• Tidak ada hasil yang ditemukan

KBS bekerjasama dengan Insken bangunkan usahawan bumiputera

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KBS bekerjasama dengan Insken bangunkan usahawan bumiputera"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KBS bekerjasama dengan Insken

bangunkan usahawan bumiputera

PUTRAJAYA 9 Mei – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Institut Keusahawanan Negara (Insken) bagi bekerjasama membangunkan usahawan dalam kalangan belia Bumiputera.

Menterinya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, kerjasama itu selaras dengan langkah strategik KBS untuk terus meningkatkan keupayaan usahawan belia daripada tahap mikro ke peringkat industri kecil dan sederhana (IKS).

Usahawan belia tahap mikro bermaksud mereka yang mempunyai nilai jualan tahunan RM300,000 ke atas atau mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang pekerja, katanya.

“Pembangunan usahawan merupakan agenda nasional, iaitu bukan hanya tentang tumbesaran ekonomi yang dapat dijana usahawan tetapi peluang pekerjaan yang dibina, tahap kreativiti serta prinsip keusahawanan yang dapat disemai,” katanya semasa perasmian Konvensyen Youth Entrepreneurs Network (YEN) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian Datuk Lokman Hakim Ali.

Insken berperanan sebagai sebuah pusat kecemerlangan pembangunan keusahawanan yang menyelaras dan memudah cara latihan dan pembangunan keusahawanan dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan yang berdaya maju, mampan, dan lestari. Diletakkan di bawah seliaan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) Jabatan Perdana Menteri, Insken melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan berusaha menyediakan program inovatif yang berasaskan keperluan industri dan dipacu usahawan untuk mencapai objektifnya.

(2)

Mengenai YEN, Khairy berkata penganjuran julung kali itu bertujuan mewujudkan platform kepada usahawan belia bagi menjalinkan rangkaian perhubungan perniagaan antara satu sama lain melalui pameran, jualan dan sesi perkongsian kejayaan dan sebagai permulaan, ia hanya memberi fokus kepada usahawan di sekitar Lembah Klang.

Majlis itu juga menyaksikan seramai 28 usahawan belia Bumiputera diberikan sijil pengiktirafan kerana berjaya dalam perniagaan masing-masing dan mencapai tahap usahawan IKS. – BERNAM – S e e m o r e a t : http://m.utusan.com.my/bisnes/usahawan/kbsbekerjasamadengani n s k e n b a n g u n k a n u s a h a w a n -bumiputera-1.320425#sthash.v2MFmgFc.MVo2YGBv.dpuf S e e m o r e a t : http://m.utusan.com.my/bisnes/usahawan/kbsbekerjasamadengani n s k e n b a n g u n k a n u s a h a w a n -bumiputera-1.320425#sthash.v2MFmgFc.MVo2YGBv.dpuf

Festival Belia Kelantan 2016

berjaya tarik ribuan belia

(3)
(4)
(5)

Siaran Media : MBM mengajak

Generasi Muda raikan HBN2016

SIARAN MEDIA

MBM MENGAJAK GENERASI MUDA SERTAI DAN MERAIKAN SAMBUTAN HARI DAN MINGGU BELIA NEGARA 2016

Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan jutaan penghargaan kepada kerajaan di atas pengiktirafan terhadap Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. Hari Belia Negara merupakan komitmen kerajaan untuk belia seluruh negara dan simbol kerajaan mengiktiraf dan menyedari peranan belia dalam usaha membuat transformasi dalam masyarakat.

Pada tahun ini, sambutan Hari Belia Negara akan diadakan di Universiti Putra Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada pendekatan Strategi Lautan Biru bersama universiti dan golongan mahasiswa. Walaupun penganjuran tahun ini dalam skala sederhana, namun MBM percaya ia tetap meriah dengan penyertaan generasi muda khususnya dalam kalangan mahasiswa. Bertemakan “The Future Is Now” sebagai salah satu pendekatan baharu sempena HBN kali ini adalah bertujuan mendekati golongan mahasiswa.

Kementerian Belia dan Sukan dengan sokongan MBM turut mengambil inisiatif proaktif bagi memastikan sambutan Hari Belia Negara 2016 juga dirasai di seluruh negara dengan menganjurkan Minggu Belia yang bermula dari 9 hingga 14 Mei 2016.

Justeru, MBM mengajak seluruh belia dan organisasi belia di semua peringkat menggerakkan generasi muda untuk sama-sama

(6)

menjayakan Hari Belia Negara 2016 melalui aktiviti-aktiviti yang telah diatur antaranya :

1) JAMBOREE SUKAN, REKREASI DAN CABARAN

Tarikh : 6 – 8 Mei 2016

Tempat : Ulu Slim, Slim River, Perak

Perasmian oleh : YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia

pada 7 Mei 2016 (Sabtu) jam 9.00 pagi.

2) PROGRAM MYVOC CERIA KOMUNITI SEMPENA HARI DAN MINGGU BELIA NEGARA 2016

Tarikh : 7 hingga 8 Mei 2016

Tempat : Seluruh negara (Ditentukan oleh Badan-badan Gabungan MBM)

Antara premis yang terlibat ialah rumah-rumah ibadah, rumah orang-orang tua, rumah anak-anak yatim dan di mana jua yang melibatkan komuniti.

3) MAJLIS KONVOKESYEN 1BELIA 1KEMAHIRAN KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA & PELANCARAN 1B1K-UMP KOMPETEN: TVET BERASASKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Tarikh : 10 Mei 2016 (Selasa) Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri, Bangunan Puspanitapuri, Persiaran Seri Perdana

Presint 10, Putrajaya

Majlis penyampaian Sijil akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri melibatkan 463 orang penerima dari kolej-kolej kemahiran

(7)

swasta.

4) FESTIVAL TEATER REMAJA KEBANGSAAN Tarikh : 11 hingga 13 Mei 2016

Masa : 8.30 malam

Tempat : Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Kuala Lumpur

Program ini dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

5) MALAYSIA INTERNATIONAL YOUTH EXCHANGE Tarikh : 13 hingga 16 Mei 2016

Tempat : Kuala Lumpur

Program ini melibatkan penyertaan belia-belia dari negara Asia seperti Thailand, Cambodia, Indonesia, Singapura, Vietnam

6) SERET DI JERAI ‘BIKE TRIKE DRIFT’

Tarikh : 14 hingga 15 Mei 2016 Tempat : Gunung Jerai, Kedah

7) KARNIVAL WARNA WARNI BELIA MALAYSIA Tarikh : 13 hingga 15 Mei 2016

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

8) PAMERAN INOVASI SOSIAL

Tarikh : 13 hingga 15 Mei 2016 Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

(8)

Tempat : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

9) KARNIVAL KERJAYA

Tarikh : 13 hingga 15 Mei 2016 Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

10) MALAYSIA INFLATABLE CHALLENGE

Tarikh : 13 hingga 15 Mei 2016 Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

11) MALAM GEMA NUSANTARA

Tarikh : 14 Mei 2016 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

12) KONVESNYEN BELIA KEBANGSAAN 2016 (KBK’16)

Tarikh : 15 Mei 2016 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi – 1.30 petang

Tempat : Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

13) MAJLIS SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2016 OLEH YAB DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

(9)

Tarikh : 15 Mei 2016 (Ahad) Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan hadir melancarkan sambutan Hari Belia Negara 2016 melibatkan lebih 3,000 orang belia. Beliau juga akan menyampaikan anugerah Tokoh Belia Negara.

maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Belia Negara 2016 bolehlah layari info media sosial MBM berikut :

Laman web : www.belia.org.my

Facebook : Majlis Belia Malaysia Twitter : @BeliaMBM

Instagram : @beliambm

Youtube : Majlis Belia Malaysia

MBM yakin dengan kerjasama yang bersepadu dari semua pihak akan memastikan usaha transformasi masyarakat dalam kalangan belia akan memenuhi sasarannya.

Sekian, terima kasih.

AHMAD SAPARUDIN YUSUP Setiausaha Agung

(10)

Malam Pertukaran MOU UMP Dan

MBM

Malam Pertukaran MOU Universiti Malaysia Pahang Dan Majlis Belia Malaysia bersempena Majlis Penghargaan Dan Malam Gemilang UMP Advanced Education telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2016 bertempat di Hibiscus Grand Ballroom Swiss Garden Resort, Kuantan pada pukul 8.00 malam. MBM dihadiri oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan dan Exco MBM Sdr. Hasnul Haniff.

Majlis tersebut bermula dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UAE dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMP. Seterusnya adalah Majlis Penyerahan MOU Bersama Fakulti (FIM & FKP) dan MBM (Majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara UMP dan MBM). Majlis Serahan Mock Cheque – Serahan Tajaan Program CSI kepada JHEPA, PIMPIN dan PNC, PTMK (Projek e-PSH), Serahan Tajaan Research (FIM) dan Serahan Sumbangan Keuntungan (UMP). Majlis Penghargaan kepada Rakan Kerjasama MBE (Rakan Kerjasama), WAP (Rakan Kerjasama) dan ECERDC (Rakan Pembiaya). Akhir sekali Majlis Makan Malam dan Sesi Bergambar….

(11)
(12)
(13)
(14)

Referensi

Dokumen terkait