Makna Tersirat dalam Teka-Teki Melayu
Hamsiah Juki dan Che Ibrahim Salleh*
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,Universiti Putra Malaysia, 43400UPM, Serdang, Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Fenomena orang Melayu suka bertutur secara tersirat merupakan salah satu seni berbahasa dari dulu hingga kini. Fenomena ini juga tergambar dalam ujaran teka-teki Melayu. Teka-teki ialah salah satu genre sastera rakyat yang bertujuan menguji kecerdasan minda berdasarkan petunjuk tertentu, yakni kata, frasa dan ayat dalam ujaran teka-teki itu sendiri. Kajian ini akan meninjau, adakah makna tersirat dalam teka-teki Melayu lahir daripada faktor leksikal, ayat atau konteks ujaran. Hal ini demikian, kerana darjah kefahaman pendengar terhadap mesej tersirat dalam teka- teki berbeza, dan pemprosesan maklumat juga tidak sama. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kualitatif. Bahan diperoleh daripada kajian kepustakaan dan temu bual dengan responden. Sebanyak 20 teka-teki bahasa Melayu dipilih sebagai data kajian. Semua data ini dianalisis berasaskan Teori Relevans. Dapatan kajian menunjukkan bahawa makna tersirat dalam teka-teki Melayu kebanyakannya terhasil daripada faktor leksikal, ayat dan konteks ujaran yang mencorakkan budaya warisan Melayu berdasarkan kosa ilmu yang terkandung dalam teki-teki.
Kata Kunci: makna tersirat, teka-teki Melayu, kata, frasa, ayat, konteks ujaran
Implied Meanings of the Malay Utterances
INFO MAKALAH Pewasitan Makalah:
Dihantar: 29 September 2021 Diterima: 14 Disember 2021 E-mail:
h[email protected] (Hamsiah Juki)
(Che Ibrahim Salleh)
*Penulis penghubung
ABSTRACT
The phenomenon of Malays speaking with implicit meanings is an art of speaking that has been practised since the olden days. This phenomenon is also reflected within the complex play of words in Malay riddles, a genre of folk literature that aims to test the mind’s capability to decipher the meaning conveyed by the riddles based on certain indicators, such as words, phrases and sentences contained in the riddle. This study aims to examine whether the implicit meanings suggested in Malay riddles are derived from lexical, sentential, and speech context factors. This is related to the
differences in the listeners’ level of comprehension and information processing of the implicit meaning conveyed in the riddles. This study employed a qualitative research method. The data of the study were obtained from library research and interviews. In total, 20 Malay riddles were selected as the data of the study, which were analysed based on the Relevance Theory. The findings of the study show that the implicit meanings of the Malay riddles are mainly derived from the Malay lexical, sentential and speech contexts, which shape the heritage of the Malay culture based on the vocabulary that constitute the riddles.
Keywords: implicit meaning, Malay riddle, word, phrase, sentence, speech context PENGENALAN
Niat lain buat lain. Begitulah bunyinya satu ujaran teka-teki Melayu yang bersifat keagamaan dalam satu majlis ilmu yang pernah kami hadiri pada satu ketika dahulu. Walaupun tujuan guru agama berkenaan memberikan teka-teki itu hanya sebagai selingan untuk menghilangkan rasa jemu dan mengantuk dalam kalangan hadirin, namun ternyata teka-teki tersebut mempunyai makna tersirat atau makna tersembunyi yang sukar difahami. Teka teki ialah salah satu jenis sastera lisan dalam pelbagai suku bangsa yang berisi persoalan, baik yang serius mahupun main- main, yang harus diterka (Suhendra Yusuf,1995: 290). Untuk menghuraikan persoalan makna dalam teka-teki tersebut, pendengar perlu bijak atau panjang akal selain mempunyai pengetahuan agama yang mendalam untuk jawapan. Ini demikian kerana bahasa pada hakikatnya ialah proses penzahiran, iaitu daripada sesuatu yang ada pada tahap fikiran melimpah keluar dan lahir dalam bentuk zahirnya apabila diungkapkan melalui perkataan dan ayat (Rozita Che Rodi dan Hashim Musa, 2014:268). Di sinilah peranan kognitif sangat penting dalam meneka dan memproses makna kerana melibatkan aktiviti minda. Bermula daripada majlis ilmu itulah, pengkaji berminat untuk mengkaji teka-teki bahasa Melayu yang selalunya mengandungi ujaran yang indah lagi tersirat maknanya.
Makna tersirat merujuk kepada makna yang tidak berasaskan makna sebenar atau bukan makna biasa bagi kata-kata yang diujarkan. Perkara ini jelas kelihatan dalam teka-teki basahan, iaitu salah satu daripada tiga kelompok besar teka-teki bahasa Melayu yang akan digunakan atau menjadi data dalam kajian ini. Teka-teki basahan tersebut terdiri daripada teka-teki bersifat kiasan, teka-teki simpulan bahasa, teka-teki mempunyai bentuk pertentangan, teka-teki seakan- akan lucah dan teka-teki yang benar-benar lucah. Kelima-lima jenis teka-teki basahan inilah yang mendukung makna tersirat yang berbeza-beza seperti makna kiasan, makna tersirat dan makna tersirat jauh. Lihat jadual 1 yang berikut:
Jadual 1: Teka-teki Basahan Bahasa Melayu Teka-Teki Basahan Melayu
No Jenis Teka-Teki Contoh
1 teka-teki kiasan Ayam putih lompat pagar
2 teka-teki simpulan bahasa Buah apa hanya untuk didengar, bukan untuk dimakan.
3 teka-teki pertentangan Dia yang keluar dahulu tetapi dia yang lepas ke bawah.
4 teka-teki seakan-akan lucah Tutup pintu, tutup lampu, buka kain, terus main
5 teka-teki lucah Apa bezanya antara basikal baru dengan pengantin baharu?
( Inon Shaharuddin Abdul Rahman (1988)
Seterusnya, pembahagian makna tersirat dalam teka-teki Melayu boleh dibahagikan pula kepada dua bahagian seperti yang tertera dalam jadual di bawah ini:
Jadual 2: Klasifikasi Makna Tersirat dalam Teka-Teki Melayu Makna Tersirat dalam Teka-Teki Melayu
No Tersirat tersirat jauh
1 teka-teki kiasan teka-teki seakan-akan lucah 2 teka-teki simpulan bahasa teka-teki lucah
3 teka-teki pertentangan
Dalam jadual 2 di atas, tersirat di sini membawa maksud makna yang mempunyai makna lain. Dengan kata mudah, apa-apa yang dimaksudkan tidak selari dengan apa-apa yang disampaikan. Makna tersirat memerlukan pentafsiran yang lebih lanjut. Makna tersirat jauh pula merujuk kepada makna yang memerlukan penelitian, pemerhatian dan renungan lebih mendalam terhadap ujaran penutur. Oleh sebab darjah pemahaman pendengar berbeza, pendengar perlu mengamati petunjuk pada pembayang teka-teki dalam menginterprestasikan makna ujaran sebenar, lebih-lebih lagi jika pendengar belum lagi berumah tangga. Hal ini kerana teka-teki yang membawa makna tersirat jauh terkandung dalam teka-teki seakan-akan lucah dan teka-teki lucah. Teka-teki bersifat kiasan mempunyai makna tersirat. Pendengar perlu memberikan jawapan yang sama sekali tidak ada kena mengena dengan pelukisan yang terdapat dalam soalannya. Teka-teki simpulan bahasa juga mengandungi makna tersirat. Bentuknya seakan-akan sama dengan teka-teki kiasan. Hanya teka-teki bersifat kiasan objeknya lebih umum dan luas, sedangkan teka-teki simpulan bahasa khusus berkaitan dengan simpulan bahasa. Manakala teka- teki mempunyai bentuk pertentangan juga membawa makna tersirat yang mempunyai sekurang- kurangnya sepasang frasa pembayang yang saling bertentangan sifatnya.
Teka-teki seakan-akan lucah pula mendukung makna tersirat jauh, walaupun jika sekilas pandang ia jelas berbau seks, namun, pada hakikatnya tidak. Unsur seks inilah yang menjadi daya tarikan terhadap teka-teki ini. Begitu juga dengan teka-teki yang benar-benar lucah turut membawa makna tersirat jauh, walaupun petunjuk dalam pembayangnya tiada unsur lucah, namun, perkara yang hendak diajukan itu sedemikian lucah sifatnya. Sudah menjadi tabii kebanyakan orang menyukai apa-apa sahaja topik berbau seks, termasuklah dalam teka-teki seakan-akan lucah dan benar-benar lucah.
Objektif
Objektif kajian ini ialah:
1. mengenal pasti faktor yang menentukan kerelevanan ujaran teka-teki Melayu
2. menghuraikan kesan konteks dan kos memproses maklumat ujaran yang terdapat dalam teka-teki bahasa Melayu
3. menjelaskan makna tersirat dari sudut semantik.
KEPENTINGAN KAJIAN
Teka-teki merupakan sebahagian daripada sastera lisan yang popular dan sangat digemari oleh orang ramai di mana-mana sahaja, terutama dalam kalangan kanak-kanak. Tidak ramai pengkaji yang mengkaji perkara yang berkait dengan teka-teki. Fenomena ini mendorong pengkaji untuk mengkaji teka-teki dari sudut makna tersirat yang terdapat dalam teka-teki tersebut. Hasil temu bual kami dengan beberapa orang informan mendapati bahawa teka-teki semakin pudar peranannya, terutama dalam dunia moden tanpa sempadan ini. Generasi muda sekarang lebih berminat untuk mendapat hiburan daripada telefon pintar yang mereka miliki. Kajian ini diharapkan dapat membuka semula kegemilangan teta-teki agar tidak terus pudar ditelan zaman.
KAEDAH DAN TEORI
Kaedah yang digunakan ialah kaedah temu bual, kepustakaan dan penganalisisan 20 teka-teki Melayu yang dipilih dengan mengkaji aspek makna tersirat yang terdapat dalam teka-teki tersebut. Penganalisisan ini berasaskan Teori Relevans. Teori ini diasaskan oleh Dan Sperber dan Diedre Wilson (1986) yang memfokuskan bagaimana persoalan untuk mentafsirkan makna yang terangkum dalam bidang semantik dan pragmatik dapat dileraikan dan melihat sejauh mana relevannya sesuatu ujaran dalam konteks tetentu. Teori ini menekankan tiga konsep utama, iaitu konteks, kesan konteks dan kos memproses. Ketiga-tiga komponen ini perlu bergabung agar setiap mesej yang hendak disampaikan mencapai tahap yang relevan. Menurut teori ini, semakin banyak kesan konteks yang diperoleh, semakin relevan sesuatu ujaran. Di samping itu, jika kos memproses maklumat semakin rendah, sesuatu ujaran itu juga menjadi semakin relevan. Dalam konteks kajian ini, ujaran dalam teka-teki Melayu mengandungi makna harfiah. Segala yang diperkatakan, terutama yang berkait dengan teka-teki seakan-akan lucah dan teka-teki yang benar-benar lucah mempunyai makna tersirat jauh, dan memerlukan pentafsiran yang lebih mendalam. Teori ini menggariskan kerelevanan sesuatu ujaran bergantung pada kesan konteks
DAPATAN KAJIAN
Teka-Teki dari Aspek Makna Tersirat Makna Kiasan
Kiasan didefinisikan sebagai gaya bahasa yang mengasosiasikan atau memperbandingkan suatu kata dengan kata yang lain berdasarkan kaitan makna atau penggambaran antara kedua-duanya sehingga lebih memperluas makna yang mungkin diungkapkan (Suhendra Yusuf, 1995: 147).
Selain itu, kiasan juga bermaksud perkataan yang tidak merujuk kepada perkara sebenar dan digunakan sebagai ibarat. Contohnya:
Lukah Tok Guru sudah mengena.
Contoh teka-teki di atas mengandungi makna berlapis, iaitu makna tersurat berbeza dengan makna yang tersirat. Dari segi makna tersurat, lukah ialah sejenis alat untuk menangkap ikan (seperti bubu) yang dipasang dalam air yang tidak berapa dalam. Dalam konteks ini, lukah kepunyaan Tok Guru yang diletakkan dalam sungai telah dimasuki ikan. Manakala makna tersirat pula ialah segala pujuk rayu atau komunikasi antara Tok Guru dengan seseorang untuk mendapatkan sesuatu telah berhasil atau berjaya seperti yang dihajatinya.
Makna Leksikal
Teo Kok Seong (1999:40) menjelaskan bahawa makna leksikal ialah makna sesuatu perkataan, frasa, ayat atau wacana seperti terdapat dalam kamus. Perhatikan contoh ayat yang berikut:
(1) Semua mentera dan jampinya tawar belaka.
(2) Sebelum membeli sesuatu barang, hendaklah kita tawar dahulu harganya.
Dalam contoh yang diberikan, tawar membawa maksud leksikal ubat yang tidak mujarab, tidak manjur (tentang guna-guna, mentera) atau hilang daya kekuatan tentang bisa, racun dan lain-lain. Manakala dalam contoh (2), kata tawar mempunyai makna leksikal ialah negosiasi yang terjadi dalam transaksi jual beli, iaitu meminta dikurangkan harga atau menyebut harga yang mampu dibayar daripada harga yang ditetapkan oleh penjual.
Makna Tersirat
Makna tersirat ialah makna implisit yang mempunyai dwierti atau makna lain daripada makna yang sebenar. Contoh:
(3) Dilap dahulu baru diletak di atas batang, baru sedap mata memandang.
(Inon Shaharuddin Abdul Rahman, 1988:2)
Makna tersirat dalam teka-teki (3) adalah tentang pemakaian cermin mata. Bermula dengan mengelap pada cermin mata, kemudian baru dipakai dengan meletakkan cermin mata di atas batang hidung. Dengan ini, penglihatan akan menjadi lebih jelas dan terang. Kata sedap bermaksud enak (nyaman atau senang) tentang perasaan selesa atau sempurna membuat sebarang kerja seperti membaca, menulis, memandu, dan sebagainya lagi.
Makna Tersirat Jauh
Makna tersirat jauh merujuk kepada makna yang tidak terjangkau dan tidak terfikir oleh pendengar akan makna sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penutur kepada pendengar.
Makna tersirat jauh terdapat pada teka-teki seakan-akan lucah dan teka-teki benar-benar lucah.
Bagi teka-teki seakan-akan lucah, ujarannya memang lucah tetapi tidak mendukung makna lucah. Lihat contoh di bawah:
(4) Selak dapat tak selak tak dapat.
Sekilas pandang, teka-teki dalam contoh (4) di atas berbau lucah, namun pada hakikatnya tidak demikian. Makna tersirat jauh bagi teka-teki di atas ialah membaca buku. Kata selak merujuk kepada membuka, iaitu membelek halaman demi halaman pada buku semasa membaca.
Secara logiknya, jika rajin membelek buku yang bercorak ilmiah, nescaya seseorang itu akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Sebaliknya, jika malas membelek buku, pengetahuan tidak bertambah atau mungkin tidak mendapat pengetahuan langsung.
Makna Konotasi
Makna konotasi ialah makna yang tersirat, bukan literal atau tersurat dan dirujuk oleh penutur dalam satu-satu konteks. Makna ini memberikan kesan emosi kepada pembaca dan pendengar ( Nathesan, 1997:163 ).
Teka-teki yang dikaji mengikut jenis yang telah dinyatakan, iaitu teka-teki bersifat kiasan, teka-teki simpulan bahasa, teka-teki mempunyai bentuk pertentangan, teka-teki seakan- akan lucah dan teka-teki yang benar lucah.
Teka-Teki dari Aspek Semantik dan Pragmatik.
Teka-Teki Bersifat Kiasan
Teka-teki bersifat kiasan memerlukan jawapan yang sama sekali tidak ada kena mengena dengan pelukisan yang terdapat dalam soalannya. Dengan kata lain, teka-teki ini mengandungi makna tersirat dan pendengar perlu mempunyai pengetahuan ensiklopedia dan maklumat yang relevan terhadap penggunaan kata yang dikiaskan kepada objek yang menjadi kiasan. Lazimnya, teka- teki ini terdiri daripada empat hingga lapan perkataan. Bagi tujuan kajian ini, kami memilih teka- teki bersifat kiasan yang mengandungi empat perkataan sahaja sebagai data kajian kerana makna tersirat wujud pada keseluruhan empat perkataan. Antara contoh teka-teki bersifat kiasan ialah:
(5): Badan di atas nyawa di bawah (wau)
Berdasarkan contoh di atas, pendengar akan membina konteks melalui kepercayaan terhadap pemikiran penutur. Pendengar percaya bahawa dalam pemikiran penutur juga menetapkan tiada makhluk di atas bumi ini yang boleh dipisahkan nyawa daripada badan, kecuali dengan ketentuan Allah. Hasilnya, makna tersirat di sini ialah FN badan di atas dikiaskan kepada pergerakan wau yang terbang tinggi di udara. Manakala FN nyawa di bawah dikiaskan kepada kawalan tali oleh pemain wau. Jika tali wau terputus atau terlucut daripada tangan pemain wau, bererti wau akan jatuh menjunam yang diistilahkan sebagai mati kerana nyawa, iaitu tali telah terlepas.
(6): Bunga di hujung, buah di batang
Meneliti data di atas, pendengar membina konteks melalui apa-apa sahaja yang berada di sekeliling. Pendengar boleh mengaitkan peristiwa dengan pengalaman sendiri atau apa-apa sahaja yang berlaku di sekitar manusia. Dalam konteks buah, terdapat banyak jenis buah-buahan tempatan seperti durian, cempedak, nangka, langsat dan lain lagi. Semua buah ini berbeza tempat berbunga dan berbuah. Umpamanya, bagi buah yang besar seperti buah durian, cempedak dan nangka berbunga dan berbuah di dahan atau di batang. Namun, buah langsat dan buah rambai yang bersaiz kecil didapati berbunga dan berbuah di batang sahaja. Manakala, buah saiz kecil seperti buah rambutan, ciku, manggis, belimbing besi dan segala jenis jambu mengeluarkan bunga dan berbuah di tangkai.
(7): Helikopter di tengah rumah
Berdasarkan teori relevans, pendengar akan membina konteks melalui persekitaran fizikal yang sedia ada di sekeliling mereka. Dari aspek semantik leksikal, helikopter ialah sejenis pengangkutan udara yang berenjin dan mempunyai kipas. Apabila enjin dihidupkan, kipas berpusing ligat serta mengeluarkan bunyi yang sangat bising. Langkah berikutnya menunjukkan bahawa pendengar akan dapat membina kesan konteks melalui proses penggabungan, iaitu maklumat lama. Helikopter yang berenjin dan berkipas digabungkan dengan maklumat baharu, iaitu helikopter di tengah rumah. Dalam konteks perbezaan ini jelas menunjukkan bahawa helikopter di tengah rumah ialah maklumat baharu dan diandaikan tidak bergerak di udara.
Sekiranya tidak mempunyai enjin dan bergerak di tengah rumah, maka jelaslah jawapannya ialah kipas. Kipas bagi helikopter tengah rumah mempunyai fungsi yang sama dengan helikopter, hanya helikopter ini tidak terbang di udara. Kipas juga boleh berpusing ligat dan mengeluarkan bunyi.
(8): Gajah putih di tengah rumah
Konteks dibina berdasarkan apa-apa sahaja yang ada di sekeliling pendengar. Gajah merupakan binatang liar yang jenis mamalia serta mempunyai tubuh badan yang besar. Untuk mendapatkan kesan konteks, mula-mula pendengar akan menggabungkan maklumat baharu gajah putih di tengah rumah dengan satu simpulan bahasa gajah putih yang membawa maksud projek mewah sama ada bangunan, kediaman atau pejabat, dan sebagainya yang telah siap binaannya, tetapi tidak digunakan kerana ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. Kata
nama gajah juga memberikan kesan konteks yang positif kerana ia juga dapat dijinakkan dan menjadi binatang yang sering muncul dalam pertunjukan sarkas dan juga menjadi binatang pengangkutan utama pada zaman dahulu, terutama di Thailand. Konteks ini tidak mengaitkannya dengan simpulan bahasa tersebut, sebaliknya bagaimana gajah boleh berada di tengah rumah.
Hasilnya, makna tersirat yang terkandung dalam data tersebut ialah kelambu, iaitu objek yang dikiaskan dengan gajah putih kerana mempunyai persamaan dari segi warna dan saiz.
Kebiasaannya kelambu besar ini berwarna putih. Maksud saiz di sini merujuk kepada kelambu besar saiz kelamin. Kelambu besar diletakkan di tengah rumah kerana ia memakan ruang dan kurang sesuai diletakkan di tengah rumah. Ujaran ini dianggap relevans kerana mempunyai kesan konteks yang banyak serta kos memproses yang sedikit atau rendah. Mengikut teori relevans, semakin banyak kesan konteks, semakin relevans sesuatu ujaran tersebut.
Teka-Teki Simpulan Bahasa
Bentuk teka-teki simpulan bahasa seakan-akan sama dengan teka-teki bersifat kiasan. Hanya yang membezakan antara kedua-duanya ialah teka-teki bentuk kiasan mempunyai objek yang kelihatan lebih umum dan luas, sedangkan teka-teki simpulan bahasa khusus berkait dengan simpulan bahasa.
Contoh teka-teki simpulan bahasa ialah
(8) Buah apa hanya untuk didengar, bukan untuk dimakan? (buah mulut) (9) Jatuh apa rasanya sedap? (jatuh cinta)
(10) Ulat apakah yang paling bijak di dunia? (ulat buku) (11) Semakin kuat, semakin mudah terlepas (ikat jamin)
(8): Buah apa hanya untuk didengar, bukan untuk dimakan?
Berdasarkan teori relevans dan data di atas, pendengar akan dapat membina konteks melalui pengetahuan sedia ada di sekeliling mereka. Dari segi logik akal, semua buah-buahan yang melalui proses tanaman boleh dimakan, kecuali yang diklasifikasikan tidak boleh dimakan seperti buah kulim, buah larah, buah kermau, buah kemuning, buah kemunting dan lain lagi kerana dibimbangi mengandungi racun. Selain itu, terdapat penggunaan kata buah yang menunjukkan komponen anggota badan seperti buah tangan, buah mulut, buah zakar dan buah dada (payu dara).
Semua maklumat yang digabungkan itu diproses untuk menginterprestasikan makna sebenar ujaran dalam data yang dalam teori Relevans disebut kos memproses. Kos memproses ini akan mengandaikan bahawa buah yang tidak boleh dimakan tentulah bukan daripada jenis buah yang ditanam pokoknya seperti buah yang terdapat pada anggota badan manusia atau, memang buah daripada pokok yang ditanam, tetapi tidak boleh dimakan kerana kemudaratannya, atau diambil sempena nama buah yang digunakan dalam simpulan bahasa. Hasilnya, didapati bahawa makna tersirat bagi data di atas dikaitkan dengan kata buah-buahan dalam simpulan bahasa, iaitu sama ada buah mulut atau buah tangan.
(9): Jatuh apa rasanya sedap?
Bagi data di atas, pendengar membina konteks melalui peristiwa. Pendengar boleh mengaitkan peristiwa pengalaman yang ditempuhinya dengan persekitaran di sekeliling. Dalam konteks jatuh, kemalangan ini boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa seperti jatuh tangga, jatuh buaian, jatuh bumbung, jatuh motor, jatuh basikal, dan sebagainya. Akibat daripada jatuh ialah kesan yang ditinggalkan, sama ada jangka panjang atau jangka pendek. Kesan jangka pendek ialah seperti kecederaan ringan, patah dan seliuh, manakala kesan jangka panjang, mungkin akan lumpuh dan cacat seumur hidup. Konteks yang sedia ada, jatuh rasa sakit berbeza dengan jatuh rasa sedap. Jatuh rasa sakit kerana maklumat lama merupakan andaian yang lemah dan berlaku pertentangan dengan jatuh rasa sedap yang dianggap relevan untuk membina konteks dengan andaian bahawa ada satu kemalangan yang akibat jatuh itu tidak mengalami rasa kesakitan. Hasilnya, makna tersirat yang terdapat dalam ujaran ialah simpulan bahasa jatuh cinta, iaitu simpulan bahasa yang diketahui ramai bermaksud pasangan lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Kata sedap membawa maksud seronok dan leka akibat jatuh cinta.
(10): Ulat apakah yang paling bijak di dunia?
Berdasarkan data yang diberikan, konteks dikembangkan oleh pendengar melalui ensiklopedia. Kita tahu bahasa bulat ialah sejenis binatang yang kecil yang kebiasaannya lembut dan banyak kakinya serta lama kelamaan menjadi kepompong, dan akhirnya akan menjadi kupu- kupu. Kita juga mengetahui bahawa binatang yang cerdik ialah ikan lumba-lumba, sang kancil dan binatang buas yang dijinakkan seperti harimau, singa, gajah, dan sebagainya, namun pendengar menggabungkan maklumat lama, iaitu ulat tidak bijak dan maklumat baharu, iaitu ulat paling bijak untuk mendapatkan kesan konteks yang lebih berkesan. Frasa ayat ulat sebagai binatang bijak merupakan maklumat baharu pendengar untuk digandingkan dengan maklumat lama, iaitu ulat tidak bijak seperti dihuraikan dalam konteks di atas. Kedua-dua ini merupakan peringkat memproses maklumat untuk mendapatkan pengintepretasian makna sebenar ujaran.
Dalam kos memproses maklumat, pendengar akan menetapkan andaian bahawa manusia menjadi bijak, pandai, cerdik atau pintar adalah atas titik peluh sendiri dengan belajar bersungguh- sungguh. Akan tetapi ulat sejenis bintang yang tidak berakal dan frasa nama ulat seolah-olah ulatlah yang mendampingi buku tetapi hakikatnya adalah tidak. Hasilnya, makna tersirat bagi teka-teki dalam data ini ialah simpulan bahasa ulat buku yang menunjukkan maksud seseorang yang sentiasa mendampingi buku dengan tidak mempedulikan orang lain di sekelilingnya.
(11): Semakin kuat diikat, semakin mudah terlepas?
Dalam data yang dinyatakan di atas, konteks diperoleh oleh pendengar melalui faktor peristiwa yang kemudiannya dirujuk pula kepada apa-apa sahaja yang berlaku di sekitar manusia. Jika mengikut logik akal, sesuatu barang atau benda yang telah diikat dengan kemas seperti plastik, guni berisi barang, kayu, papan, kerusi, buah, meja, dan sebagainya apabila diikat adalah sangat payah untuk dilepaskan. Oleh sebab konteks yang sedia ada, iaitu semakin kuat diikat, semakin sukar terlepas, berbeda dengan konteks maklumat baharu yang diberikan kerana ia dianggap andaian yang lemah dan berlaku pertentangan maklumat. Pendengar akan menilai
maklumat baharu, iaitu semakin kuat diikat, semakin mudah terlepas yang dianggap relevans untuk membina kesan konteks dengan andaian bahawa setiap ikatan yang kemas dan kuat tidak bererti tidak boleh terlepas atau belum pasti terjamin selamat. Hasilnya, makna tersirat dalam data tersebut ialah simpulan bahasa ikat jamin yang membawa maksud membayar sejumlah wang untuk membebaskan seseorang penjenayah yang telah dihadapkan di mahkamah atas tuduhan jenayah. Frasa ayat semakin kuat diikat merujuk kepada seseorang penjamin telah membayar wang jaminan yang telah ditetapkan oleh mahkamah untuk membebaskan tertuduh sementara menunggu kes perbicaraan dijalankan. Manakala, frasa semakin mudah terlepas mempunyai maksud tersirat penjenayah masih boleh bergerak bebas pergi ke mana-mana walaupun menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah.
Teka-Teki Mempunyai Bentuk Pertentangan
Unsur pertentangan banyak digunakan dalam teka-teki untuk memantapkan bentuk soalan dari segi kejelasannya. Unsur pertentangan yang dimaksudkan ini ialah pertentangan antara dua pembayang atau objek yang menjadi pelukisan dalam soalan teka-teki tersebut. Teka-teki jenis ini mempunyai sekurang-kurangnya sepasang frasa pembayang yang saling bertentangan sifatnya. Kedua-dua frasa pembayang itu dipisahkan oleh perkataan tetapi.
Contoh teka-teki yang mempunyai bentuk pertentangan:
(12) Dia yang keluar dahulu tetapi dia lepas ke bawah. (jantung pisang) (13) Bunyi di bawah tetapi cari di atas. (bumbung tiris)
(14) Pokok di darat tetapi isi dalam air. (buah kelapa) (15) Jika lupa bawa, jika ingat tinggal. (kemuncup)
(Inon Shaharuddin Abdul Rahman, (1988) (12): Dia yang keluar dahulu tetapi dia lepas ke bawah.
Berdasarkan teka-teki di atas, pendengar akan membawa konteks melalui faktor kepercayaan dalam pemikiran penutur. Seterusnya, boleh dikembangkan menerusi amalan budaya di sekeliling kita. Dari segi kepercayaan dan budaya, apa-apa sahaja yang keluar atau pergi dahulu, sudah pasti akan tiba awal. Umpamanya, dalam acara olahraga seperti lari 100 meter, pelari yang memecut laju ke depan sekali akan memenangi acara tersebut. Seterusnya, pendengar akan melakukan proses penggabungan untuk membina kesan konteks. Maklumat sedia : keluar dulu sampai dulu dan maklumat baharu: keluar dulu tetapi lepas ke bawah atau sampai kemudian akan digabungkan untuk mendapatkan kesan konteks yang berkesan. Melalui penggabungan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa apa yang dihuraikan dalam kedua-dua maklumat baharu dan maklumat sedia tersebut telah sekian lama wujud. Lebih-lebih lagi huraian dalam data di atas merupakan sesuatu yang pada anggapan kita mustahil berlaku, tetapi sememangnya telah berlaku antara FK keluar dahulu dengan FK lepas ke bawah. Pada hal, fenomena ini telah lama wujud dan dipilih sebagai data kajian. Hasilnya, makna tersirat bagi data di atas ialah proses pokok pisang mengeluarkan buah. Jawapan tersirat merujuk kepada jantung pisang. Walaupun jantung pisang yang terbit dahulu, akan tetapi jantung pisanglah juga yang lepas ke bawah setelah proses buah pisang terjadi.
(12): Bunyi di bawah tetapi cari di atas.
Konteks bagi data di atas dibina daripada persekitaran fizikal pendengar yang kemudiannya dikembangkan melalui apa-apa sahaja yang berlaku di sekitar manusia. Dari segi konteks pengalaman, mencari sesuatu barang yang hilang sudah tentulah berhampiran dengan tempat barang tersebut hilang. Konteks ini berbeza dengan konteks dalam ujaran yang secara prinsipnya bertentangan, yang membawa maksud hilang di tempat lain tetapi mencari di tempat lain. Oleh yang demikian, dalam konteks pendengar perlu mengugurkan maklumat sedia: bunyi di bawah caripun di bawah yang berupa satu andaian yang lemah akibat daripada pertentangan maklumat. Pendengar akan mengkaji pula maklumat baharu: bunyi di bawah tetapi cari di atas yang dianggap relevan untuk membina kesan konteks dan mengandaikan bahawa sesuatu bunyi yang dikesan di bawah tidak perlu mencari punca tersebut di bawah juga. Berbekalkan maklumat baharu ini, bunyi di bawah tetapi cari di atas, andaian ini diproses melalui kos memproses untuk meneka makna sebenar ujaran dalam data yang terdapat di atas. Kata bunyi di sini merujuk kepada pendengar membuat ketetapan, sama ada bunyi yang dikeluarkan itu perlu perlahan atau kuat. Berpandukan frasa kerja di atas, maka pendengar dapat membuat ketetapan maksud ujaran penutur: bunyi di bawah tetapi cari di atas: merupakan air yang menitis dari atas turun ke bawah.
Hasilnya makna tersirat bagi keseluruhannya ialah bumbung tiris. Apabila berlaku kebocoran pada bumbung atau atap rumah, air akan menitis ke bawah dan berbunyi walaupun ditadah dengan timba atau besen. Kemudian jika hendak menampal tempat yang bocor itu kita akan mencari puncanya di bahagian atas, iaitu bumbung atau atap.
(13): Pokok di darat tetapi isi dalam air
Konteks dalam data di atas dibina oleh pendengar melalui andaian am dan budaya.
Budaya menanam pokok sudah sebati dalam jiwa manusia sejak dahulu lagi. Paling tidak, mereka pasti akan menanam pokok bunga atau buah-buahan di sekitar kawasan rumah.
Seterusnya, konteks dalam data di atas dicetuskan oleh pendengar melalui proses penggabungan, yakni menggabungkan andaian awal yang ada pada pendengar atau dikenali juga sebagai maklumat lama, iaitu pokok di darat isi atau buah di darat juga dengan maklumat baharu, iaitu pokok di darat tetapi isi dalam air, yakni merupakan ujaran dalam data tersebut. Sudah menjadi kebiasaan, apabila pokok di darat maka buahnya juga di darat, tetapi ini berbeda dengan data baharu yang diperoleh. Penggabungan kedua-dua maklumat lama dan baharu diproses untuk menginterprestasikan makna sebenar ujaran dalam data ini. Kos memproses akan mengandaikan bahawa hanya pokok yang ditanam dalam air yang akan berbuah atau mempunyai isi dalam air.
Contohnya, pokok teratai yang biasanya di dalam kolam, tasik atau bekas lombong memang akan tumbuh di atas air dan berbuah juga di atas air. Hasilnya, makna tersirat bagi data ini ialah buah kelapa. Huraian bagi jawapan ini ialah pokok kelapa yang ditanam atau tumbuh di darat tetapi mempunyai buah yang mengandungi air di dalamnya. Oleh itu, buah ini dikenali sebagai buah di dalam air sejak dini, kini dan selamanya. Kriteria ini diizinkan dalam teori r
elevans dan ujaran dalam data di atas juga dianggap tidak melanggar prinsip teori relevans.
(14): Jika lupa bawa, jika ingat tinggal
Berdasarkan data yang dinyatakan di atas, pendengar membina konteks dengan melalui kepercayaan kepada pemikiran penutur. Pendengar percaya bahawa dalam pemikiran penutur juga telah ada pelbagai andaian, iaitu manusia tidak boleh terlepas daripada sifat pelupa atau tidak ingat serta alpa. Jika seseorang manusia sememangnya sangat sempurna, namun tabiat lupa tetap bersarang dalam diri seseorang. Istilah lupa dari aspek semantik leksikal ialah tidak timbul dalam fikiran, tidak sedar atau tidak ingat akan sesuatu (Kamus Dewan. 2015: 968). Andaian awal: jika lupa tinggal, jika ingat bawa dikuatkan dengan kehadiran maklumat baharu yang merupakan keterbalikan dengan andaian awal tadi boleh disahkan dan terbukti betul bagi kesan kontek yang berfaedah. Hal ini penting untuk membantu pendengar dalam menginterprestasikan makna ujaran sebenar. Peranan kos memproses maklumat pendengar dengan mengambil kira maklumat baharu ini, iaitu jika lupa bawa, jika ingat tinggal mengandungi peringatan agar berhati-hati tentang sesuatu yang boleh menimbulkan kesulitan. Pendengar akan mengandaikan bahawa istilah bawa jika lupa ialah membawa sesuatu yang kurang menyenangkan dan tidak disukai dan sangat perlu dijauhi. Hasilnya, makna tersirat bagi data di atas ialah mengelak pakaian seperti kain atau seluar daripada terkena pokok kemuncup di atas padang yang berumput. Jika kita berjalan di atas padang yang banyak pokok kemuncup sudah tentu kita akan beringat-ingat dan tidak akan pergi ke arah pokok tersebut sekali gus menjauhkan diri daripadanya. Inilah yang dimaksudkan dengan ayat jika ingat tinggal. Manakala ayat jika lupa bawa mempunyai makna tersirat seandainya kita terus berjalan di atas padang tanpa berhati-hati nescaya banyaklah kemuncup yang dibawa bersama-sama.
Teka-Teki seakan-akan Lucah
Teka-teki seakan-akan lucah tidak mempunyai makna seharfiah yang diujarkan, iaitu apa-apa yang dimaksudkan tidak selari dengan apa-apa yang hendak disampaikan. Selain itu, teka-teki ini juga menggunakan pembayang yang jelas berbau seks atau lucah, namun, perkara yang menjadi referensinya tidaklah bermaksud demikian. Kesemua itu merupakan daya tarikan yang terdapat dalam teka-teki tersebut, di samping unsur humor yang dibawanya. Faktor inilah yang menjadikan teka-teki sebagai bahan lisan kegemaran ramai di mana-mana sahaja dengan tidak mengira batasan sosial. Walaupun ujaran dalam teka-teki ini memerlukan lebih banyak usaha memproses maklumat, tetapi kesan yang diperoleh oleh pendengar mestilah setimpal dengan usaha yang ditumpukan oleh mereka. Ujaran seumpama ini dibenarkan mengikuti teori relevans.
Hal ini demikian kerana darjah kefahaman pendengar terhadap makna tersirat jauh dalam teka- teki ini berbeza dan bagaimana menginterprestasikannya adalah mengikut persepsi masing- masing. Walaupun pembayang teka-teki tersebut jelas berbau seks atau lucah, namun, perkara yang menjadi referensinya tidaklah bermaksud demikian. Sebab itulah teka-teki begini disebut sebagai teka-teki seakan-akan lucah.
Contoh teka-teki seakan-akan lucah:
(15) Tutup pintu, tutup lampu, buka kain, terus main. (wayang gambar) (16) Bulu bertemu bulu, tak ingat apa dah. (pejam mata / tidur)
(17) Ada bulu ada batang, bulu masuk lubang, batang dipegang. (berus gigi)
(Inon Shaharuddin Abdul Rahman, 1988) (15): Tutup pintu, tutup lampu, buka kain, terus main
Sekiranya data dalam teka-teki jenis ini dan teka-teki benar-benar lucah diujarkan kepada kanak-kanak dan golongan remaja dan juga kepada golongan dewasa yang belum mendirikan rumah tangga, agak sukar bagi mereka hendak menyelami makna tersirat jauh yang tercakup dalam data yang diberikan. Oleh sebab data ini yang agak berbau lucah kerana banyak berlegar tentang persoalan seks, hanya mereka yang telah berkahwin mampu dan berupaya mentafsir data mengandungi makna tersirat jauh data ini. Data ini memperlihatkan pengulangan kata kerja dengan kata nama bermula dari awal hingga akhir ujaran. Penjelasan ini dapat membantu pendengar membina maklumat konteks melalui wacana golongan kata dan mencari andaian pengulangan apa yang berlaku. Maklumat konteks ini akan membantu pendengar mewujudkan pada kesan konteks. Pendengar akan menggabungkan pola ayat frasa nama dan juga frasa kerja dengan maklumat baharu, iaitu pengulangan frasa kerja tanpa frasa nama di depan. Dalam maklumat lama, pendengar mendapati bahawa kata kerja digunakan dalam ayat yang mempunyai pola frasa nama dan frasa kerja. Namun, ujaran penutur dalam data di atas menunjukkan bahawa pengulangan frasa nama sebanyak empat kali berturut-turut tanpa frasa nama di depan untuk menunjukkan pelaku atau pembuat. Di sini, pendengar mendapati bahawa ayat dalam data tidak sama dengan maklumat lama, iaitu pola ayat frasa nama dan frasa kerja.
Semua maklumat yang digabungkan itu diproses untuk menginterpretasikan makna sebenar ujaran dalam data. Kos memproses ini mengandaikan bahawa deretan kata kerja dan kata nama berlaku satu demi satu secara serentak. Fenomena ini menunjukkan bahawa empat jenis kata kerja dilakukan secara berturut-turut secara terus menerus tanpa henti. Kerja yang dilakukan itu menunjukkan bahawa terdapat suatu aktiviti yang dijalankan oleh satu pihak kepada pihak yang lain. Soalnya ialah apa, di mana, bila, kenapa dan bagaimanakah aktiviti berkenaan dilaksanakan? Ternyata di sini, data di atas mempunyai kos memproses maklumat yang tinggi kerana menggunakan banyak petunjuk untuk meneka jawapan. Hasilnya, makna tersirat jauh bagi data di atas merujuk kepada satu aktiviti kerja tayangan wayang gambar di pawagam atau mini pawagam dan bukan skrin tayangan kini yang hanya menggunakan lampu tanpa kain. Frasa kerja tutup pintu membawa maksud pintu akan ditutup apabila penonton semua telah memenuhi pawagam, frasa kerja tutup lampu bermaksud lampu dalam pawagam yang dipadam untuk mendapat kesan gelap. Frasa kerja buka kain bererti menarik tirai yang menutupi layar dan frasa kerja terus main membawa makna tayangan filem bermula.
(16): Bulu bertemu bulu, tak ingat apa dah.
Data di atas memperlihatkan bahawa andaian awal pendengar yang disebut juga sebagai maklumat sedia: apabila bulu bertemu bulu, anggota lain turut bertemu juga bertentangan dengan maklumat baharu: bulu bertemu bulu tak ingat apa dah, iaitu ujaran dalam data. Langkah berikutnya, pendengar akan membina kesan konteks melalui proses pengguguran. Dalam maklumat sedia: apabila bulu bertemu bulu, pendengar mengandaikan anggota badan yang lain seperti kaki, tangan, hidung, mulut dan lain-lain turut bertemu juga. Frasa ayat anggota badan yang lain turut bertemu membawa makna konotasi melakukan hubungan seks antara peria
dengan wanita. KN bulu bermaksud rambut halus pada tubuh manusia dan binatang ( Kamus Dewan, 2015:186 ).
Pendengar juga mengandaikan semua jenis bulu pada tubuh manusia seperti bulu hidung, bulu ketiak, bulu roma pada bahagian tangan dan betis, bulu pada alat sulit manusia, bulu mata dan bulu dada, ada yang boleh dan ada yang tidak boleh bertemu sesama sendiri mengikut konteks. Justeru, pendengar perlu menggugurkan maklumat sedia: rasa geli apabila bulu bertemu bulu kerana maklumat ini merupakan andaian yang lemah dan berlaku pertentangan maklumat antara yang sedia dengan yang baharu: bulu bertemu bulu, tak ingat apa dah. Pendengar akan menilai maklumat baharu: bulu bertemu bulu, tak ingat apa dah yang dianggap relevan untuk membina kesan konteks dangan andaian wujud fenomena bulu bertemu bulu sehingga lupa pada apa-apa yang berlaku di sekeliling. Andainya pendengaran ini dilakukan dalam kos memproses untuk menginterprestasikan makna tersirat jauh, kita dapat mengandaikan bulu bertemu bulu bukanlah membawa maksud berunsur seks seperti yang dijangkakan kerana bulu bukan setakat ada pada alat sulit manusia sahaja. Jelaslah di sini bahawa ujaran dalam data di atas mempunyai kos memproses maklumat yang tinggi kerana pendengar memerlukan beberapa petanda (tanda, alamat) untuk meneka jawapan. Hasilnya, maksud tersirat jauh untuk data di atas ialah pejam mata atau tidur. Tidak dapat dinafikan waktu tidurlah, kedua-dua bulu mata atas dan bulu mata bawah bertemu. Kesan tidur kepada kita memberangsangkan kerana jika tidur nyenyak sudah tentu tidak tahu apa-apa yang berlaku di sekitar kita.
(17): Ada bulu ada batang, bulu masuk lubang, batang dipegang
Data di atas menunjukkan bahawa andaian awal pendengar, iaitu bulu tidak boleh masuk lubang tidak selari dengan maklumat dalam data. Menerusi maklumat lama, iaitu bulu tidak boleh masuk lubang, kita mengandaikan bahawa bulu dan batang seperti batang hidung, batang jari, batang zakar, dan sebagainya memang dimiliki oleh semua makhluk yang bernyawa. Jenis bulu yang terdapat pada manusia ialah bulu hidung, bulu ketiak, bulu mata, bulu roma, bulu alat sulit manusia, bulu dada, dan sebagainya. Jika ditafsir menggunakan maklumat lama, iaitu bulu tidak boleh masuk lubang, sudah pasti ia berbau lucah kerana istilah lubang membawa makna konotasi alat kelamin manusia. Namun, data di atas menyatakan bahawa bulu yang masuk lubang, bukannya batang. Oleh yang demikian, pendengar akan menggugurkan maklumat lama, iaitu bulu tidak boleh masuk lubang kerana ia merupakan andaian yang lemah dan berlaku pertentangan maklumat antara yang lama dengan yang baharu, iaitu bulu masuk lubang.
Pendengar akan menilai maklumat baharu, iaitu bulu masuk lubang sebagai relevan untuk membina kesan konteks dengan andaian bahawa hanya bulu yang boleh masuk lubang. Andaian pendengar ini digambarkan dalam kos memproses untuk menginterpretasikan makna tersirat, juga mengandaikan bahawa data ini tidak berbau lucah seperti yang difikirkan sebelum ini.
Petanda yang menunjukkan bahawa data ini lucah terlihat pada frasa bulu masuk lubang, batang dipegang. Jika hendak ditafsirkan lucah, frasa tersebut sepatutnya berbunyi sebaliknya, iaitu batang masuk lubang, bulu dipegang. Dengan ini, jelaslah kepada kita bahawa ujaran dalam data tersebut mempunyai kos memproses maklumat yang tinggi kerana data ini mengajak pendengar untuk menggunakan petanda meneka jawapan. Hasilnya, makna tersirat ialah memberus gigi.
makna berus gigi mengosok semua gigi. Frasa nama batang dipegang membawa makna tersirat memegang berus gigi.
(18): Masuk keras, keluar terkulai
Sekilas pandang data di atas memang benar-benar berbau lucah, namun, hakikatnya tidak demikian. Pendengar akan membina konteks melalui andaian am yang dikembangkan melalui pengetahuan seksologi. Maklumat baharu: masuk keras, keluar terkulai dalam ujaran ini membawa makna konotasi yang sama dengan maklumat sedia: masuk keras, keluar terkulai.
Untuk langkah yang seterusnya, pendengar akan membina pula kesan konteks melalui proses pengabungan. Andaian awal: masuk keras, keluar terkulai yang ada pada pendengar akan digabungkan walaupun sama dengan maklumat baharu: masuk keras, keluar terkulai untuk pendengar membuat interpretasi. Seperti disebutkan pada awal huraian di atas, data ini tidak berunsur seks. Namun, secara tersirat, data ini seakan-akan merujuk kepada sebelum dan selepas melakukan hubungan seks. Secara tabii dan menurut ilmu seksologi, alat kelamin lelaki yang normal tidak menghadapi masalah melakukan hubungan seks jika berjaya dirangsang dengan berkesan.
Kos memproses akan mengandaikan bahawa masih terdapat situasi yang tidak berbau seks dan serupa seperti dalam data di atas, yakni masuk keras, keluar terkulai. Jika data ditafsirkan sebagai melakukan hubungan seks yang melibatkan manusia, maka data di atas yang pada hakikatnya tidak berbau seks sebenarnya melibatkan objek tidak bernyawa sebagai petunjuk baharu untuk meneka jawapan. Hasilnya, maka tersirat jauh yang terkandung dalam data di atas merujuk kepada tangan baju. Frasa kerja masuk keras dengan makna tersiratnya tangan baju akan menjadi keras apabila kita memasukkan kedua-dua tangan ketika memakainya.
Sementara frasa kerja keluar terkulai dengan makna tersiratnya tangan baju menjadi lembik sebaik sahaja kita menanggalkan baju.
Teka-teki yang benar-benar lucah
Seperti yang dinyatakan dalam teka-teki seakan-akan lucah, teka-teki jenis ini dan teka-teki seakan-akan lucah jika diujarkan kepada kanak-kanak atau kanak-kanak peringkat awal remaja, malah kepada orang dewasa yang belum mendirikan rumah tangga, agak sukar bagi mereka hendak menyelami makna tersirat jauh yang terdapat dalam data berkenaan. Oleh sebab data ini berbau lucah, maka banyak berlegar tentang persoalan seks, hanya mereka yang telah berkahwin mampu dan berupaya mentafsir data yang mengandungi makna tersirat jauh. Persoalan seks sering kali menimbulkan kelucuan yang amat sangat apabila diperkatakan dalam keadaan tertentu. Oleh sebab banyak orang yang begitu cenderung ke arah seks, maka seks sering dijadikan bahan untuk menimbulkan humor dalam teka-teki.
Contoh teka-teki benar-benar lucah:
(19) Apa bezanya antara basikal baharu dengan pengantin baharu?
Jawapan: Basikal baharu apabila jumpa lubang, elak tetapi pengantin baharu, apabila jumpa lubang masuk.
(20) Apa bezanya antara daun betik dengan tangan wanita?
Jawapan: Daun betik boleh melembutkan daging, tetapi tangan wanita boleh mengeraskan daging.
(21) Apa bezanya antara gajah dengan kain pelikat cap gajah?
Jawapan: Gajah, belalai di luar, manakala kain pelikat cap gajah belalainya di dalam.
(22) Apa bezanya antara basikal dengan wanita?
Jawapan: Basikal, pam dahulu baru naik. tetapi wanita naik dahulu baru pam.
(19): Apa bedanya antara basikal baharu dengan pengantin baharu?
Dalam data di atas, pendengar akan membina konteks melalui wacana golongan kata, iaitu kata adjektif. Penunjuk golongan kata dapat dikesan pada KA baharu dan membawa makna leksikal, iaitu sesuatu yang belum dipakai lagi atau belum lama dipakai (Kamus Dewan, 2015:105). Dengan ini, frasa nama basikal baharu menunjukkan maksud, sama ada basikal yang belum dipakai lagi atau belum lama dipakai. Manakala frasa nama pengantin baharu, merujuk kepada pasangan yang baru bernikah dan baru menjalani hidup sebagai pasangan suami-isteri yang sah.
Maklumat sedia ada pada pendengar: perbezaan tersurat antara basikal baharu dengan pengantin baharu dapat dikaitkan dengan sifat semula jadi manusia yang pasti menyayangi sesuatu yang baharu. Dalam konteks data di atas, basikal yang baharu dibeli akan dijaga, diawasi dan diberi perhatian rapi agar sentiasa dalam keadaan baik dan elok. Begitu juga dengan pasangan yang baru menjadi pengantin, akan tinggal bersama untuk berkongsi hidup dalam suasana berkasih sayang, saling mencintai, ceria, harmoni, dan sebagainya lagi. Namun, persoalan di sini ialah jika basikal baharu memerlukan pengawasan serta penjagaan teliti untuk mengekalkan tahap daya tahannya, maka bagaimana pula dengan pengantin baharu? Di sinilah peranan kos memproses maklumat pendengar dengan mengambil kira aspek penjagaan basikal baharu. Salah satu aspek penjagaan terhadap basikal baharu ialah mengelakkan basikal tersebut daripada melanggar atau terlanggar lubang di atas jalan. Tujuannya, supaya tayar tidak mudah pancit atau mengalami kerosakan teruk pada bahagian lain basikal. Selain itu, memerlukan dua bentuk jawapan yang bertentangan antara satu sama lain. KN lubang digunakan untuk menunjukkan persamaan objek yang kena buat oleh KK elak dan KK masuk.
Di sini jelaslah kepada kita bahawa ujaran dalam data di atas mempunyai kos memproses maklumat yang tinggi kerana data ini mengajak pendengar menerokai maklumat demi maklumat sehingga mendapat petunjuk untuk meneka jawapan yang mengandungi makna tersirat jauh.
Hasilnya, makna tersirat jauh yang dapat difikirkan bersama ialah jika basikal baharu apabila jumpa lubang akan mengelak, tetapi pengantin baharu, apabila jumpa lubang akan masuk. Frasa ayat apabila jumpa lubang masuk membawa makna konotasi melakukan hubungan seks.
(20): Apa bedanya antara daun betik dengan tangan wanita?
Berdasarkan data di atas, konteks dapat dibina oleh pendengar melalui andaian am yang kemudiannya dikembangkan melalui persekitaran manusia. Antara konteks alam sekeliling
kegunaan daun betik. Pendengar akan membina kesan konteks melalui proses penguatan untuk mendapat kesan konteks yang tinggi. Andaian awal: perbedaan tersurat antara daun betik dengan tangan wanita dikuatkan dengan kehadiran maklumat baharu, iaitu perbedaan tersirat antara daun betik dengan tangan wanita. Andaian awal dalam konteks data ini ialah pemahaman pendengar tentang kegunaan daun betik yang boleh digunakan dalam usaha melembutkan daging. Manakala tangan wanita pula sangat penting dan berguna dalam melakukan apa-apa sahaja pekerjaan sama ada di rumah atau di tempat kerja. Ternyata ujaran dalam data ini mempunyai kos memproses yang rendah kerana mudah bagi pendengar meneka jawapan yang tersirat.
Data ini memerlukan dua bentuk jawapan yang bertentangan antara satu sama lain. Di sinilah letaknya peranan kos memproses maklumat, iaitu pendengar akan mengandaikan jika betik digunakan untuk melambutkan daging, maka sudah tentu jawapannya bertentangan untuk tangan wanita, iaitu lawan kata kerja melembutkan, iaitu mengeraskan. Kata nama daging digunakan untuk menunjukkan objek yang kena buat oleh kata kerja mengeraskan sama dengan objek yang kena buat oleh kata kerja melembutkan. Persoalan yang timbul di sini ialah tangan wanita tidak boleh digunakan untuk mengeraskan daging haiwan seperti daging lembu, kerbau, arnab, ayam, kambing, dan sebagainya kerana daging haiwan sememangnya sudah lembut dan lagi pula dari topik yang membawa makna konotasi tentang seks. Data ini walaupun membawa usaha memproses yang rendah kerana daun betik dengan tangan wanita, namun ia mempunyai makna tersirat yang tinggi. Seorang suri rumah sangat tahu kegunaan daun betik dan dalam masa yang sama wanita sangat mengetahui peranan tangan wanita dalam konteks mengeraskan daging.
Hasilnya, makna tersirat di atas ialah daun betik boleh melembutkan daging tetapi tangan wanita boleh mengeraskan daging. Frasa kerja mengeraskan daging membawa makna konotasi menegangkan sesuatu.
(21): Apa bezanya antara gajah dengan pelikat cap gajah?
Berdasarkan data di atas, pendengar dapat membina konteks melalui wacana penggolongan kata yang kemudiannya dikembangkan melalui persekitaran yang berlaku di sekeliling manusia.
Andaian am di sini membawa maksud pendengar telah mempunyai pengetahuan tentang gajah yang tergolong dalam kata am untuk binatang. Gajah merupakan binatang berdarah panas dan berkaki empat dari jenis mamalia yang bersaiz besar, ada belalai dan mempunyai gading bagi gajah jantan. Dari awal pendengar akan membina kesan konteks melalui proses penguatan untuk mendapat kesan konteks yang tinggi. Andaian awal perbezaan tersurat antara gajah dengan kain pelikat cap gajah dikuatkan dengan kehadiran maklumat baharu: perbezaan tersirat antara gajahd engan kain pelikat cap gajah. Dalam konteks data ini, andaian awal pendengar ialah mengetahui fungsi salah satu anggota badan gajah, iaitu belalai. Belalai, penting bagi gajah sebagai alat menyedut air untuk dimasukkan ke dalam mulut dan menyembur air ke seluruh badan.
Selain itu belalai juga digunakan untuk mengangkat dan membelit objek keras seperti batang pokok, kepingan kayu, malah dapat membelit manusia dan sesiapa sahaja yang dianggap musuh. Ujaran data ini jelas mempunyai kos memproses yang tinggi kerana ujaran tersebut tidak mempunyai makna harfiah. Jika diteliti secara kasar, seolah-olah tiada kaitan langsung antara gajah dengan kain pelikat cap gajah. Namun, menurut teori relevan, jika usaha memproses maklumat itu tinggi, manakala kesan dan maklumat yang diperoleh juga tinggi, ujaran data
tersebut diizinkan. Data ini menunjukkan maklumat yang tinggi kerana ada perkaitan antara makna tersirat jauh antara gajah dengan kain pelikat cap gajah. Hasilnya, makna tersirat jauh dalam data di atas ialah gajah mempunyai belalai di luar, sementara kain pelikat cap gajah mempunyai belalai di dalam. Frasa nama belalai di dalam membawa konotasi kedudukan alat kelamin lelaki di dalam kain pelikat cap gajah jika pemakainya orang lelaki.
(22): Apa bezanya antara basikal baharu dengan pengantin baharu?
Dalam data di atas, pendengar akan membina konteks melalui wacana golongan kata, iaitu kata adjektif. Petunjuk golongan kata dapat dilihat pada kata adjektif baharu dan membawa makna leksikal sesuatu yang belum dipakai atau belum lama dipakai. Dengan ini frasa nama basikal baharu menunjukkan maksud sama ada basikal yang belum dipakai lagi atau belum lama dipakai. Manakala frasa nama pengantin baharu menunjukkan kepada pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga dan menjalin hubungan yang sah. Pendengar akan membina pula kesan konteks melalui proses penguatan untuk mendapatkan kesan konteks yang tinggi. Andaian awal: perbezaan tersurat antara basikal baharu dengan pengantin baharu dikuatkan dengan kehadiran maklumat baharu, iaitu perbedaan tersirat antara basikal baharu dengan pengantin baharu. Manakala maklumat yang sedia ada pada pendengar sama dengan andaian awal boleh disahkan dan terbukti betul untuk membentuk kesan konteks yang berfaedah. Cara begini penting untuk membantu pendengar dalam menginterpretasikan maksud sebenar ujaran tersebut.
Perbedaan basikal baharu dengan pengantin baharu dapat dikaitkan dengan sifat semula jadi manusia yang pasti sayang kepada sesuatu yang baharu.
Dalam konteks data di atas, basikal yang baharu dibeli akan dijaga, diawasi dan diberikan perhatian rapi agar sentiasa dalam keadaan baik dan elok. Begitu juga dengan pasangan yang menjadi pengantin. Sifat sayang, saling mencintai, dan sebagainya pasti akan terasa dan hubungan tersebut, dan perasaan ini akan dijaga sebaiknya. Namun, persoalannya di sini ialah basikal baharu memerlukan pengawasan serta penjagaan rapi untuk mengekalkan daya tahannya, maka bagaimana pula dengan pengantin baharu? Di sini peranan kos memproses maklumat pendengar dengan mengambil kira aspek penjagaan basikal baharu ialah memastikan bahawa basikal tersebut tidak akan melanggar lubang di jalanan. Tujuannya agar tayar tidak mudah pancit atau mengalami kerosakan teruk. Selain itu, dari segi logik, apa-apa pun soalan tentang perbedaan antara dua objek memerlukan dua jawapan yang bertentangan antara satu sama lain.
Dalam konteks ini, jika basikal baharu akan cuba mengelak lubang, maka sudah tentu jawapan yang bertentangan untuk pengantin baharu ialah lawan kepada kata kerja elak, iaitu masuk. Kata nama lubang digunakan untuk menunjukkan persamaan objek yang kena buat oleh kata kerja elak, iaitu masuk. Hasilnya, makna tersirat jauh yang dapat difikirkan bersama ialah basikal jika baharu apabila jumpa lubang akan cuba mengelak, tetapi pengantin baharu jika terjumpa lubang akan masuk. Itulah perbezaan ketara makna tersirat jauh yang terkandung dalam teka-teki tersebut. Frasa ayat apabila masuk lubang membawa makna konotasi melakukan hubungan seks.
Ujaran dalam data ini dianggap relevan kerana kos memproses maklumat yang tinggi serta meninggalkan kesan yang memberangsangkan kepada pendengar. Kriteria ini dizinkan dalam teori relevans dan ujaran dalam data ini juga dianggap tidak melanggar teori relevans.
KESIMPULAN
Kajian makna tersirat dan makna tersirat jauh dalam teka-teki bahasa Melayu berbantukan teori relevans mampu menginterprestasikan makna ujaran sebenar. Yang jelas di sini ialah terdapat juga ujaran dalam teka-teki Melayu memerlukan usaha memproses maklumat yang jauh lebih tinggi. Mesej dalam teka-teki Melayu mungkin gagal jika penutur gagal meramalkan darjah ketinggian konteks pendengar dan ini boleh menyukarkan kefahaman. Atas dasar inilah terdapat beberapa teka-teki Melayu dianggap mempunyai kos memproses yang tinggi. Secara keseluruhannya, teka-teki walaupun kelihatan terlalu bersahaja, tetapi tetap mempunyai fungsi dan falsafahnya yang tersendiri. Keprihatinan yang mendalam terhadap genre ini akan menyedarkan kita bahawa apa-apa sahaja warisan tradisi yang kita miliki tetap mempunyai nilai yang boleh diketengahkan dan dimanfatkan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, amat tidak wajar genre teka-teki ini dipinggirkan begitu sahaja dengan tidak melihat konteksnya dalam masyarakat, serta peranannya secara menyeluruh. Diharap kajian rinci yang lain dapat dilakukan terhadap mutiara bahasa ini, khususnya dari aspek makna tersirat dan makna tersirat jauh supaya pendapat yang diutarakan dapat diperkukuh dan diyakini.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Al- Ahmadi.(1966). Pengantar Sastera. Kota Bharu: Pustaka Aman Pres.
Annas Haji Ahmad. (1964). Sastera Melayu. Pulau Pinang: Sinaran Bros Sdn. Bhd.
Dussek, O.T. (1918). Teka-teki II. Singapura: Methodist Publishing House.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisionl Satu Pembicaraan Genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Henry Guntur Tarigan dan Undang Misdan. (1978). Tatarucingan ( Teka-teki Sunda ). Jakarta:
Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Projek Penerbitan Buku Bacaan dan Sastera Indonesia dan Daerah.
Hooykass, G. (1977). Perintis Sastera. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Indirawati Zahid. (2003). “Semarak Leksikal: Penjenisan dan Hubungan Makna” Jurnal Dewan Bahasa 3:8 Ogos 2003
Inon Shaharuddin Abdul Rahman. (1988). Teka-teki Warisan. Kuala Lumpur: Tels Publishing.
Ismail Hamid. (1986). Sastera Rakyat Satu Warisan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Abdul Jalil. (1964). Mutiara Terpendam Teka-teki Bersha’er. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nathesan, S. (1997). “Beberapa Aspek dalam Antologi Cerpen Guruh”, Jurnal Dewan Bahasa, 41: 2, Februari 1997
Nor Hashimah Jalaluddin. (1990). “Semantik dan Pragmatik dalam Teori Relevans” Jurnal Dewan Bahasa 34:6 Jun. 1990.
Nor Hashimah Jalaluddin. (1991). “Keimplisitan Ujaran: Satu Analisis Teori Relevans” Jurnal Dewan Bahasa 35: 6 Jun. 1991.
Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin. (1998). “Bahasa Sosiolisasi dan kognatif: Satu Pendekatan Teori Relevans” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 42:12 Disember 1998.
Omar Mamat. (1999). “Teka-teki dalam Pengajaran bahasa” dlm. Pelita Bahasa 11:5 Mei, 1999.
Rozita Che Rodi dan Hashim Musa. (2014). “Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia”, MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu). Vol. 1 (2) November 2014 Salmah Jabbar. (1999). “Pentafsiran Humor Pilihan Melalui Pendekatan Teori Relevans” dlm.
Jurnal Dewan Bahasa 43:4 April 1999.
Sperber, D dan Wilson, D. (1986). Relevance Theory: Communication and Cognition. Oxford:
Basil Blackwell
Suhendra Yusuf. (1995). Leksikon Sastra. Bandung: Mandar Maju
Teo Kok Seong. (1999). “Makna dalam Interaksi” dlm. Pelita Bahasa 11:3 Mac 1999.
Yahya Hussin dan Rosemany Mohamad. (1958). Teka-teki. Pulau Pinang: Sinaran Bros.
Zalila Sharif dan Jamilah Haji Ahmad. (1993). Kesusteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus Besar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors. Sdn.Bhd.