• Tidak ada hasil yang ditemukan

EasyChair Preprint. Conceptual Framework of Learning Organizations in Vocational College

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "EasyChair Preprint. Conceptual Framework of Learning Organizations in Vocational College"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

EasyChair Preprint

№ 5945

Conceptual Framework of Learning

Organizations in Vocational College

Ahzan Salvina Wati Ahmad, Jamal Nordin Yunus and

Zahari Hashim

EasyChair preprints are intended for rapid dissemination of research results and are integrated with the rest of EasyChair.

(2)

KERANGKA KONSEPTUAL ORGANISASI PEMBELAJARAN

DI KOLEJ VOKASIONAL

AHZAN SALVINA WATI AHMAD

1

JAMAL @ NORDIN YUNUS

(Phd)2

ZAHARI HASHIM

(Phd)3 1Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

ahzansalvina78@gmail.com

2Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

jamal@fpe.upsi.edu.my

3Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

zahari@fpe.upsi.edu.my

ABSTRAK

Konsep organisasi pembelajaran di Kolej Vokasional adalah satu usaha berterusan untuk mengembangkan proses pembelajaran dalam kalangan pensyarah dan prosesnya kini diterima oleh banyak pihak sebagai keperluan persaingan dalam persekitaran yang tidak dapat dijangkakan. Kolej Vokasional semakin dicabar kerana telah diartikulasikan secara meluas bahawa penciptaan pengetahuan dan pembelajaran berterusan pada tahap individu, pasukan, dan organisasi adalah satu-satunya sumber kelebihan daya saing yang mampan. Masa depan Kolej Vokasional tidak akan dapat berkembang seiring dengan perkembangan semasa dalam mempersiapkan pelajar untuk dapat memasuki pekerjaan di industri kecuali semua pensyarah mempunyai kerangka kerja yang koheren berdasarkan Model Pembelajaran Organisasi oleh Peter Senge yang dijadikan landasan bagi memantapkan pengetahuan dan idea untuk meningkatkan keupayaannya. Walau bagaimanapun, kerangka kerja di Kolej Vokasional harus menetapkan garis panduan untuk membina organisasi pembelajaran di kalangan pensyarah di Kolej Vokasional untuk mempersiapkan dan meningkatkan tahap organisasi pembelajaran di kalangan pensyarah di Kolej Vokasional. Kertas konsep ini mencadangkan arah yang jelas dalam merancang, melaksanakan dan menilai keperluan pendidik dalam usaha mengubah Kolej Vokasional menjadi organisasi pembelajaran yang berjaya. Untuk meneroka dan mengesahkan kesesuaian model yang dicadangkan dengan sampel yang dipilih, penyelidik juga mencadangkan agar kaedah analisis statistik Exploratory Factor Analysis (EFA) dan Confirmatory Factor Analysis (CFA) digunakan untuk mengesahkan model organisasi pembelajaran yang dicadangkan di Kolej Vokasional.

(3)

1. PENGENALAN

Kata kunci yang popular dalam dunia pendidikan pada masa kini ialah Pendidikan 4.0. Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan 4.0? Adakah pensyarah di Kolej Vokasional benar-benar memahami Pendidikan 4.0 atau mereka hanya mengikuti apa yang dilakukan oleh organisasi yang lain? Bagi memahami Pendidikan 4.0, penting untuk memahami Revolusi Perindustrian (IR) 4.0. Teknologi baru yang berkembang dengan pantas secara eksponensial dan tidak ada sejarah sebelumnya menandakan permulaan evolusi, sehingga dipanggil teknologi yang terkini (Hussin, Anealka, 2018). Kemajuan ini dipimpin oleh kemunculan kecerdasan pembuatan , robotik, internet of things, kenderaan autonomous, bio dan nanoteknologi, percetakan 3-D, sains bahan, pengkomputeran kuantum dan tenaga simpanan (Diwan, 2017). IR 4.0 tidak hanya mempengaruhi perniagaan, kerajaan dan masyarakat, tetapi juga mempengaruhi pendidikan yang juga dikenali sebagai Education 4.0. Begitu juga dengan Transformasional Pendidikan TVET (2012) yang berlaku di Malaysia adalah untuk meningkatkan keupayaan institusi dan sistem TEVT untuk terus kekal kompetitif dalam suasana pasaran yang sentiasa berubah. (Padzil, A. S. N. A., Hamzah, R., & Udin, A., 2011). Oleh yang demikian, pensyarah di Kolej Vokasional mesti belajar lebih pantas daripada sebelumnya dan mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang terkini. Kolej Vokasional perlu melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk berjaya dalam masa depan yang tidak menentu dan sentiasa berubah. Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan Kolej Vokasional kelihatan sama seperti generasi yang lalu maka, pensyarah perlu mengembangkan pedagogi dan amalan yang diperlukan untuk memenuhi pelbagai keperluan pelajar abad ke-21 (Schleicher, 2018), Dalam konteks ini, Kolej Vokasional harus dilihat sebagai organisasi pembelajaran, yang di anggap ideal untuk menangani perubahan persekitaran luaran, untuk mengurus perubahan organisasi, inovasi serta keberkesanannya (Kools & Stoll, 2016). Seiring dengan dunia industri yang semakin berkembang, pensyarah di Kolej Vokasional harus digalakkan untuk memperluaskan ilmu dan kemahiran (Ahmad, Mohd & Jalani, Noor Hisham & Hasmori, Annas, 2015). Organisasi pembelajaran dikembangkan untuk mendorong dan mamaksimumkan pembelajaran pada tahap individu, berpasukan dan organisasi (Dadang Hartanto, 2020). Pembelajaran pada tahap individu berlaku apabila mereka belajar secara bersendirian. Manakala pada tahap berpasukan pula, keterlibatan ahli akan berkembang dengan lebih ramai kerana mereka memerlukan kemahiran yang dipunyai pada ahli pasukan yang lain. Begitu juga dengan tahap organisasi, kesemua ahli dalam organisasi akan terlibat dalam proses pembelajaran.

(4)

2. ORGANISASI PEMBELAJARAN : KAJIAN LITERATUR

Konsep organisasi pembelajaran mula mendapat perhatian pada akhir 1980-an. Secara amnya organisasi pembelajaran adalah dipersetujui sebagai satu keperluan dan sesuai untuk mana-mana organisasi berkenaan dengan kemampuan pembelajaran organisasi yang menjadi satu-satunya kelebihan daya saing yang mapan di masa depan. Konsep yang boleh digunakan untuk penjelasan yang lebih lengkap, pemahaman dan aplikasi yang lebih luas dalam pengurusan organisasi moden adalah teori organisasi pembelajaran (Senge P., 2014). Sebilangan besar sarjana melihat organisasi pembelajaran sebagai konsep pelbagai peringkat yang melibatkan tingkah laku individu, kerja berpasukan dan amalan serta budaya menyeluruh organisasi (Kools & Stoll, 2016). Tujuan pembelajaran bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli dalam organisasi tetapi juga pengembangan dan pertumbuhan organisasi dan membina organisasi pembelajaran dinamik yang fleksibel (Saadat, Vajiheh & Saadat, Zeynab, 2016). Organisasi pembelajaran memberikan peluang untuk pensyarah bagi mendapatkan pengetahuan yang betul pada masa yang tepat yang bersesuaian dengan lokasi pembelajaran untuk kekal bersaing (Hussein, Norashikin & Mohamad, Amnah & Noordin, Fauziah & Amir Ishak, Noormala, 2014). Organisasi pembelajaran akan mengurangkan jurang terhadap pengetahuan, kemahiran dan kebolehan (Doyle, Alaina & Johnson, Karen, 2019). Bagi membolehkan Kolej Vokasional menjadi organisasi pembelajaran, organisasi perlu mengenal pasti kecekapan mana yang diperlukan untuk mencapai prestasi organisasi secara optimum (Sayed & Edgar, 2019). Organisasi akan sentiasa menerima maklumat bagi memajukan diri tanpa mengira sempadan dan ruang dalam organisasi (Jamal, 2020). Kajian yang dilakukan oleh Julia. C, Marinah & Mahaliza (2020) menunjukkan bahawa organisasi pembelajaran dapat mendorong kepada pembangunan tingkahlaku kerja inovatif. Kesannya kepada institusi TVET akan berlakunya pembentukan pengetahuan yang baru yang akan membantu kepada budaya kompetetif. Organisasi yang dapat memperkenalkan penyelesaian yang kreatif terhadap sesuatu masalah melalui satu elemen yang terdapat dalam organisasi pembelajaran iaitu pembelajaran berpasukan akan memberikan peluang kepada organisasi kemampuan untuk beradaptasi dengan dunia luar (Monika, J. 2020).

(5)

3. MODEL ORGANISASI PEMBELAJARAN SENGE (2009)

Senge (2006) menerangkan maksud organisasi pembelajaran sebagai sebuah organisasi yang keseluruhan ahli dalam organisasi berterusan meningkatkan keupayaan yang hendak mereka ciptakan atau wujudkan secara kolektif. Senge mencadangkan lima disiplin iaitu pemikiran bersistem. kecekapan kendiri, model mental, perkongsian wawasan, pembelajaran berpasukan dan

3.1 PEMIKIRAN BERSISTEM

Keupayaan untuk melihat gambaran yang lebih besar, untuk melihat hubungan antara sistem dan bukannya daripada satu pandangan sahaja. Pemikiran bersistem adalah disiplin utama yang berfungsi sebagai pelengkap dalam membina organisasi pembelajaran. Ia mengintegrasikan empat disiplin lain tetapi juga memerlukan kelebihan disiplin yang lain juga. Oleh itu, pemikiran bersistem membawa kelebihannya yang tersendiri di samping memberikan kelebihan kepada disiplin yang lain juga (Park, Joo., 2008).

3.2

KECEKAPAN KENDIRI

Ini adalah disiplin yang berterusan menjelaskan dan memperdalam visi peribadi, memfokuskan pada diri individu, mengembangkan keupayaan, dan melihat realiti secara objektif. Ahli dalam sesebuah organisasi perlu mempunyai tahap kecekapan kendiri yang tinggi serta mempunyai keinginan untuk belajar bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan dari pelbagai sudut. Organisasi pula perlu menyediakan capaian bagi memastikan proses pembelajaran yang diperlukan oleh ahli dalam organisasi berjalan lancar serta menyediakan platform kepada mereka mengaplikasikan pengetahuan dan kepakaran mereka.

(6)

3.3

MODEL MENTAL

Ianya adalah andaian yang mendalam , generalisasi, atau malah gambaran yang mempengaruhi bagaimana kita memahami sesuatu dan bagaimana kita mengambil tindakan. Ahli dalam sesebuah organisasi mampu membentuk konsep dan kefahaman yang diperolehi mereka melalui pembacaan dan pengamatan masing-masing terhadap kerja-kerja mereka. Dalam masa yang sama mereka menghargai konsep dan kefahaman ahli-ahli lain yang terdapat dalam organisasi. Melalui model mental membolehkan ahli-ahli berfikir secara terbuka yang membolehkan mereka “unlearn” dan “relearn.

3.4

PERKONGSIAN WAWASAN

Keupayaan untuk memahami gambaran masa depan yang kita kehendaki. Melalui perkongsian wawasan ianya dapat mengembangkan gambaran bersama tentang masa depan. Perkongsian wawasan memiliki kekuatan untuk peningkatan dengan mendorong kepada eksperimen serta inovasi. Perkongsian wawasan juga mendorong perspektif secara jangka panjang. Oleh itu, apa yang diperlukan adalah menghasilkan visi yang berkesan dan berkemampuan untuk terjemahkan sebuah visi ke dalam tingkahlaku yang jelas.

3.5

PEMBELAJARAN BERPASUKAN

Proses penjajaran dan mengembangkan keupayaan pasukan untuk mencipta hasil (outcomes). Pembelajaran secara berpasukan adalah lebih baik jika dibandingkan pembelajaran secara individu. Ini adalah kerana kecerdasan fikiran secara berpasukan berada pada tahap yang tertinggi kerana ianya dilakukan melalui aktiviti perbincangan serta sesi dialog. Pembelajaran berpasukan merupakan faktor yang terpenting bagi organisasi pembelajaran

.

(7)

4.

KERANGKA KONSEPTUAL ORGANISASI PEMBELAJARAN DI

KOLEJ VOKASIONAL

Kertas konsep ini mencadangkan pembentukan kerangka konseptual organisasi pembelajaran di Kolej Vokasional dengan menggunakan Model Organisasi Pembelajaran oleh Senge (2006) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Pemilihan model organisasi pembelajaran ini kerana ianya yang paling popular dan melangkaui model-model organisasi pembelajaran yang lain. Kajian (Park, Joo., 2008) untuk pengesahan model organisasi pembelajaran di Vocational High School, Seoul, analisis EFA (Exploratory Factor Analysis) menunjukkan model tersebut adalah fit dengan data yang dicerap. Kajian di institusi TVET yang menggunakan model organisasi pembelajaran oleh Senge turut dilakukan oleh Guruge, R., & Arunathileka, S. (2008) di Sri Lanka. Dapatan kajiannya menunjukkan bahawa organisasi pembelajaran dapat diimplementasikan dan dapat diuruskan dengan baik di institusi TVET. Kajian-kajian sebelum ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk membina kerangka konseptual organisasi pembelajaran dengan pemilihan sampel yang terdiri daripada pensyarah di Kolej Vokasional, Malaysia

Rajah 1: Cadangan Kerangka Konseptual Organisasi Pembelajaran Senge (2006)

.

Kerangka konseptual organisasi moden seperti organisasi pembelajaran, memang, sering dikemukakan sebagai model normatif baru untuk menguruskan organisasi pada hari ini atau sebagai mewakili paradigma baru yang

(8)

dikenalpasti akan menguasai pemikiran dan amalan di masa depan (Nyhan, B. & Kelleher, Michael & Cressey, Peter & Poell, Rob, 2003).

Bagi proses mengimplementasikan organisasi pembelajaran di Kolej Vokasional memerlukan kepada perubahan kognitif. Pensyarah Kolej Vokasional perlu memahami dan mempunyai kesediaan untuk menerima ciri-ciri organisasi pembelajaran dalam usaha untuk mendapatkan pengetahuan yang berkualiti. Kualiti pengetahuan dan amalan yang baru hanya akan berlaku sekiranya terdapat perubahan tingkahlaku (Senge, 2014). Konsep organisasi pembelajaran memerlukan kepada keupayaan pembelajaran organisasi dalam membangunkan kemampuan individu atau organisasi dan juga mengubah paradigma “person-job fit” kepada “person-organisation job” (Muh Said M.M, Suradi & Tahmir, 2016). Isu ini menjadi tanggungjawab Pengarah Kolej Vokasional.

Mereka perlu memberikan tunjukajar yang bersesuaian dan memotivasikan pensyarah kearah implementasi organisasi pembelajaran yang efektif dan efisien (Schutte, Nico & Barkhuizen, Emmerentia, 2018).

Kolej Vokasional memerlukan satu kerangka konseptual yang boleh dijadikan panduan untuk mengukur implementasi organisasi pembelajaran. Ini adalah kerana sebagai sebuah organisasi yang mempunyai visi dan misi untuk di capai, Kolej Vokasional harus memainkan peranannya sebagai pengeluar pelajar yang mempunyai kemahiran yang sesuai dengan situasi semasa. Jika ini tidak berlaku, maka Kolej Vokasional akan kehilangan fungsi tersebut dan mungkin akan digantikan dengan organisasi yang lain (Mutmainatul, 2018) Seterusnya, untuk kekal bersaing dengan organisasi yang lain, Kolej Vokasional perlu mewujudkan iklim dan budaya yang sesuai dengan keadaan semasa supaya para pensyarah dapat disokong untuk menjaya organisasi pembelajaran. Ini pastinya akan memberikan keyakinan kepada ibu bapa pelajar, komuniti atau pemegang taruh yang lain kerana pensyarah Kolej Vokasional mempunyai keupayaan untuk memberikan kemahiran, pengetahuan dan amalan sikap yang sentiasa ditambahbaik.

(9)

5.

KESIMPULAN

Organisasi pembelajaran seharusnya mendapat perhatian yang sewajarnya. Pensyarah Kolej Vokasional yang secara berterusan belajar dan memperoleh pengetahuan yang baru dan berkualiti akan dapat memberikan implikasi dari segi teori dan praktikal. Menyedari realiti sebenar yang harus berlaku di Kolej Vokasional, elemen yang terdapat dalam Model Organisasi Pembelajaran oleh Senge (2006) boleh dijadikan panduan. Pada masa yang sama, model tersebut diharapkan berupaya menyumbang kepada “badan ilmu” (body lof knowledge) dalam bidang pengurusan pendidikan dan kepimpinan pendidikan. Bagi mengesahkan konstruk-konstruk yang terdapat dalam model organisasi pembelajaran oleh Senge (2006), secara stratistik melalui Exploratory Factor Analysis (EFA) dan Confirmatory Factor Analysis (CFA) adalah perlu bagi meninjau sejauh mana penaakulan yang diketengahkan adalah tepat dengan realiti yang sebenar di Kolej Vokasional.

RUJUKAN

Abd Rani, Nurul Sahadila & Izham, Mohd. (2020). Indicator of change management: learning organization and strengthening process. Malaysian Journal of Society and Space. 16. 10.17576/geo-2020-1602-04.

Ahmad, Mohd & Jalani, Noor Hisham & Hasmori, Annas. (2015). TEVT di Malaysia: Cabaran dan Harapan.

Dadang Hartanto (2020), Pentingnya Organisasi Bertahan Melalui Organisasi Pembelajaran, Pros. SemNas. PeningkatanMutuPendidikanVolume 1, Nomor 1, Januari 2020 Halaman 578-585 E-ISSN: 2745-5297.

Doyle, Alaina & Johnson, Karen. (2019). A Revisit of the Learning Organisation: Is It Time?. Journal of Information & Knowledge Management. 18. 1950030. 10.1142/S0219649219500308.

Diwan, P. (2017). Is Education 4.0 An Imperative For Success Of 4th Industrial Revolution? Accessed from

https://medium.com/@pdiwan/is-education-4-0-an-imperative-for-success-of-4th-industrial-revolution-50c31451e8a4

Guruge, R., & Arunathileka, S. (2008). Modeling TVET Institutes as Learning Organizations. 2008 4th International Conference on Information and Automation for Sustainability. doi:10.1109/iciafs.2008.4783936

Hussin, Anealka. (2018). Education 4.0 Made Simple: Ideas For Teaching. International Journal of Education and Literacy

Studies. 6. 92. 10.7575/aiac.ijels.v.6n.3p.92.

Hussein, Norashikin & Mohamad, Amnah & Noordin, Fauziah & amir ishak, Noormala. (2014). Learning Organization and its Effect On Organizational Performance and Organizational Innovativeness: A Proposed Framework for Malaysian Public Institutions of Higher Education. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 130. 299-304. 10.1016/j.sbspro.2014.04.035.

Jamal Yunus (2020), Hubungan Budaya Organisasi dan Organisasi Pembelajaran : Perbandingan Berdasarkan Gender ), Management Research Journal Vol 9, No 1 (2020)

Jasińska, Monika. (2020). Synergy - an enhancement of learning organisations undergoing a change. Entrepreneurship and Sustainability Issues. 7. 1902-1920. 10.9770/jesi.2020.7.3(31).

(10)

Kools, Marco & Gouëdard, Pierre & George, Bert & Steijn, Bram & Bekkers, Victor. (2019). The relationship between the school as a learning organisation and staff outcomes: A case study of Wales. European Journal of Education. 54. 426-442. 10.1111/ejed.12355.

Monika, J. (2020) Synergy-An Enhancement of Learning Organisation Undergoing A Change, Enterpreneurship and Sustainability Issues. ISSN 2345-0282 (online) http://jssidoi.org/jesi/2020 Volume 7 Number 3 (March)

http://doi.org/10.9770/jesi.2020.7.3(31)

Muh Said M.M, Suradi & Tahmir, (2016) Learning Organization Models, Mediterranean Journal of Social Sciences, MCSER Publishing, Rome-Italy. Vol 7 No 2 S1 March 2016ISSN 2039-2117 (online), ISSN 2039-9340 (print)

Mutmainatul (2018), Analisis Peran Kepimpinan Dalam Organisasi Belajar, Jurnal Inovasi Pendidikan MH. Thamin, Vol 2; Maret 2108

Nyhan, B. & Kelleher, Michael & Cressey, Peter & Poell, Rob. (2003). Facing up to the learning organisation challenge: Key issues from a European perspective.

Padzil, A. S. N. A., Hamzah, R., & Udin, A. (2011). Pendidikan PTV dalam membangunkan tenaga manusia berminda kelas pertama. Journal of Edupres, 1(September), 279–286.

Park, Joo. (2008). Validation of Senge's learning organization model with teachers of vocational high schools at the Seoul Megalopolis. Asia Pacific Education Review. 9. 270-284. 10.1007/BF03026716.

Saadat, Vajiheh & Saadat, Zeynab. (2016). Organizational Learning as a Key Role of Organizational Success. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 230. 10.1016/j.sbspro.2016.09.028.

Sarv, Ene-Sivia. (2020). Estonian School Culture – Endeavor for Learning Organisation. 10.22364/bahp-pes.1990-2004.12. Schleicher, A. (2018). World class: How to build a 21st‐century school system. Paris, France: OECD Publishing.

Schutte, Nico & Barkhuizen, Emmerentia. (2018). Creating Public Service Excellence applying Learning Organisation Methods: The role of Strategic Leadership. Journal of International Cooperation and Development. 1. 1. 10.36941/jicd-2018-0001.

Senge, P. M. (2006). The fifth discipline: The art and practice of the learning organization: Broadway Business

Senge, P.M. 2014. The fifth discipline fieldbook: Strategies and tools for building a learning organization, Crown Business, New York.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam hal ini sulit terjadi dalam praktiknya karena dalam penjualan jumlah besar akan ada potongan- potongan tertentu, baik yang diterima maupun diberikan perusahaan,

Pada alat ini juga dilengkapi dengan pengaturan frekuensi mati sehingga jika terjadi hubung singkat atau beban lebih sebanyak frekuensi mati yang telah ditentukan maka listrik

bahasan dalam penelitian ini adalah Bagaimana penyelesaian hukum yang dapat dilakukan oleh Pemerintah jika terjadi sengketa dalam pelepasan hak milik atas tanah untuk

Motif di atas merupakan hasil dari jawaban informan yang menunjukan bahwa motif informan sebagai role-player di social networking Twitter dalam melakukan interaksi

Dari hasil yang telah diperoleh maka dapat disimpulkan bahwa keaktifan siswa berpengaruh positif dan signifikan terhadap prestasi belajar mata pelajaran akuntansi mengelola

Subandi (2003) lebih lanjut menjelaskan, pandangan hidup, kesadaran dan cita-cita hukum serta cita-cita moral luhur yang meliputi suasana jiwa serta watak dari

Cinta melakukan pengorbanan dengan mengejar Rangga ke bandara ( scene film AADC ) dan mengejar Rangga ke New York ( sceen film AADC 2 ). Hal yang didapatkan Cinta

Dengan kontribusi tersebut tidak diragukan lagi bahwa remitansi internasional merupakan sumber dana penting bagi pembangunan negara berkembang penerima remitansi karena selain