• Tidak ada hasil yang ditemukan

UMNO Selangor. Exco Selangor Kepanasan. suara penerangan. Catatan Zein Isma. muka

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UMNO Selangor. Exco Selangor Kepanasan. suara penerangan. Catatan Zein Isma. muka"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

suara penerangan

UMNO Selangor

B

i

l

O k t o b e r 2 0 1 7

02

muka

5

muka

6

Catatan

Zein Isma

Exco Selangor

‘Kepanasan’

Perhimpunan antikleptokrasi

cubaan pembangkang burukkan

negara, BN – Noh

(2)

2 |

Suara Penerangan UMNO Selangor

Bil 2 • Oktober 2017

M

enteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Tan Sri Noh Omar menyifatkan pemimpin kerajaan Selangor mula kepanasan dengan gerak kerjanya turun padang membela nasib masyarakat kurang berkemampuan.

Noh berkata, beliau difahamkan pemimpin kerajaan negeri Selangor juga mula mengikut langkah beliau bagaikan terkesan dengan tindakannya.

Bagaimanapun, Noh mempersoalkan langkah pemimpin negeri Selangor yang baharu mula bertindak untuk meluluskan peruntukan sedangkan sudah lama mentadbir negeri itu.

“Mengapa sekarang baharu hendak keluar peruntukan, berapa tahun dah memerintah Selangor. Saya baharu setahun jadi menteri jaga bandar.

“Mengapa sekarang bila saya turun padang beliau menggelupur pulak,” kata Noh merujuk kepada Exco Kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Katanya, beliau tidak mempunyai masalah dengan tindakan itu asalakan ia memberi manfaat pada rakyat.

Noh sebelum itu mengadakan lawatan kerja meninjau perumahan kos rendah di Rumah Pangsa Impian di Saujana Putra, Isnin.

Exco Selangor

(3)

Suara Penerangan UMNO Selangor

| 3

Bil 2 • Oktober 2017

E

xco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dinasihatkan supaya lebih kerap turun padang menyelesaikan masalah rakyat daripada menyalahkan Kerajaan Pusat dalam sesuatu perkara.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, Iskandar tidak sepatutnya mempertikaikan tindakan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjemput Jabatan Suruhanjaya Bangunan (COB) menyelesaian pengurusan kediaman berstrata di negeri ini.

“COB ini bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi di bawah kerajaan persekutuan ditempatkan di setiap negeri bagi membantu PBT kerana tiada kepakaran dan tenaga kerja.

“Jadi Iskandar jangan nak jadikan isu ini sebagai isu politik,” kata Johan ketika dihubungi SelangorPost.

Selain itu, Johan dalam masa yang sama mengecam Iskandar supaya turun padang dan melihat sendiri usaha KPKT yang banyak membantu meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya di kawasan bandar.

“Jangan hanya pandai tunding jari, salahkan orang lain. Di Selangor ini banyak masalah tak selesai seperti sampah, kemudahan awam, bekalan air dan sebagainya.

“Tengok sendiri di Gombak, kawasan Menteri Besar, KPKT keluarkan peruntukan jutaan ringgit bagi membantu rakyat, tapi apa kerajaan negeri buat.

P

enduduk Kota Damansara kini boleh menarik nafas lega apabila penantian mereka untuk mendapatkan kemudahan khidmat rawatan kesihatan yang berdekatan dengan mereka berakhir apabila Klinik Kesihatan Kota Damansara telah memulakan operasinya hari ini di Jalan Pekaka 8/3, Kota Damansara.

Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah

berkata, “selama ini penduduk mendapatkan

rawatan kesihatan di Hospital Sungai Buloh dan

Klinik Kesihatan Kelana Jaya yang jaraknya sejauh

15 kilometer dari Kota Damansara”.

Katanya lagi, “kos pembelian bangunan dan

pengubahsuaian klinik ini menelan belanja

sebanyak RM11.7 juta”.

“Penduduk berasa amat bersyukur dan berterima

kasih dengan bermulanya operasi Klinik Kesihatan

ini pada jam 8 pagi tadi.

Dalam perkara yang sama, Ketua Jabatan

Kesihatan Daerah Petaling, Dr Mohamed

Paid Yusof berkata, “klinik baharu ini mampu

memberikan perkhidmatan kepada 500 pesakit

sehari selain dapat mengurangkan kesesakan

pesakit di Klinik Kesihatan Kelana Jaya”.

Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik

ini ialah, pemeriksaan dan rawatan pesakit luar,

rawatan kesihatan untuk ibu dan anak, khidmat

rawatan pergigian dan pemeriksaan X-ray.

Selain itu, sebuah kenderaan ambulans turut

disediakan.

Iskandar jangan pandai salahkan

orang, turun padang selesaikan

masalah rakyat – Johan

Klinik Kesihatan

(4)

4 |

Suara Penerangan UMNO Selangor

Bil 2 • Oktober 2017

JABATAN AGAMA ISLAM

Dianaktirikan Kerajaan Negeri

Dibawah Pimpinan Azmin Ali”

J

abatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dianaktirikan oleh Menteri Besar, Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali berdasarkan aduan dan rungutan yang saya terima daripada keluarga dan kakitangan jabatan agama itu sendiri.

Ujud beberapa peraturan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri termasuk memotong elaun dan kerja lebih masa yang tidak dibayar, sebaliknya digantikan dengan cuti yang menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja di pejabat agama.

“Saya sendiri mendengar rungutan dan aduan oleh orang ramai dan daripada beberapa kakitangan jabatan agama Islam Selangor, yang ternyata amat terkilan dengan tindakan Kerajaan Negeri memotong peruntukan bagi pejabat agama sehingga menyukarkan mereka untuk melaksanakan tugas-tugas mereka.

“Bahkan hari ini tiada lagi bayaran kerja lebih masa, terutama bagi penguatkuasa yang membenteras maksiat yang bertugas melebihi masa sehingga ke malam hari, sebaliknya hanya diberikan cuti sebagai ganti.

“Begitu juga dengan sikap kerajaan negeri yang acuh tidak acuh dengan sebarang cadangan dan usaha penambaikan pejabat agama.

Mengulas lebih lanjut tentang perkara ini, bahawa lebih 6900 guru KAFA yang dijanjikan pada PRU13, akan diserap ke jawatan tetap kini masih ternanti-nanti janji Kerajaan Negeri, seolah-olah menunggu buah yang tidak gugur.

“Yang lebih membimbangkan apabila kuasa politik mencengkam pelaksanaan agama apabila ada beberapa fatwa mufti Kerajaan Negeri Selangor yang tidak diwartakan oleh kerajaan negeri, kerana bertentangan dengan dasar dan prinsip pentadbiran Azmin Ali.

“Bahkan masjid juga kini kembali dijadikan

tempat berpolitik bukan sahaja dati sudut ceramahnya sahaja, malah pemilihan AJK Masjid juga sudah dicaturi oleh ‘tangan-tangan ghaib’ yang bermotifkan kepentingan politik”.

Pada pengamatan saya, inilah natijahnya apabila rakyat Selangor, khususnya umat Islam berada di bawah pemerintahan dan pentadbiran Pakatan Harapan yang dikuasai oleh DAP.

“Apa guna kita ada Menteri Besar di kalangan orang Melayu, tetapi tidak dapat membela dan memberi sokongan terhadap usaha-usaha menegakkan syiar Islam yang dilakukan oleh jabatan Agama Islam negeri?

“Sebab itu saya menyeru orang Melayu dan umat Islam sedar, berada di bawah pentadbiran sebuab kerajaan yang dkuasai oleh DAP, syiar Islam tidak akan ke mana dan kita bimbang, ianya semakin layu di bumi Selangor!”.

Saya menyeru umat Islam di Selangor untuk merenung kembali, sepanjang Azmin menjadi Menteri Besar, apa agenda islam yang beliau jadikan sebagai dasar dalam pentadbiran beliau?

“Isu kebenaran pesta arak itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa sebagai seorang pemimpin Islam, beliau sendiri tidak mampu untuk menghalang pesta tersebut di atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.

“Apa yang jelas, siapa saja Menteri Besar atau Ketua Menteri, atau Perdana Menteri sekalipun akan tunduk kepada agenda DAP yang merupakan parti terkuat di dalam Pakatan Harapan.

“DAP yang merupakan sebuah parti politik berideologi sekular sudah tentunya tidak begitu berminat di dalam soal-soal berhubung sebarang usaha penambahbaikan dan pelaksanaan dasar-dasar pentadbiran Islam, dan hanya akan dipandang sebelah mata sahaja oleh mereka”.

(5)

Suara Penerangan UMNO Selangor

| 5

Bil 1 • Oktober 2017

K

edegilan pihak pembangkang mematuhi arahan polis supaya mengadakan perhimpunan anti kleptokrasi di Stadium Kelana Jaya membuktikan mereka sebenarnya berniat untuk merosakkan imej negara.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan

Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, sikap tidak

menghormati peraturan itu bukanlah satu yang

baharu membabitkan pembangkang, sebaliknya ia

telah dilakukan dalam beberapa siri perhimpunan

sebelum ini.

Katanya, kedegilan pembangkang yang tetap

mahu mengadakan perhimpunan itu di Padang

Timur, Petaling Jaya, esok adalah satu tindakan

yang sengaja dengan harapan mereka boleh

menyalahkan kerajaan dan BN sekiranya mereka

ditahan pihak berkuasa atau berlakunya kekecohan

semasa perhimpuan itu berlangsung.

“Pembangkang ini sengaja tidak mematuhi

arahan polis. Ini kerana jika mereka ditangkap,

diganggu, mereka akan mewar-warkan kepada

masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia ini

tidak demokratik dan pihak berkuasa tidak ikut

peraturan.

“Pembangkang ini cuba nak jadi popular, nak

cari publisiti lebih-lebih lagi tempoh PRU14

semakin hampir. Bila polis ambil tindakan, mereka

akan salahkan polis dan tunding jadi kepada BN..

kononya mereka jadi hero,” katanya.

Dalam masa yang sama, Noh yang juga Menteri

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan itu turut membidas penyokong

pembangkang yang mempertikaikan usaha

wakil-wakil rakyat BN turun padang kononnya kerana

PRU14 semakin dekat.

Katanya, kritikan penyokong pembangkang yang

kerap dilihat melalui media sosial itu sebenarnya

menunjukkan mereka tidak senang dan tergugat

kerana wakil rakyat daripada parti mereka tidak

turun padang dan berkhidmat untuk rakyat.

“Sebaliknya turun padang menyelesaikan

masalah rakyat ini merupakan budaya dalam

BN walaupun ada sesetengah kawasan itu tidak

diwakili oleh kita,” katanya.

Sebelum itu, Noh yang juga Ahli Parlimen

Tanjong Karang menyalurkan peruntukan

RM550,000 untuk pembangunan di Kampung

Bukit Belimbing semasa menggadakan program

turun padang di kawasan tersebut petang tadi.

Perhimpunan

antikleptokrasi

cubaan pembangkang burukkan

negara, BN – Noh

(6)

6 |

Suara Penerangan UMNO Selangor

Bil 2 • Oktober 2017

S

elepas isu pesta arak, Selangor sekali lagi akan menjadi tumpuan pada Sabtu ini apabila Pakatan Harapan diketuai DAP akan menganjurkan Himpunan Rakyat di Petaling Jaya.

Berdasarkan apa yang diuar-uarkan termasuk oleh Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng, perhimpunan itu bertujuan untuk melawan rasuah, menentang cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan melawan kezaliman.

Bagi penulis, apa yang mahu dilakukan oleh pakatan tersebut hanyalah satu lagi sandiwara politik bagi menunjukkan kononnya merekalah penentang rasuah nombor satu dalam negara ini.

Tetapi semua orang tahu apa yang sedang dihadapi oleh Guan Eng di mahkamah dan bagaimana bapanya yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang dari semasa ke semasa terus menyerang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah turut perlu diberi perhatian, kalau benarlah Pakatan Harapan mahu melawan rasuah, kenapakah sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Selangor masih enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dilaksanakan oleh SPRM?

Bukankah dengan menandatangani IBR itu akan membuktikan ketelusan Pakatan Harapan dalam melawan rasuah seperti mana yang mereka canangkan?

Selain itu, jika mereka benar-benar telus, Pakatan Harapan yang turut disertai oleh PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAN perlu mendesak Guan Eng bercuti sehingga kes beliau di mahkamah selesai.

Kalaulah melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan sudah pasti mereka membuat seruan tersebut, tetapi apabila kena batang hidung sendiri, pelbagai hujah dikeluarkan.

Sebenarnya, perhimpunan tersebut tiada bezanya dengan perhimpunan-perhimpunan haram sebelum ini yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang.

Ia semata-mata dilakukan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap kemelut yang sedang dihadapi oleh Pakatan Harapan. PKR kini berhadapan dengan isu pesta arak, DAP masih belum selesai dengan masalah pemilihan dalam parti manakala PPBM pula terus menghadapi krisis dalaman yang menyaksikan seorang demi seorang pemimpinnya meninggalkan parti di bawah kepemimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad itu.

Oleh itu tidak keterlaluan jika penulis menyifatkan perhimpunan pada Sabtu ini tidak lebih daripada sandiwara politik terbaharu Pakatan Harapan.

Mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan mengadakan perhimpunan seumpama itu yang sudah pastinya akan menjadi medan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Pendekatan politik itu terpaksa dilakukan kerana Pakatan Harapan sudah kehabisan modal untuk menyerang kerajaan. Pelbagai tohmahan dan fitnah yang mereka sebarkan ternyata belum mampu mempengaruhi rakyat menyokong mereka.

Justeru perhimpunan seumpama itu diatur supaya rakyat terlupa isu yang dihadapi oleh pakatan berkenaan sebaliknya memberi tumpuan kepada kelemahan BN yang direka-reka oleh DAP,PKR,PPBM dan PAN.

Begitulah juga soal GST, Pakatan Harapan terus mahu memainkan sentimen rakyat dalam soal kutipan cukai. Sebab itulah dalam usaha menipu rakyat mereka menuduh pelaksanaan GST mempunyai kaitan dengan isu 1MDB.

Bagi mencapai cita-cita politik mereka, maka Pakatan Harapan berjanji untuk menghapuskan

Satu lagi

‘opera’

pembangkang

Catatan

(7)

Suara Penerangan UMNO Selangor

| 7

Bil 1 • Oktober 2017

GST jika diberi peluang memerintah dalam pilihan raya umum akan datang sedangkan mereka sedar tanpa sumber pendapatan bagi menggantikan hasil minyak, ekonomi negara akan lumpuh dan rakyat akan menderita.

Sehingga ke hari ini, Pakatan Harapan masih belum dapat membuktikan di manakah keburukan GST. Kalau benar GST buruk dan boleh membawa penderitaan kepada rakyat kenapakah 160 buah negara lain turut melaksanakan sistem cukai itu termasukan negara maju seperti England, Perancis, Jerman dan Kanada, malah paling menarik Arab Saudi yang merupakan sebuah negara pengeluar minyak terbesar di dunia turut melaksanakan GST.

Penulis juga agak keliru apabila Pakatan Harapan menyatakan salah satu agenda perhimpunan tersebut ialah melawan kezaliman. Soalnya, kezaliman apakah yang dimaksudkan?

Jika kerajaan BN zalim, sudah lama pakatan itu tidak wujud di bumi Malaysia, tetapi sebaliknya apa yang kita dapat lihat mereka bagaikan bebas melakukan apa sahaja termasuk menyerang kerajaan siang dan malam.

Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan dengan tujuan mencapai agenda politik mereka untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum nanti.

Berikutan itu, penulis melihat perhimpunan anjuran Pakatan Harapan tersebut tidak lebih bagaikan `satu opera’ yang digerakkan oleh DAP – parti dominan dalam pakatan itu.

Perhimpunan itu sekali lagi membuktikan DAP boleh merancang dan bertindak apa sahaja bagi menentukan hala tuju perjuangan Pakatan Harapan. Parti-parti lain termasukah PKR dan PPBM hanya `pak turut’ sahaja.

Penulis berharap, rakyat khususnya orang Melayu tidak akan terperdaya dengan sandiwara terbaharu Pakatan Harapan tersebut.

Oleh itu penulis yakin perhimpunan itu tidak akan mencapai apa-apa kejayaan selain daripada menjadi platform untuk pemimpin-pemimpin pembangkang memaki-hamun kerajaan.

Lagipun dalam beberapa isu termasuklah dalam soal rasuah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga sudah menjadi bagaikan ayam jantan yang berkokok kuat ekor bergelumang dengan najis.

Bagi penulis, Pakatan Harapan boleh meneruskan sandiwara politik mereka, tetapi dalam masa perlu memahami bahawa rakyat semakin mengetahui `wajah hodoh’ mereka.

(8)

8 |

Suara Penerangan UMNO Selangor

Bil 1 • Oktober 2017

Dua Individu Kehilangan Kediaman

Dapat Pembelaan KPKT

N

asib dua mangsa yang dirobohkan kediaman mereka di Subang minggu lalu mendapat perhatian Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang akan menyalurkan bantuan sewajarnya.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan kepada dua mangsa berkenaan akan diumumkan pada Selasa.

Beliau berkata, dua bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang yang masih lagi menetap di masjid buat masa ini selepas kediaman mereka dirobohkan membuktikan kerajaan Selangor gagal menguruskan masalah rakyat.

“Saya difahamkan tidak ada apa pembelaan daripada kerajaan negeri. Mereka ni cakap sahaja lebih tapi tindakan tiada.

“Kita akan umumkan bentuk bantuan esok (Selasa) buat mereka,” kata Noh,

Noh sebelum itu mengadakan lawatan kerja meninjau perumahan kos rendah di Rumah Pangsa Impian di Saujana Putra, Isnin.

Dalam lawatan kerja berkenaan, Noh mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk menyediakan gelanggang futsal pelbagai guna untuk kemudahan penduduk di situ.

“Gelanggang ini akan dilengkapi bumbung, lampu dan kipas. Selain boleh bermain futsal, penduduk setempat boleh menggunakannya untuk tujuan kenduri kendara dan majlis sepertinya.

“Saya juga mengumumkan bantuan sebanyak RM150,000 untuk dua surau di perumahan pangsa ini untuk tujuan membaiki bumbung dan memasang jubin lantai,” katanya.

Flat Impian yang mempunyai 18 blok dan mempunyai 1440 unit rumah itu terletak di dalam Parlimen Kuala Langat.

Referensi

Dokumen terkait

W3 yang diperoleh merupakan berat sampel yang digunakan.Dari hasil pengukuran dan perhitungan yang diperoleh, diketahui bahwa kedelai memiliki persentase kandungan lipid lebih

Reneana inspeksi yang akan djpakai pada suatu fasilitas untuk sebuah periode waktu, reneana ini tidak terbatas pada verifikasi sejumlah bahan nuklir dalam inventori dalam kurun

Bagaimana faktor-faktor eksternal dan internal yang menjadi peluang, ancaman, kekuatan dan kelemahan budidaya rumput laut di Kecamatan Saronggi Kabupaten Sumenep

keperluan untuk merubah cara Penjawat Awam menyampaikan perkhidmatan adalah akibat daripada keperluan untuk mengurangkan perbelanjaan Kerajaan dan meningkatkan

mayoritas masih berupa daerah pedesaan sehingga masyarakatnya masih identik dengan minim pendidikan dan pengetahuan, kegiatan dalam Kebijakan KUM memiliki manfaat dan dampak yang

Berdasarkan karakteristik permasalahan dan tujuan yang ingin dicapai, penelitian ini akan dilaksanakan dengan rancangan penelitian dan pengembangan pendidikan

This filter prevents particle spread inside cabinet, unlike if Class II type B2 is used.. LAMINAR AIR

peta pikiran dapat menghubungkan antara satu ide dengan ide lainnya dengan memahami konteksnya. Sehingga dapat memudahkan otak untuk memahami dan menyerap