembelajaran : 3.1.3, 3.1.4 dan 3.1.5 Bahan Bantu Belajar : Risalah
Cadangan Aktiviti :
1. Permainan ‘Siapa Cepat Dia Menang’
i. Beberapa murid akan dipilih sebagai ketua dan diberi kad
gambar yang berlainan.
ii. Ketua akan disusun mengikut kedudukan seperti di Lampiran 1.
iii. Murid yang lain akan berada di tengah-tengah ruang dan
dibekalkan dengan kad pernyataan.
2. Apabila arahan mula diberikan, murid di tengah-tengah ruang akan
bergerak dan memadankan kad pernyataan dengan gambar yang dipegang oleh ketua di sekeliling.
3. Ketua kumpulan akan mengangkat kad hijau menunjukkan
Lampiran 1
Kad gambar dan pernyataan ‘Siapa Cepat Dia Menang’.
Standard Kandungan : 4.1
Standard Pembelajaran : 4.1.1 dan 4.1.2 Bahan Bantu Belajar : Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Secara berkumpulan murid berbincang untuk memilih ekspresi muka
bagi kumpulan masing-masing.
2. Permainan ekspresi muka yang menunjukkan perasaan mengikut
arahan guru secara spontan.
3. Bersoal jawab.
Contoh soalan:
i. Apakah yang menyebabkan seseorang itu berasa sedih?
ii. Bagaimanakah anda menunjukkan ekspresi sedih selain
daripada menangis?
iii. Apakah yang menyebabkan seseorang itu berasa gembira?
iv. Bagaimanakan anda menunjukkan ekspresi gembira selain
daripada tersenyum dan ketawa?
4. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan jelaskan mengapa anda memilih gambar
tersebut.
5. Rumusan.
Lembaran Kerja 1
Tandakan () pada ruang yang menunjukkan emosi bersesuaian dengan
gambar.
Bil. Gambar Emosi
Gembira Malu Sedih Takut Marah
1.
2.
3.
4.
16
Standard Kandungan : 4.1 Standard Pembelajaran : 4.1.3
Bahan Bantu Belajar : Kad gambar
Kotak misteri
Cadangan Aktiviti :
1. Bersoal jawab dengan murid tentang keperluan dan kehendak.
2. Murid mengambil kad gambar (Lampiran 1) daripada kotak misteri.
3. Murid melekatkan gambar mengikut kumpulan kehendak dan
keperluan.
4. Perbincangan murid dalam kumpulan tentang gambar-gambar yang
telah diklasifikasikan.
5. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2.
Lampiran 1
Kad Gambar
18
Lampiran 2
Gunting dan tampal gambar mengikut kumpulan kehendak dan keperluan
dalam lembaran kerja yang diberikan.
Lembaran Kerja 1
Tampalkan gambar mengikut kumpulan kehendak.
KEHENDAK
Pengurusan Mental dan Emosi
Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 2
Tampalkan gambar mengikut kumpulan keperluan.
KEPERLUAN
Standard Kandungan : 4.1 Standard Pembelajaran : 4.1.4 Bahan Bantu Belajar : Kad situasi
Cadangan Aktiviti :
1. Murid melakukan cara meminta keperluan dan kehendak dalam
kumpulan.
2. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang. Murid memainkan
peranan sebagai ‘anak’, ‘ibu’ dan ‘bapa’.
3. Murid akan melakonkan watak yang diberi iaitu watak anak yang
akan menyuarakan keperluan dan kehendak diri kepada ibu dan bapa.
4. Guru menetapkan pilihan keperluan dan kehendak setiap kumpulan
supaya tidak berlaku pertindihan pilihan yang sama antara kumpulan.
Contoh:
i. Hendak membeli buku
ii. Hendak permainan video
5. Perbincangan dan rumusan.
22
Standard Kandungan : 5.1
Standard Pembelajaran : 5.1.1 dan 5.1.2 Bahan Bantu Belajar : Poster
Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Bahagikan murid kepada 5 kumpulan.
i. Kumpulan ayah
ii. Kumpulan ibu
iii. Kumpulan adik
iv. Kumpulan kakak
v. Kumpulan abang
2. Setiap kumpulan diberi satu kad berwarna yang berlabel ‘ayah’, ‘ibu’,
‘adik’, ‘kakak’ dan ‘abang’.
3. Semua murid menyanyikan lagu ‘Sayang Semuanya’ (Lampiran 1).
4. Semasa menyanyikan lagu, apabila watak ‘ibu’ disebut salah seorang
murid yang memegang label ‘ibu’ dalam kumpulan itu tampil ke depan dan diikuti oleh murid yang memegang kad warna yang sama dengan label ‘ayah’, ‘adik’, ‘kakak’ dan ‘abang’.
5. Setelah semua murid berada dalam ‘keluarga’ masing-masing, setiap keluarga menceritakan peranan dan keistimewaan diri serta ahli keluarga.
Satu-satu saya sayang ibu
Dua-dua juga sayang bapa
Tiga-tiga sayang adik kakak
Satu dua tiga sayang semuanya
Satu-satu saya sayang ibu
Dua-dua juga sayang bapa
Tiga-tiga sayang adik kakak
Satu dua tiga sayang semuanya
24
Lembaran Kerja 1
Padankan peranan ahli keluarga.
Standard Kandungan : 5.1
1. Aktiviti main peranan berdasarkan gambar.
2. Murid berada dalam kumpulan kecil (mengikut kesesuaian).
3. Setiap kumpulan diberi gambar yang berlainan dan diminta membuat
perbincangan.
4. Setiap kumpulan melakonkan situasi berdasarkan gambar (Lampiran 1) yang diberi.
5. Soal jawab. Contoh soalan:
Bagaimanakah cara menghormati diri, ahli keluarga dan penjaga?
i. Memberi salam
ii. Bersalaman
iii. Membongkokkan badan semasa melintasi di hadapan orang
yang lebih tua
iv. Menghulurkan bantuan.
26
Lampiran 1
Standard Kandungan : 6.1
Standard Pembelajaran : 6.1.1 dan 6.1.2 Bahan Bantu Belajar : CD Lagu
Radio
Cadangan Aktiviti :
1. Edarkan lirik lagu “Keluarga Bahagia” (Lampiran1) dan menyanyi bersama-sama.
2. Murid bercerita tentang kepentingan hubungan berkekalan dalam
kalangan ahli keluarga berpandukan kad perkataan (Lampiran 2 atau gambar lain yang sesuai).
3. Edarkan Lembaran Kerja 1.
4. Gunting perkataan pada Lampiran 2 dan tampalkan pada Lembaran
Kerja 1.
28
Lampiran 1
Dengan penuh kasih sayang.
Korus:
Masa tidak menunggu kita,
Oleh itu janganlah leka,
Jangan menderhaka,
Pada orang tua.
(ulang
korus
)
Lampiran 2
Bapa
Ibu
Abang
Adik
Kakak
30
Lembaran Kerja 2
Tampal perkataan yang sesuai (Lampiran 2) pada ruangan yang disediakan.
Standard Kandungan : 6.1 Standard Pembelajaran : 6.1.3 Bahan Bantu Belajar : CD Lagu
Radio
Cadangan Aktiviti :
1. Menyanyikan lagu “Trek Tok Tok” mengikut melodi lagu “Trek Tek Tek”.
(Lampiran 1)
2. Bincangkan etiket perhubungan antara diri dengan ibu, bapa,
penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain.
3. Rumusan.
32
Lampiran 1
Trek Tok Tok
Bila masuk ke bilik ibu, Trek Tok Tok...
Ketuk pintu terlebih dahulu, Trek Tok Tok...
Jangan terus masuk melulu, Minta izin daripada ibu, Trek Tok Tok...
Abang saya ada basikal Trek Tok Tok...
Mohon izin sebelum guna Trek Tok Tok...
Kalau kita sentiasa berakal Baru jadi insan berguna Trek Tok Tok...
Jika kita pergi bermain Trek Tok Tok...
Main bersama-sama rakan Trek Tok Tok...
Jaga adab dalam pergaulan Agar tidak sesal kemudian Trek Tok Tok...
Ikut ayah ke pasar malam Trek Tok Tok...
Pegang tangan jangan lepaskan Trek Tok Tok...
Jangan ikut orang sembarangan Nanti hilang tidak ketahuan Trek Tok Tok...
Standard Kandungan : 6.1 Standard Pembelajaran : 6.1.4 Bahan Bantu Belajar : Klip video
Cadangan Aktiviti :
1. Tayangan klip video “Ajar Anak Anda Menjerit” atau bersesuaian
dengan topik situasi yang memerlukan kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak Selamat dan sentuhan tidak selesa.
2. Membuat sumbang saran berdasarkan situasi
i. individu yang tidak dikenali
ii. individu yang dikenali
iii. sentuhan Selamat
iv. sentuhan tidak Selamat
v. sentuhan tidak selesa
3. Melaporkan sentuhan yang tidak selemat dan sentuhan yang tidak
selesa kepada ibu, bapa, penjaga atau individu yang dipercayai.
34
Perhubungan
Hanya ibu dan doktor sahaja yang boleh menyentuh organ
genital untuk tujuan kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
Apabila melakukan pemeriksaan doktor, seseorang itu perlu
ditemani ibu atau jururawat yang bertugas.
Penerangan topik ini juga hendaklah mengambil kira aspek
sosiobudaya setempat.
Lembaran Kerja 1
Tandakan (√) bagi situasi yang memerlukan kemahiran berkata TIDAK.
Standard Kandungan : 7.1
Standard Pembelajaran : 7.1.1 dan 7.1.2 Bahan Bantu Belajar : Stiker
Cadangan Aktiviti :
1. Bersoal jawab tentang keadaan kesihatan murid.
2. Permainan ‘Antikuman’ (permainan seperti ‘Belatuk dan Belalang’).
3. Murid berada dalam 2 kumpulan
i. Merah (stiker penyakit batuk)
ii. Hijau (stiker penyakit selesema)
4. Murid yang dipilih akan memberi arahan dengan mengangkat kad
traffic light merah atau hijau.
5. Apabila kad merah diangkat, kumpulan hijau akan berlari dan
sebaliknya.
6. Murid yang mengejar akan cuba melekatkan stikernya pada pihak
lawan.
7. Murid yang berjaya melekatkan stiker pada rakan lain dikira sihat dan
akan keluar daripada permainan.
8. Di akhir permainan, murid yang mendapat stiker yang banyak
dianggap telah dijangkiti kuman.
9. Pemain yang mendapat paling banyak stiker akan melakonkan aksi
orang yang dijangkiti selesema dan batuk.
10. Perbincangan tentang maksud ‘kuman’ dan contoh cara kuman
merebak melalui air, udara, sentuhan, dan jarum suntikan.
11. Rumusan.
Sediakan kad-kad perkataan bagi menerangkan maksud
kuman.
Murid menyusun kad-kad menjadi ayat. (Lampiran 1)
i. Organisma halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. ii. Kuman menyebabkan pelbagai penyakit
Lampiran 1
a)
Kuman adalah organisma halus yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
b)
Kuman hanya dapat dilihat dengan menggunakan
mikroskop.
c)
Kuman adalah organisma yang berbahaya.
d)
Jika kita dijangkiti kuman, kita akan jatuh sakit.
Standard Kandungan : 7.1
Standard Pembelajaran : 7.1.3, 7.1.4 dan 7.1.5 Bahan Bantu Belajar : Jigsaw puzzle
Kad imbasan
Cadangan Aktiviti :
1. Bersoal jawab tentang cara kuman merebak.
i. Air
ii. Udara
iii. Makanan yang terdedah
iv. Sentuhan
v. Jarum suntikan
2. Edarkan jigsaw puzzle (Lampiran 1) kepada setiap kumpulan.
3. Berdasarkan gambar jigsaw puzzle, murid menceritakan tentang cara
mengelak kuman merebak.
4. Padankan kad imbasan (Lampiran 2) yang mengandungi kesan
kepentingan mencegah kuman pada papan tulis.
5. Rumusan.
38
Lampiran 1
Lampiran 2
40
Standard Kandungan : 8.1 Standard Pembelajaran : 8.1.1 Bahan Bantu Belajar : Klip video
Kad situasi
Cadangan Aktiviti :
1. Tayangan klip video atau tunjuk kad situasi berkaitan keselamatan diri.
2. Perbincangan tentang situasi selamat dan situasi tidak selamat
berdasarkan tayangan klip video atau kad situasi yang ditunjukkan.
3. Pembentangan hasil dapatan dalam bentuk peta minda.
4. Perbincangan dan rumusan.
Keselamatan
Borang kaji selidik akan dibawa pulang oleh setiap murid
untuk dilengkapkan di rumah dengan bantuan ibu bapa.
Perbincangan dalam kumpulan selepas dapatan kaji
selidik dikumpulkan.
Lampiran 1
Contoh Kad Situasi
42
Orang yang tidak dikenali
memperkenalkan diri sebagai
rakan ibu atau bapa.
Orang itu ingin menghantar anda
pulang ke rumah dengan alasan
berlaku kemalangan di rumah.
Guru membimbing murid supaya bertanya soalan seperti:
i. Siapakah nama ibu saya?
ii. Siapakah nama ayah saya?
iii. Berapakah nombor telefon ibu atau ayah saya?
Standard Kandungan : 8.1 Standard Pembelajaran : 8.1.2
Bahan Bantu Belajar : Borang Kaji Selidik
Cadangan Aktiviti :
1. Mengisi borang kaji selidik.
Nama : ______________________________
Kelas : ______________________________
Arahan : Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan.
A. Situasi Di Rumah
Selamat Tidak Selamat
1. Orang yang tidak dikenali mengetuk
pintu rumah.
2. Juru jual mempromosi barang jualan
ke rumah anda.
3. Rakan mengajak anda keluar tanpa
pengetahuan ibu bapa.
4. Orang yang dikenali ingin memasuki
rumah tanpa kehadiran ibu bapa.
B. Situasi Di Sekolah
Selamat Tidak Selamat
1. Orang yang tidak dikenali ingin
menghantar anda balik ke rumah.
2.
Orang yang dikenali selain keluarga asas di rumah ingin menghantar anda balik ke rumah.
3. Rakan mengajak anda pergi ke suatu
tempat terpencil untuk berbincang.
4. Murid lain mengajak anda keluar
kelas tanpa pengetahuan guru.
C. Situasi Di Taman Permainan
Selamat Tidak Selamat
1. Orang yang tidak dikenali
menghampiri tempat anda bermain.
2.
Orang yang tidak dikenali
menawarkan makanan semasa bermain.
3. Orang yang dikenali cuba untuk
mengajak anda pergi ke tempat lain.
4. Orang yang dikenali menawarkan
makanan kesukaan anda.
44
D. Situasi Di Tempat Awam
Selamat Tidak Selamat
1. Orang yang tidak dikenali cuba
menarik anda ke tempat lain.
2.
Orang yang dikenali memaksa anda untuk mengikutnya tanpa
pengetahuan ibu bapa.
3.
Orang yang dikenali memaksa anda keluar dari kenderaan tanpa
pengetahuan ibu bapa.
4. Anda berkeliaran jauh dari ibu bapa
semasa membeli-belah.
Arahan : Tandakan (√) atau (X) pada ruangan yang disediakan.
Sekiranya situasi tidak selamat berlaku pada diri saya, saya akan...
Memberitahu ibu bapa Memberitahu guru
Memberitahu rakan baik Mengikut orang yang tidak
dikenali
Bertegur sapa dengan orang
yang tidak dikenali Lari ke arah ibu bapa
Menangis Menjerit meminta tolong
Mengambil makanan yang diberikan
Menggigit tangan orang yang cuba mengganggu
Standard Kandungan : 8.1
Standard Pembelajaran : 8.1.3 dan 8.1.4 Bahan Bantu Belajar : Kad perkataan
Gambar
Cadangan Aktiviti :
1. Murid diberi kad perkataan ‘buli’, ‘pembuli’ dan ‘mangsa buli’.
2. Perbincangan dalam kumpulan berkaitan maksud ‘buli’, ‘pembuli’
dan ‘mangsa buli’.
3. Murid memberi respons dengan mengangkat kad ‘pembuli’ atau
‘mangsa buli’ berdasarkan gambar yang ditunjukkan (Lampiran 1).
4. Perbincangan berkaitan kesan perbuatan buli.
5. Murid main peranan dalam kumpulan bertiga untuk berkata ‘TIDAK’ kepada pembuli.
46
Standard Kandungan : 9.1
Standard Pembelajaran : 9.1.1 dan 9.1.2 Bahan Bantu Belajar : Replika makanan
Bekas kosong
Cadangan Aktiviti :
1. Bahagikan murid mengikut kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan diberi bekas kosong.
3. Murid mengambil satu jenis makanan atau replika makanan secara
bergilir dan memasukkan ke dalam bekas (Lampiran 1).
4. Perbincangan berkaitan kepentingan pengambilan makanan yang
berkhasiat.
5. Rumusan.
Lampiran 1
48
Pemakanan
Bekas
Bekas
Bekas
Bekas
Standard Kandungan : 9.1 Standard Pembelajaran : 9.1.3
Bahan Bantu Belajar : Borang Kaji Selidik
Cadangan Aktiviti :
1. Borang kaji selidik diberi kepada setiap murid dalam kumpulan bertiga
(Lampiran 1).
2. Melawat kantin sekolah.
i. Meninjau situasi di kantin.
ii. Meninjau makanan yang dihidang.
iii. Meninjau kebersihan kantin dan pekerja.
3. Perbincangan dalam kumpulan selepas lawatan.
4. Pembentangan hasil dapatan dalam bentuk peta minda.
5. Perbincangan.
Lampiran 1 Borang Kaji Selidik
Nama Ahli Kumpulan :
1. __________________________________
2. __________________________________
3. __________________________________
Tidak bersih Bersih Sangat bersih
1. Kebersihan kantin 2. Pakaian pekerja kantin
3. Bekas menyimpan
makanan
Pada pendapat saya, makanan dan minuman perlu ditutup kerana ________
__________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________
50
Standard Kandungan : 10.1
Standard Pembelajaran : 10.1.1, 10.1.2 dan 10.1.3 Bahan Bantu Belajar : CD
Pemain CD
Cadangan Aktiviti :
1. Guru bunyikan siren ambulans, polis dan bomba.
2. Bersoal jawab apabila kita akan hubungi ambulans, polis dan bomba.
Edarkan Lembaran Kerja 1.
3. Berikan kad situasi kecemasan.
4. Bincangkan tindakan yang akan diambil oleh murid dalam situasi yang
ditunjukkan (Lampiran 1).
5. Murid melakonkan situasi dengan bimbingan guru.
6. Rumusan.
Lampiran 1
Selimut terbakar disebabkan lingkaran ubat nyamuk.
Lakonkan tindakan anda.
Kaki terseliuh kerana tergelincir. Lakonkan tindakan anda.
Kaki luka dan berdarah. Lakonkan tindakan anda.
Terpisah daripada ibu bapa semasa membeli-belah.
Lakonkan tindakan anda.
52
Lembaran Kerja 1
Siapakah yang perlu kita minta bantuan apabila berlaku kecemasan.
Bulatkan jawapan yang betul.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8, BLOK E 9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA