• Tidak ada hasil yang ditemukan

Panduan Mula Ringkas. Melihat opsyen lain Klik anak panah ini untuk melihat opsyen lain dalam kotak dialog.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Panduan Mula Ringkas. Melihat opsyen lain Klik anak panah ini untuk melihat opsyen lain dalam kotak dialog."

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Mencari sesuatu yang anda perlukan

Klik sebarang tab pada reben untuk memaparkan butang dan perintahnya.

Menggunakan tab kontekstual

Sesetengah reben hanya muncul apabila anda memerlukannya. Contohnya, apabila anda menyelitkan atau memilih gambar, tab Format Alat Gambar akan muncul.

Menguruskan persembahan anda

Klik tab Fail untuk membuka, menyimpan, mencetak dan menguruskan persembahan anda.

Menggunakan anak tetingkap Format

Gunakan anak tetingkap yang berguna ini untuk menggunakan pemformatan pada gambar, SmartArt, bentuk dan objek lain.

Zum masuk dan keluar Luncurkan bar ini ke kiri atau kanan untuk zum masuk atau keluar pada butiran slaid.

Melihat opsyen lain

Klik anak panah ini untuk melihat opsyen lain dalam kotak dialog.

Menunjukkan kandungan yang anda inginkan Tukar pandangan atau tunjukkan atau sembunyikan nota dan komen.

Perlukan lebih banyak ruang?

Klik di sini atau tekan CTRL+F1 untuk menyembunyikan atau menunjukkan reben.

Mendapatkan bantuan Klik di sini atau tekan F1.

Panduan Mula Ringkas

Microsoft PowerPoint 2013 kelihatan berbeza dengan versi terdahulu, jadi kami telah mencipta panduan ini untuk memudahkan proses pembelajaran anda

(2)

Mencari templat dan tema dalam talian

Taipkan kata kunci ke dalam kotak carian untuk mencari templat dan tema di Office.com.

Menggunakan tema yang ditampilkan

Pilih tema terbina dalam untuk memulakan persembahan anda yang akan datang. Cara ini sesuai untuk kedua-dua persembahan skrin lebar (16:9) dan skrin standard (4:3).

Membuka persembahan baru-baru ini

Ia menyediakan capaian mudah ke persembahan anda yang dibuka baru-baru ini.

Bermula dari awal Untuk memulakan

persembahan yang baru, klik Persembahan Kosong.

Memilih kategori templat

Klik kategori templat di bawah kotak carian untuk mencari templat PowerPoint yang paling popular.

Mencari fail lain Semak lalu untuk mencari persembahan dan fail lain yang disimpan pada komputer anda atau dalam awan.

Variasi tema

Apabila anda memilih tema, PowerPoint menawarkan variasi dengan palet warna dan kumpulan fon yang berlainan.

Mendaftar masuk ke Office Daftar masuk ke akaun anda dan capai fail yang anda simpan di awan dari mana-mana sahaja.

Panduan Mula Ringkas

Apabila anda membuka PowerPoint 2013 pada kali pertama, anda akan melihat bahawa anda mempunyai beberapa pilihan untuk bermula, sama ada menggunakan templat, tema, fail baru-baru ini atau persembahan kosong.

(3)

Cara mendapatkan bantuan dengan PowerPoint 2013

Jika selama ini anda menggunakan versi PowerPoint terdahulu, anda mungkin akan tertanya-tanya tentang lokasi perintah tertentu dalam PowerPoint 2013.

Terdapat banyak sumber percuma yang tersedia untuk membantu anda mengenali PowerPoint 2013, termasuk kursus latihan, topik dan video bantuan Mari Bermula serta tugas asas. Untuk mendapatkan bahan ini, klik butang Bantuan PowerPoint (tanda tanya) di sudut atas kanan tetingkap PowerPoint.

Mencipta tab

dan kumpulan reben tersuai

Anda boleh mencipta tab atau kumpulan tersuai dan menambahkan butang dengan perintah yang anda inginkan. Klik kanan pada sebarang tab atau kumpulan reben kemudian klik Suaikan Reben.

Seterusnya, tambah perintah daripada kotak Opsyen PowerPoint. Contohnya, anda boleh mencipta tab yang dipanggil Kerap, kemudian menambahkan beberapa perintah yang paling kerap digunakan pada kumpulan tersuai pada tab ini.

Jika anda membuat kesilapan, anda boleh menggunakan butang Set Semula untuk kembali ke seting lalai (“kilang”).

Beberapa perintah PowerPoint yang lebih lama tidak muncul pada reben tetapi masih tersedia. Dalam kotak dialog Opsyen PowerPoint, klik Suaikan Reben, kemudian dalam senarai Pilih perintah daripada, pilih Perintah Tiada dalam Reben. Sekarang, cari perintah yang anda inginkan dan tambahkannya pada tab atau kumpulan reben tersuai.

(4)

Benda yang anda mungkin mencari-cari

Gunakan senarai berikut untuk mencari beberapa alat dan perintah yang lebih lazim dalam PowerPoint 2013.

Untuk... Klik... Kemudian cari dalam...

Membuka, menyimpan, mencetak, berkongsi, menghantar, mengeksport,

menukar atau melindungi fail Fail Pandangan Backstage (klik perintah dalam anak tetingkap kiri).

Menambahkan slaid, menggunakan tataletak, mengubah fon, menjajarkan

teks atau menggunakan Gaya Cepat Rumah Kumpulan Slaid, Fon, Perenggan, Lukisan dan Pengeditan.

Menyelitkan jadual, gambar, bentuk, SmartArt, WordArt, carta, komen,

Pengepala dan pengaki, video atau audio Selitkan Kumpulan Jadual, Imej, Ilustrasi, Komen, Teks dan Media.

Menggunakan tema, mengubah warna tema, mengubah saiz slaid,

mengubah latar slaid atau menambahkan tera air Reka Bentuk Kumpulan Tema, Varian atau Sesuaikan.

Menggunakan atau melaraskan pemasaan transisi Transisi Kumpulan Transisi dan Pemasaan.

Menggunakan atau melaraskan pemasaan animasi Animasi Kumpulan Animasi, Animasi Lanjutan dan Pemasaan.

Memulakan tayangan slaid, menyediakan tayangan slaid, menentukan

monitor untuk digunakan dengan pandangan Penyampai Tayangan Slaid Kumpulan Mulakan Tayangan Slaid, Persediaan dan Monitor.

Menyemak ejaan, memasukkan dan menyemak semula komen atau

membandingkan persembahan Semak Semula Kumpulan Membaca Pruf, Komen dan Bandingkan.

Mengubah pandangan, mengedit pandangan induk, menunjukkan grid, panduan dan pembaris, menzum masuk, bertukar antara tetingkap PowerPoint dan menggunakan makro

Pandangan Kumpulan Pandangan Persembahan, Pandangan Induk, Tunjukkan, Zum, Tetingkap dan Makro.

(5)

Mencapai perintah

yang kerap digunakan

Bar Alat Capaian Segera yang berada di sudut atas kiri tetingkap PowerPoint sesuai digunakan untuk menempatkan butang pintas bagi perintah yang anda biasa gunakan.

Klik anak panah juntai bawah di sebelah Bar Alat Capaian Segera untuk menambah atau mengalih keluar perintah yang tersenarai pada menu pintas.

Alat intuitif yang mudah dicapai

Sila maklum bahawa sesetengah tab reben muncul dan hilang, bergantung pada perkara yang anda lakukan

Contohnya, apabila anda menyelitkan atau memilih video, tab Alat Video: Main Semula dan Format akan muncul secara automatik. Tab tersebut muncul agar anda boleh menggunakan pemformatan atau mengesetkan opsyen main semula bagi video. Tab kontekstual jenis ini muncul apabila anda menyelitkan atau memilih gambar, carta jadual, WordArt atau sebarang objek lain.

Apabila anda menguruskan slaid dan anda mengklik kanan pada latar slaid, menu klik kanan yang dimuatkan dengan opsyen tugas akan muncul.

Begitu juga, bar alat mini muncul secara automatik apabila anda ingin melaksanakan tugas berkaitan teks yang pantas, seperti mengengsot bulet atau menggunakan kesan tebal pada teks anda.

Jika perintah yang anda ingin tambahkan tidak ditunjukkan dalam senarai, tukar kepada tab reben butang tersebut kemudian klik kanan padanya. Pada menu pintas, klik Tambah ke Bar Alat Capaian Segera.

(6)

Perubahan pada tema

Apabila anda menggunakan tema terbina dalam dan anda ingin mengubah warna dan fon, anda kini boleh memilih daripada varian tema pilihan pereka dari skrin mula atau pada tab Reka Bentuk.

Saiz slaid lalai yang baru

Kebanyakan TV dan video pada zaman sekarang sudah beralih kepada skrin lebar dan format HD, begitu juga dengan PowerPoint. Dalam versi terdahulu, nisbah slaid ialah 4:3. Dalam PowerPoint 2013, 16:9 ialah nilai lalai baru tetapi anda boleh mengubahnya pada tab Reka Bentuk.

Jika anda menguruskan slaid dalam PowerPoint versi terdahulu atau membuat persembahan pada monitor atau projektor yang lebih lama, anda perlu mengubah nisbah slaid kembali kepada 4:3. Untuk berbuat demikian, klik Reka Bentuk >

Saiz Slaid kemudian pilih 4:3. Atau anda boleh mengesetkan saiz tersuai yang tersendiri.

Jika anda tidak melihat gabungan yang anda sukai, anda sentiasa boleh menyesuaikan warna, fon dan kesan tema dalam Pandangan Induk Slaid.

Klik Pandangan > Induk Slaid dan anda akan melihat opsyen Warna, Fon dan Kesan dalam kumpulan Latar.

(7)

Persediaan Pandangan

Penyampai adalah automatik

Jika anda menggunakan Pandangan Penyampai dalam versi PowerPoint terdahulu, anda mungkin menghadapi masalah menyediakannya. PowerPoint 2013 membaiki isu tersebut dan menjadikannya mudah untuk digunakan.

Anda hanya perlu menyambungkan projektor dan monitor dan PowerPoint akan menggunakan seting yang sesuai untuk anda secara automatik. Walau bagaimanapun, anda juga boleh mengambil kawalan secara manual (bertukar antara monitor dan projektor) jika perlu.

Sila maklum bahawa Pandangan Penyampai tidak lagi memerlukan berbilang monitor. Kini anda boleh berlatih dan menggunakan semua alat dalam Pandangan Penyampai daripada satu monitor tanpa melakukan perkara lain.

PowerPoint pada peranti sentuhan

Anda kini boleh berinteraksi dengan PowerPoint 2013 pada peranti sentuh yang menjalankan Windows 8. Dengan gerak isyarat sentuh yang lazim, anda boleh leret, ketik, skrol, zum dan gerak dalam persembahan anda.

(8)

Menyimpan persembahan Office anda di awan

“Awan” adalah seperti storan fail di langit. Anda boleh mendapatkannya apabila anda berada dalam talian. Jika anda dalam perjalanan atau berjalan dari

satu tempat ke tempat lain secara tetap dan anda perlu mencapai fail anda, pertimbangkan untuk menyimpan fail anda dalam awan.

OneDrive ialah perkhidmatan awan dalam talian percuma yang anda boleh mencapai dan berkongsi fail dengan orang lain secara selamat. Anda hanya memerlukan akaun Microsoft yang percuma untuk mendaftar masuk ke OneDrive.

Mendaftar masuk ke Office

Untuk mula menyimpan, berkongsi dan menyimpan fail anda di awan, daftar masuk ke Microsoft Office.

Dalam PowerPoint atau mana-mana aplikasi Office yang lain, cari nama anda di sudut atas kanan reben. Selepas anda mendaftar masuk, anda boleh menukar akaun dan mengubah profil anda.

(9)

Bagaimana bekerja dengan individu yang tiada PowerPoint 2013

Di sini terdapat beberapa perkara yang perlu diingati apabila berkongsi atau bertukar fail dengan individu yang menggunakan versi PowerPoint yang terdahulu.

Dalam PowerPoint 2013... Apa yang berlaku? Apakah yang sepatutnya saya lakukan?

Anda membuka persembahan yang dicipta dalam

PowerPoint 2007 atau terdahulu.

Dalam PowerPoint 2013, anda akan melihat perkataan

[Mod Keserasian] pada bar tajuk. Ini memberitahu anda bahawa persembahan sedang disimpan dalam format fail terdahulu yang tidak mengenali ciri yang lebih baru seperti video terbenam, kesan transisi baru, seksyen dan banyak lagi.

Jika anda ingin menggunakan semua ciri PowerPoint 2013 yang tersedia, anda perlu mengubah persembahan kepada format fail terkini.

Anda boleh terus menggunakan Mod Keserasian. Walau

bagaimanapun, jika individu yang berkongsi persembahan anda tidak menggunakan PowerPoint 2007 atau terdahulu, penukaran fail kepada format terkini adalah lebih baik.

Untuk mengubah fail, klik Fail > Maklumat > Tukar.

Anda menyimpan persembahan

anda sebagai PowerPoint 2013. Jika rakan sekerja anda membuka persembahan PowerPoint 2013 anda dalam PowerPoint 2007 atau terdahulu, prom dengan pautan untuk memuat turun Pek Keserasian yang percuma akan muncul. Mereka memerlukan Pek Keserasian untuk membuka dan mengendalikan persembahan dalam format baru. Jika anda telah menyertakan ciri atau pemformatan PowerPoint 2013 yang baru dalam persembahan anda, rakan sekerja anda (yang menggunakan PowerPoint 2007 atau terdahulu) akan melihat amaran mengenai ciri yang tidak disokong.

Sebelum berkongsi persembahan PowerPoint 2013 anda dengan rakan sekerja yang menggunakan versi PowerPoint yang terdahulu, sila jalankan alat Penyemak Keserasian. Untuk menyemak keserasian, dalam PowerPoint 2013, klik pada Fail >

Maklumat > Semak untuk mencari Isu > Semak Keserasian.

Alat tersebut memberitahu anda ciri baru dalam PowerPoint 2013 yang tidak disokong dalam versi terdahulu. Kemudian, anda boleh memutuskan untuk sama ada mengalih keluar ciri ini untuk mengelakkan amaran dalam versi PowerPoint terdahulu.

Anda menyimpan persembahan anda sebagai fail PowerPoint 2007 atau fail terdahulu.

Jika rakan sekerja anda membuka persembahan dalam PowerPoint 2007 atau terdahulu, fail akan membuka seperti biasa dan Pek Keserasian tidak diperlukan.

Jika anda telah menyertakan ciri atau pemformatan PowerPoint 2013 yang baru dalam persembahan anda, rakan sekerja anda akan melihat amaran mengenai ciri yang tidak disokong, pemformatan atau ciri mungkin tidak akan muncul dalam fail atau objek mungkin tidak dapat diedit.

Anda tidak perlu mengambil apa-apa tindakan yang wajib.

Apabila anda menyimpan fail anda dalam format fail PowerPoint yang terdahulu, Penyemak Keserasian akan berjalan secara automatik dan menunjukkan amaran bagi sebarang ciri yang tidak disokong.

Referensi

Dokumen terkait

Waterflooding merupakan metode perolehan tahap kedua dengan menginjeksikan air ke dalam reservoir untuk mendapatkan tambahan perolehan minyak yang bergerak dari

Tujuan pendidikan Indonesaia sangat komplek, tidak hanya mencerdaskan kehidupan bangsa, tetapi menjadikan masyarakat yang cerdas, makmur dan berakhlak mulia. Pendidikan

Metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah design analisis dimana penelitian diarahkan secara objektif dan sistematis untuk mendeskripsikaan atau menguraikan

Cahaya adalah faktor utama dari sebuah ruangan interior. Tanpa cahaya tidak akan ada bentuk, warna atau tidak ada juga penampakan bentukkan dari ruangan yang

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa secara bersama-sama terdapat pengaruh yang positif dan signifikan dari variabel lokasi, produk, harga, merek, program promosi dan pelayanan

Stabilitas kimia sediaan mikrokapsul ketoprofen dilakukan dengan mengukur kadar senyawa aktif yang masih tersisa pada 9 formula secara spektrofotometri. Secara umum

Dengan hormat kami sampaikan bahwa, dalam rangka melaksanakan tugas dan fungsinya sebagai lembaga yang berperan untuk meningkatkan mutu pendidik dan tenaga

Untuk Mamak dan Ayah yang telah menjadi orang tua terhebat sejagad raya, yang selalu memberikan motivasi, nasehat, cinta, perhatian, dan kasih sayang serta doa yang tentu