• Tidak ada hasil yang ditemukan

Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda...

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda..."

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Sedetik Masa Anda...

kami selain daripada cara kami bekerja, agar kami dapat

memberi tumpuan yang lebih baik kepada usaha yang

membolehkan pihak berkepentingan kami menikmati

detik-detik kehidupan yang lebih indah.

Sudikanlah membaca, dan anda akan lihat bagaimana kami

telah memperhalus dan mentakrif semula detik-detik TM

itu sendiri agar dapat menambah nilai kepada kehidupan

mereka yang kami sentuh.

(3)

Strategi Sekilas

Pandang

Visi Kami

Untuk Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah

demi Kesejahteraan Malaysia

Hidup Lebih Mudah bukan sekadar suatu slogan; ia adalah kepercayaan,

tumpuan dan janji kami dalam menyampaikan pengalaman digital yang terhubung dan

tanpa batasan kepada para pelanggan kami.

Menghubungkan Strategi Kami

Kami telah mengenal pasti suatu matlamat baharu dalam menjadikan Hidup Lebih Mudah, iaitu dengan berada di

sisi para pelanggan dan pihak berkepentingan dalam setiap Detik Perkongsian mereka. Berpandukan teras strategi

utama kami iaitu Memacu Konvergens serta Memperkasakan Digital, kami telah memperkenalkan sebuah model

pelaksanaan baharu yang dinamakan PERFEXE 10 bagi mencapai matlamat kami.

Matlamat Kami

Mentakrifkan semula matlamat perniagaan kami untuk sentiasa bersama pelanggan dan pihak berkepentingan sepanjang Detik-detik

Perkongsian mereka

Teras Strategi

Memberi tumpuan berterusan terhadap teras strategi kami, iaitu Memacu Konvergens dan

Memperkasakan Digital

Model Pelaksanaan

Menyelaraskan semula keutamaan Kumpulan dengan mewujudkan perancangan yang jelas bagi mencapai aspirasi kami dalam masa yang ditetapkan

(4)

MATLAMAT KAMI

Detik-detik Perkongsian

Hidup ini adalah himpunan detik-detik, dan di TM, kami meraikan semua detik yang bermakna dalam kehidupan seharian. Terdapat pelbagai detik dalam kehidupan kita, sama ada meraikan kejayaan, perbualan dengan orang tersayang, atau penemuan sesuatu yang baharu. Kita pasti ingin berkongsi detik-detik tersebut dengan insan yang bermakna kepada kita.

Dalam era konvergens kini, detik-detik ini dikongsi secara langsung, semasa ianya berlaku merentasi pelbagai platform digital. Oleh kerana kami memahami setiap detik adalah penting dan bermakna, kami bermatlamat untuk menghubungkan setiap orang agar dapat berkongsi detik-detik tersebut dalam dunia digital melalui kami, satu-satunya rakan yang boleh dipercayai.

Setiap hari, kita berkongsi pelbagai detik di rumah, tempat kerja atau di mana-mana sahaja. Semasa kita menyusuri setiap detik sepanjang 24 jam sehari, para pelanggan kami dapat berkongsi detik-detik mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dengan menggunakan sebarang peranti apabila menggunakan rangkaian perkhidmatan kami. Baik untuk individu ataupun perniagaan, kami sentiasa bersama mereka, sama ada melalui unifi, TM ONE atau TM GLOBAL.

Apabila pelanggan kami berkongsi detik-detik kehidupan mereka, ianya diterjemahkan menjadi sebahagian perkongsian perolehan kami yang seterusnya mencipta lebih nilai kepada semua pihak berkepentingan. Perkongsian perolehan merujuk kepada jumlah perbelanjaan isi rumah pelanggan dengan TM. Kini,

keterhubungan kepada dunia digital telah menjadi sebahagian daripada kepentingan bagi sesebuah isi rumah untuk kehidupan yang lebih mudah. Dengan itu, kami berupaya meningkatkan perkongsian perolehan dengan meraih lebih banyak perkongsian detik-detik kehidupan pelanggan, di dalam dan luar kediaman, pada bila-bila masa sahaja.

PELANGGAN DALAM

DETIK-DETIK

PERKONGSIAN MEREKA

Detik-detik di Rumah

Detik-detik di Tempat Kerja

Detik-detik di Jalanan

NILAI UNTUK PIHAK

BERKEPENTINGAN

Mencipta

PERKONGSIAN

PEROLEHAN KAMI

Diterjemahkan kepada

Sentiasa berada di sisi

(5)

TERAS STRATEGI

Setelah beberapa lama, rangka kerja strategi keseluruhan kami telah berkembang (sila rujuk Laporan Tahunan Bersepadu TM 2016 untuk rujukan lanjut). Kami terus menyampaikan konvergens berdasarkan lima (5) teras utama, iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar serta Negara Pintar. Teras utama ini melambangkan sumbangan kami sebagai Peneraju Konvergens kepada pelanggan dan negara, sejajar dengan visi dan jenama kami yang DIYAKINI. Kami juga telah menyatu dan menggabungkan kluster perniagaan dan jenama kami kepada unifi, TM ONE dan TM GLOBAL, untuk kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan. Kluster-kluster perniagaan ini disokong oleh pengupayaan digital yang diselia oleh Pusat Digital Kumpulan yang baru ditubuhkan serta di luar kategori produk dan perkhidmatan iaitu Kumpulan Pendidikan dan Tanggungjawab Korporat. Dasar rangka kerja ini dijana oleh warga kerja kami yang sentiasa berpandukan nilai-nilai KRISTAL.

Strategi keseluruhan kami kekal utuh di mana kami telah mentakrifkan bidang tumpuan utama untuk tiga tahun yang akan datang. Kami terus memberi tumpuan terhadap dua teras strategi, iaitu Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital.

Memacu Konvergens merujuk kepada usaha kami yang berterusan untuk menyampaikan perkhidmatan jalur lebar yang pantas serta memberi pengalaman digital yang menyeronokkan kepada para pelanggan kami. Ini adalah selari dengan strategi kami untuk Memperkasakan Digital dalam operasi harian kami, dengan menghapuskan proses yang lapuk dan melaksanakan inovasi digital bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.

MEMACU KONVERGENS TERAS STRA TE GI PRINSIP DASAR

Hidup Lebih Mudah

TM

PENGUTAMAAN PRODUKTIVITI MEMPERKASAKAN DIGITAL PEMBUDAYAAN INOVASI

Strategi Sekilas Pandang

Tumpuan Strategi Kami Secara Keseluruhan Bidang Tumpuan Utama 2018 - 2020

Kehidupan Pintar Perniagaan Pintar Bandar Pintar Komuniti Pintar Negara Pintar Melangkaui Produk & Perkhidmatan NILAI-NILAI KRISTAL Komitmen Menyeluruh Terhadap Pelanggan Kewibawaan Tanpa

Kompromi Hormat & Prihatin

Hidup Lebih Mudah

TM

Untuk Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah, Demi Kesejahteraan Malaysia

DIYAKINI PENERAJU KONVERGENS MUDAH INOVATIF Pusat Digital Kumpulan Kumpulan Pendidikan Tanggungjawab Korporat

(6)

MODEL PELAKSANAAN

PERFEXE 10 merupakan sebuah model pelaksanaan yang padu dan agresif. Menerusi PERFEXE 10, kami telah mengenal pasti dan mengutamakan 10 pelan komprehensif bagi Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital. PERFEXE 10 telah dirangka untuk mendorong kami secara proaktif dan membawa TM ke tahap seterusnya. PERFEXE 10 adalah berpaksikan tiga prinsip utama.

Aspirasi

Setiap kluster pasaran - unifi, TM ONE dan TM GLOBAL - menetapkan Sasaran Aspirasi yang menjangkaui KPI untuk jangka masa panjang. PERFEXE 10 bakal menyaksikan Kumpulan TM, termasuk Fungsi Pusat dan Perniagaan Sokongan menetapkan aspirasi baharu dalam usaha untuk memotivasi anggota agar mencapai lebih kejayaan.

Pemacuan

Mengikuti perkembangan teknologi yang pesat serta perubahan trend pasaran yang disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan dengan lebih pantas dan memperluas liputan sebelum pesaing yang lain. Pemacuan ini turut berkait dengan kepantasan pelaksanaan.

Pelaksanaan

Di antara sebab kewujudan kami adalah untuk melaksanakan Konvergens dan gaya hidup Digital untuk setiap orang tanpa mengira tempat atau peranti. Untuk mencapai hasrat ini, ia bermula dengan asas memaksimumkan liputan keterhubungan kami bagi talian tetap dan tanpa wayar. Kami sentiasa menambah baik dan memperluas rangkaian, di samping melaksanakan inisiatif bagi mewujudkan sebuah landskap digital bagi setiap orang untuk mengambil bahagian dan berkolaborasi.

Huraian PERFEXE 10 akan dibincangkan dalam Perbincangan & Analisis Pengurusan.

MODEL PELAKSANAAN 2018 - 2020 10_ Menyatukan unifi Mentransformasi Perniagaan unifi TM ONE sebagai Pengupaya Digital Industri Menegak Memacu Pertumbuhan dengan TM GLOBAL Memperkasakan Digital Meningkatkan Kegembiraan Anggota Mempercepat Pelaksanaan Rangkaian Meliberasi WiFi Mengerah Aset Yakin sebagai Nilai Mutlak

10

_

01

_

02

_

03

_

04

_

05

_

06

_

07

_

08

_

09

_

(7)

Di TM, kelestarian telah

tersemat di dalam budaya

kami, di setiap pemikiran

dan menjadi panduan

setiap tindakan kami - dari

penghasilan tawaran digital

terkini untuk para pelanggan

sehinggalah kepada

operasi harian kami, serta

memastikan sambungan jalur

lebar negara ‘sentiasa ada’.

Komited terhadap amalan yang mampan,

Penyata

(8)

Sebagai Peneraju Konvergens di Malaysia, matlamat kami adalah untuk beroperasi dengan penuh tanggungjawab demi memastikan kami menggunapakai amalan-amalan kemampanan dalam setiap perkara yang kami lakukan, dari memastikan kegembiraan Warga Keluarga TM, sehinggalah kepada merapatkan jurang sosioekonomi, serta memelihara alam sekitar. Kami mematuhi piawaian tertinggi dalam tadbir urus sebagai usaha kami untuk menjadi warga korporat contoh, mengendali operasi kami dengan cara yang dapat menepati sasaran perniagaan kami, serta memenuhi keperluan sosial dan memelihara alam sekitar.

Kemampanan di TM diketuai oleh Lembaga Pengarah kami yang menyelia pematuhan komersial dan kawal selia serta mengekalkan matlamat Syarikat untuk menjadi sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan mampan. Pemimpin Pengurusan kami memastikan kemampanan diintegrasikan dalam semua operasi di seluruh Syarikat. Kemampanan turut dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Risiko Lembaga sebagai usaha untuk mengurus perkara-perkara yang menjadi perhatian pihak berkepentingan yang merupakan kunci kepada pelaksanaan kami dalam menguruskan risiko baru dan berpotensi. Pada 2017, kami telah menjalankan kaji selidik materialiti keempat kami untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai isu-isu penting kepada pihak berkepentingan kami. Hasil kaji selidik materialiti ini akan membantu kami merangka inisiatif kelestarian kami untuk tahun-tahun mendatang, dengan menjadi penanda arah berguna dalam perjalanan kemampanan kami.

Kemampanan di TM diterajui

oleh Lembaga Pengarah kami

yang menyelia pematuhan

komersial dan kawal selia serta

mengekalkan matlamat Syarikat

untuk menjadi sebuah organisasi

yang bertanggungjawab dan

mampan.

Para pembaca hendaklah membaca Penyata ini bersama dengan Laporan Kelestarian 2017 kami yang menyediakan penjelasan menyeluruh tentang pendekatan kami terhadap kelestarian dan bagaimana kami menguruskan isu-isu penting kami. Dalam laporan tersebut, kami mengkategorikan inisiatif kami mengikut impak terhadap Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial.

Kami telah menghuraikan inisiatif-inisiatif yang dijalankan dalam mengendalikan isu-isu penting kami berdasarkan tiga kategori ini, dan turut membincangkan kaitannya dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG).

(9)

IMPAK EKONOMI

Meningkatkan Impak Ekonomi

Seiring dengan Strategi Perniagaan kami untuk Memacu Konvergens & Ke Arah Digital, kami menerajui usaha dalam peralihan Negara kepada ekonomi digital. Kesemua produk dan perkhidmatan kami - dari jalur lebar ke mudah alih dan WiFi, dan Segalanya Internet (IoT) ke Pusat Data – memudahkan kerja dan gaya hidup digital. Kami terus menjadi peneraju dalam ekonomi digital negara menerusi perlaksanaan jalur lebar kami untuk negara dan merapatkan jurang digital. Kami menyokong objektif Kerajaan ke arah meningkatkan kemampuan, jangkauan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar. Dalam memainkan peranan unik kami untuk melindungi kepentingan negara, kami kini mempunyai liputan unifi yang bersepadu di seluruh negara merangkumi jalur lebar, mobiliti dan WiFi. Kami telah memberi nafas baru kepada kluster perniagaan kami untuk memberi khidmat yang sepenuhnya kepada para pelanggan kami, apabila unifi mewakili penawaran gaya hidup untuk kediaman, individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); TM ONE menawarkan bersepadu sepenuhnya untuk perniagaan menegak dalam sektor perusahaan dan awam; dan dari sudut ekonomi, TM GLOBAL pula berperanan untuk memacu peluang digital bagi telekomunikasi domestik dan antarabangsa.

Kami turut memantapkan ekonomi dengan menyokong Program Pembangunan Vendor Bumiputera (BVDP). Sebagai tanda sokongan, sehingga kini kami telah memberikan latihan kepada 15 Vendor Bumiputera, disamping peluang perniagaan bernilai lebih daripada RM6.0 billion. Lapan daripada vendor ini telah mencatat kemajuan dengan menjadi rakan niaga strategik di bawah Program Perkongsian Strategik BVDP. Kini, kami memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan sebahagian daripada vendor Bumiputera kami yang berjaya untuk menjadi ‘juara serantau’ menerusi penambahbaikan keupayaan eksport dan pendedahan kepada pasaran serantau.

IMPAK ALAM SEKITAR

Meminimumkan Impak Alam Sekitar

Kami menyedari tentang keperluan yang mendesak untuk semua syarikat korporat memainkan peranan mereka dalam menangani isu-isu seperti perubahan iklim; dan untuk syarikat-syarikat Malaysia melindungi serta memelihara kekayaan biodiversiti negara. Pengurangan karbon serta pemuliharaan alam sekitar merupakan dua bidang tumpuan dalam inisiatif alam sekitar kami.

Bagi mengurangkan perlepasan karbon, kami terus menambah baik pelbagai inisiatif penjimatan tenaga dalam rangkaian dan bangunan-bangunan kami. Penanda aras dan laporan terperinci berkenaan perlepasan karbon ini boleh didapati dalam Laporan Kelestarian 2017 kami.

Dari aspek pemuliharaan alam sekitar, kami meneruskan program TM Earth Camp dengan menumpukan usaha kami kepada pemeliharaan persekitaran marin. Kami juga meneruskan projek pemuliharaan terumbu karang di Pulau Tinggi dan Pulau Bidong. Kami menjadi lebih proaktif dalam memelihara bumi, menjadi pelopor ke arah pengawasan alam sekitar serta menjadi contoh kepada yang lain.

Penyata Kelestarian

Program TM 3Ducation telah

menjangkau ke 85 sekolah, melibatkan

sejumlah 2,907 pelajar dan 140 guru

dalam pengekodan masa sebenar dan

(10)

IMPAK SOSIAL

Mewujudkan Nilai Sosial yang Positif

Kami berusaha menyediakan persekitaran kerja yang memberangsangkan untuk menarik penglibatan anggota kami menerusi cara yang dapat mengetengahkan kehebatan mereka. Ini dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk bekerjasama sebagai satu pasukan yang dinamik dengan visi bersama untuk mencapai matlamat korporat kami. Di samping menyediakan latihan dan peluang pembangunan yang mencukupi, kami juga menawarkan ganjaran untuk prestasi cemerlang. Selain itu, kami prihatin terhadap anggota kami dengan mementingkan kegembiraan mereka, kerana bagi kami, mereka bukan sekadar anggota, mereka adalah sebahagian daripada Warga Keluarga TM.

Pada tahun ini, kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai majikan prihatin dengan memperluaskan rangkaian faedah yang ditawarkan. Antara lain, kami tidak menggalakkan mesyuarat diadakan selepas jam 4 petang*; anggota dibenarkan bekerja setengah hari pada hari Jumaat terakhir setiap bulan*;

membolehkan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil dan mereka yang hamil untuk pulang jam 4 petang; dan turut memperkenalkan waktu bekerja fleksibel untuk ibu hamil. Di samping itu, kami juga telah menambah baik faedah perubatan dan meningkatkan ketersediaan bantuan kewangan untuk pendidikan.

*Hanya terpakai kepada kategori anggota tertentu sahaja, terutamanya anggota bukan syif .

Pendidikan Lebih Baik untuk Semua

Kami telah menyumbang ke arah pembangunan masyarakat berilmu melalui Universiti Multimedia (MMU), yang merupakan universiti swasta pertama yang ditubuhkan di negara ini, dan terus menjadi perintis di dalam pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Dengan memberikan tumpuan kepada kejuruteraan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), sehingga kini, MMU telah melahirkan 52,705 graduan yang bersedia memasuki industri dengan pengetahuan keusahawanan yang tinggi.

Pada masa yang sama, kami menyediakan bantuan kewangan bagi membolehkan pelajar Malaysia yang cemerlang melanjutkan pengajian di universiti luar negara dan tempatan yang terbaik menerusi yayasan kami, Yayasan TM (YTM). Sehingga kini, YTM telah membiayai sejumlah RM505.0 juta bagi menyokong 15,216 pemegang biasiswa untuk meneruskan pendidikan di peringkat menengah dan pengajian tinggi. Kami turut meneruskan Program Sekolah Angkat TM, yang telah memasuki tahun ke-14, untuk mengukuhkan komitmen kami terhadap landskap pendidikan Malaysia. Kini, kami memberi bantuan kepada dua buah sekolah yang telah dijadikan sekolah angkat pada tahun 2016 - SMK Arau di Perlis dan SMK Medamit di Sarawak - dalam masa yang sama kami terus membantu SKPK Tuaran di Sabah, iaitu sebuah sekolah kanak-kanak pendidikan khas dengan membolehkan mereka mengambil bahagian dalam edisi khas program percetakan tiga dimensi TM 3Ducation. Pada 2017, program TM 3Ducation telah menjangkau ke 85 buah sekolah, melibatkan sejumlah 2,907 pelajar dan 140 guru dalam pengekodan masa sebenar dan percetakan tiga dimensi. Menerusi projek tersebut, para pelajar mempelajari bagaimana untuk mengekod program mereka sendiri bagi menghasilkan objek tiga dimensi.

Memperkasakan Usahawan

Kami mempertingkatkan kehidupan golongan yang kurang mendapat perhatian menerusi perkongsian ilmu perniagaan, rangkaian perniagaan serta kepakaran digital kami. Sepanjang tahun ini, kami telah melakukannya dengan sekumpulan usahawan wanita yang baru meningkat naik serta sekumpulan usahawan luar bandar di Kemaman, Terengganu.

TM Scale-Up merupakan sebuah program yang baharu dilancarkan di mana kami telah mengenal pasti 20 wanita yang kami percaya menerima manfaat daripada program berimpak tinggi bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka. Pada 2018, mereka akan menerima tunjuk ajar intensif untuk tempoh 90 hari bagi membantu menaikkan perniagaan mereka. Sementara itu, Pusat Digital Kumpulan (GDC) kami telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi pendedahan teknologi digital kepada 43 usahawan di Kemaman yang telah membantu mereka dalam penjenamaan dan pembungkusan produk serta memasarkan produk mereka atas talian. Inisiatif sebegini bukan sahaja memberi manfaat kepada para peserta, tetapi juga kepada ekonomi setempat.

Membantu Mereka yang Memerlukan

Sempena meraikan #Keajaibanunifi dan #KeajaibanRamadan, kami telah menganjurkan satu projek untuk memberikan bantuan khas kepada 115 Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh negara, mengejutkan mereka dengan bantuan kewangan berjumlah RM1.0 juta sebagai tanda unifi telah melebihi satu juta pelanggan. Bantuan tersebut memberi makna yang cukup istimewa pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Sementara itu kami meneruskan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui pelbagai progam sukarelawan yang dianjurkan oleh bahagian dalaman kami serta Kelab dan Persatuan TM. Sebagai peneraju Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC Disaster Response Network (GDRN), TM turut bangkit menyahut cabaran menyelaras misi bantuan bencana semasa berlakunya banjir dengan mengedar barangan keperluan dan menghulur bantuan fizikal di samping memberi sokongan kepada komuniti yang terjejas.

(11)

Kami berusaha untuk memahami jangkaan pihak-pihak berkepentingan kami terhadap TM dan

isu-isu berkenaan operasi kami yang penting bagi mereka, kerana ini akan memberi impak terhadap

perjalanan kami seterusnya. Rangka kerja kelestarian kami terletak pada cara kami menangani isu-isu

penting ini.

Menguruskan

Isu-isu Penting Kami

Apa yang kami maksudkan ini adalah isu-isu yang penting kepada kedua-dua pihak berkepentingan kami dan juga kepada TM sendiri, yang sekiranya tidak diurus, boleh memberi impak negatif terhadap prestasi kami dalam jangka masa panjang. Untuk menentukan isu-isu ini, kami menjalankan kaji selidik materialiti setiap tahun.

Kami turut menambah baik proses kami daripada tahun lalu dengan mengadakan bengkel kerja untuk anggota yang berurusan dengan pihak berkepentingan serta anggota lain untuk mendapatkan: a) isu yang mempunyai pengaruh cukup besar terhadap pihak berkepentingan kami - contohnya pelanggan, pembekal, pelabur, penganalisis, pemegang saham, pengawal selia dan komuniti; dan b) impak Kaji Selidik Penglibatan Pekerja (EES) TM yang ketara. Dengan anggota, kami membincangkan isu-isu penting yang telah dikenal pasti pada tahun sebelumnya, di samping isu-isu yang timbul daripada daftar risiko kami, iaitu yang telah dikenal pasti oleh rakan-rakan industri sebagai isu-isu penting, dan juga sebarang isu nasional atau industri lain yang berkait dengan perniagaan kami. Ini memberikan keutamaan kepada isu-isu penting kami.

Pada 2017, kami telah melibatkan lebih 3,000 komuniti dan pihak berkepentingan dalam industri, termasuk Warga Keluarga TM, bagi mendapatkan pandangan mereka tentang isu-isu penting kami.

Berdasarkan senarai utama ini, kami telah mengadakan temu bual eksklusif dengan pihak Pengurusan bagi mengkaji semula dan menyusun keutamaan dalam isu-isu penting, menurut pandangan pihak Pengurusan tentang kepentingan sesuatu isu itu kepada pihak berkepentingan kami, dan TM. Pada tahun ini, kami mengenal pasti 15 isu penting - 14 yang telah dikenalpasti pada tahun 2016 ditambah dengan satu isu baharu, iaitu Keselamatan Atas Talian. 15 isu penting tersebut telah dibentang dan disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Hasil kaji selidik materialiti membantu kami merancang program kemampanan kami. Kami juga menggunakan hasil kaji selidik tersebut untuk mengenal pasti trend dan isu baharu yang berpotensi untuk jangka masa sederhana. Isu-isu ini dipantau dan, jika perlu, akan dikendalikan dalam TM bagi membolehkan kami bertindak secara proaktif. Untuk butiran mengenai isu-isu penting semasa dan bagaimana kami mengendalikannya, sila rujuk Laporan Kelestarian 2017 kami.

Mewujudkan Nilai

Sosial yang Positif

M7 Tarikan dan Pengekalan Bakat M8 Hak Asasi Manusia

M9 Kesihatan dan Keselamatan Anggota

M10 Kepuasan Pelanggan M11 Kesihatan dan Keselamatan

Pengguna

M12 Data dan Privasi Pengguna M13 Keselamatan Dalam Talian M14 Komuniti Sokongan M15 Keterangkuman

Meminimumkan

Impak Alam Sekitar

M5 Perubahan Iklim dan Pengurusan Tenaga

M6 Penggunaan Tenaga dan Sisa

Meningkatkan

Impak Ekonomi

M1 Kualiti Produk M2 Inovasi

M3 Pengurusan Rantaian Bekalan M4 Pematuhan Peraturan

(12)

Kami menumpukan kandungan Laporan Kelestarian kami kepada isu-isu penting yang telah dikenal pasti untuk tahun tertentu. Justeru, dalam laporan ini, fokus kami adalah terhadap 15 isu seperti yang dikemukakan di bawah:

MENGURUSKAN ISU-ISU PENTING KAMI

M7 Tarikan dan Pengekalan Bakat M8 Hak Asasi Manusia

M9 Kesihatan dan Keselamatan Anggota M10 Kepuasan Pelanggan

M11 Kesihatan dan Keselamatan Pengguna M12 Data dan Privasi Pengguna

M13 Keselamatan Dalam Talian M14 Menyokong Komuniti M15 Keterangkuman M1 Kualiti Produk

M2 Inovasi

M3 Pengurusan Rantaian Bekalan M4 Pematuhan Peraturan Ekonomi Sosial Penting B er pe n ga ruh Paling Penting P alin g B er pe n gar u h Alam Sekitar M7 M1 M8 M9 M2 M15 M14 M13 M5 M6 M3 M11 M12 M4 M10

Kepentingan Impak Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial

P

engaruh terhadap P

enilaian dan K

eputusan Pihak Berk

epentingan

M5 Perubahan Iklim dan Pengurusan Tenaga M6 Penggunaan Tenaga dan Sisa

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan kelarutan obat dalam fase-fase tersebut, metode penguapan pelarut dapat dikelompokkan ke dalam emulsifikasi tunggal (meliputi penguapan pelarut minyak-dalam-air dan

Dekomposis proses Sistem Informasi Alumni Teknik Industri UMS terdiri atas 7 proses yaitu registrasi, post, komentar, agenda, forum, galeri dan kuesioner. Untuk keterangan

Sementara itu, mahasiswa juga mempunyai beban materi yang harus dipelajari untuk dapat lulus ujian tengah semester maupun ujian akhir semester karena setiap mata

Penelitian yang dilakukan untuk menentukan daya hambat rebusan Daun Sambiloto ( Andrographis paniculata Ness.) terhadap Salmonella thypi yang resisten dan

Data kualitatif dalam proses pengembangan game bakwan ini adalah lembar wawancara, lembar observasi, gambar kegiatan dokumentasi, kritik dan saran dari lembar

Produk penelitian ini adalah model pembelajaran blended yang berisi materi listrik statis, dilengkapi dengan media berbasis website, dan adaptif terhadap jenis gaya

Penurunan tiang yang ditimbulkan oleh beban pada ujung tiang dapat dinyatakan dalam bentuk yang sama seperti yang diberikan dalam pondasi dangkal...