• Tidak ada hasil yang ditemukan

22 Feb 2012 Kajian Mata Kedua Berita Harian (Singapura)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "22 Feb 2012 Kajian Mata Kedua Berita Harian (Singapura)"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

22 Feb 2012

Kajian Mata Kedua

Berita Harian (Singapura)

SEKUMPULAN orang Melayu yang menjalani kajian kesihatan mata enam tahun lalu telah diberi peluang menjalani kajian kedua yang dimulakan tahun lalu. Tujuan kajian kedua kali ini adalah mendokumentasikan petanda dan faktor-faktor risiko baru bagi penyakit-penyakit mata utama di kalangan orang Melayu. Kajian Singapore Malay Eye Study (SiMES) pertama telah dijalankan dari 2004 hingga 2006 melibatkan 3,280 penduduk Melayu, dan hasilnya menunjukkan ramai mereka mempunyai tahap kesihatan mata yang agak kurang baik. Separuh daripada mereka didapati mempunyai penglihatan kurang jelas di sekurang-kurangnya satu mata, dengan separuh daripadanya boleh dibaiki dengan memakai cermin mata. Lebih 80 peratus yang menghidap diabetik retinopati (penyakit mata yang berkaitan dengan kencing manis) dan lebih 90 peratus yang menghidap glaukoma tidak sedar mereka menghidap masalah itu. Satu lagi dapatan menunjukkan 60 peratus kebutaan di kalangan orang Melayu berpunca daripada katarak - suatu keadaan yang boleh disembuhkan melalui pembedahan. Kajian kedua (SiMES-2) itu dimulakan seawal Januari tahun lalu dan dijadualkan berakhir tahun depan. Ia melibatkan penduduk Melayu lelaki dan wanita berusia 40 tahun ke atas. Menjelaskan lebih lanjut rasional di sebalik langkah mengadakan kajian kedua itu, Pengarah Institut Kajian Mata Singapura (Seri), yang menjalankan kajian tersebut, Profesor Wong Tien Yin, berkata: 'Kajian lanjutan ini satu-satunya cara mendapatkan maklumat mengenai berapa ramai individu yang terlibat dalam kajian pertama yang kemudian menghidap penyakit mata, dan kesannya pada kos penjagaan kesihatan. 'Usaha ini akan juga membantu kami mengenali faktor-faktor risiko utama yang membawa kepada penyakit mata melalui teknologi imbasan terbaru yang kami gunakan untuk mengkaji data kajian.' Selain itu, tambah Profesor Wong, kajian lanjutan akan juga meningkatkan pemahaman mereka mengenai kaitan yang kompleks antara baka dan faktor sekitaran dengan penyakit-penyakit mata. 'Maklumat yang penting yang didapati diharap dapat membantu kami melakar strategi bagi mengurangkan masalah penglihatan dan kebutaan di Singapura dan Asia,' katanya lagi. Asia dikaitkan dengan kajian ini bersandarkan latar belakang yang mendapati 60 peratus kes masalah penglihatan dan kebutaan di dunia terdapat di Asia yang merangkumi orang Melayu, India dan China. Namun, sejauh mana masalah itu meluas di kalangan tiga kaum ini belum diketahui; maka itu kajian SiMES itu dijalankan.

(2)

Pemeriksaan percuma

Dr Mohamad Rosman Othman, Konsultan Pakar Optalmologi di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) dan penyelidik projek SiMES, berkata mereka yang terlibat dalam kajian kedua itu akan menjalani pemeriksaan mata yang lengkap secara percuma oleh pakar optalmologi seperti dalam kajian pertama. 'Pemeriksaan ini baik untuk mereka yang mendapati mereka memiliki mata sihat enam tahun lalu dan ingin tahu keadaan mata mereka sekarang kerana masalah mata boleh timbul setelah beberapa lama dan kebanyakannya tidak menunjukkan tanda-tanda sehingga ia telah di tahap lanjut. 'Tetapi, jika dikesan awal, ia boleh dicegah,' kata Dr Mohamad Rosman. Sejauh ini, 878 penduduk Melayu yang terlibat dalam kajian pertama telah menjalani pemeriksaan mata di bawah kajian kedua itu. Antara mereka ialah Cik Siti Zaharah Abdul Wahab, 68 tahun, ibu tujuh anak dan mempunyai 23 cucu dan seorang cicit. 'Alhamdulillah, semasa menjalani ujian mata yang pertama, saya didapati tak ada apa-apa masalah mata. Cuma, saya memang ada pakai cermin mata untuk membaca Quran atau buku. 'Mudah-mudahan ujian mata kali ini pun menunjukkan saya sihat,' kata Cik Siti Zaharah yang tinggal di Bukit Batok, salah satu kawasan yang terlibat dalam kajian SiMES-2. Kawasan-kawasan lain termasuk Jurong West, Telok Blangah, Bukit Merah, Commonwealth, Queenstown dan Tanjong Pagar. Encik Hamzah Bahari, 59 tahun, seorang lagi peserta kajian kedua itu juga memberitahu gembira mengetahui keadaan matanya baik belaka hasil kajian pertama. 'Saya memang tak pernah pakai cermin mata, kecuali untuk membaca, dan penyakit lain pun tak ada,' kata bapa dua anak ini yang bekerja sebagai penjaga pintu di sebuah pusat perubatan. 'Kajian mata seperti ini memang bagus sebab ia beri kesedaran kepada kita tentang masalah mata yang boleh bersangkut-paut dengan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi,' kata Encik Hamzah. Kedua-dua projek kajian mata ini dibiayai melalui geran daripada Majlis Kajian Perubatan Nasional dan Majlis Kajian Biomedikal dan disokong oleh Kementerian Kesihatan, Yayasan Mendaki dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

(3)
(4)

HAMPIR SEPARUH MELAYU PUNYA PENGLIHATAN LEMAH

BERIKUT beberapa dapatan utama hasil kajian mata pertama, Singapore Malay Eye Study (SiMES), yang dijalankan oleh Institut Kajian Mata Singapura (Seri).

• Seorang daripada setiap enam orang Melayu Singapura mengalami

masalah kesihatan mata. Sekitar 47 peratus mempunyai penglihatan yang lemah atau buta di satu atau kedua-dua belah mata.

• Daripada mereka yang mempunyai penglihatan lemah di kedua-dua

belah mata, enam daripada 10 orang adalah wanita. Wanita mempunyai kadar kebutaan seganda lebih tinggi berbanding lelaki (4.27 peratus wanita, 2.1 peratus lelaki).

• Sebanyak 92 peratus kes penglihatan lemah yang dialami orang Melayu

sebenarnya boleh dicegah. Dua punca utama penglihatan lemah bagi mereka ialah rabun jauh yang tidak dirawat (55 peratus) dan katarak (37 peratus).

• Katarak merangkumi 60 peratus punca kebutaan di kalangan orang

Melayu. Katarak, masalah penyelaputan kanta mata yang menjejas penglihatan, boleh dirawat melalui pembedahan.

• Enam daripada 10 orang Melayu berusia 40 tahun ke atas menghidap

tekanan darah tinggi. Penyakit ini, yang tidak boleh disembuhkan tetapi hanya dikawal, boleh merosakkan saluran-saluran darah di retina (bahagian di belakang mata yang memfokus imej).

• Seorang daripada lima orang menghidap kencing manis. Salah satu

penyakit mata yang biasa dikaitkan dengan kencing manis ialah diabetic retinopati iaitu gangguan pada saluran-saluran darah di retina dan boleh menyebabkan buta. Sekitar 60 peratus daripada pesakit ini menghidap kencing manis selama 15 tahun atau lebih dan berisiko menjadi buta.

• Lelaki Melayu lebih cenderung menghidap glaukoma. Glaukoma ialah

punca utama kedua yang menyebabkan buta di seluruh dunia. Kajian menunjukkan trend peningkatan glaucoma dengan peningkatan usia di kalangan masyarakat Melyu, walaupun kadarnya rendah (4.5 peratus).

• Penglihatan yang lemah boleh dikaitkan dengan status sosio-ekonomi

(5)

di sekelilingnya. Ia bermakna taraf pendidikan rendah boleh dikaitkan dengan tahap kesihatan mata yang rendah – satu dapatan baru yang memerlukan kajian lanjut, menurut pengkaji kajian tersebut. Hasil kajian SiMES ini telah diterbitkan dalam majalah Singapore Medical Journal keluaran Februari 2012.

PELAWAAN SERTAI SIMES-2

ADAKAH anda di antara mereka yang terlibat dalam kajian kesihatan mata pertama, Singapore Malay Eye Studies (SiMES), yang dijalankan Institut Kajian Mata Singapura (Seri) dari 2004 hingga 2006? Jika ya, anda dipelawa menyertai kajian keduanya (SiMES-2).

Pihak Seri sedang berusaha menghubungi kesemua 3,280 peserta yang terlibat dalam kajian pertama untuk mengambil bahagian dalam kajian kedua dan tidak akan mengecualikan mereka walaupun mereka telah berpindah rumah atau tinggal di kawasan lain. Pegawai kajian akan menghubungi peserta melalui telefon atau lawatan ke rumah untuk mendapatkan keterangan lanjut dan memberikan surat janji temu untuk ujian mata. Ujian mata itu akan dijalankan di Seri di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) dekat Hospital Besar Singaura (SGH).

Antara pegawai kajian itu ialah Encik Nazri Shah Zin, 25 tahun. Beliau memberitahu telah menziarahi ke purata 30 rumah sehari untuk kajian kedua itu. “Alhamdulillah, ada yang menerima kami dengan baik dan sedia mengambil bahagian lagi dalam kajian kedua ini, tapi ada yang tak mahu atau kata mereka tak boleh dating kerana sudah tua dan tiada siapa yang boleh menghantar mereka untuk jalani ujian mata itu,” kata Encik Nazri Shah. “Tetapi warga tua seperti ini tidak harus bimbang kerana kami boleh jemput mereka di rumah untuk jalani ujian di Seri dan kemudian menghantar mereka pulang,” kata seorang lagi pegawai kajian, Cik Rosesita Shaikh Mohamad, 31 tahun. Perseta atau ahli keluarga mereka yang ingin membuat janji temu bagi kajian ini atau mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi coordinator SiMES-2, Encik Abdul Farook Abdul Kader, di talian 6601-1012 atau 6601-1019 atau kirim e-mel ke

Referensi

Dokumen terkait

1. Penyiapan peta yang menunjukkan lokasi-lokasi dengan jumlah timbulan sampah.. Analisis data kemudian diplot ke peta daerah permukiman, perdagangan, industri dan

Radioisotop 198Au yang dihasilkan dikarakterisasi dengan mengukur aktivitas, waktu paruh, energi, yield, kemurnian radionuklida dan kemurnian radiokimia serta ukuran

Simbol sosial tersebut dapat mewujud dalam bentuk objek fisik (benda-benda), kata-kata (untuk mewakili objek fisik, perasaan, ide, dan nilai), serta tindakan (yang dilakukan

Beberapa hasil penelitian yang dilakukan oleh tim penulis dalam pembimbingan skripsi atau tesis mahasiswa, model pembelajaran yang efektif memberdayakan

Maksud dan tujuan dari penelitian ini, adalah memanfaatkan aplikasi pemograman matematika dari integer model solver XA dalam pemecahan masalah dalam sistem penjadwalan

Seorang pejabat Kepolisian, juru sita atau pejabat Pengadilan lain yang mempunyai kewajiban untuk melaksanakan suatu keputusan Hakim,perintah atau pelaksanaan sitaan, atau

Dengan hormat kami beritahukan bahwa, dalam rangka melaksanakan tugas dan fungsinya sebagai lembaga yang berperan untuk meningkatkan mutu pendidik dan tenaga kependidikan,

Pengamalan pancasila berarti pelaksanaan pancasila dalam bentuk tingkah laku dan tindakan atau perbuatan yang nyata sesuai dengan peraturan perundang-undangan yang berlaku dalam