• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL/MAKMAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL/MAKMAL"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlukan kita mengetahui tentang keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Di peringkat awal, pensyarah akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar. Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke semasa. Ini adalah kerana kita akan mula bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik . Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak diinginan berlaku. Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat elektronik ini , perlukan dikenali dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik.

2.0 TAKRIFAN KESELAMATAN

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keaadaan selamat ataupun terhindar daipada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah di maklumkan kepada pengguna bagi menegelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA-Occupational Safety and Health Act 1994) iaitu pihak majikan bertanggungjawabmenyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan serta kemudahan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja.

(2)

Keselamatan bengkel boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

1) Keselamatan diri sendiri 2) Keselamatan alatan dan bahan 3) Keselamatan tempat kerja

3.0 KESELAMATAN DIRI SENDIRI

1. Perlindugan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya , maka kita perlulah memakai alat perlindugan mata.

2. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas siku.

3. Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam bengkel.

4. Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan apabila bekerja dengan bahan kimai.

5. Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang maka mestilah diikat atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.

6. Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam,rantai emas, loket , cincin dan lain-lain lagi.

7. Sentiasa patuhi peraturan bengkel.

8. Pastikan pakaian sentiasa kemas dan sesuai semasa bekerja di dalam

bengkel.

9. Lengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas.

10. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel. 11. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli

kumpulan.

(3)

4.0 KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru

sebelum murid boleh menggunakannya.

2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara

peralatan daripada cepat rosak.

3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum

memulakan sesuatu projek.

4. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai

penggunaannya.

5. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu

menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.

6. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel.

7. Pastikan alatan dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.

8. Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat.

9. Tangan mestilah tidak bergris, berminyak atau basah semasa memegang

alat-alat tangan.

10. Bersihkan alatan setelah digunakan dan simpan di tempat yang dikhaskan. 11. Laporkan alatan yang rosak, hilang dan berbahaya kepada pensyarah

dengan segera.

5.0 KESELAMATAN TEMPAT BEKERJA

1. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada

dibawah pengawasan pensyarah sepenuhnya.

2. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan

teratur.

3. Sentiasa mematuhi arahan pensyarah dan berhati-hati dalam setiap kerja di

bengkel.

4. Jangan biarkan peralatan bersepah di kawasan kerja dan lantai.

5. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel.

(4)

7. Sentiasa bekerja di tempat sendiri dan tidak bertukar ke tempat lain sesuka hati.

8. Jalankan kerja-kerja khusus seperti mengasah dan menyapu bahan di

tempat yang disediakan.

9. Tempat kerja mestilah kemas semasa dan setelah selesai kerja.

6.0 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI

Peralatan perlindungan diri adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya yang sedang ditanganinya. Oleh kerana ia merupakan benteng terakhir daripada bahaya, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan penggunaan yang berkesan.Peralatan mestilah mencukupi dan diperiksa secara berkala.

Antara peralatan perlindungan perlindungan diri yang digunakan ialah :

i. Pakaian dan sarung tangan keselamatan

Pakaian dan sarung tangan diperbuat daripada bulu kambing, kulit, fabrik getah, neoprene dan plastik, fabrik beralas plumbum dan fabrik kapas berkait. Ia digunakan untuk melindungi daripada hazard haba, haba kering dan api. Selain itu ia dapat melindungi daripada asid, sinar gama, sinar x serta benda-benda tajam, kasar dan berat.

(5)

ii. Penutup telinga keselamatan

Perlindungan telinga dipakai dengan menutup keseluruhan cuping telinga atau lubang telinga tersumbat. Ia bertujuan untuk mencegah hilang pendengaran. Terdapat dua jenis penyumbat telinga iaitu penyumbat telinga yang mempunyai bentuk tetap atau boleh dibentuk yang diperbuat daripada kapas berlilin, buih, kapas dan gentian kaca.

iii. Gogle dan topeng keselamatan

Digunakan khas untuk melindungi mata dan muka. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja kimpalan gas yang sederhana. Ia sesuai dipakai oleh pekerja yang memakai kaca mata. Pemilihan jenis KPP ini dibuat berdasarkan jenis dan darjah hazard yang akan dilaksanakan serta mengambil kira keselesaan pemakai.

(6)

iv. Kasut keselamatan

Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang diperbuat daripada getah pada bahagian tapaknya dan diperkukuhkan dengan logam. Ia digunakan untuk melindungi kaki daripada hazard panas, hazard berat, bertekanan dan tajam serta melindungi pekerja daripada tergelincir.

v. Topi Keselamatan

Topi keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kepala daripada hazard seperti hazard hentakan daripada objek yang keras, hazard

penembusan daripada objek tajam, hazard elektrik dan hazard impak yang kurang kuat. Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam operasi memadam kebakaran.

(7)

7.0 ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api merupakan alatan yang penting yang perlu ada di dalam sesebuah bengkel. Tujuannya adalah untuk mencegah kebakaran di peringkat awal. Ianya dikendalikan secara manual dan setiap pelajar dan pensyarah harus tahu menggunakannya. Kebakaran mungkin terjadi akibat beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan seperti :

i. Kelalaian dan kurang pengetahuan tentang bahaya api seperti

penyambungan palam yang banyak pada satu soket dan meletakkan bahan yang mudah terbakar dekat dengan api.

ii. Cuaca yang terlalu panas. iii. Kebocoran pendawaian. iv. Litar pintas.

Terdapat beberapa kelas pemadam api serta penggunaannya :

KELAS API PENERANGAN

A Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain

dan sebarang bahan mudah bakar.

B Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish,

plastik dan lain-lain.

C

Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.

D Memadam kebakaran logam seperti logam potassium,

logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium.

E Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan

secara komersial.

(8)

8.0 RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

Setiap pelajar dan pensyarah haruslah mengetahu teknik-teknik pertolongan cemas dengan betul agar sebarang kecederaan yang memerlukan rawatan segera dapat dilakukan sebelum pelajar yang mengalami keceraan mendapat yang lanjut daripada hospital. Definisi pertolongan cemas ialah pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. Prinsip-prinsip pertolongan cemas adalah :

i. Menyelamatkan nyawa.

ii. Mengurangkan kesakitan.

iii. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.

iv. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.

Terdapat beberapa teknik-teknik pertolangan cemas akibat kecederaan berikut :- 1) Luka/Pendarahan

i. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga

pendarahan berhenti [darah membeku].

ii. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau

tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka.

iii. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih

tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.

iv. Tenangkan mangsa.

v. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

vi. 2) Terkejut

i. Baringkan mangsa.

ii. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga .

(9)

iv. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan .

v. Selimutkan jika suhu badan menurun.

vi. Segera hantar ke hospital

3) Terbakar

i. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk

ii. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih.

iii. Baringkan mangsa.

iv. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar.

v. Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar.

vi. Hantar segera ke hospital

4) Melecur

i. Sejukkan dengan air sejuk

ii. Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan

pakaian.

iii. Rawat seperti mangsa terbakar

5) Kejutan elektrik

i. Putuskan hubungan elektrik.

ii. Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [ear] jika

pernafasan mangsa terhenti.

Referensi

Dokumen terkait

P260 Jangan menghirup uap. P262 Jangan terkena mata, kulit atau pakaian. JANGAN merangsang muntah.. *) Nomor registrasi tidak tersedia untuk bahan ini karena bahan atau penggu

P280 Pakai sarung tangan pelindung /pakaian pelindung /pelindung mata/pelindung wajah. JANGAN merangsang muntah. Lepaskan lensa kontak jika memakainya dan mudah

P280 Pakai sarung tangan pelindung/pakaian pelindung/perlindungan mata/perlindungan muka. JANGAN paksa muntah. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah. P308